Life; The Next Chapter

January 7, 2022

Iraq1203: Defensif

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 8:55 pm

Dalam pengalaman saya hidup sekitar 36 tahun ni, satu perkara yang saya belajar. Kita jangan terlalu defensif. Kalau boleh jangan langsung. Defensif ini membuka kelemahan kita, kita memberitahu orang yang kita sensitif mengenai sesuatu itu dengan cara yang paling tidak bergaya dan teruk sekali.

Apabila ini terjadi, orang akan tahu di mana untuk press button kita jika mereka ingin mengusik kita. Akhirnya nanti kita akan terbawa-bawa dengan emosi.

Defensif juga boleh menyebabkan benda kecil jadi besar. Bersikap defensif adalah seperti fanning the fire. Benda yang boleh berlalu tanpa banyak isu, tiba-tiba menjadi isu besar. Jika kita ignore sahaja atau buat-buat tak ada apa, kita akan membiarkan orang yang mencari-cari point untuk mengenakan kita tidak dapat meneka bagaimana untuk trigger kita.

Secara naturalnya, saya seorang yang tidak suka berkonfrontasi. Saya seorang yang agreeable. Saya tak suka bermusuh dengan sesiapa mahupun mengecilkan hati sesiapa. Jadi kadang-kadang ada kalanya dalam sesuatu diskusi, saya tidak suka ke arah mana diskusi itu dibawa. Tetapi saya tidak boleh betah banyak sangat sebab nanti kelihatan defensif.

Ah parah…

January 1, 2022

Iraq 1202: Tahun Baru

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 3:24 am

Tahun 2022 ini adalah tahun yang menggentarkan. Satu perkara yang bagus adalah, kebanyakan cabaran baru yang akan saya hadapi telah diforecast. Cabaran baru sudah tentu datang dengan sedikit excitement, tetapi sedikit sahajalah. Ia juga datang dengan trepidation, apabila kita melangkah keluar dari comfort zone kita. Lagi-lagi apabila kebelakangan ini, saya sebenarnya agak menikmati kehidupan. Jadi bila nak keluar dari comfort zone tu, jadi macam dilema. Perlu ke? Will it be better or worse?

Tetapi seperti mana dalam kehidupan selalunya, kita tidak dapat mengawal angin. Apa yang kita boleh lakukan adalah mengawal layar kapal kita. Hopefully, badai tidak lah terlalu kuat.

Sebagai contoh, insya-allah catatan dari Iraq akan berakhir dalam suku ketiga (hopefully keempat) tahun ini. Pada masa yang sama, saya telah menerima khabar-khabar yang saya akan menjadi pemastautin di tempat baru. Saya menerima berita ini seperti mana saya menerima berita-berita seperti ini dulu. Dengan harapan ia akan berakhir seperti itu juga. haha..

Mengikut apa yang saya pernah lalui sendiri, khabar angin pertama (dan kedua) biasanya akan hanya menjadi khabar angin. Terlalu banyak perkara akan terjadi in between dan angin tersebut akhirnya mati begitu sahaja. Namun, untuk saya mengharapkan ia juga menjadi begitu kali ini adalah seperti cuba untuk memberi harapan palsu kepada diri sendiri. Jadi saya memilih tidak begitu. Saya memilih untuk menghadapinya. Ya, jika perpindahan itu akan terjadi, maka jadilah. One way or another, saya perlu bersedia.

Pada masa yang sama, saya suka suasana kerja yang saya hadapi sekarang. Stressnya ada, sudah tentu. Tetapi mengikut pengalaman saya, di mana-mana pun stress. Cuma di sini stressnya berbaloi.

Sebagai medium catatan saya, saya rasa saya perlu merekodkan di blog ini yang saya sedang cuba mencari-cari tempat di mana stress yang saya hadapi, berbaloi. Of course, lebih baik jika tiada stress.

Semoga saya berjaya.

On the same note, tahun ini saya rasa tidak akan ada sesi Annual Audit lagi. 2021, tahun di mana negara kita being ravaged by Covid. Jadi room for growth tu agak restricted. Here’s to a better 2022, semoga mentari mula menyinar semula dengan nyaman.

December 26, 2021

Iraq 1201: Selamat Hari Jadi

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 4:20 am

Hari ini genap usia saya 36 tahun. Ini adalah hari jadi paling low-key dalam hidup saya sejak kira-kira 10 tahun lepas. By no means, memang saya jarang sambut hari jadi saya (rasanya kali terakhir pun ketika usia 8 tahun di Endau). Saya bukanlah dari keluarga yang menyambut hari jadi.

Kebelakangan ini adalah wish-wish begitu tetapi tahun ini lebih low-key lagi. Memandangkan saya juga telah mengurangkan aktiviti di FB, lagilah kurang wish-wish birthday tersebut.

Generally saya okay, walaupun adalah terasa juga sedikit low-keynya.

Lagi-lagi syahdu bila mengetahui yang berkemungkinan besar ini adalah hari jadi saya yang terakhir di sini.

Saya sekarang sedang masuk fasa yang sebelum ini saya hanya lihat rakan-rakan saya lalui. Baru saya faham kenapa lepas 3 tahun ramai sudah mulai kurang sabar dengan cabaran-cabaran kerja di sini. Awal bulan ini satu sekatan baru dikenakan kepada rakan setugas berbangsa tempatan dalam department kami.

Natijahnya, saya sekarang sedang melakukan kerja 8 orang serentak. Okay, jika kerja-kerja ini saya yang buat dari awal, memang berat tapi okay lagi. At least saya tahu hujung, pangkal. Tapi bila sambung kerja colleague tempatan ni, macam kena humban dalam laut yang sedang dilanda taufan.

Tapi saya cuba je lah yang terbaik. It’s the price that I have to pay.

Lagipun, saya simpati juga dengan rakan-rakan berbangsa tempatan ini. I do not want to be in their place. Keadaan mereka mungkin lebih parah.

Ini definitely hadiah hari jadi yang saya tidak ingini.

November 14, 2021

Konklusi #2: Prolog-12 Mighty Orphans

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 5:00 pm

Saya menulis nota ini ketika berada di paras 37000 kaki dalam penerbangan DOH-KUL. Nota ini dipublish ketika saya berada dalam kuarantin, dalam siri “KONKLUSI”. Saya percaya ini adalah siri terakhir dalam tempoh endemik Covid 19, di mana mulai tahun depan, tidak akan ada lagi kuarantin untuk pengembara dari luar yang tiba di Malaysia.

Maafkan saya juga jika intro tersebut agak poyo, poyo memang tema untuk nota kali ini. Feel free to skip, tapi this is me. Adakalanya, “semangat” itu datang tiba-tiba, apatah lagi selepas menonton movie inspirasi seperti “12 Mighty Orphans” ini. Lagipun, saya suka apa-apa teks yang ditulis dalam keadaan mengembara seperti ditulis ketika berada di paras 37000 kaki itu. Bunyinya seperti cool. haha.. indulge me.

Perjalanan Outbound

Perjalanan outbound kami dari kem kali ini lebih mencabar dari biasa. Pertamanya, boleh saya katakan musim sejuk di Iraq baru bermula secara rasmi. Banyak dari kami yang underprepared dengan pakaian yang tidak cukup tebal. Kami juga bertolak lebih awal dari biasa, jam 2.30 pagi dari kem. Bermaksud dari malam semalam, saya tidak tidur.

Sekarang, waktu Iraq adalah 10.43 malam yang bermaksud, sudah lebih 30 jam saya tidak tidur dengan proper. Saya adalah melelapkan mata dalam 3 kali sepanjang perjalanan ini, lebih kurang 2 jam setiap kali, but that’s it.

Menambahkan sedikit cerita, transport kami kali ini merupakan coaster ad-hoc yang biasanya digunakan untuk perjalanan  jarak dekat, “infield” (kerana salah satu dari dua syarikat konvoi keselamatan kami bermasalah dan tidak dapat bertugas), seat transport tersebut tidak sesuai untuk jalan jauh. Imagine seat bas tambah zaman dulu “seat mati”, ke kiri ke kanan, kami berpusing-pusing. Selepas kira-kira 6 jam perjalanan darat dari kem ke airport, hampir semua kami mengeluh sakit leher.

Di dalam flight outbound ini, sebenarnya boleh sahaja jika saya mahu tidur dengan agak selesa. Tetapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian. (ataupun saya cuma akan tidur selepas selesai menulis nota ini atau selepas solat subuh nanti). Saya nak menikmati perjalanan ini dengan maksima.

Perjalanan outbound (Iraq-Malaysia) adalah di mana kami boleh dapatkan “mileage” terbanyak, sebab nanti sampai Malaysia, semua kemudahan ada, bersih dan senang didapati. Perjalanan dari airport di Malaysia ke hotel pun tidak lama. Berbanding dengan perjalan inbound (Malaysia-Iraq), kami kena lebih berhati-hati sebab bila landing nanti, kami masih ada 6 jam perjalanan darat dari airport ke kem, dan selepas sampai kem pula, kena hit the ground running.

Sebelum saya menulis mengenai filem 12 Mighty Orphans yang saya tonton sebentar tadi, saya perlu menceritakan mengenai cerita pendek terbitan dan lakonan Rosyam Nor yang saya tonton semalam. Ia menceritakan mengenai pengorbanan seorang ayah untuk anaknya (dan keluarganya).

Ayah dalam cerita tersebut merupakan seorang peniaga gerai yang membanting tulang empat kerat saban hari. Saya boleh relate, bukan sahaja sebab ayah saya seorang pemandu teksi dan emak saya bangun awal pagi untuk buat kuih sebelum bekerja 8-5 untuk membesarkan kami adik-beradik, tetapi saya dapat relate sebab saya juga saya seperti ayah dalam cerita tersebut.

Ayah, suami, wira yang tidak didendang.

Walaupun saya tidak membanting tulang dan hidup sukar. Walaupun hidup kami selesa, alhamdulillah, lebih dari mencukupi. Tetapi saya juga bekerja keras dalam cara saya sendiri. Nampak saya enjoy apa yang saya buat, tetapi ia datang dengan tekanan yang saya jarang kongsi. Itu baru tekanan mental, tidak kata tekanan fizikal seperti perjalanan berjam-jam yang saya sedang harungi ini.

Memang naik kapal terbang, tetapi tidak bermakna ia mudah untuk fizikal yang melaluinya. Tidak bermaksud ia tidak sepenat nelayan yang turun ke laut. Tidak juga lebih selesa dari petani yang membanting tulang di ladang.

Ya, nampak memanglah ini kehidupan T20. Tetapi setiap dari kita are fighting their own battle in their own way. Tidak bermaksud jika kami tidak berpeluh, bermandi keringat dibakar mentari (which we does! 50C in summer yo), kami tidak berkorban. 

Bertugas di negara yang bergolak, keselamatan kami jadi taruhan. Pengalaman “Ops Selamat” minggu lepas mengingatkan saya yang, garis pemisah di antara mereka dan saya, cuma satu garisan halus di padang pasir. It can as well be me. Kami sama-sama mencari rezeki di padang pasir lembah Babylon. Ini adalah pengorbanan kami.

Poyo kan bila “wira yang tidak didendang” mendendangkan pencapaiannya sendiri. Tetapi pada saya, it doesn’t matter. Sebab kalau diharapkan orang sedar sendiri, mungkin itu tidak akan berlaku. I am positif, I am contented and capable of appreciating myself. I live life with no regrets.

12 Mighty Orphans

Filem ini adalah filem inspirasi yang mengisahkan sebuah pasukan American Football yang terdiri dari 12 orang anak-anak yatim yang dipimpin oleh guru mereka, bekas anak yatim juga. Mereka ini “underdog” terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran di dalam dan diluar padang, sebelum berjaya menjadi johan daerah dan pergi ke peringkat negeri Texas.

Di peringkat negeri, mereka tewas tipis kepada sebuah pasukan yang agak hebat. Di minit terakhir, mereka gagal melakukan touch-down (short of only a few inches). Dan tewas cuma dengan satu mata.

Dalam perjalanan pulang, salah seorang dari pemain tersebut meminta maaf dari coach mereka, “I fell short coach” (merujuk kepada a few inches tadi, di mana jika dia dapat bawa bola beberapa inci sahaja lagi, sudah tentu mereka akan menang). Coach tersebut berkata, “No son, you didn’t fall short. You have gone farther than what anyone can only dream off.” (merujuk kepada bagaimana dari status sebagai underdog, mereka berjaya menundukkan ramai pasukan sebelum tewas di peringkat negeri dan menidakkan sangkaan ramai yang mereka akan tewas di peringkat awal lagi).

Saya teringat detik-detik dalam diri saya di mana saya tewas atau mengalami kegagalan. Ada, mujurlah tidak banyak walaupun sesetengahnya signifikan, ia tidak banyak, tetapi alhamdulillah, I am where I am now. 

Antaranya saya teringat ketika kami kecundang di pertandingan bahas peringkat negeri Selangor di tangan KISAS (itu adalah cuma kali kedua kami tewas, kami kurang pengalaman bertanding secara kompetitif). Berbeza dengan kekalahan pertama kami pada tahun sebelumnya di tangan Sekolah Tuanku Jaafar (di mana kami rasa perlawanan tersebut 50-50), di tangan KISAS, kami memang outclassed. (KISAS adalah johan negeri dan johan PPM pada tahun tersebut). Saya terpaksa admit.

Sebelum itu, saya perlu ceritakan background story. Kami adalah dari pasukan dari batch perintis sekolah. Sekolah kami tidak ada tradisi. Saya seorang yang naturally positif. Saya sentiasa percaya yang kami sama berbakat dengan sekolah-sekolah lain yang penuh tradisi (sekolah “branded”). Jika kami bertanding membawa nama dan memakai blazer sekolah-sekolah “branded”, kami akan ada unfair advantage, sebab reputasi sekolah juga ada faktor yang boleh influense psikologi lawan. (kami berjaya membuktikannya di PPM tahun tersebut setelah berjaya menumpaskan beberapa sekolah “branded”).

Namun pada ketika itu, dalam perdebatan dengan KISAS itu saya rasa seperti the Mighty Orphans tersebut. Jangan salah sangka, pendebat pertama KISAS adalah johan pidato Piala Diraja, namun saya rasa kami masih neck to neck ketika itu. Pendebat kedua KISAS pun hebat. Saya sedikit terkesima dan cuak, sebab jarang kami dicabar sesengit itu sehingga up to pusingan kedua (to be fair sebelum itu di peringkat daerah, cabaran tidak terlalu payah). Tetapi bila pendebat ketiga mereka mula berucap, memang kami kena steam roll habis. Saya rasa boleh consider kami kena KO di pusingan ketiga tu.

Sedih memang sedih, tapi sedihnya sedikit berbeza. Bila kita kalah, bila kita gagal kerana kita “outclassed”, ia berbeza dengan gagal bila 50-50. Ia gagal yang pasrah. Sebab kita tahu, walaupun kita dah cuba yang terbaik, level terbaik kita itu memang masih tidak mencukupi.

Jadi mesej yang ingin saya sampaikan adalah, walaupun kita gagal, anda gagal. Usahlah bersedih. Anda bukan gagal. Cuma langkahan anda terhenti. Perjalanan anda up to the point ketika langkah anda terhenti itu, still adalah satu perjalanan yang hebat dan memberangsakan.

So, stand tall and walk proud. There is no failure, if you have done your absolute best.

November 10, 2021

Iraq 1106+1: Ergo “Ops Selamat”

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 11:20 pm

Sejuk sangat. Satu perkara yang konsisten mengenai negara ini adalah situasinya yang extreme. Jika di awal TOD ini saya berkongsi setting aircond pada suhu 26C, hari ini untuk buka aircond pun sudah dikira sejuk. Saya tak bercadang untuk buka heater lagi, kerana julat suhu harian masih besar. Kalau buka heater, nanti panas tak boleh tidur pula. Dalam TOD yang sama, boleh ada swing 40C di waktu siang dan 10C di waktu malam.

Sudah tiga hari saya cuba bertahan di waktu pagi. Sebelum tidur, saya on aircond dengan timer untuk tiga jam. Mula-mula saya cuba bertahan dengan beritahu diri sendiri yang ini sejuk pagi yang normal. Saya cuba sarungkan long john untuk solat subuh. Mujurlah memang saya tinggalkan satu di sini. Tetapi pagi ini saya surrender. Long john pun tidak mencukupi.

Dah lah saya tinggalkan jaket di Malaysia (space luggage terhad dan jaket mengambil tempat yang signifikan). Saya ingat berdasarkan forecast suhu, boleh bertahan sehingga tamat TOD ini. Rupanya saya salah. Ini saya kena take note nanti, jika masih berada di sini bulan November tahun depan.

Buat masa sekarang, badan saya masih bertahan walaupun ada tanda-tanda untuk give up. Diharapkan saya akan sihat sehingga habis.

Dalam TOD ini juga saya berpeluang untuk terlibat dalam “Ops Selamat” di mana objektif kami adalah untuk membawa pulang 17 orang warga Malaysia. Sepatutnya masih p&c lagi selagi tayar kapal terbang masih belum berlepas, tetapi memandangkan blog ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan bukanlah popular sangat, jadi saya rasa boleh kot tulis, lagipun kami telah stand down.

Yang buat perkara ini mencabar adalah kerana 16 dari 17 orang tadi ada halangan yang membuatkan perjalanan mereka ke luar kem terhalang. Jika anda pernah menonton filem Ergo, haa… lebih kurang begitu lah. Beberapa orang pegawai kami terpaksa di hantar di Baghdad, bahkan ada seorang pegawai perlu dihantar balik hari ke Jordan.

Setiap hari ada plot twist, di mana rancangan kami di hari berikutnya perlu diubah. Kalau mengikut pelan asal, pegawai kedutaan dari Jordan akan datang ke Iraq untuk menghantar dokumen (negara kita tidak ada kedutaan di sini, kedutaan “angkat” yang terdekat untuk kami berurusan adalah di Jordan), namun kerana halangan tertentu, ia tidak dapat berlaku dan pegawai kami terpaksa melakukan misi ke Jordan tersebut.

Saya rasa ini dah hampir boleh dijadikan kes study ketika orientasi (dulu ketika orientasi mula-mula menyertai syarikat ini, kami melakukan simulasi “decision making”. Di mana ada sekumpulan manusia terperangkap di dalam gua, dan dalam kumpulan kami perlu membuat keputusan prioriti dan bagaimana untuk mengeluarkan mereka).

Setelah 3-4 hari plot twist ke arah yang lebih susah dengan kemuncaknya semalam, hari ini seperti plot twist semalam menjurus ke arah kejutan yang positif. Harapnya begitulah, tetapi selagi tayar kapal terbang tidak bertolak meninggalkan landasan dengan 17 orang tersebut, sukar nak kata apa-apa. Pukul 11 pagi esok, barulah boleh tahu secara tuntas dan wrap down for good.

October 31, 2021

Iraq 1105: Interesting Observation

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 8:33 pm

Saya pernah terbaca yang kita akan lebih selalu notice model kereta yang kita hendak beli di jalanraya berbanding dengan model-model lain (secara relatif). You see more of, what you pay attention to.

Baru-baru ini, saya baru tahu yang seorang kenalan saya pernah berada dalam situasi yang sama dengan saya. Saya agak terkejut juga, sebab tak sangka dan selama ini tak pernah pun ada bunyi-bunyi mengenai hal ini.

Selepas beberapa hari, tiba-tiba saya connect beberapat dots yang lalu di hadapan saya dalam tempoh tersebut dan cuba untuk tracing seorang lagi rakan saya yang lain. Dengan intuisi dan logik, saya membuat deduksi yang seorang lagi kenalan kami ini turut berada dalam situasi yang serupa.

Ia satu observasi yang menarik dan memberi saya sedikit semangat. Situasi yang saya lalui ini tidak unik kepada saya seorang. Bahkan ada yang melaluinya lebih awal.

Saya berfikir dan berfikir lagi. What went wrong for them? Tak mungkin mereka teruk sangat. Kalau nak dianggap saya ini peguam, mereka adalah “Lawyer’s lawyer”. Kalau saya adalah doktor, mereka adalah “Doctor’s doctor”.

Sebagaimana mungkin pandangan external kepada saya. On paper, we are good assets. Even saya rasa kami mendapat pendidikan yang secukupnya untuk sepatutnya menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Apapun, saya rumuskan ini mungkin ujian untuk kami. We are far from perfect, of course. Cuma ada masanya, bila kita tak do well in our exam, kita kena re-evaluate dan assess balik, tengok kat mana weakness kita dan try to improve. Mungkin ada topik yang kita tak mahir, kurang latihan, atau kira berada dalam stream yang tak sesuai. Soalan exam SBP mungkin tak sama tahap susahnya dengan soalan exam sekolah harian.

Cuma observation ini memberi saya lebih kekuatan dan semangat untuk terus mara ke depan dengan yakin!

October 24, 2021

Iraq 1104: Budaya Tempatan

Filed under: Adventures,Iraq — Sabri @ 4:06 pm

Jika di Malaysia, antara “tabiat” dan budaya kita di Malaysia adalah antaranya, tinggalkan ketulan terakhir di dalam pinggan untuk “orang belakang” (walaupun takde orang lain dah pun). Selalu ada reluctance untuk ambil dan makan ketulan terakhir tu.

Di sini saya ingin catatkan budaya masyarakat tempatan di sini.

Tuan Rumah Akan Rasa Sangat Malu Jika Tetamu Menghabiskan Semua Makanan Yang Dihidang

Budaya Arab di mana-mana sekalipun, hidangan mereka memang extravagant. Bukan dari segi mewah, tetapi dari segi kuantiti. Mereka mungkin hidangkan roti dan kebab sahaja, tapi untuk 4 orang makan, mereka akan hidangkan macam 10 orang makan. Makan dengan mereka, memang pasti akan banyak tak habis.

Dan mereka bukanlah orang yang berkira mengenai makanan. Kalau kita yang bagi mereka duit untuk beli makanan, dan kita bagi sedikit atau cukup-cukup (supaya mereka tak beli lebih), sesama mereka nanti akan kumpul duit untuk tambah. Hatta kalau bagi general worker untuk tolong belikan pun, kalau mereka terlibat dalam jamuan itu, mereka akan buat benda yang sama (kecuali kalau kita order untuk makan kita seorang. Tetapi kalau nak buat jamuan, mereka memang macam tu). Cubalah cakap jangan membazir ke, apa ke, budaya mereka memang macam tu. Kita kena faham. Jadi kalau anda tengok ada gambar Arab makan 3-4 orang tapi hidangan seekor kambing di depan mereka, jangan salahkan mereka. Mereka memang dibesarkan dengan budaya macam tu, mereka tak dapat nak imagine cara hidup yang lain.

(saya rasa) Mereka mungkin pantang dengan orang yang kedekut.

Saya ada tanya-tanya juga kepada staff tempatan mengenai budaya “banyak makanan” mereka ini. Mereka menceritakan kepada kami, yang pada mereka, tetamu perlu diraikan (proven. Ini satu lagi budaya mereka). Jadi mereka sebagai anak tempatan, menganggap kami tetamu. Jadi kalau buat makan-makan, walaupun ada yag kami bayar, tetapi jika mereka terlibat, mereka anggap mereka adalah “host” kami. Perlu dedahkan kami dengan budaya mereka.

Dalam budaya mereka, mereka sebagai tuan rumah perlu pastikan yang makanan untuk tetamu sentiasa lebih. Jadi mereka perlu pastikan yang sebanyak mana tetamu makan, mesti ada lebih lagi. Kalau tetamu berjaya habiskan makanan yang tuan rumah hidangkan, bermakna tuan rumah tu miskin. Tak cukup kaya.

Jadi itu sedikit tips, kalau anda ke rumah orang Arab, walau sesedap mana pun makanan yang dihidangkan, jangan sapu licin ataupun jangan terasa anda kena habiskan. Boleh meletup perut nanti.

Seorang lagi staf kami menceritakan, kalau di zaman dulu-dulu, apabila ada tetamu datang ke rumah, mereka akan sembelih dua ekor kambing. Seekor kambing akan dimasak untuk dimakan (untuk lunch atau dinner), dan seekor kambing lagi akan dipotong dan diletakkan dalam dulang. Kambing yang diletakkan di dalam dulang tu akan dibagitau kepada tetamu, “tinggal di sini satu hari lagi, kambing dalam dulang tu untuk kamu makan esok.”

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress