Life; The Next Chapter

September 24, 2015

Kisah Dua Kanak-Kanak Mengenai Berkhatan

Filed under: Adventures — Sabri @ 8:53 am

Sehari sebelum cuti sekolah bermula, Ali dan Abu berbual mengenai rancangan mereka ketika cuti sekolah nanti.

Ali: Aku kena sunat cuti sekolah nanti. Ayah aku cakap tak sunat, tak boleh kahwin. Aku dah besar.

Abu: Sebenarnya, aku pun sama. Dalam kelas kita (6 Arif) ni, kita 2 je yang belum sunat lagi. Tapi boring la cuti ni. Azman cakap lepas sunat kena baring je sepanjang cuti. Kalau tak nanti bentan, bengkak. Boleh putus!

Ali: Tu aku takut tu. Tahun lepas ayah aku dah bawak pergi sunat ramai2, tapi sebelum turn aku, budak depan aku tu lari, dia cakap pisau tok mudim besar macam gergaji, lepas tu ada banyak darah dekat baju tok mudim. Aku pun larilah sama, lepas tu sembunyi dekat tepi sawah. Petang baru balik rumah.

Abu: haha.. Abang aku cakap, time paling sakit bukan time sunat, tapi time lepas sunat. Waktu bius habis. Waktu kalau bengkak, pergh. Tak yah cerita. Kawan abang aku siap kena masuk wad!

Ali: Ye ke? Kawan sepupu aku, ayah dia, pakcik dia & abang dia kena pegang dia time sunat takut dia lari. Time sunat tu sebab sakit sangat dia jerit sampai hilang suara. Lepas tu dia pengsan.

Ok, you got the gist. Ali dan Abu saling menakutkan diri masing-masing mengenai sakit dan deritanya bersunat ni.

Sedar tak sedar, manusia selalu buat benda ni dalam kehidupan sehari. Bila dengar apa-apa cerita, ada jenis orang yang gelabah dan akan menambahkan gelabah orang lain. Itu tak apa, bayangkan ada beberapa orang lagi dalam kumpulan tu yang cepat melompat, jadilah saling gelabah menggelabahkan.

Bila saya dengan sekumpulan kawan saya yang tenang, saya dikenali sebagai seorang yang cepat nervous dan gelabah.

Tapi bila bersama dengan sekumpulan kawan saya yang gelabah dan cepat melompat, saya jadi sebaliknya pula.

Saya tak rasa saya buat sesuatu yang lain sangat. Cuma kadang-kadang memang kita ada jenis kawan-kawan yang lain sifatnya.

Cuma saya notice, memang ada orang ada penyakit nervousitis dan melompatitis. Penyakit nervous dan melompat yang berjangkit. Bila kumpulan anda terkena wabak ini, keep a calm and steady head. Sebab kalau asyikย saling takut menakutkan, satu kerja pun tak akan jalan. Tak boleh jalan. Sebab semua akan nampak susah. Kenapa susah? Sebab minda kita dah terfokus on the problem. Sebagai jalan keluar, focus back on the solution. Biarlah masalah tu besar macam mana sekali pun, bila kita fokus pada solution, barulah ada progress. Barulah sikit demi sedikit selesai problem tu.

Step up and be counted. Itu ubat dia.

Duduk di meja saling psiko menyaiko and passing-passing blame tak jadi.

The nearer the deadline, the more focused on the deliverable team should be. Don’t focus on the negativity.

Macam kes budak bersunat kat atas tu. Kalau berterusan 1up each other nak berkongsi dialah paling tahu pasal sakit bersunat, mau lari dari rumah malam tu jugak diorang sebab tak nak kena sunat.

Fikir-fikirkan. ๐Ÿ™‚

September 19, 2015

Falling In Love With Terengganu

Filed under: Adventures — Sabri @ 1:19 am

I changed a little bit.

Sebenarnya, mungkin bukanlah berubah. Tapi more in tune with myself. Dulu pun mungkin dah macam ni. Cuma maybe sekarang lebih memahami diri sendiri. Mungkin.

Dulu saya agak anti dengan orang yang bercakap ada loghat dalam setting “Malaysia”. Setting professional dan setting di mana ada orang “luar”. Pada saya, dalam situasi begitu kita perlu guna bahasa Malaysia sebagai menghormati orang lain. Bahkan saya pernah menegur beberapa orang kawan rapat saya. “Ini Malaysia la, nak cakap (letak nama negeri di sini) buat apa?”

Telinga saya pedih dan panas mendengar loghat kenegerian. Lagi-lagi yang bunyinya ganas dan kolot.

Konon.

Kemudian saya berkahwin dengan seorang gadis Pahang yang pekat loghat Pahangnya. Nasib baik orangnya comel, jadi saya rasa cute.

Kemudian saya berpindah ke Terengganu. Berkawan dan berjumpa dengan orang Terengganu dan orang luar yang gembira tinggal di Terengganu. Terengganu is warm and welcoming. Especially if you made the effort to live like a local.

Watching “Polis Evo” just now made me realize how I have changed. Despite Zizan speaking Terengganu the whole movie, I actually enjoy it. I love the sound, I love the script. (Or is it Nora Danish speaking Terengganu that converts me?)

Bukan movie sahaja. Bila tengok movie tu, saya teringat people in my life now who speaks Terengganu. It’s endearing. Rasa macam diorang ada kat sebelah. Saya dah tak allergik macam dulu.

But seriously, I used to pride myself as a diligent and process-oriented person (there are better words to use, but I don’t want to use it). I don’t want you to think that I am the opposite what I used to be. I am still an effective professional, just that I am more “human” now.

Kalau sebelum ni, asyik nak melompat lebih tinggi atau nak mengejar bintang sahaja, now I like to know the purpose of that. Why is mengejar bintang important? (They are not that important as we made them though).

I pity my old me and people who are still stuck in that world.

In Terengganu I found my freedom. I can walk with my head held high.

Not that people in Terengganu are free from those plague. Dekat Terengganu pun ada orang yang melompat lebih tinggi dan pengejar bintang juga.

But here, I understand that it’s not about what other people do. Tak perlu berlumba-lumba pintas memintas mengejar bintang atau bertanding siapa yang melompat lebih tinggi. It’s about you and what you want.

You can choose what you want to be.

Persetankan syaitan-syaitan yang cuba menyesatkan. Kalau anda pro-life, pro-world anda akan panggil syaitan. Kalau anda pro-world, pro-life yang akan dipanggil syaitan. It’s not important sebab memang biasalah orang lain yang salah. Diri sendiri sahaja yang betul.

It’s not important, because Terengganu is fair. You are given space and opportunity to flourish in whatever role you chose to be.

Mungkin sebab tu sekarang I can say I am in love with Terengganu and with people who stay true to who they actually are.

September 5, 2015

Motivasi Kejayaan Di Pejabat | Cara Hadapi Tekanan dan Masalah

Filed under: Adventures — Sabri @ 1:29 am

Anda tertekan di pejabat? Ada masalah? Mahu tahu cara atasi tekanan dan masalah tersebut?

malaysia-uae

Pertama sebagai seorang professional, masalah dan tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa dan lumrah. Hampir semua orang mengalaminya. Anda harus lega, masalah tersebut tidak sebesar masalah yang dihadapi Dollah Salleh selepas Malaysia dibelasah UAE 10-0. Sudahlah dibelasah di atas padang, di media sosial pun dibelasah juga oleh jutaan rakyat Malaysia.

Kedua, kita harus tahu dan akur. Masalah dan tekanan ini tetap akan datang walaupun perkara yang betul telah dilakukan (apatah lagi jika ada elemen kesilapan dan kesalahan). Jika anda bukan “bos” ataupun tidak berada di kedudukan tertinggi dalam rantai makanan di pejabat anda, bersedia sahajalah. Tekanan dan masalah pasti timbul, walaupun anda tidak buat salah. It’s just a matter of time and it can be due to any reason.

Apa yang anda boleh lakukan untuk melegakan hati adalah untuk mengetahui yang setiap benda ada pasang surutnya. Sungai yang surut sahaja, kemungkinan besar akan kontang, dan jika pasang sahaja boleh banjir jadinya nanti.

Begitulah juga bos anda. Ada hari yang bahagia, ada hari yang sengsara dan ada hari yang derita. Kalau tiap-tiap hari bahagia, nanti bos anda akan ditukar, bos lain pula yang akan datang membawa sengsara.

Selagi anda senyum, jangan patah semangat, bersabar dan buat yang terbaik, berdoalah supaya sumbangan anda dihargai.

Cuma satu perkara yang selalu saya saksikan dan perlu kita ingat. Di kala masalah bermaharaja lela ini, keep calm dan jangan emosional ataupun patah hati. Kerana jika anda tiada situational awareness, malang bertimpa-timpa akan terjadi. Itu tak kena, ini tak kena, semua benda yang anda sentuh jadi masalah. Bila itu terjadi, masa yang di ambil untuk pulih pun lagi lama. Dan kepedihan dan reputasi yang tercalar itu pun akan jadi lagi teruk.

Satu lagi tips tambahan dari saya, kadang-kadang pedih yang kita rasa tu bertambah pedih kalau kita ada ego. Ego ni bukan tak bagus, setiap orang ada harga diri masing-masing. Ada sense of self worth. Ada orang memang egonya tinggi. Saya tidak bercakap pasal itu. Saya bercakap pasal ego yang rendah. Ego rendah, hati pedih sikit. Ego tinggi, hati pedih amat sangat, silap-silap boleh jadi tidak rasional. Jadi satu cara untuk meminimakan kepedihan hati akibat tekanan dan masalah adalah dengan meninggalkan ego di rumah. Biar takde terus.

Orang tak boleh berkasar dan lukakan hati kita dengan benda yang kita tak kisah.

Contoh kalau orang kata, “kawan pada jiran emak kau kolot”.

Kita akan cakap, “oh, ye ke?”. Sebab kita tak kisah pun mengenai kawan pada jiran emak kita yang dikatakan kolot tu. Tak berbekas di hati langsung. Berbeza kalau orang kata, kita yang kolot. Kita mula terasa hati kan? Sebab kita ada ego sikit.

Cuba tidak ada ego langsung. So, I am kolot, bodoh, lembab, etc. So what? Walaupun aku bodoh, kolot, lembab dan sebagainya, aku berjaya juga buat a, b dan c. Imagine kalau aku pandai, moden dan laju? Aku jadi bos tau. Nasib baik aku ni kolot, bodoh dan lembab.

See, dalam kerjaya orang boleh kata kita macam-macam, but satisfaction in getting the job done is truly ours. Walaupun orang tak appreciate, goal post keep changing, etc. We know what we did. Dan kita pegang sahaja apa yang kita dah ada tu. Ego, personal preference dan lain-lain, tinggal dekat rumah.

Dan jangan cari gaduh. Sebab timun lawan durian, durian akan sentiasa menang.

Ambil contoh Tan Sri Muhyiddin bekas Timbalan Perdana Menteri. Buat benda yang betul pun, bos dia tak suka jugak. Kena pecat lagi. 30 juta rakyat Malaysia tahu dia kena pecat. Dia defend diri dia, tapi ada bos dia kisah?

Itu timbalan perdana menteri. Penyokong ramai backup pun tak luak bila lawan bos.

Kita?

So, pray hard. Berdoalah. Sebab dalam alam ini, cuma ada satu bos yang paling besar sekali. Bos kepada segala bos. Dan dia Maha Adil. Bos ini sahaja yang boleh pakai. Maka, mintalah kepada Dia, supaya Dia settlekan bagi pihak kita.

Ameeen.

 

Sabri
Pendoa

May 30, 2015

Lesson I Must Learn in This Life

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:49 am

I have sort of learned this lesson the hard way a number of years ago, but I guess now I need to write it here so that I remember it well.

It’s always tempting to just be myself and speak my mind, but I must be aware that this shouldn’t be at the expense of jeopardizing the most important thing in my life.

I have A-Type personality and if there is one thing I can’t tolerate is mediocrity. Being in the middle or being average is okay and there is no shame being that, but knowing that you are behind with no effort nor interest to catchup is for me, sinful. Unacceptable.

I totally can’t accept that.

But sometimes I must remember that we have to let the fools being the fools as long as it’s not harmful.

Because a fool can’t think for himself. Smart people should know better, should know how to rein himself when the situation calls for it. No point arguing with fools.

March 6, 2015

Sayonara KL, Hello Kerteh!

Filed under: Adventures — Sabri @ 4:12 pm

Hari ini genap seminggu saya menjadi warga Kerteh. Rumah baru selesai dikemas dan barulah dalam keadaan yang terhormat sedikit untuk menerima tetamu. Mulanya, saya bercadang untuk meletakkan post “Sayonara KL” di Facebook dengan gambar terakhir saya di KL dan diikuti dengan post “Hello Kerteh” dengan gambar pertama saya di Kerteh, tetapi saya membatalkan niat tersebut. Too much drama. ๐Ÿ™‚

I like it a lot here.

Tapi sebelum kita “Hello Kerteh”, let me “Sayonara KL” dulu.

KL has been nice to me. I learned a lot and to put it in a 7 years perspective, I did live my life to the fullest-all 7 years combined, especially the early years. It is just that towards the end of my stay, particularly after completing my MBA, I can sense that there is not much that I can do anymore there without further investing more time in it, and speaking of time it is the one thing that I don’t have much. The work life balance has gone completely.

The positive side is the food. Particularly in the Wangsa Maju/Sri Rampai area where I stayed, it’s food heaven. If local niche food is your thing, KL has Gobang Maju Ikan Patin, nostalgic food, Nasi Vanggey Ipoh, Middle Eastern food, Hadramawt, Zam-Zam and the best is Al Rawsha that rules them all. Not to mention tasty snacks like Wahab Cendol and my favourite mamak, Ali Maju.

Anyway KL, we had a good run. Thank you.

Now for Kerteh, I like this town a lot.

The food choice are not that abundant, but for a simple man if you can be satisfied enough with pisang goreng and keropok lekor, you are in for a treat. And what Kerteh can’t match for lunch and dinner, it made it up with breakfast.

Here, the breakfast choice is overwhelming. For an outsiders, it might sound intimidating and downright unhealthy, alternating between nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang and nasi berlauk for breakfast, but being an East Coast guy myself, I was raised having those foods for breakfast, I am in dejavu. ๐Ÿ™‚

Di Kerteh, option untuk shopping tak banyak. Yang ada cuma Mesra Mall. For “official” center like TMPoint, TNB, Hospital and other similar services, the nearest town is in Kemaman. Semalam, saya mencari barang-barang rumah (di kedai hardware, kedai perabot dan kedai dua ringgit). Bertolak pukul 10 lebih pagi. Selepas habis pusing dan shopping sakan (kedai RM2 je pun), baru pukul 12.30PM. Unheard of!

Di KL, satu shopping trip macam tu easily akan jadi pukul 3 at least sebab ada kedai-kedainya banyak dan luas. Pusing dalam satu kedai pun dah berjam-jam. Life dekat sini lebih laid back.

Stay tune for more. ๐Ÿ™‚

 

 

Sabri

February 25, 2015

Polisi Jangan Cari Musuh Yang Tidak Perlu

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:19 am

Aha. Tinggal kurang dari 3 hari sebelum saya mengucapkan sayonara KL untuk menjadi pemastautin di Kerteh. Terlalu banyak yang saya sedang fikirkan, dari urusan rumah dan keluarga yang akan memulakan hidup baru di Kerteh sehinggalah tugasan-tugasan pejabat yang akan ditinggalkan di KL.

Semuanya perlu diuruskan dalam masa yang singkat. Semuanya menagih masa dan perhatian. And I am a bit stressed.

Cuma saya bersyukur dengan bentuk ujian seperti ini. Betullah Tuhan tidak menguji hambanya dengan sesuatu yang dia tidak mampu tanggung. Stress yang saya alami ini lebih kepada stress annoying dan bukan stress beban.

Di saat-saat terakhir ini, saya tak mahu cipta musuh baru walaupun temptation tu ada. Kadang-kadang saya menyampah dan annoyed dengan orang yang suka “snipe” dengan remark yang unnecessary. Lagi-lagi bila orang yang suka berkira.

My style, I will help to the best of my ability. And bukan style saya untuk side step responsibility walaupun orang disekeliling saya ramai buat macam tu.

Dan saya sangat pantang, jika digeneralizekan dengan orang yang suka side step issue.

I would like to say, “Hello, my record speak for itself.”

Lebih-lebih lagi pantang kalau saya di treat macam orang yang suka avoid responsibility. It’s very insulting to me.

Bila saya bertanya atau minta tolong or minta clarification, that’s because I really mean it. I need help. Although I might look like a Superman, but I am not. There are things which I need help from others as well.

I have to constantly remind myself, jangan tinggalkan nama yang buruk walaupun ada orang yang for sure akan nasihatkan untuk let it go sebab its my last week here anyway.

Tapi bila rationally fikir, its not worth it pun. For how long lagipun I will be tormented. Lagipun bukan hari-hari kena snipe.

Plus, I am doing it for my friends aka kronies. I didn’t tell anyone of this, hence the need to let it off here. To release some steam from the pressure boiling inside me.Friend of my friends are my friend as well although I don’t necessarily enjoy the company.

To the annoying sniper, I can smell it.

So, to my friends. Know this, I am suffering inside. And I do this for you.

Oh yeah, if its not too late for me to convince you to change your mind. Don’t hate me because of my background, where I come from. I don’t choose to be there. Can’t you see I am different?

I know you don’t like me as well but you are being cool and professional about it because I am being cool and professional about it as well. But why you have to snipe me when I don’t snipe you? Can’t you just do what I do? It’s okay not to like each other, but just keep it to our inner self. For just 2 more days k?

January 9, 2015

Betul ke Escalator di Jepun Laju-Laju?

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:26 pm

Kali pertama saya ke Singapura, saya agak terkejut sedikit dengan kelajuan escalatornya yang lebih dari biasa. Pelik dan hairan, tetapi dengan reputasi Singapura yang terkenal sebagai sebuah negara yang efisien, saya tidak terkejut. Dalam fikiran saya, Singapura ini berguru dengan Jepun. Sistem MRT di Singapura memang bagus, coveragenya luas, frekuensinya pun kerap. Hendak ke mana-mana, senang.

Jadi apabila saya ke Jepun, saya menjangkakan yang kelajuan eskalatornya juga akan turut laju seperti Singapura, jika tidak lebih laju lagi. Tetapi suka untuk saya mengumumkan yang kelajuan eskalator di Jepun tidak laju, ia sama sahaja seperti eskalator di Kuala Lumpur. ๐Ÿ™‚

Jadi sekarang, cuma di Singapura sahaja lah eskalatornya laju.

Bercakap pasal eskalator, tidak sah jika tidak bercakap pasal rail network pula. Sebelum tu, rail network Singapura memang boleh dipuji. Ia efisien, cekap dan bersambung dengan mudah (seamless). Sebagai contoh bila ada pertukaran stesen (contohnya seperti tukar line antara Putra LRT & STAR LRT di Masjid Jamek kalau di Malaysia), di Singapura pertukaran tersebut biasanya berlaku di antara platform sahaja. Kalau ada bertukar stesen pun, confirm tidak jauh.

Di Jepun pula, ada 2 keadaan. Di Tokyo, kami banyak bergantung dengan Japan Railway (JR) line. Jadi pertukaran stesen/line berlaku masih dalam stesen yang sama. Ada berjalan, tetapi manageable.

Di Osaka honestly saya tak minat sangat dengan railway networknya. Untuk ke tempat-tempat penting, coverage trainnya ada, tetapi line yang berbeza. Kita perlu menukar beberapa stesen untuk sampai ke satu-satu tempat tujuan. Yang lebih buat letih dan sedikit geram tu, setiap stesen untuk satu line tu boleh ada beberapa exit (Contoh stesen yang dekat dengan hotel kami, Sakaisuji Hommachi ini, ada 17 exit). Ok, saya tak kisah ada 17 exit tu, bagus lah. Masalahnya exit 1 dan exit 17 tu, mungkin perbezaan jaraknya dalam 1-2 KM macam tu, dan mungkin berada di sebelah bandar yang berbeza. Bayangkan kita bila merancang perjalanan, kita plan untuk tukar di stesen mana, naik apa, landmark apa dan sebagainya. Ketika di Tokyo, dengan method yang sama kami boleh mencari jalan ke hotel yang jauhnya kira-kira 750m dari stesen.

Tetapi di Osaka ni, bila keluar je dari stesen tengok ada exit yang banyak macam tu, terus lost (kalau ada 4 contohnya North, South, East, West dll tu oklah. Ini 17!). Keluar-keluar (kami pilih exit 1, sebab exit 1 biasanya yang main), tak dapat nak kenal pasti dekat mana kedudukan. Worst, kami tak tahu pun kami berada di sebelah yang betul atau tidak.

Dan perkara ini berlaku di hampir semua tempat yang kami pergi di Osaka. Sungguh rasa tak best sikit. Which is rugilah sikit rasa sebenarnya, sebab antara Osaka dan Tokyo, ramai orang prefer Osaka lagi sebenarnya.

For me, mana-mana pun okay. Cuma Tokyo ada slight edge lah sikit in term of accessibility.

Tonight is our last night dekat Jepun ini. It has been an awesome and enlightening adventures. Thank you to my travelling buddy, my wife yang banyak buat homework pasal Jepun ni.

Kumbawa Jepun.

Sayonara Hait!

 

Sabri

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress