Life; The Next Chapter

November 13, 2021

Konklusi #01: Kuarantin

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:40 pm

Kita telah berada di hujung tahun 2021. Mulai tahun depan, Malaysia mungkin tidak mewajibkan lagi kuarantin kepada pengembara yang baru pulang dari luar negara. Jadi ini mungkin pengalaman kuarantin terakhir saya dalam satu period yang unik ini.

Kalau tak salah saya, di antara 2020 dan 2021, saya telah melalui lebih kurang 84 hari atau 3 bulan solid tempoh kuarantin secara berseorangan. Ada masanya saya rasa sedikit lonely, tapi secara generalnya ia satu period yang memberi banyak masa untuk berfikir dan bermuhasabah. Ia juga mungkin sedikit mengubah “dna” menjadikan saya yang memang introvert ini menjadi lebih “penyendiri”.

Jadi dengan kemungkinan pengakhiran tersebut, saya mulakan siri “Konklusi” sebagai catatan-catatan saya dalam tempoh kuarantin yang akhir ini.

November 10, 2021

Iraq 1106+1: Ergo “Ops Selamat”

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 11:20 pm

Sejuk sangat. Satu perkara yang konsisten mengenai negara ini adalah situasinya yang extreme. Jika di awal TOD ini saya berkongsi setting aircond pada suhu 26C, hari ini untuk buka aircond pun sudah dikira sejuk. Saya tak bercadang untuk buka heater lagi, kerana julat suhu harian masih besar. Kalau buka heater, nanti panas tak boleh tidur pula. Dalam TOD yang sama, boleh ada swing 40C di waktu siang dan 10C di waktu malam.

Sudah tiga hari saya cuba bertahan di waktu pagi. Sebelum tidur, saya on aircond dengan timer untuk tiga jam. Mula-mula saya cuba bertahan dengan beritahu diri sendiri yang ini sejuk pagi yang normal. Saya cuba sarungkan long john untuk solat subuh. Mujurlah memang saya tinggalkan satu di sini. Tetapi pagi ini saya surrender. Long john pun tidak mencukupi.

Dah lah saya tinggalkan jaket di Malaysia (space luggage terhad dan jaket mengambil tempat yang signifikan). Saya ingat berdasarkan forecast suhu, boleh bertahan sehingga tamat TOD ini. Rupanya saya salah. Ini saya kena take note nanti, jika masih berada di sini bulan November tahun depan.

Buat masa sekarang, badan saya masih bertahan walaupun ada tanda-tanda untuk give up. Diharapkan saya akan sihat sehingga habis.

Dalam TOD ini juga saya berpeluang untuk terlibat dalam “Ops Selamat” di mana objektif kami adalah untuk membawa pulang 17 orang warga Malaysia. Sepatutnya masih p&c lagi selagi tayar kapal terbang masih belum berlepas, tetapi memandangkan blog ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan bukanlah popular sangat, jadi saya rasa boleh kot tulis, lagipun kami telah stand down.

Yang buat perkara ini mencabar adalah kerana 16 dari 17 orang tadi ada halangan yang membuatkan perjalanan mereka ke luar kem terhalang. Jika anda pernah menonton filem Ergo, haa… lebih kurang begitu lah. Beberapa orang pegawai kami terpaksa di hantar di Baghdad, bahkan ada seorang pegawai perlu dihantar balik hari ke Jordan.

Setiap hari ada plot twist, di mana rancangan kami di hari berikutnya perlu diubah. Kalau mengikut pelan asal, pegawai kedutaan dari Jordan akan datang ke Iraq untuk menghantar dokumen (negara kita tidak ada kedutaan di sini, kedutaan “angkat” yang terdekat untuk kami berurusan adalah di Jordan), namun kerana halangan tertentu, ia tidak dapat berlaku dan pegawai kami terpaksa melakukan misi ke Jordan tersebut.

Saya rasa ini dah hampir boleh dijadikan kes study ketika orientasi (dulu ketika orientasi mula-mula menyertai syarikat ini, kami melakukan simulasi “decision making”. Di mana ada sekumpulan manusia terperangkap di dalam gua, dan dalam kumpulan kami perlu membuat keputusan prioriti dan bagaimana untuk mengeluarkan mereka).

Setelah 3-4 hari plot twist ke arah yang lebih susah dengan kemuncaknya semalam, hari ini seperti plot twist semalam menjurus ke arah kejutan yang positif. Harapnya begitulah, tetapi selagi tayar kapal terbang tidak bertolak meninggalkan landasan dengan 17 orang tersebut, sukar nak kata apa-apa. Pukul 11 pagi esok, barulah boleh tahu secara tuntas dan wrap down for good.

November 6, 2021

Iraq 1106: Apa Maknanya Menjadi Lebih Matang?

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:40 pm

Tajuk di atas tidaklah tepat sepenuhnya dalam capture the essence apa yang saya nak tulis. Tetapi it will do. Untuk tulis secara lebih spesifik, mungkin tidak akan membantu sesiapa.

Saya dewasa sudah lama. Matang pun sudah lama. Namun ada beza “matang” di waktu belasan tahu, “matang” di usia 25 tahun, dan “matang” di usia 35 tahun. Saya tidak tahu bagaimana pula “matang” di usia 45 tahun, tetapi saya harap tidaklah terlalu berbeza. Janganlah saya menghadapi mid-life crisis ataupun apa yang saya tahu setakat ini seperti tidak mencukupi untuk menyediakan saya untuk next stage in life. Saya rasa ia agak scary untuk berada dalam situasi seperti itu.

“Matang” di usia 25 tahun, lebih baik dari matang ketika belasan tahun. Di usia 25 tahun, banyak insecurities mengenai masa depan sudah hilang. Kehidupan sudah agak stabil dan kalau ada perkara yang membuatkan saya tidak dapat tidur malam pun sudah berkurang.

“Matang” di usia 35 tahun membawa lebih banyak makna dan pengalaman hidup. Hampir semua insecurities telah hilang, kehidupan alhamdulillah jauh lebih stabil dan steady. Berada dalam keadaan lebih “secure” memberi perasaan lebih yakin dan steady. I don’t have to prove anything to anybody anymore. Pada masa yang sama, saya lebih clear dengan self-expectation, tidak cenderung untuk tergesa-gesa seperti orang muda di usia 25 tahun yang mungkin mengejar masa, etc. It’s a good feeling to have.

Pada masa yang sama, saya kira saya juga berada dalam keadaan yang lebih “praktikal”. Tidak lagi melihat dunia dengan naif, dari “rose tinted glass” semata. Cuma saya perlu mengawal agar tidak menjadi terlebih sinikal dan tidak hilang dalam self-neglect. Saya masih perlukan check and balance yang sederhana.

Pada masa yang sama, mungkin ada trade off yang perlu dibuat. Tapi insyaallah dengan pengalaman yang mendewasakan dan kematangan sebagai aset, saya boleh buat lebih bail.

October 31, 2021

Iraq 1105: Interesting Observation

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 8:33 pm

Saya pernah terbaca yang kita akan lebih selalu notice model kereta yang kita hendak beli di jalanraya berbanding dengan model-model lain (secara relatif). You see more of, what you pay attention to.

Baru-baru ini, saya baru tahu yang seorang kenalan saya pernah berada dalam situasi yang sama dengan saya. Saya agak terkejut juga, sebab tak sangka dan selama ini tak pernah pun ada bunyi-bunyi mengenai hal ini.

Selepas beberapa hari, tiba-tiba saya connect beberapat dots yang lalu di hadapan saya dalam tempoh tersebut dan cuba untuk tracing seorang lagi rakan saya yang lain. Dengan intuisi dan logik, saya membuat deduksi yang seorang lagi kenalan kami ini turut berada dalam situasi yang serupa.

Ia satu observasi yang menarik dan memberi saya sedikit semangat. Situasi yang saya lalui ini tidak unik kepada saya seorang. Bahkan ada yang melaluinya lebih awal.

Saya berfikir dan berfikir lagi. What went wrong for them? Tak mungkin mereka teruk sangat. Kalau nak dianggap saya ini peguam, mereka adalah “Lawyer’s lawyer”. Kalau saya adalah doktor, mereka adalah “Doctor’s doctor”.

Sebagaimana mungkin pandangan external kepada saya. On paper, we are good assets. Even saya rasa kami mendapat pendidikan yang secukupnya untuk sepatutnya menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Apapun, saya rumuskan ini mungkin ujian untuk kami. We are far from perfect, of course. Cuma ada masanya, bila kita tak do well in our exam, kita kena re-evaluate dan assess balik, tengok kat mana weakness kita dan try to improve. Mungkin ada topik yang kita tak mahir, kurang latihan, atau kira berada dalam stream yang tak sesuai. Soalan exam SBP mungkin tak sama tahap susahnya dengan soalan exam sekolah harian.

Cuma observation ini memberi saya lebih kekuatan dan semangat untuk terus mara ke depan dengan yakin!

October 24, 2021

Iraq 1104: Budaya Tempatan

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 4:06 pm

Jika di Malaysia, antara “tabiat” dan budaya kita di Malaysia adalah antaranya, tinggalkan ketulan terakhir di dalam pinggan untuk “orang belakang” (walaupun takde orang lain dah pun). Selalu ada reluctance untuk ambil dan makan ketulan terakhir tu.

Di sini saya ingin catatkan budaya masyarakat tempatan di sini.

Tuan Rumah Akan Rasa Sangat Malu Jika Tetamu Menghabiskan Semua Makanan Yang Dihidang

Budaya Arab di mana-mana sekalipun, hidangan mereka memang extravagant. Bukan dari segi mewah, tetapi dari segi kuantiti. Mereka mungkin hidangkan roti dan kebab sahaja, tapi untuk 4 orang makan, mereka akan hidangkan macam 10 orang makan. Makan dengan mereka, memang pasti akan banyak tak habis.

Dan mereka bukanlah orang yang berkira mengenai makanan. Kalau kita yang bagi mereka duit untuk beli makanan, dan kita bagi sedikit atau cukup-cukup (supaya mereka tak beli lebih), sesama mereka nanti akan kumpul duit untuk tambah. Hatta kalau bagi general worker untuk tolong belikan pun, kalau mereka terlibat dalam jamuan itu, mereka akan buat benda yang sama (kecuali kalau kita order untuk makan kita seorang. Tetapi kalau nak buat jamuan, mereka memang macam tu). Cubalah cakap jangan membazir ke, apa ke, budaya mereka memang macam tu. Kita kena faham. Jadi kalau anda tengok ada gambar Arab makan 3-4 orang tapi hidangan seekor kambing di depan mereka, jangan salahkan mereka. Mereka memang dibesarkan dengan budaya macam tu, mereka tak dapat nak imagine cara hidup yang lain.

(saya rasa) Mereka mungkin pantang dengan orang yang kedekut.

Saya ada tanya-tanya juga kepada staff tempatan mengenai budaya “banyak makanan” mereka ini. Mereka menceritakan kepada kami, yang pada mereka, tetamu perlu diraikan (proven. Ini satu lagi budaya mereka). Jadi mereka sebagai anak tempatan, menganggap kami tetamu. Jadi kalau buat makan-makan, walaupun ada yag kami bayar, tetapi jika mereka terlibat, mereka anggap mereka adalah “host” kami. Perlu dedahkan kami dengan budaya mereka.

Dalam budaya mereka, mereka sebagai tuan rumah perlu pastikan yang makanan untuk tetamu sentiasa lebih. Jadi mereka perlu pastikan yang sebanyak mana tetamu makan, mesti ada lebih lagi. Kalau tetamu berjaya habiskan makanan yang tuan rumah hidangkan, bermakna tuan rumah tu miskin. Tak cukup kaya.

Jadi itu sedikit tips, kalau anda ke rumah orang Arab, walau sesedap mana pun makanan yang dihidangkan, jangan sapu licin ataupun jangan terasa anda kena habiskan. Boleh meletup perut nanti.

Seorang lagi staf kami menceritakan, kalau di zaman dulu-dulu, apabila ada tetamu datang ke rumah, mereka akan sembelih dua ekor kambing. Seekor kambing akan dimasak untuk dimakan (untuk lunch atau dinner), dan seekor kambing lagi akan dipotong dan diletakkan dalam dulang. Kambing yang diletakkan di dalam dulang tu akan dibagitau kepada tetamu, “tinggal di sini satu hari lagi, kambing dalam dulang tu untuk kamu makan esok.”

October 17, 2021

Iraq1103: Makanan Tempatan

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 3:49 pm

Dua jenis makanan tradisional tempatan yang popular di kalangan kami adalah, mashguf (ikan bakar) dan juga kebab. Mashguf ni biasanya di sini ada dua jenis yang berbeza bergantung kepada siapa yang beli. Semalam saya berpeluang merasai versi yang sedap. Sebelum ini biasanya yang kakitangan local department kami yang beli, kedai kegemaran mereka mashgufnya tidak sedap sangat. Ikannya rasa macam ikan tasik dan cara bakarnya, agak kering.

Sebelum itu biar saya beri sedikit perspektif. Mashguf ini adalah ikan bakar, dan janganlah bandingkan dengan ikan bakar di Malaysia. Memang jauh ke belakang, lain padang lain belalang. Di sini mereka bakar ikan dengan “kosong”. Mungkin dengan lemon atau balut daun sahaja. Mereka tidak guna apa-apa herba ataupun rempah untuk perap ikan tersebut terlebih dahulu. Mereka juga tidak cicah kicap atau cili pedas. Ia dimakan begitu sahaja dengan roti (gulung macam shawarma dan letakkan hirisan bawang). Ikan yang mereka gunakan biasanya adalah ikan sungai, banyak tulang dan bersaiz sederhana. Bila cakap sedap, tidak lah sedap macam ikan bakar jalan bellamy, tapi boleh lah jika sudah jemu makan makanan dewan makan. Oklah, walaupun tak sedap, tak sedap sekali pun jika ditawarkan kepada saya, saya makan juga.

Kebab juga makanan kedua popular. Bila kami bagi duit kepada pekerja tempatan untuk membelikan makanan, memang dua makanan ini adalah makanan yang paling selalu mereka belikan (selain manisan seperti baklava, dan shaksukah untuk sarapan). Saya pun tidak tahu kenapa mereka tidak belikan makanan lain, tapi mungkin mereka juga tidak ada idea untuk beli apa untuk kami kecuali kebab dan mashguf.

Baik, jika mashgufnya sekadar okay, kebab pula lebih sedap sedikit berbanding yang ada di Malaysia. Kebab di sini lebih lembut sedikit. Ia seolah menggunakan daging cincang di kedai burger (bukan burger Ramli) dengan sedikit rempah perapan. Ia dimakan dengan roti dan hirisan bawang juga. Tapi kalau nak bandingkan dengan kebab yang terdapat di Turki, memang kebab Turki menang lagi lah.

Di samping itu, kadang-kadang kami ada juga buat makan-makan dikalangan komuniti expat. Kalau ada menu kambing (atau dipanggil kharuff) di sini, kami memang ternanti-nanti. Berbeza dengan kambing di dewan makan di mana mereka gunakan kambing frozen, untuk acara makan-makan biasanya kami gunakan kambing segar.

Kambing segar tempatan ini berbeza sedikit, dan tukang masak-tukang masak di sini pula, memang cemerlang dengan menu kambing. Saya tak pasti nak explain macam mana, tapi kambing bakar di sini memang lain. Dagingnya lembut, mudah fall of the bone. Saya tak lah pandai memasak, tapi memang sukar nak direplicate di Malaysia. Saya sendiri belum jumpa di mana-mana, hatta hotel punya kambing bakar pun yang boleh lawan apa yang saya rasai di sini. Dari apa yang saya recce-recce, mereka macam stim dahulu kambing tersebut sekejap sebelum dibakar. Wallahualam.

October 13, 2021

Iraq 1102: Price That You Pay

Filed under: Iraq — Sabri @ 2:07 pm

Bekerja dalam sistem seperti ini memberi saya satu appresiasi baru untuk mereka yang bekerja dalam sistem rotation, seperti sebilangan kakitangan dalam industri O&G dan juga perkapalan. Sebelum ini walaupun saya memang maklum dengan cabaran dan “hazard” yang mereka terpaksa tempuhi, tetapi saya anggap itu asam garam industri kami sahaja.

Namun setelah mengalaminya sendiri untuk beberapa ketika (jika terlampau sekejap mungkin tak cukup untuk seseorang itu mengalami sendiri semua sisi) dan melihat sendiri pengalaman rakan-rakan sekerja, saya lebih menghargai mereka dan keluarga mereka yang cekal melaluinya.

Terutamanya buat mereka yang bekerja di pelantar offshore, dalam rotation 2 minggu sebelum ini. Dek penangan Covid19, rotation mereka dipanjangkan sehingga sebulan sebelum ada kalanya requirement kuarantin dikenakan. Benda-benda ini untuk orang yang tidak melaluinya, nampak doable, ataupun logik, namun strain dan tekanan yang perkara ini berikan kepada orang yang melaluinya dan support system mereka, jangan diperkecilkan.

Dalam the best case sekali pun, hubungan boleh putus, rumahtangga boleh pecah dan yang pasti, keluarga yang melaluinya akan melalui acuan berbeza dengan keluarga yang tidak. Saya rasa ini bukan sahaja mendewasakan, tetapi satu perkembangan yang baik yang saya mesti tidak lupakan jika saya menaiki tangga korporat nanti. Itu dalam best case, saya menggigil mengenangkan apa yang perlu dilalui dalam senario-senario yang tidak berapa ideal yang saya tahu dilalui oleh kawan-kawan kami yang lebih kurang bernasib baik.

It is not just the price that you pay. Dan tak semudah beranggapan that you choose the life.

Dalam situasi seperti saya, di mana kami ditugaskan di negara yang “istimewa” dengan cabaran yang “tidak unik” (to be politically correct), berita baru-baru ini di mana rakan sejawat kami yang bertugas di satu lagi negara istimewa menghadapi masalah dengan kerajaan baru negeri tersebut, made it much more real for us. What is actually at stake. Nyawa dan kebebesan peribadi kami menjadi galang ganti dalam menjaga kepentingan negara. Memang ia occupational hazard buat kami, tapi kami memang memahami sangat apa yang mereka alami. Tidak mudah berurusan dengan authorities di negara-negara istimewa seperti ini. Rule of law dan common sense tu sangatlah asing dan mungkin membawa makna berbeza kepada mereka. Silap haribulan kena seludup keluar untuk balik Malaysia.

Kepada petugas-petugas barisan depan, baik doktor-doktor di lapangan, polis dan tentera di belantara, diaspora di luar negara yang bertugas untuk lencana di dada (atau di bahu), hats off to you. We thank you for your service.

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress