Life; The Next Chapter

May 28, 2022

Iraq 1403: Jumaat Ketiga

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 4:10 am

Minggu ini adalah minggu yang sibuk. Fully productive. Ia lebih baik dari minggu sebelumnya. Saya harap ia berterusan trending begitu. Masalah yang timbul dari minggu pertama, diselesaikan satu persatu. Masalah baru pula timbul. Cuma setakat ini, nasib baik masalah yang diselesaikan lebih banyak dari masalah baru yang timbul tu. Jadi masih rasa tolerable.

Satu perkara bagus yang lain adalah, ini adalah Jumaat ketiga. Alhamdulillah. Bermaksud, hari yang berbaki lebih kurang dari hari yang telah berlalu.

Saya telah mula membuat perancangan untuk tahun depan. Cuma nampaknya “hijrah” yang saya ingin lakukan tidak begitu banyak progress lagi. Saya harap dan saya berdoa sangat supaya pelan paling sempurna saya dapat menjadi realiti.

May 21, 2022

Iraq1402: Matching The Rythm

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 3:10 pm

Pace minggu ini masih tinggi. Namun ia minggu yang lebih baik dari minggu lepas. Berbeza dengan winter, summer ada impact juga kepada jadual pagi saya. Subuh ketika summer di sini seawal jam 3.15 pagi. Jadi biasanya kami memang akan tidur kembali selepas Subuh. Boleh tidur balik lepas subuh ni memberi impak yang sedikit positif bila bangun untuk pergi kerja. Sebab ada rasa cukup dan puas (sebab sudah tidur dan bangun 2 kali).

Kerja yang bertimbun juga sedikit demi sedikit saya selesaikan.

Cabaran sekarang adalah untuk menjaga makan. Portion control so far okay, tetapi saya kena kurangkan lagi frekuensi ke dewan makan. Ideally seperti dalam rotation lepas, saya akan ke dewan makan sekali sehari dan kadang-kadang dua kali sehari. Sekarang saya masih konsisten dua kali sehari. Jadi itu saya perlu kurangkan. Satu lagi kalau dalam rotation lepas, saya sangat pantang dengan air manis dan snek manis. Dalam rotation ini, walaupun masih kurang tetapi saya ada lenient sikit dengan diri saya. (alasan reward diri sebab stress kerja). Anyway, berat okay, slowly on the right track. Tapi dgn intensiti exercise saya perlahan sikit rotation kali ini, food and sugar intake tu saya kena kekalkan rendah dengan lebih agresif.

Saya bersyukur juga dengan aktiviti journalling mingguan ini. Sepanjang minggu lepas saya berada dalam mode “Jumaat pertama”. Cuma bila saya melihat rekod, baru saya sedar yang rupanya ini adalah Jumaat kedua. Alhamdulillah, I am pleasantly surprised. Jadi ada 3 jumaat lagi to go.

Ahh. Saya rindu ingin kembali ke Malaysia.

May 14, 2022

Iraq 1401: Firing On All Cylinders

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 2:10 am

Rupanya ketika TOD#13, saya telah “miss” update untuk dua minggu terakhir. Sesungguhnya kesibukan memang menekan dan kebetulan pula ketika itu Ramadhan hampir tiba. Jadi ada perubahan pada jadual kehidupan yang menyebabkan masa untuk membuat catatan itu juga semakin suntuk.

Apa pun, dua minggu terakhir ketika TOD#13 memang amat sibuk buat saya. Ia masih terbawa-bawa sehingga TOD#14 ini. Ini kali pertama saya hit the ground running dari hari pertama lagi. Bukan setakat running, malah dah cecah level sprinting ni. Secara generalnya operasi kami mendapat barisan pengurusan baru, dan bila ini terjadi memang lazimnya ia akan mengambil masa untuk settle down. Lebih-lebih lagi apabila department saya sendiri turut mendapat bos baru dan kami juga memang dalam keadaan sedia kekuarangan tenaga kerja. Malang juga buat kami, seperti worst case scenario yang kami jangka, pengurusan baru tanpa perspektif lama ingat yang manpower manning kami sekarang adalah “business as usual”. Jadi expectationnya kami terpaksa deliver seolah-olah seperti kami mempunyai full manning. Pening-pening.

Tetapi itu tidak mengapa. Saya sudah pasrah.

Sedikit coretan untuk R&R lepas. Tempoh sebulan yang lepas adalah tempoh sebulan yang paling bahagia dan gembira I have been in the past one to two years. Alhamdulillah. Pada masa yang sama, saya dapat mengenali diri sendiri dengan lebih dekat dan tepat. Keraguan-keraguan mengenai keupayaan diri sendiri berjaya saya buktikan salah. Astaghfirullah, Alhamdulillah.

Pada masa yang sama, Ramadhan lepas prestasi saya mungkin antara yang paling buruk dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Saya harap sangat yang situasi peribadi saya telah stabilize pada tahun depan dan diberi peluang bertemu dan redeem kembali segala kekurangan Ramadhan kali ini.

Powered by WordPress