Life; The Next Chapter

August 22, 2013

Pesanan Untuk Adik | Panduan Hidup

Filed under: Life Skills — Sabri @ 11:39 pm

Hidup di dunia ni, macam berenang dalam sungai.

Kalau penat, tak boleh berhenti. Nanti tenggelam lemas. Apa yang boleh kita buat, perlahankan sikit pace kita, atau stop kejap, kawal diri untuk terapung. Kita tak boleh release control on ourself. Kalau kita buat macam tu, lemas lah kita.

Begitu juga dalam perjalanan hidup ini. Kalau kudrat kita sikit, lebih mudah untuk kita go with the flow. Ikut arus.

Tapi bila kita rasa arus tu menuju ke tempat yang salah atau bahaya, waktu tu lah baru kita mengerah semua tenaga kita untuk lawan arus.

Kita tak boleh lawan arus sentiasa, nanti kita penat bila keadaan betul-betul tenat. Pick our battle. It’s okay to lose the battle as long as you still win the war.

hidup ibarat sungai mengalir

November 21, 2012

Video Inspirasi | Tips Penulisan Novel (Crash Course)

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 12:04 am

Isteri saya bercita-cita mahu menulis novel. Saya tahu jika saya bercerita direct kepada beliau, atau menulis tips menulis novel beliau susah hendak dengar. So, I created an instructional video dedicated to her. Crash Course Penulisan Novel. Di harap anda mendapat manfaat dari video ringkas ini! 🙂

 


 

Untuk lebih banyak video-video seperti ini, let me know what other topics you want to learn about! 🙂

January 12, 2012

Tips Menjadi Pemimpin Berkarisma Yang Hebat | Kepimpinan

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 8:09 pm

Apakah ciri-ciri seorang pemimpin berkarisma yang hebat? Bagaimana sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pemimpin yang hebat. Dalam post terdahulu (klik di sini), saya ada menyentuh sedikit mengenai rahsia pemimpin yang efektif. Untuk post hari ini, saya ingin berkongsi 3 lagi teknik untuk menjadi pemimpin yang disegani.

Sebagai sambungan dari siri video inspirasi sebelum ini, saya sediakan dalam bentuk video. 🙂

 

Share, comment atau like jika anda rasa ia bernilai. 🙂

 

Sabri

December 15, 2011

Bagaimana Untuk Menyesuaikan Diri di Tempat Kerja Baru

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 7:03 pm

Dulu, saya ada merakamkan beberapa video dalam siri “Pesanan Untuk Adik”. Minggu lepas for some reason, saya menonton kembali video-video tersebut. Saya terkejut kerana secara puratanya video-video tersebut mempunyai lebih daripada 50 views!

Okay, jumlah tersebut adalah agak pathetic sebenarnya jika dibandingkan dengan video-video oleh blogger yang lebih cool dan comel dari saya, tetapi based on my own benchmark, itu sudah sangat hebat! (sebab adik saya ada 3 orang je!). Bila saya menonton semula video-video tersebut, saya dapati walaupun menonton video tersebut sangat painful (menonton rakaman diri sendiri sentiasa memberi saya perasaan seperti itu, sentiasa rasa boleh buat yang lebih baik), tetapi contentnya sangat relevan dan bagus.

Jadi saya bercadang untuk meneruskan rakaman-rakaman video inspirasi tersebut (minus my face).

Presentation untuk video-video ini saya ada yang saya buat sendiri menggunakan PowerPoint atau Keynote dan ada yang saya dapatkan dari pelbagai sumber, yang terpenting adalah, what you get from that video. Saya berharap ini akan dapat membantu saya memenuhi target posting untuk 2012 (setiap Isnin dan Khamis tanpa gagal!) 🙂

Short Cut Untuk Diterima Dengan Baik di Tempat Baru

Berpindah ke tempat baru adalah perkara yang menggusarkan. Kita tak pasti sama ada kita dapat perform sebaik di tempat lama, kita tak pasti sama ada kita akan diterima dan banyak ketidak pastian lagi.

Salah hemat, kita mungkin akan dilabelkan dengan label-label yang menyukarkan kita untuk perform. Tonton video di bawah untuk tips-tips bagaimana untuk menyesuaikan diri di tempat kerja yang baru! 🙂

Saya sebenarnya target untuk menghasilkan mini video sepanjang 5 minit dalam pelbagai tajuk kehidupan, tetapi buat masa ini masih tersasar kepada 7 minit (tetapi tidak berjela-jela, don’t worry). Instead of waiting or editing the video to reflect this, saya decided untuk go ahead sahaja.

Video-video awal ini mungkin agak “raw”. I strive to improve dalam video-video akan datang! 🙂

Komen, share ataupun like jika anda merasakan video ini bermanfaat!

 

Sabri

December 1, 2011

Cara Memahami Hati dan Tindakan Manusia

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 4:14 pm

Puas saya mencari tajuk yang sesuai untuk artikel ini. Saya pada asalnya mahu menamakan artikel ini sebagai “Why We Do What We Do” or “Nothing Has Meaning Except…”, tetapi dalam Bahasa Malaysia bunyinya pelik dan tidak menarik.

Semua kejadian yang berlaku di dalam kehidupan kita, pasti ada sebab disebaliknya. Sesuatu itu tidak terjadi kerana sia-sia. Kenapa kita pakai jam tangan kanan atau kiri? Kenapa kita lancar bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris tetapi bukan Bahasa German? Semuanya ada penjelasan.

Kita tidak boleh ubah “sebab” kenapa sesuatu itu berlaku. Tetapi kita boleh belajar daripadanya, berfikir mengenainya dan memilih maksud kenapa sesuatu itu terjadi dengan pilihan yang dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Mungkin ada yang akan menganggap kita terlebih berfikir, “overthink” dan sebagainya. Tetapi itu tidak mengapa. Asalkan selepas setiap analisa kita ada konklusi dan tidak terperangkap dengan information overload.

Sebab dari kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari di sekeliling kita, kita dapat belajar mengenai manusia lain dan dapat devise cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan pelbagai kelompok manusia setiap hari.

Sebagai contoh, kita lihat kawan kita selalu terbersin apabila berada di tempat yang berdebu. Ini memberi tahu kita yang dia adalah seseorang yang sensitif dengan habuk. Jadi janganlah kita bawa dia melalui atau ke tempat-tempat berhabuk, kecuali jika kita memang mahu dia bersin banyak-banyak.

How you do one thing, is how you do everything.

Manusia adalah hasil dari tabiatnya. Our inner world, shape our outer world.

Terutamanya untuk adik-adik saya, saya suka berpesan. Bukan susah sangat untuk menilai manusia ini. Kita jangan cepat untuk menghukum orang, bagi plenty of chances and opportunities untuk orang itu membuktikan dirinya sendiri. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

Seorang yang suka memandu dengan laju, mungkin tidak sesuai untuk kita ambil sebagai pemandu anak-anak kita ke sekolah, tetapi boleh kita jadikan pemandu ambulans atau pelumba F1.

Seorang yang agresif tidak sesuai untuk kita letakkan sebagai penyambut tetamu, tetapi amat bagus kita letakkan sebagai pengawal keselamatan.

Ini sekadar contoh.

Sifat dan sikap manusia adalah kelebihan. Ia bukanlah kelemahan. Jangan kita judge seseorang itu berdasarkan sikap dan tidak memberi peluang untuk mereka berubah. Jika kita bijak membaca manusia, kita boleh letakkan mereka di tempat yang betul yang akan complement kelebihan mereka.

Jika kita memahami rakan-rakan kita, lebih mudah untuk harmoni. Kurang pening kepala dalam kehidupan.

Dan yang lebih penting, kita tahu jika kita dalam kesusahan nanti, siapa yang boleh kita minta tolong.

Manusia boleh berubah. Manusia AKAN berubah. Apabila reason WHY nya cukup kuat.

Orang gemuk boleh kurus.
Perokok boleh berhenti merokok.
Penagih dadah boleh berhenti menagih dadah.

Cuma kita kena beri mereka sebab yang KUAT supaya dapat kita pujuk mereka untuk berubah.

Di situlah pentingnya, kenapa kita perlu mengenal manusia. Kenapa kita perlu melihat tanda-tanda yang ditunjukkan melalui tingkah laku mereka.

Pesanan untuk adik-adik saya, sebagai contoh jika mahu memilih calon isteri atau suami. Don’t ignore the small flags. You can learn a tonne just by observing someone.

Orang baik akan menunjukkan ciri-ciri orang yang baik dan orang yang sebaliknya juga akan menunjukkan ciri-ciri yang sebaliknya. Tidak ada benda yang berlaku kerana saja-saja. Sesuatu itu berlaku kerana kita percaya, kerana itu tabiat kita atau kerana itu cara kita dibesarkan/di didik. Ia bukan berlaku kerana saja-saja tanpa sebab.

Tidak ada orang hipokrit di dunia ini, cuma ada orang yang tidak mengenali orang yang hipokrit. Equip Yourself.

Sekarang mari kita belajar menginterpretasi keadaan atau situasi pula.

Setiap yang terjadi itu, ada hikmahnya. Hikmah tersebut boleh jadi hikmah yang menyedihkan, dan boleh jadi hikmah yang memberi kita kekuatan. Kita yang pilih, apa maksud sesuatu kejadian.

Sebagai contoh, anda gagal dalam sesuatu peperiksaan. Atau gagal mendapat straight A.

Anda boleh menginterpretasikannya sebagai “Aku memang bodoh. Aku tak payah belajar lagi sebab aku tak akan ke mana-mana. Tuhan nak bagitau aku better aku kerja cari duit.”

Dan anda boleh menginterpretasikannya, “Ini tak boleh jadi. Aku boleh buat lebih baik. Aku bukan bodoh. Tuhan nak suruh aku cari cara belajar yang lebih baik ni. Sebab mungkin belajar macam ni okay sekarang, tapi nanti bila kelas makin susah cara belajar macam ni dah tak cukup.”

Anda buat pilihan apa maksud yang anda mahu. Sentiasa pilih pilihan yang akan membantu anda menjadi manusia yang lebih baik.

 

Sabri

November 20, 2011

Tips Memulakan Perbualan Dengan Orang Yang Anda Selalu Nampak Tetapi Jarang Tegur

Filed under: Life Skills — Sabri @ 7:55 am

Anda mahu belajar cara membaca orang? 🙂

Saya share kepada anda satu soalan yang akan menceritakan banyak perkara mengenai orang yang menjawabnya. Tetapi awas, this is not a tool to judge people. Soalan ini bergantung kepada cara ia dilontarkan boleh menjadi bahan untuk merapatkan komunikasi dan juga sebagai topik pemula bicara dengan orang yang sudah lama kita notice kehadirannya tetapi jarang bercakap.

Contoh senario:

Kita hari-hari nampak A di pejabat tapi kita tak tegur. Tiba-tiba hari ini ketika sedang menunggu lif sama, dia ada. Dua-dua diam tetapi tidak selesa. Maka soalan ini boleh dijadikan ice breaker.

Walaubagaimanapun, lihat kesesuaian sebelum bertanya. Sebarang “kemalangan” yang terjadi akibat soalan ini tidak ditanggung penulis. 🙂

Soalan: Nampak lain lah hari ini.

Soalan ini soalan yang harmless. Soalan ini adalah versi “Cerah cuaca hari ini ya”. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak berbual dengan topik lame seperti cuaca, jadi soalan ini sering saya jadikan conversation starter. Kadang-kadang memang orang yang saya tanyakan tu saya lihat “lain”, tetapi tidak tahu apa yang lainnya, namun selalunya saya tanya tanpa sebab pun. Semata-mata pemanis mulut.

Dalam berpuluh-puluh kali saya bertanyakan soalan ini kepada ramai orang, saya dapat melihat pola yang jelas dan cukup berbeza bergantung kepada jawapannya.

Ramai orang yang berkeyakinan diri, berpangkat (boss), berperawakan menarik (tidak semestinya hensem atau cantik), biasanya akan menganggapnya sebagai pujian. Mereka akan membalas dengan “terima kasih”, “ya ka? Tudung I ni” dan lain-lain variasi yang menandakan mereka suka.

Setengah yang lain pula menganggap statement itu sebagai ada something is wrong dengan mereka. “Lain” itu bermaksud tudung mereka senget, ada sambal tumis di bibir, style rambut hodoh, jerawat banyak dan sebagainya buat mereka. Walaupun sebenarnya tak ada apa-apa yang macam tu pun. Kita cuma kata mereka nampak lain. 🙂

Orang-orang ini biasanya orang yang kurang keyakinan diri, insecure ataupun single sedang mencari pasangan.

Again, don’t judge a person solely on this. You might agree or disagree, its up to you. Saya share just as a tip untuk start a conversation je. 🙂

Then selepas melihat respons orang yang menjawab tadi:

-Jika response itu positif, teruskan keceriaan perbualan itu dengan berkata, “Patutlah nampak lain, nampak happy je hari ni. Ada apa2 good news ke?” (walaupun orang tu bukan tengah happy, tapi sebab imej diri dia positif they will play along) 🙂

-Jika response itu menunjukkan orang yang menjawabnya sedang down, low on self confidence, pick them up and be empathic to whatever they are saying at that time. 🙂

In no time, you will be a master conversationalist! 🙂

Good luck!

 

Sabri

 

October 13, 2011

Tips Pertama Kali Bertemu Bakal Mertua (Untuk Lelaki)

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 9:04 am

Pertemuan kali pertama dengan bakal mertua adalah antara detik yang mendebarkan buat mana-mana lelaki. Maklumlah, secara tidak langsung anda akan memberitahu lelaki tersebut,

“Pakcik, saya mahu mengambil alih tanggungjawab menjaga anak kesayangan pakcik ni dari pakcik”.

Lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu apa yang perlu diexpect.

First impression count. Seboleh-bolehnya anda tentulah tidak mahu berpura-pura dan mahu menjadi diri sendiri. Tetapi anda perlu tahu yang anda perlu menjadi versi terbaik diri anda sendiri. Be your best self.

Ground rule, this is not the time to act cool. Anda bukan hendak berjumpa dengan rakan anda. Anda akan berjumpa dengan lelaki dewasa yang sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua dari anda. Generation gap itu wujud.

Let me share some best practices and tips based from my experiences and tips from my mom. Tested and proven true.

Ingin saya ingatkan, mungkin pengalaman anda sedikit berbeza, itu tidak mengapa. Best practices yang saya kongsikan di sini, boleh dijadikan panduan untuk memudahkan dengan signifikan tugas anda mengambil hati bakal mertua.

1. Datang seorang

Saya tahu, ada lelaki yang nervous dan prefer jika ada kawan. Don’t. Walaupun kawan anda itu lebih tidak hensem mahupun tidak sebaik anda. Gentleman datang seorang. Banyak risiko datang beramai-ramai.

2. Datang apabila anda sudah bersedia

Datang apabila anda sudah yakin pasangan anda itulah orangnya yang anda mahu kahwini. Jangan datang semata-mata kerana pasangan anda paksa. Jangan datang sebagai pelakon tambahan (saya elaborate dalam point seterusnya).

3. Datang secara rasmi. Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan

Beritahulah pasangan anda, anda akan datang. Minta pendapatnya mengenai tarikh terbaik. Pastikan ketika anda datang, acara itu adalah untuk anda sahaja. Bukannya kebetulan dengan majlis perkahwinan abangnya, kenduri, rumah terbuka hari raya, hari jadi adiknya dan lain-lain.

Hendak bakal mertua mengenali hati budi anda dalam masa yang sekejap adalah susah. Hendak beliau mengenali anda ketika ada banyak distraction lain adalah jauh lebih payah. Bagaimana beliau mahu melayan anda lagi sedangkan beliau sendiri telah penat atau perlu melayan tetamu lain.

Anda perlu 100% masa dan perhatian to realize your full potential. Datang sebagai hero. Jika anda dijemput datang terlebih dahulu sebagai pelakon tambahan, pergilah out station, balik kampung atau sebagainya. Wanita jarang memahami kepentingan lelaki datang sebagai hero. Bahkan ada lelaki yang underestimate kepentingannya. Don’t gamble.

Sebagai hero, anda bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan anda. Sebagai pelakon tambahan, ada banyak risiko.

Sebagai contoh, jika ada majlis kemungkinan besar bakal ibu dan bapa mertua anda berada di tempat berbeza. Bagaimana jika dari awal hingga akhir ibu mertua anda sibuk di dapur sedangkan anda telah mahu pulang? Dan beliau pula tidak muncul-muncul ke depan? Bukankah sudah menjadi dilema.

Apa kata beliau jika anda balik sebelum bertemu muka dengannya?

Begitu juga jika kebetulan anda datang wrong timing. Bakal bapa mertua anda duduk di dalam rumah dan kebetulan dari pintu pagar rumah sehingga ke sebelah bapa mertua anda ada orang lelaki duduk berderet.

Adakah anda akan pergi terus ke bakal mertua anda dan bersalam dengan beliau? Bagaimana jika anda ter-miss bakal Pak Long (sebab anda tidak kenal lagi) yang duduk dalam deretan tersebut? Apa kata beliau?

Tapi takkanlah anda hendak bersalam dengan semua sederet tetamu tersebut sehingga ke bakal bapa mertua anda seperti seorang ahli politik? (or worse, seperti budak lelaki yang hendak berkhatan)

Untuk sesetengah orang, mereka cukup street smart untuk handle perkara-perkara seperti ini. Tetapi jika anda sedang membaca mesej ini, lebih baik jangan mencari masalah.

Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan.

Beritahu juga anda ingin datang. Pastikan bakal bapa dan ibu mentua anda ada di rumah dan free ketika itu.

4. Rule of Thumb, tempoh lawatan kali pertama: 90 minit hingga 2 jam

Ini rule of thumb yang saya gunakan. Saya sangat cadangkan. Jangan duduk terlampau sekejap sehingga dikatakan tidak sudi duduk lama-lama dan jangan duduk terlalu lama sehingga tiada topik mahu berborak. Don’t overstay your welcome.

Biar orang berat hati mahu melepaskan anda balik. Jangan orang tak sabar-sabar tunggu anda balik.

Saya prefer pergi dalam jam 11 pagi atau 3 petang. 11 pagi anda akan secara automatik boleh meminta diri sebelum atau selepas makan tengah hari dan pukul 3 petang secara automatik anda boleh minta diri dalam pukul 5.

5. Untuk markah tambahan,tips emak saya bawalah buah tangan

Bawalah buah tangan. Macam-macam boleh. Yang paling mudah adalah buah-buahan (preferably Buah-buahan tempatan).

Emak saya suggest kain pelikat atau kain batik. Tapi mana nak cari. Buah-buah lah yang paling senang. Kain-kain ni mungkin untuk generasi lama oklah. 🙂

6. Bawa Sugus dalam poket

Ini tips emak saya yang saya improvise. Emak saya pesan bawa gula-gula untuk diberi pada kanak-kanak. Namun ada ibu bapa yang takut anaknya tercekik makan gula-gula, nak bawa coklat cepat cair dan bulky. Sugus anda flexible dan hampir semua budak-budak suka dan selamat untuk dimakan. Bawa 5-6 biji letak dalam poket seluar. (jangan bawa chewing gum atau gula-gula berangin)

Nampak ada budak kecik, panggil dan tunjukkan sugus, usapkan kepalanya dan bagi dia Sugus tu. Jika kebetulan ada banyak budak kecil dan stok Sugus anda sedikit, pilih budak yang paling penting. Sama ada bakal adik ipar anda (8 tahun ke bawah) atau bakal anak-anak saudara anda.

Ibu bapa (most probably bakal abang atau kakak ipar anda) yang melihat anda baik dengan anaknya akan mudah untuk berbual dengan anda. Pesan emak saya, di rumah orang yang tak dikenali, tackle budak-budak dulu sebab itu paling senang. Lepas dapat tackle budak, emak atau ayah budak tu akan cepat terbuka hati untuk menerima kita pula.

Seriously, this is one of the proven way to start a conversation.

7. Start the conversation

Jangan tengok TV sangat. Jadikan TV bahan berbual tidak mengapa. Soalan yang biasanya saya akan guna sebagai mukadimah adalah, “Pakcik sihat? Pakcik dah lama duduk sini”

Kemudian ceritalah dari situ. Jika di kampung-kampung sedikit biasanya Lorong-lorongnya tiada nombor. Selepas Lorong Kenari diikuti Lorong Merbok dan Lorong Nuri. Berbeza dengan lorong kawasan perumahan yang biasanya mengikut turutan nombor. “Pelik ya pakcik lorong-lorong di kawasan ini, tadi saya terlepas satu simpang…”

Ketika berbual, jangan tunjuk pandai. Biarkan bakal mertua anda banyak bercerita. Jika dia tidak bercerita banyak, tanya banyak sehingga beliau bercerita banyak.

Sebab jika anda tidak bertanya, anda yang akan ditanya.

Atau worse, dua-dua membisu. Lagi haru.

8. Senyum, tetapi jangan bermain mata dengan pasangan di hadapan bakal mertua

Self explanatory

9. Dua decision-maker yang anda perlu impress, Bakal ayah mertua & bakal ibu mertua

Yang lain seperti pasangan anda, adik beradiknya, makcik-makciknya adalah bonus. Core adalah dua orang ini. Pay the most attention to them. Untuk orang lain, beri perhatian juga. Tetapi jangan sampai ter-ignore this two key decision maker.

That’s all from me, Good luck! 🙂

 

Sabri

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress