Life; The Next Chapter

August 2, 2010

Semua Yang Saya Tahu Mengenai Wang & Pelaburan

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 9:44 am

Adik saya bakal melangkah ke alam dewasa pada bila-bila masa sekarang (sebaik sahaja perangainya matang, sebab dari segi umur memang dah dewasa). Dan seorang lagi akan menurutinya dalam masa terdekat. Di samping itu saya melihat ramai rakan saya yang dapat memanfaatkan apa yang saya ingin tulis hari ini khususnya dan golongan profesional muda lain khususnya.

Mari kita bercakap mengenai wang. Mencarinya, menyimpannya, menggandakannya dan sedikit mengenai membelanjakannya. 🙂

Apa yang akan saya akan kongsi hari ini sedikit kontroversi dan ia 100% berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya selama ini. Ada yang tidak akan bersetuju.  Anggaplah ini sebagai satu lagi pesanan saya untuk adik saya. Anda yang lain bebas untuk memilih untuk menerima atau menolak pandangan saya ini. Saya cuma ingin membantu anda dari membuat kesilapan yang mahal. 🙂

Semoga bermanfaat.

Saya Ada Sedikit Wang Lebih, Ke Mana Saya Patut Laburkan Wang Saya Untuk Mendapatkan Pulangan Yang Baik?

ASB. ASB. ASB.

ASB adalah instrumen pelaburan terbaik, konsisten dan stabil untuk bumiputera di Malaysia. Ia memberi sekita 7% dividen dan 3% bonus (purata 10% setahun). Mempunyai had maksimum pelaburan sebanyak RM 200,000 seorang. Penuhi dahulu sampai penuh had ini, baru pandang pelaburan lain.

Ia bukan sekadar pandangan saya, tetapi Azizi Ali (jutawan hartanah & pakar kewangan peribadi di Malaysia) turut memberi nasihat yang sama.

Jika anda ada sedikit wang, go for this. Kalau anda ada banyak wang, baru pandang instrumen pelaburan lain.

Buat Pinjaman Untuk Loan ASB. Pegawai Bank Tawarkan Pada Saya, Dia Cakap Untung.

Tidak perlu. Dan tidak seuntung mana.

Ketika di universiti, minor saya adalah financial management. Dan saya sudah kira secara matematiknya, verified, melakukan pinjaman ASB dari mana-mana bank seperti yang ditawarkan pegawai bank tidak seuntung mana. Confirm. Noktah.

Pegawai bank tersebut mungkin akan bermain dengan logik anda dengan ayat ini. Jika kita simpan sikit-sikit setiap bulan, dividen yang kita akan dapat dalam sikit-sikit juga. Memang lama-lama, simpanan kita bertambah tetapi terpaksa tunggu lama untuk menikmati dividen yang tinggi.

Tetapi apabila kita membuat pinjaman bank untuk melabur dalam ASB, kita akan menikmati dividen yang tinggi dari awal. (imagine dividen RM 100,000 dan RM 6,000 pada tahun pertama=nampak jauh berbeza bukan?).

Kali pertama saya mendengar argumen ini, saya pun terpesona. Duit percuma. Siapa tak nak?

Tetapi, secara kasar untuk memendekkan cerita, inilah senarionya:

1) Senario A: Simpan RM 500 tiap-tiap bulan selama 25 tahun, setelah 25 tahun anda akan ada dalam akaun sekurang-kurangnya, RM 379,494.23

2) Senario B: Ambil pinjaman RM 100,000 selama 25 tahun, setelah 25 tahun, paling banyak dalam akaun anda akan ada, RM 271,371.63

Jika anda lihat senario B, memang duit anda telah lebih dari double. Inilah yang pegawai bank tadi akan suruh anda tengok dan buat anda terpesona. Tetapi, faham satu perkara. Ia double bukanlah sebab bank tadi, dan bukan sebab anda pandai membuat keputusan pelaburan. Ia double sebab pegawai-pegawai Permodalan Nasional Berhad (PNB). Anda pinjam bank ke, tak ke, ia tetap akan double, at least.

Tetapi anda patut lihat kepada perbezaan hampir RM 100,000 di antara senario A dan senario B. RM 100,000 itu anda mungkin akan hilang jika anda salah menerima nasihat.

Banyak pegawai bank akan cuba meremehkan apa yang saya tulis ini jika anda suarakan pada mereka. Mereka ada macam-macam hujah,  dan saya tidak dapat menyediakan anda dengan sepenuhnya supaya anda dapat bertanya soalan-soalan bijak kepada mereka, tetapi ingatlah  satu perkara, dalam apa-apa transaksi kewangan sekalipun, bank tidak akan rugi. Bank akan pastikan mereka untung dulu sebelum anda.

Hujah terakhir, mereka akan berkata  tak apalah bank untung. Asalkan anda pun untung juga. Betul, kalau untung tu berpatutan dan kita memang memerlukan pinjaman bank. Tetapi dalam kes pelaburan ASB, kita tidak perlu pun. Jadi ia sekadar seperti kita memberi sedekah RM 100,000 secara ansuran kepada bank.

Lebih baik anda beri sedekah kepada tu kepada orang miskin yang betul-betul perlu. Dengan RM 100,000 itu, berapa maahad tahfiz anda boleh tubuhkan. 🙂

Jika anda perlu lebih clarification, do your homework first and then only email me. I will be happy to explain in more details (but make sure you are mentally prepared to crunch more numbers). 🙂

Satu perkara tambahan yang anda perlu tahu, pinjaman ASB adalah satu bentuk pinjaman. Ia akan mengambil ruang “Credit Capacity” anda. Jika anda ingin membuat pinjaman dari bank (rumah, kereta, etc), salah satu kriteria yang akan diambil kira adalah “Credit Capacity” anda.

Biasanya Credit Capacity yang okay untuk bank adalah di antara 30%-50% dari gaji bulanan anda bergantung kepada profile anda.

Jika anda sudah membuat pinjaman ASB dan belum membuat pinjaman  rumah, ada kemungkinan amaun maksimum untuk pinjaman rumah yang anda boleh ambil terhad selagi anda tidak membayar habis pinjaman ASB tersebut. Jadi orang bujang yang ingin membuat pinjaman ASB 6 angka, berhati-hati. Kira betul-betul.

Ada pengecualian tak?

Hanya satu. Jika anda memang jenis orang yang tak boleh simpan duit. Ada duit je, gerenti habis. Ada duit je, habis. Memang tidak boleh simpan langsung.

Kalau anda jenis orang macam ni, anda buatlah pinjaman bank.  Walaupun rugi RM 100,000 dalam masa 25 tahun tetapi ia adalah satu cara paling murah untuk mendisiplinkan diri.

Bagaimana Pula Dengan Hartanah? Orang Kata Hartanah Tak Akan Turun Harga? Saya Hendak Beli Rumah dan Sewakan. Tiap-tiap Bulan Duit Sewa Masuk. Duit Sewa tu Saya Akan Gunakan Untuk Bayar Loan Bank. Jadi Saya Tidak Perlu Keluarkan Duit Langsung Tiap-tiap Bulan. Cuma downpayment sahaja.

Betul dan tidak.

Apa yang dikatakan itu betul. TETAPI ada satu perkara penting.

Jika ayat diatas diutarakan setelah anda membaca, belajar dan menganalisis betul-betul kenyataan di atas, anda betul. TETAPI, jika anda hanya mengulangi ayat tersebut kerana kawan anda bercakap mengenai hartanah dan anda rasa ia membuatkan anda nampak lebih cerdik, perenggan tersebut SALAH.

Saya tipu ke? Macam mana ayat yang sama tetapi diucapkan oleh orang yang berbeza jadi betul dan salah.

Begini. Hartanah ada banyak jenis. Ada rumah teres, apartment (yang murah), kondominium (yg mahal) dan hartanah komersil sebagai contoh. Ada yang freehold dan ada yang leasehold. Ada yang di jual dari developer dan ada yang dijual dalam secondary market.

Setiap hartanah mempunyai strateginya sendiri.

Ada jenis hartanah yang amat sesuai untuk anda beli untuk “capital appreciationnya”.

Ada jenis hartanah yang amat sesuai anda beli untuk “cash flow”nya (disewakan).

Salah beli, anda akan menanggung negatif cash flow (kadar bayar balik kepada bank lebih tinggi dari kadar sewaan). Jika negatif seratus dua ratus, tak apa lagi. Bagaimana kalau negatif sehingga RM 500-700? ~tidak mustahil DAN selalu terjadi.

Salah beli juga, anda terpaksa menunggu 25 tahun untuk hartanah anda naik harga RM 20K. Sanggup? (bayangkan dengan ASB dalam tempoh 25 tahun, wang anda meningkat 300%)

Jadi adakah hartanah tidak menguntungkan?

Bukan. Hartanah sangat menguntungkan. Kepada orang yang tahu apa yang dilakukannya.  Hartanah ini seperti mesin gan. Anda boleh memburu dan menembak beberapa ekor rusa sekaligus, dan anda juga boleh menembak kepala anda sendiri sehingga berkecai.

Bagaimana untuk memastikan anda menembak rusa dan bukan kepala sendiri?

Dengan belajar menggunakannya.

A good start adalah denagn membaca buku-buku Azizi Ali.

Mahu tahu tips dan teknik yang saya gunakan secara lebih spesifik? Saya akan explain di bawah (cara saya).

Unit Trust? Kawan Saya Kata Unit Trust Untung Gila. Lagi Untung dari ASB.

Ini paling lucu sekali. Sekarang ini nasib baik ekonomi merosot, kebanyakan unit trust yang lama sedang rugi. Jadi ejen-ejen unit trust senyap sikit. Kalau tidak, mereka galak.

Beginilah saya kata. ASB pun adalah sejenis unit trust. Penuhkan ASB (200,000) dulu. Lepas tu baru pandang unit trust ni.

Strategi Pelaburan Saya (Cara Saya)

Saya berpegang kepada dua prinsip. Pertama, “opportunity of a life time comes every week” dan kedua, “Some of Your Best Investments are The One That You NEVER Take”.

Objektif/Overall Strategi Wealth Creation saya:
Untuk Mengumpulkan Kekayaan Dalam Tempoh Paling Cepat. Saya PUN tidak mahu sudah tua kerepot baru dapat pergi Paris, melancong ke seluruh dunia etc. Tetapi pada masa yang sama, saya tidak mahu mengambil risiko terlalu besar. Saya tidak mahu put all egg in one basket. Saya mahu walau apapun terjadi, saya masih ada substantial amaun sebagai safety net.

Strategi Wealth Creation Saya:
Fundamental (Low Risk): ASB.
Semua income yang saya terima, saya akan tolak  beberapa puluh percentage untuk dimasukkan ke  dalam ASB.

Ini adalah safety net dan juga aset utama yang membina net worth saya. Ini adalah foundation.

Situasi sekarang: So far, so good. Performing very-very well.

Speculation (Medium Risk): Gold
Ada beberapa pendapatan once-off saya yang saya gunakan untuk membeli emas (setelah ditolak ASB).  Ada spekulasi mengatakan harga emas akan berganda dalam tempoh beberapa tahun. Dengan keadaan ekonomi dunia yang kucar-kacir dan kadar inflasi semakin meningkat, emas dikatakan inflation-proof.

Saya tidak pasti apa yang dispekulasikan itu betul atau tidak. Tetapi saya rasa ia ada merit (saya tidak cadangkan untuk anda).

Kebetulan saya ada lebihan wang untuk dilaburkan. Dan saya mahu inflation proof pelaburan saya, just in case recession berpanjangan. Saya buat satu strategi di mana saya mula melabur dalam point yang saya mahu, dan saya akan keluar (jual pelaburan ini) dalam point-point yang saya telah tetapkan dalam strategi saya. Saya juga tidak akan terpengaruh dengan emosi dan membuat pelaburan tambahan kecuali atas merit yang betul-betul kukuh.\

Saya menanti 2012 untuk melihat sama ada keputusan saya untuk melabur dalam emas ini betul atau tidak.

Situasi sekarang: Just okay, 2-5% capital appreciation.

Opportunistic (Medium Risk): Stock.
Saya melabur dalam saham sekadar untuk belajar. Transaksi saya yang pertama, untung gila. Tetapi portfolio saya bantut dan mengecut selama dua tahun. Awal tahun ini, ia recover. Selepas itu saya trauma sekejap sebelum saya revamp kembali portfolio dan strategi pelaburan saya.

Saya tidak akan tambah pelaburan saham lagi. Apa yang ada sekarang, itulah yang saya akan gunakan. Saya masuk dan keluar pasaran dengan tidak berapa berdisiplin. Saya ada beberapa target yang sederhana untuk dicapai dengan portfolio saya ini.

Situasi sekarang: Just okay. 2-5%, dividen+capital appreciation.

Accelaration (High Risk) : Business
Saya terlibat dalam beberapa perniagaan sendiri (bukan MLM dsbnya). Ini adalah syarikat saya/partner saya dan kami membangunkannya. Sangat best dan menyeronokkan.

Tetapi bukan untuk semua orang. Ingatlah, high risk, high return.

Saya pernah menjana 5 angka dalam masa yang amat sekejap, dan juga “burn” 5 angka dalam masa yang amat sekejap juga (4 bulan sahaja). But it is fulfilling dan menyeronokkan. Selain satu-satunya cara yang kredible untuk menjana kekayaan dalam masa yang singkat.

Jadi, inilah strategi saya dan inilah portfolio saya. Diharapkan anda dapat belajar sesuatu.

Kenapa saya tidak melabur dalam hartanah?

Saya hendak. Dan saya sedang mencari-cari hartanah pertama saya. Saya ada target price dan target location. Saya tidak akan membayar lebih dari apa yang saya target itu. Saya tidak akan beli hartanah sekadar untuk beli. Selagi saya tidak berjumpa dengan hartanah yang saya cari, saya tidak akan melibatkan diri.

Last but not least, pelaburan yang paling baik adalah pelaburan dalam diri anda. Jadi melaburlah untuk memandaikan diri anda dahulu. Selepas itu, baru melabur dalam pelaburan-pelaburan lain.

Good luck!

Sabri

p/s: Satu lagi perkara penting. The more you give, the more you will receive. Jangan lupa banyakkan memberi. Mulakan dengan membayar zakat pendapatan (bukan sahaja zakat fitrah time raya!). Zakat pendapatan dipotong dari gaji anda. Hubungi HR di tempat anda untuk membuat potongan setiap bulan. Ia dikecualikan dari cukai.

Saya belajar satu perkara dari mentor saya dan it works so far for me. Jangan bayar zakat pada nilai pendapatan anda sekarang, tetapi bayarlah zakat tersebut pada nilai pendapatan yang anda mahu capai 2 tahun dari sekarang. Saya dapati banyak urusan saya dipermudahkan dan belum pun sampai 2 tahun, saya betul-betul telah mencapai nilai target saya itu. Cuba try! 🙂

July 20, 2010

Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Sedih

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 7:46 pm

Setelah lama tidak menulis sesuatu yang bermanfaat, biar hari ini saya berkongsi sesuatu. Bagaimana untuk mengatasi rasa sedih?

Dalam hidup ini kita tidak dapat elak dari perasaan sedih. Lebih muda kita, lebih banyak “peluang” untuk kita bersedih. 🙂 Kita boleh sedih kerana macam-macam punca. Kecewa, putus cinta, gagal dalam peperiksaan dan banyak lagi.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, first thing first. Saya tahu kemungkinan besar anda ada perkara yang anda sedang sedihkan sekarang dan anda hendak tahu tips-tips baru yang boleh menghilangkan kesedihan anda sekarang juga.

Jadi, ini dia.

Hidup Kita Adalah Satu Pattern

Dan kesedihan adalah “akibat” dari pattern ini. Kita tidak akan sedih secara tiba-tiba. Kita biasanya akan sedih apabila:

  1. Kita berfikir mengenai sesuatu atau
  2. Kita mungkin sedih apabila kita melakukan sesuatu atau
  3. Kita juga boleh sedih jika kita pergi ke suatu tempat tertentu atau
  4. Apabila kita memenuhi “pattern” kesedihan kita, baru kita sedih.

Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah elakkan dari melakukan perkara-perkara yang akan melengkapkan “pattern” kesedihan anda ini.

Kita perlu “aware” dan sedar mengenai apa yang kita fikirkan untuk dapat mengawal dan mengelak dari melakukan pattern-pattern yang akan membuat kita sedih ini.

Sekarang, setelah kita mengelak dari melakukan perkara yang membuat kita sedih, ada satu lagi perkara yang kita perlu tahu.

Kenapa Kita Suka Mengundang Kesedihan Kepada Diri Sendiri?

Kerana ia membuatkan kita rasa bagus mengenai diri sendiri. Menangisi nasib diri kita, merasakan orang lain telah menganiaya kita memang seronok. Saya turut tidak terlepas dari melakukannya (dan ya, memang saya teraniaya!) 🙂

Percayalah, saya turut merasai apa yang anda rasakan.

Memang benar orang yang menganiayai kita itu zalim. Tetapi tidak bermaksud kita turut kena menzalimi diri kita sendiri. Orang yang menzalimi kita sedang bersenang-lenang, takkan lah kita nak menyeksa diri kita kan?

Dengan menjadi manusia yang lebih baik, kita memberitahu orang yang membuat kita bersedih itu, “I don’t care, you are a loser because I am better.” Nampak memang macam over statement macam itu, tetapi it helps us overcome kesedihan
yang kita alami tu.

Know this, sadness is not just an emotion. It is a disease.

Kita perlu sembuhkan penyakit sedih ini.

Untuk menyembuhkan penyakit sedih ini, ada beberapa perkara yang kita boleh buat:

1) Learn New Skills
Belajar skill baru buat kita rasa berguna. Ia menambahkan self esteem kita. Tidak kisahlah sama ada kita belajar membaiki kereta, menunggang kuda, mencuci baju ataupun membajak sawah. Skill yang paling bagus adalah skill yang melibatkan pergerakan (as opposed to computer skills).

Contoh bagi saya: Saya ke Penang belajar membuat ais krim, ke Phuket belajar memasak makanan Thai, ke Kemboja mengukir buah-buahan, memasak Kek dari emak dan adik saya. Do all you can to learn new skills, walaupun mungkin kena pergi jauh sedikit.

Jika bajet anda menghalang, belajarlah skill-skill ini dari ahli keluarga terdekat anda.

2) Shopping
Hehe… Bukan girls sahaja yang buat. Seriously, shopping is a good therapy. Tetapi memang saya cuba sangat-sangat elakkan. Actually memang sangat tidak bagus kita melepaskan kesedihan dengan cara ini.

Cuma sekali sekala, kita terasa teringin tu, tak apalah. I leave it to your good judgement untuk determine bila appropriate, bila tak. Sekali-sekala maksud saya, beberapa kali setahun je ya. Bukan sekali sebulan! 🙂

Tetapi, ingat. Alang-alang berbelanja, pastikan anda membeli sesuatu yang anda memang perlukan, memberi faedah jangka panjang dan masih dalam kemampuan anda (jangan berhutang atau membayar ansuran!).

Saya juga mendapati, shopping sebagai terapi ini, kuantiti turut membantu. Sebagai contoh, jika anda membeli “banyak” benda, anda akan cool lebih cepat. 🙂

Jika saya rasa perlu sangat untuk shopping untuk release stress ni, biasanya saya akan pergi ke kedai buku. Dalam Rm 300, saya boleh dapat banyak buku yang bagus-bagus.

3) Exercise
Yup! Dulu saya sering buat. Tetapi tidak lagi sekarang. 🙂

Waktu exercise dulu, memang saya dapat rasakan yang stress tu pergi, seperti peluh-peluh yang tersejat tu.

4) Travel
Jauh berjalan luas pemandangan. Pergilah melancong. Melancong ke tempat asing sebenarnya membuat semua deria kita lebih alert (itu antara sebab saya suka solo adventure). Yalah, di tempat yang signboardnya pun kita tak tahu baca, memang mata kita terpaksa bukak luas-luas. Tangan pula sentiasa bersedia untuk bertindak. Kalau jalan di tempat yang kita tidak biasa, buat muka macam rusa masuk kampung, nanti kena kidnap pula kan.

Bila kita membuka semua deria kita untuk memerhatikan alam sekitar, kita sebenarnya membuka pintu hati kita. Membuka minda kita untuk menerima sebarang kemungkinan. Sesuatu yang bagus untuk membantu sebagai terapi.

Satu lagi perkara yang baik, apabila kita lebih “alert”, kita sebenarnya menggunakan lebih banyak bahagian dalam otak kita dan kita tidak memberi peluang langsung kepada otak kita untuk membuat atau berfikir mengenai perkara yang menyedihkan.

5) Buat aktiviti-aktiviti Extreme
Aktiviti-aktiviti extreme seperti Flying Fox, Bungee Jumping, White Water Rafting even Paintball pun boleh. Aktiviti extreme ini berfungsi sebagai “farmasi” sementara untuk badan kita. Ini kerana ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, hormon-hormon seperti adrenalin akan diberikan kepada saraf kita. Hormon-hormon ini akan melawan hormon kesedihan yang anda dan membantu membuang perasaan-perasaan sedih yang ada.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini akan membantu kita menggunakan masa dan mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan kita sedih.

Apakah Sedih Sebenarnya?

Kita telah pun membaca mengenai punca sedih dan apa yang kita boleh lakukan untuk mengatasi rasa sedih. Sekarang tibalah masanya untuk kita belajar ilmu makam yang lebih tinggi pula supaya kita dapat lebih mengenali diri kita.

Pernah tak kita tanya diri kita, apa sedih tu sebenarnya?

Sebenarnya kesedihan itu adalah perasaan takut. Itu sahaja.

Kita sedih sebab kita takut sesuatu. Kita takut sesuatu terjadi. Sesuatu yang kita fikirkan. Sesuatu yang kita tidak pasti penghujungnya. Sesuatu yang kita tidak tahu kesannya kelak. Sebab itu kita sedih.

Ketahuilah bahawa ia cuma perasaan takut kita sahaja.

Acknowledge this and move on.

Satu perkara yang kita perlu tahu, kadang-kadang tanpa kita sedar kita ketagih untuk sedih. Ya, betul. Such thing exist. Secara kita tidak sedar, kadang-kadang kita akan masuk dalam mode meyedihkan diri sendiri. Be aware of such thing and avoid doing that. Ini kerana selalu berada dalam mode sedih ini akan memakan diri kita sendiri. Lama kelamaan, perasaan gembira dan lapang dada akan hilang dari diri kita jika kita selalu sangat bersedih.

Cheer On! 🙂

Sabri

June 19, 2010

Smile!

Filed under: Life Skills — Sabri @ 6:13 am

Kadang-kadang kita terlalu serius dalam menghadapi hidup ini. Why so?

Laughing banyak sangat pun tak bagus juga. Tetapi a smile here and there, be in a good mood, radiate positive energy and in the process, energize people around you does not hurt anybody.

So, smile! 🙂

Smile & Laugh, Take Challenge in Your Stride and Success You Will Be

May 2, 2010

Dr. Sheikh Muszaphar Secrets Revealed

Filed under: Life Skills — Sabri @ 10:20 pm

The title of this post was so cheesy. But I couldn’t help it. :p

Just finished reading, Journey to Space, a Memoir of Malaysia’s First Angkasawan by Dr Sheikh Muszhaphar (Dr SMS). The book confirmed what I suspect all along about him (click here for further reading).

Ramai orang menyangka superhero tidak mempunyai masalah dan jika mereka ada pun masalah mereka kecil dan tidak merunsingkan. Apa tidaknya, saban hari mereka menghadap orang awam dan orang-orang yang terhampir dengan muka yang manis dan ceria.

Kita juga menyangka yang superhero (mungkin terlampau extreme untuk kategorikan Dr SMS as superhero, but you got my point) mempunyai kekuatan luar biasa dan kita tidak akan dapat menjadi seperti mereka, tetapi sebenarnya tidak. Mereka dan kita sebenarnya sama sahaja. Yang membezakan kita dan mereka adalah mereka telah break through self limiting belief mereka. Mereka tidak bercerita dan percaya kepada bisikan-bisikan karut yang menyatakan mereka tidak mampu berbuat sesuatu.

Tahu atau tidak, berat Dr SMS adalah 98kg 2 years before he went for the space flight. He admit he was overweight due to the sedentary lifestyle he lead at that time. Heck, he might be a little bit taller than me, but I am not 98kg. So, who knows two year from now I might be on the moon pulak. It happened for Dr SMS, it might happened to me. :p

Ya, ya, saya tahu yang saya kurang sikit handsome dari beliau, tetapi umur saya baru 25. When Dr SMS applied to be an astronaut, he is 36. Dah tua sikit kan? So, balance la markah kan? 🙂

He is officially one of my idol now. To future doctors yang merasakan diri mereka selalu dihambat masa, ketahuilah bahawa selain dari menjadi doktor, Dr SMS juga adalah part time model, pemilik restoran, dan juga pelajar tahun akhir (Master in Ortophaedic) ketika masih bertugas sebagai doktor.

Beliau ada menulis bahawa beliau juga mengalami kesibukan seperti yang dialami oleh doktor-doktor lain. Tetapi beliau percaya, what the mind believe, the body can achieve. It’s all in the mind. Kesibukan itu adalah kekangan atau self limiting belief yang diimposekan oleh diri kita sendiri. Di samping sibuk dengan aktiviti-aktiviti di atas, Dr SMS juga masih sempat mengikuti program-program Mercy Malaysia sebagai sukarelawan (sebelum dia menjadi angkasawan ya).

Jadi, jika Dr SMS dengan berat 98kg sebelum dia menjadi angkasawan boleh buat semua yang di atas, anda juga mesti boleh ya rakan-rakanku doktor-doktor sekalian. 🙂

Dr SMS Seorang Yang Emosional

Berdasarkan laporan psikologi yang dibuat oleh pakar perubatan Rusia, mereka melaporkan yang Dr SMS (masukkan adjektif yang baik-baik~banyak saya dah lupa), tetapi beliau emosional. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi dari penulisan beliau saya dapat rasakan yang pakar psikologi tersebut betul.

Berikut adalah quote beliau:

I knew I was different when I was growing up. I believed I was born for a purpose, to contribute something to the world. But I didn’t know what it was and I didn’t know how to go about doing it and when I should do it. But I knew I didn’t want to just get married, have kids and live normal life. At least not until I found out what I supposed to do. -Dr Sheikh Muszaphar

Dr SMS mahu kahwin, mahu ada anak dan mahu hidup normal seperti orang lain (baik VIOS, Honda CRV atau kereta-kereta cantik lain), tetapi itu bukanlah satu-satunya tujuan beliau untuk hidup. Beliau mahu menyumbang sesuatu yang bermakna kepada dunia. Dan beliau emosional dalam pencarian beliau.

Adakalanya beliau bertanya kepada diri sendiri, sama ada betulkah jalan yang beliau pilih ini? (ketika sebelum dan selepas menjadi angkasawan) Namun setiap kali beliau berfikiran demikian, beliau akan cepat-cepat menghapuskan fikiran tersebut dan dengan penuh yakin dan azam beliau berkata kepada diri sendiri, “Ya, I was destined for something bigger”. Walaupun beliau ketika itu belum menjadi angkasawan dan negara kita belum pun mempunyai program angkasawan lagi, tetapi dalam hati beliau, beliau tahu dan memang yakin, he was destined to contribute something meaningful in life.

He does not allow other people limiting belief got to his mind either.

A Health Scare

Membaca memoir Dr SMS di mana beliau meluahkan inner thoughtnya, memahami semangat dan keazamannya (determination) membuatkan saya rasa yang beliau dan saya hampir sama. Jika anda lihat gambar-gambar beliau ketika kecil, beliau kelihatan seperti sedikit pemalu (dibandingkan dengan abang-abangnya). Namun beliau mempunyai keazaman untuk berjaya yang sangat membara.

Bukan setakat itu,  untuk menjadi angkasawan juga, seseorang itu diwajibkan mempunyai tahap kesihatan sempurna (dalam ayat Dr SMS, ini kerana mereka tidak mahulah terpaksa bawa seseorang angkasawan itu turun dari stesen angkasa semata-mata kerana angkasawan tersebut sakit gigi kan.. Membazir minyak pulak nanti. hehe). Jika Dr SMS di dapati tidak mempunyai tahap kesihatan yang bagus, beliau tidak boleh mengikuti ekspedisi angkasa itu nanti. Jadi pemeriksaan kesihatan ini penting untuk beliau lepasi.

Ketika dalam ujian perubatan untuk menjadi angkasawan, dalam satu ujian, air kencing Dr SMS di dapati mempunyai sedikit masalah. Di sebabkan sebelumnya beliau mengambil madu dan Diet Coke, air kencingnya pada ujian tersebut mempunyai sedikit masalah. Beliau di minta untuk membuat ujian sekali lagi keesokannya. Jadi seharian, Dr SMS tidak makan apa-apa dan beliau minum air masak sebanyak mungkin. Di sini saya teringat pengalaman saya bulan lepas. hehe… Apa yang saya boleh katakan, great minds think alike. :p

Ingatkan saya seorang sahaja yang berfikir macam tu. Dr SMS pun fikir macam tu, not bad lah. hehe. 🙂

Keesokannya, bila diuji semula air kencing beliau, ia normal kembali. Tetapi disebabkan doktor yang memeriksa beliau lebih pakar, beliau kantoi. Jadi Dr SMS disuruh minum air glukos dan diuji semula 2 jam selepas itu. Nasib baik, ia normal. Terselamatlah beliau. 🙂

Saya hanya memetik satu dari detik-detik mencemaskan beliau. Saya pilih yang di atas sebab it,s something that I can relate to.

Dr SMS, Truly Malaysian

Dalam satu kejadian lagi, tahukah anda bahawa Dr SMS hampir dibuang dari latihan kerana menyimpan dokumen rahsia kerajaan Rusia mengenai roket Soyus. Pihak Rusia menyangka yang Dr SMS adalah perisik yang mahu mencuri maklumat mereka. Kejadian ini berlaku kerana semangat ingin belajar dan berjaya yang tinggi dalam diri beliau. Disebabkan perasaan ingin belajar ini kuat, beliau telah meminta beberapa dokumen dari rakan-rakan beliau dari Rusia mengenai Soyuz kerana beliau ingin mendalaminya. Rakan-rakan Rusia ini pun berilah.

Suatu hari komputer beliau diperiksa dan dokumen tersebut dijumpai di komputer beliau.

Beliau menerangkan yang beliau cuma ingin belajar mengenai Soyuz. Sebab itulah dokumen tersebut ada dalam komputer tersebut. Tambah beliau lagi, memandangkan dokumen tersebut dalam bahasa Russia, jadi beliau tidak faham pun isi kandungan dokumen tersebut. Jadi tak apa lah, beliau biarkanlah dan tak delete lah.

Now, isn’t that Malaysian way of thinking? hehe…

Sebab pihak Russia pula berkata, jika beliau bukan perisik dan jika beliau tidak faham dan tidak dapat membaca dokumen tersebut, bukankah lebih logik jika beliau delete sahaja dokumen tersebut? Buat apa simpan sedangkan beliau tidak faham?

See perbezaan cara orang Malaysia berfikir (tak apa lah attitude) dan orang luar berfikir? Kita pun selalu buat macam tu kan? 🙂

This book is a very good read. Dr SMS is officially one of my idol now. Not because of his popularity nor his handsome face but for his inner strength. I admire him for his ability to break through his own self limiting belief and be able to communicate that clearly.

One interesting fact, he repeatedly mention in the book that if he can inspire even one person, he will consider himself  a success. And Dr SMS, I hereby declare you a success! 🙂

Well Done Dr.

Sabri

p/s: Gambar pilihan, Dr SMS dan bakal isteri beliau. Untuk menjadi angkasawan rupanya sangat banyak dan sangat besar pengorbanan yang mereka berdua terpaksa tempuhi rupanya. Tahniah atas ketabahan anda berdua!

March 31, 2010

Menakhoda Zaman Menyelesaikan Masalah

Filed under: Life Skills — Sabri @ 4:44 am

Saya meminjam tajuk buku Perdana Menteri sahaja sebab tajuknya best dan relate. Tetapi saya tidak akan membicarakan mengenai buku tersebut dalam post ini.

Ramai orang memandang kepada idola mereka, atau kepada sesiapa yang lebih berjaya sebagai orang yang sentiasa tahu apa yang perlu dibuat dalam sebarang situasi. Steady hand, orang putih kata. Anggapan ini ada betul dan ada salah. Yang betulnya adalah setiap orang mempunyai “Genius Zone” masing-masing. Di dalam ruang kepintaran ini, ya betul. Seseorang itu tahu apa yang perlu dilakukannya. Sebagai contoh seorang nelayan yang pakar dengan bertahun-tahun pengalaman, beliau tidak risau lagi apabila ada masalah kepada pukatnya di tengah laut. Beliau tahu apa yang hendak dilakukan.

Contoh yang lebih dekat pula adalah saya dan emak saya. Emak saya risau jika komputer rosak. Ini kerana beliau tidak tahu hendak buat apa. Tetapi saya tidak kisah. Kalau boleh saya mahu kata kepada komputer tersebut, “Oh, rosak ya. Haa… Rosaklah puas-puas. Nanti Sabtu nanti aku baiki yang mana rosak tu aku buang. Better baik cepat”. Saya tidaklah pakar sangat mengenai komputer tetapi pada saya masalah komputer ini senanglah untuk difahami.

Namun lumrah, manusia tidak ada yang sempurna. Kita masing-masing mempunyai bidang-bidang yang kita lemah. Baik Perdana Menteri, Sultan, Angkawasan atau sesiapa sahajalah mempunyai blind spot ini. Kita akan gabra juga bila dihinggapi masalah-masalah dalam bidang yang kita tidak dapat kawal sepenuhnya ini. Dan memang kita tidak akan dapat kawal pun.

Cuma yang membezakan kita dan manusia yang lain adalah bagaimana kita mengawal tahap kerisauan kita dan bagaimana kita berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi orang yang cemerlang, mereka cool sahaja dan mereka tidak cepat melatah. Mereka berusaha menyelesaikan masalah mereka tanpa meresahkan orang lain disekeliling mereka. Jadi kerisauan mereka kita tidak nampak. Mereka inilah biasanya yang dianggap sebagai “steady hand” ketika orang-orang disekeliling mereka sudah panik.

Apa mesej saya dalam post ini?

Ya, ada kalanya saya sendiri berperasaan seperti bot di atas. Keseorangan di dalam lautan yang luas.

Pilihan Dalam Hidup

Jika saya ingin memilih untuk rasa selamat dan hidup seperti orang lain (menghadapi masalah yang orang lain turut akan hadapi), saya tidak perlu pergi jauh. Cuma menyusur pantai hidup dalam zon selamat. Saya tidak akan rasa kesunyian.

Tetapi saya selalu berfikir, apakah saya ini? Apakah saya akan puas ataupun adakah misi saya hidup di dunia ini akan tercapai dengan hanya bermain-main di pesisiran pantai? Apakah ertinya hidup bermain-main seperti kayak di kawasan hampir dengan pantai sahaja, hidup bergembira dan bersenang-senang sedikit dan kembali ke darat apabila ombak sudah tenang?

Adakah saya ini kapal pelayar besar ataupun sampan?

Berbaloikah pengorbanan dan pilihan yang saya buat ini untuk meredah lautan luas di hadapan?

Ya, saya yakin berbaloi. Saya yakin I have what it takes. Namun dalam perjalanan bukan sentiasa ombak itu tenang. Dasar pengembara merentas benua memang perlu sedia dilambung ombak besar (berpuluh-puluh meter, bukan 1 meter seperti di pantai). Dalam waktu-waktu seperti inilah gundah gulana akan timbul menanam rasa sangsi dalam diri.

Hidup saya akan senang jika saya sekadar memilih untuk bermain di tepian pantai. Bahkan, banyak perkara yang saya tidak akan hilang jika saya memilih hidup seperti itu.

Inilah sesi refleksi diri kita.

Apakah pilihan anda? Lautan yang luas yang tidak menjamin keselamatan anda ataupun bermain-main ditepi pantai sahaja seperti yang menjadi pilihan banyak orang?

Bila saya fikirkan masak-masak, saya memilih biarlah saya mengembara ke lautan luas. Mungkin saya akan terlepas banyak perkara yang seronok-seronok di tepi pantai, tetapi saya percaya hidup ini masa untuk seronok tidak panjang mana. Bila kita sudah berusia, keseronokan tersebut akan semakin pudar. Apa yang membuatkan kita seronok ketika usia 20-30 tahun belum tentu menyeronokkan kita ketika kita berusia 40, 50 tahun. Saya berharap saya dapat enjoy pengambaraan ini ketika muda dan enjoy hasilnya pula ketika tua.

Tiada jaminan saya akan kembali, tetapi setakat hidup saya hari ini saya rasa tak menyusahkan orang sangat jika saya tidak kembali pun kan. 🙂 Saya tidak mahu hidup sekadar untuk diri sendiri, iltizam saya biarlah saya hidup dengan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan berjaya menggerakkan masa dan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Semoga urusan saya dipermudahkan Tuhan dan diberi petunjuk sepanjang jalan.

Sabri,
Lone Navigator

March 19, 2010

Pesanan Untuk Adik – Before You Jump Into Business

Filed under: Life Skills,Mia Family — Sabri @ 4:13 am

Apabila ditanya kepada Ummar beliau mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang apa dan apa cita-citanya, beliau mengatakan beliau ingin menjadi ahli perniagaan (tengoklah, inspirasi dari siapa tu? hehe.. See, I gave good examples to my siblings kan). Apabila beliau berkata demikian, ada beberapa nasihat yang ingin saya berikan kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli perniagaan. Bukan sahaja untuk Ummar, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama.

Tujuan Menjadi Usahawan

Jika anda ingin menjadi usahawan semata-mata kerana anda ingin cepat kaya, atau kerana anda sukakan wang, saya nasihatkan lebih baik anda jangan jadi usahawan lagi. Anda belum layak kerana anda tidak matang. Tidak kiralah umur anda berapa, saya lihat terlalu banyak contoh usahawan tua yang gagal dan masih belum menyedari hakikat ini.

Biar saya kongsi kepada anda tujuan yang akan membantu anda menjadi usahawan yang berjaya:

Biasanya usahawan yang berjaya mempunyai misi yang tersendiri. Wang dan keuntungan adalah fokus penting, tetapi bukan fokus utama yang paling penting. Sebagai contoh, Bill Gates memulakan Microsoft bukanlah semata-mata kerana beliau mahu kaya, tetapi kerana beliau “asyik” dan passionate dalam bidang pembangunan perisian untuk software. Begitu juga Michael Dell, Jeff Bezos dan Tony Fernandez, sekadar menyebut beberapa nama.

Mereka mempunyai satu passion yang amat kuat dalam satu bidang yang mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu. Apabila mereka menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu, wang akan datang dengan sendirinya. Bagi anda yang masih belum menjumpai passion anda, bagaimana untuk anda tahu anda sesuai untuk jadi usahawan atau tidak?

Lihat begini. Adakah anda passionate menjual? Adakah anda seronok berurus niaga? Adakah anda seronok melihat produk anda menjual? Adakah anda gembira apabila anda dapat peluang menjual sesuatu kepada orang ramai?

Jika anda ada passion dalam bidang jualan, anda layak untuk menjadi usahawan. Anda cuma tinggal perlu cari passion yang satu lagi sahaja untuk menentukan anda perlu jadi usahawan dalam bidang apa.

Jika anda belum ada passion untuk menjual? Jauhilah keusahawanan. Anda hanya akan menyusahkan diri anda sendiri. Jika anda masih kepingin untuk menjadi usahawan, pupuk dulu minat dan passion anda. Mulakan kecil-kecilan. Tanamkan sifat suka menjual. Tawarkan diri secara sukarela membantu rakan anda yang berniaga untuk menjual.

Bidang Yang Perlu Ambil di Universiti

Jangan ambil Pengurusan Perniagaan. Anda akan didedahkan dengan terlalu banyak teori yang akan membahayakan fikiran dan pemahaman anda terhadap perniagaan. Pengurusan perniagaan boleh dipelajari secara sampingan. Nasihat saya ambil bidang yang akan memberi anda satu “skill” dan kemahiran berfikir secara analitis. Cadangan saya, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (jika mampu), Undang-undang, Kewangan atau Perakaunan (pilihan terakhir~sebab sekarang ambil ACCA pun dah mencukupi).

Di samping subjek-subjek ini, pastikan anda turut mengambil beberapa subjek pengurusan dan kewangan sebagai minor jika boleh. Jika tidak boleh ambil dua atau tiga subjek berkaitan pemasaran, kewangan atau pengurusan sebagai sampingan. Ini biasanya sudah mencukupi.

Perniagaan adalah skill. Anda tidak akan mendapatnya di dalam dewan kuliah. Jadi tak perlu bazirkan 3-4 tahun anda di sana. Tetapi anda perlu mendapatkan ijazah yang dihormati. Itu passport yang akan memudahkan kerja anda di kemudian hari.

Belajar Menjual Seawal Mungkin

Belajarlah menjual. Saya mula menjual sejak saya darjah 2 dan mula menguruskan gerai saya sendiri ketika saya di Tingkatan 1. Saya juga bekerja sementara menunggu keputusan SPM selama sebulan setengah sebagai salesman hardcore. Hidup saya memang terdedah dalam suasana jualan.

Untuk adik saya, Ummar pendedahan beliau kepada suasana menjual amat kurang. Jual minyak (mengorat) bolehlah dia tu. Jadi saya bercadang ketika beliau menunggu keputusan SPMnya nanti saya akan hantar beliau ke Miri untuk menjaga booth saya di sana. Walaupun sekejap tetapi setiap pengalaman menjual itu adalah berharga.

Lebih berharga lagi jika pengalaman menjual itu datang dalam situasi yang tidak selesa. Ini akan memaksa mereka untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka.

Bagi anda yang lain, cuba cari pengalaman menjual. Jika anda telah bekerja, tidak ada pengalaman menjual, jadilah penjual sukarela menjual di kedai-kedai milik rakan anda pada hujung minggu.

Jika anda ingin memulakan perniagaan tanpa pernah menjual, hmm… Anda cuba dulu. 2 tahun dari sekarang beritahu saya semula sama ada anda menyesal atau tidak, tidak mahu dengar nasihat saya.

MLM (Multi Level Marketing)

Haa… Satu tajuk yang menarik. Sesiapa yang ingin kaya, atau mahu menjadi usahawan tidak dapat tidak pada satu peringkat hidup akan terbabit dengan MLM. Nasib saya baik sedikit, sebab sejak kecil saya didedahkan dengan perniagaan milik sendiri jadi bila MLM datang saya tak nampak kepentingan menyertainya. Jadi saya tidak menyertainya. Nasihat saya, carilah perniagaan lain. Tidak perlulah sertai MLM. Cari pengalaman menjual dengan cara lain.

Having said that, biasanya MLM merupakan pengalaman pertama seseorang itu belajar menjual. Disebabkan biasanya kita diajak oleh rakan-rakan kita, kita selalu terperangkap. Ini nasihat saya kepada Ummar;

  1. Jika boleh elakkan dari menyertai MLM ataupun apa-apa yang sejenis dengannya
  2. Tetapi kalau degil juga tak nak dengar cakap abang, nak masuk-masuklah. Tetapi gunakan duit sendiri dan jangan gunakan duit emak atau duit kawan. Wajib. Pastikan juga duit tu tak kisah “hangus”. Sebab duit tu pasti akan hangus. Memang confirm. Kalau abang tahu Ummar minta duit dengan emak, kakak atau sesiapa pun sebab untuk masuk MLM, abang akan pastikan Ummar jadi hamba seumur hidup kat ruma tu. Mark my word. Kalau tak ada duit, jangan menggatal nak join.
  3. Tak perlu nak promote kepada emak atau kakak atau Ummairah atau Cho. Kalau nak promote kepada kawan, pastikan yuran nak join tu tak lebih dari RM 100. Kalau lebih dari tu, pergi cari orang yang tak dikenali. Percayalah, Ummar akan berterima kasih nanti kat abang. (kalau Ummar hasut sesiapa dari family kita untuk join MLM, abang memang pasti akan hempuk Ummar dan pastikan setiap sen dipulangkan. Try lah)
  4. Satu-satunya tujuan untuk join MLM adalah untuk belajar menjual (ada cara lain, tapi nak sangat join tadi siapa suruh)
  5. Tujuan utama masuk universiti adalah untuk mendapatkan ijazah. Bukan untuk mendapat wang. Jadi prioriti untuk MLM jatuh tahap keseribu. (jumpa abang personally untuk bincang kalau Ummar dah termasuk MLM waktu di universiti. Kita akan lihat macam mana Ummar boleh minimize loss. Rugi tetap rugi, just macam mana nak kurangkan)
  6. Bila dah stop buat MLM tu, belajar dari kesilapan. Jangan join lagi.

Rasanya itu sahaja dari saya. Ini sebelum seseorang tu menjadi usahawan. Nanti saya akan tuliskan pula bagaimana untuk memulakan langkah pertama sebagai usahawan.

Sabri
Passionate Entrepreneur

March 15, 2010

Pesanan Untuk Adik – Dalam Hidup Ini

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 5:39 am

Hari ini hari yang agak memenatkan untuk saya actually. Ada beberapa perkara yang perlu disiapkan. Tetapi saya kira saya perlu menulis mengenai topik ini hari ini. Saya letakkan tajuk untuk artikel ini, Pesanan Untuk Adik, tetapi sebenarnya ia umum. Ia adalah pesanan untuk sesiapa sahaja yang merasakan mereka boleh mendapat manfaat daripadanya.

Jika anda mengenali saya, saya adalah seorang yang suka berterus-terang. Kepada orang yang saya tidak kenali, saya tidak akan bercakap banyak. Tetapi setelah mengenali seseorang, saya akan menjadi ramah dan kadang-kadang saya akan bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu. Saya akan memberi nasihat tanpa di minta. Sehingga kadang-kadang menyinggung perasaan orang. Namun, itulah saya.

Saya tidak akan membiarkan perkara yang saya lihat tidak betul berlaku. Lebih-lebih lagi jika saya lihat orang tidak kisah mengenai perkara tersebut walaupun penting. Jika orang selalu memberi nasihat secara “berlapik”, tetapi saya aka terus-terang cakap, “That’s Bullshit.”

Dan acapkali apabila saya berkata demikian, saya bukanlah mengambil tindakan menjauhkan diri dari orang tersebut. Saya cuma bercakap dan mengingatkan sahaja supaya tindakan di ambil. Jika mereka mahu berubah, saya sentiasa bersedia untuk membantu.

Dalam Hidup Ini,

Kita pasti akan menghadapi cabaran demi cabaran. Setiap dari kita akan diuji. Dan Allah telah berjanji, Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ada satu mantra dalam hidup ini yang saya ingin kongsi bersama.

How you do one thing is how you do everything.

Dalam hidup ini, saya telah melihat ayat ini ter-realisasi berkali-kali. Baik dalam diri saya sendiri, adik-adik saya, rakan-rakan saya, pelanggan-pelanggan saya dan juga orang yang saya uruskan. Seringkali kita memberi alasan kepada diri kita, sebagai contoh sekarang keadaan adalah X bukan Y, jadi kita tidak dapat memberi yang terbaik.

Sebenarnya, ini cuma “cerita” yang kita beritahu diri kita sendiri.

Apabila situasi berubah dan menjadi Y, kita akan ada alasan lain pula mengapa kita tidak dapat memberikan yang terbaik. Kadang-kadang kita akan dapat berikan yang terbaik, tetapi itulah. Kadang-kadang. Nasib baik bukan jarang-jarang. 🙂

Dalam Hidup Ini,

Kita tidak boleh mengharapkan orang untuk membahagiakan kita. Orang disekeliling kita berubah. Rakan-rakan kita berubah. Satu hari nanti kita akan menyedarinya jika kita belum. Satu perkara yang kita perlu tahu, walau apa pun yang terjadi, kita tetap punya diri kita sendiri.

Kita perlu boleh hidup sendiri. Kita perlu boleh memotivasikan sendiri. Kita perlu tahu bawa diri sendiri.

Rakan-rakan kita boleh membantu, tetapi apabila mereka menawarkan diri dan kita perlu ingat kita tidak boleh sampai tahap jika tidak ada orang yang berada disekeliling kita, kita tidak boleh gembira. Berpendapat sebaliknya adalah satu lagi “cerita” yang tidak berapa tepat yang kita cerita pada diri kita sendiri.

Rakan-rakan kita biasanya berniat baik. Apabila kita dirundung masalah, mereka biasanya akan menawarkan kata-kata yang akan menyedapkan hati kita. Amat jarang (ada, tetapi jarang) jika ada rakan-rakan kita yang berterus-terang. Pada mereka, melihatkan keadaan kita sekarang, biarlah pendamkan dulu apa yang ingin dikatakan. Bila kita sudah pulih nanti, barulah disampaikan mesej yang pahit tetapi benar itu.

Apabila ini berlaku sebenarnya kita menyuntik “dadah” kepada diri kita sendiri.

Kita akan terbiasa dengan senario seperti itu. Bila hadapi masalah, kita jadi lemah, dan kita mengharapkan kawan-kawan kita menceriakan kita kembali dan esoknya lemah kembali dan seterusnya kitaran ini terjadi. Jika anda pernah mendengar eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov, maka konsepnya sama-sama.

Lama-lama badan kita terlupa bagaimana untuk menyelesaikan masalah, lantaran selalu dimomokkan dengan “dadah” berbahaya ini.

Contoh yang paling mudah anda boleh lihat adalah kepada Pak Lah. Ya, bekas Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah seorang yang hebat. Jika tidak hebat, mana mungkin beliau mampu menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin beliau mampu meyakinkan Dr. Mahathir untuk dijadikan penggantinya.

Namun, apabila beliau menjadi Perdana Menteri, orang-orang disekelilingnya memberitahu beliau apa yang beliau suka dengar. Dan bukan apa yang beliau perlu dengar. Lantaran itu, beliau menjadi Perdana Menteri yang paling singkat tempoh pemerintahannya.

Anda juga boleh bayangkan dashboard kereta atau kapal terbang. Fungsi-fungsi indikator di dashboard tersebut adalah untuk membantu pemanduan anda. Mereka akan memberitahu anda bahawa minyak tidak cukup. Anda terlalu laju, atau terkurang laju. Mereka tidak beritahu anda hanya perkara yang anda ingin dengar.

Walaupun saya amat suka jika minyak kereta saya tidak berkurang supaya saya tidak perlu mengisinya (jimat duit), tetapi saya perlu realistik. Indikator di dashboard kereta saya tidak pernah menipu. Lantaran feedback yang telus ini, saya tahu bila saya perlu mengisi minyak.

Jika indikator tersebut menipu saya dan hanya memberitahu saya apa yang saya ingin tahu, akhirnya saya akan tersadai di tepi jalan dengan tangki minyak yang kosong.

Indikator-indikator inilah fungsi yang perlu dimainkan oleh rakan-rakan dan orang yang berada disekeliling kita.

Mereka bukanlah dadah ataupun ubat-ubatan untuk menyembuhkan sakit kita. Mereka adalah indikator yang memberitahu kita bahawa kita hebat, atau kita dalam masalah.

Siapa yang perlu menjadi ubat atau dadah dan menyelesaikan masalah atau penyakit yang kita hadapi?

Diri kita sendiri.

Remember this, find “stories” that you keep telling yourself. This stories I often call, self limiting belief. Break through this limiting belief and you will be realizing your true potential. And your friends will enjoy your friendship more as well. 🙂

Good luck!

Sabri
Your Speedometer

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress