Life; The Next Chapter

November 29, 2014

Part-Time MBA: How Did You Do It?

Filed under: Adventures — Sabri @ 5:04 pm

Ada orang bertanya pada saya, susah tak buat MBA part-time? Macam mana saya manage untuk buat?

Berbeza dengan jawapan student 5A UPSR dalam TV, jawapan saya, “saya tak tahu!”.

It’s tough. Saya bersyukur dua tahun dulu saya telah ambil keputusan untuk memulakan perjalanan MBA saya. Jika hari ini saya baru nak bermula, atau masih diperingkat awal, saya pun tak tahu sama ada saya akan berjaya menamatkan MBA ini atau tidak.

Saya bertuah mendapat seorang isteri yang sangat supportive yang memberi unconditional support. Beliau sabar menunggu saya menghabiskan kelas, dan pada masa yang sama turut membantu dengan tugasan-tugasan yang ada. Buat mereka yang sudah berumah tangga, tanpa sokongan pasangan, adalah amat mustahil untuk further study part time dengan cemerlang.

Buat mereka yang masih bujang atau yang akan mendirikan rumah tangga, jika anda ingin menyambung pelajaran part-time, pastikan pasangan anda memberi sokongan dan memahami apa yang anda buat. I can’t stress this enough.

Sebab walaupun anda yang belajar, tetapi mereka akan turut terkesan. Masa yang anda akan spend untuk keluarga akan berkurangan. Sebagai contoh untuk saya, Sabtu, mulai pukul 12 tengahhari saya perlu ke kelas, jam 7 lebih baru sampai di rumah. Ahad, jam 8 saya dah perlu bertolak ke Shah Alam. Itu baru masa kelas. Belum termasuk masa ulangkaji dan masa buat assignment. Dan semestinya tidak termasuk kesibukan kerja.

Pada saya, unfair untuk saya ambil masa dari keluarga lebih dari masa yang telah habis untuk kelas. Jadi, saya akan ambil masa dari diri sendiri untuk buat assignment dan ulangkaji. Iaitu dengan mengurangkan masa tidur. Saya tidur seperti biasa (awal), tetapi saya akan bangun awal. Jadi sebelum dan selepas Subuh tu saya gunakan untuk selesaikan urusan study.

Dan kita pun manusia, bukan robot. Jadi perlukan masa untuk re-charge juga kan dalam kesibukan seminggu tu. Jadi pagi Sabtu adalah masa untuk saya full recharge. Saya akan sambung tidur selepas Subuh sehingga puas ataupun sehingga pukul 12. Yang mana lebih awal. Tetapi, banyak kali juga terjadi pagi Sabtu tu saya tak tidur-tidur selepas Subuh untuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar petang itu.

Malam Sabtu dan malam Ahad, adalah masa saya untuk bawa isteri beli barang dapur atau dinner di luar sekurang-kurangnya.

Untuk balik kampung pula, isteri saya mahu balik sekurang-kurangnya sebulan sekali. Nasib baik kampung kami sebelah menyebelah sahaja. Jadi cuma perlu satu trip, dapat settlekan kedua-dua kampung. Ketika semester berlangsung, jika ada sahaja kelas ditunda atau batal, memang saya akan balik kampung. Begitu juga ketika cuti semester, kami akan kerap balik. Ada kalanya 2-3 kali sebulan. Untuk make up pada bulan-bulan yang kami tidak balik.

Itupun memang ada kalanya wife saya bising juga. Namun tidak lah bising sangat, masih boleh dihandle.

It’s hectic, it’s tough. And I am glad it’s already over.

harga sebuah MBA

Macam mana, nak sambung Ph.D?

Memang saya berminat dan confirm akan sambung Ph.D. Soalnya cuma bila?

Buat masa ini, saya mahu menikmati dulu masa lapang yang ada ini, dengan harapan ada keajaiban yang berlaku dalam masa terdekat ini yang akan menjadi pemangkin untuk perjalanan Ph.D tersebut. 🙂

 

Sabri

November 28, 2014

Orang Jahat Di Dunia Realiti Bukan Macam Orang Jahat Dalam Drama

Filed under: Adventures — Sabri @ 10:24 pm

Satu perkara yang saya selalu ingatkan diri sendiri dan to some extend, my friends and my juniors, orang jahat di dunia realiti bukan orang jahat macam dalam drama.

Which means, jahat di dunia ni tak semestinya sentiasa jahat. Kadang-kadang diorang boleh jadi baik. Dan ini menyusahkan orang baik.

Begini, kalau orang jahat di dunia ni sentiasa jahat, bermulut puaka, berperangai syaitan, senang. Dekat dahi orang macam ni dah memang terang-terang ada cop “Jahat”. Memang ini watak antagonis. Tak akan ada benda baik yang dia akan lakukan.

Bila dah ada orang jahat macam ni, katakan kita sebagai hero, kita lah akan jadi watak protoganisnya. Kitalah akan jadi watak baik.

Dan penonton (orang lain), akan dapat lihat dengan jelas siapa yang jahat, siapa yang baik. Siapa mangsa, siapa pemangsa.

Tapi di dunia ni, bukan macam tu. Kadang-kadang orang jahat ni dia pun moody. Kadang-kadang dia baik, kadang-kadang dia tak baik. Dan kita sebagai orang baik tak boleh bermusuh dengan orang yang macam ni. Sebab kalau kita bermusuh dengan dia, kita akan jadi jahat.

Imagine ada seorang budak tu ejek-ejek kita, kemudian kita bunuh budak tu. Kita jahat ke budak tu jahat? Memang budak tu yang mula kan dulu, tapi sebab kita tidak kawal “respond” kita, kita akan dianggap penonton (orang lain), lebih jahat dari budak tadi.

Jadi, ini yang penat dan letih sikit. Sebagai orang “baik”, kita perlu sabarkan diri sendiri, absorb the pressure dan buat apa yang orang baik akan buat. Buang ego, have a big heart and smile.

Tunggu sampai orang jahat tu melampau dan addicted dengan kejahatannya, supaya dia buat tindakan-tindakan yang menyerlahkan kejahatannya pada public.

Kalau orang jahat tu pandai cover dan pandai control dan tidak melebih-lebih pada orang lain, kecuali pada anda? Sehingga anda tidak boleh sabar lagi?

Isolate the source.

orang jahat orang baik

Jauhkan diri anda dari punca kebakaran tersebut.

Pindah.

Bukan senang nak ubah manusia. Lagi-lagi manusia jahat. Kalau senang, dah lama emak dan ayah dia berjaya bentuk dia jadi manusia berguna. Biasanya sebab kurang didikan ibu bapa lah orang jahat jadi jahat (ataupun emak dan bapak dia yang bentuk dia jadi jahat). Bila dah tua ni, dah too late nak berubah.

Jadi jangan harap lah nak ubah orang jahat. Nanti diri sendiri yang stress.

Bersabar, senyum. Dan kalau dah tak tahan, keluar dari situasi tersebut. Pergi jauh.

October 30, 2014

Psikologi Kejayaan: Dressed for Success

Filed under: Life Skills — Sabri @ 7:46 pm

Wife saya selalu bertanya dan mempertikaikan apabila saya mengatakan kepada beliau, “Esok abang ada presentation penting, abang nak pakai baju belang merah tu”. Beliau tidak nampak kepentingan dan kelebihan ataupun perbezaan baju yang saya pakai pada presentation saya nanti.

Saya percaya pada psikologi kejayaan. Hidup ini, diri kita ini macam kereta lumba di litar F1. Kita boleh ubah “setting” (cara kita duduk, cara kita berjalan, cara kita “command attention”, cara kita bercakap sebagai contoh adalah setting-setting yang dapat diubah untuk meninggikan peluang kita untuk berjaya). Jadi, dalam keadaan 50-50 atau di saat-saat genting, tidak ada istilah over-prepare. Jika baju saya boleh memberikan saya 0.01% lebih kebarangkalian untuk berjaya, I will do it.

Bukankah pemenang pingat emas dan perak acara pecut 100m sukan Olimpik dibezakan cuma kurang dari 1 saat. Cepat 1 saat dapat emas. Lambat 1 saat, melepas.

Saya pernah dan selalu mengadakan seminar atau talk kepada public. Pressurenya tidak sama ketika membuat pembentangan korporat. Di depan public, you can be yourself and you can crowd-control. Tetapi di dunia korporat biasanya pembentangkan dilakukan untuk bos-bos. You are expected to be polished and to know what you are talking about. Berbeza dengan public yang biasanya datang atas kerelaan sendiri, dalam dunia korporat pembentangan dilakukan kepada stakeholder. Pembentangan di dunia korporat biasanya ada tujuan seperti untuk nendapat approval atau buy-in. Dan kita tidak akan mendapat standing ovation selepas membuat pembentangan di dunia korporat. Upside limited, downside, bottomless.

Pendek cerita, audiences mungkin akan lebih hostile. Sesi Q&A tidak ubah seperti satu episod dalam Dragon’s Den atau Shark Tank.

Dalam keadaan seperti itu, untuk present dengan memakai kemeja pink ketika membuat pembentangan penting adalah seperti seekor kambing yang sukarela masuk kandang harimau. Sengaja mengundang kontroversi dan masalah. (melainkan of course jika baju pink anda itu adalah sebahagian strategi mengendurkan suasana dan anda tahu apa yang anda buat).

Personally, untuk presentation ke “atas”, saya suka bersedia dengan baju belang merah saya. My “power dress”. Untuk briefing, saya prefer kemeja krim dengan kotak-kotak kecil. Untuk meeting dengan “friendly” colleagues, baju belang pink. Untuk meeting dengan “hostile” parties, power dress saya sekali lagi.

Baju anda tidak akan membantu jika “isi” anda tidak cukup oomph.

Sama dengan kereta lumba F1, minyak yang digunakan tidak akan bermakna jika enjin anda tidak efisien.

Tapi jika isinya setanding, perbezaan 0.01% sudah pasti akan memberi sedikit perbezaan.

 

Sabri

p/s: Bagaimana dengan Steve Jobs, Mark Zuckerberg dll? They are a billionaire and they own their own-billion dollar business. Their “power” is in their larger than life persona. For every Steve Jobs and Mark Zuckerberg out there, don’t forget that there are Elon Musk and Jack Dorsey. These guy take the “other” route which is easier for us, the mere mortals to emulate.

Btw, power dressing does not mean overdressing. You don’t wear suit when the highest ranking person in the room doesn’t wear one. You will look like a clown. Power dressing mean, you put your game face on, suited for the ocassion.

Obama during campaign trail: This power dress is to endear him to the voter. It says, "I can relate to you. I am not better than you. I am one of you.

Obama during campaign trail: This power dress is to endear him to the voter. It says, “I can relate to you. I am not better than you. I am one of you.

YB Nizar ketika krisis MB Perak. Walaupun ketika itu beliau bukan lagi MB Perak (sedang fight untuk mempertahankan kerajaan ketika itu) tali leher yang dipakainya adalah power dress beliau. Ia memberitahu semua, saya MB Perak yang sah!

YB Nizar ketika krisis MB Perak. Walaupun ketika itu beliau bukan lagi MB Perak (sedang fight untuk mempertahankan kerajaan ketika itu) tali leher yang dipakainya adalah power dress beliau. Ia memberitahu semua, saya MB Perak yang sah!

September 14, 2014

Konichiwa Japan!

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:32 am

2014 setakat ini adalah satu tahun yang agak baik untuk saya.

Walaupun kekangan masa masih menghambat, jalan keluar semakin sistematik terbina. Saya mencuba yang terbaik, yang lain saya serahkan kepada ketentuanNya.

Sebagai reward kepada kejayaan menamatkan MBA saya on-time dan yang lebih penting, kejayaan menjual hartanah pertama saya dengan pulangan yang agak baik (seperti yang saya targetkan dalam annual audit 2014 saya di sini), saya bercadang untuk membawa isteri saya bercuti panjang ke destinasi impian beliau hujung tahun ini.

Saya berikan 2 pilihan, Eurotrip atau Jepun. Beliau kata, tak kisah asalkan ada salji. Senang isteri saya ni. 🙂

Setelah mendapat feedback dari adik-adik dan kawan-kawan sepejabat, kami memutuskan untuk ke Jepun. Insya-Allah.

Memandangkan ini kali pertama saya akan keluar negara lebih kurang 2 minggu tanpa menggunakan travel agent (Umrah tempoh hari ada travel agent untuk uruskan itinerary), dan saya maklum yang Jepun merupakan negara yang kos hidupnya mahal dan Bahasa Inggeris tidak digunakan dengan meluas, saya perlu rancang betul-betul agenda ketika di sana.

Supaya anda dapat idea bagaimana kompleksnya Jepun, ini adalah map sistem keretapinya.

44463421.tokyotrain

Tetapi tak mengapa, banyak guide di Internet. Saya juga telah delegatekan tugas untuk research lebih lanjut cara kami akan bergerak di sana kepada isteri saya. Saya agak nervous juga, tetapi sedikit excited. Sehingga sekarang saya masih tersesat dan keliru dengan cara menukar stesen Putra LRT kepada Start LRT (vice-versa) di stesen Masjid Jamek. Macam mana lah nak tukar stesen yang lebih berselirat di Jepun ni.

Dan saya bertambah nervous dan excited sebab ini kali pertama saya akan bawa isteri saya untuk ekspedisi tanpa rencana ni. Dan untuk memaksimumkan keseronokan trip ini, saya akan cuba satu idea sedikit gila di mana kami akan tiba dan balik dari airport berbeza (jadi kami tidak akan beli tiket return, sebaliknya cuma one-way).

Kisahnya begini. Kami tidak dapat buat keputusan, untuk pergi Tokyo (Disneyland) atau Osaka (Universal Studio). Banyak cadangan supaya kami ke Osaka sahaja, kerana dari Osaka lebih dekat untuk ke bandar-bandar lain seperti Kyoto. Tiba -tiba saya teringat yang Jepun mempunyai bullet train. Dan ini semestinya kena cuba.

Jadi saya buat keputusan, kenapa kena pilih sedangkan kita boleh pergi kedua-dua tempat.

Jadi berikut adalah itinerary cadangan kami:

Hari Tempat Bandar
Khamis Namba, Dotonburi, Trip with Miyuki Osaka
Jumaat Universal Studio Osaka
Sabtu Arashiyama, Fushimi Inari, Geisha Street Kyoto
Ahad  Akibahara,Shinjuku, Harajuku ,Meiji Shrine,Shibuya Tokyo
Isnin Gala Yuzawa, Tokyo
Selasa Disney Sea Tokyo
Rabu Disneyland Tokyo
Khamis More of Disney Tokyo
Jumaat Tokyo Sky Tree, Asakusa Tokyo
Sabtu Tsukiji Market, Ueno, Tokyo National Museum, Gibli Museum Tokyo
Ahad Free & Easy Tokyo

Ada tempat yang wife saya nak pergi, ada tempat yang saya nak pergi. Hari Ahad, last day tu tak terfikir lagi apa. Rasa macam yang penting dah cover.

Next step, kena mahirkan diri dengan penggunaan train. Ini saya bagi tugasan dekat wife. Sebab saya blur terus dengan perkataan-perkataan Jepun ni. Dengar semua macam lebih kurang. At least wife selalu tengok drama. hehe… adalah perkataan-perkataan dan bunyi yang dia familiar. 🙂

jepun

August 10, 2014

A Cup of Morning Coffee

Filed under: Adventures — Sabri @ 2:10 pm

I have one soft spot for coffee that I have to admit.

I am not quite a coffee drinker. I enjoy both coffee and tea equally well.

Tapi bila saya tengok orang minum coffee pagi-pagi at their workstation (bukan yang tengah pegang cup sambil berjalan or yang minum kat kedai or yang minum dekat rumah), saya  rasa macam “Wahhh… cool nya dia…”.

Tak kisah lah, branded coffee or just nescafe.

NESCAFE-MUG_HR_merge

Actually dah lama dah saya notice saya senang kena awe-struck by morning coffee drinker ni.

Aroma kopi di waktu pagi tu, cool. Memang boleh buat mata cerah sekejap (tapi tak semestinya hilang mengantuk). It just jolt you.

Saya rasa cool bukan sebab apa, sebab susah saya nak buat.

First sebab malas. Dah sampai lepas tu nak kena pergi pantry untuk buat coffee. Trouble some.

Kedua, kalau nak beli tiap-tiap hari, it doesn’t make financial sense for me. Satu cup je dah berapa.

Ketiga, coffee yang saya suka ada gula. I try to reduce my sugary intake. My line of thinking, better reserve that sugary quota for something else that is more worth it.

Keempat, ketika di Mindvalley dulu I got the impression that coffee is bad for your health. Maybe it is, maybe it’s not. But I still take it moderately. No sense teaching myself to be addicted to coffee.

But. the act of drinking your morning coffee is cool.

And to all morning coffee drinkers out there, you are cool. (drooling eyes). hehe…

sf

Sabri
Social Coffee Drinker

May 22, 2014

Selamat Hari Guru | Guru-Guru Saya

Filed under: Memory Lane — Sabri @ 12:06 am

Sambutan hari guru baru sahaja berlalu untuk tahun ini. Kebetulan saya ter-tonton Majalah 3 beberapa hari lepas mengenai betapa berdedikasinya sekumpulan guru di Sabah, saya ingin menyambung kembali post saya yang tertangguh sudah hampir 3 tahun. Ini post asal mengenai cikgu-cikgu sekolah rendah saya. Saya akan menyambung dengan cikgu-cikgu sekolah menengah saya. Ini adalah satu penghormatan saya kepada guru-guru yang membentuk dan menjadikan saya seperti saya yang hari ini.

Tingkatan 1

Cikgu Agnes

Cikgu Matematik saya. Setiap hari, confirm 40 soalan matematik dari buku teks diberikan. Jika kita tidak cukup masa untuk jawab soalan periksa, bermaksud kita kurang latihan. Jadi kena buat lebih banyak latihan. Itu mantra beliau. Beliau memastikan saya tidak tercicir dalam matematik. Walaupun saya tidak berapa terror dalam matematik, tetapi dengan latihan demi latihan yang beliau berikan, saya tidak tertinggal. Saya sentiasa dapat B, tetapi tidak pernah C atau D dengan beliau.

Tingkatan 2

Cikgu Rumaini

Cikgu BM saya. Ketika itu saya suka buat karangan berbaur politik. Sekali beliau tanda. Kali kedua beliau tak tanda. Bila kenang-kenang balik, apalah aku time tu. Tapi tak apa lah. Orang muda, darah memang panas tak bertempat. Terima kasih cikgu sebab bersabar dengan saya. Waktu ni saya secara tidak langsung sering didedahkan dengan cara mencari isi karangan dan mengulas isu semasa. Satu kelebihan yang saya bawa ketika menyertai pasukan debat di tingkatan menengah atas.

Tingkatan 3

Cikgu Lim

Jika ada cikgu yang paling saya terhutang budi, pasti ia adalah Cikgu Lim. “Mrs Lim” adalah nama yang kami panggil, tetapi itu adalah surname suaminya. Saya terlupa maiden name beliau, kalau tak salah saya bermula dengan “How”. Beliau mengajar saya matematik. Cikgu Agnes mengajar saya di tingkatan 1 dan 2, dan saya akui beliau cikgu yang bagus. Ramai pelajar lain meningkat di bawah tunjuk ajar beliau. Saya sendiri dapat rasakan yang asas matematik saya ada, tetapi memang tidak cukup bagus untuk dapat A. Matematik saya ketika itu adalah matematik hafalan semata-mata. Saya tak boleh selesaikan soalan dengan kemahiran berfikir.

Cikgu Lim mengubah segala-galanya. Saya tak tahu bagaimana beliau buat. Tetapi dengan Cikgu Lim saya tidak pernah tidak dapat A. Saya paling ingat ketika beliau mengajar kami isipadu. Beliau bawa sebuah kon dan silinder. Beliau isi air dalam silinder tersebut dan tunjukkan kepada kami, air di dalam silinder tersebut dapat memenuhi kon dengan tiga kali isian.

Itu adalah detik “wow” untuk saya. Itu kali pertama saya nampak dan faham sebenar-benarnya konsep isipadu dan formula-formula matematik lain yang selama ini saya hafal sahaja. Dan saya yakin jika dia tak buat macam tu, sampai bila-bila saya akan buta matematik (sebab saya tak dapat “feel” formula-formula tersebut. Jika saya tak lihat sendiri air dalam silinder itu boleh memenuhi kon sebanyak tiga kali, saya tak akan dapat terima formula matematik yang mengatakan segitiga kon adalah satu pertiga isipadu silinder. Saya memang tak boleh terima, sebab saya tak dapat imagine)

Cikgu Mahdi

Cikgu Mahdi cikgu sejarah merangkap cikgu kelas saya. Cara beliau mengajar adalah dengan bercerita. Cerita-cerita beliau mengenai sejarah banyak menimbulkan minat saya terhadap sejarah.

Ketika di SABS untuk tingkatan 1-3, tidak banyak memori yang saya simpan. Semuanya gara-gara kegagalan saya mendapat 5A dalam UPSR. Ketika di sekolah rendah, saya dan kawan-kawan semuanya bercita-cita untuk ke asrama penuh. Tetapi bukan sahaja saya tidak dapat ke asrama penuh, 5A pun tak dapat. Zaman di SABS adalah zaman struggle. Zaman saya sukarela belajar rajin-rajin dan betul-betul belajar.

Ketika di Tingkatan 4 dan 5, itu adalah masa saya menyerlahkan diri saya. Saya menjadi seorang “Sabri” yang lain. Jika ketika di menengah rendah saya tidak dikenali dan jika dikenali pun cuma dikenali sebagai seorang yang sangat pendiam, di SEMASHUR saya jadi sangat berbeza.

SABS adalah bekas sekolah aliran Inggeris satu ketika dulu. Jadi pelajarnya pelbagai kaum. Dalam kelas saya sendiri di Tingkatan 2 dan 3, hanya ada kurang dari 14 orang pelajar Melayu. jumlah pelajar 40). Berbeza di SEMASHUR di mana majoriti pelajar 99% adalah Melayu.

Cuma ketika itu saya mesti noted yang SABS sebenarnya memberikan saya asas yang kuat yang membenarkan saya capai apa yang saya capai ketika di SEMASHUR. Kalau tak kerana asas dan keyakinan diri yang terbina di SABS, pasti saya tidak survive di SEMASHUR. Ketika di SABS, saya diajar dan ditunjukkan mengenai apa yang baik untuk hidup ini. Di SEMASHUR, saya diuji sepenuhnya. In that respect, thank you SABS.

Di SEMASHUR, saya bermula dengan bagitahu diri saya sendiri tidak ada siapa yang kenal saya di sini. Ibaratnya saya baru lepas tekan butang reset dalam hidup. Saya buat keputusan yang saya nak jadi lain.

Tingkatan Empat

Sir Sophian

Cikgu pertama yang memberi saya peluang dan kepercayaan dengan tanggungjawab. Dan sehingga hari ini saya rasa, saya telah gagal membalas kepercayaan beliau. Cuma dari kesilapan itu saya belajar. Beliau melantik saya menjadi ketua editor majalah sekolah yang pertama. Di SABS, majalah tahun ini dapat tahun depan. Manalah saya tahu yang di KL dan Selangor ketika itu, majalah tahun ini dapat tahun ini juga. Nak dijadikan cerita, semua fail untuk majalah sekolah yang disimpan di makmal komputer telah terpadam kerana komputer di format. Jadi macam mana?

Ending dia tak teruk sangat, walaupun saya still malu dengan diri saya sendiri. Akhirnya majalah sekolah siap juga. Saya sentiasa anggap yang ini adalah satu-satunya kegagalan yang menghantui saya untuk beberapa tahun. Ini juga menjadi sebab kenapa saya nak jadi penulis buku. Sebab saya perlu membuktikan diri saya dan keluar dari kegagalan tersebut. Alhamdulillah, hari ini jika saya kena jadi editor majalah sekali lagi, saya tahu apa yang perlu dilakukan.

I learned a lot from Sir Sophian. Karismanya memang menyerlah. Pertama kali saya jumpa orang handsome, tough dan penyabar. Sebelum tu anggapan saya semua orang handsome ni kerek.

Beliau mengajar saya yang, you don’t have to be perfect in order to be useful to others. Dan kehidupan beliau sendiri adalah testimoni kepada mantra tersebut. Walau apa pun yang orang kata kepada beliau, saya tetap respect beliau.

Cikgu Zahid

Pengetua SEMASHUR yang pertama. Beliau tidak kenal saya, tetapi beliau juga meninggalkan legasi dalam hidup saya.

Pertama, beliau jurulatih bola tampar yang bagus. Saya memang bukan jenis orang yang pandai bersukan. Tetapi ketika itu sebab pengetua yang ajar main bola tampar, ramai lah yang bermain bola tampar petang-petang di asrama. Termasuklah saya. Kerana beliau, sampai sekarang saya boleh serve bola tampar dengan bergaya dan bolehlah cari makan dengan serve jika bermain bola tampar dengan kawan pejabat.

Tetapi malangnya, beliau bertukar dalam bulan April/May macam tu. Program latihan belum sempat sampai macam mana nak ambil bola. Baru belajar serve. Sebab itulah saya cuma pandai serve tapi tak pandai angkat bola dalam volleyball. Atas sebab signifikan sungguh jasa Cikgu Zahid, mengajar saya satu teknik sukan kepada orang yang langsung tak ada bakat sukan, saya ingat sampai sekarang jasa beliau.

Cikgu Nik

Cikgu Nik adalah cikgu kelas saya. Saya ketua kelas. Saya dari latar belakang persekolahan pelbagai bangsa ketika di SABS. Saya rasa cikgu Nik pun macam tu juga. Di SEMASHUR, saya culture shock. Saya sesungguhnya tak pernah tahu dan alami ada sekolah di tempat lain yang lelaki duduk di depan dan perempuan duduk di belakang. (Di SABS kami duduk berselang-selang dan ada juga sebelah-menyebelah, tanpa ada benda pelik-pelik terjadi pun. Malah ada kalanya “budak nakal” di suruh duduk sebelah perempuan sebagai hukuman)

Dan ketika itu ada di kalangan rakan sekelas saya yang agak vokal ala-ala Isma sekarang. Pernah cikgu Nik menangis kerana tidak tahan dengan kedegilan dan keringanan mulut rakan sekelas saya. Sebahagian pelajar lelaki mahu semua lelaki duduk di barisan depan dan perempuan di belakang. Pelajar perempuan pula berkata mereka mahu duduk di depan juga. Mereka tak mahu rombak kedudukan. Adalah sebulan dua kami berada di dalam “stalemate”. Jika tidak salah saya, kelas kami adalah kelas terakhir dalam kedudukan macam tu. Semua kelas lain dan dirombak seperti yang diingini pelajar lelaki.

Akhirnya, kedudukan kelas kami dirombak. Tetapi saya berjaya mencapai win-win. Kelas ada 3 baris meja (macam dalam wide body aircraft). Barisan tepi, pelajar perempuan. Barisan tengah pelajar lelaki. Ada pelajar lelaki yang masih tidak bersetuju, tetapi saya enforcekan juga.

Saya dikatakan ketika itu kena “queen control” oleh pelajar perempuan. Tetapi sebenarnya saya memang tidak bersetuju dengan cadangan pelajar lelaki ketika itu. Tetapi untuk mengelakkan suasana tidak harmoni dan supaya tidak dipulaukan di asrama, saya selalu menggunakan alasan yang saya tak dapat buat apa-apa. Pelajar perempuan cakap benda yang betul. Saya tak boleh paksa mereka. Hence, the impression yang saya ikut telunjuk perempuan.

Itu adalah kali pertama saya terjebak dalam permainan politik.

Kali terakhir saya jumpa Cikgu Nik di Alpha Angle Wangsa Maju tahun 2013. Memang berbeza beliau di tahun pertama beliau mengajar dengan sekarang. Ketika itu, anak beliau hilang ketika shopping, mula-mula jumpa saya tegur. Lepas tu saya dan wife terus shopping. Selang dalam 20 minit, kami terserempak semula. Beliau tanya, ada nampak tak anak beliau. Saya dah cuak, saya turut sama tolong cari. Tapi beliau cool sahaja anak beliau hilang. Cikgu Nik yang saya kenali ketika tingkatan empat dulu mungkin akan mencari sambil menangis (wife saya kata, mungkin sebab ini bukan kali pertama anak beliau lari di shopping complex kot).

Cikgu Saipuddin

Cikgu BM saya. Beliau kali pertama memberikan saya peluang untuk ke Istana Budaya. Saya masih ingat saya pergi menonton Teater Tanggang. Saya terkesima dengan kecanggihan Istana Budaya. Babak kapal Tanggang dilanda ribut dan menjadi batu sangat real. Bayangkan! Beliau banyak mengajar saya supaya ada inisiatif sendiri. Jangan tunggu cikgu.

Cikgu Shamsuddin

Cikgu Sejarah saya. Beliau juga mengajar Sejarah dengan bercerita seperti Cikgu Mahdi. Saya suka belajar sejarah di SEMASHUR. Masa untuk saya relax. Dengar cerita sahaja.

Di SEMASHUR juga saya berpeluang untuk mengenali cikgu-cikgu saya dengan lebih dekat (sebab sekolah di asrama). Bayangkan setelah hampir 12 tahun, Cikgu Sam kini menjadi guru Ummairah dan rakan sejawat Kak Ana di SMAP Bentong (Kak Ana mengajar di sekolah yang sama Ummairah belajar).

Satu yang pelik di sekolah Ummairah ini, jika streaming kelas dilakukan secara rawak (bermaksud ada pelajar dengan nama yang bermula dari huruf A-Z dalam sesebuah kelas, di sekolah Ummairah ini streaming dilakukan mengikut huruf pertama dalam nama pelajar). Bermaksud di kelas pertama, semua pelajar yang namanya bermula dengan A ada di situ, dan tiada langsung pelajar yang nama bermula dengan Z di situ.

Susunan ini juga menjadi aturan untuk homeroom.

Bila saya dengar sahaja macam tu, terus saya kata, ini mesti idea Cikgu Sam. Itu memang finger print Cikgu Sam. Benda yang mudah, jangan disusah-susahkan. Ikut sistem, insya Allah jadilah. Itu mantra beliau.

Dan selepas saya check dengan Kak Ana, memang betul. Ia idea Cikgu Sam.

Cikgu Aisyah

Cikgu Aisyah adalah cikgu debat saya. Beliau banyak menyumbang idea dan melayan kami macam diva. (kalau menang, nak KFC, nak coklat, nak air kota, nak cikedis-saya orang susah, parents duduk jauh, takde “stok” makanan di asrama. Parents saya tak pernah membekalkan saya dengan air kotak seperti rakan-rakan saya yang lain, jadi memang dengan cikgu Aisyah lah saya “pow” makanan-makanan mewah ni)

Saya rasa yang paling penting, beliau memberikan saya kepercayaan untuk develop idea dan hujah untuk bahas. Isi-isi untuk bahas, kebanyakannya dari idea saya. Beliau jarang memperkecilkan idea saya. Yang bagusnya, beliau selalu “test” untuk lihat kami yakin atau tidak. Jika kami yakin, okaylah hujah tu. Jika kami macam tak yakin beliau akan suruh cari hujah lain. Satu skill yang sangat bermanfaat digunakan waktu zaman bekerja ni, bila keyakinan menjadi kayu ukur kebenaran. 🙂

Cikgu Zarul

Cikgu bahas saya dengan idea gila-gila. Beliau memberi peluang kami untuk mencuba sesuatu yang diluar kotak (menggunakan bahasa Tamil ketika berbahas, berlakon babak Anakku Sazali, belakar taktik psiko pasukan lawan) dengan menggunakan nama beliau. Jika ditanya kenapa buat macam tu, “Cikgu Zarul yang ajar”…

Memang sempoi.

Yang saya paling ingat quotenya, “Orang lain masuk universiti dapat satu atau paling banyak dua, saya dapat tiga. Saya dapat degree, dapat paku (beliau Palapes) dan dapat isteri”.

Quote satu lagi yang saya tak tahan dengar, minggu pertama beliau masuk universiti beliau demam. Minggu kedua, abang beliau belikan motor. Sebab demam, berjalan kaki dari asrama ke kampus. Kenapa tak naik bas? Tak macholah lelaki naik bas.

Hehe… beliau mengajar saya yang lelaki, kena jadi lelaki.

Banyak cikgu-cikgu saya di sekolah menengah ni rupa-rupanya. Setengah pun belum habis lagi. Akan bersambung… (hopefully, tidak perlu tunggu 3 tahun lagi lah)

April 20, 2014

Visi Ummatik

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:14 pm

Minggu lepas saya baru habis membaca buku mengenai Allahyarham Ahmad Ammar. Seorang pemuda biasa yang kematiannya menghidupkan. Seorang yang pendiam sepanjang hayatnya, bercakap bila perlu, tidak begitu menonjol ketika hidupnya (tetapi diam-diam ubi berisi), dan selepas kematiannya meninggalkan satu legasi yang cukup mengesankan hati.

Pada mulanya saya sendiri tidak faham, apa yang istimewanya Ahmad Ammar ini. Saya terbaca mengenai beliau ketika membaca blog Ustaz Hasrizal. Tetapi cuma setakat itu. Dua bulan lepas ketika membelek buku mengenai beliau di MPH saya tertarik dengan cerita-cerita mengenai beliau dalam buku tersebut. Saya baru tamat membaca buku tersebut beberapa hari lepas.

Membaca buku tersebut membuatkan saya berasa sedikit gelisah dan kerdil.

Saya terkesan kerana seperti usia saya dalam beberapa tahun ini agak terbazir. Tidak ada apa-apa yang signifikan yang saya capai dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dan saya tidak selesa dan saya rasa tidak seronok.

Di awal 20-an dahulu, hidup saya sangat dinamik. Saya rasa bertenaga dan saya rasa saya belajar banyak perkara-perkara baru. I am building something. I am really living my life. I build business. I think big.

Tetapi sejak saya memulakan karier di dunia korporat ini, benarlah kata Tn Haji Ahmad Azam (bapa arwah Ammar), saya pergi kerja, balik kerja, makan dan tidur. And I have been doing this for the past four years. Sekejap sahaja rasanya and I achieve nothing.

Benar, ada lah sedikit-sedikit perkara yang boleh dibanggakan, tetapi ia bukanlah saya 8-9 tahun dahulu. I am doing good, but good is the enemy of great.

I want to make a difference. I want to contribute something in a meaningful way. But at the same time, I want my family to be comfortable and secure. I need the peace of mind.

Ya Rabb, please help me. Show me the way.

 

Sabri

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress