Archive for category His Argument

Gula dan Garam Secukup Rasa

There are so many things I want to write about. Lately, saya tidak dapat menulis mengenai apa-apa perkara yang signifikan. Which I feel quite a disappointment because there are so many things happening around me. Tapi sebab begitu banyak perkara yang terjadi, semuanya penting bila saya mula nak menulis jadi serba salah. Apabila nak tulis pasal satu topik, rasanya topik satu lagi lebih penting. Bila tukar topik kepada topik kedua, rasa topik ketiga pula lebih penting and so on.

Jadi bila dah jadi serba salah macam tu, terus tak tulis apa-apa jawabnya. Teruk.

So, to break this unproductive momentum, I will do a simulation of a press conference “simulation” for myself. Meliputi banyak topik.

So, I present to you, the president of Sabrination.

Q: Why do you blog? Kenapa anda menulis? Kadang-kadang anda menulis mengenai benda-benda yang “soft”. Feely-touchy. What do you get by telling strangers what you feel?

A: Saya suka menulis. Menulis adalah salah satu cara untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Kalau saya pendamkan, nanti menyusahkan saya. Stress. Di samping itu, secara tidak langsung saya dapat menyumbangkan something kepada pembaca blog saya (pengalaman).

Dan yang lebih penting sebenarnya, menulis membolehkan saya kenal diri saya sendiri. As much as saya write untuk orang baca, sebenarnya saya sendiri baca post saya berkali-kali. Sejurus selepas saya menulis dan juga beberapa ketika selepas itu (boleh jadi berbulan2). Ia buat saya lebih mengenali diri saya dan memahami cara saya berfikir.

Membaca dan memahami diri sendiri membuatkan saya lebih matang, aware dengan kekuatan dan kelemahan diri saya sendiri dan memberi “clarity” dalam hidup saya.

Q: Apa komen tuan mengenai isu Palestin dan Israel sekarang?

A: Saya sering berfikir tak sama macam orang lain. I am a contrarian especially dalam hal-hal politik. To say something might offend some people.

Cukuplah saya kata no comment dalam hal ini. Dan sesungguhnya dalam satu-satu konflik biasanya semua orang menjadi mangsa dan setiap orang ada cerita sendiri. Kedua-dua pihak perlu resolve isu ini untuk selesai. Kalau satu pihak degil, sampai bila pun konflik tidak akan selesai.

Lagipun isu ini dah banyak dikupas oleh orang lain. People who are knowledgeable about the topic and people who are not. Memandangkan saya tidak follow issue ini dan tidak ada background info yang solid lebih baik saya tidak menambahkan kekeliruan yang dah memang ada. Next question please!

Q: Kenapa tuan suka sangat tulis pasal cinta?

A: Because I am very fascinated by love. Love is complex but exciting. Plus, love masih dianggap taboo untuk dijadikan topik berbual. Jadi masyarakat kita agak naif. Saya nak meninggikan kesedaran cinta dalam masyarakat.

Isu Israel Palestin adalah sesuatu yang di luar kawalan saya. Isu cinta adalah satu isu yang saya rasa saya dapat mainkan peranan dalam masyarakat in a meaningful way. Saya percaya cinta dapat menyelesaikan banyak konflik. Which will help agama, bangsa dan negara.

Saya prefer to dabble in something that I know and something that I can contribute to dari berbincang mengenai retorik tanpa dapat berbuat sesuatu yang signifikan mengenainya.

Q: Tuan cakap macam tuan best, tapi tuan masih single jugak.

A: I am still looking for the one. I have experienced an amazing relationship before, unfortunately despite trying my level best, it was not meant to be. I believe one of the reason adalah kerana rendahnya tahap celik cinta dalam masyarakat juga. Cinta kadang-kadang dianggap jalan sehala. Sedangkan sebenarnya it takes two to tango. Dalam setiap aspek. Termasuklah memberi dan menerima penghargaan and what to do to make things work.

Q: Ready to fall in love again?

A: Of course.

Q: Have some one in mind already?

A: Tough question. hehe… Next one please. :p

Q: How do you envision the next relationship will start? Apa ciri-ciri wanita idaman tuan?

A: I am open and flexible actually. Ciri-ciri wanita idaman tu terlalu subjektif. Pendek kata, I know it when I see her. Yang lain-lain tu depends on her personality. I prefer yang outgoing and know how to balance thing. Ideally she can take the initiative and lead the way until mid-point which I can take over after that.

I am a little bit shy around people. Especially part-part yang sentimental ni. I need A LOT OF VERY OBVIOUS hints from the girl to gather enough courage. Hopefully I can find someone who understand this and don’t mind that.

Memang susah nak jumpa kan, but hey. Tak salah kan nak berharap. :p

Saya Mahu Wawasan 2020

Disclaimer: Saya bukan pengikut fanatik mana-mana aliran politik, saya sentiasa menyokong apa-apa idea yang mampu membawa kebaikan kepada negara.

Apa sudah jadi dengan Wawasan 2020?

Saya membesar dengan Wawasan 2020. Ketika di sekolah rendah, kami diberitahu bahawa pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Gambar-gambar yang dilukis (di dalam pertandingan ataupun mural di dinding sekolah) menggambarkan negara seperti dalam filem Star Trek. Dari slogan korporat GLC hinggalah ke kedai kopi, semua orang memperkatakan mengenai Wawasan 2020.

Bukan itu sahaja, sebuah lagu khas “Wawasan 2020″ pun kami (pelajar-pelajar sekolah) terpaksa hafal dan nyanyikan. Jika anda lupa, saya masih ingat 2 baris pertama lagu tersebut:

Wawasan 2020,
Satu pandangan jauh…

Saya berasa sangat bertuah ketika itu kerana bakal hidup dalam era 2020 itu (saya akan berumur 30an ketika itu). Saya tidak sabar untuk menjadi rakyat sebuah negara maju dan sangat berbangga dengan kemakmuran yang bakal kita kecapi.

Pada awal kurun ke 21 (2000+), telah mula timbul cakap-cakap bahawa hasrat untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 mungkin tidak tercapai. Namun Perdana Menteri ketika itu memberi jaminan kita masih on track dan beliau akan sedaya upaya memastikan visi tersebut direalisasikan.

Saya lega.

Wawasan 2020 satu idea yang mampan, dengan proses pelaksanaan yang nampak dan praktikal.

Selepas itu entah macam, entah idea kreatif siapa wujud pula “Islam Hadhari”. Saya tak berminat untuk komen, mungkin ia cuma gagasan sesetengah pihak yang bankrup idea tetapi mereka perlu dilihat untuk membuat kerja, jadi saya bagi markah kasihan. Bolehlah.

Selepas pertukaran Perdana Menteri, saya kira kita boleh berhenti bermain-main dan fokus kembali untuk memajukan negara dan meletakkan Wawasan 2020 on track. Rupa-rupanya jangkaan saya meleset. Keluar pula “One Malaysia” atau Satu Malaysia.

Ok, ok. Mungkinlah setiap PM nak ada legasi sendiri. Oklah, bagi markah kesian lagi.

Tapi semenjak dua menjak ni, GLC-GLC yang entah apa tujuannya tiba-tiba nak ikut. One Maybank (saya tak tahu apa mesejnya, tapi nombor satu dan Maybank kelihatan sekali dalam iklan televisyen)

Fine. Mungkin kebetulan.

Tetapi sebentar tadi saya terlihat satu lagi iklan, “One MH” (Malaysia Airline- MAS)

What the heck?

MAS? You are struggling to survive the recession, regional competition and what not, you pun nak menghabiskan duit untuk nonsense korporat branding ni?

Tolonglah…

Saya (dan saya rasa ramai lagi orang di luar sana), saya tak nak Islam Hadhari, saya tak nak Satu Malaysia whatever. Apa bendanya benda ni semua? Tolonglah. Kalau setakat nak make up-make up, lebih baik tak payah. No concrete action.

Kalau dengan Wawasan 2020, rakyat nampak implementasinya. Kita nak jadi negara maju, jadi langkah-langkah yang di ambil adalah transformasi Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara industri. Kemudian di adakan pengkorporotan Malaysia (Malaysia Inc), pembasmian kemiskinan (perumahan rakyat) dan lain-lain.

Jelas implementasi dan tujuannya.

Katalah kita bagi benefit of the doubt pada One Malaysia. Untuk menyatu padukan rakyat Malaysia (yang frankly I think not that serious kalau tindakan konkrit di ambil~saya pernah membesar di dalam suasana multi racial dan juga ultra Malay. Jadi saya tahu). Katalah One Malaysia ni satu konsep yang bagus. Katalah.

Apa tindakan konkrit yang di ambil untuk merealisasikannya?

Kalau setakat berseminar, berforum dan promosi PR sahaja lebih baik tak payah. Menghabiskan beras sahaja. 

Itu baru Wawasan 2020. Ada beberapa lagi idea kerajaan yang lepas yang sangat cemerlang dan wajar diteruskan seperti gagasan idea ingin menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan rakan Sukan. Dari guna idea yang entah apa-apa lebih baiklah pastikan idea-idea lama ini dimanfaatkan.

Lagi bagus.

Tags: