Life; The Next Chapter

January 24, 2026

Epilog

Filed under: Adventures — Sabri @ 10:58 pm

Alhamdulillah.

Sabri.me merupakan satu chapter dalam kehidupan saya yang unik. Ia bermula dengan “heartbreak”, growth, hampir berakhir dengan “heartbreak”, namun berjaya di salvage dan berakhir dengan satu conclusion yang memuaskan.

Sedikit penutup untuk TOD di Iraq, saya akhirnya menamatkan chapter di Iraq dengan TOD ke 17 atau 18 begitu. Kira-kira dua TOD selepas TOD1504 yang merupakan catatan terakhir.

Seperti yang dapat disaksikan melalui episod-episod akhir TOD di Iraq, kesibukan yang dihadapi tatkala penghujung makin hampir, banyak kerja yang perlu dinoktahkan sebelum di hand-over menjadikan penulisan di blog terpaksa menjadi an after thought. Ditambahpula “next chapter” dalam kehidupan yang betul-betul menuntut komitmen baru, meruntun kehidupan yang disangka telah stabil sebelumnya.

Begitulah temanya dalam kehidupan di antara 2022 dan 2025. Begitu banyak yang mahu dikongsi tetapi living life pada ketika itu dijadikan prioriti utama. Namun, dengan usia menginjak 40 an, saya rasa perlu untuk kembali ada ruang menulis seperti ini. Namun domain .me, pada saya bukanlah satu platform yang kondusif ataupun sustainable.

Jadi saya kembali dengan memilih AbuAfiq.com sebagai gelanggang baru, fitting untuk dimensi baru kehidupan.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

August 13, 2022

Iraq1504: Sudah Lima TOD

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 2:53 pm

Tinggal satu lagi Jumaat sebelum saya menghabiskan TOD ini. Alhamdulillah. Saya tidak pasti sama ada kepulangan kali ini adalah kepulangan yang paling dinanti ataupun tidak. But it is sure among the top. Secara sedar ataupun tidak sedar, lima TOD kebelakangan ini adalah lima TOD yang paling sukar sepanjang kareer saya di sini. Baik dari segi personal mahupun professional.

Bermula TOD depan, alhamdulillah saya akan memulakan pengalaman baru dan membuka buku baru dalam hidup. I am looking forward to it.

Saya juga seakan pasrah mengenai masa depan saya bermula Januari nanti. Saya masih mencuba dan menaruh harapan, namun pertarungan dan detik-detik akhir itu semakin hampir. Jadi harapan itu semakin malap.

On another note, saya benar-benar berharap dengan terbukanya buku baru dalam hidup saya ini, saya dapat membina kembali tembok iman yag tercalar. I am glad buku lama tertutup dan buku baru ditutup ketika saya masih disini. Sengsara itu kiranya tidak lama.

Alhamdulillah, terima kasih kerana masih menyayangi ku Tuhan.

August 6, 2022

Iraq 1503: People Remember How You Made Them Feel

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 1:14 am

Hah.. ini Jumaat ketiga. By right saya sepatutnya gembira kerana tinggal lagi dua Jumaat lagi sebelum balik (dan tiga Jumaat sebelum hari yang ditunggu-tunggu). TOD bermula dengan baik (boleh dikatakan cemerlang), namun panas yang dijangka hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari.

Back to back saya akan menamatkan assignmentnya di sini pada bulan Oktober. TOD seterusnya adalah TOD terakhirnya. TOD terakhir saya pula akan berakhir Disember. On short term, saya tak sabar untuk tunggu ketibaan beliau dan seorang lagi rakan kami pada 17 Ogos nanti. We have been through a lot dan saya rasa kami memahami each other, and we work well together.

Kalau diikutkan hati saya, saya lebih rela tamat assignment lebih awal dari beliau kerana saya tidak sanggup keseorangan (being lonely when you are not alone).

Kami telah perlahan-lahan mendapat sedikit reinforcement dari HQ. Alhamdulillah. Memang ternyata hebat, staf-staf yang dihantar untuk bertugas di sini biasanya mereka yang A+.

Di sini satu lesson yang saya perlu pelajari and serve as a reminder. Salah seorang dari mereka adalah junior yang saya anggap rapat dengan saya (senang mesra). Jarang jumpa ketika di KL dahulu, kerana dia bertugas di Sarawak. Tetapi kalau jumpa memang mesra. Rupanya saya telah ada tersalah cakap yang melukakan hatinya dulu (mengenai kerja).

Kami masih lagi okay, dan boleh dikatakan rapat dan serasi jika kami bekerja dalam pasukan yang sama. Tetapi setelah dia bercerita kepada ramai orang kejadian tersebut (walaupun secara lucu), saya dapat rasakan yang kejadian tersebut sedikit sebanyak meninggalkan parut di hatinya.

I have no defence. Waktu tu saya mungkin terlalu comfortable dan yakin (walaupun sebenarnya waktu tu pun pressure tinggi, tapi tak tahulah). Mulut saya kadang-kadang bila berhadapan dengan orang yang saya comfortable lebih sikit, memang tajam sikit. Itulah yang saya rasa baik diam dari tersalah cakap. Baik jadi introvert.

Ia mengingatkan saya tentang apa yang saya pernah. People will forget what you tell them, but people will remember how you made them feel. Dalam hal ini, memang dia masih ingat apa yang saya kata, kerana kata-kata tersebut melukakan hatinya.

Kata-kata tersebut saya admit, kata-kata yang arrogant dan tak patut diucapkan. Setelah saya semakin tuan dan berpengalaman, barulah saya tahu yang kata-kata itu tak patut diucapkan, kerana saya akan melakukan benda yang sama jika berada di tempat beliau. Dan saya telah ulang kekesalan itu berkali-kali kepadanya, tetapi dari cara beliau keep bercerita mengenai hal itu kepada orang lain, saya rasa ini kesalahan yang saya perlu bawa mati.

Astaghfirullah.

Saya berdoa mahu cepat-cepat kembali semula ke jalan yang benar dan get my life back on track.

July 30, 2022

Iraq 1502: Interim Period

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 5:01 pm

This summer I found that I need to be in bed by 10pm. Any later, my body will re-compensate by waking up a little bit late then my intended time. I have multiple alarm set to ensure I will not miss Subuh (and preferably to be awake 15-30 minutes earlier), but it is a hard feat to achieve this year.

I usually jog around the camp for around one hour after Isyak (usually concluded at 9pm), this mean I will only be back at my cabin around 10.15pm and this affect the time I wake up in the morning.

And this often thrown off my morning routine and I often have to rush to the office without properly checking off every item on my morning routine. Luckily, despite the very heavy workload I am getting used a bit to it and able to maintain calm in the middle of the storm.

However, I really hope this is just for an interim period of time, while I am getting my personal life in order.

Insyaallah, this year will be my last year in P’s Iraq Operation. It’s a bitter sweet memory. It’s a lucrative assignment, nonetheless I paid an expensive price with my personal life for it. If there is any silver lining to it, I emerge a better person, a better man.

July 23, 2022

Iraq 1501: Harapan Baru

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 12:48 am

I am looking forward for August di mana saya akan membuka satu lembaran baru dalam hidup saya. Sebelum ini, kerja dan karier adalah “driver” utama dalam hidup saya, namun dalam bab baru ini sepertinya saya meletakkan keluarga sebagai driver utama, secara realnya. Bukan sekadar cita-cita, tapi telah distrukturkan begitu.

Saya sentiasa percaya yang perubahan jika kita mahu ia berlaku, perlu dipermudahkan untuk berlaku. Sebarang bentuk pertukaran tabiat, hobi, disiplin mengatasi malas, benda yang baru itu perlu ingrained, menjadi sebahagian dari framework kehidupan.

Begitulah dalam chapter baru ini. It scares me a little and excites me a lot. I am setting myself up with a full commitment. Secara perlahan-lahan juga saya melihat yang diri saya berubah sedikit demi sedikit sebagai persediaan untuk menghadapi hidup yang baharu ini.

Semoga saya berjaya sehingga ke akhirnya. Insyaallah.

Untuk TOD kali ini pula, saya belajar benda baru yang saya cuba praktikkan. Walaupun mungkin sudah sedikit terlewat, tetapi saya belajar menggunakan multi cooker untuk menggoreng dan masak sedikit-sedikit.

TOD ini juga bermula dengan just nice. Tidak terlalu laid back, tetapi tidaklah terlalu intensif seperti TOD lepas. Saya dapat pickup pace step by step, alhamdulillah. Dan walaupun masih dalam suasana keributan, tetapi saya harap semua orang dapat bertenang dan menyelesaikan issue yang timbul satu demi satu.

Pada masa yang sama, saya juga berharap TOD ini dapat berlalu dengan segera. Dah tak sabar nak menanti penghujung Ogos. 🙂

June 10, 2022

Iraq 1405: C Positif Di Tengah Padang Pasir

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 11:15 pm

Despite cara hidup berisiko tinggi, terutamanya ketika risiko jangkitan covid sedang mengganas tempoh hari, alhamdulillah saya berjaya bertahan lebih dua tahun dari dijangkiti virus tersebut. Namun setelah ia beralih ke fasa endemik dan dengan kelonggaran langkah berjaga-jaga yang diambil, akhirnya ia hinggap jua.

Suasana summer juga tidak membantu. Walaupun sekarang masih belum “peak” summer, tetapi dengan suhu sekitar 43-48 celcius di siang hari sangat menyengat. Tambah pula sekarang saya sudah berpindah ke Office C dan pergi ke main office “on call”. Nak berjalan di bawah panas matahari (even pkl 9 pagi mahupun 4 petang pun tak sanggup).

Alhamdulillah simptom saya tidak teruk. Demam, selsema sedikit, batuk sedikit, sakit tekak sedikit. Deria bau dan rasa tidak hilang. Cuma badan rasa letih dan lemah, rasa hampir separuh kekuatan hilang. Cabaran paling besar adalah untuk pulihkan demam dan panas badan tu dalam suasana persekitan panas ekstrem tu. Saya rasa kalau dapat pulihkan demam tu, mungkin nak recover balik kekuatan tu lebih mudah.

Memang perasaan sakit bila di perantauan ni tak best.

Saya reflect balik catatan-catatan tahun lepas ketika waktu macam ni. Waktu tu saya baru realize, rupa-rupanya tahun lepas ketika rotation seperti ini juga saya muntah. Mungkin waktu peralihan ke arah musim panas ni, badan kita kena kerja kuat sikit untuk adjusting. Mujur ini tahun terakhir saya di sini. Tapi jika akan datang sekalipun, nampaknya saya perlu berhati-hati di awal musim panas. Prone untuk sakit-sakit.

Ini yang bagus ada catatan diari seperti ini. Kita boleh lihat trending dan nampak pattern yang kemudiannya kita boleh lakukan sesuatu untuk improvement.

6 days to go before I am back in Malaysia. Alhamdulillah.

June 4, 2022

Iraq 1404: Road to 31 August

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 3:17 am

Seperti seorang atlit yang berhempas pulas dalam program latihan untuk “peak” ketika pertandingan, saya juga sedang menuai hasilnya minggu ini setelah melalui minggu pertama dan kedua yang hectic dan intense dalam TOD kali ini.

Walaupun minggu-minggu awal pun boleh dianggap produktif, minggu ini saya rasakan yang saya produktif dengan lebih lagi. Saya sudah mendapat rentak plus, saya produktif tanpa paksaan. Which is untuk saya, produktiviti jenis ini adalah produktiviti yang lebih banyak outputnya.

Sekarang, saya hanya perlu “line up” apa item yang perlu diselesaikan, fokus dan buat satu persatu. Insyaallah ia akan dapat diselesaikan.

Dari segi kehidupan spiritual pula, musim summer ini walaupun saya suka dengan morning routinenya, sebab boleh tidur selepas subuh, tetapi saya agak terkilan. Dengan subuh masuk seawal jam 3, dan jemaah subuh pada 3.45, saya sukar untuk dapat bangun sebelum subuh.

Minggu ini juga saya mendapat perkhabaran yang penerbangan pulang saya delay satu hari. Jadi saya akan tiba ke Malaysia, lewat sehari. Macam-macam, sudahlah saya mempunya jadual aktiviti yang ketat sepanjang kepulangan saya nanti. Saya harap dapat selesaikan semua sebelum pulang semula untuk TOD#15 nanti. Insyaallah.

Older Posts »

Powered by WordPress