Life; The Next Chapter

January 26, 2016

Pesanan Untuk Adik: Life Is …

Filed under: Adventures — Sabri @ 8:56 pm

I always know that life is not ideal.

You are only a good pilot if you are able to overcome any hiccups in the air and land successfully to tell your story. No matter how amazing your flying skill is, if you didn’t make it, too bad. You can consider yourself lucky if you are not being blamed for the tragedy.

I understood this.

But when I was reminded of it again, hmm. Kental lah. When life give you lemon, smile and make lemonade. 🙂

autumn-bike-nature-wallpaper

In an unrelated matter, I was reminded again that life is a cycle. You are rarely constantly at the top nor you are constantly at the bottom. We know it is a cycle, but how long or short a cycle is, that’s anyone guess.

I am just grateful that my conscience is clear. When at the top, I do the best that I can, treat people nicely, carry the load as much as humanly possible, keep my mouth shut and keep executing. Hopefully when I no longer at the top, everything will play out nicely while waiting for the wheel to go back up. You can do all the same thing, all the right thing even, when it’s not the time, it’s not the time. The wheel will not be turning.

I am 30 this year. Not that old, but not that young and naive anymore. I have been through a quarter of life and I have seen what I should have seen and I am much wiser now.

January 22, 2016

Optimis Professional

Filed under: Adventures — Sabri @ 2:51 am

Minggu ini kecoh perihal sebuah syarikat minyak dan gas negara (tempat saya bertugas) akan melakukan potongan gaji, VSS dan sebagainya dengan landskap industri yang semakin teruk terjejas dengan harga minyak yang semakin merudum.

Ada orang concern dan ada juga yang mengambil peluang ini untuk membuat kenyataan sinis seperti “padan muka” dan lain-lain kenyataan yang bersifat opportunistik.

Pada saya secara peribadi, this is uncalled for.

Adakah ia memberi impak kepada kehidupan saya? Secara profesionalnya sudah tentu. Tetapi secara personalnya, tidak.

Tahun 2016 tetap akan menjadi tahun terbaik dalam hidup saya so far, lebih baik dari tahun 2015 dan 2014, dan hidup saya tetap akan lebih baik dari majoriti manusia yang hidupnya dalam auto-pilot, because I live a purposeful life.

Cabaran-cabaran ini saya sudah maklum ketika melakukan Annual Audit dan saya tak nampak apa-apa masalah. Challenges will come and go. Big people solve big problems, small people get stuck with small things.

Saya yakin PET akan survive and thrive because we have among the smartest workforce in the country. The leaked internal memo was not a news. We have been preparing for this since late 2014. Throughout 2015, we worked doubly hard to lower our cost structure. We renegotiate our contracts, relook at our contractual requirement, introduce major cost-savings initiative and prioritize our projects.

For 2016, our president said we need to do a lot more of this because the situation doesn’t seem to improve. It is a rallying call, a battle-cry for the company to try even harder.

At the same time, it is a wake up call to the external stakeholders (e.g. government, etc) to basically warn them, we need some space to do our work, leave us alone or else you might unknowingly strangle this country golden goose.

I know that we as a company will weather this storm successfully. PET is not perfect, but it is one smart industry player powered by smart and capable people. Semua bising-bising sekarang ni, they don’t know that we are on Plan D already now. Means that we have Plan A, B & C previously that we have took and continuously iterate to adapt to the plunging oil price.

We are not static, we know the landscape keep changing and we proactively anticipate what will come next and we take action accordingly internally. And to the external stakeholder, we toot the horn now and say, watch out. We need space. Let us breathe a little now, give us room to manoeuvre for a win-win solution. It is akin when a plane is facing a mechanical problem. The pilot will inform this to the ATC so the ATC can do the necessary arrangement without distracting the pilot too much. The pilot need to focus to fix the problem and will report from time to time when he is able. ATC should not expect the pilot to communicate every 30 seconds because that is not the most productive use of his time. The same here.

This is not doomsday. This is just a test. Survival of the fittest.

Insya Allah, we will get through this. It is our duty to ensure PET survival.

Sabri
Optimist Executive

January 3, 2016

Lift Off 2016: Annual Audit 3.0 (Bahagian Akhir)

Filed under: Adventures — Sabri @ 5:51 pm

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2015, Lift Off 2014, Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Link untuk Catatan Awal Lift Off 2016 : Bahagian 1 dan Bahagian 2

2015 Under Review

Secara keseluruhannya tahun 2015 adalah satu tahun yang tenang. Jika ada satu perkataan yang paling sesuai untuk 2015, ia adalah “Alhamdulillah”. Ada kenangan pahit dan manis, tetapi secara amnya, ia tidak membebankan seperti tahun-tahun sebelum ini. Keputusan untuk berpindah ke Kerteh adalah satu tindakan yang amat bijak, tahap stress saya berkurang dengan signifikan dan saya jatuh cinta dengan kehidupan di sini.

Bahkan Anis & Maru juga enjoy kehidupan di sini. Anis sudah mula belajar menjahit dalam komuniti dan Maru menikmati sepenuhnya kebebasan sebagai outdoor cat.

Pertukaran tempat kerja ini is just what I need and very timely. It does wonder to my work, life balance. Tiada Unifi sebagai backbone, Streamyx & Celcom 4G menjadi galang ganti. Tidak perfect, tetapi bolehlah.

Kehidupan dari segi spiritual juga bertambah baik. Saya dapat jadikan surah Al-Kahfi sebagai tabiat. Insya Allah dan akan saya usahakan supaya ia konsisten dan jadi lebih baik untuk tahun akan datang.

Dari segi bisnes juga, saya tidak dormant. Saya telah berjaya test market untuk “Hello Dobi” dan mendapat keputusannya. Bertambah pemahaman saya mengenai Kerteh sebagai satu pasaran.

Tahun ini juga saya menjadi dewasa dalam erti kata sebenar. Bagaimana mengurus bencana yang menimpa keluarga. Rumah kami di masuki pencuri ketika kami balik kampung. Mujur laptop tidak diambil, cuma Mac Mini, tab, tabung syiling dan juga jam tangan yang di ambil.

Kerugian dari segi kewangan tidak banyak sangat, cuma ia menjadi alasan untuk saya unleash my inner geek yang sebelum ini tidak dapat justify keperluan memasang CCTV dan alarm. Jika sebelum ini saya masih membuat pelan dalam kepala bagaimana untuk memasang sistem alarm dan CCTV, dengan kejadian pecah masuk ini, saya membuat keputusan untuk menyerahkan pada pakar.

Satu collateral damage dari work life balance yang lebih baik di Kerteh adalah kesihatan saya (berat badan). Tahun ini ada peningkatan 5kg dari sebelumnya. Yalah, walaupun pilihan makanan di Kerteh tidak selumayan KL, saya meluangkan lebih banyak masa makan-makan, baik bersama keluarga mahupun rakan setugas.

Sebelum kita lihat mengenai 2016, berikut adalah fakta mengenai 2015 saya, apa yang telah berjaya saya capai:

  1. Saya telah berjaya membaca 29 buah buku! Tidak sebanyak tahun 2014, tetapi lebih banyak dari tahun 2013 dan 2015. Thanks kepada mid year audit dan pecutan akhir pada bulan Disember.
  2. Saya telah berjaya lulus peperiksan Advanced Diploma Chartered Institute of Management Accounting (CIMA) (hanya 4 dari 80 orang lulus dalam batch saya. Global passing rate sekitar 40% sahaja)
  3. Saya telah membawa isteri saya bercuti ke empat destinasi yang kesemuanya beliau belum pernah pergi (Jepun, Bali, Bangkok & Kuala Terengganu). Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Disneyland! 🙂 Lebih manis, saya telah berjaya menjelajah 3 bandar besar Jepun, iaitu Tokyo, Kyoto dan juga Osaka. Pencapaian ini jauh lebih hebat dari target cuma dua lokasi.
  4. Saya telah berjaya menghantar isteri saya menunaikan umrah bersama ayah, emak, kak ana & ummairah.
  5. Saya telah berjaya pindah lokasi kerja dan proses menyesuaikan diri di tempat baru amat cemerlang. Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah yang memudahkan semua urusan.
  6. Saya berjaya carry forward 9 hari annual leave. Ini bukanlah satu kejayaan hakiki. Sebelum ini di KL, saya akan memandang kasihan kepada orang yang carry forward cuti lebih dari 5 (sebelum ini paling banyak saya carry forward adalah 3). Cuti tahunan diberi untuk diambil supaya kita boleh relax dan rejuvenate supaya tidak terlalu stress bekerja. Namun, saya meletakkan “kejayaan” carry forward leave cuti sebanyak itu di bawah Kejayaan Tahun 2015 adalah kerana, saya telah ambil sebanyak mungkin cuti yang saya perlukan (lihat jumlah 4 percutian yang telah saya ambil- sama banyak, jika tidak lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini). Walaupun saya carry forward 9 hari, saya rasa saya well relaxed and I am feeling good. Ini bermaksud level stress yang saya hadapi pada 2015 tidak terlalu teruk.

Apa pula kegagalan saya pada tahun 2015?

  1. Saya masih gagal untuk menulis paling kurang sebuah buku.
  2. Cita-cita Ph.D saya masih samar dan saya masih belum bersedia untuk mendaftar sebagai Ph.D candidate.
  3. Berat badan saya meningkat 5 kg.

Apa yang ingin saya capai pada 2016?

  1. Saya perlu membaca lebih dari 30 buku pada tahun 2016.
  2. Saya mahu bercuti sekurang-kurangnya 3 kali. 2016, Ummar akan kembali ke Malaysia. Jika boleh, saya mahu mengulangi roadtrip yang kami lakukan pada tahun 2013 apabila kami adik beradik bercuti di Krabi. That’s rank highest among the best vacation that I have ever taken.
  3. Saya perlu membeli dua buah hartanah pada 2016!
  4. Saya wajib menulis sebuah buku.
  5. Saya perlu konsisten 50% dari masa, berjemaah Subuh di masjid.
  6. Saya mesti memulakan sekurang-kurangnya satu lagi bisnes sampingan.
  7. Saya mesti beriadah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu (plan adalah malam Isnin dan malam Rabu).
  8. Saya juga mesti mengurangkan gula dalam makanan yang saya ambil.
  9. Drink more water. At least 1 liter satu hari.

Jika ada satu tema untuk 2016, ia adalah flow. Satu perkataan yang saya pelajari ketika bertugas di Mindvalley lagi.

In positive psychology, flow, also known as the zone, is the mental state of operation in which a person performing an activity is fully immersed in a feeling of energized focus, full involvement, and enjoyment in the process of the activity. In essence, flow is characterized by complete absorption in what one does.

Saya mahu menjadikan kehidupan yang hebat ini sebagai habit. Hidup dengan hebat, get result dan sihat! 🙂

 

December 25, 2015

Annual Audit 3.0 (Bahagian Dua) : Retrospektif

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:49 am

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2015, Lift Off 2014, Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Retrospektif

Selepas menulis mengenai dua lessons learnt terbesar dari period 20an saya dalam Bahagian Satu Lift Off 2016, saya rasa terpanggil untuk menulis satu lesson learnt terbesar saya ketika period belasan tahun hingga mencecah 20 pula. Benar, sudah terlewat sedikit tetapi memandangkan saya belum pernah tulis di mana-mana mengenainya, dan ia penting supaya saya tidak lupa, here it goes.

Be Proactive

Ketika di usia belasan tahun (dalam usia remaja), saya ada satu kelemahan. Saya tidak proaktif. Pandangan saya ketika itu, kalau sesuatu tu ditakdirkan terjadi, ia akan terjadi sendiri. Kita bersedia, tapi tak perlu susah payah menggoyangkan pokok, nanti buah tu akan jatuh sendiri.

Dan pandangan ini acapkali menyusahkan diri sendiri.

Dari situ saya belajar untuk menjadi proaktif dan take charge. Alhamdulillah, it is a lesson well learnt.

Ada dua kejadian di mana lesson learnt ini diilustrasikan dengan sangat jelas dalam hidup saya.

Pertama, dalam kegagalan paling besar dalam hidup saya ketika period itu. Saya ada ceritakan sedikit mengenai kegagalan saya ketika menjadi editor majalah sekolah sebelum ini. Ketika itu saya takut-takut untuk rock the boat. Rasa tidak empowered, walaupun sebenarnya empowered. Satu kerja pun tak jalan. Selepas susah sangat dan much prodding dari Sir Sophian ketika itu, saya decide it’s up to me to make things right. Dan saya kena guna cara sendiri. Barulah saya proaktif untuk menyusun kembali sidang editorial ketika itu dan majalah sekolah berjaya diterbitkan. I am not proud of the result, but it’s finally on the table.

Kedua, saya belajar perkara ini dalam aspek mencari cinta. Mujur saya belajar waktu di alam remaja. Jadi ketika usia 20an, sewaktu mencari calon isteri saya sudah proaktif. Jika tidak, membujang sehingga ke tua lah saya. 🙂

Di alam remaja, naluri untuk bercinta itu pastilah ada kan. Namun orang yang pemalu dan tidak proaktif seperti saya ketika itu, jadilah wallpaper. Admire ramai orang, tapi tak ada hasil sebab orang tak tahu. Kalau tahu sekalipun, mungkin orang yang diadmire tu tak pasti. Sebab signal tak jelas.

Ketika di asrama, saya terdengar salah seorang dari orang yang saya admire tu dikutuk beramai-ramai oleh rakan sedorm. Kesian dia dalam hati saya. Tapi tak apalah, budak tu memang baik. Sebab tu saya admire dia. Rakan-rakan yang mengutuk tadi tu pulak memang tak boleh dilayan. Semua orang tak betul, semua orang tak best.

Namun, 1-2 tahun selepas tu ketika di universiti saya terdengar yang orang yang saya admire tu telah bercouple dengan orang yang mengutuknya. Aik, dari kutukan hari tu, saya rasa pengutuk tu tadi tak nak dekat budak yang saya admire tadi. Rupa-rupanya hari tu kutuk sebab tak dapat. Dalam hati suka rupanya. Dalam hati saya, kesian budak yang aku admire tadi. Kalau dia tahu apa yang pernah dikatakan mengenai dia, mesti dia tak nak dekat budak tu.

Tapi kejadian tu menimbulkan satu kesedaran pada diri saya. Saya tak boleh nak cakap apa. Saya tak layak nak cakap apa. Bahkan saya yang perlu dipersalahkan. Sebab saya tak bagi peluang pada gadis-gadis yang baik untuk pilih lelaki-lelaki yang baik (nice guys la konon). Jadi kalau tak ada nice guys, gadis-gadis yang saya admire tadi, pilihlah lelaki lain yang tak berapa nice.

Yalah, we didn’t put ourselves in the game. You missed 100% shot that you didn’t take. Dari situ timbul kesedaran untuk proaktif dan itulah titik tolak kepada cinta pertama saya dengan orang yang saya dah lama admire juga (bukan orang di atas). It last for quite some time but didn’t end on a happy note. Dah tak ada jodoh.

Tetapi mengenangkan kembali kata-kata saya pada diri sendiri ketika meyakinkan diri untuk menjadi proaktif, “It is better to have loved and lost, than never to have loved at all”. Ia betul-betul menjadi prophecy.

Apabila ia berakhir, susah untuk diterima. Tetapi benarlah, patah tumbuh hilang berganti. Dan kata orang, kita akan jumpa yang lebih baik dari yang lepas. Ia ambil masa, tetapi dengan doa dan usaha proaktif, saya berjumpa dengan yang lebih baik dan yang lebih baik dan akhirnya dengan isteri saya sekarang. Alhamdulillah.

Itu dua insiden dalam hidup saya ketika usia 17-19 tahun yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya. Be proactive.

Lessont well learned yang saya praktikkan sehingga sekarang ke dalam saya with great result both in personal life and career.

Bersambung bahagian tiga.

December 19, 2015

Lift Off 2016: Annual Audit 3.0 (Bahagian Satu)

Filed under: Adventures — Sabri @ 4:32 pm

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2015, Lift Off 2014, Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Introduction to My 20s

Untuk Lift Off 2016 ini, saya bercadang untuk menulis audit report yang lebih panjang sedikit berbanding tahun-tahun lepas. Maklumlah, bulan ini umur saya akan mencecah 3 series. Jadi ia bukan sekadar konklusi untuk 2015, tetapi juga merupakan satu renungan sejenak untuk sedekad yang akan saya tinggalkan.

Bila saya membandingkan diri saya sekarang dengan diri saya di awal 20-an, ada beberapa perbezaan yang ketara. Benarlah kata orang, usia mendewasakan. Saya teringat satu kisah jika tidak salah saya berlaku ketika umur saya dalam 21-22 tahun. Ketika itu saya baru selesai menulis buku pertama dan saya sedang berbual dalam sekumpulan penulis.

Seorang ustaz yang juga merupakan seorang penulis mengatakan yang beliau tidak boleh (percaya) dengan “internet” ini.

Ketika itu kami berbual mengenai bagaimana beliau boleh menyebar luaskan mesej dakwah beliau. Harus diingat yang persepsi terhadap internet pada ketika itu bukanlah seperti sekarang. Sekarang internet memang dah dianggap sebagai satu saluran media, ketika itu internet masih dipandang dengan was-was. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, ada pihak yang percaya ketika itu yang Internet adalah salah satu punca gejala sosial makin membarah. WordPress belum wujud, Blogger pula baru dibeli oleh Google. Jadi don’t judge beliau atas statement tersebut.

Mendengar komen ustaz itu, saya sebagai penulis buku mengenai Internet tiba-tiba menjadi panas telinga. Nafas saya semacam sesak mendengar ada orang bercakap buruk mengenai “baby” saya. Saya pun membalas,

Saya pun tak boleh dengan orang tua yang jumud ni. Nak orang muda dengar cakap dia, tapi tak bersedia nak mendengar dan berubah.

Sekarang apabila saya renung kembali, of course saya menyesal berkata demikian. Saya yang sekarang, akan lebih empati dan kemungkinan besar akan bertanya, “Kenapa Dr (ustaz tersebut adalah seorang pensyarah dengan PhD) berpendapat demikian?”, sebelum saya merungkaikan satu persatu keraguannya kepada internet. Saya percaya, we will get along well. Namun, nak buat macam mana. Sudah tersalah langkah dari awal.

Saya bukanlah seorang yang panas baran, tetapi darah muda membara tu memang ada. Di awal 20-an dulu, saya memang keras kepala dengan apa yang saya percaya. Drive tu tinggi.

Bila usia sudah mencecah 3 series ini, position saya lebih lunak. Saya tidak tahu sama ada ia sesuatu yang bagus ataupun tidak. Dari segi diplomasi, sudah tentu sekarang lebih bagus, tetapi dari aspek getting things done, saya tidaklah se-menonong dulu.

Tetapi I must acknowledge yang kegopohan saya dulu has served me well. I have achieved a lot of things yang kalau saya fikir banyak-banyak, menyebabkan saya tak akan buat.

At the end of the day, saya bertanya diri saya. Better macam dulu ke better macam sekarang?

Bila saya fikirkan jawapannya, there’s a time and place for every thing. Dulu saya macam tu, it serve the purpose at that time. Sekarang macam ni, ia fit dengan keadaan sekarang ni. Live life with no regrets.

Lesson Learnt #1: Don’t Take Things For Granted

Satu lagi perkara penting yang saya kira sebagai lesson learnt pada saya ketika usian 20an adalah, never take things for granted. It happened to me in a relationship, but it is applicable across every facet of our life. Apa yang kita rasa secure pada kita sekarang, tidak semestinya secure lagi lima tahun dari sekarang. People changes dan jika kita tidak adapt, akan berlaku konflik.

Saya perlu ingat yang manusia berkembang. Apabila manusia berkembang, keperluannya akan jadi berbeza. Seorang remaja, keperluannya lain. Seorang dewasa, keperluannya lain. Seorang tua, keperluannya juga lain. Di setiap peringkat ini, prioritinya akan jadi berbeza. Jadi apabila kita treat seorang dewasa, sebagaimana kita treat remaja, sudah pasti akan terjadi konflik.

Dalam berinteraksi dengan manusia, satu perkara yang saya dapati berkesan adalah satu tips yang saya pelajari dari Tony Robbins, six human needs (jangan tertukar dengan Maslow’s). Certainty, Uncertainty/variety, Significance, Connection/Love, Growth & Contribution.

Tips ini pertama kali dikongsi oleh saya oleh Faliq seorang sahabat saya. Saya skeptikal kerana dua daripada needs itu, bertentangan di antara satu sama lain (i.e: certainty vs uncertainty). Namun setelah saya berjalan di atas api di Singapore bersama Tony Robbins dalam Unleash the Power Within, baru saya faham.

Kebanyakan manusia ni, dia perlukan certainty dalam kehidupan. Kalau tak ada certainty, dia akan jadi takut dan rasa tak secure. Sebab itulah ramai orang nak kaya. Sebab pada pandangan kita, kalau kaya kita akan secure. Masa depan akan certain, pasti.

Bunyi macam itulah yang seorang manusia itu nak. Certainty. Tapi tak juga. Manusia memang nak certainty tapi sebenarnya tanpa dia sedari, kita sebagai manusia lain perlu sedar yang manusia yang kita interact tu perlukan uncertainty juga. Dia perlukan variety.

Sebab kalau takde uncertainty, dia mula akan jadi boring dan buat hal. Contoh orang yang bekerja kerajaan, pendapatan dia dah certain. Dah secure. Tapi dia perlukan challenge dalam pekerjaan dia. Kalau pekerjaan itu rutin, dia akan jadi bosan dan mula meragam. Jadi seorang superior yang bagus, akan assign staff tadi dengan tugasan-tugasan luar atau sesuatu yang lain dari yang biasa dilakukan untuk memastikan ada variety dalam pekerjaan staff tadi. Tanpa cabaran baru atau variety ini, staff tadi jika tidak meragam pun, pasti akan mengalami kemerosotan prestasi.

Lesson Learnt #2: Automation Wins

Perkara kedua yang saya belajar dalam sepanjang 10 tahun usia saya dari 20 tahun hingga hari ini dan saya akan pesan kepada diri saya pada masa akan datang adalah, automation wins.

Benda yang diautomatikkan akan sentiasa menghasilkan keputusan yang positif berbanding perkara yang dibuat secara manual.

Contohnya, untuk menyimpan setiap bulan adalah amat payah jika setiap bulan saya kena ingat untuk transfer duit ke Tabung Haji dan ASB. Tetapi jika saya automatikkan melalui potongan gaji, ia berlaku terus tanpa gangguan dari diri sendiri dan ia berjaya!

Life Turning Point

Di awal zaman 20an, saya sama boleh dikatan seperti kebanyakan orang muda lain. Sekarang berbeza ke? Saya tidak pasti dan ia tidak penting. Yang saya perlu ingat, ada turning point dalam kehidupan saya sekitar tahun 2011.

Ketika itu saya rasa ada something wrong pada diri saya. Triggered by an event in Penang at that time. Dari luarannya, saya nampak ok dan saya rasa saya ok. Tetapi kenapa saya tidak dapat result yang ok dalam apa yang saya usahakan?

Rasa “semacam” itu saya rasai ketika membuat Annual Review untuk tahun 2011 bila saya lihat prospek untuk 2011 agak kelam.

Berikut adalah petikan dari catatan saya ketika itu. Mungkin ia boleh lebih menjelaskan apa yang saya rasai ketika itu.

However when I am faced with a situation where I am blind, and don’t know where I am, with no clues to help me and feeling quite helpless, its a little bit depressing (a lot actually). Lucky for me its not something that happened often, but still when it happened it gave me headaches. Imagine what you feel when you are in a middle of a crossroad in a place you don’t know, and everything look foreign to you. And you know you still have hundred of kilometres to go in the journey. Which way will you take?

I am not in a position where I can say much, hopefully I make this through though!

Ketika itulah saya membuat keputusan. This is it. Inilah sempadan hidup saya. I need to be drastically better. Ketika itu saya membuat keputusan untuk mengerjakan umrah. Ini sempadan iman saya.

Alhamdulillah, I am pleased to report that the changes are sustainable and I got to enjoy a better quality of life. I now have clearer sense of purpose and a clearer direction of life.

Bersambung ke bahagian 2.

November 10, 2015

Memilih Tempat Untuk Settle Down

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:14 am

Tahun ini umur saya akan menginjak 30 tahun. Fuh, what a journey.

Blog ini juga akan genap 7 tahun Disember ini. Bermakna sudah tujuh tahun jugalah saya hidup sebagai seorang yang benar-benar dewasa. Disember 2008 saya mula menetap secara full-time di KL.

Bila saya terbaca balik catatan lama di blog ini, malu sikit pun ada. Geli sikit pun ada. Walaupun konon-konon dewasa, tapi banyak juga statement-statement tak matang. What do I know at that time ya?

Contohnya, Manifesto 24 yang saya malu juga untuk link kan. The intention at that time is noble, but there are bigger things in life I should focus on. Tapi tak apalah, at least it gave a sort of reference point, to understand what shape me now.

And, I know enough not to repeat the same things by writing about things that are too far into the future. I am sure the 50 years old me will chuckle, reading what I wrote today, but I can’t resist the temptation. So, here we go.

Choosing A Place to Settle Down

Memandangkan sekarang saya bermaustautin di Kerteh, saya boleh dikatakan selalu juga balik kampung ke Kuantan. Even Kak Ana remarked that I go back more often than her. Saya bersyukur diberi peluang ini, ialah bak kata orang, sementara parents masih ada.

Dulu, bila saya balik Kuantan saya rasa happy, nostalgik dan rasa Kuantan seperti ada segala-galanya. Saya suka tempat seperti Kuantan. Yalah, dibandingkan dengan KL, Kuantan definitely lebih aman dan mengamankan. Sekarang pun, saya masih rasa begitu. Masih happy, masih nostalgik.

Trafik jam kuantan

Tetapi bila saya fikir-fikirkan balik, terasa macam Kuantan sudah tidak begitu ideal untuk dijadikan tempat untuk “settle down”. Saya mula secara serius mempertimbangkan Kerteh.

Perkara ini saya mula bermain di fikiran saya weekend lepas ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Kuantan. Basically, bandar Kuantan adalah satu-satunya pusat tumpuan untuk penduduk Kuantan. Supermarket ada di outskirt, tapi shopping complex yang menjadi tumpuan tetap di pusat bandar.

Waktu puncak adalah pukul 8 ketika orang pergi kerja dan pukul 5 ketika orang balik dari kerja. Waktu-waktu ini perlu elakkan lalu di bandar Kuantan, kalau tidak hampir pasti 30-60 minit tak kurang untuk menghadapi kesesakan.

Jika saya memilih untuk settle down di Kuantan, kediaman saya pastinya di antara dua pilihan sahaja, Tanjung Lumpur atau Kota SAS (kawasan lain ada risiko banjir). And these two are the upcoming township in Kuantan. Kalau ikut analogi KL, dua bandar ini adalah “Damansara”, cuma tanpa shopping complex. Shopping complex, still di pusat bandar.

Walaupun kedua-dua upcoming township ini dijangka menjadi “Damansara” untuk Kuantan, malangnya jalan masuk dan jalan keluar yang “feasible” untuk digunakan cuma satu sahaja. Imagine MRR2. Walaupun jalannya lebar (4 lorong), tapi saya foresee jalan ini akan jadi bottleneck dalam 10 tahun lagi, persis MRR2 ataupun Lebuhraya Persekutuan di KL. Jadi saya tak dapat imagine mengharungi trafik jam yang lebih teruk dari yang telah saya alami sekarang di Kuantan. Which I am sure, will come to Kuantan soon.

Saya pulak memang cukup malas memandu dan anti dengan jam.

Saya bandingkan dengan Kerteh. Kerteh tiada jam. Dan ada cinema. Sudah ada kedai cheesecake yang decent juga. Jadi sudah agak cukup kriteria sebagai tempat untuk settle down saya. Ciri-ciri yang perlu ada untuk tempat yang saya mahu untuk settle down adalah:

  1. Suasana tenang, cara hidup masyarakat setempat yang reasonable
  2. Dengan dengan tempat kerja/pejabat (jika saya mahu buka bisnes sendiri)
  3. Ada panggung wayang
  4. Ada kedai cheesecake yang sedap (bukan sekadar Secret Recipe)
  5. Ada restoran mamak
  6. Mempunyai kariah masjid/surau yang aktif
  7. Rumah dekat dengan masjid/surau
  8. Kariah masjid/surau ada capability untuk mandikan mayat
  9. Tanah kubur yang tidak jauh dan senang dilawati

Dulu time muda-muda waktu darah saya tengah panas, saya tak faham kenapa orang prefer beli kawasan perumahan yang ada surau atau masjid. Kenapa nak duduk kawasan Melayu. Pada saya lagi best duduk kawasan Cina, kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tak jaga tepi kain orang. Boleh buat apa yang suka. Ada masjid ok, tak ada pun tak apa sebab boleh drive kereta.

Tapi sekarang saya faham. Sukar nak istiqamah pada benda yang baik. Nak konsisten pergi masjid time masjid dekat pun susah, apatah lagi time masjid jauh. Kalau masjid/surau terdekat tak boleh uruskan mayat kita, jauh nak cari orang untuk pengurusan jenazah nanti. Secara idealnya, di mana masjid/surau yang kita aktif tu, di situlah jenazah kita diuruskan. Senang urusan.

Lagi satu, saya ni malas exercise. Susah nak cari masa exercise. Dulu time di KL, ada lah jugak dalam 10,000 langkah sehari sebab pergi balik stesen LRT. Sekarang, nak dapat average 5,000 langkah sehari pun susah. Jadi kalau rumah dekat dengan masjid, boleh jalan kaki. Secara tak langsung dapat exercise free dan dapat pahala lagi. Alasan pun kurang untuk bermalas-malasan.

Semoga dipermudahkan.

 

Sabri
Perancangan masa tua

September 26, 2015

What You Need to Become World Class?

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:57 am

Saya bukanlah authority untuk bercakap mengenai menjadi world-class.

I can only speak based on experience, and our experience may differ. Feel free to take what you want and ignore the rest.

For me, to become the best in class you need to spend time learning. Untuk menjadi antara yang terbaik dalam sesuatu bidang, kita perlu belajar. Belajar ni boleh jadi, attend class, seminar dan sebagainya.

Tapi untuk menjadi best in class, kita perlu aware mengenai kelemahan dan kekuatan kita. Dan mempunyai pelan spesifik untuk menghadapi kelemahan dan kekuatan tersebut. Di sini perlunya spesifik feedback dan mentor/coach.

Kesilapan yang ramai orang buat adalah mereka ingat mereka boleh handle it on their own. Sama macam having a personal trainer dekat gym. Yes, kita boleh buat sendiri. But having personal trainer will sort of accelerate the improvement, because there is someone monitoring your progress and there is 3rd party feedback.

Ada orang yang memang mempunyai figure mentor ataupun coach yang boleh membimbing mereka. Ada orang tidak.

Saya tidak.

Jadi, untuk orang seperti saya, hire a coach. Cari apa yang kita nak perbaiki/improvekan, cari pakar/profesional dalam bidang tersebut, beli masa mereka untuk pick their brain. Ini adalah professional short cut that you can take advantage of.

Minggu ini saya berpeluang untuk mendapatkan “Executive Coach” saya sendiri. I have a feel that this will be an awesome investment on myself with unbeatable ROI. Alhamdulillah for being able to afford this opportunity.

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress