Life; The Next Chapter

December 8, 2009

Lift Off I

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:40 pm

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang akan saya lakukan di blog ini. Berbeza dengan artikel-artikel “a year in review” yang lain saya juga akan berkongsi perancangan saya pada tahun hadapan berdasarkan apa yang telah dicapai tahun ini. Lift Off akan mengandungi banyak siri. Sesungguhnya terlalu banyak aspek yang ingin saya kupas, ulas dan kongsi. Oleh sebab itu saya membahagikannya kepada beberapa siri.

Alasan Sebenar:

Sebenarnya saya menulis ini pada jam 1.45 pagi. Saya sangat excited dan tidak boleh tidur selagi tidak menulis “Lift Off” ini walaupun saya perlu amat sangat tidur. Jika tidak pasti saya tersasar pagi esok. Jadi saya berharap dengan menulis sebahagian sahaja malam ini, saya dapat win-win balance. Tak lah lewat sangat tidur. 🙂

Ada pihak mengatakan resolusi tahun baru ini sesuatu yang sia-sia. Kita perlu sentiasa berazam menjadi lebih baik sepanjang masa. Ada juga pihak yang menyarankan agar kita menggunakan takwim hijrah dan bukan Gregorian sebagai permulaan tahun baru.

Kepada kedua-dua pihak ini, terima kasih atas pendapat anda.

Saya tidak suka membuang masa membicarakan teori dan berbahas retorik. Saya rasa yang lebih penting adalah pengisiannya.

Apa yang kita pelajari dari musahabah diri? Dan apakah perancangan kita untuk memastikan impian kita terlaksana? Itu lebih penting dari tarikh “rasmi” projek kita bermula.

Penulisan

Pada tahun ini sebenarnya secara diam tak diam, buku kedua saya (bersama co-author) telah disiapkan. Untuk buku kedua ini, Sistem Kedai Online dengan Zen Cart kami tidak menghebohkan sangat pelancarannya kerana ia disasarkan untuk pembaca advance. Dari tinjauan di kedai buku, saya rasakan sambutan menggalakkan kerana sukar di dapati (sudah habis stok perlu tunggu giliran untuk cetakan semula).

Lagipun, euphoria menulis buku sudah kami rasai selepas buku pertama dahulu dilancarkan. Jadi sekarang, kami lebih “cool”. Lagi pun saya tidak berminat lagi untuk berkecimpung dalam bidang Internet Marketing ini (berbeza dengan menggunakan internet sebagai medium pemasaran yang tetap saya akan lakukan), jadi saya tidak nampak keperluan untuk menghebohkannya.

Sebenarnya saya bercadang untuk menulis dua buah buku lagi. Kedua-duanya sudah dipersetujui penerbit, cuma penulisannya sahaja yang agak perlahan. Satu buku berkenaan Internet Marketing juga dan satu buku lagi berkenaan keusahawanan di kampus.

Kedua-dua topik tersebut topik yang dekat di hati saya kerana saya pernah hidup dan bernafas di dalamnya, insyaallah saya perlu kuatkan semangat dan tekad untuk menghabiskannya tahun hadapan.

Buku Internet Marketing (sub niche spesifik)

Walaupun saya katakan tadi saya tidak berminat lagi untuk berkecimpung di dalam bidang Internet Marketing, buku ini saya anggap “The Last Hurrah” dari saya. Mengandungi apa yang saya tahu, trik dan teknik “insider” yang saya tahu. Saya ingin berkongsi banyak teknik-teknik yang tidak diamalkan (atau tidak dilakukan dengan betul) oleh Internet Marketer tempatan.

Walaupun tidak terlibat sebagai IM, mempunyai buku yang berkualiti dalam bidang ini memberi saya kepuasan yang tidak terhingga. Ada sesetengah skeptik berpendirian bahawa kebanyakan IM tempatan hidup hanya dengan menjual informasi mengajar orang buat duit sahaja.

Ini tidak saya nafikan. Banyaknya begitu, sehingga tidak dapat dibezakan yang mana satu betul dan yang mana satu tidak. Namun, ada juga IM yang benar-benar hidup dan berpengalaman dalam menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan mereka berkongsi kerana mendapat kepuasan dari perkongsian tersebut. Dari IM-IM inilah ilmu yang benar-benar mantap dapat dipelajari.

Dengan penulisan buku ini saya berharap dapat meninggalkan satu legasi dan juga dapat memberitahu skeptik-skeptik tadi.

Lihat-lihat, aku tak kisah pun buku aku laku atau tidak. Aku hanya menulis sekadar untuk kepuasan dan perkongsian. Jika kau beli kau dapat ilmunya dan jika kau tak beli pun aku tak rugi. Aku tak kisah. Aku ada urusan aku sendiri untuk diuruskan (yang tidak berkaitan dengan IM pun… haha)

Sombong bunyinya kan? 🙂

Namun ia menekankan kepentingan masyarakat kita supaya mengurangkan hasad dengki dan sebelum bercakap itu, pandang-pandang siapa yang diperkatakan itu dahulu,

Buku Keusahawanan Kampus

Buku ini sudah ditulis berkali-kali di dalam kepala saya, namun masih belum ada kesempatan untuk ditulis di atas kertas (di dalam laptop). Saya telah memulakan beberapa bisnes sepanjang pengajian dan kini dalam proses memulakan satu lagi. Jadi semuanya masih segar di dalam kepala.

Jikalah ada penulis bersama yang sudi menaipkan apa yang ada di dalam kepala saya ini, saya sanggup berkongsi kreditnya. Ini bayangan saya, kita lakukan sesi “interview”. Anda bertanya saya apa sahaja soalan yang anda ingin tahu (jika anda tidak tahu sekalipun, kita boleh susun bab-babnya dan sediakan soalan-soalan berkaitan), dan saya akan jawab. Kita akan rakamkan interview tersebut dalam tape recorder (laptop dsbnya) dan anda cernakan input-input dari saya tadi dalam bentuk teks.

Sebulan, saya pasti ia dapat disiapkan.

Seperti yang saya katakan tadi, penerbit telah berkali-kali bertanyakan bilakah manuskrip akan dihantar dan saya sendiri tidak kisah berkongsi kredit dan royalti dengan sesiapa yang sudi menukarkan apa yang saya tahu ini ke dalam bentuk teks.

Untuk melakukan sendiri, saya amat sibuk. Untuk melakukan dengan Sabriza, beliau banyak main. Untuk melakukannya dengan Ummar, karangan beliau tidak matang lagi. Ummairah, kecil lagi. Rakan-rakan serumah, passion mereka bukan dalam bidang ini.

Jika anda berminat dan ada sebulan masa lapang, mahu lihat nama anda sebagai co-author sebuah buku dan serius hubungi sahaja saya di [email protected]. We will find if we can work together.

Saya tahu ia belum pernah dilakukan oleh saya tetapi saya amat berharap saya dapat menulis 2 buah buku tahun hadapan. Perasaan tatkala melihat buku anda dipamerkan di rak, dan orang berbual mengenai buku anda di kedai buku adalah sangat mengujakan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.

Travel

Diam tak diam, tahun ini saya telah berpeluang ke empat negara. Bermula dengan lawatan secara Singapura secara spontan pada bulan May, diikuti Bali- Indonesia, Kemboja & China. Saya tidak pernah merancang untuk melawat negara asing tahun lepas. Semuanya boleh saya katakan rezeki yang tidak diduga yang saya terima dengan hati terbuka.

Tahun hadapan, pasti saya akan melawat empat lagi negara baru. Tiket-tiket dan penginapan telah diuruskan, menanti tarikhnya sahaja. Tahun 2010 akan menyaksikan saya ke Thailand, Filipina, Vietnam dan Laos. Kemungkinan besar juga di celah-celah itu nanti saya akan ke China. Tembok Besar sudah menggamit-gamit kedatangan saya.

Saya tidak sangka saya boleh “ketagih” mengembara ini. Sebenarnya ia adalah secara tidak sengaja. Benar bahawa sebelum ini saya sering berangan-angan ke luar negara. Namun pengembaraan saya ke Kemboja memberikan saya suntikan ketagihan ini. Pengalaman melihat Angkor Watt yang terkenal itu yang sebelum ini hanya di baca dalam buku teks sejarah, pengalaman memandu bot di Tonle Sap, tasik terbesar di benua Asia, kemesraan penduduknya, kuasa beli yang tinggi menjadikan saya ingin mengembara ke tempat-tempat seperti itu lagi.

Pengalaman di China membuatkan saya lebih ingin mengembara melihat kebudayaan dan gaya hidup manusia di tempat lain yang berbeza dengan kita.

Manakala Bali saya reservekan untuk pergi dengan seseorang yang istimewa nanti bila orang itu telah ditemui. Bali menarik dan cantik, tetapi amat tidak nikmat dinikmati seorang. Taburan bintang di langit Bali perlu dikongsi bersama orang yang tersayang. Jadi, saya akan pergi lagi ke Bali tetapi mungkin bukan dalam masa terdekat ini lagi.

Singapura sebuah kota metropolitan yang agak sama seperti Malaysia. Tanpa sedar tahun ini saya akan melawatnya 4 kali. 2 telah dan 2 akan (bulan ini juga). 2 daripadanya atas urusan menghadiri seminar dan satu trip personal dan satu lagi trip bersama housemate. Jika bukan kerana urusan kerja dan sudah berjanji dengan rakan serumah, memang saya tidak akan pergi banyak kali.

Tahun 2010, I am looking forward to be in these exciting places. 🙂 Dan saya rasa hampir pasti tahun 2010 ini saya akan berjumpa dengan salji pertama saya. Cuma masih tidak pasti sahaja tempatnya. 🙂

Itu dari dua aspek hidup saya, penulisan dan kembara untuk siri Lift Off pertama ini. Dalam siri Lift Off kedua nanti, mungkin saya akan berbicara mengenai bisnes dan cinta pula. 🙂

Sabri
Self-Auditor

December 6, 2009

Natrah

Filed under: Adventures — Sabri @ 10:40 am

Istana Budaya NatrahJika untuk teater Erma Fatima yang lepas, Tahajud Cinta saya memberinya markah cukup makan untuk lulus sahaja, teater terbaru beliau, Natrah saya boleh berikan A. Housemate saya lebih kritikal dengan mengatakan PGL tetap berkali-kali ganda lebih baik dari Natrah tetapi memandangkan saya tidak berkesempatan menonton PGL lagi, jadi Natrah boleh saya katakan antara teater yang terbaik pernah saya tonton.

Ada beberapa babak yang tidak perlu dan ada beberapa perkara boleh diperbaiki, tetapi secara keseluruhannya, satu comeback yang cemerlang. Tetapi sudah tentulah, apabila saya katakan ia teater A, ia tidak setanding dengan filem kelas A. Teater genre yang sangat berbeza. Sebelum anda menonton, atau jika anda tidak tahu siapa Natrah, anda boleh baca di sini.

Hujung minggu ini adalah hujung minggu yang amat produktif dan positif untuk saya. Selain menonton teater, saya juga mengecat rumah dengan Ummar dan seorang housemate saya. Baru saya tahu, mengecat tidak semudah kita melihat apabila orang melakukannya. 🙂

Lenguh juga tangan dan leher (mendongak untuk mengecat siling), namun worth it juga apabila siap. Kami berjaya mengecat sebuah bilik dan dapur rumah. Saya lupa bila kali terakhir saya mengecat (macam ada), tetapi ini kali pertama saya mengecat dengan bertanggungjawab (tiada siapa yang akan siapkan jika saya berhenti). Fuh, berat juga jadi orang dewasa ini. 🙂

Hujung minggu depan, kemungkinan saya akan mengecat juga. Tidak pasti lagi, bergantung sama ada housemate saya mahu biliknya di cat juga. Tetapi yang pasti pagi 12hb saya akan menyertai rakan pejabat saya ke Sky Trax! Pusat aktiviti luar untuk aktiviti separa extreme! 🙂

Happy Monday!

Sabri

December 4, 2009

Tidur Yang Tidak Lena

Filed under: Adventures — Sabri @ 8:34 pm

Sudah 3 hari tidur saya tidak lena. Sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Ada saja mimpi-mimpi dikejar atau mengejar yang meletihkan (apabila kita sendiri merasakan terlibat secara fizikal di dalam mimpi tersebut). Saya dapat kaitkan mimpi-mimpi ini disebabkan saya terlalu banyak memikirkan beban tugasan di pejabat (saya percaya mimpi disebabkan kita banyak berfikir mengenai sesuatu). Sebelum ini pun saya berfikir juga, tetapi mungkin tekanannya tidak sebesar sekarang.

Cuma nasib baiklah saya tidak berasa terus keletihan sepanjang hari. Saya masih merasakan saya mendapat tidur yang cukup. Jika tidak sudah tentunya prestasi saya akan merudum.

Hmm, saya perlu merehatkan minda saya di hujung minggu ini nampaknya. Hentikan berfikir soal kerja.

Sabri

December 1, 2009

Pening Kepala

Filed under: Adventures — Sabri @ 5:37 am

I have a minor headache today. I could not recall when is the last time I suffer from one. For sure, its long time ago. This one was caused by stress from the office. Managing a team is a little bit harder compared to when you are just part of the team. Now I have a project team of my own. Albeit small, it is still a headache to run especially if things are not running smooth. Luckily the stress I got is just caused by the trouble in managing people to best optimize their result. I believe the team have a lot more potential if we can keep friction and drama to the minimum. Headache or no headache, I still need to deliver. But it is still a good thing actually. I think having a headache as a manager is far better than having headache when you are just one of the team member. At least you got quality problems to solve. And it shows you have a job in this troubled economy (not that I need one, it is just for effect).

I haven’t write about my latest trip to Guangzhou yet, but the pictures were already uploaded. Do check them under About Me> Photos. When I have sometime, definitely I will post a full review.

New Gizmos

Almost 9 months ago, I wrote my wish list (here), an iPod touch and a netbook. I try to rationalize myself into not buying either. But I also note that it is very hard not to. It is just a matter of which one first. Well, I am not really proud of it, but it has manifest itself now. Not only I have an iPod touch (which is superb btw!) ~few months already, a black & cute Netbook ~bought last month, but I have also bought a new phone, Nokia E63.

Nokia_ESeries_Expands_with_Nokia_E63_Launch

Well, the phone that my sis gave me died on Ummairah last weekend. And having used to a relatively modern phone (which I use its Bluetooth Modem function often especially when I am in Kuantan), I could not just use the extra phone my father has (he has a lot of old phones). And I bought  a new one (to find out later that the K800i that my sis gave me can be repaired for just RM 40~which I also did and gave to Ummairah as her UPSR gift).

The salesguy is so polite and helpful. You know how I have this spot for sales right? And this guy is saying all the right things and gave me an irresistible offer. Add to that I have been dreaming and researching about BlackBerry for weeks, its not my fault right? Aha… 😉

Anyway, at least it is better than BlackBerry. And I got a good price on it. Anyway, I am pretty satisfied with it. Just could not imagine myself be in this situation. Having 2 expensive gadgets in the pocket. I like it, but I just don’t like paying for it. 🙂

Lesson learnt for you, delay your gratification. I know I am not doing too well on it, but hey, at least I delay it for 9 months! And this is the first time I actually bought a decent new phone for myself. :p (need to remember I need to be stronger and more diciplined about this in the future~hence this post)

Good luck!

Sabri

November 24, 2009

Women Leadership

Filed under: Adventures — Sabri @ 9:58 am

Petang tadi saya meluangkan masa hampir 2 jam untuk “Brain Exchange” dengan salah seorang bekas colleague saya. Visa profesional beliau sudah hampir tamat, dan beliau akan kembali ke Estonia esok malam. Untuk sesi kali ini kami berbincang mengenai perancangan masa depan masing-masing dan juga lesson learnt dari pengalaman kami di syarikat kami bekerja. (sesi-sesi seumpama ini yang membuatkan saya berat hati untuk meninggalkan syarikat ini. Ilmu yang diperolehi dari sesi-sesi seperti ini dengan mana-mana rakan sekerja biasanya tidak ternilai harganya. Bukan sekadar gosip-gosip pejabat)

Beliau berpendapat yang syarikat kami agak “maskulin” baik dari segi pemasaran atau pengurusan. Walaupun pekerja wanita lebih sedikit berbanding lelaki, tetapi aura maskulin itu tetap tidak dapat dikikis. Beliau berpendapat, kami akan lebih baik jika sedikit aura feminism dapat dimasukkan ke dalam syarikat (mana-mana syarikat for that matter).

Setelah mendengar hujah-hujah beliau dan membandingkan dengan pengalaman saya sendiri, saya cenderung untuk bersetuju. Bekerja dengan lelaki mudah. Saya tidak perlu berfikir panjang dan tidak perlu micro-manage. Saya hanya perlu guide sedikit dan biasanya mereka boleh lakukan sendiri. Mereka tidak suka jika saya kerap monitor dan bertanya banyak. Mereka rimas.

Dan jika mereka melakukan kerja yang baik, pujian-pujian ringkas secara berkala sudah mencukupi. Lebih-lebih mereka akan rimas juga. Itu beberapa bulan yang lepas.

Sejak 2 bulan yang lepas, project team saya telah menerima tambahan beberapa lagi anggota wanita. Cara mereka bekerja sangat berbeza. Mereka mahukan feedback, sama ada mereka melakukan perkara yang betul atau tidak. Mereka lebih suka berkomunikasi, lebih kerap meminta pandangan dan jika mereka melakukan sesuatu yang bagus, mereka tidak kisah untuk dipuji (cuma jangan over! Tetapi frekuensinya tetap lebih kerap dari frekuensi lelaki perlu dipuji).

Saya juga mendapati wanita lebih peka terhadap perkara-perkara kecil dan mengambil berat. Sebagai contoh, bagi lelaki (termasuk bos-bos saya), mereka ada kriteria-kriteria tertentu sebelum sesuatu masalah itu dianggap besar, jika masalah itu tidak besar mereka tidak kisah sangat. Namun bagi rakan pekerja wanita masalah kecil adalah besar kepada mereka. Mereka tidak faham kenapa masalah kecil tersebut tidak boleh diperbaiki (disebabkan oleh resource allocation)

Ia memberikan saya ‘aha’ moment untuk hari ini. Dalam perniagaan saya sendiri, saya tersedar yang saya juga melakukan kesilapan ini. Saya terlalu maskulin dalam pengurusan. Kadang-kala kita perlu memahami keperluan mereka yang bekerja dengan kita supaya kita boleh menyediakan suasana yang berprestasi tinggi.

Maksud women leadership dalam post saya hari ini, bukanlah wanita sebagai pemimpin. Tetapi kepentingan seseorang pemimpin (baik politik, bisnes atau mana-mana organisasi) mempunyai ciri-ciri feminin (di samping maskulinnya!). Ciri-ciri yang saya maksudkan adalah mahir mendengar, mahir berkomunikasi, dapat bersifat empatik dan peka terhadap perkara-perkara kecil yang boleh membawa impak besar.

Maskulin atau feminin bukan pokok sebenarnya. Tetapi keperluan kita sedar, “topi” apa yang kita pakai pada sesuatu waktu itu dan kenapa kita memakainya.

November 21, 2009

Bangunan Itu

Filed under: Memory Lane — Sabri @ 10:33 am

Ketika surfing baru-baru ini, saya terjumpa dengan sebuah sajak yang menarik. Teringat ketika zaman-zaman SEMASHUR dulu, waktu giat menulis sajak sebagai “Invisible Man” 🙂

Bangunan Itu

Hati tertanya-tanya,
Gerangan di ufuk sana,
Cahayanya berkerdipan menawan,
Susuknya menarik mata,
Tingginya mencapai kesejukan kalbus,

Bolehkah aku kesana,
Menyelesaikan hati yang tidak puas,
Memandang dan bertanya,
Kedudukan yang kejauhan,
Hanya dapat ku tatap,
Cebisan darinya

Hati meronta,
Naluri insan bernama manusia,
Inginku terbang menyentuhinya,
Memberikan perasaan hiba,
Bangunan konkrit itu,
Di hujung malam.

Kredit: Ainun Nasihah

November 20, 2009

Tahniah Ummairah! :)

Filed under: Mia Family — Sabri @ 7:33 pm

Ummairah bertanggungjawab membuatkan emak bangun sangat awal pada hari pertama UPSR.

Ummairah bertanggungjawab membuatkan emak tidak selera makan dan tidur awal pada malam hari pertama UPSR setelah memberitahu emak beliau ada 8 salah dalam kertas pemahaman UPSR.

Ummairah juga menyebabkan abang dan kakaknya bersekongkol menipunya dengan mengatakan beliau ada 8 salah, sedangkan sebenarnya 9 (supaya motivasi dia tak down)

Ummairah juga telah terselamat dari pergi ke sekolah di Permatang Badak dengan bas Bee Huat (ancaman ayah kalau tak dapat 5A)

Mujur abangnya tidak berada di Malaysia ketika ini, jika tidak pasti dihujani dengan panggilan-panggilan telefon meminta hadiah. Hmm, hadiah apa yang mahu diberi kepada Ummairah ini ya? (Bagus 2 kali sebab hadiah kat sini murah! hehe..)

Hadiah apa ya untuk Ummairah?

  1. Anak patung? (Ummairah dah besar)
  2. Buku (buku lagi! Ummairah dah bosan. Faham2, sudah selalu beli buku, Ummairah mesti mahukan sesuatu yang lebih up lagi untuk ini. ~Dia high taste!)
  3. Helikopter control (hehe… ini hadiah supaya abang dia boleh tumpang ni)
  4. Ah, nantilah fikirkan waktu jalan-jalan di Beijing Lu.

Apapun, congratz Ummairah yang selalu kena ejek dengan adik-beradiknya. You have overcome all the odds, you prove you are no longer the ugly ducklings but has transformed into a beautiful swan (yang hitam sikit) :p

Ummairah

p/s”: Orang di China ini bekerja sangat awal. Pukul 8 jalan sudah bising (weekend) dan kurier sudah mengetuk pintu bilik. Housekeeping pun datang pukul 8. Mereka sangat rajin.

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress