Life; The Next Chapter

August 16, 2012

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan?

Filed under: Adventures — Sabri @ 7:56 am

Tuala di bawah ini dilipat dalam bentuk apa?

Bila saya tengok sekali, saya terus cakap “Swan”. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Memang tak salah lagilah ia adalah Swan. Mudah.

Memandangkan ini adalah salah satu dari perkara-perkara mudah dalam hidup, saya tidak pernah bercerita, bertanya kepada sesiapa pun mengenai hal ini. Sehinggalah berpuluh-puluh hari kemudian, apabila isteri saya melihat gambar ini beliau berkata, “Cantiknya gajah ni…”

Saya ingatkan beliau tersalah sebut, jadi saya biarkan sahaja komen itu. Saya ingatkan beliau nak maksudkan Swan.

Pagi ini, saya terlihat semula gambar di atas. Saya cuba amati, kenapa isteri saya cakap gambar itu adalah gambar gajah?

Ya Allah, baru saya sedar rupanya ia juga boleh jadi gajah! Bahkan mungkin ia dilipat sebagai gajah pun. (Tetapi saya tetap rasakan untuk katakan ia adalah Swan yang sedang bertenggek di atas batu pun tidak salah)

Kesimpulannya, inilah yang dikatakan two heads are better than one. Pasangan kita/orang lain mungkin dapat melihat sesuatu yang kita tidak nampak. Adakalanya kita perlu sentiasa berfikiran terbuka. Namun, menerima apa sahaja pandangan orang lain pun tidak boleh juga. Ini kerana kita perlukan pandangan yang paling betul. Mungkin juga pandangan kita lebih betul walaupun pandangan pihak lain tadi betul.

Kuncinya adalah, melihat sesuatu pandangan itu dari sudut, “Kenapa beliau berpandangan begitu?”

Bila kita bertanya diri kita soalan tersebut, banyak argument boleh dikurangkan. Dan kita lebih mudah memahami letak duduk sesuatu perkara itu.

Sabri

August 3, 2012

Nota Kehidupan

Filed under: Adventures — Sabri @ 7:18 am

1. Hari ini genap 2 bulan saya telah bergelar suami. Alhamdulillah, sudah semestinya ia kehidupan yang lebih baik dan lebih teratur dari sewaktu bujang. At least sekurang-kurangnya saya sudah boleh tidur lena tanpa masalah (Rahsia Diari Bujang: Saya sebenarnya sukar nak melelapkan mata kalau tidur seorang sahaja di rumah, sebab tu saya suka jika adik-adik saya datang ke KL. The knowledge yang ada orang lain kat dalam rumah tu buat saya rasa lega sikit untuk tutup mata. Bukan takut, cuma lebih lega dan lapang fikiran.. hehe).

2. Tetapi ya, kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Nasib baik isteri saya seorang yang dengar kata. So, boleh berbincang.

3. Insya Allah, salah satu goal saya pada awal tahun ini akan ter-realisasi September ini. News coming soon.

4. Saya risau sedikit mengenai keadaan ekonomi negara. Berita semalam mengatakan kredit rating Malaysia bakal didowngradekan jika tidak ada langkah drastik meninggikan pendapatan negara dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum.

Dan dengan tindakan kerajaan yang berbelanja sewenang-wenangnya kebelakangan ini, saya sangat risau ekonomi negara akan menjadi tenat. Hutang negara meningkat dua kali ganda sejak 2007! Yang paling saya takut, inflasi.

Inflasi ini dalam layman term nya, semua orang ada duit (banyak). Tetapi harga barang naik lagi banyak sampai sebenarnya kuasa beli kita sama sahaja waktu duit sikit dulu. Angka duit dalam tangan bertambah, tapi kuasa beli tidak.

Kita sebenarnya telah pun mengalami situasi ini. Inflasi yang sedikit adalah bagus, tetapi dengan mendadaknya kenaikan harga barang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya khuatir ia akan menjadi tidak terkawal.

Sempenan bulan Ramadhan ini, saya berdoa kepada Allah semoga Dia memberi hidayah petunjuk kepada pemimpin-pemimpin negara kita untuk memajukan Malaysia dengan selamat, atau jika ia tidak berlaku, memberi “miracle” kepada Malaysia supaya rakyat kita boleh survive tanpa banyak mudarat dalam ketidak tentuan ekonomi ini.

5. 8 orang pemain badminton (4 China, 2 South Korea dan 2 Indonesia) disingkirkan dari Sukan Olympic kerana bertanding dan tidak mahu menang. Mula-mula saya pelik, tetapi lepas saya tengok video diorang main, patut pun! Melampau amat. Serve pun lebih 10 kali tersangkut kat jaring. Team China tu paling teruk. Banyak kali lepas serve kena jaring or shuttle keluar, libas-libas raket pulak. Macam raket yang salah. Memang tak pandai berlakon betul. Macam cuba membodohkan penonton. Kok ye pun nak berlakon kalah, buat ler mulia sikit…

Nota: Ini adalah artikel neutral. Saya tidak menulis untuk menyokong mana-mana pihak. Jika masalah ekonomi melanda, satu Malaysia akan terkena tempiasnya.

 

July 26, 2012

Nota Pengantin: 88 Days to Go

Filed under: Adventures — Sabri @ 6:44 am

Post ini ditulis beberapa bulan lepas di tempat lain. Saya cuma letakkan di blog ini setelah selesai majlis perkahwinan saya pada June lepas.

It’s been a while since I last update my own blog, despite my new year resolution to make sure it was updated every Monday and Thursday. Nevertheless I chose to wrote this down here.

Will copy and paste it back to my own blog after my wedding. For now, I would very much like to keep my engagement known to only a small circle of friends.

First and foremost, betul lah orang cakap, persediaan untuk berkahwin dan majlis perkahwinan tu sendiri adalah a big thing. There are too many things to be considered, banyak benda yang perlu diuruskan. I am grateful my fiancee sangat memahami dan sangat baik. Tak banyak karenah, so it’s easy to make decision. We plan a simple wedding but I am mindful that this is a once-in a life time occasion, insya Allah. So definitely I want to make sure I gave it my best effort dan bukan sekadar cincai, asalkan dapat kahwin. This wedding is my gift to my wife-to-be. I know how important a wedding reception to a girl, so I like to dedicate all my effort to her. 🙂

Not too lavish sehingga membazir dan membelakangkan agama, tetapi sederhana, meriah dan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan manis untuk seumur hidup dalam batas-batas yang dianjurkan syarak.

Having said that, I am very grateful and I am very excited to share that I manage to get engaged under budget and on-time. :p I’m very satisfied dengan majlis pertunangan saya. Saya rasa hantaran yang diberi selain dari sirih yang simbolik, yang lain semuanya barang-barang yang perlu dan akan digunakan. Jadi tidak ada pembaziran.

Hantaran

Pak Anjang dan Mak Cik Mah saya membantu membuat gubahan hantaran (bunga segar di beli di Pasar Besar Kuantan). Sejak kecil lagi saya memang bercita-cita nak buat hantaran style klasik (origami). Saya rasa saya lihat hantaran kahwin Pok Su waktu umur 6 tahun dulu kot. Jadi permintaan saya pada mereka berdua bila ditanya oleh Pak Anjang tema hantaran saya, saya kata buatlah apa-apa gubahan pun, asalkan ia origami dan bukan bentuk binatang.

Jika boleh memang saya nak buat bentuk binatang, tuala bentuk swan ke dsbnya, tetapi nanti malaikat tak masuk majlis pula.

Pak Anjang komen kata permintaan saya klasik sangat, tetapi sebab itu permintaan saya, beliau akan usahakan. Jadi at the end of the day, hantaran sejadah dan telekung menjadi handbag dan bunga, serta hantaran kain digubah menjadi bunga ros. Sangat well-done. 🙂

Tercapai impian saya sejak dari kecil lagi. Tick.

Untuk majlis kahwin nanti, sebenarnya saya sudah ada list apa untuk dibuat hantaran. Tetapi saya rasa macam nak revise balik. Sebab ada lebihan bajet dari majlis pertunangan tu yang saya rasa boleh di bawa sebagai hantaran untuk majlis perkahwinan.

Dua idea utama yang ada, ketika majlis pertunangan tu saya tak ada bagi makanan yang boleh dikongsi ramai-ramai. Makanan yang dijadikan hantaran ketika itu adalah epal. Berbeza dengan hantaran dan hadiah yang diberi oleh tunang saya, ada coklat, cheese tart dan kek, jadi ketika kami sekeluarga (dengan pakcik, makcik dan sepupu) berkongsi, memang meriah. Jadi saya ingat kali ini untuk hantaran perkahwinan saya akan berikan makanan yang boleh dikongsi ramai-ramai.

Konsep hantaran saya pada kali ini masih konsep klasik lagi. Saya bercadang untuk membuat hantaran masjid yang dibuat daripada coklat Cardbury/coklat keping.

Keduanya, saya bercadang untuk beri Ferrero Roche, buat sehingga jadi piramid macam dalam iklan TV.

Saya tak pasti Pak Anjang/Mak Cik Mah mampu atau tidak mereka cipta hantaran ini, tetapi saya yakin mereka boleh. Cuma saya tengah fikir macam mana saya nak beri mereka coklat-coklat tu. Sebab nak buat hantaran tu sehari dua tak cukup kot. Memang kena hantar pergi Johor supaya mereka dapat siapkan di sana dan bawa ke Kuantan sebelum majlis.

Cuti-HIV Test

Cuti tahunan saya tinggal 23 hari (termasuk 7 hari cuti perkahwinan). Saya bercadang untuk ambil 10 hari untuk majlis perkahwinan. Kemudian 7-8 hari di hujung tahun untuk satu aktiviti yang dirahsiakan dulu. Jadi ada baki 5 hari. Di situlah untuk cuti nak bawa isteri balik Kuantan di bulan Puasa, di situlah cuti Hari Raya Puasa dan di situ jugalah cuti Hari Raya Haji. Macam tak cukup sahaja.

Sudahlah begitu, nampak gaya saya kena ambil satu lagi cuti sebelum kahwin ni untuk buat HIV Test. Tak ada klinik kerajaan yang buka pada hari Sabtu untuk HIV Test. Rugi. Burn satu hari cuti. Tapi mungkin saya bercadang untuk ambil cuti pada 23 haribulan nanti. Cuma takut lewat sangat dan tak dapat tarikh nikah yang kami mahu (2 June 2012) kalau lewat sangat hantar borang.

Goodies Bag

Dah beberapa hari saya survey dan sebenarnya macam dah dapat idea apa yang nak dibuat sebagai door gift untuk majlis saya nanti. Tapi saya masih survey-survey lagi. Tak tau lah apa yang saya cari.

Hasrat hati nak bagi bahulu, nak beli yang dah siap masuk kotak. Preferably kotak tu bukan kotak generik, tapi kotak yang print nama pengantin. At the same time saya nak tampal sticker, advertise my darling punya project after kahwin nanti, tapi I still have not decided pros and cons of each option.

Goodies bag dengan nama mahal 20 sen dari goodies bag generic. Sticker kos dalam 30 sen sekeping. The best of both world adalah pakai goodies bag generic dengan sticker sendiri, tapi macam tak puas hati. Rasa macam nak pakai goodies bag yang mahal sedikit (tambah 20 sen) dan tambah sticker sendiri juga (lagi 30 sen). Total 50 sen extra. 50 sen tak banyak untuk satu kotak, tapi bila buat 600-700 kotak, it adds up.

Khemah Pengantin

Hari tu dah jumpa orangnya dan dah book tarikh. Tapi warna khemah tak decide lagi. Beliau suggest coklat, saya KIV dulu. Seriously saya warna-warna ni, I am not the best guy untuk decide. Saya tak kisah asalkan bukan warna macam biru lembut atau warna lembut yang bila buat dekat outdoor jadi dull.

Coklat pun macam okay, tapi ada orang komen nanti nampak gelap.

Well, maybe. Especially kalau hari mendung, tapi kalau sunny memang warna coklat tu cantik lah.

Still haven’t decided yet. Nanti balik Kuantan, one of this weekend kena betul-betul sit down and finalize colour.

Baju Pengantin

Ini yang lebih parah and urgent. I am very grateful again, my fiancee is an awesome lady. Beliau sangat bagus dan tak cerewet sangat dengan warna. Kami dah agree untuk majlis di rumah perempuan warnanya off-white. Settle.

Masalah dengan warna di rumah lelaki, saya pilih warna krim dan merah maroon sikit. Ok je sebenarnya, tapi saya takut sangat warna tu tak naik. Takut juga sebenarnya. Frankly I have given my best effort and I spared nothing within reason untuk memastikan majlis menyambut menantu (di rumah perempuan keluarga bakal isteri saya yang uruskan) nanti adalah majlis yang terbaik. Jadi saya takut dan tak mahu jika baju saya nanti nampak macam murah atau tenggelam.

Dalam gambar kombinasi warna tu nampak macam okay, tapi tak tahulah. I still have some doubts. Mungkin kena fikir kot sikit lagi.

It’s 12.19 AM already. I think that’s all for now. Banyak lagi loose ends yang perlu diselesaikan sebenarnya. Hopefully in a few weeks time, most of the things that boleh settle.

Sayang, I appreciate you coming into my life so much. 🙂

 

Sabri

Adik Ipar

Filed under: Adventures — Sabri @ 6:38 am

 

I think I didn’t break the news here yet, I’m a married man now! 🙂

Ada banyak benda yang ingin saya tuliskan sebenarnya melihat ke hadapan dan kebelakang, namun di kesempatan yang terbatas pagi ini, saya sharekan sahaja lah gambar kami bersama this cute twinnie, Aisya dan Aleesya. Cute kan adik ipar saya ni? (ini cuma 3 dari 12)

More write up coming soon!

 

Sabri

May 13, 2012

Ustaz Don Daniyal

Filed under: Adventures — Sabri @ 12:12 pm

Pertama kali saya mendengar mengenai Ustaz Don adalah ketika seorang rakan saya menyebut mengenai jenis-jenis ustaz yang disukainya. (Saya lambat menerima siaran TV Al-Hijrah). Saya agak pelik, tambahan pula rakan saya itu tidak menambahkan keyakinan saya (kerana beliau hanya suka satu jenis ustaz).

Beberapa hari kemudian saya bertanyakan adik saya. Dia tahukah siapa Ustaz Don? Kenapa nama dia Don?

Adik saya pun minat juga dengan Ustaz Don rupanya. Dan nama dia Don bukan sebab nama glamour, tetapi memang dalam surat beranak, Don. Saya pun mencarilah video-video Ustaz Don di Internet. Okay, saya faham kenapa ramai orang suka. Saya pun suka juga.

Tetapi dalam agama ni kita kena berhati-hati. Kita tak boleh terlalu taksub kepada seorang manusia, lagi-lagi taksub yang berlandaskan nafsu (walaupun mulut kita mungkin cakap gurau sahaja, tetapi kita yang lebih tahu hati kita. Dan nafsu bukan satu jenis sahaja. Suka tengok orang yang comel-comel sahaja pun nafsu juga). Sebab manusia cuma makhluk. Lagi-lagi jika sebab seseorang itu sudahlah macho, masih bujang dan ustaz pula tu. Sebab tipu daya syaitan tu tak mengenal siapa, baik ustaz mahupun orang biasa.

Saya kagum dengan Ustaz Don. Budi bahasa dan perkataannya luhur dan jujur. Terutamanya bila bercerita mengenai hubungan ibu-bapa dan anak-anak.

Saya ingin share video ini di sini dan fahami apa yang beliau ingin sampaikan. Semoga kita mendapat manfaatnya.

 


 

Saya respect ustaz!:)

 

Sabri

 

May 6, 2012

Mid Year Self Audit

Filed under: Adventures — Sabri @ 9:26 pm

Sedar tak sedar, hampir setengah dari tahun 2012 telah berlalu. Sebentar tadi ketika mahu mengemaskini ruangan Reading List saya, saya dapati yang rupa-rupanya saya baru membaca 11 buah buku tahun ini! Ini sesuatu yang amat teruk sekali. Kadar purata yang jauh tersasar dari kebiasaan saya.

Saya semak kembali Lift Off Tahun 2012 untuk melihat pencapaian saya tahun ini dibandingkan dengan azam saya.

Kritikal!

Kesibukan amat menghambat saya. Permulaan yang baik dengan mengemaskini blog ini 2 kali seminggu juga gagal saya pertahankan. Banyak perkara yang perlu diuruskan, terutama dalam masa sebulan dua ini.

Namun ia bukan alasan. Ada sinar di hujung jalan.

Buat masa sekarang, saya perlu kurangkan berkata-kata, fokus dan execute! Berikan saya masa 2 bulan, insya Allah saya ada rancangan untuk merebut kembali nikmat masa lapang yang semakin hilang! 🙂

 

Sabri

March 6, 2012

Pesanan Buat Diri | Belajar Cara Dakwah Dengan Hikmah

Filed under: Hijrah | Travelog Umrah — Sabri @ 10:15 pm

Antara perkara yang saya minta dijauhkan adalah perasaan bongkak yang datang secara tidak disedari, memakan diri secara perlahan, atau dalam bahasa adik saya “Gila Sendiri”. Simptom “gila sendiri” ini mudah. Bila kita rasa sakit hati tanpa provokasi orang lain. Orang yang ada bongkak dalam dirinya akan rasa sakit hati bila orang biasa melayannya seperti “biasa” kerana merasakan dirinya layak dilayan secara “luar biasa”. Kita sendiri banyak kali menyaksikan orang macam ini kan? Moga saya dijauhkan dari bersifat demikian.

Bongkak ini datang bukan sekadar dengan kuasa. Bukan sekadar dengan wang. Tetapi juga boleh datang bila kita rasa kita lebih baik mahupun lebih cerdik dari orang lain.

Itu perkara yang saya berkali ingatkan pada diri sendiri. Jangan rasa diri lebih baik dari orang lain. Hear people out. Dengar sebelum mahu diri difahami.

 

Bila Babi Goreng Lebih Menyelerakan Dari Ayam Goreng

Itulah juga yang saya bisikkan pada diri sendiri, sambil beristighfar bila ada kawan saya yang bertanya kepada saya, “Kenapa orang kata babi goreng lebih sedap dari ayam goreng?” “Kalau di UK nanti, cuba makan Babi Goreng Pepper. Di UK boleh makan Babi sebab darurat. Alang-alang dah darurat, makan ajalah benda yang kita tau confirm sedap.”

Ayat-ayat ini adalah ayat-ayat hipotetikal. Tetapi begitulah analoginya soalan yang diajukan kepada saya oleh seorang rakan saya. Allah menjadikan yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Yang syubhah tu yang kabur. Tetapi bila kita masih menimbang-nimbang pilihan yang haram, sama lah ibaratnya kita sedang mempertimbangkan untuk makan babi goreng  instead of ayam goreng.

Mula-mula memang saya mahu marah. Bahkan dalam hati memang saya marah. Tetapi saya teringat kejahilan saya dulu. Saya cukup anti dengan ustaz atau orang yang baik-baik yang garang. Kegarangan mereka membuat saya hilang arah lebih jauh. Saya bukan lari dari kebenaran. Saya lari dari orang-orang baik ini. Bila saya lari dari mereka, saya turut menjauh dari jalan yang lurus.

Jadi saya beritahu kepada diri saya, sabar. Senyum. Buktikan yang saya bukan pandai bercakap dan complain sahaja. Cuba tunjukkan contoh. Cuba berdakwah dengan hikmah. Cuba memahami sebelum minta difahami.

Saya pun bertanya, kenapa rakan saya itu berkata demikian? Dari mana beliau tahu “Babi goreng lebih sedap dari ayam goreng?”

Lalu beliau berkata, “Rakan-rakan saya yang bukan islam bagitahu. Lagipun harga babi goreng RM 3 sahaja seketul. Harga ayam goreng RM3.50! Kenapa harga ayam lagi mahal dari harga babi?”

Saya beristighfar lagi. Tetapi saya sudah dapat narrow down punca. Saya teringat kes-kes gadis melayu dimurtadkan kerana lelaki islam tidak gentleman dan pemarah. Sedangkan lelaki-lelaki pendakwah agama lain lebih berkarisma dan lembut. Ya Allah, tidak lelaki aku jika aku tidak dapat menjadi pemimpin dan pembimbing yang sabar dan berhikmah.

Kadang-kadang kita lembut dengan orang yang kita tidak kenali. Tetapi kita garang dan bengis dengan orang yang kita kenal dengan rapat. Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang zalim begitu. Jika aku boleh lembut dan bersangka baik dengan orang yang aku tidak kenali, sepatutnya aku boleh lebih lembut dan lebih bersangka baik dengan orang yang aku kenali.

Saya perlahan-lahan menjelaskan. Babi makan apa sahaja yang diberi kepadanya. Termasuklah sampah sarap. Kandangnya pula kotor dan tidak terjaga. Sedangkan ayam diberi makan jagung yang paling berkualiti sahaja. Kandangnya pula dikawal suhunya dan bersih. Ayam tidak boleh kotor-kotor. Nanti dijangkiti penyakit dan cepat mati.

Kerana ayam dijaga dengan baik dan bersih, maka ia lebih mahal sedikit. Ia adalah trade-off yang wajar dan berbaloi kerana kita akan mendapat makanan yang berkualiti dan terjamin bersih.

Beliau nampak berpuas hati. Dan saya rasa saya telah berjaya meredakan keinginannya untuk makan babi.

Bila Babi Goreng di Goreng Dengan Kasih Sayang, Dan Ayam Goreng Di Goreng Cincai

Dua minggu selepas itu, rakan saya itu datang kembali kepada saya. Beliau kata, beliau tidak kisah makan babi goreng. Ayam goreng yang dijual di rumahnya tidak sedap. Penjual itu tidak isi garam dan kunyit pun. Ayam dipotong dan terus dimasukkan ke dalam kuali. Dan di goreng sehingga hangus.

Sedangkan penjual babi goreng di kedai berdekatan menggorengnya dengan begitu menyelerakan. Babi tersebut dicelup dalam telur sebelum disalut dengan tepung “Kentucky” sebelum di goreng. Baunya… Hmmm…. sungguh harum. Harganya juga lebih murah.

Beliau tidak kisah. Beliau mahukan yang paling murah.

Saya beristighfar lagi. Saya rasa ini cuma ujian kecil. Tuhan mahu melatih saya. Beliau berikan saya kawan yang tidak berapa percaya ajakan saya ke jalan yang benar. Nasib baik kawan. Jika Dia berikan saya anak yang tidak percaya kepada saya, seperti Nabi Noh a.s, sudah tentu tidak mampu saya tanggung ujian tersebut.

Saya ingat artikel saya terdahulu mengenai sabar. Allah mendidik kita. Jika satu cara tidak menjadi, Dia akan gunakan cara lain pula. Saya tidak mahu diuji dengan mendapat ahli keluarga yang tidak percayakan ajakan saya ke jalan yang benar. Jadi saya kena buktikan kepada Dia, yang saya telah belajar dan mampu bersabar membimbing hamba-hambaNya ke jalan yang benar.

Saya cuba memahami rakan saya itu.

Saya tidak salahkan beliau. Saya juga seperti beliau juga dahulu. Kami berfikir secara logik. Kami orang yang kononnya terpelajar. Kami tidak mahu taklid atau mengikut secara membabi-buta semata-mata kerana agama kata begitu. Ia mesti disokong oleh rasional juga.

Saya beristighfar. Semata-mata kerana saya tidak berselera makan babi tidak membuatkan saya lebih mulia dari rakan saya itu. Saya berdepan cabaran.

Bagaimana untuk meyakinkan beliau untuk tidak makan babi? Penjual babi goreng di rumahnya lebih berkaliber dan hebat dari penjual ayam goreng? Rakannya juga telah berkali-kali memberitahu beliau yang babi sedap. Nampak dari mata dan pertuturannya yang beliau akan makan juga babi ni. Jika tidak di Malaysia, di UK nanti pasti di makannya kerana darurat.

Saya hampir buntu. Akal saya ligat berfikir. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

Saya sedar, hidayah adalah hak Allah. Sehebat mana kita berdakwah pun, jika tidak diizinkanNya, orang itu tidak dapat berubah. Namun, jika kita tidak berdakwah dengan cara yang terbaik, rasanya seperti kita tidak menunaikan hak Allah. Saya malu kepada Allah jika tidak menyempurnakan hakNya setelah segala nikmat yang Dia curahkan kepada saya.

Jadi saya senggangkan masa, saya menggunakan Google mencari kedai ayam goreng special di Internet. Saya tahu bercakap sahaja tidak mencukupi. Saya perlu carikan dan sediakan alternatif untuk beliau. Sekadar berkata tidak dan jangan itu tidak mencukupi. Itu malas. Jika saya benar-benar percaya yang ayam itu lebih sedap dari babi, saya perlu carikan dan tunjukkan alternatif yang ada kepada rakan saya itu. Jika saya pandai bercakap sahaja, tetapi tidak walk the talk, hipokritlah saya.

Saya cakap, jika penjual ayam goreng di rumah tu tidak hebat, jangan beli ayam goreng di situ. Saya carikan resipi ayam goreng special kepada beliau dan berikan alamat kedai ayam goreng special yang paling hampir dengan rumahnya. Cuba beli ayam goreng special ini. Sedap.

“Ya Allah, inilah usaha yang terbaik dari ku hambaMu yang lemah ini. Aku telah cuba dengan hati, lisan dan dengan tanganku mengerakkan mouse mencari alternatif yang halal di Internet untuk rakan ku ini. Jadikanlah usahaku yang tidak seberapa itu mencukupi untuk menjadi asbab beliau memilih yang halal. Bimbinglah hati rakanku itu supaya hatinya tidak terbuka kepada yang haram Ya Allah.”

 

Sabri

*rakan saya bukanlah mahu makan babi. Dan supaya anda tidak berfikir yang bukan-bukan, Babi=Pinjaman Konvensional, Ayam=Pinjaman Islamic

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress