Life; The Next Chapter

January 15, 2011

Rahsia Hidup Gembira dan Cara Mengubati Kekecewaan

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 10:54 pm

Saya berikan jawapan ringkasnya dulu. Penerangan di bawah.

Rahsia untuk sentiasa hidup tenang, senang dan gembira serta cara untuk mengubati kekecewaan adalah, kurangkan “sepatutnya” dalam hidup kita.

Tak faham? Atau perlukan penjelasan lebih lanjut, teruskan membaca.

Yang pertama, rahsia gembira itu logiklah kan. Apa pula kaitannya dengan mengubati kekecewaan?

Pertama, anda perlu tahu beza kecewa dan di sakiti. Di sakiti ini adalah bila orang menyakiti kita. Orang lakukan sesuatu kepada kita, kita sakit hati.

Tetapi kecewa ini biasanya bila orang TIDAK LAKUKAN sesuatu, kemudian kita frust. Ini kecewa. itu secara amnya supaya mudah fahamlah. Ada juga orang lakukan sesuatu, kita kecewa.

Tetapi pokoknya, kecewa adalah apabila kita memilih untuk berasa kecewa. Orang boleh paksa kita untuk rasa sakit (termasuk sakit hati), tetapi orang sesekali tidak boleh memaksa kita untuk kecewa. Kecewa itu adalah pilihan sendiri.

Kenapa Kita Kecewa?

Biasanya kita kecewa kerana kita ada banyak sepatutnya. Kita banyak harapan.

  • Kita harap pasangan kita seperti … macam pasangan kawan-kawan kita yang lain
  • Kita harap keluarga kita memahami kita.
  • Kita harap “sepatutnya” kawan kita …
  • Sepatutnya lepas beri pertolongan, kita akan dapat …

Harapan dan sepatutnya ini boleh muncul dalam pelbagai aspek. Fizikal, emosional, tingkah laku, kata-kata, pembahagian masa, pembahagian kasih sayang dan juga lain-lain.

Bila realiti yang kita hadapi tidak seperti “harapan” kita, atau tidak seperti yang “sepatut”nya, kita pun kecewa. Hidup kita jadi cacamarba dan frust menonggeng.

Cara yang paling cepat untuk tidak mudah kecewa adalah kurangkan “sepatut”nya dalam hidup kita. Tetapi ini bukanlah bermaksud kita harus merendahkan expectation kita, aim high, cuma kita kena tahu belajar apa sebenarnya yang kita inginkan sebenarnya.

Sebagai contoh, jika anda inginkan kereta, anda inginkan kereta. Anda tidak inginkan Mercedez Benz berwarna putih. Jadi bila tiba-tiba anda dihadiahkan Honda Civic, anda tidak wajar berasa kecewa kan?

Betul tak?

Bayangkan dalam dunia ini, orang melompat-lompat kalau dihadiahkan Honda Civic, tetapi pada masa yang sama ada orang menangis, caca marba hidupnya, kecewa kerana tidak mendapat Mercedez. Cuma dapat Honda Civic keluhnya.

Apa nasihat anda kepada orang berkenaan?

Dan seringkali dalam hidup kita, berapa kali kita jadi orang berkenaan?

It can happen to anyone, about anything. Think about it. 🙂

Be clear about what you really want. What you really need. Bila kita fikir-fikirkan sebenarnya, tak banyak ciri-ciri tambahan yang kita betul-betul perlukan. We can be happy with less.

Bukan bermaksud kita terima kekurangan, tetapi biasanya kita tidak sedar “kelebihan” lain yang kita terima. Sebab kita terlalu obses dengan “sepatutnya”.

Itu cara mudah. Mari kita pergi lebih dalam.

Anda baru balik dari kampung selepas beberapa bulan di luar negara (sebagai contoh). Sudah 7 bulan anda mengidam masakan ibu anda. Katakanlah kita ambil contoh pulut durian.

Jadi benda pertama anda buat bila kapal terbang touch down adalah sms ibu anda, anda teringin nak makan pulut durian. Dan anda di beritahu yang sekarang bukan musim durian.

Tetapi kerana punyalah sayang kat anak, ibu anda pun suruh ayah anda carilah durian sampai dapat. Puas masuk kebun keluar kebun orang, mencari kebun yang ada durian.

Akhirnya nun di hulu sungai, kawasan pedalaman Felda adalah sebatang pokok durian berbuah. Ayah anda pun belilah. RM 50 sekilo. Lagi mahal dari harga D24.

Mak anda pun buatlah pulut durian.

Bila anda sampai di rumah, anda pun menyerbu pulut durian tersebut. Dah lama air liur anda menitis mengidamkan pulut durian tersebut. Anda teringat kali terakhir anda makan pulut durian. Sampai ke lengan kuahnya sebab terlampau sedap.

Sebaik sahaja suapan yang pertama, anda kecewa. Durian tersebut tawar. Sebab muda dan tak cukup masak.

Walaupun pulut tersebut cukup lemaknya, tetapi sebab durian tersebut tawar, pulut durian tersebut tidak seperti yang anda bayangkan. Anda kecewa.

Apa reaksi anda?

Pertama, anda boleh merajuk. Berhenti makan.

Kedua, anda boleh makan sedikit untuk menjaga hati ibu dan ayah anda yang telah bersusah payah cuba untuk menunaikan impian anda.

Ketiga, anda boleh pura-pura makan banyak untuk menjaga hati ibu dah ayah anda yang telah bersusah payah.

Keempat, anda boleh makan banyak, menunjukkan muka yang manis, gembira kerana akhirnya dapat makan pulut durian dan meluahkan kegembiraan anda supaya ibu bapa anda turut merasa gembira melihatkan segala penat jerih mereka berbaloi.

Orang yang pertama dan kedua, hidup anda pasti akan dirundung kekecewaan. Sebab itu tabiat anda.

Orang yang ketiga, bagus dan bertimbang rasa. Tetapi kadang-kadang dia terjebak juga dengan kekecewaan. Ramai manusia yang baik sekalipun termasuk dalam kategori ini.

Tetapi kategori yang keempat adalah kategori orang yang selalu lapang hatinya, gembira hidupnya dan seronok untuk orang lain dampingi. Ini kerana dia memahami dengan sebenarnya, yang segala apa yang terjadi dalam hidup ini bukanlah apa yang kita lihat, tetapi apa yang kita buat.

Dia memilih untuk “Act” instead of “ReAct”

Dia tahu, dia boleh mengubah sebarang situasi untuk menjadikan situasi tersebut hampir dengan apa yang diigininya. Dia tahu hidup ini adalah mengenai pilihan, dia mempunyai pilihan dan dia memilih jalan hidup yang memberinya kuasa untuk menentukan hidup yang paling gembira.

Dia tahu yang hidup ini bukan sekadar memilih simpang mana untuk dilalui, tetapi juga boleh buat U-turn dan boleh buat simpang sendiri jika mahu.

Mari kita berbalik pada contoh kita tadi.

Kita sebagai manusia sering tersilau oleh hasil akhir sehingga kita tidak nampak proses “usaha” untuk menjadikan hasil akhir tadi. Begitu indahnya sebuah permata, kita tidak tahu berapa kuat tekanan dalam bumi, haba dan lama prosesnya untuk menjadikan permata tersebut.

Kita mahu permata, tetapi kita tidak memberi markah kepada tekanan.

Jika bumi merajuk dengan kita kerana tidak memberi markah kepada usahanya menekan bagi pihak kita, kita tidak akan mendapat permata.

Berapa ramai rakan-rakan dalam hidup kita yang kita terlepas pandang usaha mereka semata-mata kerana hasil akhirnya tidak sama dengan hasil akhir yang kita ingini?

Masihkah kita kecewa?

Tidak kecewa lagi bukanlah jawapan yang cemerlang.

Sesekali, jangan kita tipu diri sendiri.

Tidak salah untuk kita kecewa. Jangan salah faham mesej saya.

Tetapi, instead of kecewa dengan hasil akhir, anda sebenarnya boleh gembira dan menghargai dengan usaha yang ditunjukkan.

Hasil akhir dan usaha, yang mana satu sesuai dijadikan bekalan?

Itu sesuatu yang kita boleh fikirkan. 🙂

Berapa kali kita buat keputusan untuk gembira dan menjadi sumber kegembiraan, walaupun kita rasa kita ada sebab kukuh untuk kecewa?

Dan berapa kali bila kita buat begitu, kita jadi betul-betul sangat gembira dapat buat orang lain gembira, dan orang lain pun turut gembira dengan kita, sehingga akhirnya kita turut dapat apa yang “sepatutnya” tadi secara kebetulan?

Kalau tak pernah, maybe kita patut pernah-pernahkan. 🙂

Wah, bercakap panjang soal kecewa.

Apa Kaitan Pula Kecewa Dengan Rahsia Gembira?

Bila kecewa kurang, gembira akan kerap datang. 🙂

Erti hidup dengan memberi, kurangkan “sepatutnya”, insya-Allah anda akan jumpa apa yang anda cari. 🙂

Sabri
Tenang, lapang dan senang

January 12, 2011

Bagaimana Untuk Bangkit Kembali Dari Kegagalan

Filed under: Adventures — Tags: — Sabri @ 1:58 am

Anda pernah gagal? Dan bersedih kerana kegagalan itu?

Satu perkara yang bagus mengenai kegagalan yang anda perlu tahu adalah, kegagalan dan kesedihan itu sementara sahaja sifatnya.  Apabila anda berasa sangat down, dan tidak pernah rasa lebih down lagi dan ketika segala-galanya nampak kelam sahaja, anda wajar lega dan gembira sedikit. Ini kerana, you have just hit rock bottom. Tahap yang paling teruk sekali. Selepas itu segala-galanya akan jadi lebih baik. (at least dibandingkan dengan tahap paling teruk tadilah) 🙂

Setiap orang pun macam itu. Tak percaya? Jawapannya ada dalam janji Allah, “Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung hambaNya itu.”

Cuma perbezaanya adalah, sama ada anda akan kekal di tahap yang sangat teruk itu, bangkit kembali dengan perlahan ataupun bangkit kembali dengan cepat?

Itu sahaja.

Dalam sepanjang hidup saya, ada beberapa kali saya telah di “write-off”. Write off ini ibarat tidak diletakkan harapan. Secara analoginya, jika orang bertanding lumba lari semua peserta perlu beratur di garis permulaan, anda tidak dibenarkan pun berdiri di garisan permulaan. Orang sangka anda cacat dan tidak sesuai berlumba lari.

Itu lah perasaanya. Yet, saya bersyukur dan saya turut terkejut dengan apa yang saya capai. Each and every time saya berjaya bangkit kembali bukan sahaja untuk memenangi perlumbaan tersebut, tetapi turut memecahkan rekod pencapaian peribadi saya sendiri. Dari saya kecil di sekolah rendah hinggalah apabila saya dewasa, pattern ini berulang.

Saya sudah tidak terasa lagi jika di write-off. Jika tidak diberikan sebarang harapan.

Ini kerana saya tahu kemampuan saya dan saya tahu apa yang saya mampu lakukan.

Bahkan kadangkala saya lebih suka bermula sebagai “underdog”, kerana tiada tekanan.

Cara Untuk Bangkit Kembali Dari Kegagalan

Orang yang gagal ada dua jenis. Pertama, mereka yang telah putus asa dan meragui kebolehan mereka untuk bangkit balik. Mereka telah tidak percaya yang mereka akan bangkit kembali. Dan kedua, mereka yang masih yakin yang mereka akan bangkit kembali dan cuma menunggu masa untuk membuktikan kepada orang yang pernah “write off” mereka sebelum ini.

Namun untuk seseorang itu melakukan comeback, mereka perlu termasuk dalam golongan kedua. Mesti dan wajib. (boleh dapat inspirasi dari poem IF oleh Rudyard Kipling). Tanpa kepercayaan ini, mereka menyerahkan masa depan mereka kepada nasib semata-mata. Tetapi dengan keyakinan, mereka dengan pasti akan berjaya, cuma persoalannya lambat atau cepat sahaja.

Dan untuk memastikan proses comeback tersebut cepat dan berterusan (sustainable), anda perlu menjadi diri anda sendiri dan bukannya melakukan sesuatu itu sekadar untuk membuktikan kepada orang lain yang anda juga boleh. Jika anda melakukan sesuatu kerana anda ingin “menunjuk” kepada orang lain, sebenarnya anda sedang menyeksa diri sendiri. Do ONLY because you enjoy it.

Bukankah ada pepatah yang mengatakan;

Those who mind doesn’t matter, those who matter doesn’t mind.

Walaupun begitu, anda perlu tahu yang keyakinan tidak akan datang dengan tangan kosong.

Jika anda yakin tetapi tidak ada usaha kemungkinan besar anda cuma menipu diri sendiri untuk menyedapkan hati. Untuk memastikan comeback anda menjadi kenyataan, anda perlu ada perancangan. Yang penting bila ada merancang, strategi anda perlu realistik dan tidak memberi tekanan mustahil kepada diri anda sendiri.

Anda perlu tahu dan faham yang comeback yang anda lakukan adalah untuk diri anda sendiri. Anda perlu bebaskan diri anda dari sebarang tekanan yang akan menggangu fokus anda untuk comeback.

Bila anda dapat fokus, implement your plan. Sooner or later pasti anda akan berjaya.

Enjoy what you are trying to do, put specific but reasonable milestone (smaller goals to build for the big goal)  for you to achieve. Make sure the goals are not too easy nor too hard for you to reach. It should require a little stretch but still doable for you. Something that will scare you a bit and excite you a lot.

Get yourself what you deserve.

Manusia biasanya over-estimate apa yang mampu dicapainya dalam masa satu tahun, tetapi under-estimate apa yang mampu dicapainya dalam masa sepuluh tahun.

From one “loser” to another; YES, YOU DEFINITELY CAN!
(I am not a loser per se, but I have lose many times. And yet, I am what I am today. Pretty decent. Not bad at all. You only are a loser when you allow others doubting to affect you and you believe them)

Side Note

Bulan Februari ini insya-Allah saya akan melakukan sesuatu (akan diumumkan bila sudah confirm). Jika tidak dapat 19hb, hampir pasti 26hb. Sebelum ini saya tidak faham, namun sekarang saya seakan sudah mengerti. Perasaan apabila kita mendamba,  mengharapkan bantuanNya. Saya rasa sudah sampai seruNya.

Sabri
Comeback Kid

December 21, 2010

Pesanan Untuk Adik: Common Sense About Life

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 8:13 am

Seorang pelajar yang cemerlang (ataupun berjaya), tidak pernah sekali-kali akan masuk dewan peperiksaan tanpa belajar, mengulangkaji ataupun at least membaca sedikit mengenai subjek ujian.

Dia mungkin berjaya atau tidak. Itu terpulang kepada cukup atau tidak usahanya.

Namun dia mesti belajar. Dia mesti paling kurang pun membaca sedikit mengenai subjek tersebut.

Dan hasilnya dia paling kurang akan menjadi “orang”. Pelajar yang malas membaca, tidak pernah belajar akan hanyut. Kebanyakannya akan merosakkan masa depan sendiri. Bakinya pula akan dirosakkan masa depan oleh orang lain.

Sedar atau tidak sedar…

Life Is a Continuous Exam. One after another.

Tetapi tak ramai yang belajar mengenai life, kehidupan dan subjek-subjek dalam pelajaran kehidupan ini.

Read up, learn, think and apply.

There is no guarantee you will have success even after you read.

But I guarantee you, you will never be a failure.

Read up on life! 🙂

Sabri
Reader, Learner on Life

December 4, 2010

Don’t Live Life on Auto Pilot -Pakej Pinjaman Perumahan di Malaysia

Filed under: Adventures — Tags: — Sabri @ 8:58 pm

Let’s take a break from my 2011 Lift Off series. I have an important message.

Semalam saya menonton “The Social Network”. Satu bahagian yang saya rasa mempunyai pengajaran paling besar yang kita boleh contohi adalah ketika saham Eduardo Saverin (cofounder Facebook) di dalam Facebook sebanyak 30% dicairkan sehingga menjadi cuma 0.03%! Sedangkan saham orang lain tidak.

Ini terjadi kerana ketika beliau menandatangani perjanjian pembiayaan untuk Facebook, beliau tidak meneliti betul-betul perjanjian yang ditandatanganinya. Eduardo adalah seorang yang bijak dan mahir dalam terma-terma kewangan, and it still happened to him.

Saya agak concern dalam hal ini kerana sebelum ini saya ada bertanya kepada rakan-rakan saya yang membuat transaksi kewangan yang besar. Hampir kesemuanya menandatangani dokumen yang disediakan penjual, peguam atau bank begitu sahaja tanpa betul-betul memahami apa yang mereka tandatangan.

Ada juga yang membuat pinjaman bank yang besar tanpa membandingkan tawaran-tawaran bank yang ada. Asalkan ia pinjaman berasaskan islam, boleh sign sahaja. Satu falasi yang ramai orang tidak tahu adalah mereka menganggap pinjaman yang mereka ambil dan perjanjian yang mereka tandatangani adalah “standard”, seperti jika mereka membeli coklat di pasaraya. Semua orang mendapat benda yang sama.

Tidak semestinya.

Setiap pakej pinjaman yang di tawarkan adalah berbeza. Untuk berkongsi dengan anda menggunakan contoh transaksi pinjaman perumahan yang saya buat, perbezaan faedah sebanyak 0.01% di antara bank boleh menyebabkan saya membayar RM 3600 lebih dan perbezaan sebanyak 1% boleh menyebabkan saya membayar lebih sebanyak RM 36000! (pinjaman perbankan islam turut mengenakan “kadar faedah”)

Dan jika tidak berhati-hati memilih pakej pinjaman perumahan, anda mungkin kena bayar lebih!

Apa Yang Perlu Anda Cari Dalam Sesebuah Pakej Pinjaman Perumahan.

Pertama, anda perlu tahu yang sekarang ini tidak banyak beza di antara pakej pinjaman perumahan konvensional dan pakej perumahan berasaskan Islam. Kesemua berasaskan BLR (bank Islam memanggilnya BFR), atau lebih mudah kita kenali sebagai kadar interest semasa (ketika artikel ini ditulis, kadar yang ditetapkan Kerajaan Malaysia adalah 6.3%).

Ada bank yang menawarkan BLR-1.7% sehingga BLR-2.3% (BLR tolak -N peratus) sebagai kadar faedah yang dikenakan.

Beza antara pinjaman Islamik dan konvensional dalam hal ini adalah untuk pinjaman Islamik, kadarnya di “cap” pada 10% (atau lebih sedikit di sesetengah bank).

Ini bermaksud, jika BLR naik (mengikut arahan kerajaan), interest maksimum yang boleh dikenakan kepada anda adalah 10% itu sahaja. Jika anda menggunakan pinjaman perumahan konvensional, tiada limit. Interest rate yang dikenakan kepada anda boleh jadi berapa-berapa sahaja (ramai orang muflis disebabkan kenaikan kadar interest rate sehingga mereka tidak mampu membayar pinjaman mereka ketika zaman kegawatan ekonomi 1997 dulu).

Jadi first step first, sentiasa pilih pinjaman Islamik. At least akan ada siling kepada jumlah maksimum sebulan yang anda perlu bayar kepada bank.

Supaya anda lebih jelas, dalam rate sekarang katakan anda membayar RM 910 kepada bank setiap bulan. Jika kerajaan menaikkan BLR dan anda mencecah siling 10% untuk interest anda, anda perlu membayar RM 1501 kepada bank setiap bulan! (extra RM 600)

Dan extra RM 600 ini tidak akan mempercepatkan tempoh habis bayar dan tidak memberikan anda apa-apa faedah pun. Anda cuma membayar lebih RM 600 kepada bank setiap bulan. Itu sahaja!

Dan sedikit note lagi, BLR ini pasti akan meningkat. Ekonomi negara kita sedang bertatih untuk kembali maju seperti dulu. Dalam proses untuk memulihkan ekonomi negara, kerajaan telah merendahkan BLR untuk menggalakkan rakyat membuat pinjaman dan meningkatkan jumlah wang dalam negara (circulation).

Jadi kadar BLR beberapa tahun lepas adalah di tahap antara yang paling rendah dalam sejarah. Apabila ia sudah rendah, it has nowhere to go but up.

Bahkan dalam tahun lepas sahaja kerajaan telah menaikkan BLR sebanyak 0.5% (nampak sedikit, tetapi cuma anda lihat di awal artikel di mana saya menunjukkan perbezaan 0.01% pun boleh menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit).

Itu dalam satu tahun. Bayangkan pula berapa kenaikan dalam 4-5 tahun akan datang?

Dan apabila anda membuat pinjaman perumahan, biasanya ia akan mengambil puluhan tahun.

Jadi tahukah anda berapakah peratus BLR ketika itu?

Sebagai panduan am, anda harus selesa membayar kadar faedah dalam 8% setahun. Anda boleh membuat unjuran berapa bayaran bulanan anda pada tahap kadar faedah BLR berbeza dengan menggunakan mana-mana kalkulator mortgage (gadai janji) seperti oleh Maybank di sini.

Namun, anda juga perlu tahu yang tidak semua pakej pinjaman Islamik serupa. Ada yang significantly different dari yang lain.

Hot tips 1: Anda boleh “nego” interest rate yang dikenakan kepada anda. Bergantung kepada jumlah pinjaman anda, ini adalah satu cara pasti untuk menjimatkan ribuan ringgit wang anda. Benda yang pertama, anda boleh lihat brochure. Biasanya mereka akan ada beberapa “pakej” dengan kadar interest berbeza. Sentiasa minta kadar interest terendah (jika BLR-N, *N paling tinggi) WALAUPUN anda tidak layak untuk pakej tersebut.

a) Bank boleh bagi rate tersebut kepada pelanggan lain. Walau apa pun situasi anda, bank pasti boleh memberi rate tersebut kepada anda. Salesman (atau pegawai bank) akan memberi beberapa alasan, tetapi jika anda persistent beliau akan mengalah.

Paling kurang jika anda tidak dapat the best rate pun, anda akan dapat mengurangkan paling kurang 0.01% di sini.

b) Seterusnya, tanya adakah anda layak mendapat diskaun tambahan jika syarikat anda membayar gaji ke akaun di bank tersebut? Kebanyakan bank ada memberi diskaun lagi jika anda bersedia menukarkan akaun penerimaan gaji anda ke bank mereka. Paling kurang anda akan dapat diskaun 0.01% lagi di sini (this is the easiest).

c) Ketiga, tanya adakah anda layak untuk apa-apa diskaun tambahan jika anda ada degree, kakitangan kerajaan, kakitangan badan berkanun, kakitangan syarikat senaraian awam (public listed companies), mempunyai kredit kad dengan bank tersebut~dengan rekod bayaran balik yang bagus, mempunyai pinjaman lain dengan bank tersebut. Anda berpeluang untuk dapat kurang 0.01% lagi di sini.

Total dari teknik-teknik negotiation di atas anda boleh menjimatkan paling kurang 0.03%, in my case ~RM 10K.

Dan saya mendapat teknik-teknik ini kerana saya berunding dengan 8 bank. Kesemuanya menawarkan untuk memberi pinjaman kepada saya, tetapi saya pilih satu yang saya rasakan paling menepati ciri-ciri yang saya mahu.

Cara saya mudah sahaja. Bila kita bercakap dengan pegawai bank tadi, bagitau isi penting sahaja. Kemudian diam. Angguk-angguk sahaja dan biarkan dia memberikan tawaran terbaik beliau. Dihujungnya tanya, ini ke tawaran paling baik yang bank *** boleh tawarkan? Apa beza dengan bank lain?

Dia akan explain. Dalam proses tersebut beliau akan menyentuh yang anda istimewa jadi anda layak untuk beberapa diskaun. Take note of that. Ucapkan terima kasih dan kata anda akan survey dulu. Ambil business card pegawai bank tersebut.

Pergi ke bank seterusnya. Ulangi perkara yang sama.

Cuma setelah pegawai bank tersebut memberi tawaran “terbaik” mereka, lihat senarai diskaun yang diberikan oleh bank sebelum ini. Tanya adakah disebabkan anda … (baca point a, b & c di atas)  , anda layak mendapat diskaun tambahan?

Discuss one point by one point. Move on ke point berikutnya hanya apabila beliau kata boleh atau tidak. Kalau anda discuss “lump sum”, diskaun yang anda dapat tidak sebanyak diskaun jika anda discuss line by line.

Adakah Pembayaran Lebih Akan Mengurangkan Prinsipal? (Flexi Loan untuk memendekkan tempoh bayaran balik)

Katakan anda perlu membayar RM 900 sebulan kepada bank. Tetapi sebab anda ada lebihan wang, anda bayar RM 1000 sebulan kepada bank tersebut. Dengan kata lain anda membayar lebih sebanyak RM 100 sebulan kepada bank.

Sepatutnya, pembayaran lebih ini boleh memendekkan tempoh bayaran balik anda selama beberapa tahun (katakan paling busuk pun setahun. Sebulan anda patut bayar RM 900, darab 12 =RM 10,800 yang anda berpeluang jimatkan).

Tetapi tidak begitu.

(jika anda belajar kewangan “Finance”, ada jadual khas untuk pembayaran prinsipal dan interest setiap bulan. Tetapi ia terlalu panjang dan rumit untuk saya jelaskan dalam satu blog post)

Banyak bank yang tidak berbuat apa-apa dengan lebihan wang tersebut. Mereka tidak “recognize” bayaran lebihan tersebut. Mereka cuma letakkan dalam akaun anda dan akan hanya mengambil wang tersebut jika anda terlupa membuat bayaran pada masa akan datang.

Memandangkan anda dikenakan interest ke atas baki yang belum anda bayar, anda tidak mahu ini terjadi. Lebih banyak anda bayar, lebih sedikit interest yang akan dikenakan kepada anda. Jadi, anda mahu pembayaran lebih anda “diiktiraf” oleh bank.

Ada juga bank yang membenarkan anda membuat pembayaran lebih dengan syarat anda perlu menulis surat kepada mereka dahulu (this is a hassle). Ada juga yang hanya akan melayan pembayaran lebih dengan syarat ia dalam multiple of 1000.

Berapa Lamakah Lock In Period Anda?

Ada bank 3 tahun, ada bank 5 tahun.

Jika anda cuba untuk menyelesaikan pinjaman tersebut dalam tempoh lock in period, anda akan dikenakan penalti oleh bank. Ketahui berapakah penalti tersebut dan berapakah ratenya. Saya rasa ini minor point, jadi saya tidak akan elaborate. Tetapi fahamkan perenggan ini sebab ia akan membantu anda faham perenggan di bawah.

Bolehkah Anda Settle Early atau Selesaikan Lebih Awal Pinjaman Tersebut

Ini paling relevan jika pinjaman rumah ini adalah untuk rumah yang anda duduki sendiri. Kita semestinya tidak mahu berhutang lama-lama dengan bank kan?

10-20 tahun akan datang anda mungkin akan mendapat sejumlah wang yang besar (atau berpeluang withdraw KWSP). Bolehkah anda menyelesaikan pinjaman tersebut sebelum cukup tempoh matang? (tetapi bukan dalam lock in period, sebab jika tidak anda akan kena penalti)

Jika tidak boleh, jangan ambil pinjaman tersebut.

Jika boleh, tanya adakah anda akan mendapat sebarang rebate atau diskaun? (puluh-puluh ribu atau ratus ribu) ataupun anda kena bayar full amount baki + interest seperti biasa-cuma dibayar secara lump sum.

Fixed Interest Rate or Variable Interest Rate (Berdasarkan BLR)

Kebanyakan bank tidak lagi menawarkan pakej dengan Fixed Interest Rate. Jika ada sekali pun mereka menawarkan rate untuk 3,5, 10 tahun dengan kadar interest yang mahal sedikit dari biasa.

Jika anda tidak mahu pening kepala seperti saya, ambil yang “fixed” walaupun ia mahal sedikit dari biasa.

Jangan Terpengaruh Dengan Hadiah Percuma, Baik Ia Plasma TV ataupun Pakej Pelancongan Ke Eropah

Ada bank yang menawarkan hadiah lumayan “di jamin!” jika anda ambil loan dengan mereka. Jangan terpengaruh hello! 🙂

Ambil pakej yang terbaik dan sesuai dengan kehendak anda, tawar ataupun “nego” interest rate yang dikenakan dan anda akan dapat menjimatkan berpuluh ribu ringgit (at least berbelas ribu). Dengan penjimatan tersebut anda boleh beli beberapa biji plasma tv ataupun melancong ke Eropah berulang kali. Jadi jangan terpesona. Ada sebab mereka tawarkan hadiah yang “pasti” seperti itu. Anda sebenarnya membayar untuk hadiah tersebut dengan duit anda sendiri! Mereka sudah masukkan harganya dalam keuntungan mereka. :p

Saya rasa tidak lengkap jika saya tidak berkongsi kriteria yang saya tetapkan ketika mencari bank dengan pakej pinjaman terbaik tempoh hari (ada point yang saya tidak explainkan di atas-personal preference).

Pinjaman tersebut mestilah:

1) Fixed Interest Rate (dengan kadar paling kompetitif)

2) Islamik

3) Boleh selesaikan awal tanpa penalti (selepas lock in period)

4) Recognize pembayaran lebihan untuk mengurangkan prinsipal

5) Period MRTA fleksible

Untuk pengetahuan anda, tidak ada bank yang dapat menawarkan kesemua perkara di atas (setahu saya lah setelah menghubungi 8 bank dan berbual dengan pegawai-pegawainya). Jadi apa yang saya buat adalah saya senaraikan yang mana kriteria yang paling penting dan yang mana secondary. Dari situ saya buat keputusan.

Semoga artikel ini membantu. 🙂

*Penulis bergraduasi dengan minor dalam Pengurusan Kewangan (Financial Management) dari UTP. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Sila rujuk ahli kewangan profesional (tetapi bukan salesman on commission dari bank!)

November 19, 2010

Nasihat Berniat Baik Lebih Berbahaya Dan Sukar Ditangani Dari Kritikan

Filed under: Adventures — Tags: — Sabri @ 9:19 pm

Jika kita dikritik, mudah bagi kita untuk menilai kritikan tersebut. Jika kritikan tersebut membina, ada sesuatu yang kita boleh ambil dari kritikan tersebut, kita boleh “note” dan anggap ia sebagai satu pengajaran untuk diingati. Jika kritikan tersebut sebaliknya pula, amat mudah untuk kita membakul sampahkan kritikan tersebut. Ia langsung tidak meninggalkan bekas di hati.

Namun tidak begitu mudah untuk kita menangani “nasihat” ataupun pendapat dari mereka yang berniat baik di sekeliling kita. Biasanya nasihat ataupun pendapat ini diberikan percuma (seriously!). Dari pengalaman saya yang terhad ini, kualiti nasihat biasanya akan meningkat sedikit (sedikit sahaja!) jika ia ada sedikit unsur kos (termasuklah jika membelanja orang tersebut, atau kita membayar bil telefon untuk membuat panggilan). Nasihat yang percuma? Ada yang sangat bernilai dan ada yang sangat berbahaya, anda perlu nilai sendiri. 🙂

Sebelum kita lihat bagaimana cara terbaik untuk kita menangani nasihat “berniat baik” ini, baik kita fahamkan dahulu apa nasihat berniat baik ini dan kenapa ia berbahaya.

Saya beri satu contoh nasihat berniat baik yang berniat baik, tetapi berbahaya;

1. Susah hendak import eksport barang ni. Kena deal dengan cukai, kastam, cari kapal, risiko kapal karam, insurans dan sebagainya. Lagi-lagi ko nak import barang dari China, orang kat China suka tipu jual barangan tiruan. First shipment je dia hantar barang betul, 2nd shipment bila kita order lagi banyak dia dah start buat cincai.

Kenapa dia berniat baik: Walaupun orang yang memberi nasihat tersebut tidak pernah melakukannya sendiri, tetapi beliau banyak mendengar dari cerita orang. Dan apa yang beliau katakan itu betul!

Kenapa nasihat ini berbahaya: Sebab walaupun susah, sukar dan komplikated, ia tidak bermaksud ia tidak boleh dilakukan. Tambahan pula, sukar tidak bermaksud anda tidak boleh melakukannya!


Sukar cuma bermaksud anda perlu bersiap sedia lebih untuk menghadapi segala kemungkinan. Strategi anda perlu lebih menyeluruh dan anda perlu lebih tenang dan yakin dengan persiapan dan kebolehan anda. Lebih-lebih lagi anda perlu tahu, apabila kita keluar dari zon selesa (comfort zone) kita, reward atau habuan yang menanti kita biasanya lebih lumayan.

Lebih hebat dari itu, anda akan keluar dari situasi tersebut sebagai manusia yang lebih baik.

Dan biar saya berkongsi satu rahsia: Biasanya membuat sesuatu itu tidak sesusah seperti yang ramai orang sangkakan. Stick with something longer, cover all possibilities, have contigency plan, biasanya anda pasti berjaya.

Satu lagi habit yang ingin saya kongsi: Apabila berhadapan dengan situasi sukar seperti ini, saya tidak pernah membayangkan atau terfikir yang saya akan gagal. Saya seratus peratus fokus kepada situasi tersebut dan “overclocking” minda saya, jika ada kesilapan atau masalah berlaku bagaimana untuk mengembalikan usaha tersebut ke landasan asal ke arah kejayaan. You can conjure miracles when you realize you have no other options. I have failures in my life sure, but I think my accomplishments are more abundance and frequent. Kalau gagal, no big deal. Learn from it. But most often than not this habit help me deliver miracles more often.

No point preparing for failure when you have not yet exhausted all your emergency plans. Better you focus that mind-share to make it work!

It’s not arrogance, fool hardiness nor over confidence. It is common sense.

Sebagai contoh, pilot tidak bawa kapal terbang dengan perasaan yang ia akan terhempas. Tetapi juruterbang mempunyai persediaan bagaimana untuk menghadapi situasi sukar dalam penerbangan. Jadi, apabila kapal terbang tersebut menghadapi turbulence ataupun cuaca buruk, pilot bersedia dan mempunya pelan bagaimana untuk mengatasi situasi tersebut.

Bahkan mereka mempunyai plan A, plan B, plan C dan kemungkinan lebih lagi. Jika plan A gagal, pilot tadi tidak akan kecewa dan membayangkan mereka akan terhempas dan berhenti berusaha. Sebaliknya dengan cepat beliau akan mengaktifkan plan B dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan plan B berjaya.

Dan itulah sebabnya kapal terbang adalah kenderaan yang mempunyai rekod keselamatan yang tinggi.

Ada kapal terbang terhempas? Ada.
Tetapi lebih banyak kapal terbang yang selamat dan berjaya mengatasi masalah dalam penerbangannya.

Ada kapal terbang yang plan A nya gagal? Sudah pasti.
Ada kapal terbang yang plan B nya berjaya? Sudah pasti lebih banyak.

Jika anda menaiki sebuah kapal terbang yang sedang dalam situasi kritikal setelah plan A gagal, adakah anda mahu juruterbang tersebut panik dan berhenti mencuba atau anda mahu pilot tersebut fokus, jangan panik dan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan plan B berjaya?

Jadi jangan berjudi dengan kehidupan anda. Diri dan kehidupan anda adalah kapal terbang tersebut, anda adalah pemandunya. Act appropriately.

Berbalik kepada cerita mengimport barang dari China tadi;

Memang sukar, tetapi ia berjaya dilakukan.

Kami ke China cuma tahu apa yang hendak dibeli. Kami tidak tahu dimana kedainya dan kami tidak tahu bagaimana untuk mengeksportnya dari China dan prosedur import setibanya barang tersebut di Malaysia.

Dan pada minggu hadapannya kami telah membuat bayaran komitmen untuk membuat jualan di sebuah shopping complex di Borneo (jika gagal menjual pada tarikh tersebut, boleh dikenakan penalti). Dan mengimport barang ke Pelabuhan Klang sudah susah, apatah lagi kemudiannya mahu menghantarnya ke Borneo (bukan seperti pos surat).

Walaupun kami tidak tahu, tetapi itu tidak bermaksud kami tidak bersedia. Kami study from the limited informations yang kami perolehi, nasihat yang kami terima (dengar tetapi tidak 100% percaya), devise beberapa emergency plans untuk kemungkinan yang terjadi, rehat secukupnya dan mentally prepared supaya di China nanti kami tidak panik.

Dan anda perlu tahu, orang di China 90% tidak boleh cakap Inggeris dengan baik ataupun tidak boleh cakap Inggeris langsung. Termasuklah usahawan-usahawannya. Penduduknya suka menjerit dan bandarnya sangat besar. Langsung tidak ada huruf English di papan tanda.

Dan saya pula tidak boleh berbahasa Mandarin atau Kantonis langsung, kecuali mungkin “Wo Ai Nee”… hehe… :p

Dan masalah pertama kami hadapi ketika belum pergi pun. Sepatutnya destinasi saya adalah Quanzhou, tetapi saya membeli tiket ke Guangzhou. Saya ingatkan ia tempat yang sama, cuma berbeza ejaan tempatan dan antarabangsa (seperti Wilayah Persekutuan KL dan KL), rupa-rupanya ia 9 jam perjalan jaraknya dengan keretapi!

Nahas!

Namun kami cepat-cepat fokus bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kami tidak sanggup untuk burn tiket (mahal!) dan tidak ada cara lain yang membolehkan kami ke Quanzhou. Kami berazam untuk cuba sedaya upaya di Guangzhou dulu dan worst case scenario kami akan flight dari Guangzhou ke Quanzhou. Nasib baik tidak perlu.

Itu cuma satu setback la, tetapi yang lebih penting misi tersebut berjaya dengan cemerlang. 🙂

Kami pergi semula ke Guangzhou tiga bulan kemudiannya.

It’s a thrilling journey and experience, but it is well worth it.

Berbalik kepada tajuk asal kita, nasihat baik yang susah ditangani. Contoh-contoh nasihat berniat baik tetapi berbahaya yang lain adalah, kita kena cari pengalaman sebelum memulakan perniagaan, kita pergi terlalu laju (bukan memandu), kita pergi terlalu perlahan, buat kerja ni susah, buat kerja ni senang, kita terlalu muda, kita terlalu tua dan etc.

Know this: Apa yang mereka katakan itu mungkin betul, tetapi ia tidak bermaksud yang kita tidak boleh melakukannya dengan jaya.

Saya pernah terbaca satu analogi yang saya amat bersetuju;

Ketika kita kecil, ibu bapa kita selalu berpesan. Jangan ikut orang lain sangat. Jika orang lain membuat sesuatu yang merbahaya (terjun dalam sungai, terjun bagunan), kita jangan ikut sama lakukannya. Tetapi apabila kita sudah dewasa, masyarakat expect kita untuk melakukan seperti apa yang orang lain lakukan. Jika semua orang terjun bangunan, jika kita tidak terjun kita akan dipandang pelik.

Ironi sungguh. Fikir-fikirkan.

Jadi bagaimana untuk kita menangani idea berniat baik ini: Take note of their advices, tetapi jangan jadikan ia sebagai panduan agung. Jangan jadikan ia penghalang untuk kita bergerak ke depan, sebaliknya gunakan ia sebagai sempadan di kiri kanan untuk memastikan kita sentiasa di laluan yang betul.

Tetapi, always be smart about it dan jangan jadi bodoh sombong.

Feel the fear, and do it anyway! 🙂

Sabri
Adventurer

September 29, 2010

3 Life Lessons Dari Movie Bisu Perancis

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 9:14 am

Anda pernah menonton filem bisu dari Perancis? Di mana pelakonnya menggunakan bahasa isyarat untuk berdialog? Berikut adalah 3 ilmu kehidupan yang saya pelajari dan saya bertekad (tangan dalam keadaan ikrar pengakap) untuk menjadikan ia sebagai tabiat hidup.

1. Kurangkan Bercakap, Lebihkan Mendengar

Cliche, saya tahu. Tetapi Ya Allah saya tahu betapa seksanya untuk mengamalkannya. Tekak saya yang sakit tidak baik-baik lagi walaupun tidaklah sakit teruk mana pun. Suara pula sudah serak-serak. Tetapi kalau berborak, tak ingat nak diam.

Saya ada split personaliti (siapa yang kenal saya mungkin maklum). Selalunya saya banyak diam sahaja. Mencelah bila perlu. Sangat best berbual dengan saya.

Tetapi, rakan-rakan yang baik sikit dengan saya mungkin rasa terseksa sedikit (ya, saya tahu perasaan anda). Sebab bila bercakap dengan mereka saya tak reti nak diam. Asyik nak menang sahaja. I know I can be a bit annoying some time (okay, okay… a lot of time). :p

Saya sebenarnya memerhati tabiat saya ini dan saya mendapati bila berbual mengenai sesuatu yang saya setuju, saya banyak diam. Tetapi, bila berbual mengenai sesuatu yang thought provoking, sesuatu yang saya tidak bersetuju, atau orang yang bercakap nampak tidak bersetuju, saya akan bersungguh-sungguh bercakap untuk meyakinkan orang yang mendengar sehingga mungkin menjadi sedikit menjengkelkan dan kelihatan seperti mahu betul sentiasa.

Tambahan pula cara saya berfikir tidak sama seperti orang lain, lagi lah selalu saya berada dalam keadaan seperti itu. (Untuk rekod, saya memang anti average ya. Saya memandang blend in dan menerima pendapat ramai orang kerana ramai orang berfikir seperti itu adalah salah besar. Saya menyokong apa yang betul. Sebagai contoh, jika rakan-rakan level saya mahu beli Toyota Vios sebagai first car kerana ia classy, bergaya dan berpadanan dengan status, saya dengan kerasnya akan membakul sampahkan kenyataan tersebut)

Tetapi jangan bimbang. Walaupun begitu saya polite orangnya. Saya tak “menembak” orang yang tidak dikenali. Orang yang saya tahu boleh tolerate saya sahaja yang saya persistent.

Walaupun begitu, saya kesian dengan rakan-rakan saya ini.

Jadi saya berazam, dengan mereka saya turut mahu mengurangkan bercakap dan membanyakkan mendengar.

2. You Can Make a Difference. Thousand of People are Waiting for You to Unleash Your Potential to Help Them. It is Sinful NOT to Tap in Your Talent.

This is what I strongly belief that lead to issue #1 above. Di dunia ini banyak sangat orang yang mediocre. Dan mediocrity berjangkit. Sebab itu saya selalu cuba memotivasi dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan saya. Saya tidak sanggup (yes, tidak sampai hati) melihat orang yang mediocre.

Saya suka membantu orang. Rakan-rakan saya tahu kot. Cuma kadang-kadang bila bantuan itu dalam keadaan verbal, ia di salah anggap. Maklumlah, talk is cheap. hehe… 🙂

But seriously, any human can have impact on thousands other woman. Even if you have terminal cancer (google Terry Fox), old (google about a father who carry his disabled child in a triathlon to fulfill his child dream) and born with a permanent bone disorder (google Sean Stephenson).

If you my friend, is just sitting on your ass, lamenting how bad is the world onto you, allow me to slap you in your face and kick you in the butt. Wake up!

The same if you are a princess waiting for your white knight to appear in your life. I am very tempted to kick you into the river for being naive and stupid. Wake up!

You know how to impact one thousand people and bring change to the world?

Change one people. Others will follow.

Be true to yourself. Be passionate with your conviction. Have a clear conscience.

Please, please do something great with your life. Don’t waste it.

3. The Difference Between a Chump and a Champ is U! Buat Apa-Apa Sahaja Dengan Sepenuh Hati. Never, ever do Something Seperti Melepaskan Batuk di Tangga

Work hard, play hard. Tunjukkan seperti anda betul-betul suka hidup ini. Your life is enjoyable. Ada orang yang seperti terseksa hidup. Semua tidak suka. Tidak sampai tahap negatif, tetapi suka buat benda sekadar cukup syarat atau sekadarnya. Which is a huge waste.

For every opportunity you are blessed with, there are thousand others who want that opportunity and willing to do their best. If you are not going to give your all, drop the relationship, resign from that job, sell that item, etc.

This is a mantra that I try to live my life with and in the process making me a little bit eccentric to others.

If you are going to wear that special costume (which is very different from what others wore), doesn’t it make sense to wear it in the best way possible and appear confident while wearing it? That way, people will not notice how different it is and instead can feel your aura and personality blend in nicely with the dress.

But really? Why you want it any other way? Live your life fully.

Berbalik kepada cerita filem bisu Perancis tadi. Apa babak yang berkaitan dengan life lesson ini? Saya tak pasti sama ada bahasa isyarat Perancis sama seperti bahasa isyarat Malaysia. Bahkan saya tidak faham kedua-duanya pun. Jadi bagaimana saya boleh tahu mesej filemnya? Saya kata 2 life lesson yang saya pelajari, tetapi saya tak kata saya pelajari dari file bisu Perancis tersebut! hehe…

Ada ke filem bisu Perancis? 😉

Anyway, that’s not my point. My point is, celebrate life and be kind to others! 🙂

Sabri
I Want to Be a Better Person

August 2, 2010

Semua Yang Saya Tahu Mengenai Wang & Pelaburan

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 9:44 am

Adik saya bakal melangkah ke alam dewasa pada bila-bila masa sekarang (sebaik sahaja perangainya matang, sebab dari segi umur memang dah dewasa). Dan seorang lagi akan menurutinya dalam masa terdekat. Di samping itu saya melihat ramai rakan saya yang dapat memanfaatkan apa yang saya ingin tulis hari ini khususnya dan golongan profesional muda lain khususnya.

Mari kita bercakap mengenai wang. Mencarinya, menyimpannya, menggandakannya dan sedikit mengenai membelanjakannya. 🙂

Apa yang akan saya akan kongsi hari ini sedikit kontroversi dan ia 100% berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya selama ini. Ada yang tidak akan bersetuju.  Anggaplah ini sebagai satu lagi pesanan saya untuk adik saya. Anda yang lain bebas untuk memilih untuk menerima atau menolak pandangan saya ini. Saya cuma ingin membantu anda dari membuat kesilapan yang mahal. 🙂

Semoga bermanfaat.

Saya Ada Sedikit Wang Lebih, Ke Mana Saya Patut Laburkan Wang Saya Untuk Mendapatkan Pulangan Yang Baik?

ASB. ASB. ASB.

ASB adalah instrumen pelaburan terbaik, konsisten dan stabil untuk bumiputera di Malaysia. Ia memberi sekita 7% dividen dan 3% bonus (purata 10% setahun). Mempunyai had maksimum pelaburan sebanyak RM 200,000 seorang. Penuhi dahulu sampai penuh had ini, baru pandang pelaburan lain.

Ia bukan sekadar pandangan saya, tetapi Azizi Ali (jutawan hartanah & pakar kewangan peribadi di Malaysia) turut memberi nasihat yang sama.

Jika anda ada sedikit wang, go for this. Kalau anda ada banyak wang, baru pandang instrumen pelaburan lain.

Buat Pinjaman Untuk Loan ASB. Pegawai Bank Tawarkan Pada Saya, Dia Cakap Untung.

Tidak perlu. Dan tidak seuntung mana.

Ketika di universiti, minor saya adalah financial management. Dan saya sudah kira secara matematiknya, verified, melakukan pinjaman ASB dari mana-mana bank seperti yang ditawarkan pegawai bank tidak seuntung mana. Confirm. Noktah.

Pegawai bank tersebut mungkin akan bermain dengan logik anda dengan ayat ini. Jika kita simpan sikit-sikit setiap bulan, dividen yang kita akan dapat dalam sikit-sikit juga. Memang lama-lama, simpanan kita bertambah tetapi terpaksa tunggu lama untuk menikmati dividen yang tinggi.

Tetapi apabila kita membuat pinjaman bank untuk melabur dalam ASB, kita akan menikmati dividen yang tinggi dari awal. (imagine dividen RM 100,000 dan RM 6,000 pada tahun pertama=nampak jauh berbeza bukan?).

Kali pertama saya mendengar argumen ini, saya pun terpesona. Duit percuma. Siapa tak nak?

Tetapi, secara kasar untuk memendekkan cerita, inilah senarionya:

1) Senario A: Simpan RM 500 tiap-tiap bulan selama 25 tahun, setelah 25 tahun anda akan ada dalam akaun sekurang-kurangnya, RM 379,494.23

2) Senario B: Ambil pinjaman RM 100,000 selama 25 tahun, setelah 25 tahun, paling banyak dalam akaun anda akan ada, RM 271,371.63

Jika anda lihat senario B, memang duit anda telah lebih dari double. Inilah yang pegawai bank tadi akan suruh anda tengok dan buat anda terpesona. Tetapi, faham satu perkara. Ia double bukanlah sebab bank tadi, dan bukan sebab anda pandai membuat keputusan pelaburan. Ia double sebab pegawai-pegawai Permodalan Nasional Berhad (PNB). Anda pinjam bank ke, tak ke, ia tetap akan double, at least.

Tetapi anda patut lihat kepada perbezaan hampir RM 100,000 di antara senario A dan senario B. RM 100,000 itu anda mungkin akan hilang jika anda salah menerima nasihat.

Banyak pegawai bank akan cuba meremehkan apa yang saya tulis ini jika anda suarakan pada mereka. Mereka ada macam-macam hujah,  dan saya tidak dapat menyediakan anda dengan sepenuhnya supaya anda dapat bertanya soalan-soalan bijak kepada mereka, tetapi ingatlah  satu perkara, dalam apa-apa transaksi kewangan sekalipun, bank tidak akan rugi. Bank akan pastikan mereka untung dulu sebelum anda.

Hujah terakhir, mereka akan berkata  tak apalah bank untung. Asalkan anda pun untung juga. Betul, kalau untung tu berpatutan dan kita memang memerlukan pinjaman bank. Tetapi dalam kes pelaburan ASB, kita tidak perlu pun. Jadi ia sekadar seperti kita memberi sedekah RM 100,000 secara ansuran kepada bank.

Lebih baik anda beri sedekah kepada tu kepada orang miskin yang betul-betul perlu. Dengan RM 100,000 itu, berapa maahad tahfiz anda boleh tubuhkan. 🙂

Jika anda perlu lebih clarification, do your homework first and then only email me. I will be happy to explain in more details (but make sure you are mentally prepared to crunch more numbers). 🙂

Satu perkara tambahan yang anda perlu tahu, pinjaman ASB adalah satu bentuk pinjaman. Ia akan mengambil ruang “Credit Capacity” anda. Jika anda ingin membuat pinjaman dari bank (rumah, kereta, etc), salah satu kriteria yang akan diambil kira adalah “Credit Capacity” anda.

Biasanya Credit Capacity yang okay untuk bank adalah di antara 30%-50% dari gaji bulanan anda bergantung kepada profile anda.

Jika anda sudah membuat pinjaman ASB dan belum membuat pinjaman  rumah, ada kemungkinan amaun maksimum untuk pinjaman rumah yang anda boleh ambil terhad selagi anda tidak membayar habis pinjaman ASB tersebut. Jadi orang bujang yang ingin membuat pinjaman ASB 6 angka, berhati-hati. Kira betul-betul.

Ada pengecualian tak?

Hanya satu. Jika anda memang jenis orang yang tak boleh simpan duit. Ada duit je, gerenti habis. Ada duit je, habis. Memang tidak boleh simpan langsung.

Kalau anda jenis orang macam ni, anda buatlah pinjaman bank.  Walaupun rugi RM 100,000 dalam masa 25 tahun tetapi ia adalah satu cara paling murah untuk mendisiplinkan diri.

Bagaimana Pula Dengan Hartanah? Orang Kata Hartanah Tak Akan Turun Harga? Saya Hendak Beli Rumah dan Sewakan. Tiap-tiap Bulan Duit Sewa Masuk. Duit Sewa tu Saya Akan Gunakan Untuk Bayar Loan Bank. Jadi Saya Tidak Perlu Keluarkan Duit Langsung Tiap-tiap Bulan. Cuma downpayment sahaja.

Betul dan tidak.

Apa yang dikatakan itu betul. TETAPI ada satu perkara penting.

Jika ayat diatas diutarakan setelah anda membaca, belajar dan menganalisis betul-betul kenyataan di atas, anda betul. TETAPI, jika anda hanya mengulangi ayat tersebut kerana kawan anda bercakap mengenai hartanah dan anda rasa ia membuatkan anda nampak lebih cerdik, perenggan tersebut SALAH.

Saya tipu ke? Macam mana ayat yang sama tetapi diucapkan oleh orang yang berbeza jadi betul dan salah.

Begini. Hartanah ada banyak jenis. Ada rumah teres, apartment (yang murah), kondominium (yg mahal) dan hartanah komersil sebagai contoh. Ada yang freehold dan ada yang leasehold. Ada yang di jual dari developer dan ada yang dijual dalam secondary market.

Setiap hartanah mempunyai strateginya sendiri.

Ada jenis hartanah yang amat sesuai untuk anda beli untuk “capital appreciationnya”.

Ada jenis hartanah yang amat sesuai anda beli untuk “cash flow”nya (disewakan).

Salah beli, anda akan menanggung negatif cash flow (kadar bayar balik kepada bank lebih tinggi dari kadar sewaan). Jika negatif seratus dua ratus, tak apa lagi. Bagaimana kalau negatif sehingga RM 500-700? ~tidak mustahil DAN selalu terjadi.

Salah beli juga, anda terpaksa menunggu 25 tahun untuk hartanah anda naik harga RM 20K. Sanggup? (bayangkan dengan ASB dalam tempoh 25 tahun, wang anda meningkat 300%)

Jadi adakah hartanah tidak menguntungkan?

Bukan. Hartanah sangat menguntungkan. Kepada orang yang tahu apa yang dilakukannya.  Hartanah ini seperti mesin gan. Anda boleh memburu dan menembak beberapa ekor rusa sekaligus, dan anda juga boleh menembak kepala anda sendiri sehingga berkecai.

Bagaimana untuk memastikan anda menembak rusa dan bukan kepala sendiri?

Dengan belajar menggunakannya.

A good start adalah denagn membaca buku-buku Azizi Ali.

Mahu tahu tips dan teknik yang saya gunakan secara lebih spesifik? Saya akan explain di bawah (cara saya).

Unit Trust? Kawan Saya Kata Unit Trust Untung Gila. Lagi Untung dari ASB.

Ini paling lucu sekali. Sekarang ini nasib baik ekonomi merosot, kebanyakan unit trust yang lama sedang rugi. Jadi ejen-ejen unit trust senyap sikit. Kalau tidak, mereka galak.

Beginilah saya kata. ASB pun adalah sejenis unit trust. Penuhkan ASB (200,000) dulu. Lepas tu baru pandang unit trust ni.

Strategi Pelaburan Saya (Cara Saya)

Saya berpegang kepada dua prinsip. Pertama, “opportunity of a life time comes every week” dan kedua, “Some of Your Best Investments are The One That You NEVER Take”.

Objektif/Overall Strategi Wealth Creation saya:
Untuk Mengumpulkan Kekayaan Dalam Tempoh Paling Cepat. Saya PUN tidak mahu sudah tua kerepot baru dapat pergi Paris, melancong ke seluruh dunia etc. Tetapi pada masa yang sama, saya tidak mahu mengambil risiko terlalu besar. Saya tidak mahu put all egg in one basket. Saya mahu walau apapun terjadi, saya masih ada substantial amaun sebagai safety net.

Strategi Wealth Creation Saya:
Fundamental (Low Risk): ASB.
Semua income yang saya terima, saya akan tolak  beberapa puluh percentage untuk dimasukkan ke  dalam ASB.

Ini adalah safety net dan juga aset utama yang membina net worth saya. Ini adalah foundation.

Situasi sekarang: So far, so good. Performing very-very well.

Speculation (Medium Risk): Gold
Ada beberapa pendapatan once-off saya yang saya gunakan untuk membeli emas (setelah ditolak ASB).  Ada spekulasi mengatakan harga emas akan berganda dalam tempoh beberapa tahun. Dengan keadaan ekonomi dunia yang kucar-kacir dan kadar inflasi semakin meningkat, emas dikatakan inflation-proof.

Saya tidak pasti apa yang dispekulasikan itu betul atau tidak. Tetapi saya rasa ia ada merit (saya tidak cadangkan untuk anda).

Kebetulan saya ada lebihan wang untuk dilaburkan. Dan saya mahu inflation proof pelaburan saya, just in case recession berpanjangan. Saya buat satu strategi di mana saya mula melabur dalam point yang saya mahu, dan saya akan keluar (jual pelaburan ini) dalam point-point yang saya telah tetapkan dalam strategi saya. Saya juga tidak akan terpengaruh dengan emosi dan membuat pelaburan tambahan kecuali atas merit yang betul-betul kukuh.\

Saya menanti 2012 untuk melihat sama ada keputusan saya untuk melabur dalam emas ini betul atau tidak.

Situasi sekarang: Just okay, 2-5% capital appreciation.

Opportunistic (Medium Risk): Stock.
Saya melabur dalam saham sekadar untuk belajar. Transaksi saya yang pertama, untung gila. Tetapi portfolio saya bantut dan mengecut selama dua tahun. Awal tahun ini, ia recover. Selepas itu saya trauma sekejap sebelum saya revamp kembali portfolio dan strategi pelaburan saya.

Saya tidak akan tambah pelaburan saham lagi. Apa yang ada sekarang, itulah yang saya akan gunakan. Saya masuk dan keluar pasaran dengan tidak berapa berdisiplin. Saya ada beberapa target yang sederhana untuk dicapai dengan portfolio saya ini.

Situasi sekarang: Just okay. 2-5%, dividen+capital appreciation.

Accelaration (High Risk) : Business
Saya terlibat dalam beberapa perniagaan sendiri (bukan MLM dsbnya). Ini adalah syarikat saya/partner saya dan kami membangunkannya. Sangat best dan menyeronokkan.

Tetapi bukan untuk semua orang. Ingatlah, high risk, high return.

Saya pernah menjana 5 angka dalam masa yang amat sekejap, dan juga “burn” 5 angka dalam masa yang amat sekejap juga (4 bulan sahaja). But it is fulfilling dan menyeronokkan. Selain satu-satunya cara yang kredible untuk menjana kekayaan dalam masa yang singkat.

Jadi, inilah strategi saya dan inilah portfolio saya. Diharapkan anda dapat belajar sesuatu.

Kenapa saya tidak melabur dalam hartanah?

Saya hendak. Dan saya sedang mencari-cari hartanah pertama saya. Saya ada target price dan target location. Saya tidak akan membayar lebih dari apa yang saya target itu. Saya tidak akan beli hartanah sekadar untuk beli. Selagi saya tidak berjumpa dengan hartanah yang saya cari, saya tidak akan melibatkan diri.

Last but not least, pelaburan yang paling baik adalah pelaburan dalam diri anda. Jadi melaburlah untuk memandaikan diri anda dahulu. Selepas itu, baru melabur dalam pelaburan-pelaburan lain.

Good luck!

Sabri

p/s: Satu lagi perkara penting. The more you give, the more you will receive. Jangan lupa banyakkan memberi. Mulakan dengan membayar zakat pendapatan (bukan sahaja zakat fitrah time raya!). Zakat pendapatan dipotong dari gaji anda. Hubungi HR di tempat anda untuk membuat potongan setiap bulan. Ia dikecualikan dari cukai.

Saya belajar satu perkara dari mentor saya dan it works so far for me. Jangan bayar zakat pada nilai pendapatan anda sekarang, tetapi bayarlah zakat tersebut pada nilai pendapatan yang anda mahu capai 2 tahun dari sekarang. Saya dapati banyak urusan saya dipermudahkan dan belum pun sampai 2 tahun, saya betul-betul telah mencapai nilai target saya itu. Cuba try! 🙂

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress