Archive for category Memory Lane

10 Years Ago…

I was doing some work online when I found this. I remember it as something that happened almost 10 years ago. It was very sweet. It was our first big win. A lot of people expect us to win it, but not many thought we can pull it off. This news was featured in Utusan Malaysia, and another slight variation of it was featured in Harian Metro.

I remember Cikgu Yusof (our GPK HEM) put this under the glass on his table and put another laminated copy on the teachers’ room door. It stays there for a lot of months.

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, over 17 other schools in Hulu and Kuala Selangor emerge champion of SPLASH Challenge Trophy Debate 2001. YB Dato’ Haji Mohd. Mokhtar bin Haji Ahmad Dahlan, State Executive Councilor for Housing, Local Government, Squatters and the Environment, gave out prizes to the winners whose arguments for ‘Rakyat Malaysia adalah komuniti yang prihatin terhadap keperluan alam sekitar’ won them winning scores from the judges.

The objective of the debate is to provide positive exposure, motivate self development and instill awareness on environmental issues among the students. The debate will allow the students to heighten their thinking and astutely utilize the liberty of expressing their view and vision.

A total of 17 schools participated in SPLASH Challenge Trophy 2001, with the co-operation of the District Education Offices. SPLASH has also collaborated with the Department of Environment in proposing the final debate topic to the schools.

“The debate will teach the young on learning the importance of environmental protection and how they can be taught into practising good values on environmental conservation and rehabilitation among the young.” Encik Azmi Mat Nor, Chief Executive Officer of SPLASH said at the final round of SPLASH Challenge Trophy Debate 2001 this morning at Kuala Selangor.

“Given that the young generation will become the future forefront of our nation, we want to emphasise the importance of education and knowledge. We also comprehend the need to encourage mental development and emotional intelligence and due to this we have initiated several educational programmes in SPLASH Children Education Campaign (SCEC) this year.

“SPLASH intend to garner more participation in the debate next year if we receive encouraging response from this year’s debate. Positive development among the schoolchildren is a great concern to us and that is why we intend to hold numerous beneficial activities for them in our Children Education Campaign.” he said.

The debate is part of 3 components under SCEC 2001 comprising the ‘Anugerah Pelajar Cemerlang’ and SPLASH Environmental Club. The ‘Anugerah Pelajar Cemerlang’ will be awarded early next year after the UPSR, PMR and SPM results have been announced and SPLASH Environmental Club is in the process of setting up its activities with the authorities.

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor won RM1000 Cash Award, a set of computer including a printer, SPLASH Challenge Trophy, 4 individual trophies and certificates of participation. The 1st runner-up, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun, Tanjung Karang received RM800 Cash Award, 4 individual trophies and certificates of participation. Mohd Sabri bin Hassan Assa’ari from Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor won the Best Speaker award.

SPLASH will also ensure that SCEC 2001 which is a continuation of SCEC 2000 will sustain its efforts to help motivate for education excellence and develop character, mental and physical capability among the young in Hulu and Kuala Selangor.

YB Dato' Haji Mohd. Mokhtar bin Haji Ahmad Dahlan, State Executive Councilor for Housing, Local Government, Squatters and the Environment (middle), giving out mock cheque to Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor debate team leader, Mohd Sabri bin Hassan Assa'ari (right)
PROUD WINNERS: Champion, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (right) and 1st runner-up, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjung Karang received cash awards, individual trophies and certificates of participation.

You can read them here: SPLASH Website

Saya dah lupa sama ada kami Kerajaan atau Pembangkang. Tetapi saya masih ingat yang tajuk ini agak sukar. Bagaimana untuk membuktikan Rakyat Malaysia adalah Komuniti Yang Prihatin Terhadap Alam Sekitar sedangkan saban hari kes pencemaran berlaku? (waktu ini zaman kegemilangan Karam Singh Walia). Kes pencemaran hot, sama hot dengan kes pembuangan bayi sekarang.

Saya juga masih ingat yang untuk pertandingan ini, SEMASHUR hantar satu bas penyokong ke Kuala Selangor. Setiap seorang dari kami dibenarkan memberi nama 5 orang kawan untuk menjadi penyokong. Baki 20 tempat lagi adalah untuk ahli kelab Bahasa Melayu. Saya masih ingat beberapa orang yang kami bawa.

Terima kasih pada Salikin yang mengorganizekan penyokong-penyokong supaya dapat memberi sokongan moral yang konsisten untuk perlawanan tersebut. Bertanding di dewan sekolah lawan begitu mendebarkan (lebih-lebih lagi kerana perlawanan peringkat daerah Hulu Selangor dilakukan di SEMASHUR).

Terima kasih pada Nadialiyana dan Afiqah yang menceriakan suasana dan membantu mengurangkan stress kami. Its definitely team work.

Terima kasih juga tidak lupa kepada cikgu-cikgu pembimbing yang banyak membantu, memberi semangat, memberi peluang dan memanjakan kami. Cikgu Aisyah, Cikgu Zarul, Pn Zubidah dan Cikgu Yusof. I will not trade them for any other. :)

Saya masih ingat saat-saat keputusan diumumkan. Pada saya perdebatan itu 50-50. Tidak sengit sebelah seperti pertandingan peringkat daerah. Berdebar tu ada, tetapi tidak sangat. Saya rasa saya sudah memberi yang terbaik dan telah pulih dari prestasi buruk (ketika pusingan kedua peringkat daerah saya sangat teruk).

Ketika keputusan dibacakan kami semua duduk. Sebaik sahaja SEMASHUR diumumkan sebagai pemenang, seluruh rombongan bingkas bangun mengangkat tangan (slow motionnya masih terakam dalam kepala). Havoc.

Rasa-rasanya YB Mokhtar pun turut terjangkit dengan aura perdebatan tersebut. Dalam ucapan penutupnya beliau menjemput kami ke DUN Selangor untuk menyaksikan sendiri bagaimana persidangan DUN berjalan. Another wonderful experience.

Sabri
Debater Pencen

p/s: Oh ya, dalam gambar “Proud Winner” tu, I am the thin one. 3rd from right. Yup. Once upon a time ago, I am not as chubby nor as handsome as I am now. :p

Perasaan Yang Mengujakan

Pada satu pagi Sabtu yang hening, telefon saya berbunyi. Satu nombor yang tidak dikenali memanggil. Saya pun menerima panggilan tersebut. Suara dihujung sana macam pernah saya dengar, tetapi saya tidak ingat.

Sabri, ini cikgu Zarul ni. Nak tanya sikit … (dan seterusnya)

Cikgu Zarul adalah salah seorang guru pembimbing bahas ketika saya di SEMASHUR bersama dengan Cikgu Aisyah, Puan Zubaidah dan Cikgu Hani (dan Cikgu Yusuf). Cikgu Zarul adalah guru lelaki yang sempoi. Perkara yang saya paling ingat mengenai Cikgu Zarul adalah amanat “Empat Benda Yang Saya Dapat di Universiti” beliau. Maaf cikgu, saya tak dapat lawan cikgu, saya hanya dapat dua sahaja. Nyaris-nyaris nak dapat tiga, tetapi satu tercicir di hujung jalan. ;)

Kali terakhir saya bertemu dengan beliau saya rasa adalah pada tahun 2006.

Untuk menerima panggilan dari beliau setelah 4 tahun tidak bertemu dan 8 tahun meninggalkan sekolah adalah perasaan yang mengujakan. Sebenarnya perasaan masih diingati guru setelah 8 tahun meninggalkan sekolah adalah sangat mengujakan. (macam terbalik pula ayat ni, sepatutnya murid lah kena ingat guru kan? isy3x)

Menyebut tentang zaman persekolahan, saya teringat juga kepada guru-guru saya di Sekolah Kebangsaan Galing;

1) Cikgu Atan – Apabila cikgu Atan mengajar di satu kelas, kelas sebelah menyebelah akan automatik menjadi senyap sekali. Apabila cikgu Atan tiba di tapak perhimpunan, satu sekolah menjadi senyap. Cikgu Atan mengajar Matematik. Kepada sesiapa yang tidak menghafal sifir, mereka akan menerima pelbagai bentuk hukuman. Gertakan dari cikgu Atan (belum sentuh pun lagi) sudah cukup untuk membuatkan pelajar menangis atau terkucil (betul ni!). Namun hukuman beliau yang paling famous dan masih diingati turun-temurun di SKG adalah mencium jadual sifir di dinding tandas guru.

2) Cikgu Omar – Cikgu Omar adalah Cikgu Atan versi petang. Beliaulah yang menyebabkan saya hafal sifir dengan cepatnya ketika darjah 3 (tidak macam Ummairah, darjah 6 pun masih tergagap-gagap lagi sifir). Bila tahu Cikgu Omar akan mengajar kami Matematik pun dah cukup buat kami sekelas menggeletar. Kenapalah beliau tidak ajar PJ sahaja. Cikgu Omar juga mengajar matematik. Popular dengan penampar dan rotan kontotnya, cikgu Omar juga boleh membuatkan mana-mana pelajar kecut perut. Taraf hukumannya kurang sedikit tahap ganas dibandingkan dengan Cikgu Atan. Hukuman yang beliau suka kenakan (selain dari dirotan oleh rotan kontot), adalah berdiri sampai habis masa, berdiri sambil junjung kerusi, berdiri atas kerusi, berdiri di luar kelas.

Sayang guru-guru Matematik ini tidak mengajar saya pembezaan dan pengamiran. Jika mereka turut mengajar saya dua bab penting ini satu dari dua kemungkinan akan terjadi; 1) Saya akan menjadi seorang yang terror matematik, 2) Muka saya menjadi kebas (terlalu banyak di tampar sebab tak faham-faham) hehe…

Berbeza dengan guru-guru lelaki yang saya suka jika mereka lebih “ganas” dan sempoi (lagi cepat belajar), guru-guru wanita yang bersifat keibuan lebih berkesan. Hukuman yang paling ganas pun adalah cubit (tetapi cikgu-cikgu zaman dulu ada skill mencubit yang tinggi. Boleh lebam perut kena cubit).

1) Pn Nurul Huda – Satu salah congak atau satu salah dalam spelling (English) atau ejaan (BM) akan mendapat 5 kali pukulan dengan pembaris kayu (6 bulan pertama di tapak tangan, 6 bulan seterusnya di belakang tapak tangan)

2) Pn Zalikha – terror mencubit. Saya suka mendengar beliau bercerita. Saya masih menanti sambungan episod dua Cerita Batu Belah Batu Bertangkup beliau. Ia berjaya membuatkan saya tidur malam semula setelah ditakutkan oleh filem P. Ramlee. Ketika itu pada waktu BM, Pn Zalikha akan duduk di atas kerusi dan kami semua akan duduk mengelilingi beliau ketika beliau bercerita.

3) Pn Yong & Pn Shamala – saya combinekan kedua-dua guru ini kerana mereka hampir sama dan memberikan impak yang sama kepada saya. Pn Shamala meneruskan apa yang Pn Yong sumbangkan dalam hidup saya. Pada satu zaman dahulu kala, saya sangat-sangat teruk dalam English. Ketika peperiksaan saya akan menjawab mengikut apa yang saya rasa bunyi macam sedap/betul. Pn Yong dan Pn Shamala lah yang mengajar saya membuat ayat yang betul perlahan-lahan. Dari ayat dengan 3 perkataan kepada ayat 4 perkataan dan seterusnya. Dari hanya ayat present and past tense kepada ayat yang lebih complex. English saya pada hari ini masih belum sempurna, tetapi bolehlah. Kalau tidak ada mereka berdua, mungkin saya seorang nelayan di Beserah pada hari ini. hehe…

4) Pn Aidil – Pn Aidil adalah guru kelas saya ketika darjah empat dan darjah lima. Beliau banyak mengajar dan menjadi contoh kepada saya maksud sabar, rajin, bekerja keras dan buat lebih dari apa yang orang expect. Beliau mengajar saya menjadi cemerlang. Walaupun saya bukanlah tergolong dalam pelajar paling favouritenya (saya tidak comel dan tidak petah berkata-kata), tetapi saya dapat jugalah sedikit kelebihan dengan menjadi Pengawas Perpustakaan (beliau guru perpustakaan).

Kami mendapat lesen besar untuk skip perhimpunan (tidak perlu jumpa Cikgu Atan, cikgu Omar dan kemungkinan di rotan atau di denda di khalayak ramai ~ketika perhimpunan ada sesi congak, baca sifir dan spelling mengejut kepada pelajar bertuah. Siapa yang salah akan didenda dan pelajar lain akan dipanggil sehingga soalan tersebut terjawab) dengan alasan mengemop lantai perpustakaan. Pengawas Perpustakaan di dalam kelas Cikgu Aidil juga boleh dikira sebagai lebih bertuah dan lebih berkuasa dari Pengawas (yang beliau gelar Mawas), tak percaya tanya Emirin. haha…

Waktu yang paling best pada saya adalah apabila Cikgu Aidil meminta kami datang pada hari Sabtu (4-5 orang pengawas perpustakaan terpilih) untuk mengecop buku. (Cop selang 7 muka surat). Beliau akan memberi upah RM 1 dan menghantar kami pulang (yang paling best sebab selain upah beliau, parents saya juga akan memberi duit belanja juga) Yay!

Oh ya, satu perkara lagi yang buat saya sayang cikgu Aidil adalah kerana beliau melantik saya sebagai Ketua Tugas hari Jumaat di perpustakaan. Yang lebih best lagi, beliau turut meletakkan nama “crush” saya yang pertama dalam hari tersebut… haha.. Kecil-kecil dah gatal. Jadi tiap-tiap minggu saya dapat bercakap dengan crush saya itu. Susah tau, saya sekelas dengan crush saya tu waktu darjah 3 aje. Jadi dalam kelas tak dapat jumpa. Jumpa di perpustakaan aje lah. hehe

(Oh ya, saya rasa saya patut berterima kasih kepada cikgu Omar juga). Sebab ketika darjah 3, kerana takutkan cikgu Omar saya sering memberi rakan-rakan sekumpulan saya (termasuk crush saya itu) tiru supaya mereka tidak didenda. (waktu itu saya star…hehe). Saya rasa ini punca saya ketagih menolong orang ni dan lembut hati ni, especially perempuan. Waktu zaman itu, jika anda tidak comel, satu-satunya cara lain untuk mendapatkan admirer adalah anda kena pandai. Sebab itulah saya pandai ketika itu (dan semakin tua semakin kurang sebab sumber motivasi dah tak ada) . To think of it, saya rasa bersalah juga. Kerana ahli-ahli kumpulan (rakan sekelas yang duduk berhampiran meja saya) ketika itu tidak begitu cemerlang dalam pelajaran. Mungkin kerana saya sering memberi mereka tiru, jadi mereka tidak dapat belajar. Isy3x. Betullah cikgu kata, kalau kita bagi kawan tiru kita sebenarnya memusnahkan kawan tersebut. :p

Kesimpulan post ini, saya sayang cikgu-cikgu saya dan saya suka menerima panggilan dari orang yang mempunyai nombor telefon saya. Jangan segan-segan untuk call atas apa sahaja sebab. :) (bilangan orang yang mempunyai nombor telefon saya tidak banyak… Jadi kalau anda ada nombor saya, atau masih ada, memang anda adalah orang terpilih. hehe…)

Sabri
Anak Murid Cemerlang

p/s: Ada orang tanya, saya ni anak emas cikgu ya? Suka bodek cikgu ya? Sumpah tak. Saya ni bukan comel pun. Budak comel-comel je yang suka bodek cikgu. Saya sedar diri. hehe… Cuma saya ni budak baik je. Apa yang cikgu suruh saya akan buat. Boleh diharap sikitlah. Sebab itu cikgu-cikgu saya sayang saya. ahaxz… :p

p/p/s: Nanti dalam post lain saya ceritakan mengenai guru-guru di SEMASHUR dan di SABS pula. :)

Bangunan Itu

Ketika surfing baru-baru ini, saya terjumpa dengan sebuah sajak yang menarik. Teringat ketika zaman-zaman SEMASHUR dulu, waktu giat menulis sajak sebagai “Invisible Man” :)

Bangunan Itu

Hati tertanya-tanya,
Gerangan di ufuk sana,
Cahayanya berkerdipan menawan,
Susuknya menarik mata,
Tingginya mencapai kesejukan kalbus,

Bolehkah aku kesana,
Menyelesaikan hati yang tidak puas,
Memandang dan bertanya,
Kedudukan yang kejauhan,
Hanya dapat ku tatap,
Cebisan darinya

Hati meronta,
Naluri insan bernama manusia,
Inginku terbang menyentuhinya,
Memberikan perasaan hiba,
Bangunan konkrit itu,
Di hujung malam.

Kredit: Ainun Nasihah

Enjoying Bali

The picture says it all. :)

Kenangan Silam (Yang Manis)

Saya baru balik dari menonton Sirah Junjungan: Tahajud Cinta di Istana Budaya.

Sebenarnya untuk cover kempunan menonton Puteri Gunung Ledang. Saya bercadang untuk menontonnya pada Sabtu lepas, hari terakhir yang agak free. Namun, ketika itu penyanyi jemputannya Jamal Abdillah. Jamal Abdillah memang penyanyi yanga bervokal menarik, namun pull factornya pada saya tak begitu hebat sangat. hehe..

Ingatkan melepas lagi kesempatan ini.

Namun petang tadi di pejabat tiba-tiba terfikir. Eh sempat lagi ni kalau balik awal dan pergi Istana Budaya. Lagi pula, Siti Nurhaliza penyanyi jemputan nih. Walaupun sibuk, tapi kalau Siti berbaloi lagi pergi nih. Dan secara spontannya saya buat keputusan untuk pergi memandangkan malam ini, malam yang paling kurang sibuk di antara malam-malam yang sibuk yang bakal mendatang.

Jadi saya pun pergi. Ngam ngam sampai beli tiket, duduk dan persembahan start.

Kalau nak komen pasal teater ni, saya bukanlah pakar sangat. Namun adalah pengalaman picisan waktu kat sekolah dulu, dan selalu dengar Cikgu Hani (Nurhani) memberi komen mengenai persembahan drama dan teater. Kebetulan pula ketika di SEMASHUR dulu, pernahlah 2 kali ke Istana Budaya.

Kudos kepada pencerita. Sangat bagus dan berjaya membawa tone yang pelbagai dan emosi ke dalam cerita. Tahniah juga kepada jalan cerita yang baik dan digarap dengan bagus. Walaupun audio mungkin ada sedikit cacat cela, terutamanya ketika pelakon menjerit, tapi oklah. Masih boleh “bergegar” juga feel dia.

Tetapi dari segi koreografi tarian mungkin perlu latihan lagi untuk koordinasi dan lakonan mungkin di sesetengah part agak over.

Tapi not badlah.

Experience saya di Istana Budaya still masih enjoy dan belum tercemar. :)

Now, back to memory lane.

Kali pertama saya ke Istana Budaya, saya menonton teater muzikal Tanggang. Tiket di beri oleh Cikgu Saipuddin. Saya bersama empat orang lain. Saya masih ingat Faizal dan mungkin Helmi. Saya tak pasti 2 yang lain, mungkin Hood dan Zaid. Mungkin, saya dah lupa.

Kali kedua saya menonton teater Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kali ini dengan classmate 5 Amal.

Perbezaan yang saya terasa ketika duduk tadi adalah, “Wah, kecil rupanya Istana Budaya ni”.

Sebab seingat saya ketika saya datang dulu, saya terasa “kebesaran” dan keluasannya. Boleh seram sejuk jugalah kalau kena buat persembahan kot. Namun tadi terasa kecil pula ruangnya. Pentas pun terasa lebih dekat. (hehe… maybe sebelum ini tiket free, jadi seatnya seat belakang)

Walaupun tidak puas mendengar Siti menyanyi (kurang dari 5 lagu rasanya), tetapi 2 lagunya sangat dekat di hati. Pernah saya nyanyikan secara berkumpulan dalam pertandingan nasyid di SEMASHUR. Lagu “Nabi Anak Yatim”, dan lagu “Alangkah Indahnya Hidup Ini”

Waktu itu saya masih ingat memang sumbang sungguh suara kami. Namun suara apeng untuk vokal “Alangkahnya hidup ini, andai dapat, kutatap wajah mu”, syahdu sungguh. Mungkin lebih syahdu dari suara Siti.

Dalam teater ini juga saya rasa keyakinan dan kepercayaan kepada Ayu (codename) itu tinggi. Masanya akan tiba, orangnya akan tiba. Mungkin cuma sekarang saya yang masih belum tahu. Tak apa, kad nama dah di approve dan on the way. Lepas tu saya boleh mengorak langkah lebih panjang.

Saya juga mencongak dalam kepala. Kali terakhir saya berada di panggung sari sebagai seorang pelajar. SPM pun belum ambil. Sudah hampir pasti hala tuju hidup, tetapi keputusan SPM tidak pasti lagi. Kali pertama datang, pening-pening kepala pasal politik lagi. Kali kedua datang, pening-pening kepala pasal cinta lagi.

Kali ini datang, pening-pening itu sudah hilang (dan mungkin sedang kembali).

Tetapi yang pentingnya 7 tahun kemudian saya kembali ke dalam dewan itu, sebagai seorang dewasa. SPM sudah selesai, alhamdulillah lebih baik dari target. Hidup pun secara umumnya lebih baik dari jangkaan saya dan saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan pengalaman yang dilalui.

Tujuh tahun terasa lama. Dulu hidup saya, survival hari demi hari. Fikiran sedikit terbelenggu. Imaginasi terbatas. Cita-cita pun ada dan tidak sahaja.

Sekarang, memang ada aspek hidup yang saya harap boleh jadi lebih baik, tetapi secara umumnya saya bersyukur dengan jalan yang dilalui dan tidak akan menukarnya dengan lain-lain jalan.

Saya terfikir (ketika masih di dalam dewan), adakah 7 tahun lagi saya akan datang dalam keadaan yang berbeza juga? Ketika itu saya akan berumur lebih kurang 31 tahun. Ya, pasti akan sedikit berbeza. Harapan saya semoga ia juga lebih gemilang dan saya tidak lagi akan datang seorang! :)

Tribute To My English Teachers

I am a Malay born in the East Coast of Malaysia. For people who share my background, usually their English was below average. My English is not that excellent, but its okay. Its comprehensible. And I do quite well for English during high school, performing even better than some KL students.

And when I compare myself with my youngest sister (std 6) when I am at her level, I feel very grateful. 

A lot of my classmates in school and uni don’t believe this, but I am actually doing very, very bad in English while I am in std 4. My vocabulary is very limited, I can only read buku bergambar and in exam, I will just answer according to my intuition. Ikut sedap mulut as they say it in Malay. 

But starting std 5, my English improve tremendously.

From a D student to an A student in a matter of months.

I would like to tribute these 3 most important people:

Ms Yong- my std 5 English teacher. She is very patient and firm. She used to be a class teacher for students in “Kelas Pemulihan”, so she definitely has experience teaching “slow” students. I learned to put up a proper sentence in English during this time. If I am not mistaken, she teach us to create a simple sentence with four words first. And then when I am able to do that she will guide me to construct a sentence with 5 words, and then 6 and so on.  I remember her husband was an avid photographer. I bought a picture of Hale-Bopp comet from him. I misplace the picture soon after that. :)

Ms Shamala-my std 6 teacher, she is witty and make English very enjoyable. My grammar improve here and during this time only I truly understand tenses in English and be able to use it correctly.

Last but not least is my dad. Since I am in std 4, he will buy me Star or NST during weekend. Now for some of you this is normal. But hear this. My dad cannot read English. Thus, he bought the paper ONLY so that I could read them. And, I think he knew at that time that I don’t read the papers. Saya hanya tengok gambar.

I am a kampung boy. Even the newspaper was too complicated for me. (remember, when I am in std 4, my English was very bad). But he bought it anyway. Every weeks without fail. And sometimes he did not buy his newspaper so that I can have mine.

Walaupun permulaanya saya cuma tengok gambar (sports),  tapi bila dah masuk darjah 5, saya mula baca sikit-sikit.

Mula-mula baca sukan, lepas tu artikel-artikel menarik di bahagian tengah.

Saya rasa saya mula baca penuh bila masuk sekolah menengah. Itu pun saya skip business section (masuk Uni baru start baca). 

When I reflect back, it touched my heart. Well, my dad is certainly not the best dad in the world. Not even for me (a lot of people claim theirs are the best). Not me. I think there are better dad out there.

But he certainly has tried his best. I admire him for that. This is one trait that I hope runs in my blood too.

 I am eternally grateful for these people as  they had opened a whole new world for me.

What I think of PPSMI?

Ummairah is the product of it. And I can say that I am not that satisfied with the result. I am all for improving students’ English, but I think there are better ways to do it.