Life; The Next Chapter

January 24, 2026

Epilog

Filed under: Adventures — Sabri @ 10:58 pm

Alhamdulillah.

Sabri.me merupakan satu chapter dalam kehidupan saya yang unik. Ia bermula dengan “heartbreak”, growth, hampir berakhir dengan “heartbreak”, namun berjaya di salvage dan berakhir dengan satu conclusion yang memuaskan.

Sedikit penutup untuk TOD di Iraq, saya akhirnya menamatkan chapter di Iraq dengan TOD ke 17 atau 18 begitu. Kira-kira dua TOD selepas TOD1504 yang merupakan catatan terakhir.

Seperti yang dapat disaksikan melalui episod-episod akhir TOD di Iraq, kesibukan yang dihadapi tatkala penghujung makin hampir, banyak kerja yang perlu dinoktahkan sebelum di hand-over menjadikan penulisan di blog terpaksa menjadi an after thought. Ditambahpula “next chapter” dalam kehidupan yang betul-betul menuntut komitmen baru, meruntun kehidupan yang disangka telah stabil sebelumnya.

Begitulah temanya dalam kehidupan di antara 2022 dan 2025. Begitu banyak yang mahu dikongsi tetapi living life pada ketika itu dijadikan prioriti utama. Namun, dengan usia menginjak 40 an, saya rasa perlu untuk kembali ada ruang menulis seperti ini. Namun domain .me, pada saya bukanlah satu platform yang kondusif ataupun sustainable.

Jadi saya kembali dengan memilih AbuAfiq.com sebagai gelanggang baru, fitting untuk dimensi baru kehidupan.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

Powered by WordPress