Life; The Next Chapter

March 12, 2022

Iraq 1303: Dreams Do Come True (A Few Times)

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 12:36 am

Minggu ini adalah minggu yang produktif. Saya sudah mula masuk gear dan workload yang banyak mula di tackle dan diselesaikan satu persatu. Masih ada banyak yang tinggal, tapi I am processing as fast as I can.

Hari ini juga saya menerima perkhabaran yang lebih konkrit. Pengembaraan saya di Iraq akan berakhir dua rotation lagi (TOD#15). Proses masih berjalan untuk menyambungnya hingga hujung tahun, tetapi berdasarkan track record semasa untuk colleague saya yang lain, itu mungkin sukar terjadi. Tiada siapa berani menaruh harapan tersebut, jadi saya pun tidaklah menaruh harapan sangat.

It’s been a good run, ada pahit dan manis, tetapi memandangkan ketika TOD#1 dulu saya sendiri seolah-olah tidak percaya saya akan berada di sini, it’s okay. Alhamdulillah. Being here, is one of my dreams that come true. To be exact, bukan mimpi pun. It’s more than that. Saya tak pernah termimpi (berangan je), tapi akhirnya ia menjadi realiti. Alhamdulillah.

Bercakap mengenai mimpi yang jadi realiti, ada satu lagi wildest dream that come true. Basically sama juga, bukan mimpi pun. Tidak pernah termimpi pun to be able to go through this experience again. To have that feeling again walaupun after going through a nightmare period, is a welcome change. Ia sesuatu yang saya tidak pernah terfikir, possible akan terjadi. Tetapi aturan Tuhan, siapa tahu.

Basically currently I am quite happy and contented. Bahkan a bit excited for the future. Bahkan fasa pertukaran tempat kerja yang akan berlaku pun tidak membimbangkan saya sangat. Benarlah, cinta ni boleh jadi sumber motivasi yang kuat (dan harapan saya ia tidaklah menjadi racun pula di masa akan datang).

Semoga saya dapat melalui 2022 dengan baik dan teratur supaya ia dapat menjadi launching pad untuk 2023 yang cemerlang.

March 7, 2022

Iraq 1302: Reality Hits Home

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 8:37 pm

TOD ini saya sangatlah busy. Tapi, apa yang baru? Memang sejak dari dua TOD yang lepas, disebabkan masalah dengan tenaga kerja tempatan kami, kami macam dalam kapal yang sedang tenggelam. Sya jarang mengeluh mengenai planning management, tapi kali ini saya rasa kami memang dalam kapal yang akan karam. Almost tiada manpower planning. Everything macam by default sahaja.

Anyway, memandangkan itu bukanlah perkara baru, I don’t want to dwell on that.

Saya menulis untuk memberi clarity ataupun kejelasan dalam fikiran dan tindakan saya.

Satu perkara baru dalam hidup saya adalah status saya mulai 1 March 2022. Secara jujurnya tahun lepas dan mungkin January, saya ada sedikit kerisauan (dan juga excited tu). Tetapi sepanjang Februari, saya tak ada masalah langsung. Saya tak sempat pun fikir mengenai hal tersebut sebab saya sudah move on.

Saya berpeluang untuk merasai semula perasaan yang mungkin sudah 16-17 tahun saya tidak rasa. Dan saya tidak pernah terfikir akan rasa kembali di usia ini. Ataupun ever after this.

Dan saya juga menyedari yang dalam perasaan ini, amat susah untuk berpijak di bumi yang nyata, sebab semuanya dilihat dari rose-tinted lense. Cuma hari ini ada sedikit perasaan tertampar oleh realiti itu memberikan saya sedikit kesedaran untuk mencoret sesuatu buat peringatan diri sendiri. Supaya saya tidaklah mengulangi kesilapan dan kealpaan lama.

Saya seorang yang vulnerable. Saya seorang yang lembut hati. Saya seorang yang baik. Saya perlu menjaga hati saya dengan baik, supaya tidak mudah dilukai atau dikecewakan. Relationship shall always be maintained and preserved by both parties. Setiap kali hanya satu pihak sahaja yang put in more, it’s never good. Take care.

Never take things for granted. Never allow being taken for granted.

Be sincere and begin everything with the end in mind.

March 4, 2022

Iraq 1301: Moving On & Plan for Ramadhan

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 11:17 pm

Tahun 2022 seperti yang telah saya rekodkan sebelum ini adalah tahun di mana segala-galanya agak dinamik. Saya perlu juggle beberapa priorities in life, menguruskan kembali kehidupan, unlearn, relearn dan 1001 benda yang sebelum ini saya tidak perlu fikirkan sangat.

Feb 2022 secara spesifiknya adalah bulan yang menjadi mercu tanda paling sesuai untuk tahun ini.

Mungkin dalam sedikit masa lagi saya akan tuliskan satu siri baru untuk chapter baru dalam hidup saya terutamanya yang berkaitan kejadian-kejadian di bulan Februari 2022 ini.

2 Feb: Stars Aligned

14 Feb: First Step

28 Feb: Closure of previous chapter

1 Mar: Official unofficial

Period ini walaupun ia satu detik yang tidak dipinta, tetapi semua yang terjadi tu ada hikmahnya. Seperti yang saya coretkan sebelum ini, saya agak gementar namun excited dengan hari-hari yang mendatang. Semoga semua urusan dipermudahkan.

TOD kali ini juga menyaksikan saya kembali ke Dubai. Jika sebelum ini kami transit di Doha, selepas ini kami akan mula transit di Dubai. Saya juga excited sedikit kali ini kerana saya bercadang untuk keluar ke Dubai ketika transit. Jika sebelum ini saya explore Dubai seorang diri, kini dengan adanya “senior-senior” untuk menunjuk jalan, saya boleh mendekati Dubai, terutamanya Old Dubai dengan lebih baik dan tidak hanya terhad ke mall-mall besarnya sahaja.

Harapan Ramadhan

Selain dari annual audit di hujung tahun, Ramadhan juga adalah satu benchmark yang saya gunakan untuk memastikan diri saya sentiasa lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun itu tidaklah sentiasa berlaku, tetapi dengan adanya kayu ukur yang konsisten saban tahun, saya tahu di mana progress saya.

Tahun ini saya agak sedikit khuatir. Lagi-lagi dengan situasi saya yang baru nak settle down. Namun saya tetap perlu membuat perancangan supaya Ramadhan kali ini walaupun tidak sebaik sebelum-sebelum ini, tetapi tetap memberi nilai tambah kepada hidup saya.

Ya lah, kita tidak tahu Ramadhan manakah yang bakal menjadi Ramadhan terakhir dalam hidup kita. Tahun ini, saya bercadang untuk melalui Ramadhan di tempat yang baru. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya dapat jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan sebelumnya.

Powered by WordPress