Life; The Next Chapter

April 6, 2014

Haiwan Tak Boleh Bercakap

Filed under: Mia Family — Sabri @ 8:13 pm

Haiwan tak boleh bercakap bahasa kita.

Tapi kalau dia boleh bercakap pun, mungkin kita tak sampai hati dengar.

Get well soon Maru.

IMG_20140406_115523

Dalam banyak-banyak profession dekat Malaysia ni, saya rasa yang paling di underestimate adalah vet, atau doktor haiwan. So far, nampaknya mereka passionate, serius dan memang minat dengan binatang tidak seperti kareer-kareer “branded” lain yang boleh tahan ramai opportunis berbanding yang betul-betul serius.

Saya doakan kepada semua doktor-doktor haiwan dan vet yang berdedikasi di luar sana supaya ditajamkan fikiran, dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, jika tidak melebihi sekurang-kurangnya menyamai apa yang dinikmati golongan professional yang lain. Aminnn.

 

Sabri

March 30, 2014

Leadership : Perbezaan Taraf Seorang Pemimpin

Filed under: Life Skills — Sabri @ 8:59 pm

Ketika saya di tahun akhir pengajian sarjana muda dahulu, seorang pensyarah yang saya amat segani meminta saya (dan seisi kelas dalam 15 orang ketika itu) berjanji kepada beliau yang kami akan menyambung pengajian selepas ijazah kepada tahap setinggi yang boleh dan jangan berhenti setakat ijazah sarjana muda.

Beliau sudah beberapa kali menyentuh mengenai perkara tersebut dalam kelas sebelum ini, tetapi dalam kelas tersebut beliau mengingatkan kami sekali lagi. Bila kami tanya kenapa, beliau cakap ia akan mengubah cara kita berfikir. “Bila you dah ada master, cara you fikir akan jadi lain. Cara orang master fikir tak sama dengan orang bachelor, cara orang PhD fikir, tak sama macam orang master”, kata beliau. Beliau ketika itu sedang menyambung DBAnya secara part time.

Bila ditanya, apa yang lainnya? Beliau menjawab, “You ada kawan yang tak ambil degree?”. “Cara dia fikir dengan you fikir sama tak?”. “Haa. Macam tulah”.

Satu penerangan yang simple, tapi jelas.

Yang buat saya kagum dan meletakkan merit yang tinggi kepada nasihat beliau adalah beliau bukanlah ahli akademik “tulen”. Beliau dari industri, dan merupakan ahli korporat “branded” sebelum menyertai UTP, pernah menjadi CEO Fedex Malaysia dan antara tokoh senior dalam Sime Darby sebelum itu. Dan memang pendapatnya bernas, praktikal dan saya banyak belajar dengan beliau.

Tapi saya bukan mahu bercerita mengenai beliau. Saya nak bercakap mengenai pemimpin. Negara kita ada pemimpin. Hidup kita, kita berjumpa pemimpin. Ada macam-macam pemimpin. Ada pemimpin bagus, ada pemimpin tidak. Ada pemimpin tahap dunia, tahap regional, tahap nasional, tahap negeri, tahap kampung, tahap persatuan dan macam-macam tahap lagi.

pensyarah bisnes

Suka atau tidak, kita terpaksa mengakui Tun Dr. Mahathir pemimpin yang bagus dan boleh dikatakan tahap dunia. Beliau bukan sahaja boleh memacu kemajuan Malaysia, mengawal keadaan dalam negari dan juga pada masa yang sama membantu negara-negara dunia ketiga yang memerlukan pemimpin seperti beliau. Pemimpin tahap dunia yang berada dalam kelas visionaries. Perdana Menteri selepas beliau, agak struggle untuk menyamai atau mengatasi pencapaian beliau, walaupun tidak kurang tokoh dan karismanya, tetapi mungkin sekadar pemimpin tahap nasional sahaja.

Mereka tidak ada sesuatu yang Tun Dr Mahathir ada.

Wawasan dan idea.

Mereka kurang nampak apa yang Tun nampak.

Begitu juga kita, jika kita seorang pemimpin atau mahu jadi pemimpin.

Kita kena ada wawasan dan kita kena ada idea.

Kalau tak ada, kita kurang oomph sebagai pemimpin. Orang yang kita pimpin akan rasa seperti mereka tidak dipimpin. Lost. Mereka tidak rasa terinspirasi. Macam mana kita nak tahu kita tak ada idea?

Pertama, kalau kita memang tidak menghasilkan idea, itu jelas sekali. Kedua, jika idea kita sentiasa berkisar kepada buat sesuatu dengan lebih pantas atau lebih besar, maka itu pun tanda kita tidak ada idea dan tahap kepimpinan kita tidak tinggi mana. Buat benda sama, tetapi lebih gah.

Step away, recharge. Take one or two year out. Be a follower again kepada pemimpin kelas lebih lagi tinggi. Anda akan belajar lebih banyak. Lawati industri lain. Ambil kelas formal.

Kata bekas boss saya- Vishen, seorang lagi pemimpin kelas dunia yang pernah saya kenal; “Kita tak boleh selesaikan masalah dengan cara brainstorming cari penyelesaian untuk masalah itu. Kita kena cipta penyelesaian yang buat masalah asal kita tadi, tak relevan terus.”

Itu tuan-tuan dan puan-puan, cara menyelesaikan masalah tahap pemimpin kelas dunia.

Selesaikan masalah dengan cara buat masalah itu tidak akan jadi masalah lagi.

Address the root cause, not the symptoms.

March 26, 2014

SCM Cloud & Dubai : Menjadikan Cita-Cita Besar Satu Realiti

Filed under: Adventures — Sabri @ 10:17 pm

Saya sedang membaca sebuah buku bertajuk “Dubai: The Story of the World’s Fastest City”.

Buku ini mengisahkan mengenai latar belakang Dubai, dan bagaimana ia dibangunkan menjadi sebuah pusat ekonomi serantau. Kita mungkin tidak dapat menghargai pencapaian ini, tetapi Dubai sebenarnya bolehlah dikatakan sebagai “Singapura” di Timur Tengah. Industry pelancongannya pun tidak kalah dengan Malaysia.

Dan untuk meletakkannya di dalam perspektif, Dubai adalah asalnya cuma sebuah perkampungan kecil yang kontang! Bagaimana mereka boleh menarik pelancong sebegitu ramai?

Jika nak dikatakan Dubai kaya kerana hasil minyak, Abu Dhabi dan Arab Saudi mempunyai hasil minyak yang jauh lebih banyak. Tetapi mereka tidak mampu buat apa yang Dubai buat. Jadi ada sesuatu yang dapat dipelajari dari Dubai.

Resipi Kejayaan Dubai

Cita-cita besar dan hampir mustahil, kemahuan dan ketekunan yang tinggi untuk merealisasikan apa yang diimpikan.

Pemimpin Dubai tekun dan komited (keras hati) untuk memajukan Dubai. Jika mereka mudah mengalah, banyak projek akan terbengkalai dan Dubai akan terkubur, namun kerana azam dan keberanian tu, walaupun apa orang kata, mereka capai apa yang telah mereka capai.

Contoh Idea Gila Dubai

PalmJumeirah4

Saya ingat kali pertama saya menonton National Geographic (atau satu rancangan dokumentari) berkenaan Palm Jumeirah di atas dalam gambar (ia adalah gambar sebenar, bukan gambar komputer ya)

Dalam hati saya ketika itu, saya rasa ia adalah satu idea yang “ridiculous”, bodoh yang dilakukan oleh orang Arab yang dah terlalu banyak duit, tidak tahu nak buat apa.

Biasa orang tambak tanah untuk dibangunkan dengan kadar dan bentuk yang munasabah. Tetapi Dubai tambah tanah untuk buat bandar dalam bentuk pokok kurma. Sangat cantik, menarik dalam gambar tetapi sangat gila dan mustahil untuk jadi realiti.

Saya ingat ketika itu dalam hati saya berkata, ini tidak akan jadi, kalau jadi pun dia tambak macam benteng atau tanah empat segi tu mungkinlah. Ialah, pernah cuba bina istana pasir? Bila air pasang dan ombak naik, apa jadi? Hanyut kan.

Hari ini Palm Jumeirah tersergam megah, dan Dubai ada beberapa lagi adik beradiknya. Mustahil lah sangat kan.

Di dalam buku tersebut, penulis menceritakan serba sedikit cabaran yang Dubai hadapi. Bukan sahaja dalam projek ini, tetapi juga dalam projek lain seperti pembinaan Burj Dubai (Khalifa). Projek-projek ini bukan sahaja dibina untuk menampung keperluan ekonomi, tetapi juga menjadi tarikan pelancong.

Lihat bagaimana Dubai yang tiada tarikan itu, “membina” tarikan untuk menarik pelancong. Amazing and daring.

Projek dan Masalah

Sama juga dengan pembinaan PETRONAS Twin Towers di Malaysia. Ketika pembinaan, mereka tidak dapat menggunakan piling biasa disebabkan struktur tanah, mereka terpaksa menuang konkrit ke dalam tanah dengan jumlah yang sangat besar untuk dijadikan asas.

Benda-benda ini dalam sesebuah projek merupakan satu halangan yang sangat besar. Tetapi ia tidak cukup untuk menghalang satu projek team yang komited dan cemerlang dari menyiapkan tugasan mereka.

SCM Cloud & Cabaran Yang Perlu Saya Hadapi dan Selesaikan

Closer to home, dalam kareer saya kini saya sedang dalam projek yang sangat komplikated dan besar saiz masalahnya. Dan ia jadi bermasalah sebab ramai orang tak mahu tahu masalahnya, mereka cuma tahu end results, keputusannya.

Pertama, ada banyak stakeholders. Antara stakeholder yang paling besar adalah Planning Department, End-User (KL), End-User (regions), Software- Hardware- Information Technology Department (SHIT), ICT company, Management & kontraktor.

Setiap stakeholder ini adalah “Tauke Besar” yang terpaksa project team handle dan kena jaga. To give credits where credits are due, kontraktor sangat fleksibel dan berkebolehan manakala management pula beri sokongan yang sangat berharga (bukan unlimited, tapi reasonable).

Masalahnya influence planning department on the management beri tekanan yang tak sepatutnya kepada keseluruhan projek. Banyak tekanan, kurang kerjasama. Nak tengok hasil sahaja tapi deliverable dia untuk projek (perlu provide database) kaput. Dan along the way pushing the projek team macam orang nak beranak le-le.

Nak suruh projek team update meeting sini, meeting sana, banyak kali pasal benda yang sama, putting words into our mouth, sedangkan masa tu lebih berharga dan berfaedah digunakan untuk menyempurnakan sistem SCM Cloud tersebut.

Tak ada sistem yang sempurna. Windows pun ada banyak update lepas live.

Kontraktor deliver the sistem. Project team kena test, fine tune untuk menyempurnakan sistem tersebut. Tapi kalau asyik kena push, susahlah (kami bukan full time dalam projek tu. Kerja harian kena berjalan dalam gear lima jugak).

Susah untuk berkongsi cabaran yang dihadapi dengan stakeholders yang lain kerana jika mereka mendengar pun, sumbangan kepada penyelesaiannya amat simplistik dan bukan penyelesaian yang elegan. Stakeholders macam ingat bila ada masalah, ia adalah “show-stopper”. Sedangkan tidak begitu. Ada masalah yang boleh projek team selesaikan tapi beri sedikit ruang. Setiap stakeholder hanya melihat macam mana bahagian mereka selesai dan kurang kisah mengenai stakeholder lain.

Jadi projek team tersepit di tengah-tengah. Kadang-kadang bikin stress.

Yang bagusnya dalam projek ini saya rasa kami ada principle yang kuat dan team yang agak solid. Pertama, kami tak setuju dengan top-down approach sebab tak semestinya apa yang dipaksa orang akan terima. Kita kena embrace end-users sistem, encourage them to embrace the system, not alienate them. Kedua, kami faham yang projek ini kena disiapkan cepat, dan memang kena cepat.

Lagi bagus kalau dapat buat projek ini full-time tanpa perlu melompat dan terkejar-kejar dengan hambatan tugasan lain.

Banyak stakeholder ingat bila buat sistem ni, kita bagi gambaran teknikal specification, contractor buat lepas tu, projek team test dan consider siap. Dalam projek ini, hampir setiap “interface” dan klik tu projek team go-through dan make it perfect and as user-friendly as possible. Kontraktor buat sistem, tapi mereka tidak buat kerja yang kita buat setiap hari. Kita yang buat jadi kita kena sentiasa bagi feedback.

Kita boleh kumpulkan user untuk bagi specification. Tapi buat requirement gathering waktu ada working prototype dengan waktu tak ada prototype sangat berbeza. Dan nak come up with prototype tu kira dah half way in the project. Considering this is an accelerated project, boleh pengsan dengan amount of changes, tweaks and tests that need to be done. Sebab tu kalau kena push kiri kanan stress. Infra tak boleh cope, proses buat melambatkan proses upgrade infra, sistem bagi bugs, manusia bagi problem.

Apa Yang Sistem tu Cuba Nak Buat?

Ok, enough rant. Ringkasnya, sistem SCM Cloud ini cuba untuk mengautomasikan proses penghasilan report dengan built in business intelligence dan menyatukan pelbagai database dalam division kepada satu database sahaja. Nampak macam doable. Tapi consider that satu database tu adalah dari SAP yang memang dah sedia complex, infrastructure limited, tak boleh guna Open Source, projek team tak ada akses direct kepada server, requirement selalu berubah  dan end-users banyak bad experiences dengan sistem dan semua ini perlu dihandle dalam masa yang singkat. Nightmare.

Ibarat nak membina Palm Jumeirah dari scratch. Atau nak bina Twin Tower atas tanah yang tak kukuh foundationnya.

Boleh buat, tapi mencabar gila. Susah gila.

Projek ini dah dekat nak siap. Ada sinar di hujung jalan. Saya rasa lebih yakin sekarang berbanding ketika mula-mula start dulu. Projek ini boleh dikatakan projek cita-cita tinggi. Tak pernah walaupun dekat Holding level attempt untuk buat sesuatu seperti ini. Bentuk dah ada, cuma kena fine tune. Bangunan dah siap, cuma interior decoration kena buat sama-sama.

Tak payah push-push. We can get this to work. Six months from now, this will be perfect, stable & we will have raving fans.

But again, who want to wait for another 6 months? haha. Time is of the essence. Sometimes people just find it hard to believe that pokok durian ambil masa beberapa tahun untuk berbuah. Kenapa ya?

Adios.

 

Sabri

January 18, 2014

Secret to Success

Filed under: Adventures — Sabri @ 2:40 pm

I don’t claim to know everything that is to know about success. Nor I wish to imply that I am super successful.

But after 2 years in a row acknowledged as a performer in the office while at the same time pursuing an MBA with a decent result, this I do know.

Work hard, do the grunt works and never cut corners.

At least, initially.

Called it whatever you want. Work smart, time management, etc, you can only do that safely only after you have reach a certain level. When you already have a rough idea where the path leads, then you can safely take the short cuts.

If you don’t even know where the actual road lead to, to take a short cut might lead you someplace else. And the dangerous thing is, you won’t even know it.

I am all for making your job easier. I want to make my job easier too. But, be smart and don’t be lazy about it.

Good luck!

Sabri

January 1, 2014

Lift Off 2014: Annual Audit (Part 1)

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:23 pm

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Saya mula menulis catatan ini pada 31 December 2013. Jika ada satu hari dalam tahun ini yang boleh menjadi “kesimpulan” untuk hari-hari dalam tahun ini, hari ini adalah harinya. Hari yang begitu menepati tema kehidupan tahun 2013, “Enriching Lives”.

Secara keseluruhannya, 2013 menepati temanya. Saya berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan dan dicapai, dan saya boleh katakan dengan yakin 2013 adalah tahun yang lebih memberikan impak kepada komuniti dan orang disekeliling saya dari tahun 2012.

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan 2013 adalah tahun yang agak meletihkan. Terutamanya apabila ditekan oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya mengambil lebih dari ruang fikiran yang sepatutnya.

Stress adalah sesuatu yang tidak perlu. Ia akan membunuh kita sekali ketika kita hidup dengan membuatkan kita terlepas untuk menikmati kehidupan dan sekali lagi ketika ia membunuh kita betul-betul dengan penyakit yang disebabkan olehnya. Stress yang tidak perlu ini adalah antara perkara yang saya ingin hapuskan pada 2014.

Jadi, apa yang telah saya capai pada tahun 2013?

  •  Saya telah membaca 28 buah buku pada tahun 2013
    (ya, jumlahnya tidak besar tetapi ia lebih dari tahun 2012 dan menandakan yang saya telah kembali on the right track)
  • Saya telah berjaya menganjur dan menyampaikan satu seminar berkenaan kahwin bajet pada Februari
    (Tidak boleh dibandingkan dengan tahun pra-2010, tetapi ia juga menandakan yang saya telah kembali on the right track)
  • Saya telah membawa isteri saya melawat 3 tempat yang beliau belum pernah pergi
    (2 lokasi domestik dan satu Krabi)
  • Saya berjaya meneruskan momentum pengajian dengan cemerlang
  • Saya berjaya memenuhi hasrat ibu bapa dan target saya sendiri untuk mereka
    (Jasa ibu bapa terhadap kita memang tidak ternilai. Tetapi kita mesti ada benchmark atau milestone untuk memastikan ada progress. Untuk saya, setengah dari deliverable yang paling besar telah saya selesaikan)
  • Saya sekali lagi diberi penghargaan atas prestasi cemerlang di tempat kerja.
  • Maru-Maru kucing saya telah membesar dengan sihat dan saya juga mempunyai seekor lagi stray cat angkat yang saya beri makan di luar rumah.

Pendek kata, 2013 menunjukkan peningkatan dalam produktiviti kehidupan dan menjanjikan tahun 2014 akan menjadi tahun yang lebih gemilang.

Beautiful-Happy-New-Year-2014-HD-Wallpapers-by-techblogstop-23

Untuk tahun 2014 pula adalah tahun untuk saya menyusun kembali prioriti diri supaya ia boleh menjadi asas kepada pencapaian dan kehidupan yang lebih cemerlang dan seimbang.

Tema untuk 2014 adalah “Transformasi Sistematik”.

Transformasi merujuk kepada perubahan signifikan yang saya jangka akan berlaku kepada karier saya, manakala sistematik adalah di mana saya perlu bersedia dengan tersusun bagaimana untuk memastikan net worth saya tetap meningkat walaupun saya bertukar karier.

Secara spesifiknya, berikut adalah antara target saya:

Travel

Seperti yang telah saya kongsikan pada 2012, musim kembara solo saya telah tamat. Saya lebih gembira berkongsi dan menggembirakan orang lain dengan kembara tersebut. Jadi pada tahun ini target saya adalah:

  • Membawa isteri saya bercuti sekurang-kurangnya 3 kali (dengan 2 daripadanya tempat yang belum pernah beliau lawati)

Personal Development

  • Saya perlu membaca lebih banyak buku berbanding tahun 2013 (>28)
  • Saya perlu menamatkan MBA saya on time. Dan bergantung kepada bagaimana  transformasi karier saya berlaku, melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD sebaik sahaja berpeluang.

Wealth

  • Menjual hartanah pertama saya dan mengembangkan pulangannya supaya mencecah RM 100,000.
  • Membesarkan kek saham saya supaya mencecah sekurang-kurangnya RM 50,000.
  • Bersedia dari segi kewangan untuk tidak bersama majikan saya sekarang.

Profesional

Semester ini ada satu killer subject yang saya perlu ambil. Managerial Decision Analysis. Nampak senang. Subjek mengenai membuat keputusan. Tetapi ia cuma satu nama lain kepada matematik tambahan.

Kelas tersebut agak “dry”, jadi sambil prof mengajar di depan, saya mengaplikasikan satu dari teknik membuat keputusan tersebut kepada situasi yang saya hadapi.

Option P UP (Admin) UP (Acad) U (Acad) G
Points 102 183 194 151 105

Dari jadual di atas, dengan jelas option sekarang (P*) merupakan option yang paling rendah markahnya berbanding pilihan-pilihan lain. Satu petanda yang menunjukkan satu tindakan tuntas perlu di ambil.

Pada masa yang sama, dengan berakhirnya pengajian MBA saya, ini bermakna saya perlu melipatgandakan usaha untuk “monetize” dan mendapatkan kembali pulangan atas pelaburan ke atas diri sendiri yang saya lakukan.

Saya akan berusaha untuk sekurang-kurangnya menyiapkan penulisan untuk sebuah buku profesional pada tahun 2014 (sesuatu yang telah tertangguh untuk bertahun-tahun).

Kesimpulan

Tahun 2014 adalah tahun yang penuh cabaran extrinsic. Ekonomi Malaysia yang tidak menentu, tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan sebagainya. Saya antara orang yang akan terkesan dengan perubahan-perubahan ini.

Namun pada masa yang sama 2014 merupakan satu tahun yang menarik dan mengujakan. Seperti kata Prof Muhaya, cabaran luaran adalah satu perkara, bagaimana kita respon terhadap cabaran tersebut adalah satu perkara lain.

I am looking forward for a stress free 2014 dan lebih masa bersama dengan orang yang tersayang kerana itu adalah priority utama kehidupan ini.

mbagroupmate

October 20, 2013

Another Reminder to Self | Life is Too Short to Spend on Something You Don’t Believe In

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:33 pm

Jumaat lepas, seorang rakan sekerja saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan untuk ke pejabat. Rakan sekerja yang rapat, kami di bahagian yang sama.

Bahkan, saya menjadi orang pertama yang dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut oleh saksi di tempat kejadian yang tidak dapat menghubungi keluarga mangsa. Life is so fragile. Hari Khamis baru kami berbual, kurang dari 24 jam selepas itu, beliau sudah tiada.

Pejabat kami memang sunyi sepi dan dalam perkabungan.

I am not sure about tomorrow though. To be realistic, working in a gigantic company, employees are just cogs in the machine. Serviceable, replaceable and definitely expendable. I have seen it over and over again.

Another reminder to myself. Hidup ini terlalu singkat untuk buat sesuatu yang tidak cukup bermakna untuk diri sendiri.

I vow to:

  1. Spend more time cherishing and appreciating my loved ones and to make sure they know it
  2. To plot and plan my upcoming years so that I can have more free time, flexibility to nurture my creativity (in other words more time to read and write) without putting financial pressure on myself.

A man’s gotta do what a man’s gotta do. So help me God.

Ameen.

 

Sabri

October 5, 2013

Jangan Terkejut Jika Berjumpa Artis Drama

Filed under: Life Skills — Sabri @ 9:28 pm

Dalam hidup ini kita tidak akan dapat elak dari bertemu dengan artis drama.

Bukan drama TV, tapi drama yang betul-betul.

Namun saya bersyukur, artis drama yang banyak saya jumpa bukanlah dari jenis membesarkan kekurangan orang, lebih kepada artis drama yang nak tunjuk dia lebih baik dari orang.

Well, I can live with that.

Because, I don’t give a damn. 😀

They can say all they want, none of it is our concern. And it should stay like that.

Sebab once kita offended ataupun get emotional dengan “artis drama” ni, lebih over-acting diaorang boleh jadi.

overact

 

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress