Life; The Next Chapter

December 8, 2011

Cabaran-Cabaran Dalam Kehidupan

Filed under: Hijrah | Travelog Umrah — Sabri @ 1:40 pm

Antara penulis, penceramah kegemaran saya adalah Ustaz Hasrizal dari SaifulIslam.com. Saya terjumpa blog beliau secara tidak sengaja apabila pernah dituduh melakukan cyber-squatting (dengan salah satu blog saya sebelum ini dengan nama hampir serupa) oleh salah seorang pembaca blog beliau (tetapi jangan risau, berani kerana benar. Orang tersebut cuma over excited dengan terminologi IT yang baru dipelajarinya. Sudah diresolvekan). Saya suka dengan teknik garapan beliau yang tepat ke jantung hati. Cara beliau mengolah bersahaja, tetapi hati yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa benarnya contoh-contoh mudah yang beliau kongsikan.

Dalam postnya yang terbaru beliau ada menulis;

…

Lalu Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani menyambung nasihatnya kepada si anak murid, โ€œJangan engkau mendakwa dirimu sebagai Allah, tatkala engkau mahukan semua kehendakmu berlaku. Engkau mahu semua yang engkau hajatkan menjadi kenyataan. Ketika engkau mempunyai harapan yang begitu, engkau seperti mendakwa dirimu Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang berhak begitu!โ€

Harapan yang tinggi mesti disertakan dengan sifat kehambaan.

Jangan harapan itu menimbulkan rasa kecewa apabila ia tidak kesampaian, hingga kita terlupa kita hanyalah hamba. Hamba yang boleh berharap, namun segalanya pulang kepada kehendak Tuhan.

Satu peringatan untuk saya sendiri. Dalam rasa ghairah menikmati kehidupan yang baru, dalam rasa kesyukuran atas makbulnya doa, dalam keadaan suka merasakan diri sentiasa dilindungiNya, saya perlu ingat yang saya cuma hambaNya. Hamba yang hanya boleh berharap tetapi tidak boleh lupa untuk sentiasa meminta, merayu kepadaNya.

TanpaNya, tidak ada apa-apalah saya ini.

โ€œJangan pula engkau mendakwa dirimu seorang Nabi, yakni tidak kira setinggi mana engkau berusaha mencapai Taqwa dan pembaikan diri, jangan sesekali engkau merasakan dirimu tidak bersalah dan tidak berdosa. Sesungguhnya yang bersih dan terpelihara daripada dosa itu hanyalah seorang Nabi yang maksum.

Oleh itu, tidak kiralah berapa lama engkau telah mendampingi gurumu, jangan sesekali engkau menyangka yang tiada kesilapan yang berlaku pada perjalanan hidupmu hingga engkau terjebak kepada apa yang telah aku nasihatkan kepadamu ituโ€

Satu panduan pula kepada saya. Dalam berkongsi dan dalam menghadapi kehidupan “pasca-taubat” seperti kata Ustaz Hasrizal, saya perlu sentiasa ingat yang saya bukan maksum. Saya cuma manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Beliau mengakhiri post beliau dengan:

Sesungguhnya taubat dan kesedaran kita hanya di satu peringkat kehidupan.

Kita masih berjuang mengejar Husn al-Khatimah.

Bersederhanalah dalam membina harapan.

Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.

Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.

Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.

Argh, ini satu artikel yang sangat mengesankan.

Banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi, bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.

Semoga jika ada kebaikan yang disebarkan, ia kembali menaungi kehidupan saya. Hidup saya cuma ihsan dariNya. ๐Ÿ™‚

 

Sabri

December 5, 2011

Bagaimana Cara Untuk Meminta Maaf

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:53 am

Ada satu tajuk lagu, “Sorry seems to be the hardest word…”

Ada di antara kita yang mungkin berkata, susah apanya nak minta maaf. Minta maaf je lah. ๐Ÿ™‚

Ketika saya ingin menulis post ini pun sebenarnya banyak kali saya fikir. Perlu ke nak tulis? Macam semua orang tahu je.

Suprisingly not.

Atau kadang-kadang, kita tahu bagaimana untuk minta maaf dan sering meminta maaf. Tetapi ketika di mana maaf itu betul-betul diperlukan, kita tiba-tiba jadi tak tahu.

Kita beat around the bushes. Kita justify tindakan kita. Kita bagi excuse. Kita cakap “Tapi… “, atau kita cakap “Ingatkan…”

At the end, mulut kita melontarkan terlalu banyak perkataan yang sebenarnya unnecessary (dan mungkin menambah masalah), semata-mata untuk mengelak dari menyebut perkataan maaf itu.

Pertamanya, kita kena tahu kenapa kita gemar sangat dengan perkataan “Tapi” atau “Ingatkan” tu. Mungkin dalam diri kita ada sedikit ego. Sedikit je. Tak banyak. ๐Ÿ™‚

Pertama, kita perlu tahu beza antara maruah dan ego.

Kita tak perlu minta maaf apabila kita menjaga maruah kita.

Tetapi bila kita menjaga ego kita, itu yang biasanya bermasalah.

Sebenarnya ego ni tak akan bawa kita ke mana. Biasanya kalau kita dah terfikir, eh kalaulah aku buat begini dan begitu tadi, kan lebih baik. Biasanya itu menunjukkan yang kalau kita nak minta maaf tu pun dah boleh.

Baiklah, without further ado. Mari saya tunjukkan cara minta maaf.

Beritahulah kepada orang yang kita ingin minta maaf tu, “Saya minta maaf ya sebab … ” Noktah. Senang aja.

Kalau nak minta maaf tetapi cover line sikit, ya lah. Sebab nak minta maaf dengan jelas segan (walaupun itu yang terbaik), gunalah ayat “Oh ye ke… Saya minta maaf lah ya…”

Kalau ada benda yang paling tak berguna sekali di dunia, ego adalah benda tu.

Cuba kita fikirkan. Ego bukanlah maruah. Ego semata-mata untuk buat kita rasa seronok di dunia sahaja sebenarnya.

Apa ya kegunaan ego ni jika ada? ๐Ÿ™‚

Sabri

December 1, 2011

Cara Memahami Hati dan Tindakan Manusia

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 4:14 pm

Puas saya mencari tajuk yang sesuai untuk artikel ini. Saya pada asalnya mahu menamakan artikel ini sebagai “Why We Do What We Do” or “Nothing Has Meaning Except…”, tetapi dalam Bahasa Malaysia bunyinya pelik dan tidak menarik.

Semua kejadian yang berlaku di dalam kehidupan kita, pasti ada sebab disebaliknya. Sesuatu itu tidak terjadi kerana sia-sia. Kenapa kita pakai jam tangan kanan atau kiri? Kenapa kita lancar bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris tetapi bukan Bahasa German? Semuanya ada penjelasan.

Kita tidak boleh ubah “sebab” kenapa sesuatu itu berlaku. Tetapi kita boleh belajar daripadanya, berfikir mengenainya dan memilih maksud kenapa sesuatu itu terjadi dengan pilihan yang dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Mungkin ada yang akan menganggap kita terlebih berfikir, “overthink” dan sebagainya. Tetapi itu tidak mengapa. Asalkan selepas setiap analisa kita ada konklusi dan tidak terperangkap dengan information overload.

Sebab dari kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari di sekeliling kita, kita dapat belajar mengenai manusia lain dan dapat devise cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan pelbagai kelompok manusia setiap hari.

Sebagai contoh, kita lihat kawan kita selalu terbersin apabila berada di tempat yang berdebu. Ini memberi tahu kita yang dia adalah seseorang yang sensitif dengan habuk. Jadi janganlah kita bawa dia melalui atau ke tempat-tempat berhabuk, kecuali jika kita memang mahu dia bersin banyak-banyak.

How you do one thing, is how you do everything.

Manusia adalah hasil dari tabiatnya. Our inner world, shape our outer world.

Terutamanya untuk adik-adik saya, saya suka berpesan. Bukan susah sangat untuk menilai manusia ini. Kita jangan cepat untuk menghukum orang, bagi plenty of chances and opportunities untuk orang itu membuktikan dirinya sendiri. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

Seorang yang suka memandu dengan laju, mungkin tidak sesuai untuk kita ambil sebagai pemandu anak-anak kita ke sekolah, tetapi boleh kita jadikan pemandu ambulans atau pelumba F1.

Seorang yang agresif tidak sesuai untuk kita letakkan sebagai penyambut tetamu, tetapi amat bagus kita letakkan sebagai pengawal keselamatan.

Ini sekadar contoh.

Sifat dan sikap manusia adalah kelebihan. Ia bukanlah kelemahan. Jangan kita judge seseorang itu berdasarkan sikap dan tidak memberi peluang untuk mereka berubah. Jika kita bijak membaca manusia, kita boleh letakkan mereka di tempat yang betul yang akan complement kelebihan mereka.

Jika kita memahami rakan-rakan kita, lebih mudah untuk harmoni. Kurang pening kepala dalam kehidupan.

Dan yang lebih penting, kita tahu jika kita dalam kesusahan nanti, siapa yang boleh kita minta tolong.

Manusia boleh berubah. Manusia AKAN berubah. Apabila reason WHY nya cukup kuat.

Orang gemuk boleh kurus.
Perokok boleh berhenti merokok.
Penagih dadah boleh berhenti menagih dadah.

Cuma kita kena beri mereka sebab yang KUAT supaya dapat kita pujuk mereka untuk berubah.

Di situlah pentingnya, kenapa kita perlu mengenal manusia. Kenapa kita perlu melihat tanda-tanda yang ditunjukkan melalui tingkah laku mereka.

Pesanan untuk adik-adik saya, sebagai contoh jika mahu memilih calon isteri atau suami. Don’t ignore the small flags. You can learn a tonne just by observing someone.

Orang baik akan menunjukkan ciri-ciri orang yang baik dan orang yang sebaliknya juga akan menunjukkan ciri-ciri yang sebaliknya. Tidak ada benda yang berlaku kerana saja-saja. Sesuatu itu berlaku kerana kita percaya, kerana itu tabiat kita atau kerana itu cara kita dibesarkan/di didik. Ia bukan berlaku kerana saja-saja tanpa sebab.

Tidak ada orang hipokrit di dunia ini, cuma ada orang yang tidak mengenali orang yang hipokrit. Equip Yourself.

Sekarang mari kita belajar menginterpretasi keadaan atau situasi pula.

Setiap yang terjadi itu, ada hikmahnya. Hikmah tersebut boleh jadi hikmah yang menyedihkan, dan boleh jadi hikmah yang memberi kita kekuatan. Kita yang pilih, apa maksud sesuatu kejadian.

Sebagai contoh, anda gagal dalam sesuatu peperiksaan. Atau gagal mendapat straight A.

Anda boleh menginterpretasikannya sebagai “Aku memang bodoh. Aku tak payah belajar lagi sebab aku tak akan ke mana-mana. Tuhan nak bagitau aku better aku kerja cari duit.”

Dan anda boleh menginterpretasikannya, “Ini tak boleh jadi. Aku boleh buat lebih baik. Aku bukan bodoh. Tuhan nak suruh aku cari cara belajar yang lebih baik ni. Sebab mungkin belajar macam ni okay sekarang, tapi nanti bila kelas makin susah cara belajar macam ni dah tak cukup.”

Anda buat pilihan apa maksud yang anda mahu. Sentiasa pilih pilihan yang akan membantu anda menjadi manusia yang lebih baik.

 

Sabri

« Newer Posts

Powered by WordPress