Posts Tagged recommended

Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Sedih

Setelah lama tidak menulis sesuatu yang bermanfaat, biar hari ini saya berkongsi sesuatu. Bagaimana untuk mengatasi rasa sedih?

Dalam hidup ini kita tidak dapat elak dari perasaan sedih. Lebih muda kita, lebih banyak “peluang” untuk kita bersedih. :) Kita boleh sedih kerana macam-macam punca. Kecewa, putus cinta, gagal dalam peperiksaan dan banyak lagi.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, first thing first. Saya tahu kemungkinan besar anda ada perkara yang anda sedang sedihkan sekarang dan anda hendak tahu tips-tips baru yang boleh menghilangkan kesedihan anda sekarang juga.

Jadi, ini dia.

Hidup Kita Adalah Satu Pattern

Dan kesedihan adalah “akibat” dari pattern ini. Kita tidak akan sedih secara tiba-tiba. Kita biasanya akan sedih apabila:

  1. Kita berfikir mengenai sesuatu atau
  2. Kita mungkin sedih apabila kita melakukan sesuatu atau
  3. Kita juga boleh sedih jika kita pergi ke suatu tempat tertentu atau
  4. Apabila kita memenuhi “pattern” kesedihan kita, baru kita sedih.

Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah elakkan dari melakukan perkara-perkara yang akan melengkapkan “pattern” kesedihan anda ini.

Kita perlu “aware” dan sedar mengenai apa yang kita fikirkan untuk dapat mengawal dan mengelak dari melakukan pattern-pattern yang akan membuat kita sedih ini.

Sekarang, setelah kita mengelak dari melakukan perkara yang membuat kita sedih, ada satu lagi perkara yang kita perlu tahu.

Kenapa Kita Suka Mengundang Kesedihan Kepada Diri Sendiri?

Kerana ia membuatkan kita rasa bagus mengenai diri sendiri. Menangisi nasib diri kita, merasakan orang lain telah menganiaya kita memang seronok. Saya turut tidak terlepas dari melakukannya (dan ya, memang saya teraniaya!) :)

Percayalah, saya turut merasai apa yang anda rasakan.

Memang benar orang yang menganiayai kita itu zalim. Tetapi tidak bermaksud kita turut kena menzalimi diri kita sendiri. Orang yang menzalimi kita sedang bersenang-lenang, takkan lah kita nak menyeksa diri kita kan?

Dengan menjadi manusia yang lebih baik, kita memberitahu orang yang membuat kita bersedih itu, “I don’t care, you are a loser because I am better.” Nampak memang macam over statement macam itu, tetapi it helps us overcome kesedihan
yang kita alami tu.

Know this, sadness is not just an emotion. It is a disease.

Kita perlu sembuhkan penyakit sedih ini.

Untuk menyembuhkan penyakit sedih ini, ada beberapa perkara yang kita boleh buat:

1) Learn New Skills
Belajar skill baru buat kita rasa berguna. Ia menambahkan self esteem kita. Tidak kisahlah sama ada kita belajar membaiki kereta, menunggang kuda, mencuci baju ataupun membajak sawah. Skill yang paling bagus adalah skill yang melibatkan pergerakan (as opposed to computer skills).

Contoh bagi saya: Saya ke Penang belajar membuat ais krim, ke Phuket belajar memasak makanan Thai, ke Kemboja mengukir buah-buahan, memasak Kek dari emak dan adik saya. Do all you can to learn new skills, walaupun mungkin kena pergi jauh sedikit.

Jika bajet anda menghalang, belajarlah skill-skill ini dari ahli keluarga terdekat anda.

2) Shopping
Hehe… Bukan girls sahaja yang buat. Seriously, shopping is a good therapy. Tetapi memang saya cuba sangat-sangat elakkan. Actually memang sangat tidak bagus kita melepaskan kesedihan dengan cara ini.

Cuma sekali sekala, kita terasa teringin tu, tak apalah. I leave it to your good judgement untuk determine bila appropriate, bila tak. Sekali-sekala maksud saya, beberapa kali setahun je ya. Bukan sekali sebulan! :)

Tetapi, ingat. Alang-alang berbelanja, pastikan anda membeli sesuatu yang anda memang perlukan, memberi faedah jangka panjang dan masih dalam kemampuan anda (jangan berhutang atau membayar ansuran!).

Saya juga mendapati, shopping sebagai terapi ini, kuantiti turut membantu. Sebagai contoh, jika anda membeli “banyak” benda, anda akan cool lebih cepat. :)

Jika saya rasa perlu sangat untuk shopping untuk release stress ni, biasanya saya akan pergi ke kedai buku. Dalam Rm 300, saya boleh dapat banyak buku yang bagus-bagus.

3) Exercise
Yup! Dulu saya sering buat. Tetapi tidak lagi sekarang. :)

Waktu exercise dulu, memang saya dapat rasakan yang stress tu pergi, seperti peluh-peluh yang tersejat tu.

4) Travel
Jauh berjalan luas pemandangan. Pergilah melancong. Melancong ke tempat asing sebenarnya membuat semua deria kita lebih alert (itu antara sebab saya suka solo adventure). Yalah, di tempat yang signboardnya pun kita tak tahu baca, memang mata kita terpaksa bukak luas-luas. Tangan pula sentiasa bersedia untuk bertindak. Kalau jalan di tempat yang kita tidak biasa, buat muka macam rusa masuk kampung, nanti kena kidnap pula kan.

Bila kita membuka semua deria kita untuk memerhatikan alam sekitar, kita sebenarnya membuka pintu hati kita. Membuka minda kita untuk menerima sebarang kemungkinan. Sesuatu yang bagus untuk membantu sebagai terapi.

Satu lagi perkara yang baik, apabila kita lebih “alert”, kita sebenarnya menggunakan lebih banyak bahagian dalam otak kita dan kita tidak memberi peluang langsung kepada otak kita untuk membuat atau berfikir mengenai perkara yang menyedihkan.

5) Buat aktiviti-aktiviti Extreme
Aktiviti-aktiviti extreme seperti Flying Fox, Bungee Jumping, White Water Rafting even Paintball pun boleh. Aktiviti extreme ini berfungsi sebagai “farmasi” sementara untuk badan kita. Ini kerana ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, hormon-hormon seperti adrenalin akan diberikan kepada saraf kita. Hormon-hormon ini akan melawan hormon kesedihan yang anda dan membantu membuang perasaan-perasaan sedih yang ada.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini akan membantu kita menggunakan masa dan mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan kita sedih.

Apakah Sedih Sebenarnya?

Kita telah pun membaca mengenai punca sedih dan apa yang kita boleh lakukan untuk mengatasi rasa sedih. Sekarang tibalah masanya untuk kita belajar ilmu makam yang lebih tinggi pula supaya kita dapat lebih mengenali diri kita.

Pernah tak kita tanya diri kita, apa sedih tu sebenarnya?

Sebenarnya kesedihan itu adalah perasaan takut. Itu sahaja.

Kita sedih sebab kita takut sesuatu. Kita takut sesuatu terjadi. Sesuatu yang kita fikirkan. Sesuatu yang kita tidak pasti penghujungnya. Sesuatu yang kita tidak tahu kesannya kelak. Sebab itu kita sedih.

Ketahuilah bahawa ia cuma perasaan takut kita sahaja.

Acknowledge this and move on.

Satu perkara yang kita perlu tahu, kadang-kadang tanpa kita sedar kita ketagih untuk sedih. Ya, betul. Such thing exist. Secara kita tidak sedar, kadang-kadang kita akan masuk dalam mode meyedihkan diri sendiri. Be aware of such thing and avoid doing that. Ini kerana selalu berada dalam mode sedih ini akan memakan diri kita sendiri. Lama kelamaan, perasaan gembira dan lapang dada akan hilang dari diri kita jika kita selalu sangat bersedih.

Cheer On! :)

Sabri

Tags:

Giving 100% or Just Keeping Score?

Saya terbaca sebuah buku yang mempunyai point yang sangat bernas. Seorang kaunselor rumahtangga sering bertanya kepada pasangan yang beliau kaunselingkan, dalam sesebuah relationship yang sempurna (100%), berapa peratuskah yang setiap pasangan perlu beri untuk menjadikannya berjaya?

Jika soalan ini ditanya kepada anda, apakah jawapan anda?

..

.

Jawab dulu. Sekejap aja! :)

Jawapan yang sering beliau terima berbeza-beza. Dari (25/75), seorang beri 25%, seorang lagi beri 75%, sehinggalah kepada (50/50). Namun tidak ada satupun dari jawapan tersebut yang betul. Jawapan yang sebenarnya adalah 100/100. Setiap pasangan perlu memberi 100%. Tidak hairanlah pasangan-pasangan yang menemui kanselor tersebut semuanya mempunyai masalah rumah tangga!

Dilema 100%

Kaunselor tersebut menambah lagi, ada pasangan yang menemuinya bertanya. Bagaimana pula jika seorang dari pasangan sahaja yang memberikan 100%, sedangkan yang seorang lagi tidak. Tidakkah ini akan mengakibatkan pasangan yang memberi 100% tadi rasa seperti digunakan dan lama-lama akan “burn-out“. Persoalan ini sudah tentunya banyak bermain di fikiran kita bukan? Bagaimana jika pasangan kita tidak sekomited kita? Tidakkah kita akan geram dan menyampah?

Kaunselor tadi menjelaskan, jika kita mempunyai perasaan demikian kita bukanlah memberi 100% dalam perhubungan, sebenarnya kita sekadar “keeping score” (berkira). Itu bukanlah memberi 100%, tetapi lebih kepada 50%-50% sahaja. Kita hanya akan memberi setakat kita merasakan pemberian kita itu menerima pembalasan yang setimpal. Apabila kita merasakan kita tidak mendapat balasan yang setimpal, kita akan mula mengurangkan peratus pemberian kita.

Kaunselor tadi menambah, kita harus faham yang 50% + 50% does not equal 100%. 50% pada satu-satu pasangan bermaksud, ada 50/50 chance yang hubungan tersebut akan gagal (seperti melambung syiling). Bagaimana pula jika kedua-dua pasangan tadi sama-sama melambung syiling? Bukankah kebarangkalian untuk gagal tadi akan bertambah teruk?

Lebih parah lagi apabila peratusan sumbangan dan penyertaan dalam sesebuah hubungan tersebut adalah subjektif. Ia ditentukan oleh minda dan persepsi kita yang seringkali silap. Acapkali walaupun pasangan kita boleh dianggap sempurna, kadangkala pasangan yang satu lagi tidak nampak perkara ini (vice-versa). Ini berlaku kerana minda kita mengukur sesuatu secara relatif. (baca artikel Nothing has Meaning except for untuk kupasan lanjut mengenai perkara ini)

Jadi bagaimana? :)

Kita tidak akan dapat mengubah pasangan kita. Kita juga tidak akan dapat mengubah hubungan kita. Tetapi kita sentiasa dapat mengubah diri kita. Dan bagaimana diri kita melihat dunia, adalah sekadar persepsi. Dan persepsi boleh diubah apabila kita berubah.

Give 100%.

Itu Mustahil

Mungkin akan timbul pula difikiran kita, ia mustahil untuk dilakukan. Tidak ada orang ataupun manusia di dunia yang macam malaikat yang boleh jadi baik 100% of the time. Tepat sekali.

Saya pun begitu. Saya pun tidak sempurna. Tetapi saya tahu jika saya sentiasa diingatkan (atau teringat sendiri) mengenai pandangan ini, sekurang-kurangnya pada waktu tersebut I will behave at my best. Sebab itu saya mahu mencari wanita yang walaupun dia tahu tidak sempurna, tetapi dia boleh jadi sempurna apabila ketika-ketikanya muncul.

Saya dikejutkan dengan satu perkara. Kebelakangan ini saya kerap bertemu dengan orang-orang yang baik. Ada juga orang yang saya dah kenal lama, tetapi baru tau mereka baik. (atau baru berubah kot…) :) Saya baru sedar, persepsi saya bahawa tidak ada “orang yang baik sangat” di dunia ini salah. “Orang yang baik sangat” ini wujud. Mereka tidak sempurna, tetapi mereka wujud. Saya rasa bertuah dikelilingi mereka ini.

Dengar Ini Dengar Ini Jika Anda Tidak Melihat Mereka

Anda, adalah cerminan diri orang-orang yang rapat dengan anda. Satu penyataan yang selalu diulang-ulang. Apa maknanya?

Saya baru mendapat maknanya. Selama ini saya dikelilingi oleh orang yang hidup dalam satu kepompong mentaliti yang cuba untuk “keep up” with the Jones. Mereka mahu menjadi seperti orang lain di sekeliling mereka. Orang ada Vios, mereka pun mahu Vios. Buat apa sahaja asalkan pandangan orang terhadap mereka baik-baik sahaja.

Namun, sejak berbulan-bulan kebelakangan ini, hidup saya mengalami proses evolusi. Saya semakin meninggalkan kepompong tersebut. Saya banyak belajar perkara baru dan bertemu dengan rakan-rakan baru yang lebih baik (seperti dalam artikel ini saya ada jelaskan, rakan-rakan kita yang baik akan turut menjadi lebih baik apabila kita menjadi lebih baik – klik di sini untuk pembacaan tambahan).

Saya menyedari yang perkara ini bukan lagi mustahil. Saya bertemu dengan lebih ramai rakan-rakan dan manusia yang willing untuk memberi 100%. Pelik, kerana sebelum ini saya tidak berjumpa dengan seorang pun!

Jadi jika anda merasakan ia mustahil untuk menjadi pasangan yang memberi 100% dalam perhubungan mereka, anda menghidap satu dari 3 penyakit ini (atau ketiga-tiganya sekali).

1. Pertama, anda mempunyai self-limiting belief dalam aspek perhubungan.
Anda meletakkan terlalu banyak syarat yang bukan-bukan kepada diri anda sendiri. Self limiting belief ini adalah kepercayaan mengarut yang anda kerap ceritakan kepada diri anda sendiri sehingga anda percaya (Eg: Tidur tak boleh banyak bantal). Jika anda ada naluri enquisitive lebih sedikit, anda akan dapat breakthrough kepercayaan mengarut ini.

2. Kedua, anda berkawan (orang disekeliling anda) dengan mereka yang sub-standard juga
Rakan-rakan anda adalah cerminan diri anda. Jika orang-orang yang rapat dengan anda mempunyai satu persepsi yang tertentu, anda juga akan turut mempunyai persepsi demikian. Ini berlaku kepada saya sendiri. Apabila saya berkongsi apa yang saya tahu dengan rakan-rakan saya, dan juga menukar (atau terpaksa tukar) kawan-kawan yang biasa ini kepada kawan-kawan yang lebih baik, saya melihat perspektif saya berbeza. Saya berjumpa dengan lebih ramai orang yang baik yang sebelum ini saya tidak sangka mereka wujud.

3. Anda perasan hebat.
Ya, jika anda merasakan ia mustahil dan tidak boleh melakukannya, anda bercakap dari pengalaman dan pengetahuan anda sendiri sahaja. Ia tidak bermaksud orang lain tidak boleh. Anda mungkin hanya belum berjumpa dengan orang yang boleh. Anda tidak boleh assume orang lain mempunyai kekangan yang sama seperti anda. Impossible is temporary. It is just a matter of perspective. :)

Jadi, ia tidak lagi mustahil! :) Saya telah berjumpa dengan orang-orang yang lebih baik yang sebelum ini saya tidak sangka langsung wujudnya. Jika anda mengubah self-limiting belief anda, meluangkan lebih masa dengan orang-orang yang berkualiti, anda juga akan turut menemui orang-orang yang lebih baik! :)

Cakap Banyak Pula

Diri sendiri pun tidak kahwin-kahwin lagi. Cakap banyak pula. Apalah yang saya tahu mengenai rumah tangga ya tak?

Sebab itulah saya banyak membaca dan belajar dengan orang yang tahu. Lagipun bukankah sudah banyak kali saya katakan, saya hanya akan kahwin dengan wanita yang betul. Saya rela menjadi single seumur hidup dari diikat oleh wanita yang masih suka hidup dibawah kepompong self-limiting belief mereka.

Tetapi saya nampak perubahan-perubahan ketara dalam hidup saya. Saya rasa penantian itu tidak akan lama lagi. Saya bertemu dengan semakin banyak manusia-manusia (wanita) yang baik yang saya rasakan tidak wujud sebelum ini. Saya rasa tidak lama lagi sebelum saya bertemu dengan orang yang tepat. Good News! :)

Sabri
Keen Learner

Tags:

Nothing Has Meaning Except For

the meaning we attach to it.

Really. Everything that happened in this world can be either positive or negative, it’s up to you. You have a flu when you are having a lots of work, it’s either means a nuisance or also an excuse not to give your best.

It depends on what stories did you tell yourself? You tell yourself enlightening stories, you will be enlightened. You tell yourself that you are a victim, you are.

Most often than not I succumb to this plague as well, but now I try my best to keep reminding myself to steer away from the negative habit of telling myself only “stories” that I want to hear.

So that you can understand well the message, let me tell you a story;

In December last year, I told you I went to Sky Trex. Before doing the flying fox, I have to climb a ladder 30m high (ladder not stairs). As the climbing was already strenous, I consider the flying fox just a breeze. It took me just seconds to make the leap of faith. I am not afraid of the height at all.

Early January this year, you know I went to Singapore. What I don’t tell you yet, I went for a flying fox as well. Touted as the longest in Asia (does not matter it was not as high as in sky trex)

However because it is relatively easier to climb up to the platform (they have stairs) I don’t feel tired at all. And although the platform is lower than the one in Sky Trex which is a breeze for me, this should be easier right?

Wrong!

It took me minutes to gather enough courage to do it.

See how the same thing were perceive differently by the same brain?

It’s the story we told ourselves made the differences.

In Sky Trex, my mind perceive the flying fox as the lesser of two evils and it direct my brain to come to terms with it. In Singapore, the flying fox is the only devil (albeit lesser than the lesser evil in Sky Trex), so it does not compromise.

So, what stories are you telling yourself today? Is it empowering, or is it killing you? ;)

Sabri

Tags:

Pesanan Untuk Adik – Dalam Hidup Ini

Hari ini hari yang agak memenatkan untuk saya actually. Ada beberapa perkara yang perlu disiapkan. Tetapi saya kira saya perlu menulis mengenai topik ini hari ini. Saya letakkan tajuk untuk artikel ini, Pesanan Untuk Adik, tetapi sebenarnya ia umum. Ia adalah pesanan untuk sesiapa sahaja yang merasakan mereka boleh mendapat manfaat daripadanya.

Jika anda mengenali saya, saya adalah seorang yang suka berterus-terang. Kepada orang yang saya tidak kenali, saya tidak akan bercakap banyak. Tetapi setelah mengenali seseorang, saya akan menjadi ramah dan kadang-kadang saya akan bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu. Saya akan memberi nasihat tanpa di minta. Sehingga kadang-kadang menyinggung perasaan orang. Namun, itulah saya.

Saya tidak akan membiarkan perkara yang saya lihat tidak betul berlaku. Lebih-lebih lagi jika saya lihat orang tidak kisah mengenai perkara tersebut walaupun penting. Jika orang selalu memberi nasihat secara “berlapik”, tetapi saya aka terus-terang cakap, “That’s Bullshit.”

Dan acapkali apabila saya berkata demikian, saya bukanlah mengambil tindakan menjauhkan diri dari orang tersebut. Saya cuma bercakap dan mengingatkan sahaja supaya tindakan di ambil. Jika mereka mahu berubah, saya sentiasa bersedia untuk membantu.

Dalam Hidup Ini,

Kita pasti akan menghadapi cabaran demi cabaran. Setiap dari kita akan diuji. Dan Allah telah berjanji, Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ada satu mantra dalam hidup ini yang saya ingin kongsi bersama.

How you do one thing is how you do everything.

Dalam hidup ini, saya telah melihat ayat ini ter-realisasi berkali-kali. Baik dalam diri saya sendiri, adik-adik saya, rakan-rakan saya, pelanggan-pelanggan saya dan juga orang yang saya uruskan. Seringkali kita memberi alasan kepada diri kita, sebagai contoh sekarang keadaan adalah X bukan Y, jadi kita tidak dapat memberi yang terbaik.

Sebenarnya, ini cuma “cerita” yang kita beritahu diri kita sendiri.

Apabila situasi berubah dan menjadi Y, kita akan ada alasan lain pula mengapa kita tidak dapat memberikan yang terbaik. Kadang-kadang kita akan dapat berikan yang terbaik, tetapi itulah. Kadang-kadang. Nasib baik bukan jarang-jarang. :)

Dalam Hidup Ini,

Kita tidak boleh mengharapkan orang untuk membahagiakan kita. Orang disekeliling kita berubah. Rakan-rakan kita berubah. Satu hari nanti kita akan menyedarinya jika kita belum. Satu perkara yang kita perlu tahu, walau apa pun yang terjadi, kita tetap punya diri kita sendiri.

Kita perlu boleh hidup sendiri. Kita perlu boleh memotivasikan sendiri. Kita perlu tahu bawa diri sendiri.

Rakan-rakan kita boleh membantu, tetapi apabila mereka menawarkan diri dan kita perlu ingat kita tidak boleh sampai tahap jika tidak ada orang yang berada disekeliling kita, kita tidak boleh gembira. Berpendapat sebaliknya adalah satu lagi “cerita” yang tidak berapa tepat yang kita cerita pada diri kita sendiri.

Rakan-rakan kita biasanya berniat baik. Apabila kita dirundung masalah, mereka biasanya akan menawarkan kata-kata yang akan menyedapkan hati kita. Amat jarang (ada, tetapi jarang) jika ada rakan-rakan kita yang berterus-terang. Pada mereka, melihatkan keadaan kita sekarang, biarlah pendamkan dulu apa yang ingin dikatakan. Bila kita sudah pulih nanti, barulah disampaikan mesej yang pahit tetapi benar itu.

Apabila ini berlaku sebenarnya kita menyuntik “dadah” kepada diri kita sendiri.

Kita akan terbiasa dengan senario seperti itu. Bila hadapi masalah, kita jadi lemah, dan kita mengharapkan kawan-kawan kita menceriakan kita kembali dan esoknya lemah kembali dan seterusnya kitaran ini terjadi. Jika anda pernah mendengar eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov, maka konsepnya sama-sama.

Lama-lama badan kita terlupa bagaimana untuk menyelesaikan masalah, lantaran selalu dimomokkan dengan “dadah” berbahaya ini.

Contoh yang paling mudah anda boleh lihat adalah kepada Pak Lah. Ya, bekas Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah seorang yang hebat. Jika tidak hebat, mana mungkin beliau mampu menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin beliau mampu meyakinkan Dr. Mahathir untuk dijadikan penggantinya.

Namun, apabila beliau menjadi Perdana Menteri, orang-orang disekelilingnya memberitahu beliau apa yang beliau suka dengar. Dan bukan apa yang beliau perlu dengar. Lantaran itu, beliau menjadi Perdana Menteri yang paling singkat tempoh pemerintahannya.

Anda juga boleh bayangkan dashboard kereta atau kapal terbang. Fungsi-fungsi indikator di dashboard tersebut adalah untuk membantu pemanduan anda. Mereka akan memberitahu anda bahawa minyak tidak cukup. Anda terlalu laju, atau terkurang laju. Mereka tidak beritahu anda hanya perkara yang anda ingin dengar.

Walaupun saya amat suka jika minyak kereta saya tidak berkurang supaya saya tidak perlu mengisinya (jimat duit), tetapi saya perlu realistik. Indikator di dashboard kereta saya tidak pernah menipu. Lantaran feedback yang telus ini, saya tahu bila saya perlu mengisi minyak.

Jika indikator tersebut menipu saya dan hanya memberitahu saya apa yang saya ingin tahu, akhirnya saya akan tersadai di tepi jalan dengan tangki minyak yang kosong.

Indikator-indikator inilah fungsi yang perlu dimainkan oleh rakan-rakan dan orang yang berada disekeliling kita.

Mereka bukanlah dadah ataupun ubat-ubatan untuk menyembuhkan sakit kita. Mereka adalah indikator yang memberitahu kita bahawa kita hebat, atau kita dalam masalah.

Siapa yang perlu menjadi ubat atau dadah dan menyelesaikan masalah atau penyakit yang kita hadapi?

Diri kita sendiri.

Remember this, find “stories” that you keep telling yourself. This stories I often call, self limiting belief. Break through this limiting belief and you will be realizing your true potential. And your friends will enjoy your friendship more as well. :)

Good luck!

Sabri
Your Speedometer

Tags:

Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Berada di Landasan Yang Betul Dalam Hidup?

Apabila rakan-rakan anda hari ini lebih baik dari rakan-rakan anda tiga tahun yang lepas.

Bagaimana pula untuk mengetahui bahawa anda berada di dalam jalan perlahan ke arah pilihan yang salah?

Apabila rakan-rakan anda tiga tahun lepas lebih baik dari hari ini.

Rakan-rakan kita adalah cerminan diri kita. Perkara ini selalu diulang-ulang kepada kita. Bahkan ada juga sabda Nabi yang bermaksud kepada sesuatu yang hampir sama maknanya. Namun, apakah maksudnya?

Saya mendapat jawapannya hujung minggu lepas.

Artikel ini ditulis di Singapura, saya sedang bercuti untuk beberapa hari bersama teman serumah saya di sini sempena Tahun Baru. Dalam percutian ini saya berpeluang berfikir dan muhasabah sedikit mengenai apa yang telah saya lalui pada 2009 dan bagaimana saya akan menghadapi 2010 dengan lebih berjaya. Ketika itu saya menyedari dan bersyukur mempunyai rakan-rakan yang saya miliki pada hari ini. Mereka banyak membentuk dan mempengaruhi saya untuk menjadi lebih baik dalam cara mereka yang tersendiri.

Rakan yang baik sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakannya. Rakan yang baik tidak jemu menasihati, prodding (mengalakkan secara perlahan) dan mahu melihat rakannya merealisasikan impian dan potensi diri rakannya itu tadi. Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu mungkin menyakitkan dan bukan apa yang kita mahu dengar, tetapi mereka jujur dan tanpa jemu mengulang kepada kita apa yang kita mungkin terlepas pandang.

Apabila kita berkawan dengan rakan yang baik seperti ini, bukan sahaja rakan ini yang cemerlang bahkan kita turut cemerlang. Kecemerlangan itu berjangkit kerana tanpa sedar kita dapati cara hidup kita menjadi lebih baik, minda kita jadi lebih terbuka dan sikap kita jadi lebih positif.

Namun, jika hari ini kita dikelilingi oleh rakan yang suka bergosip, menonton Cerekarama, mengikuti drama Nur Kasih tanpa jemu, menonton Melodi, membaca akhbar Metro, memandu Toyota VIOS (kerana ia kereta yang paling mahal rakan tadi mampu ~dibiayai oleh pinjaman bank bertahun-tahun), secara perlahan-lahan ia juga akan memamah masa depan dan kehidupan kita kerana kita akan dipengaruhi.

Drama-drama dan rakan-rakan tadi akan membentuk pemikiran kita secara tidak disedari. Ruang lingkup pandangan hidup kita akan menjadi lebih kecil dan hidup kita akan mula menjadi rutin.

Apabila hidup anda mulai menjadi rutin, dan anda tidak belajar perkara baru dan tidak berkembang, ketahuilah bahawa anda sedang mati secara perlahan-lahan. Passion, keinginan dan keghairahan untuk hidup, belajar benda baru dan menjadi manusia yang lebih baik akan perlahan-lahan padam dari diri anda.

If you are not growing, you are dying. Definitely.

Bukan maksud saya untuk mengatakan menonton drama Cerekarama dan drama Melayu itu salah.

Tetapi jika 3 tahun lepas, rakan-rakan anda ketika itu tidak menontonnya secara kerap dan rakan-rakan anda hari ini tidak pernah tertinggal satu episod pun, ketahuilah bahawa rakan-rakan anda tiga tahun lepas adalah lebih baik dari rakan-rakan anda hari ini. Mungkin anda boleh mengatakan saya prejudis kerana saya tidak mengenali rakan-rakan anda, tetapi soalan ini wajar anda jawab sendiri.

Secara jujur kerana anda tidak perlu berbohong kepada diri anda sendiri;

Bilakah anda merasa anda menjadi manusia yang lebih baik dalam merealisasikan potensi anda, dengan kawan-kawan 3 tahun dahulukah? Atau dengan kawan-kawan sekarang?

Adakah Kita Perlu Sentiasa Mencari Kawan Lebih Baik Setiap 3 Tahun?

Tidak sama sekali! Kawan yang baik juga akan sentiasa berkembang. Pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Tiga tahun dari sekarang mereka adalah manusia yang lebih baik dari mereka tiga tahun lepas. Secara tidak langsung anda turut menjadi lebih baik kerana mereka sudah semestinya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang mereka lalui dalam proses menjadi baik itu.

Siapa Pula Yang Akan Berkawan Dengan Orang Yang Tidak Baik? Kenapa Perlu Memilih Kawan? Diskriminasi?

Ini bukan soal diskriminasi.

Setiap orang ada regunya yang tersendiri. Setiap orang akan ada rakan baik untuknya. Bahkan perompak sekalipun, ada perompak yang ganas, perompak yang kurang ganas dan Robin Hood. Tetapi pokoknya, kita tidak downgrade rakan-rakan kita. Kita tidak membuang rakan-rakan yang baik untuk rakan-rakan yang tidak. Kita tidak memutuskan perhubungan dengan rakan-rakan yang baik (mungkin kerana kita tidak mahu diingatkan supaya menjadi manusia yang lebih baik) dan mengekalkan perhubungan dengan rakan-rakan yang seperti kita sahaja (bukan lebih baik)

Setiap insan ada kebaikan dalam diri mereka. Bezanya cuma banyak atau sedikit.

Berkawan itu tidak salah, tetapi membiarkan rakan-rakan yang suka bergosip mencemarkan minda kita dan menutup pintu untuk rakan-rakan yang baik tadi dari menjadikan kita manusia yang lebih baik adalah salah.

Itu adalah pembaziran hidup.

Anda mungkin tidak kisah mensia-siakan hidup anda, tetapi rakan-rakan anda yang baik kisah.

Pertama, mereka mahu anda menjadi lebih baik supaya mereka juga akan menjadi lebih baik.

Kedua, kerana mereka betul-betul sayangkan anda dan potensi anda. Mereka tidak selfish mahukan persahabatan anda untuk hari ini walaupun ia akan mengorbankan anda pada masa hadapan seperti rakan-rakan anda yang seperti anda hari ini.

Mungkin mereka tidak jemu untuk mengingatkan anda mengenai fakta dan kebenaran, anda mungkin menganggap mereka cuba untuk bermain psikologi dengan anda sahaja.

Tetapi itu adalah kata-kata mereka yang tidak memahami dirinya sendiri.

Begitu juga pengertian rakan karib dan rakan baik. Ia hampir sama tetapi bezanya seperti langit dan bumi. Rakan karib tidak semestinya rakan baik anda.

Hidup ini adalah seperti cerita Superman.

Semua penonton tahu bahawa Clark Kent adalah Superman. Tinggi mereka sama, apabila mereka tidak memakai cermin mata mereka kelihatan sama, kecuali…

Kecuali mereka yang berada di dalam cerita tersebut!

Di sinilah kepentingan rakan-rakan yang baik. Mereka memberi kita perspektif dalam hidup.

Untuk tidak berbuat sesuatu dan mengikut sahaja status quo adalah mudah dalam hidup ini. Kita hanya perlu hidup dalam auto-pilot. Tetapi segala pencapaian dan break-through hanya akan datang apabila kita keluar dari comfort zone kita dan melakukan sesuatu yang mencabar kita.

Belum terlambat untuk keluar melakukan sesuatu yang betul dan mengubah keputusan yang salah yang telah kita ambil walau di mana pun sekali kita berada. Segala halangan dan limitasi yang kita fikirkan cuma ada di minda kita.

Ibu kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensesiakan hidup kita.

Jangan jadi seperti salah seorang dalam cerita “Superman”. Biarkan rakan-rakan anda yang baik memberi anda perspektif yang betul dalam hidup anda.

Pastikan rakan-rakan dalam hidup anda hari ini MESTI lebih baik dari rakan-rakan tiga tahun lepas. Jika tidak, dapatkan kembali rakan-rakan tersebut.

Sedetik anda bertangguh, sedekad akan berlalu sebelum anda menyesal.

Ingatlah bahawa setiap penyesalan itu adalah siri kesilapan-kesilapan kecil yang kita tidak mahu akui dan perbetulkan. Baiki sebelum terlewat.

Keep your friends close and your good friends closer,

Sabri
Good Friend

Tags:

Manifesto 24

Hari ini genap 24 tahun sejak saya kali pertama bernafas di dunia ini. Sudah setahun juga secara “rasmi” saya hidup sebagai seorang dewasa. Jadi hari ini saya ingin berkongsi salah satu matlamat jangka panjang hidup saya. My higher purpose orang kata.

Soalan buat matlamat ini biasanya dikatakan begini. Jika saya mempunyai segalanya, apakah yang saya akan lakukan sehari-hari (apabila wang tidak perlu lagi menjadi ukuran) dan apakah legasi yang ingin saya tinggalkan.

Apakah satu sumbangan “life-changing” yang ingin saya tinggalkan kepada masyarakat supaya masayarakat menjadi lebih baik selepas ketiadaan saya.

Ada orang ingin meninggalkan legasi sebagai usahawan ulung, sebagai pengembara ulung, sebagai orang yang menghapuskan kemiskinan, sebagai orang yang membiayai penemuan ubat untuk AIDS itu dalam skala global.

Dalam skala tempatan, anda boleh melihat Tun Razak dengan pemampanan ekonomi Bumiputera, Tun Mahathir dengan pemodenan Malaysia, Dr Jamilah dengan Mercy Malaysia, Marina Mahathir dengan AIDS, Farid Ariffin dengan MAKNA, Dr Asri dengan gerakan pembaharuan (tajdid) minda, Dr Fadzillah Kamsah memperkenalkan motivasi kepada massa dan banyak lagi tokoh yang sumbangan mereka menjadikan negara kita selangkah lebih baik dari sebelumnya.

Mungkin ada di antara mereka yang tidak sempurna, dan ada di antara mereka yang mempunyai pengkritik masing-masing. Begitu juga saya, saya mempunyai kelemahan dan saya tidak kisah apa yang orang ingin perkatakan kepada saya mengenai perubahan yang ingin saya katakan. Setuju ataupun tidak bersetuju, ia tetap sesuatu yang ingin saya lakukan.

At the end of the day, adakah Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik dengan sumbangan mereka yang saya sebutkan tadi?

Ya.

Dan itulah cita-cita saya.

Apakah visi hidup saya?

(*ini ditulis ketika saya berumur 24 tahun, banyak kemungkinan ia akan berubah dalam jangka masa panjang. Namun dalam jangka mangsa pendek mungkin tidak kerana saya telah memikirnya agak lama)

Ini dia:

Saya ingin membawa pendidikan cinta kepada setiap rakyat Malaysia

Kenapa cinta?

Sebab saya dapati kita tidak didedahkan dengan budaya cinta yang betul. Majoriti masyarakat kita menganggap perkara ini akan datang sendiri dan langsung tidak berbicara mengenainya. Banyak juga manusia yang merana kerananya (salah buat pilihan, dikecewakan tanpa sebab dan sebagainya). Ada yang sedar tetapi sudah terlewat (anggapan mereka) namun ramai juga yang membawa hingga ke mati.

Fakta, di sesetengah negeri di Malaysia peratus perceraian telah meningkat hingga SEPARUH! Separuh! (dan sekadar untuk rekod, bilangan perceraian tertinggi di Malaysia adalah di negeri Selangor!) Ini sekarang, berapa angkanya 5 tahun nanti? 10 tahun nanti? Apa akan jadi kepada anak cucu kita jika ia tidak dibendung sekarang?

Bayangkan, apa yang telah jadi di Malaysia ini sehingga perkahwinan yang dianggap sesuatu yang suci, hanya dengan orang yang betul, sekali seumur hidup dan lain-lain ilusi telah menjadi komoditi seperti kereta! Bertukar-tukar beberapa kali sepanjang hidup.

Anda boleh menambah peratusan poligami tanpa kebenaran, bernikah di Thailand, gantung tidak bertali dan mereka yang hanya memendam perasaan merana mereka demi untuk anak-anak, kemungkinan mereka yang hidup betul-betul bahagia (tidak ada makan hati di dalam) mungkin hanya dalam 25%!

Bayangkan, dari 4 pasangan yang berkahwin pada satu-satu hari, hanya satu pasangan yang akan hidup bahagia!

Adakah anda pasangan bertuah ini?

Bayangkan juga dari 4 kawan-kawan karib anda yang berkahwin, hanya seorang yang akan hidup bahagia seperti yang anda impikan.

Persoalannya adakah anda orang itu?

Jika anda membaca artikel ini dan masih belum berkahwin (walaupun sudah bertunang, mempunyai pilihan hati, dll ) masih belum terlambat untuk berbincang dengan ibu anda. Tanya beliau, adakah anda membuat pilihan yang terbaik dari pilihan yang anda ada?

Sebenar-benarnya mengikut pengalaman beliau? Jika diundur kembali hidup ibu anda ketika beliau muda dahulu, apa yang akan beliau lakukan?

Apa sahaja pilihan anda yang sepatutnya, ia masih terbuka.

Berbalik kepada visi saya.

Kaedah-Kaedah Lain Yang Tidak Berkesan

Di akhbar baru-baru ini, negeri Terengganu ingin memberi pendidikan seksual kepada pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga kerana menurut mereka banyak masalah rumah tangga berpunca dari masalah seksual.

Pada saya ini adalah penyelesaian minda singkat yang tidak berfikir panjang memperhalusi sumber sebenar masalah dan saya tidak terkejut jika ia datang dari lelaki.

Kenapa?

Kerana hanya lelaki yang mementingkan seks!

Wanita tidak. Wanita pentingkan cinta.

Pernahkah anda mendengar statement seperti ini, “men give love for sex and women give sex for love?”

Fix love and you fix everything.

Saya berpendapat jika kita diajar cara bercinta, cara mengenali “cinta” (ia bukan sesuatu yang abstrak atau perasaan yang tiba-tiba datang dalam hati ya) bukan juga perasaan “nervous” yang tiba-tiba datang seperti dimomokkan dalam filem Hollywood ~,  cara “menghargai” pasangan dan lain-lain pendidikan cinta, kita akan menjadi lebih baik.

Tidak ada lagi alasan-alasan bodoh yang akhirnya akan merosakkan masa depan. Being ignorant is not an excuse.

Saya juga berpendapat pendidikan cinta adalah lebih penting dari pendidikan seksual terutama dalam masayarakat ke Timur an kita ini. Antara alasan penyokong pendidikan seks di sekolah adalah untuk membendung gejala tidak sihat dan membendung penyebaran penyakit berjangkit.

Tahukah anda?

Majoriti dari masalah masyarakat seperti yang disebutkan di atas bermula dari perpecahan rumah tangga akibat masalah cinta?

Tahukah anda juga yang remaja-remaja seperti mat rempit itu dan golongan-golongan yang berbudaya hidup di atas sebab mereka ada masalah cinta? Tidak cukup kasih sayang, pernah dikecewakan oleh orang yang mereka amat percaya sebelum ini dan sebagainya?

Dari mana saya dapat ini semua? Kenapa ini perjuangan pilihan saya?

Dari pengalaman saya sendiri. Dan saya melihat bahawa betapa bertuahnya saya kerana dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya sedikit sahaja lagi sebelum tergelincir ke tempat yang tidak sepatutnya.

Apabila saya merenung kembali, saya bertuah kerana saya tahu. Berapa ramai lagi orang di luar sana yang tidak mempunyai pendidikan cinta dan menanggung akibatnya sehingga ke kubur? Kadang-kadang apa yang mereka lakukan bukanlah kerana mereka jahat sangat (jahat sikit tu adalah), tetapi kerana mereka tidak cukup ilmu dan mereka ini lah yang perlu dibimbing.

Bukan ilmu agama itu sudah cukup untuk menangani masalah ini?

Ya, saya tidak nafikan. Tetapi ilmu agama itu luas dan mempunyai banyak cabang. Berbeza dengan pandangan umum, ulama-ulama mempunyai bidang kepakaran mereka sendiri. Belum ada lagi ulama yang pakar dan mahir dalam bidang cinta ini. Termasuk dalam visi saya ini adalah untuk melahirkan ulama dalam bidang ini (bukan saya, tetapi saya tidak bercadang untuk berjuang seorang diri!) ;)

Bahkan kitab La Tahzan (jangan bersedih) itu boleh dikupas untuk dijadikan material yang sesuai untuk SEMUA AGAMA.

Apa yang saya ingin lakukan ini bukanlah untuk bangsa kita sahaja, sebaliknya untuk semua masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Ok, itu sudah detailnya. Saya tidak bercadang untuk berbicara mengenai detailnya. Itu sesuatu yang kita sama-sama boleh perhalusi dan perbaiki kelak apabila frameworknya sudah ada.

Tempoh masa

Saya mensasarkan 20-30 tahun untuk ini. Ketika itu usia saya dalam 44-54, masih cukup muda.

“Peak”

Jika pejuang pendidikan seks mahu menjadikan ia sebagai satu kurikulum sekalah, untuk pendidikan cinta saya anggap ia optional dan sebagai bonus jika dilaksanakan.

Pelajar dan guru sekarang sudah terbeban dengan cukup banyak subjek, sistem akademik yang mementingkan subjek-subjek peperiksaan dan guru-guru mungkin ada masalah cinta mereka sendiri. ;)

Visi saya adalah untuk melihat drama-drama di slot “Cerekarama” memaparkan drama dengan mesej yang selari dengan silibus pendidikan cinta dan siri-siri seperti Nur Kasih tampil dengan mesej yang lebih cemerlang disamping dengan sesi-sesi penerangan, seminar percuma, lawatan rumah ke rumah kepada umum yang dilakukan untuk memberi kesedaran mengenai cinta.

Jika perlu saya sendiri amat sangat sanggup “membeli” slot-slot ini untuk menyampaikan mesej saya (30 tahun nantilah, bukan sekarang! :) ) Ini kerana mereka yang menonton drama-drama dan siri-siri inilah yang saya rasa paling banyak usaha dan fokus pembetulan yang perlu diberikan.

Langkah Pertama Hari Ini

Cita-cita tanpa usaha konkrit hari ini adalah hanya angan-angan. Sebenarnya saya telahpun mengambil langkah pertama ke arah ini dengan membiayai Akademi Seni Cinta dengan target awal supaya ia menjadi NGO yang mampu menguruskan diri mereka sendiri seperti MAKNA dan MERCY.

Mari bersama saya,

Ke Arah Cinta Yang Lebih Baik

Sabri
Pencinta Setia

Tags:

Bagaimana Untuk Menjadi Pemimpin

Satu masa dahulu, skil kepimpinan saya amat teruk.

Saya tidak suka berkonfrontasi dan tidak decisive (tidak cepat membuat keputusan).

Walaupun begitu, mereka yang berada di sekeliling saya kemungkinan besar dapat melihat bakat terpendam tersebut, jadi saya beberapa kali diberi tanggungjawab sebagai ketua atau pemimpin. Tetapi ketua untuk sesuatu yang kecillah sepeti ketua kumpulan dan pengerusi persatuan sains sekolah rendah.

Seperti juga bercakap, saya lambat mengasah bakat sebagai pemimpin ini.

Jika tidak salah saya, ketika di SEMASHUR barulah saya benar-benar belajar dan mengasah bakat yang ada sebagai pemimpin. Cut my teeth orang putih kata. Walaupun begitu, saya masih juga belum sempurna. Saya boleh katakan dalam ranking 1-10, saya masih berada di nombor 5 (tapi tak teruk juga sebab pada saya kebanyakan manusia di dunia mendapat markah negatif!) :)

Ini satu skill yang saya masih mempelajarinya. I am perfecting it. Dan apa yang saya akan kongsikan di sini adalah berdasarkan kepada pembelajaran saya sahaja. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Anda boleh ambil apa yang anda rasakan logik dan tinggalkan apa yang anda rasakan tidak.

Apa itu memimpin? Apa definisi pemimpin?

Pemimpin wujud dalam pelbagai bidang. Pemimpin politik, pemimpin industri, pemimpin pasukan, pemimpin persatuan dan juga pemimpin keluarga. Ada orang berpendapat memimpin adalah mengetuai. Memimpin adalah membuat keputusan akhir. Memimpin adalah bertanggungjawab.

Pada saya, memimpin adalah memberi inspirasi.

Manusia pada lumrahnya adalah positif dan mampu untuk melakukan sesuatu. Namun atas banyak sebab majoriti dari manusia tidak dapat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya dan hidup dalam kemelaratan dan kesederhanaan. Acapkali manusia mampu melakukan apa yang diperlukan dari mereka, lebih daripada apa yang mereka sendiri jangkakan.

Pemimpin adalah orang yang mampu memberi inspirasi kepada manusia lain untuk keluar dari kepompong diri mereka sendiri ini.

Tidak ada sesiapa di dunia ini yang boleh mengubah orang lain. Itu hakikat. Kita hanya boleh “menyerlahkan” apa yang telah sedia ada pada seseorang itu yang mungkin tidak pernah disedarinya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak pandai bercakap, tidak akan sama sekali berjaya menjadi pendebat yang baik. Walau siapa pun ketuanya. Namun, jika seseorang itu mempunyai sedikit bakat, ataupun mempunyai bakat terpendam, ketua yang baik akan dapat memberi inspirasi yang berjaya memberikan “breakthrough” kepada pendebat tadi untuk menyerlahkan bakat terpendamnya.

Jika kita dapat menguasai seni memberikan inspirasi, setengah dari keperluan seorang ketua itu telah selesai.

Sebagai pemimpin, anda perlu melihat dari perspektif berbeza. Dari perspektif yang lebih luas dari orang yang anda pimpin. Orang putih menggelarnya, “Helicopter View atau Bird’s Eye View”. Apabila anda mempunyai pandangan yang lebih luas dari orang yang anda pimpin, anda akan dapat melihat apa yang berada di hadapan dan menyampaikannya kepada orang yang anda pimpin.

Apabila orang yang anda pimpin melihat anda dapat melihat sesuatu yang berada di hadapan dengan tepat, mereka akan menganggap anda berkebolehan dan mempunyai wawasan. Apabila ini terjadi mereka akan yakin dengan anda dan sanggup bersama-sama anda memberikan yang terbaik.

Satu perkara lagi yang saya pelajari dari ketua saya sekarang dan saya praktikkan pula, adalah tinggalkan emosi jauh-jauh apabila membuat keputusan atau apabila berdepan dengan situasi mencabar. Apabila orang yang anda pimpin panik, pemimpin perlu cool sahaja. Pada saya, masalah yang kompleks bagaimana sekalipun biasanya berpunca dari masalah-masalah mudah yang tidak diselesaikan dan berkumpul dengan banyak sehingga menjadi kompleks.

Jika kita selesaikan satu demi satu masalah mudah ini, secara automatik masalah kompleks tadi akan terurai.

Be proactive, not reactive.

Satu lagi keperluan seorang pemimpin adalah untuk menjadi decisive. Decisive adalah kebolehan membuat keputusan yang tepat dengan cepat. Mula-mula saya akan jelaskan kenapa perlu “cepat” dan saya akan kongsi rahsia untuk “tepat”. Cepat? Secepat mana di anggap sebagai cepat? Cepat yang saya maksudkan adalah satu saat. Atau paling lama pun, satu minit. Bukan satu jam, bukan satu hari dan sudah tentu bukan lebih lama dari itu. Kenapa perlu cepat?

Kerana seorang pemimpin bukanlah ahli tilik. Ada keputusan yang diambilnya akan salah. Tidak semua keputusan seseorang pemimpin itu betul. Namun, apabila beliau membuat keputusan dengan cepat, beliau akan berpeluang untuk membuat lebih banyak keputusan (keputusan bukan finality. Apabila satu keputusan diambil, perkara lain yang bersangkut dengan keputusan tadi akan timbul, perlu keputusan lagi and so on and so forth). Lebih cepat keputusan dibuat, lebih banyak keputusan dibuat, lebih berpengalaman dan berpengetahuan pemimpin tersebut jika dia seorang yang bijak. Lebih berpengetahuan dan berpengalaman ketua tersebut, lebih purata “betul” beliau dalam membuat keputusan. Inilah konsep yang dipanggil “Fail Faster”. Kadang-kadang ia juga disebut sebagai “increasing your batting average”

Itu cepat. Namun membuat keputusan dengan cepat tetapi banyak salah juga akan menjadikan anda ketua yang tidak dihormati orang yang anda pimpin. Jadi bagaimana untuk membuat keputusan yang tepat dengan cepat?

Pertama, tinggalkan emosi jauh-jauh. Kedua, sediakan satu set kriteria ringkas untuk evaluate sesuatu keputusan. Contohnya, saya akan melihat faedah jangka pendek dan panjang setiap pilihan. Kemudian saya senaraikan pros & cons sesuatu pilihan. Dan akhirnya saya bayangkan, jika keputusan saya ini dan hujah saya mengenai keputusan ini dipaparkan di surat khabar apabila ia gagal , adakah saya orang jahat atau orang baik?

Dari situ saya ambil keputusan.

Semua keputusan yang saya buat dengan cepat adalah berdasarkan kriteria di atas. Tidak semuanya betul, tetapi yang betul lebih banyak dari yang kurang tepat. Dan seterusnya dengan masa dan kuantiti keputusan yang  tidak tepat ia akan meningkatkan kualiti keputusan saya.

Sekarang apabila saya berhadapan dengan situasi yang dilontarkan oleh pelanggan ataupun orang yang saya pimpin, tiada masalah. Sebab saya tahu, saya sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan. Walaupun ketika itu saya tidak tahu, tetapi dengan membuat keputusan dengan cepat dan dengan mempunyai kriteria membuat keputusan yang efektif, saya akan dapat membuat keputusan yang tepat dalam masa yang lebih singkat dari orang lain.

Saya rasa cukup tiga dahulu untuk hari ini.

Selamat Memimpin. :)

Sabri
Pemimpin Pendapat

Tags:

Apa Yang Anda Mahu?

Saya baru pulang dari Singapura menghadiri Tony Robbins’s Wealth Mastery seminar dan ini adalah program ketiga yang mempunyai influence dari Tony Robbins yang telah saya hadiri. Seminar tersebut banyak mengingatkan saya semula mengenai nilai-nilai yang ada di dalam diri saya dan strategi-strategi yang boleh saya gunakan dalam hidup ini.

Satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini adalah:

Kita tidak gembira dengan apa yang kita dapat, tetapi kita gembira dengan apa yang terjadi kepada kita. ~ We are not happy for things we get, we are happy with who we become.

Sebagai contoh, apabila kita gembira kita mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, kita sebenarnya bukanlah gembira disebabkan oleh bilangan A yang kita perolehi, tetapi kita gembira kerana bilangan A tersebut menandakan kita pandai.

Apabila kita mendapat hadiah dari seseorang yang kita sayangi, kita gembira bukanlah disebabkan kerana kita mendapat hadiah tersebut, tetapi kerana kita rasa dihargai.

Begitu juga dengan kekayaan. Bukanlah kita gembira kerana kita kaya, tetapi kita gembira kerana apabila kita kaya kita menjadi individu yang lebih “hebat” pada pandangan mata kita sendiri.

Apabila saya mendengar ungkapan ini, ia membuatkan saya terfikir. Ada logiknya.

Apa relevannya perkara ini dengan kita?

Acapkali kita tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya dalam hidup kita. Selalunya apabila kita berada dalam situasi ini, kita menjadikan objek tersebut sebagai “target” kita. Objek tersebut biasanya material, individu tertentu, kebolehan tertentu ataupun sesuatu yang abstrak seperti cinta.

Apabila kita menjadikan sesuatu ini sebagai “target” dalam hidup kita, seringkali ia akan diiringi dengan tekanan, kemalangan dan perasaan-perasaan yang tidak seronok lain. Tidak cukup dengan itu, biasanya kita akan tersasar dan akhirnya putus asa dalam pencarian “target” itu.

Itu yang biasa terjadi dalam hidup manusia. Berbeza dengan filem, tidak semua orang sedar akan hakikat ini. Ada yang membawa ke kubur kekecewaan hidup mereka ini.

Kita boleh mengelakkan dari hidup dalam kekecewaan dan under performance ini;

Dengan mengetahui apa sebenarnya yang kita mahu.

Adakah kita gembira dengan siapa kita apabila kita berada dalam keadaan tertentu?

Adakah kita sendiri mahu diri kita menjadi sesuatu (become) apabila kita mendapat sesuatu?

Cuba kita fikirkan, sekarang bolehkah kita menjadi sesuatu tanpa perlu benda itu? Cuba anda bayangkan anda telah berada dalam keadaan mendapat sesuatu itu, anda akan dapati “target” anda tadi lebih mudah untuk dicapai, anda lebih gembira dan hidup anda dalam keadaan yang lebih tenang dan positif. :)

Mengapa teknik ini lebih berkuasa? Ia memberi kita kuasa untuk berubah sekarang, instead of waiting for something to happen to us which might not happen at all.

Akhir kata, janganlah memperjudikan hidup anda kerana satu kesilapan dalam hidup dan menyangkakan anda telah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik. Hidup ini bukan filem di mana pengakhirannya sentiasa “happy ending”. Anda boleh pada bila-bila masa berpatah balik atau bertukar arah jika anda rasakan jalan yang anda lalui sekarang bukanlah apa yang anda mahu sebenarnya. Lebih-lebih lagi, saya pasti pembaca artikel ini terdiri dari anda yang mempunyai mereka yang sangat mengambil berat terhadap diri anda. Jalan itu terbuka, jangan menyeksa diri anda lebih lama dalam hidup tanpa tujuan jangka panjang.

Best Wishes,

Sabri
Lead Navigator

Tags:

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Tajuk hari ini mungkin tajuk yang paling membosankan yang pernah saya tulis. Tetapi AWAS! Jangan underestimate tahap kekurangan ilmu menyelesaikan masalah di kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi seperti kita. Saya lihat terlalu banyak contoh yang menunjukkan kejadian ini dalam hidup saya, jadi saya rasa terpanggil dan terpaksa memberi ceramah percuma di sini. Sesungguhnya dunia saya akan jadi lebih baik jika orang-orang disekeliling saya mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang tinggi.

Pertamanya, satu disclaimer. Saya bukanlah pakar serba boleh dalam menyelesaikan masalah. Saya juga pernah banyak kali berada dalam situasi bermasalah. Apa yang saya akan kongsi hari ini adalah melalui pengalaman saya dan apa yang saya belajar secara profesional (melalui komunikasi urusan kerja).

Hidup saya lebih mudah dan ringkas serta kurang stress setelah mengamalkan tabiat “mahir menyelesaikan masalah ini“.

Pertama, Never Assume!

Jangan sesekali agak-agak. Sentiasa pastikan. Apa yang kita fahami mungkin berbeza dengan apa yang terjadi. Sebagai contoh, jika seseorang meminta bantuan anda dengan mengatakan “Computer Crash“, kemungkinan komputernya hang dan bukannya “crash“. Kemungkinan juga ia memang betul “crash” (restart).

Kedua-dua kejadian ini memerlukan pertolongan dan nasihat berbeza. Ini penting, salah nasihat mungkin dia akan kehilangan semua data yang sudah disiapkan sejak berjam-jam sebelumnya.

Begitu juga dalam perhubungan peribadi. Jangan kita assume seseorang itu sebagai sesuatu. Jangan menghakimi orang. Ada banyak contoh yang saya kira anda sendiri boleh fikirkan. Namun penjelasannya yang penting dan perlu saya kongsikan.

Kita tidak boleh menghakimi seseorang yang tidak kita kenali, kerana ia meletakkan tanggapan kita (masalah kita) pada orang lain. Cara kita berfikir sememangnya akan mempengaruhi cara kita bertindak. Jika kita anggap seseorang itu serius, kita akan layan mereka seperti mereka benar-benar serius. Jika kita anggap seseorang itu pemalu, kita akan layan mereka seperti mereka benar-benar pemalu. Itu tidak mengapa. Tetapi bayangkan jika kita anggap seseorang itu sebagai susah untuk berurusan, secara tanpa sedar kita juga akan menyusahkan beliau (sebab kita tidak suka padanya dan sebab kita mahu kerjanya susah juga) dan situasi ini selalunya akan menyebabkan orang yang kita anggap menyusahkan tadi betul-betul menjadi seorang penyusah (nuisance).

Ini yang dipanggil our thoughts become our reality.

Jadi, perkara pertama never assume. Bukan kerja kita untuk assume. Itu kerja Tuhan. Kita cuma beri yang terbaik dalam melakukan kerja kita. Orang lain nak bagi terbaik ke tidak, itu kerja orang lain. Apa kesan kerja orang lain pada kita? Itu kerja Tuhan. Fokus pada kerja kita sahaja. No excuses, tiada alasan. Tiada tapi-tapi.

Kalau anda tidak bersetuju dengan point ini anda boleh lihat dalam kehidupan anda. Banyak tak masalah anda? Banyak tak masalah yang anda cipta? Banyak tak masalah yang tak selesai? Mungkin anda perlu terima kenyataan ini untuk menjadikan hidup anda lebih bermakna.

Kedua, Always Be Precise & Keep Information On the Loop (Communicate!)

Sentiasa berkomunikasi. Luahkan apa yang terbuku di hati anda dan juga apa yang terlintas di fikiran anda. Jangan anggap (never assume lagi!) orang tahu apa yang anda sedang fikirkan. Sebab 99% dari masa, orang lain tidak tahu apa yang ada di fikiran anda walaupun pasangan anda! (apa? Pasangan anda tahu apa yang anda sedang fikirkan,-jangan buat lawak! :p )

Anda mungkin ingat yang si A tahu kenapa anda marah, tetapi jangan haraplah.

Anda mungkin ingat bos anda tahu kerja anda sudah banyak, tetapi semestinya jangan haraplah! Beliau tidak akan tahu kalau anda tidak beritahu.

Ini sememangnya betul. Cikgu anda di sekolah dulu (cikgu yang baik lah) seringkali bertanya, ada sesiapa yang tidak faham? Beliau mungkin boleh agak siapa muridnya yang tidak faham, tetapi beliau tanya juga sebab beliau tidak tahu dengan pasti siapa yang betul-betul faham.

Dan jika anda masih ingat, bukankah pelajar-pelajar yang banyak bertanya kerana tidak faham itu biasanya antara mereka yang ok-ok sikit dalam pelajaran? :)

Begitu juga dalam hidup. Orang yang bersuara itu akan cemerlang & at least ok-ok. Orang yang kurang berkomunikasi itu akan ehem, ehem. Entahlah. Saya tak kata, tetapi faham-faham sendiri.

Pendiam, bukan satu alasan untuk tidak berkomunikasi ya. Pendiam kurang bercakap, tetapi kalau isu-isu rasmi, pendiam yang berjaya akan bercakap. Pendiam yang ehem-ehem yang akan diam.

Di MindValley, kami ada satu solution unik untuk menyelesaikan masalah pejabat (office relationship) problem. Di sebelah bilik mesyuarat ada sebatang “Sugar Stick”. Jika anda tidak puas hati kepada sesiapa, berikan beliau Sugar Stick tersebut dan pergi ke bilik mesyuarat.

Di sana, anda luahkan perasaan anda. Jangan berikan sugar stick tersebut kepada seorang lagi sehingga anda yakin beliau benar-benar memahami apa yang anda katakan (dari body language). Setelah itu, giliran orang seorang lagi itu pula. Sugar Stick itu hanya bertukar tangan JIKA orang yang pegang pada ketika itu yakin yang pihak satu lagi itu memahami sudut pandangannya.

Jika tidak, teruskan bercakap.

Begitu juga dalam projek. Keep information on the loop. Jangan anggap orang lain tahu apa yang anda tahu. Berikan mereka update terkini.

Begitu juga dalam perhubungan. Selalukan say “LOVE” (jangan assume orang tahu!) dan pastikan orang yang satu lagi tahu itu betul-betul faham apa yang berlaku. Alasan melepaskan batuk di tangga tidak logik dan tidak diterima. Tolonglah jangan buat. Alasan melepaskan batuk di tangga lebih teruk dari tiada alasan langsung. Ia akan mengundang masalah yang lebih besar seperti salah faham kelak.

Bertanggungjawablah untuk berkomunikasi.

Ketiga, Selesaikan Masalah. Bukan Lari Dari Masalah

Dan definisi lari dari masalah itu luas. Tidak menyelesaikan masalah adalah contoh lari dari masalah.

Inaction IS AN action!

Contoh, jika bateri kereta anda rosak (kerana sudah lama) dan kereta tidak boleh dihidupkan, menukar kereta baru terus bukanlah menyelesaikan masalah! Ia lari dari masalah. Boleh bankrap jadinya!

Hidup anda tidak akan ke mana, masalah anda tidak akan selesai dan anda pasti akan hidup dalam kemurungan dan penyesalan sepanjang hayat jika anda menjadikan lari dari masalah sebagai satu tabiat.

Dalam contoh kereta tadi (dan apa juga masalah lain), pertamanya never assume. Jangan anggap anda tahu itu masalah bateri. Pastikan (dengan cara kalau tolak boleh start, most probably dll kaedah. Anda juga boleh meminta mekanik check).

Keduanya, komunikasi. Jika bateri anda bermasalah, tanya mekanik tersebut. Adakah betul ia bateri atau starter ataupun masalah dengan palam pencucuh. Adakah komponen-komponen lain yang perlu diservis sama untuk memastikan bateri tersebut tidak bermasalah.

Jika kita tidak tanya kita tak akan tahu. Kita mungkin menyelesaikan simptom, tetapi tidak merawat puncanya!

Selepas itu barulah kita selesaikan masalah bateri kita tadi berdasarkan masalah apa yang kereta kita sebenarnya hadapi.

Menukar kereta bukanlah menyelesaikan masalah. Ia mungkin menambahkan masalah dan mungkin juga menangguhkan masalah. Tetapi masalah tersebut tetap tidak selesai.

So, itu 3 tips dari saya.

  1. Never assume
  2. Communicate
  3. Fix the source not change it.

Pegang ketiga-tiga prinsip ini, hidup anda akan lebih bahagia dan berjaya. Jika anda pernah tersalah, it is still not too late to fix it.

Best Regards,

Sabri
Selesaikan Masalah & Bukan Lari Untuk Hidup Lebih Sejahtera Sampai Bila-Bila

Tags: