Life; The Next Chapter

October 31, 2021

Iraq 1105: Interesting Observation

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 8:33 pm

Saya pernah terbaca yang kita akan lebih selalu notice model kereta yang kita hendak beli di jalanraya berbanding dengan model-model lain (secara relatif). You see more of, what you pay attention to.

Baru-baru ini, saya baru tahu yang seorang kenalan saya pernah berada dalam situasi yang sama dengan saya. Saya agak terkejut juga, sebab tak sangka dan selama ini tak pernah pun ada bunyi-bunyi mengenai hal ini.

Selepas beberapa hari, tiba-tiba saya connect beberapat dots yang lalu di hadapan saya dalam tempoh tersebut dan cuba untuk tracing seorang lagi rakan saya yang lain. Dengan intuisi dan logik, saya membuat deduksi yang seorang lagi kenalan kami ini turut berada dalam situasi yang serupa.

Ia satu observasi yang menarik dan memberi saya sedikit semangat. Situasi yang saya lalui ini tidak unik kepada saya seorang. Bahkan ada yang melaluinya lebih awal.

Saya berfikir dan berfikir lagi. What went wrong for them? Tak mungkin mereka teruk sangat. Kalau nak dianggap saya ini peguam, mereka adalah “Lawyer’s lawyer”. Kalau saya adalah doktor, mereka adalah “Doctor’s doctor”.

Sebagaimana mungkin pandangan external kepada saya. On paper, we are good assets. Even saya rasa kami mendapat pendidikan yang secukupnya untuk sepatutnya menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Apapun, saya rumuskan ini mungkin ujian untuk kami. We are far from perfect, of course. Cuma ada masanya, bila kita tak do well in our exam, kita kena re-evaluate dan assess balik, tengok kat mana weakness kita dan try to improve. Mungkin ada topik yang kita tak mahir, kurang latihan, atau kira berada dalam stream yang tak sesuai. Soalan exam SBP mungkin tak sama tahap susahnya dengan soalan exam sekolah harian.

Cuma observation ini memberi saya lebih kekuatan dan semangat untuk terus mara ke depan dengan yakin!

October 24, 2021

Iraq 1104: Budaya Tempatan

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 4:06 pm

Jika di Malaysia, antara “tabiat” dan budaya kita di Malaysia adalah antaranya, tinggalkan ketulan terakhir di dalam pinggan untuk “orang belakang” (walaupun takde orang lain dah pun). Selalu ada reluctance untuk ambil dan makan ketulan terakhir tu.

Di sini saya ingin catatkan budaya masyarakat tempatan di sini.

Tuan Rumah Akan Rasa Sangat Malu Jika Tetamu Menghabiskan Semua Makanan Yang Dihidang

Budaya Arab di mana-mana sekalipun, hidangan mereka memang extravagant. Bukan dari segi mewah, tetapi dari segi kuantiti. Mereka mungkin hidangkan roti dan kebab sahaja, tapi untuk 4 orang makan, mereka akan hidangkan macam 10 orang makan. Makan dengan mereka, memang pasti akan banyak tak habis.

Dan mereka bukanlah orang yang berkira mengenai makanan. Kalau kita yang bagi mereka duit untuk beli makanan, dan kita bagi sedikit atau cukup-cukup (supaya mereka tak beli lebih), sesama mereka nanti akan kumpul duit untuk tambah. Hatta kalau bagi general worker untuk tolong belikan pun, kalau mereka terlibat dalam jamuan itu, mereka akan buat benda yang sama (kecuali kalau kita order untuk makan kita seorang. Tetapi kalau nak buat jamuan, mereka memang macam tu). Cubalah cakap jangan membazir ke, apa ke, budaya mereka memang macam tu. Kita kena faham. Jadi kalau anda tengok ada gambar Arab makan 3-4 orang tapi hidangan seekor kambing di depan mereka, jangan salahkan mereka. Mereka memang dibesarkan dengan budaya macam tu, mereka tak dapat nak imagine cara hidup yang lain.

(saya rasa) Mereka mungkin pantang dengan orang yang kedekut.

Saya ada tanya-tanya juga kepada staff tempatan mengenai budaya “banyak makanan” mereka ini. Mereka menceritakan kepada kami, yang pada mereka, tetamu perlu diraikan (proven. Ini satu lagi budaya mereka). Jadi mereka sebagai anak tempatan, menganggap kami tetamu. Jadi kalau buat makan-makan, walaupun ada yag kami bayar, tetapi jika mereka terlibat, mereka anggap mereka adalah “host” kami. Perlu dedahkan kami dengan budaya mereka.

Dalam budaya mereka, mereka sebagai tuan rumah perlu pastikan yang makanan untuk tetamu sentiasa lebih. Jadi mereka perlu pastikan yang sebanyak mana tetamu makan, mesti ada lebih lagi. Kalau tetamu berjaya habiskan makanan yang tuan rumah hidangkan, bermakna tuan rumah tu miskin. Tak cukup kaya.

Jadi itu sedikit tips, kalau anda ke rumah orang Arab, walau sesedap mana pun makanan yang dihidangkan, jangan sapu licin ataupun jangan terasa anda kena habiskan. Boleh meletup perut nanti.

Seorang lagi staf kami menceritakan, kalau di zaman dulu-dulu, apabila ada tetamu datang ke rumah, mereka akan sembelih dua ekor kambing. Seekor kambing akan dimasak untuk dimakan (untuk lunch atau dinner), dan seekor kambing lagi akan dipotong dan diletakkan dalam dulang. Kambing yang diletakkan di dalam dulang tu akan dibagitau kepada tetamu, “tinggal di sini satu hari lagi, kambing dalam dulang tu untuk kamu makan esok.”

October 17, 2021

Iraq1103: Makanan Tempatan

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 3:49 pm

Dua jenis makanan tradisional tempatan yang popular di kalangan kami adalah, mashguf (ikan bakar) dan juga kebab. Mashguf ni biasanya di sini ada dua jenis yang berbeza bergantung kepada siapa yang beli. Semalam saya berpeluang merasai versi yang sedap. Sebelum ini biasanya yang kakitangan local department kami yang beli, kedai kegemaran mereka mashgufnya tidak sedap sangat. Ikannya rasa macam ikan tasik dan cara bakarnya, agak kering.

Sebelum itu biar saya beri sedikit perspektif. Mashguf ini adalah ikan bakar, dan janganlah bandingkan dengan ikan bakar di Malaysia. Memang jauh ke belakang, lain padang lain belalang. Di sini mereka bakar ikan dengan “kosong”. Mungkin dengan lemon atau balut daun sahaja. Mereka tidak guna apa-apa herba ataupun rempah untuk perap ikan tersebut terlebih dahulu. Mereka juga tidak cicah kicap atau cili pedas. Ia dimakan begitu sahaja dengan roti (gulung macam shawarma dan letakkan hirisan bawang). Ikan yang mereka gunakan biasanya adalah ikan sungai, banyak tulang dan bersaiz sederhana. Bila cakap sedap, tidak lah sedap macam ikan bakar jalan bellamy, tapi boleh lah jika sudah jemu makan makanan dewan makan. Oklah, walaupun tak sedap, tak sedap sekali pun jika ditawarkan kepada saya, saya makan juga.

Kebab juga makanan kedua popular. Bila kami bagi duit kepada pekerja tempatan untuk membelikan makanan, memang dua makanan ini adalah makanan yang paling selalu mereka belikan (selain manisan seperti baklava, dan shaksukah untuk sarapan). Saya pun tidak tahu kenapa mereka tidak belikan makanan lain, tapi mungkin mereka juga tidak ada idea untuk beli apa untuk kami kecuali kebab dan mashguf.

Baik, jika mashgufnya sekadar okay, kebab pula lebih sedap sedikit berbanding yang ada di Malaysia. Kebab di sini lebih lembut sedikit. Ia seolah menggunakan daging cincang di kedai burger (bukan burger Ramli) dengan sedikit rempah perapan. Ia dimakan dengan roti dan hirisan bawang juga. Tapi kalau nak bandingkan dengan kebab yang terdapat di Turki, memang kebab Turki menang lagi lah.

Di samping itu, kadang-kadang kami ada juga buat makan-makan dikalangan komuniti expat. Kalau ada menu kambing (atau dipanggil kharuff) di sini, kami memang ternanti-nanti. Berbeza dengan kambing di dewan makan di mana mereka gunakan kambing frozen, untuk acara makan-makan biasanya kami gunakan kambing segar.

Kambing segar tempatan ini berbeza sedikit, dan tukang masak-tukang masak di sini pula, memang cemerlang dengan menu kambing. Saya tak pasti nak explain macam mana, tapi kambing bakar di sini memang lain. Dagingnya lembut, mudah fall of the bone. Saya tak lah pandai memasak, tapi memang sukar nak direplicate di Malaysia. Saya sendiri belum jumpa di mana-mana, hatta hotel punya kambing bakar pun yang boleh lawan apa yang saya rasai di sini. Dari apa yang saya recce-recce, mereka macam stim dahulu kambing tersebut sekejap sebelum dibakar. Wallahualam.

October 13, 2021

Iraq 1102: Price That You Pay

Filed under: Iraq — Sabri @ 2:07 pm

Bekerja dalam sistem seperti ini memberi saya satu appresiasi baru untuk mereka yang bekerja dalam sistem rotation, seperti sebilangan kakitangan dalam industri O&G dan juga perkapalan. Sebelum ini walaupun saya memang maklum dengan cabaran dan “hazard” yang mereka terpaksa tempuhi, tetapi saya anggap itu asam garam industri kami sahaja.

Namun setelah mengalaminya sendiri untuk beberapa ketika (jika terlampau sekejap mungkin tak cukup untuk seseorang itu mengalami sendiri semua sisi) dan melihat sendiri pengalaman rakan-rakan sekerja, saya lebih menghargai mereka dan keluarga mereka yang cekal melaluinya.

Terutamanya buat mereka yang bekerja di pelantar offshore, dalam rotation 2 minggu sebelum ini. Dek penangan Covid19, rotation mereka dipanjangkan sehingga sebulan sebelum ada kalanya requirement kuarantin dikenakan. Benda-benda ini untuk orang yang tidak melaluinya, nampak doable, ataupun logik, namun strain dan tekanan yang perkara ini berikan kepada orang yang melaluinya dan support system mereka, jangan diperkecilkan.

Dalam the best case sekali pun, hubungan boleh putus, rumahtangga boleh pecah dan yang pasti, keluarga yang melaluinya akan melalui acuan berbeza dengan keluarga yang tidak. Saya rasa ini bukan sahaja mendewasakan, tetapi satu perkembangan yang baik yang saya mesti tidak lupakan jika saya menaiki tangga korporat nanti. Itu dalam best case, saya menggigil mengenangkan apa yang perlu dilalui dalam senario-senario yang tidak berapa ideal yang saya tahu dilalui oleh kawan-kawan kami yang lebih kurang bernasib baik.

It is not just the price that you pay. Dan tak semudah beranggapan that you choose the life.

Dalam situasi seperti saya, di mana kami ditugaskan di negara yang “istimewa” dengan cabaran yang “tidak unik” (to be politically correct), berita baru-baru ini di mana rakan sejawat kami yang bertugas di satu lagi negara istimewa menghadapi masalah dengan kerajaan baru negeri tersebut, made it much more real for us. What is actually at stake. Nyawa dan kebebesan peribadi kami menjadi galang ganti dalam menjaga kepentingan negara. Memang ia occupational hazard buat kami, tapi kami memang memahami sangat apa yang mereka alami. Tidak mudah berurusan dengan authorities di negara-negara istimewa seperti ini. Rule of law dan common sense tu sangatlah asing dan mungkin membawa makna berbeza kepada mereka. Silap haribulan kena seludup keluar untuk balik Malaysia.

Kepada petugas-petugas barisan depan, baik doktor-doktor di lapangan, polis dan tentera di belantara, diaspora di luar negara yang bertugas untuk lencana di dada (atau di bahu), hats off to you. We thank you for your service.

October 5, 2021

Iraq 1101: Jalan Terus

Filed under: Adventures — Sabri @ 4:40 pm

TOD kali ini dijangka panjang sedikit daripada biasa. Dalam keadaan normal, saya tidak risau sangat sebab time flies. Berdasarkan pengalaman, bila kita dah berada di minggu ke 3-4 tu, akan rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Tetapi memandangkan TOD ke 10 adalah agak pendek (cuma 3 minggu), saya ada lah rasa gentar sikit untuk melalui TOD kali ni. Takut rasa panjang sangat. Tapi saya cuba tak fikirkan lah panjang atau pendeknya.

Perasaan ini kalau dilayan rasa dia macam “Claustrophobia”, perasaan takut atau resah berada di tempat tertutup. (sebab bila kami dalam TOD, waktu inbound and outbound sudah tetap, apa-apa jadi pun, kena habiskan).

Saya juga sedang perlahan-lahan membiasakan diri untuk hidup dalam keadaan new normal ini. Design theme untuk blog ini telah saya kemaskini.

Saya sebenarnya tidaklah layan sangat tema “minimalis” seperti ini. Tetapi dalam kesibukan seharian, ini adalah tema yang efisien dan praktikal. Cepat untuk diembrace, minima drama. Saya perlukan sesuatu seperti ini sekarang untuk membolehkan flow kehidupan berjalan terus.

Semalam juga pertama kali dalam tempoh sebulan saya kembali exercise. Memang terasa berat, tetapi slowly saya rasa boleh pick up momentum tu.

Di Iraq, sekarang adalah transition di antara musim panas ke musim sejuk. Secara teorinya di negara 4 musim lain, ia dipanggil musim luruh. Tapi di sini tiada musim luruh per se. Pada waktu tengah hari, ia masih panas (40C), tetapi pada waktu malam ia sudah jatuh kepada 20+C.

Perkara yang penting waktu seperti ini adalah, kawalan air cond. Kalau aircond dibiarkan (25C sahaja pun, bukan bawah 20C pun), perbezaan suhu di luar dan di dalam kabin tu akan jadi terlalu ketara dan badan kita akan mudah demam. Kalau waktu tengah hari kita off pula aircond tu, atau suhu 27C, suhu dalam kabin akan jadi panas berkuap pula. Hari ini saya sedang mencuba konfigurasi suhu baru. 26C seems to be the sweet spot, turun kepada 25C sebelum tidur dengan timer off selepas 3 jam. Jadi nanti bangun pun dalam keadaan tanpa aircond dan tak sejuk sangat waktu subuh. Nampak macam renyah dan unnecessary, but you have to experience to believe. Goal dia, tak nak sakit dan nak pastikan badan dalam keadaan optimum. Tu je.

Semoga minggu depan penuh dengan khabar gembira untuk saya.

Powered by WordPress