Life; The Next Chapter

January 31, 2013

Panduan Rancang Belanja Kahwin (Bahagian Satu)

Filed under: Rancang Kahwin — Tags: — Sabri @ 2:51 pm

Bercerita mengenai perkahwinan, pasti semua kita mempunyai niat untuk berkahwin. Namun, tidak ramai yang benar-benar merancang perkahwinan walaupun ia adalah salah satu faktor amelancarkan majlis perkahwinan dan urusan berkahwin itu sendiri.

Untuk memudahkan proses merealitikan majlis impian bakal pengantin, mulai hari ini untuk selama sebulan saya akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan bagaimana anda dapat menjadikan hari bahagia anda satu memori indah untuk seumur hidup pada harga bajet.

Bahagian 1: Merancang Belanjawan Perkahwinan

Wang yang cukup akan membantu melancarkan perjalanan perkahwinan. Hari ini semuanya memerlukan wang.Sebenarnya untuk berkahwin tidak ada bajet minimum yang diperlukan.Dengan bajet berapa-berapa sekalipun anda boleh berkahwin. Cuma, amat penting untuk pengantin berkadar dan ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda sedikit, rancanglah perkahwinan yang sederhana tetapi tetap meriah. Jika bajet anda lebih besar, buatlah seperti mana yang anda inginkan. Yang penting saiz dan persediaan majlis sepadan dengan bajet, barulah ia lancar.

tunang-kahwin

Merancang majlis dengan menyediakan bajet yang secukupnya dalam perkahwinan bakal memudahkan kerja anda. Jadi, ini mesti dibuat.

Merancang belanjawan perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak menghadapi masalah duit atau dikejar hutang selepas berkahwin. Jangan terlalu terikut-terikut dengan trend semasa dan tertekan untuk menganjurkan majlis kahwin besar-besaran.

Perkara asas yang perlu anda lakukan adalah:

Letakkan sasaran perbelanjaan atau jumlah bajet yang anda boleh tanggung (mampu).

Target ini penting untuk anda maklum dan perlu diletakkan awal-awal agar bajet perkahwinan tidak melebihi sasaran atau belanja yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda. Tanpa meletakkan target besar awal, anda akan cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan. Ini disebabkan selain dari perbelanjaan besar seperti mas kahwin, hantaran, katering dan sebagainya, ada banyak perbelanjaan kecil-kecil yang jika tidak di kawal akan menyebabkan anda menanggung jumlah belanja kahwin yang besar sehingga menyebabkan aliran wang tunai anda tercekik.

Esok dalam bahagian 2, saya akan berkongsi mengenai beberapa tips lagi yang anda boleh amalkan dalam mengawal perbelanjaan perkahwinan.

Manakala lusa dalam bahagian 3, saya akan berkongsi sedikit anggaran perbelanjaan majlis kahwin dan jenis-jenis majlis yang anda boleh adakan berdasarkan bajet anda.

Terima kasih

Sabri

p/s:ย Sementara itu, anda boleh download sebuah ebook PERCUMAmengenai “7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin Dalam Merancang Bajet Perkahwinan“. Ebook tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di sini dengan klik link ini (Klik Di Sini Untuk Download)

December 26, 2012

Lift Off 2013: Annual Audit (Part 1)

Filed under: Adventures — Sabri @ 10:43 pm

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Berbeza dengan catatan-catatan tahunan saya sebelum ini, bermula tahun ini saya juga mempunyai “external” auditor yang saya harap dapat bekerjasama dengan saya memastikan azam dan target saya untuk tahun 2013 tercapai.

Sayang, Love Me When I Least Deserve It, Because That’s When I need It The Most.

So far isteri saya sangat banyak membantu saya dalam aktiviti di mana saya dapat meyakinkan beliau yang saya komited untuk melaksanakannya (seperti study dan minum oat), tetapi beliau skeptikal dalam aktiviti di mana saya sendiri tidak dapat menunjukkan kepada beliau yang saya komited (seperti exercise).

Sayang, love me when I least deserve it, because that’s when I need it the most. To rephrase for my beloved wife;

Sayang, support me when/where I least deserve it, because that’s when I need it the most.

Anda boleh merujuk kepada Lift Off 2012 di sini: 2012

Saya berharap dengan adanya “external auditor” dalam hidup saya ini, beliau dapat memastikan target-target 2013 ini on-track dan berjaya mencapai matlamatnya.

2012: A Year That Was

2012 adalah tahun “execution” untuk saya. Tahun di mana saya fokus memastikan “big items” dalam hidup saya tercapai. Alhamdulillah, saya telah menjadi seorang suami pada tanggal 2 June 2012 dan telah memulakan pengajian Masters saya sejak September lepas secara part-time. Saya bakal menamatkan semester pertama saya dalam masa beberapa minggu lagi.

Apa yang telah saya capai pada 2012:

  1. Melangsungkan Perkahwinan
  2. Melanjutkan Pelajaran Peringkat Pasca-Siswazah
  3. Saya telah melawat 2 negara
  4. Saya telah membaca 23 buah buku*
  5. Saya telah merakamkan 1 Video Inspirasi*
  6. Saya menerima recognition untuk kualiti dan produktiviti di tempat kerja- unplanned
  7. Saya telah “mengangkat” seekor kucing-unplanned

*-kurang dari yang sepatutnya, tetapi dengan overall fokus kepada “big rocks”, ia tetap satu pencapaian yang perlu direkodkan.

2013: Enriching Lives

Tema saya untuk 2013 adalah untuk “Enriching Lives” atau secara kasarnya boleh diterjemah sebagai menambahkan nilai dalam hidup. Bukan sahaja hidup saya, tetapi hidup orang lain juga terutamanya mereka yang hampir dengan saya. Sejak saya mula terasa yang masanya sudah tiba untuk saya berkahwin, ketika itu saya sebenarnya rasakan all the leverage that I control,saya dah gunakan to develop myself up till that optimum point. Any further development after that, I will need synergy with others who can further propel my personal growth.

Jadi untuk 2013 and beyond, jika saya ingin personally “grow”, saya perlu menambahkan nilai dalam hidup orang lain juga.

Travel

Bertepatan dengan tema “Enriching Lives” pada tahun ini, tidak seperti tahun-tahun lepas di mana saya menetapkan target untuk melawat X negara baru, kali ini target saya adalah untuk membawa isteri saya melawat sekurang-kurangnya 3 tempat baru yang tidak pernah dilawati beliau.

Travelling is fun. I still enjoy travelling. However, melihat isteri saya tersenyum dan matanya yang bercahaya apabila berada di tempat baru adalah lebih seronok. Menyeronokkan orang adalah lebih seronok. Insya Allah hampir pasti juga saya akan membawa Kak Ana dan Ummairah (bersama isteri saya) ke China pada tahun ini sebagai hadiah Ummairah mendapat 9 A dalam PMR tahun lepas.

Emak saya juga bercadang untuk mengerjakan umrah. Dan saya juga memang berazam untuk sementara menunggu giliran emak saya untuk dipanggil untuk mengerjakan haji untuk menghantar beliau mengerjakan umrah. Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah, ia akan ter-realisasi.

Pelan-pelan ini secara tidak langsung memenuhi tahun saya dalam aspek travel.

Bahagian 2 bersambung kemudian…

December 14, 2012

Pernah Jatuh Cinta Pandang Pertama?

Filed under: Mia Family — Sabri @ 11:50 pm

maru-maru norwegian cat

Kali pertama saya melihat gambar Maru-Maru, saya telah “jatuh” cinta. Saya masih ingat, gambarnya sedang memanjat sofa. Maru-Maru kelihatan lincah dan sangat aktif. Dia ada beberapa ekor adik-beradik lain, tetapi dia yang paling menawan hati. Saya terus bertanya kepada isteri saya, yang mana satu beliau suka, beliau mengatakan antara dua ekor, Maru-Maru atau adiknya yang berwarna putih dan bermata hijau.

Ketika di rumah penjaga asal beliau, saya bertanya isteri lagi sambil berdoa yang beliau juga tertarik dengan Maru-Maru. Alhamdulillah, kami sependapat. En Sham menawarkan seorang lagi adik-beradik Maru-Maru (satu bapa, lain ibu) yang agak comel juga, tetapi saya menolak kerana kami tidak bersedia lagi. Tambahan pula kami agak culture shock. Di rumah beliau ada satu bilik penuh dengan kucing! (tidak termasuk separuh lagi di dalam bilik air).

Di Kuantan emak dan ayah ada lebih kurang 13 ekor kucing. Ibu dan bapa mertua saya pun ada banyak kucing. Lebih kurang 5 ekor kalau tak salah. Jadi memelihara kucing bukanlah perkara baru untuk kami. Saya sebenarnya bukanlah penggemar kucing sangat. Terutama sekali setelah melihat kucing-kucing di kampung Kuantan yang suka membuang najis merata-rata.

Tetapi setelah melihat Jinggo, kucing kak Ana yang agak berdisiplin, saya agak teruja untuk memiliki kucing sendiri.

Satu pagi dalam minggu lepas, terlintas di hati saya (atau di telinga saya, saya sudah lupa) yang memberi makan haiwan, memurahkan rezeki kita. Saya dah biasa dengar, cuma bila terlintas kali ini tiba-tiba saya terasa bagus juga jika bela kucing ni. Boleh dia doakan.

Isteri saya pun memang sebenarnya ada hasrat nak bela kucing di KL sebagai teman. Jadi saya pun bertindaklah. Kalau dah confirm nak buat sesuatu tu, saya tak suka bertangguh-tangguh.

Fakta Mengenai Maru-Maru

1) Maru-Maru adalah dari jenis Norwegian Forest Cat. Lebih kurang macam kucing parsi tapi dia ada leher dan lebih comel.

2) Maru-Maru pandai pergi toilet sendiri. Kami guna Smart Sift, dari first day Maru-Maru dah di train. Jadi kami hanya perlu uruskan hasil Maru-Maru 3-4 hari sekali.

3) Dulu saya bela banyak kucing. Tapi kucing kampunglah. Ini first time bela kucing ada pedigree. Jadi sibuklah Google mengenai cara penjagaan kucing. Banyak rupanya benda tak tahu. In sha Allah, saya beritahu isteri saya, “I want the best for Maru-Maru”. Bila tengok Maru-Maru je, terus cair. Favourite dia sekarang adalah main bola kertas A4 (Gumpal-gumpal kertas jadi bola, dan lontar. Maru-Maru akan kejar. Satu rumah dia bawak bola tu).

4) Maru-Maru adalah kucing paling comel, genius dan lincah saya pernah tengok so far! ๐Ÿ™‚

November 21, 2012

Video Inspirasi | Tips Penulisan Novel (Crash Course)

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 12:04 am

Isteri saya bercita-cita mahu menulis novel. Saya tahu jika saya bercerita direct kepada beliau, atau menulis tips menulis novel beliau susah hendak dengar. So, I created an instructional video dedicated to her. Crash Course Penulisan Novel. Di harap anda mendapat manfaat dari video ringkas ini! ๐Ÿ™‚

 


 

Untuk lebih banyak video-video seperti ini, let me know what other topics you want to learn about! ๐Ÿ™‚

November 19, 2012

You Can Do Better Mc Donalds

Filed under: Adventures — Sabri @ 2:41 pm

Israel serang Palestin. Memang tradisi Israel lah tu.

Angin-angin untuk memboikot Mc Donald, Starbucks dan adik beradiknya atas tuduhan menyokong Israel bertiup kembali. Memang biasalah tu.

Pagi tadi, Mc Donalds menawarkan Egg Mc Muffin secara percuma. Whattt?

Mc Donalds adalah satu syariakt multi-national yang ada di seluruh dunia. Saya percaya mereka juga ada banyak business minds, business thinkers yang sharp lagi hebat. But why oh why you offer a free burger NOW? It is an unforgiveable over-reaction by Mc Donalds.

Chain of smses, orang siap call radio sampai menangis-nangis cakap Mc Donalds asked us to choose between Egg Mc Muffin dengan nyawa orang Palestin, this is bad PR for Mc Donalds.

Saya sendiri yang selama ini berpendapat tindakan memboikot bukanlah tindakan paling baik dan paling bijak untuk dibuat pun, terasa yang dengan menawarkan Egg Mc Muffin, Mc Donalds seolah-olah sedang cuba merasuah saya.

Pilih di antara Egg Mc Muffin dan nyawa orang Palestin?

Man, you gantung diri sendiri lah! You over react!

Gerakan memboikot barangan jenama-jenama yang dikatakan menyalurkan sumbangan kepada Israel ini bukanlah perkara baru. I reserve my comment. Mula-mulanya saya rasa saya perlu tulis mengenai gerakan boikot ini dahulu, tetapi memandangkan gerakan ini bukanlah terdiri daripada business executives and consultants yang berbayar dan professional, saya rasa keutamaan perlu diberikan untuk mengkritik Mc Donalds.

Jika saya adalah eksekutif Mc Donalds, berikut adalah apa yang saya akan buat:

1. Operasi memboikot Mc Donalds ini bukanlah perkara baru. You have survived bird flu and damaging You Tube videos, you definitely have the clout to survive this as well!

So chill. Don’t over react.

2. If you check further, orang yang memboikot Mc Donalds ini is not your primary (frequent) customers pun. I can elaborate, but any self-respecting Mc Donalds executives should know what I am talking about. If you don’t have a clue, interview a few undergraduates in our unis. You should get what I mean.

3. Okay, orang nak boikot Mc Donald. Let them.
You are not the bad guy (neither are them who wanted to boycott you). However, as they are the one who accused you, they are the one who need to provide the evidences. The burden of proof is on them. The bad guy is Israel. Not you. Gerakan-gerakan memboikot ini will find it hard to find any proofs to back their claims and the call for boycotts will slowly dies. You have been through this, I don’t have to remind you.

4. Give it another one or two months, when everyone has “calm” down, now offer your free Egg Mc Muffin.

For every one free Egg Mc Muffin offer to donate RM1 (or 10 cents, even 1 cents is okay) to the Palestinian causes.

You can distance yourself from the so-called “Israel” connection by doing this.

You give your brand and reputation a positive boost! This is PR master-stroke.

But what you did now:

Even if it’s something you have planned long before, you can always postpone it. By offering the free Egg Mc Muffin now, it’s like you are bribing us you know. It is similar to an admission of guilt.

 

Sabri

November 4, 2012

Workaholic Diary | Withdrawal Syndrome

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:00 pm

I am not a work-a-holic.

But after many intense and hectic weeks, I suddenly find too much time in my hands (not that I am complaining though). ๐Ÿ™‚

And mind you, I said this after spending 10 hours in the weekend to attend my MBA class. We are now in the OB module where everything is 100 times slower than in the HRM module. At work, it is nearing December. We have completed the submission of our annual performance review, most tasks for the year have been completed so I can breathe easier at least for another month.

Sebenarnya minggu ini adalah minggu yang pack juga untuk saya. Pagi Sabtu picnic office di Sg Tekala, pukul 12 berkejar ke Shah Alam untuk kelas, malam dating dengan Pn Wifey di Citta Mall. Ahad pagi, kelas lagi. Ahad petang dan malam spend time dengan wifey di rumah.

Tengok jam, baru pukul 8.15. Fikir-fikir apa nak buat, surf internet tak tentu hala, tengok jam sekali lagi baru pukul 8.30.

Saya sangat bersyukur dengan nikmat masa lapang yang diberikan olehNya. Sesungguhnya memang tiada penjelasan lain. Kalendar yang penuh tidak bermaksud sibuk. Masa kosong tak berbuat apa-apa tidak bermaksud lapang.

I am just grateful! ๐Ÿ™‚

Kenapa saya pilih untuk buat MBA dengan weekend mode?

  • Biasanya MBA weekend ini adalah untuk professional dewasa yang bekerjaya.
  • Selain dari degree, minimum requirement adalah tiga tahun pengalaman kerja, jadi opportunity untuk networking itu luas.
  • Saya berpeluang untuk berjumpa eksekutif dari pelbagai latar belakang industri dan cara analisis yang berbeza. Selain dari belajar dari pensyarah, banyak benda yang saya belajar dari peers.
  • Generally professional yang further study ni adalah dari jenis orang yang smart dan ada bright future jugak. So, interesting bergaul dan bertukar-tukar fikiran dengan diorang ni.
  • Picture di atas adalah ketika kami sedang buat discussion untuk subjek OB. One thing I note, discussion time undergrad dengan time post grad memang lain. Terasalah discussion post-grad ni macam discussion orang tua.

 

Sabri
Student

October 11, 2012

Back to School!

Filed under: Adventures — Sabri @ 7:17 am

1. Secara rasminya, I am a student again! (Walaupun on part time basis sahaja). It’s like a dream come true (actually come true kalau dah grad, kira sekarang ni setengah mimpi je lah)

2. Niat dan cita-cita tu memang dah lama ada, tapi it’s never been considered seriously before dan I don’t expect it to be this early. However, ruang dan peluang yang ada sementara komitmen masih tak banyak saya gunakan sepenuhnya.

3. Saya buat MBA by Coursework. Saya ingat by Coursework ni means kita belajar dalam kelas dan jawab periksa. You score, you score, you fail, you fail. Apabila berbual-bual dengan rakan-rakan saya baik yang ada pengalaman sambung belajar mahupun yang baru habis belajar, they seems to agree with this understanding. Tetapi bila saya cerita pengalaman semester pertama saya ni, betapa banyak assignment yang perlu jurnal reading (lebih dari 10 untuk satu assignment), tiba-tiba semuanya cakap, Coursework memang macam tu. Adoi!

Saya sangat dihambat masa. Expectation pensyarah pun tinggi. Kerja di office pun kena maintain di tahap saya bujang dulu.

Ada orang akan memberi pendapat, kerja di office boleh minta untuk slow down dulu sementara tengah study. Which I don’t agree at all.

Saya perlu buktikan dengan belajar dan berkahwin, prestasi kerja tak terjejas. Bahkan tidak ramai orang di pejabat yang tahu saya sambung belajar, sebab saya tidak mahu treatment lain. Saya nak buktikan saya boleh cemerlang dalam lebih dari satu bidang pada satu-satu masa. Tidak adil untuk office mates saya yang lain jika saya tidak contribute my share di pejabat.

Di rumah pun begitu juga. Saya beberapakali memberitahu wife saya yang saya belajar ke tak belajar ke tak ada beza sangat. Cuma time saya pergi kelas sahaja saya tak ada. Assignments dan kerja-kerja lain saya akan buat in my own personal time, saya akan bangun awal.

Sekarang ni tiba-tiba saya jadi morning person to accomodate this changes. Saya tak nak isteri saya rasa kurang perhatian, so my life is as normal kecuali saya bangun jauh lebih awal sekarang. Tak susah rupanya nak tukar habit. Walaupun masih tak produktif sangat di waktu pagi lagi, tapi setakat nak bangun tu memang tak ada masalah. Sekarang cuma tinggal nak lipatgandakan hasil menaip dan membaca di waktu pagi sahaja pula.

 

Sabri
Students for Life

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress