Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Category: Rancang Kahwin

Perlukah Loan Perkahwinan? Peluang dan Cara Adakah Majlis Kahwin Simple

Adakah anda memerlukan wang untuk berkahwin? Mahu buat loan? Personal loan (pinjaman peribadi) untuk berkahwin?

Tahukah anda, secara kasarnya untuk pinjaman berjumlah RM 10,000 jika dibayar lebih kurang RM 100 sebulan, ia akan mengambil masa selama 15 tahun untuk diselesaikan. Ya, ketika itu anak anda sudah disekolah menengah.

Bermaksud, selama mereka bersekolah rendah anda sebenarnya menjaga anak bank islam, anak bank rakyat, anak RHB, anak koperasi dan bukannya anak anda sendiri 100%. Mujurlah loan peribadi dan bukan loan rumah atau loan kereta, jika tidak sudah dilelong anak anda jika anda ada masalah untuk membayarnya.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf atas keterlanjuran kata di atas. Saya tidak bermaksud menyinggung hati jika memang anda sedang mencari maklumat berkenaan personal loan untuk perkahwinan. Dengan keadaan ekonomi Malaysia hari ini, harga barangnya mahal, hantarannya tinggi membuat pinjaman untuk kahwin hampir menjadi keperluan dan bukan lagi kehendak.

Saya kata “hampir” bukan sudah jadi. Kerana ada caranya jika anda tidak mahu membuat loan kahwin.

pinjaman-kahwin

Begini caranya. Sebelum itu, biar saya kategorikan orang yang tidak cukup wang untuk berkahwin ini kepada dua kes.

Kes #1 (Pertama), Mahu berkahwin, expectation untuk majlis perkahwinan berkadar diri.

Kes #2 (Kedua), Mahu berkahwin, tidak ada duit, mahu majlis yang paling meriah di kampungnya, atau sekurang-kurangnya lebih meriah dan hebat dari kawannya yang baru berkahwin tahun lepas.

Jika anda tergolong dalam kes pertama, teruskan membaca. Penyelesaiannya ada.

Jika anda tergolong dalam kes kedua, anda boleh berhenti membaca sekarang. Melainkan ibu bapa ada sangatlah kaya orangnya, anda kurang bersedia dari aspek kematangan untuk berkahwin.

Kes #1, kes legitimate dan boleh dibantu.

Baiklah, kos majlis kahwin sebenarnya sangatlah berkait rapat dengan expectation bakal pengantin. Benar, kos wang hantaran adalah besar dan signifikan juga, namun ia biasanya cuma separuh dari perbelanjaan. Jika uruskan majlis perkahwinan kita dengan strategi yang betul, kos ini boleh kita kurangkan dengan signifikan.

Penjimatan kos ini boleh kita lakukan dengan 3 cara.

Pertama, kita uruskan pihak berkepentingan (P). Mereka ini adalah keluarga terdekat kita. Ada cara, skrip dan strategi khusus untuk mendekati mereka ketika anda menyatakan keinginan berkahwin dan ketika anda mencadangkan konsep majlis perkahwinan anda.

Kedua, kita perlu uruskan sumber dengan effektif. Perbelanjaan majlis kahwin biasanya steady sahaja mula-mula. Ia naik dengan mendadak seminggu sebelum kahwin. Jika bakal pengantin tidak cermat, kos lain-lain (miscellaneous) akan naik sehingga ribuan ringgit.

Ketiga, uruskan aturcara program anda dengan tepat (P). Kos operasi Air Asia jauh lebih rendah dari MAS sehingga mampu menawarkan tambang murah adalah kerana Air Asia merancang program untuk memaksimumkan jam penerbangan pesawat. Bermaksud pesawat Air Asia lebih sering berada di udara berbanding di lapangan terbang. Kapal terbang buat duit bila terbang dan bukannya waktu parking di airport! Konsep yang sama perlu diapplykan dalam majlis kahwin bajet. Kita perlu optimumkan susanan aturcara untuk penjimatan yang maksimum.

Ketiga-tiga teknik ini saya rangkumkan sebagai teknik PSP. Pelajari bagaimana untuk mengaplikasikan teknik PSP ini untuk penjimatan maksimu ketika majlis kahwin anda dalam Seminar Kahwin Bajet. Anda akan pelajari skrip, strategi (warna tema apa yang paling murah, tempoh masa majlis bagaimana paling jimat, bagaimana untuk dapatkan hantaran jimat, etc) yang akan menjimatkan majlis kahwin anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Atau, jika anda masih belum bersedia untuk mempelajari teknik advance, mulakan berjimat dengan mengelakkan 7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin. Mini-ebook ini PERCUMA untuk anda dari saya. Klik di sini untuk download.

Sehingga Jumpa Lagi!

 

Sabri

Kenapa Pengantin Gagal Merancang Majlis Impian Untuk Hari Bahagia

Impian #1: Impian semua orang untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang diingati sehingga mati.

Impian #2: Impian hampir semua orang normal mahukan majlis impian sebegitu pada harga serendah mungkin.

Namun, tidak semua orang normal mahu meluangkan masa mempelajari cara dan mendalami ilmu  bagaimana untuk menjadikan kedua-dua impian itu satu realiti.

Sungguh sayang sekali kerana merancang perkahwinan yang ekonomi dan bajet itu tidak semudah seperti yang diperkatakan. Dan sudah tentunya tidak semudah teori.

Menurut pengamatan saya, ada dua punca UTAMA kenapa menjadikan majlis impian pada harga bajet itu sukar.

 Pertama: Kekangan Keluarga dan Bakal Keluarga

Bakal pengantin biasanya muda. Mereka akan berdepan dengan ibu bapa dari generasi veteran yang lebih berpengalaman dan lebih dulu makan garam dari mereka.

Tersilap langkah, tersilap kata, akan dikuncilah pergerakan bakal pengantin dan keluarga akan take over menguruskan majlis kahwin mereka. Banyak bakal pengantin yang “desperate” telah gagal untuk meyakinkan keluarga mereka. Jadi, terpaksalah mereka berhutang, membuat personal loan dan menambah kad kredit (atau meminjam wang pasangan) untuk memenuhi syarat dan permintaan keluarga.

Jika ini yang terjadi, bakal pengantin boleh katakan “bye bye” sahajalah kepada semua cita-cita mereka.

 Penyelesaian: Pendapat ibu bapa dan keluarga tidak boleh dibantah atau ditingkah. Cuma, bakal pengantin perlu faham strategi yang dapat mempamerkan kebijaksanaan dan kematangan mereka, seterusnya mendapatkan kepercayaan keluarga untuk menguruskan majlis impian mereka seperti dirancangkan.

kahwin-usia-muda

 Kedua: Bakal Pengantin Lemah Tenaga …

Bukan, saya bukan bermaksud bakal pengantin lemah tenaga batin.

Maksud saya, bakal pengantin tidak cukup bertenaga untuk menguruskan majlis kahwinnya sendiri dengan penuh minat. Untuk menguruskan majlis kahwin, ada banyak perkara yang perlu dipantau. Pengantin kadang-kadang terlepas pandang, hanyut mengikut arus atau tidak tahupun ada perbelanjaan yang boleh dikurangnya.

Jadi mereka keluarkan duit setiap kali ada orang minta.

Jika tidak ada duit, mereka swipe credit card atau buat personal loan untuk kahwin.

Ini sesuatu yang amat merugikan bagi jangka masa panjang.

Penyelesaian: Bakal pengantin perlu tahu di mana wujudnya peluang-peluang penjimatan dan membuat keputusan secara sedar, bukan ikut-ikutan.

Insya Allah dengan itu, impian pengantin untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan impian pada harga bajet (murah) akan menjadi kenyataan.

Sudahkah anda hadiri Seminar Rahsia Kahwin Bajet? Kedua-dua penyelesaian ini (dan 7 lagi shortcuts untuk kahwin bajet) akan dikupas secara panjang lebar. Klik di sini untuk baca lebih lanjut, mengapa seminar ini telah di tailor made untuk anda.

Oh ya, mahukah anda mengelakkan 7 kesilapan yang biasa dilakukan bakal pengantin? Download laporan PERCUMA, 7 kesilapan yang biasa dilakukan bakal pengantin di sini.

Atau, jika anda sudah download laporan percuma tersebut, ambil langkah seterusnya dengan hadiri Seminar Kahwin Bajet untuk menguasai 7 Shortcut Kahwin Pada Harga Bajet!

Kenapa Perlu Perkahwinan Bajet? Majlis Kahwin Murah?

Sejak beberapa artikel yang lepas kita asyik membicarakan persoalan cara kahwin bajet. Bagaimana untuk mengadakan majlis kahwin yang murah. Faktor yang menyumbang kepada kos perkahwinan dan sebagainya.

Saya menjangkakan yang semua orang tahu dengan jelas kenapa kita perlu kawal kos majlis perkahwinan kita secara spesifik.

Baiklah, hari ini saya akan berkongsi pula faedah yang anda akan perolehi dengan mengadakan majlis pernikahan dan perkahwinan yang mudah dan murah. Yang bagusnya, jika anda sebelum ini masih 50-50 mengenai idea kahwin bajet pun akan seronok dan menyedari betapa idea kahwin bajet ini bukan semata-mata untuk orang miskin atau tiada duit, ia adalah untuk orang kaya yang bijaksana juga.

Kenapa Perlu Majlis Perkahwinan Bajet?

Supaya anda akan ada lebih banyak wang untuk buat benda lain yang anda lebih gemari.

Saya rasa tidak salah jika saya generalisasikan, bakal pengantin yang berkahwin pada umur 20-35 tahun bukanlah dari golongan yang mempunyai wang berkepuk-kepuk di bank. Bila saya maksudkan berkepuk-kepuk saya memang maksudkan berkepuk-kepuk. Setakat ada RM1 juta dalam bank, itu saya tidak hairan, itu belum cukup kaya untuk beli semua benda. Itu tidak berkepuk-kepuk lagi. Definisi berkepuk-kepuk ini mungkin dalam RM20 juta ke atas. Yang 3 generasi makan pun belum habis.

Ok, bila hampir semua bakal pengantin tidak kaya dengan duit berkepuk-kepuk, ini bermaksud mereka tidak dapat beli semua benda yang boleh dibeli di dunia ini. Mereka terpaksa buat trade off. Orang yang ada RM1 juta dalam bank pun tidak boleh beli kereta Ferrari, banglo di Putrajaya dan berkahwin seperti artis secara sekaligus dalam minggu yang sama.

Jadi kita terpaksa membuat pilihan dan prioritikan yang mana lebih utama.

Yang bagusnya, apabila kita dapat menjimatkan lebih dari biasa kos majlis perkahwinan kita, kita akan ada lebihan wang. Lebihan wang ini boleh anda gunakan untuk honeymoon di luar negara, downpayment rumah idaman, mengubah suai hiasan dalaman rumah, membeli perabot dan perkakas rumah atau banyak lagi kemungkinan yang memerlukan wang.

Wang lebihan itu hanya boleh didapati jika anda menganjurkan majlis perkahwinan yang jimat.

honeymoon di pelbagai destinasi

Honeymoon di pelbagai destinasi

Dan anda tidak perlu bimbang.

Majlis perkahwinan yang ekonomi, majlis kahwin yang bajet bukanlah majlis kahwin yang tidak meriah dan tidak bermakna.

Idea majlis kahwin bajet saya adalah majlis kahwin impian anda. Full stop.

Semua kriteria majlis impian anda, tercapai. Full stop.

Cuma, ia bukan majlis perkahwinan “untuk orang” dan bukan majlis kahwin untuk “menunjuk-nunjuk”. Full stop.

Belanjalah sebanyak mana sekalipun untuk apa yang anda mahu, tetapi potong sehabis mungkin untuk benda yang anda sendiri tentukan anda tidak perlu.

Itu sahaja.

Dan faedah anda dapat dengan buat begitu?

Lebih duit untuk travel, beli rumah, renovate rumah dan sebagainya.

Honeymoon di Luar Negara

Honeymoon di Luar Negara

You deserve to spend your money your way. Itu idea saya.

Itulah Majlis Kahwin Bajet.

Good luck!

 

Sabri

p/s: Jadi, sudah bersedia untuk mengetahui strategi dan shortcut untuk kahwin bajet? Klik di sini untuk mendaftar seminar kahwin bajet.

Anda sendiri tentukan prioriti anda

Anda sendiri tentukan prioriti anda

Kahwin Bajet Yang Murah | Tips Memilih Tarikh Majlis Impian

Anda akan berkahwin tidak lama lagi? Tahniah!

Untuk beberapa bulan yang akan datang ini, ia akan menjadi tempoh masa yang paling kritikal, penting dan sibuk dalam hidup anda. Tetapi, jangan bimbang. Jika anda mengikuti rancangan, strategi dan shortcuts yang betul, ia juga akan menjadi antara pengalaman yang paling menyeronokkan.

Anda akan berkahwin. Bagaimana untuk merancang hari bahagia yang menjadi impian selama ini? Apa perkara yang perlu didahulukan?

Baiklah, untuk membantu anda saya akan berkongsi perkara-perkara penting yang perlu dilakukan satu-persatu secara bersiri di sini.

Menetapkan Tarikh Majlis Kahwin

Sudah tentunya sebelum semua persiapan lain dapat dibuat, tarikh perlu dipilih dan ditetapkan dahulu. Katerer, mak andam mahupun photographer semuanya akan meminta tarikh majlis untuk mereka lihat sama ada wujud kekosongan atau tidak di dalam kalendar mereka. Jadi amat wajar untuk anda menetapkan tarikh majlis impian anda dahulu sebelum mula mencari pembekal atau vendor untuk hari bahagia anda.

Sedikit Tips Untuk Menetapkan Tarikh Hari Perkahwinan

Di dalam Seminar Kahwin Bajet, ada strategi khusus yang perlu diberi perhatian dalam menetapkan tarikh hari perkahwinan, selang masa di antara majlis nikah, jamuan di rumah pengantin perempuan dan majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Ya, jika anda menyusun atur cara program berdasarkan ikut-ikutan anda akan kerugian besar. Sertai seminar kahwin bajet ini untuk mengetahui strategi menguruskan aturcara program untuk mendapat penjimatan maksima!

Selain dari strategi yang telah saya khaskan untuk kongsi bersama peserta kursus kahwin bajet, ada beberapa lagi tips umum yang tidak kurang mantapnya dan saya boleh berkongsi dengan anda.

Tarikh Popular Untuk Majlis Kahwin (Contoh: Cuti sekolah)

Antara tarikh kegemaran yang dipilih untuk mengadakan majlis kahwin adalah ketika musim cuti sekolah. Biasanya tarikh cuti sekolah dipilih untuk memudahkan sanak-saudara yang jauh datang memeriahkan majlis.

Sesuaikah mengadakan majlis walimatul urus ketika musim cuti sekolah?

Sesuai, jika anda tidak menggunakan khidmat katering dan memerlukan bantuan sanak saudara untuk “rewang” ketika kenduri kahwin tersebut.

Sesuai, jika majoriti dari sanak saudara anda tinggal melebihi 200km dari lokasi majlis dan anda menjemput lebih dari 800 orang tetamu ke majlis anda (anda menjemput ramai orang dan anda inginkan sanak saudara anda datang ke majlis anda juga).

Apa yang perlu anda ambil kira jika buat majlis kahwin ketika musim cuti sekolah?

Pertama, jika bajet anda kecil, anda perlu sedar yang sanak saudara dari jauh ini perlu anda ambil kira kebajikan mereka. Mereka tidak meminta, tetapi sebagai anggota keluarga yang mengambil berat, adalah molek jika anda menyediakan tempat untuk mereka berehat/bermalam dan memberi saguhati untuk cover minyak kereta dan tol perjalanan mereka.

kursus kahwin murah

Kedua, majlis kahwin ketika musim cuti sekolah juga kemungkinan besar dikenakan harga premium sedikit oleh vendor. Ini disebabkan oleh prinsip asas supply and demand. Ketika musim cuti sekolah, lebih ramai orang berkahwin dari waktu-waktu biasa. Jadi ketika ini supplier-supplier, katerer dan photographer mendapat lebih banyak pelanggan dari waktu bukan cuti sekolah. Kemungkinan ada dua tiga majlis dalam satu hari, maka sebagai contoh, katerer sudah pasti memberi keutamaan kepada majlis yang memberi lebih keuntungan kepada mereka.

Ketiga, oleh sebab besar kemungkinan tetamu ketika musim cuti sekolah akan menghadiri dua atau tiga majlis dalam satu hari, jumlah collection derma tetamu/rakan-rakan juga akan berkurang, kerana wang tersebut akan dibahagi-bahagi. Contoh mudah, jika di satu pejabat ada dua orang pekerja akan melangsungkan perkahwinan ketika musim cuti sekolah yang sama, dan kebiasaannya kutipan derma kilat akan dibuat untuk membeli hadiah atau sebagai sumbangan kepada staff yang akan berkahwin di pejabat tersebut.

Jika pada waktu bukan musim cuti sekolah, RM100 yang dikutip misalnya akan dihadiahkan kepada staff yang akan berkahwin tersebut keseluruhannya. Tetapi jika musim cuti sekolah, tidak hairan jika ada dua orang staff yang akan berkahwin. Dalam kes ini, seorang staff yang berkahwin akan menerima RM50 sahaja.

Fenomena yang sama akan berulang dengan sumbangan tetamu.

Bagaimana?

Senario-senario di atas nampak ringkas dan tidak signifikan. Tetapi anda perlu aware, jumlah kutipan dan sumbangan perkahwinan ini boleh mencecah RM 1000-RM 2000 apabila dikumpulkan.

Begitu juga sebagai contoh harga katerer. Jika ketika musim cuti sekolah harga sekepala naik RM1 sahaja seorang (dari RM9.50 ke RM 10.50), untuk jemputan tetamu seramai 1000 orang, jumlahnya sudah mencecah RM 1000 tambahan.

Jumlah tersebut amat sangat membantu melicinkan majlis perkahwinan terutamanya yang mempunyai bajet yang kecil.

Saya telah bentangkan pros and cons mengadakan majlis kahwin pada musim cuti sekolah. Yang pasti, setiap senario mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Keputusan akhir terletak di tangan anda.

p/s: Sudahkah anda download ebook PERCUMA mengenai “7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin Dalam Merancang Bajet Perkahwinan“. Ebook tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di sini dengan klik link ini (Klik Di Sini Untuk Download)

p/p/s: Jika anda sudah download ebook PERCUMA di atas, anda dijemput untuk menghadiri Seminar Kahwin Bajet yang akan mendedahkan lebih banyak lagi strategi dan tips untuk kahwin bajet (Klik di sini untuk maklumat Kursus Kahwin Bajet ini).

Perkahwinan Islam Majlis Kahwin Bajet (Bahagian 3)

Seperti yang telah saya janjikan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2, hari ini saya akan kongsikan secara kasar, beberapa anggaran bajet keseluruhan (berdasarkan senario) yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan.

Sebelum itu, suka untuk saya menjawab satu persoalan yang sering ditimbulkan. Adakah perkahwinan berdasarkan kehendak agama islam lebih murah dari perkahwinan dengan tema penuh adat?

Jawapan pendeknya, ya jika kedua-dua belah keluarga mempunyai pandangan yang sama, bersetuju dan saling hormat-menghormati secara jiwa dan raganya.

Cuma yang sering menjadi isu apabila bakal pengantin cuba untuk mengetengahkan konsep kahwin mengikut kehendak islam (kawin bajet) secara tidak berhikmah dan tidak berstrategi, keluarga akan menimbulkan beberapa isu yang menggugat keharmonian dan boleh saja mengakibatkan rumah tangga yang belum pun terbina, telah retak seribu sebelum perkahwinan berlangsung.

Jadi satu perkara penting, jika bakal pengantin ingin mengadakan majlis kahwin berdasarkan kehendak islam yang minima, persetujuan dari kedua-dua belah keluarga perlu diperolehi dengan cara hikmah dahulu.

Pelamin purple 1

Okay, sekarang kita masuk kepada anggaran bajet yang diperlukan untuk kahwin. Bajet ini all in ya, meliputi wang hantaran dan wang perbelanjaan majlis kahwin.

Perbelanjaan dari RM 10,004 – 13,500
Bajet dalam lingkungan ini cukup untuk pengantin menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana. Namun, kedua-dua pengantin perlu memahami yang mereka mempunyai bajet yang minimum dan banyak trade-off terpaksa dibuat untuk mengutamakan perkara yang betul-betul penting sahaja.

Perbelanjaan dari RM 13,501 – 22,500
Bajet dalam lingkungan ini memungkinkan pengantin menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah. Namun, kedua-dua pengantin perlu memahami yang mereka mempunyai bajet yang cukup-cukup . Beberapa trade-off masih perlu dilakukan dan pengantin perlu memilih apa yang betul-betul bermakna untuk mereka sahaja.

Perbelanjaan dari RM 22,501- RM 30,000
Dengan bajet sebanyak ini majlis impian pengantin dapat diadakan dengan lancar. Walaubagaimanapun, pengantin masih tidak boleh bermewah-mewah. Pada saat-saat akhir, satu atau dua trade-off mungkin perlu dilakukan bergantung kepada tahap berjaga-jaga bakal pengantin dengan bajet yang telah diperuntukkan.

Perbelanjaan melebihi RM 30,000
Dengan bajet sebanyak pengantin dapat mengharapkan sebuah majlis yang meriah dan lancar. Persediaan sebelum dan selepas pun dapat diaturkan dengan baik untuk keselesaan kedua-dua belah keluarga. Bahkan keluarga jauh yang datang dari luar kawasan juga dapat diberikan bantuan dan kemudahan untuk memudahkan mereka menghadiri majlis kahwin pengantin. Pengantin juga mempunyai pilihan untuk outsource pengurusan majlis seperti ini kepada wedding planner atau mengadakan majlis di dewan-dewan berbayar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda dalam merancang majlis impian anda! 🙂

 

Sabri

p/s: Sementara itu, anda boleh download sebuah ebook PERCUMA mengenai “7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin Dalam Merancang Bajet Perkahwinan“. Ebook tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di sini dengan klik link ini (Klik Di Sini Untuk Download)

Persediaan Dalam Merancang Majlis Perkahwinan Melayu | Bahagian 2

Jika dalam bahagian 1, saya telah berkongsi satu tips mudah tetapi mesti dilakukan untuk mengawal belanja majlis kahwin, dalam bahagian 2 ini saya akan berkongsi tiga lagi tips ringkas yang perlu dilakukan untuk memastikan anda tidak sengsara di kemudian hari.

Kita kena ingat, antara punca utama perceraian adalah masalah kewangan! Jadi jangan abaikan kepentingan merancang bajet majlis kahwin.

Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan

Anda mesti memastikan anda dan pasangan tiada masalah komunikasi.Berterus-teranglah mengenai expectation anda dan secara kasar mengenai bajet perkahwinan yang perlu dikeluarkan. Ini perlu dibuat bersama-sama agar kedua-dua pihak tahu dan menyumbang pendapat mengenai perkara yang perlu dibelanjakan untuk berkahwin. Selepas itu, pastikan bahawa kedua-dua pihak berpuas hati dan perbincangan tersebut tidak didominasi oleh sebelah pihak sahaja supaya tiada perasaan tidak puas hati dan tidak ada perkara berbangkit selepas perkahwinan.Perbincangan ini penting supaya perbelanjaan dapat dikawal dan pembaziran dapat dielakkan.

Prioritikan Perbelanjaan

Jika anda mempunyai belanjawan atau duit belanja yang terhad, seeloknya pastikan bahawa anda benar-benar memperuntukkan wang anda itu kepada benda-benda yang betul-betul mustahak sahaja seperti khemah perkahwinan, katering, peralatan majlis kahwin dan juga jemputan walimatul urus. Ini semua lebih utama jika dibandingkan dengan hiasan tambahan untuk pelamin bersanding,photographer, muzik dan sebagainya. Pilihan yang tepat mestilah dibuat agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.

Bandingkan Harga Supplier

Sebelum anda menempah sebarang perkhidmatan atau produk untuk majlis bahagian anda, bandingkan terlebih dahulu harga yang ditawarkan daripada beberapa supplier. Pastikan terlebih dahulu kualiti perkhidmatan dan apa sebenarnya yang mereka tawarkan. Tidak mengejutkan ada supplier yang menawarkan harga murah dengan mengurangkan perkara yang diberikan. Contohnya, ada katerer yang memberikan harga murah tetapi tidak menyertakan pinggan mangkuk yang sepatutnya ada di dalam pakej.

Tanyalah kepada kawan-kawan atau keluarga yang pernah menggunakan perkhidmatan supplier tersebut untuk menentukan kualiti perkhidmatan mereka. Pastikan juga yang harga yang ditawarkan masih dalam had perbelanjaan majlis impian anda.Jika pakej atau harga yang diberikan mahal dan wang belanja yang ada tidak mencukupi, prioritikan apa yang penting terlebih dahulu supaya bajet anda masih on-track.

Simpan semua resit bayaran untuk memastikan tidak ada supplier yang dibayar melebihi apa yang telah dipersetujui (jika deposit dan lump sum di bayar pada waktu berbeza).

Diharapkan ada sesuatu yang anda dapat take away dari perkongsian ini.

Adakah anda melakukan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh bakal pengantin seperti dijelaskan dalam mini-ebook PERCUMA ini? Klik di sini untuk check.

Terima kasih

 

Sabri

p/s: Nantikan artikel esok (Bahagian 3), di mana saya akan berkongsi pula beberapa anggaran bajet berdasarkan senario.

Panduan Rancang Belanja Kahwin (Bahagian Satu)

Bercerita mengenai perkahwinan, pasti semua kita mempunyai niat untuk berkahwin. Namun, tidak ramai yang benar-benar merancang perkahwinan walaupun ia adalah salah satu faktor amelancarkan majlis perkahwinan dan urusan berkahwin itu sendiri.

Untuk memudahkan proses merealitikan majlis impian bakal pengantin, mulai hari ini untuk selama sebulan saya akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan bagaimana anda dapat menjadikan hari bahagia anda satu memori indah untuk seumur hidup pada harga bajet.

Bahagian 1: Merancang Belanjawan Perkahwinan

Wang yang cukup akan membantu melancarkan perjalanan perkahwinan. Hari ini semuanya memerlukan wang.Sebenarnya untuk berkahwin tidak ada bajet minimum yang diperlukan.Dengan bajet berapa-berapa sekalipun anda boleh berkahwin. Cuma, amat penting untuk pengantin berkadar dan ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda sedikit, rancanglah perkahwinan yang sederhana tetapi tetap meriah. Jika bajet anda lebih besar, buatlah seperti mana yang anda inginkan. Yang penting saiz dan persediaan majlis sepadan dengan bajet, barulah ia lancar.

tunang-kahwin

Merancang majlis dengan menyediakan bajet yang secukupnya dalam perkahwinan bakal memudahkan kerja anda. Jadi, ini mesti dibuat.

Merancang belanjawan perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak menghadapi masalah duit atau dikejar hutang selepas berkahwin. Jangan terlalu terikut-terikut dengan trend semasa dan tertekan untuk menganjurkan majlis kahwin besar-besaran.

Perkara asas yang perlu anda lakukan adalah:

Letakkan sasaran perbelanjaan atau jumlah bajet yang anda boleh tanggung (mampu).

Target ini penting untuk anda maklum dan perlu diletakkan awal-awal agar bajet perkahwinan tidak melebihi sasaran atau belanja yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda. Tanpa meletakkan target besar awal, anda akan cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan. Ini disebabkan selain dari perbelanjaan besar seperti mas kahwin, hantaran, katering dan sebagainya, ada banyak perbelanjaan kecil-kecil yang jika tidak di kawal akan menyebabkan anda menanggung jumlah belanja kahwin yang besar sehingga menyebabkan aliran wang tunai anda tercekik.

Esok dalam bahagian 2, saya akan berkongsi mengenai beberapa tips lagi yang anda boleh amalkan dalam mengawal perbelanjaan perkahwinan.

Manakala lusa dalam bahagian 3, saya akan berkongsi sedikit anggaran perbelanjaan majlis kahwin dan jenis-jenis majlis yang anda boleh adakan berdasarkan bajet anda.

Terima kasih

Sabri

p/s: Sementara itu, anda boleh download sebuah ebook PERCUMAmengenai “7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin Dalam Merancang Bajet Perkahwinan“. Ebook tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di sini dengan klik link ini (Klik Di Sini Untuk Download)

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén