A-Type Geek, All Around Family Man

Category: Adventures Page 1 of 32

The Bold Type

Saya tak suka tengok series.

OK, let me rephrase. Saya cuba avoid untuk tengok series as much as possible. Sebab bila kita tengok satu episod, ia telah direka untuk hook kita dengan episod seterusnya, lagi dan lagi. Sedar-sedar sudah berapa jam kita habis binge-watching.

Berbeza dengan filem yang kita tahu, 2 jam -3 jam. Akan setel.

Cuma kadang-kadang, ada masa tertentu yang saya purposely cari & tengok series yang nampak macam best di Netflix. (e.g. first MCO, kuarantin balik Malaysia, etc).

Kali ini series “A Bold Type” appear di Netflix saya. Dan saya menontonnya. (dan vicious cycle series tu pun bermula. One episode after another).

Ia mengisahkan mengenai kehidupan tiga staffs di sebuah majalah wanita. Saya enjoy jugalah cerita mengenai workplace ni (tak lah suka sangat sehingga mencari, tapi bila dia appear tu, boleh lah enjoy). Ia berkongsi latar yang hampir sama dengan filem “Devil’s Wear Prada” dan to some extent yang jauh sikit “The Intern” (Robert De Niro & Anne Hathaway).

Saya terpanggil untuk menulis mengenai series ini sebab ia menarik. Okay, boleh avoid all the controversial stuffs, some of the main characters are feminist. And it broach on sensitive issue macam lesbianism. If you are easily offended, please don’t watch this.

For me, apa yang interesting dan menarik adalah office dynamics. Walaupun berkongsi latar yang sama, tetapi ia completely opposite “Devil’s Wear Prada”. Di sini bosnya Jacqueline Carlyle, sangat nurturing. Sangat professional, penyabar, berkarisma dan berjaya.

Dan kita boleh tengok, the work pressure is very intense. Tetapi dengan adanya bos macam ni, it makes work much easier and enjoyable.

From my own experience, there are bosses like this in the real world. There is. Cuma, agak too good to be true lah. Every episode ada problem dan Jacqueline relax je advise anak buah dia (main character) dan maintain her cool, walaupun ada masanya anak-anak buah dia degil. In the real world, kalau banyak sangat issue, hehe… sendiri faham lah.

One observation I must pen in as well, in real life bos yang caring, understanding dan berkarisma ni, diorang jaranglah high flyer. Ada juga seorang dua yang high flyer (maybe), tapi most don’t. Maybe nice guys (and girls) memang selalu didn’t get the corner office kot. Jacqueline Carlyle in this story are both a great boss and successful.

One last point, bila latarnya adalah suasana pejabat majalah wanita (Scarlet), dan castnya majoriti wanita, sudah tentulah suasana pejabatnya 90% wanita. Dan friendship yang ditonjolkan, solid. Tidak ada episod backstabing or bitchiness yang kerap menjadi stereotype apabila wanita bekerja dengan wanita. So it bagus. Walaupun latarnya cliche, it is surprisingly refreshing.

Disclaimer. Saya baru dekat nak habis Season 1. Saya tak tahu sama ada nak continue Season 2 atau tak. Maybe yes, maybe no. (bukan sebab tak best, tapi sebab saya nak avoid addicted as much as I can).

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.

Iraq 0802 : Kebobrokan

Di rotation ini saya berpeluang menjejakkan kaki ke bandar di sekitar. Bandar Al Rifai dan juga Bandar Qalaat Sukkar untuk lawatan tapak projek. Kedua-dua bandar ini sebelum ini sukar saya gambarkan, baik dari segi lokasi, suasananya, bahkan dari segi kewujudannya.

Apabila menerangkan mengenai kedua-dua bandar ini kepada keluarga di Malaysia, saya sering memberi analogi perbandingan Kerteh, Kemasik dan Kemaman. Tapi, mungkin saya akan menceritakan mengenai kedua-dua bandar ini kemudian.

Sekarang saya ada jadual penuh tugasan yang terlalu padat yang perlu diutamakan. Secebis tulisan ini cuma escapism setelah buntu idea untuk menyiapkan kertas kerja.

Saya sudah lama tidak pening kepala atau stress, terutamanya di sini. Tetapi kini ia datang semula. Berat. Harapnya cuma sementara. Sekarang baru saya faham kenapa apabila seseorang itu semakin lama di sini, mereka semakin menyampah dengan kebobrokannya.

Iraq 0801

If I was busy in the previous tour of duty, this time I am swamped!

But, it’s okay. I enjoy the work.

Today, I receive a disappointing news about our company performance, department and inevitably this affected my own performance last year. I do feel it can be better, but having lived for 35+ years, meh.. if I don’t overthink it, it’s nothing. There’s a lot of other things that can stress me out, but exam result is not one of them I guess.

Anyway, I am grateful for this strength, I am grateful for today and I am grateful for this life. Thank you Ya Allah, you have been Most Kind. Alhamdulillah.

Kaizen 2021: Annual Audit

Kaizen adalah nama baru bagi siri Annual Audit di blog ini. siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2019Lift Off 2017Lift Off 2016Lift Off 2015Lift Off 2014Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Saya tukar nama ni sebab setelah beberapa tahun melakukan sesi annual audit ini, saya perlukan kelainan untuk maintain motivasi tu. Cuma, pada pendapat dan pengalaman saya pada tahun 2020 yang saya skip proses annual audit ini, lebih baik ada dari tidak ada. Proses annual audit tu, sangat beneficial.

Actually kaizen pun saya tak berapa excited sangat, sebab bunyi sangat cliche. Saya dah dengar dari saya sekolah rendah rasanya perkataan tu. Tapi saya tak sempat nak fikir perkataan baru betul-betul, saya nak tumpukan kepada proses annual audit itu sendiri buat masa ni. Maybe later saya boleh cari perkataan lain untuk ganti kaizen tu.

Untuk tahun ini juga saya akan buat secara “loose”. Sekadar untuk get back on track.

2020 In General

Wow. Ini adalah tahun yang dinanti-nanti. Sejak saya darjah dua lagi. Saya rasa kita semua sedia maklum, promosi Wawasan 2020 ketika tahun 90-an dahulu. Saya adalah generasi itu. Karangan lah, lukisan lah. Dan sudah semestinya, 2020 bukanlah seperti yang saya gambarkan ketika kecil dahulu.

Cuma bila ingat mengenai apa yang saya lalui, saya rasa macam teringin nak jumpa cikgu-cikgu sekolah rendah saya, terutamanya ketika darjah dua dan tiga tu.

Saya teringat sangat ketika kena lukis kehidupan zaman 2020, ketika saya tanya cikgu nak lukis apa, cikgu cakap lukis lah apa-apa yang kamu rasa tahun 2020 tu macam mana. Kamu nanti ada masa tu. Cikgu dah tua, entah-entah dah mati.

Sedar tak sedar saya telah meninggalkan bangku sekolah rendah kira-kira 23 tahun lepas. Jika secara puratanya cikgu-cikgu saya ketika itu berusia dalam 30-40 tahun, mereka sekarang sedang di usia persaraan. Terasa tua pula saya.

Walaupun 2020 tahun yang sedikit rencam, tetapi ada dari beberapa segi ia baik dan memang dari beberapa segi, ada ruang untuk diperbaiki.

Keluarga

Alhamdulillah. Saya rasa ini satu segmen yang baik untuk saya pada tahun ini. Musim PKP dari March hingga June itu adalah antara masa yang paling bermakna dan seronok yang saya spend dengan isteri saya. Masa yang sangat berkualiti.

Kebetulan pula, sejurus sebelum (4 hari) PKP bermula, kami baru pulang dari trip ke Turki di mana saya dapat menunjukkan kepada wife saya, kenapa kena pergi Cappadocia dan kena naik belon udara panas. Saya juga dapat demonstrate kepada beliau, maksud tidak mudah mengalah. Kami terpaksa adapt itinerari kami di Turki, sebab dua hari pertama kami berada di Capaddocia, cuaca tidak baik dan semua penerbangan belon udara panas dibatalkan. Jika diikutkan isteri saya, kami akan balik ke Istanbul sahaja, tetapi saya demonstrate bagaimana untuk handle circumstances dan really achieve our objective in life secara real life kepada wife saya. Kami extend stay dan berjaya juga naik belon udara panas tu. Puas hati. Alhamdulillah.

Malam sebelum PKP bermula juga, saya perlu catatkan di sini adalah malam yang saya “bertaubat” dan supaya lebih mengalah di jalan raya. Tak perlu marah-marah kepada samseng jalan raya dan tak perlu bertindak-balas walaupun kena cucuk oleh pemandu samseng.

Ceritanya malam itu saya geram sedikit, ada kereta hendak laju di jalan kampung (saya dah bawah 90-100kmj), kereta (Myvi) tu cucuk-cucuk saya. Dia lagi laju lah. Tahulah kan kereta Myvi kalau yang samseng dia tu macam mana. Saya geram sebab itu jalan kampung nak bawak laju-laju pulak. Kampung saya pulak tu. Mentang-mentang jalan kosong. Kalau terlanggar orang ke, penunggang motosikal ke, jalan kampung ni pencahayaan bukan bagus sangat dan kebanyakan penggunanya santai-santai je. Jadi saya pun buat-buat tekan brek jalan. Tekan brek jalan. Ini ubat untuk samseng yang suka cucuk kereta kita dari belakang lah.

Lepas kena bebel dengan isteri saya, saya ke tepi je lah, bagi dia yang nak cepat sangat. Bila kereta tu lintas, mungkin pemandunya tak puas hati, dia suruh saya ke tepi dengan gaya samseng. Sekali tengok ada tiga orang lelaki dalam kereta tu.

Dalam kereta saya ada isteri saya. Saya tidak sedap hati. Saya tahu, apa jadi pun tak boleh berhenti dan keluar kereta sebab provokasi dah escalate. Saya nak lintas dan teruskan perjalanan tak boleh, sebab driver kereta tersebut nampak memang macam biasa dah jadi samseng jalan raya dengan blocking maneuvernya. Saya pun buat-buat lah nak ketepi sebelum saya corner lipat masuk ke dalam satu simpang kecil yang tidak ada lampu, tetapi saya tahu kewujudan simpang tersebut.

Samseng tersebut telah terlajak dan kereta mereka telah perlahan. Jadi dia ambik masa untuk bertindak, plus dia kena pikir nak kejar ke tidak. Selepas lipat masuk corner tersebut, saya masuk beberapa corner lagi supaya samseng tersebut tidak dapat mengekori saya.

Selepas beberapa corner saya ingat saya telah berjaya dan saya menuju ke rumah. Tiba-tiba saya sedar ada kereta dengan lampu yang ditutup dibelakang saya. Saya terus membatalkan hasrat balik ke rumah sebab nanti samseng tu tahu pula saya tinggal di mana.

Waktu tu jantung tak yah cakaplah, kepala ligat berfikir. Saya rasa no choice. Kena pergi balai polis. Saya nekad. Masalahnya samseng ni cuba untuk potong dan block jalan saya. Jadi agak sukar untuk saya sampai ke balas polis tu.

Jadi saya pun applykan apa yang dia buat. Saya pun tutup lampu, drive dalam gelap. Samseng tu rapat kat belakang. Speed tak yah cakap. Nasib baik trafik tak banyak sebab malam sebelum PKP, orang banyak dekat rumah dah.

Sampai ke tapak pasar malam dia telah berjaya lintas saya dan blocking jalan. Kali ni memang nekad saya nak ke balai polis. Which saya pun tak pasti boleh sampai atau tak. Saya terpaksa guna taktik tadi sekali lagi. Pura-pura nak berhenti. Dalam tapak masar malam tu saya pun buat ala-ala reverse macam drift tu dan ikut simpang tepi tapak tersebut untuk lari dari blocking mereka dan pergi ke balai. (Nasib baik kampung saya, jadi saya familiar dengan jalan).

Cuma alhamdulillah nasib saya baik. Mereka tak ikut dari belakang, tapi mereka pergi simpang depan untuk potong saya. Jadi bila saya dapat lihat mereka confirm masuk simpang depan, saya reverse kereta selaju mungkin keluar dari simpang tadi tu, dan masuk simpang lain yang menuju ke arah berbeza.

Saya tutup lampu dan drive secepat mungkin ke kawasan rumah (dah dekat dah). Dan nasib baik juga rumah kampung. Jadi saya park kereta dalam kawasan bayang-bayang rumah (bukan di garaj macam biasa) dan masuk ke rumah dengan cepat. Lampu rumah semua tutup. Kalau orang tak biasa maybe tak nampak pun ada rumah kat situ.

Alhamdulillah berjaya terlepas. Paling saya bersyukur diorang decide untuk potong saya ikut lorong lain dan tidak ikut rapat belakang. Kalau ikut rapat memang susah nak lepas sebab hati mereka lagi kering (pecut), jadi susah saya saya nak tinggal.

Mulai dari kejadian tersebut, saya bertaubat lah. Nak cucuk ke, nak apa ke, tak guna signal ke, ikut kau lah. Saya tak nak menunjukkan apa-apa reaksi di jalan raya lagi. Baik hon, ataupun lampu ataupun apa-apa.

Saya letakkan di bawah chapter “Keluarga” kerana saya risaukan isteri saya ketika itu. Jika saya seorang, maybe saya lebih berani untuk berhenti dan setel.

Seterusnya saya juga menjadi antara yang paling banyak balik kampung di Kuantan compare dengan adik beradik saya. Mereka akan cakap saya dekat lah, PKP lah bla bla bla. But they all know yang that’s all excuses. Saya juga yang lebih banyak pergi ke rumah diorang instead of diorg datang Kerteh (which they did in February) which is a very good occassion as well. I wish they can come a lot more so that I can show them how to enjoy good quality of life (balik kampung pun duduk rumah je).

Kewangan

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah juga. PKP yang betul-betul dilift-off kan dalam bulan June macam tu. Jadi aktiviti ekonomi boleh bernafas sedikit. Dari segi kewangan saya membuat keputusan untuk hire seorang Certified Financial Planner tahun ini.

Sebelum ini saya tidak rasa ada keperluan, bahkan ketika saya membuat keputusan ini pun, saya tidak rasa ada keperluan, cuma saya mahu lihat apa nilai tambah yang boleh seorang certified financial planner ini berikan.

Secara laymannya, saya sendiri ada asas finance dan juga personal finance. Bahkan, ada aktiviti yang kami buat seperti buat personal balance sheet dan income statement, telah saya lakukan sejak 2017 lagi.

Walaupun begitu, saya tetap rasa yang ia adalah keputusan kewangan yang paling baik dan tepat pada masanya yang saya ambil. Ia memberi saya lebih clarity, a good sounding board dan juga financial advisor.

Setelah beberapa sesi, beliau memahami sepenuhnya preference dan risk tolerance saya dan dapat memberi panduan dan strategi berkesan untuk memastikan optimum risk vs return.

Saya juga nampak angle yang sebelum ini saya kabur. Dan yang lebih penting, kami telah dapat work together untuk menghasilkan satu asas yang kukuh untuk saya follow, insya-Allah.

Sebelum ini lebih banyak kepada guesswork dan juga hasil bacaan. Which has served me well, tapi bekerja dengan seorang CFP ni memberi that perbezaan di antara B+ ke A+. That extra edge.

Akan bersambung…

Iraq #0702: Equilibrium

Alhamdulillah. Setelah tiga empat hari, saya telah berjumpa rhytm yang sesuai dan telah acclimatize successfully. Bukan sekadar selesa dengan cuaca (tahu bila nak on heater, bila nak tutup, berapa kekuatan termostat hendak di set, pakaian apa nak di pakai dan bila, etc) bahkan saya juga dapat slot in session untuk jogging dan morning routine.

Actually dengan routine-routine ini, boleh dikatakan ia lebih baik dari winter lepas. I am happy and contented. Alhamdulillah.

Cuma rutin ini mungkin applicable untuk musim new norm ini sahaja. Winter tahun depan, jika situasi kembali pulih kena fikir rutin lain pula.

Iraq 0701: Meeting Winter

Sejuk! Sejuk Giler!

This is not my first tour of duty during Winter. I was in Iraq on this date too last year.

Tapi setelah beberapa tour of duty dalam suasana ekstrim panas, pengalaman winter lepas telah dilupakan. Ia buat saya teringat yang tahun lepas saya meminta bantuan rakan saya yang tiba kemudian untuk membawakan saya tambahan “long john” sebagai bekalan kerana saya cuma membawa satu helai.

Saya dah lupa semua itu. Dan badan saya memang terkejut. Winter in Iraq. Bukannya minus zero pun. Dan ini bukan my first experience dengan winter and all. I have done this multiple times. I thoughtI can handle it. Tapi rupanya tidak.

Kali ini tidak akan ada additional supplies (kerana kami semua inbound dan akan balik pada Tarikh yang sama-part of new norm).

Saya terlalu letih malam semalam (it’s an extra long inbound travel-just another thing to remember, nothing is routine in this country. Don’t take things for granted), jadi saya cuma unpack dan tidak dapat plan betul-betul fikir dan plan ketika unpack.

Jadi ketika saya tidur, heater ter-off (plug longgar), dan untuk tidur pun saya tidak fikir betul-betul how to keep warm throughout my sleep dan especially time subuh. Jadi walaupun sejuk, I suffer through it. Bila tidur dan terbangun, baru saya terfikir untuk pakai stoking bulu (normal stoking tak cukup).

Baru saya tahu kenapa dalam coretan sebelum ini, in term of time subuh saya prefer time summer. Ideally, saya suka bangun awal sedikit sebelum Subuh, so that I can do the necessary. Lepas Subuh nak tidur balik, ok no problem. Tapi time winter ni, nak bangun buat preparation untuk Subuh tu takes longer dan nak tidur balik lepas tu pun takes longer. Dan nak bangun prepare untuk pergi kerja tu pun will take longer, jadi kena bangun awal lagi sikit. In the end, lebih baik jangan tidur lepas Subuh time winter.

Saya cuma bersyukur yang saya buat juga something yang saya buat “Just in Case” di Malaysia, dan memang I need that “Just in Case”,
-Beli satu lagi long john
-Beli additional 30 day supplies of quick release vitamin C waktu saya dah di KL.
-Bawa extension cord (totally unnecessary time sangat helpful utk fix masalah Heater ter off sebab connection longgar ni)

Tekak menunjukkan tanda yang saya perlu berhati-hati. Suhu badan fluctuating, saya masih sedang acclimatize. Hopefully I can get this under control soon. Time-time COVID ni, dan tambahan lagi dekat sini, kami kena betul-betul jaga kesihatan. Bukan sahaja tidak demam/sakit, tapi antibody dan kekuatan badan kena jaga.

Saya rasa ini adalah catatan TOD paling negatif saya pernah tulis. Well, I try not to. Saya tak suka jadi negatif. Jut that I am writing in this tone so that my future self, bila baca this note will take this seriously. This cold is not something that positive thinking alone can handle.

Plus, just in case I am in a leadership position in the future, I need to really remember, don’t just expect people to manage it. I must give them space and time to acclimatize before expecting them to start performing. (it’s unrelated to my situation, but this is one lesson I need to learn)

Hopefully things get better.

Iraq 0601

Alhamdulillah.

Every day is a blessing.

The red tape is stifling but the work beside that is enjoyable.

Page 1 of 32

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén