Life; The Next Chapter

March 27, 2010

My (Very) Wet Dreams

Filed under: Adventures — Sabri @ 7:33 am

What are you thinking about? Naughty! :p

After spending a few days thinking about what to write, and coming out with a list of possible ideas but none too expansive to be written as an article on its own, I decided to get personal today.

Ini adalah tandas/bilik mandi idaman saya;

Dengan sedikit penambahan; shower tersebut ada jet shower dari 2 sudut lagi (di kiri & kanan). Fuh bahagianya lah rasa, lebih-lebih lagi di hari-hari panas seperti hari ini.

Dulu waktu-waktu kecil saya mahu bilik mandi dengan bath tub. Tetapi setelah sekian kali melawat bilik-bilik hotel, saya merumuskan bath tub berbahaya untuk orang tua kerana kadang-kadang lantainya licin. (ya, saya realistik. Saya akan tua juga satu hari nanti). Jadi shower di atas adalah kombinasi yang sesuai untuk dinikmati ketika tua dan muda.

Jacuzzi digunakan ketika malas dan ketika kaki masih ada grip, jet shower digunakan untuk memandikan anak, dan ketika hari-hari panas. Oh bahagianya. ๐Ÿ™‚

Saya dan wife akan membahagikan tugas. Beliau mencuci hasil buang air besar dan kecil anak dan saya mandikan sahaja. Hendak mandikan anak pun senang. Suruh sahaja dia berdiri di tengah shower tu dan on-kan selama 5 minit. Bersih dan berkilat mcm dishwasher. hehe.. ๐Ÿ™‚

Sabri

March 19, 2010

Pesanan Untuk Adik – Before You Jump Into Business

Filed under: Life Skills,Mia Family — Sabri @ 4:13 am

Apabila ditanya kepada Ummar beliau mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang apa dan apa cita-citanya, beliau mengatakan beliau ingin menjadi ahli perniagaan (tengoklah, inspirasi dari siapa tu? hehe.. See, I gave good examples to my siblings kan). Apabila beliau berkata demikian, ada beberapa nasihat yang ingin saya berikan kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli perniagaan. Bukan sahaja untuk Ummar, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama.

Tujuan Menjadi Usahawan

Jika anda ingin menjadi usahawan semata-mata kerana anda ingin cepat kaya, atau kerana anda sukakan wang, saya nasihatkan lebih baik anda jangan jadi usahawan lagi. Anda belum layak kerana anda tidak matang. Tidak kiralah umur anda berapa, saya lihat terlalu banyak contoh usahawan tua yang gagal dan masih belum menyedari hakikat ini.

Biar saya kongsi kepada anda tujuan yang akan membantu anda menjadi usahawan yang berjaya:

Biasanya usahawan yang berjaya mempunyai misi yang tersendiri. Wang dan keuntungan adalah fokus penting, tetapi bukan fokus utama yang paling penting. Sebagai contoh, Bill Gates memulakan Microsoft bukanlah semata-mata kerana beliau mahu kaya, tetapi kerana beliau “asyik” dan passionate dalam bidang pembangunan perisian untuk software. Begitu juga Michael Dell, Jeff Bezos dan Tony Fernandez, sekadar menyebut beberapa nama.

Mereka mempunyai satu passion yang amat kuat dalam satu bidang yang mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu. Apabila mereka menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu, wang akan datang dengan sendirinya. Bagi anda yang masih belum menjumpai passion anda, bagaimana untuk anda tahu anda sesuai untuk jadi usahawan atau tidak?

Lihat begini. Adakah anda passionate menjual? Adakah anda seronok berurus niaga? Adakah anda seronok melihat produk anda menjual? Adakah anda gembira apabila anda dapat peluang menjual sesuatu kepada orang ramai?

Jika anda ada passion dalam bidang jualan, anda layak untuk menjadi usahawan. Anda cuma tinggal perlu cari passion yang satu lagi sahaja untuk menentukan anda perlu jadi usahawan dalam bidang apa.

Jika anda belum ada passion untuk menjual? Jauhilah keusahawanan. Anda hanya akan menyusahkan diri anda sendiri. Jika anda masih kepingin untuk menjadi usahawan, pupuk dulu minat dan passion anda. Mulakan kecil-kecilan. Tanamkan sifat suka menjual. Tawarkan diri secara sukarela membantu rakan anda yang berniaga untuk menjual.

Bidang Yang Perlu Ambil di Universiti

Jangan ambil Pengurusan Perniagaan. Anda akan didedahkan dengan terlalu banyak teori yang akan membahayakan fikiran dan pemahaman anda terhadap perniagaan. Pengurusan perniagaan boleh dipelajari secara sampingan. Nasihat saya ambil bidang yang akan memberi anda satu “skill” dan kemahiran berfikir secara analitis. Cadangan saya, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (jika mampu), Undang-undang, Kewangan atau Perakaunan (pilihan terakhir~sebab sekarang ambil ACCA pun dah mencukupi).

Di samping subjek-subjek ini, pastikan anda turut mengambil beberapa subjek pengurusan dan kewangan sebagai minor jika boleh. Jika tidak boleh ambil dua atau tiga subjek berkaitan pemasaran, kewangan atau pengurusan sebagai sampingan. Ini biasanya sudah mencukupi.

Perniagaan adalah skill. Anda tidak akan mendapatnya di dalam dewan kuliah. Jadi tak perlu bazirkan 3-4 tahun anda di sana. Tetapi anda perlu mendapatkan ijazah yang dihormati. Itu passport yang akan memudahkan kerja anda di kemudian hari.

Belajar Menjual Seawal Mungkin

Belajarlah menjual. Saya mula menjual sejak saya darjah 2 dan mula menguruskan gerai saya sendiri ketika saya di Tingkatan 1. Saya juga bekerja sementara menunggu keputusan SPM selama sebulan setengah sebagai salesman hardcore. Hidup saya memang terdedah dalam suasana jualan.

Untuk adik saya, Ummar pendedahan beliau kepada suasana menjual amat kurang. Jual minyak (mengorat) bolehlah dia tu. Jadi saya bercadang ketika beliau menunggu keputusan SPMnya nanti saya akan hantar beliau ke Miri untuk menjaga booth saya di sana. Walaupun sekejap tetapi setiap pengalaman menjual itu adalah berharga.

Lebih berharga lagi jika pengalaman menjual itu datang dalam situasi yang tidak selesa. Ini akan memaksa mereka untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka.

Bagi anda yang lain, cuba cari pengalaman menjual. Jika anda telah bekerja, tidak ada pengalaman menjual, jadilah penjual sukarela menjual di kedai-kedai milik rakan anda pada hujung minggu.

Jika anda ingin memulakan perniagaan tanpa pernah menjual, hmm… Anda cuba dulu. 2 tahun dari sekarang beritahu saya semula sama ada anda menyesal atau tidak, tidak mahu dengar nasihat saya.

MLM (Multi Level Marketing)

Haa… Satu tajuk yang menarik. Sesiapa yang ingin kaya, atau mahu menjadi usahawan tidak dapat tidak pada satu peringkat hidup akan terbabit dengan MLM. Nasib saya baik sedikit, sebab sejak kecil saya didedahkan dengan perniagaan milik sendiri jadi bila MLM datang saya tak nampak kepentingan menyertainya. Jadi saya tidak menyertainya. Nasihat saya, carilah perniagaan lain. Tidak perlulah sertai MLM. Cari pengalaman menjual dengan cara lain.

Having said that, biasanya MLM merupakan pengalaman pertama seseorang itu belajar menjual. Disebabkan biasanya kita diajak oleh rakan-rakan kita, kita selalu terperangkap. Ini nasihat saya kepada Ummar;

  1. Jika boleh elakkan dari menyertai MLM ataupun apa-apa yang sejenis dengannya
  2. Tetapi kalau degil juga tak nak dengar cakap abang, nak masuk-masuklah. Tetapi gunakan duit sendiri dan jangan gunakan duit emak atau duit kawan. Wajib. Pastikan juga duit tu tak kisah “hangus”. Sebab duit tu pasti akan hangus. Memang confirm. Kalau abang tahu Ummar minta duit dengan emak, kakak atau sesiapa pun sebab untuk masuk MLM, abang akan pastikan Ummar jadi hamba seumur hidup kat ruma tu. Mark my word. Kalau tak ada duit, jangan menggatal nak join.
  3. Tak perlu nak promote kepada emak atau kakak atau Ummairah atau Cho. Kalau nak promote kepada kawan, pastikan yuran nak join tu tak lebih dari RM 100. Kalau lebih dari tu, pergi cari orang yang tak dikenali. Percayalah, Ummar akan berterima kasih nanti kat abang. (kalau Ummar hasut sesiapa dari family kita untuk join MLM, abang memang pasti akan hempuk Ummar dan pastikan setiap sen dipulangkan. Try lah)
  4. Satu-satunya tujuan untuk join MLM adalah untuk belajar menjual (ada cara lain, tapi nak sangat join tadi siapa suruh)
  5. Tujuan utama masuk universiti adalah untuk mendapatkan ijazah. Bukan untuk mendapat wang. Jadi prioriti untuk MLM jatuh tahap keseribu. (jumpa abang personally untuk bincang kalau Ummar dah termasuk MLM waktu di universiti. Kita akan lihat macam mana Ummar boleh minimize loss. Rugi tetap rugi, just macam mana nak kurangkan)
  6. Bila dah stop buat MLM tu, belajar dari kesilapan. Jangan join lagi.

Rasanya itu sahaja dari saya. Ini sebelum seseorang tu menjadi usahawan. Nanti saya akan tuliskan pula bagaimana untuk memulakan langkah pertama sebagai usahawan.

Sabri
Passionate Entrepreneur

March 15, 2010

Pesanan Untuk Adik – Dalam Hidup Ini

Filed under: Life Skills — Tags: — Sabri @ 5:39 am

Hari ini hari yang agak memenatkan untuk saya actually. Ada beberapa perkara yang perlu disiapkan. Tetapi saya kira saya perlu menulis mengenai topik ini hari ini. Saya letakkan tajuk untuk artikel ini, Pesanan Untuk Adik, tetapi sebenarnya ia umum. Ia adalah pesanan untuk sesiapa sahaja yang merasakan mereka boleh mendapat manfaat daripadanya.

Jika anda mengenali saya, saya adalah seorang yang suka berterus-terang. Kepada orang yang saya tidak kenali, saya tidak akan bercakap banyak. Tetapi setelah mengenali seseorang, saya akan menjadi ramah dan kadang-kadang saya akan bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu. Saya akan memberi nasihat tanpa di minta. Sehingga kadang-kadang menyinggung perasaan orang. Namun, itulah saya.

Saya tidak akan membiarkan perkara yang saya lihat tidak betul berlaku. Lebih-lebih lagi jika saya lihat orang tidak kisah mengenai perkara tersebut walaupun penting. Jika orang selalu memberi nasihat secara “berlapik”, tetapi saya aka terus-terang cakap, “That’s Bullshit.”

Dan acapkali apabila saya berkata demikian, saya bukanlah mengambil tindakan menjauhkan diri dari orang tersebut. Saya cuma bercakap dan mengingatkan sahaja supaya tindakan di ambil. Jika mereka mahu berubah, saya sentiasa bersedia untuk membantu.

Dalam Hidup Ini,

Kita pasti akan menghadapi cabaran demi cabaran. Setiap dari kita akan diuji. Dan Allah telah berjanji, Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ada satu mantra dalam hidup ini yang saya ingin kongsi bersama.

How you do one thing is how you do everything.

Dalam hidup ini, saya telah melihat ayat ini ter-realisasi berkali-kali. Baik dalam diri saya sendiri, adik-adik saya, rakan-rakan saya, pelanggan-pelanggan saya dan juga orang yang saya uruskan. Seringkali kita memberi alasan kepada diri kita, sebagai contoh sekarang keadaan adalah X bukan Y, jadi kita tidak dapat memberi yang terbaik.

Sebenarnya, ini cuma “cerita” yang kita beritahu diri kita sendiri.

Apabila situasi berubah dan menjadi Y, kita akan ada alasan lain pula mengapa kita tidak dapat memberikan yang terbaik. Kadang-kadang kita akan dapat berikan yang terbaik, tetapi itulah. Kadang-kadang. Nasib baik bukan jarang-jarang. ๐Ÿ™‚

Dalam Hidup Ini,

Kita tidak boleh mengharapkan orang untuk membahagiakan kita. Orang disekeliling kita berubah. Rakan-rakan kita berubah. Satu hari nanti kita akan menyedarinya jika kita belum. Satu perkara yang kita perlu tahu, walau apa pun yang terjadi, kita tetap punya diri kita sendiri.

Kita perlu boleh hidup sendiri. Kita perlu boleh memotivasikan sendiri. Kita perlu tahu bawa diri sendiri.

Rakan-rakan kita boleh membantu, tetapi apabila mereka menawarkan diri dan kita perlu ingat kita tidak boleh sampai tahap jika tidak ada orang yang berada disekeliling kita, kita tidak boleh gembira. Berpendapat sebaliknya adalah satu lagi “cerita” yang tidak berapa tepat yang kita cerita pada diri kita sendiri.

Rakan-rakan kita biasanya berniat baik. Apabila kita dirundung masalah, mereka biasanya akan menawarkan kata-kata yang akan menyedapkan hati kita. Amat jarang (ada, tetapi jarang) jika ada rakan-rakan kita yang berterus-terang. Pada mereka, melihatkan keadaan kita sekarang, biarlah pendamkan dulu apa yang ingin dikatakan. Bila kita sudah pulih nanti, barulah disampaikan mesej yang pahit tetapi benar itu.

Apabila ini berlaku sebenarnya kita menyuntik “dadah” kepada diri kita sendiri.

Kita akan terbiasa dengan senario seperti itu. Bila hadapi masalah, kita jadi lemah, dan kita mengharapkan kawan-kawan kita menceriakan kita kembali dan esoknya lemah kembali dan seterusnya kitaran ini terjadi. Jika anda pernah mendengar eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov, maka konsepnya sama-sama.

Lama-lama badan kita terlupa bagaimana untuk menyelesaikan masalah, lantaran selalu dimomokkan dengan “dadah” berbahaya ini.

Contoh yang paling mudah anda boleh lihat adalah kepada Pak Lah. Ya, bekas Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah seorang yang hebat. Jika tidak hebat, mana mungkin beliau mampu menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin beliau mampu meyakinkan Dr. Mahathir untuk dijadikan penggantinya.

Namun, apabila beliau menjadi Perdana Menteri, orang-orang disekelilingnya memberitahu beliau apa yang beliau suka dengar. Dan bukan apa yang beliau perlu dengar. Lantaran itu, beliau menjadi Perdana Menteri yang paling singkat tempoh pemerintahannya.

Anda juga boleh bayangkan dashboard kereta atau kapal terbang. Fungsi-fungsi indikator di dashboard tersebut adalah untuk membantu pemanduan anda. Mereka akan memberitahu anda bahawa minyak tidak cukup. Anda terlalu laju, atau terkurang laju. Mereka tidak beritahu anda hanya perkara yang anda ingin dengar.

Walaupun saya amat suka jika minyak kereta saya tidak berkurang supaya saya tidak perlu mengisinya (jimat duit), tetapi saya perlu realistik. Indikator di dashboard kereta saya tidak pernah menipu. Lantaran feedback yang telus ini, saya tahu bila saya perlu mengisi minyak.

Jika indikator tersebut menipu saya dan hanya memberitahu saya apa yang saya ingin tahu, akhirnya saya akan tersadai di tepi jalan dengan tangki minyak yang kosong.

Indikator-indikator inilah fungsi yang perlu dimainkan oleh rakan-rakan dan orang yang berada disekeliling kita.

Mereka bukanlah dadah ataupun ubat-ubatan untuk menyembuhkan sakit kita. Mereka adalah indikator yang memberitahu kita bahawa kita hebat, atau kita dalam masalah.

Siapa yang perlu menjadi ubat atau dadah dan menyelesaikan masalah atau penyakit yang kita hadapi?

Diri kita sendiri.

Remember this, find “stories” that you keep telling yourself. This stories I often call, self limiting belief. Break through this limiting belief and you will be realizing your true potential. And your friends will enjoy your friendship more as well. ๐Ÿ™‚

Good luck!

Sabri
Your Speedometer

March 12, 2010

Ke Mana Selepas SPM?

Filed under: Adventures — Sabri @ 2:26 am

Banyak sebenarnya yang boleh saya kongsi berkenaan perkara ini berdasarkan pengalaman perjalanan saya dan rakan-rakan saya. Saya terpanggil juga untuk menulis mengenai hal ini kerana pada tahun ini Ummar akan menduduki SPM. Dan biasanya remaja tak suka membaca panjang-panjang, jadi saya pendekkan sahaja.

Pilihan Kursus Selepas SPM?

Jangan dengar cakap-cakap orang tua (termasuklah tips penulis ini). Fikir dengan rasional apa yang kami katakan dan buat keputusan sendiri. Terutamanya jika ada orang tua yang bersungguh-sungguh bercerita kepada anda mengenai pekerjaan mana yang ada permintaan atau tidak. Setiap kursus itu pasti akan ada pekerjaan sesuai yang ditawarkan, jika anda pelajar yang terbaik dalam bidang tersebut. Buat sesuatu yang anda minat dan mampu. Pastikan juga minat anda bukan minat hangat-hangat tahi ayam. Pastikan minat anda tersebut, minat sebagai seorang dewasa.

Satu tips tambahan, untuk tahu minat anda, cuba anda bayangkan diri anda buat apa yang anda minat tu tanpa dibayar apa-apa bila anda dah dewasa nanti. Tanpa gaji. Jika anda sanggup, maka itu adalah minat anda. Jika tidak ada apa yang anda tidak sanggup buat tanpa gaji, sila ikut sahaja arahan IBU BAPA anda. Anda belum dewasa dan belum layak buat keputusan sendiri lagi.

Tips tambahan untuk adik-adik saya yang belum habis belajar. Kalau nak pilih kursus, sila pilih kursus yang betul-betul. Jadi hero jangan sekadar pelakon tambahan. (tips sensitif akan disampaikan secara personal. Tetapi ingat ni sampai bila-bila). Orang lain tak ikut tak apa, tetapi adik saya wajib ikut.

Tips Interview Biasiswa JPA, MARA, PETRONAS DLL

Be smart. Pertamanya jika anda mahu menyambung pelajaran ke luar negara atau dengan tajaan, anda perlu mengubahsuai kursus yang anda ingin pohon supaya bersesuaian dengan kehendak penaja.ย  Walaupun saya sendiri menulis di perenggan di atas supaya memilih kursus yang anda minat, di sini anda kena buat trade-off sendiri jika kursus yang anda mahu tidak bersesuaian dengan kursus yang anda ditawarkan.

Biasanya temuduga akan dijalankan secara berkumpulan. Ingat tips ini, dari 5 orang dalam satu kumpulan temuduga, secara puratanya hanya satu yang akan dipilih. Macam mana untuk jadi satu yang terpilih? Gunakan kepandaian anda. Satu tips tambahan, orang tak akan ambik “Pak Sanggup”. Mereka juga tak akan ambil orang yang kuat bertengkar. Mereka mahu ambil “pemimpin”. Jadi, jadilah pemimpin.

Oh ya, apabila anda sudah sampai ke peringkat temuduga, biasanya keputusan peperiksaan anda tidak bermakna lagi. Anda dianggap sama sahaja dengan yang dapat 10A1 di sebelah anda. Anda cuma perlu membuktikan yang anda lebih hebat dari 10A1 student di sebelah anda tadi. You do that, the scholarship is yours.

Kepada semua sekali, yang berjaya, yang tidak berjaya, straight A student, yang tak berapa straight A student;

Life has just begun (well kalau anda memilih untuk ke matrikulasi, tangguh dulu setahun. Tak mula lagi). Life is exciting, life can be harsh to you. Life that you will live, is the result of the decisions you made. It doesn’t matter where you start, just make sure you are after the right finish line. Jadi, be smart, use your brain and the world is your oyster. Trust me, I am living my life. ๐Ÿ™‚

Sabri

March 4, 2010

Bagaimana Untuk Membina Keyakinan Diri

Filed under: Adventures — Sabri @ 6:08 am

Saya ingin meletakkan tajuk kepada post ini “Dari Mana Datangnya Keyakinan”, tetapi tajuk-tajuk yang mempunyai soalan di dalamnya lebih komersial, jadi sudah semestinya saya memilih tajuk komersil. ๐Ÿ™‚

Ada yang bertanya saya, saya kelihatan yakin dan suka buat benda-benda yang orang yang tidak yakin dengan diri sendiri tidak akan buat. Tetapi, kenapa ada benda-benda mudah yang memerlukan hanya sedikit keyakinan, saya tidak boleh buat?

Saya mengolah semula perbualan kami (bukan contoh sebenar, tetapi membawa kepada perumpamaan yang sama) dan saya berikan contohnya di sini:

Saya boleh pergi ke luar negara seorang diri, pertama kali tanpa tahu apa-apa mengenai tempat tersebut, dan kena tipu pun.Bukan semua orang boleh buat dan silap hari bulan boleh kena culik atau kena rompak.

Tetapi saya takut untuk approach girl. Cuba untuk berkenalan dengan girls tidak akan membuatkan saya diculik atau dibunuh. Tetapi kenapa saya takut? (ya, saya manusia biasa juga. Ada kelemahan dan kekurangan. Ada benda yang saya takut nak buat) ๐Ÿ˜‰

Pendek kata secara anologinya, saya berani naik kereta Formula Satu, tapi takut naik kereta Proton Saga. Kenapa?

Dan untuk anda pula, apa yang kita semua boleh pelajari bagaimana untuk mengatasi ketakutan dan membina keyakinan.

Pertama, keyakinan datang dengan pengetahuan. Sebelum saya melawat ke sesuatu tempat yang saya tidak pernah pergi (ataupun tidak tahu berbahasa tempatan), saya akan membuat kajian melalui internet dahulu.

Kajian ini tidaklah menyeluruh. Tetapi secara asasnya saya telah mempunyai beberapa pelan “darurat”, apa yang perlu dilakukan jika sesuatu yang tidak diigini terjadi.

Begitu juga dalam berucap kepada awam. Biasanya, saya hanya bercakap mengenai perkara yang saya tahu dalam bahasa yang saya tahu. Jika anda meminta saya bercakap mengenai sesuatu yang saya tidak tahu, saya tidak akan yakin juga.

Dalam perkara-perkara yang saya tidak yakin pula, biasanya apabila saya merasakan pengetahuan saya tidak cukup. Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan apabila senario-senario yang saya tidak ingini terjadi. Bila saya tidak tahu, keyakinan pun tidak akan hadir.

Kedua, keyakinan datang dengan persediaan. Sebelum saya melakukan sesuatu yang membuatkan saya gentar atau gemuruh, saya bersedia terlebih dahulu dengan lengkap. Saya ada plan A, B, C sekurang-kurangnya. Saya tahu dengan tepat apa yang perlu saya lakukan tidak kira apa yang terjadi.

Dan saya berulang-ulang kali membayangkan senario-senario ini di dalam kepala supaya jika ia benar-benar terjadi, saya tidak panik. Sebagai contoh, sebelum saya memberikan seminar/ucapan awam, malam sebelumnya saya biasanya tidak tidur nyenyak (itu antara sebab saya tidak suka buat seminar). Sebelum tidur saya akan membayangkan situasi-situasi yang saya berkemungkinan lalui esoknya.

Untuk pengetahuan anda, banyak ahli-ahli sukan terkemuka dunia menggunakan teknik visualisasi seperti ini. Tiger Woods membayangkan berkali-kali beliau memukul sesuatu bola itu sebelum beliau memukulnya. Sebelum beliau bermain di satu-satu lapangan golf, beliau terlebih dahulu bermain secara “maya”.

Ketiga, keyakinan datang dengan pengalaman. Satu perkara yang bagus mengenai pengalaman. Semakin berpengalaman kita dalam sesuatu perkara, semakin kurang persediaan yang anda boleh lakukan. (tetapi sudah tentu ini akan memberi kesan kepada keputusan akhir)

Sebagai contoh, apabila saya pergi ke negara asing yang saya tidak kenal sesiapa di sana, saya tidak terus pergi ke China atau Vietnam atau lain-lain negara pelik. Solo adventure saya yang pertama adalah ke Singapura. Dari situ saya mendapat “momentum”. Seterusnya saya ke Kemboja yang saya tahu penduduknya boleh berbahasa Inggeris.

Jadi, bila saya pergi ke negara-negara yang betul-betul asing, keyakinan yang saya pernah melakukannya itu ada dalam diri saya. Cara saya berjalan lain.

Tips: Bila anda berjalan dengan yakin, lebih kurang sedikit masalah anda. Jumlah orang yang cuba untuk mengambil kesempatan (menipu) tidak seramai jumlahnya jika anda berjalan dengan rasa gundah gulana dan takut-takut.

Keempat dan tips akhir hari ini, keyakinan datang dengan kuasa. Kuasa ini boleh didapati dari beberapa sumber. Sumber yang paling mudah adalah kenalan ataupun wang. Bila kita berjalan dengan poket kita berisi, kita tahu kita “bersedia”. (lebih kurang sama dengan point pertama)

Kuasa juga memberitahu kita secara tidak langsung yang kita boleh melakukan apa sahaja jika terpaksa untuk mengeluarkan diri kita dari masalah. Sebagai contoh, jika di negara asing kita dikejar orang jahat, kita ada duit dalam poket kita, kita boleh tahan mana-mana teksi untuk membawa kita lari. Ataupun membayar orang jahat tersebut untuk berhenti dari mengejar kita. Ada macam-macam kemungkinan boleh dilakukan. ๐Ÿ™‚

Jadi itu empat tips dari saya untuk membina keyakinan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya anda tidak yakin. ๐Ÿ™‚

Dan untuk menjawab soalan kenapa ada perkara yang saya yakin dan ada perkara yang tidak, itulah puncanya. Ada perkara dan situasi yang berada diluar kawalan saya sehingga saya tidak dapat membuat apa-apa yang patut seperti yang saya tuliskan di atas, jadi saya tidaklah yakin.

Untuk tempat-tempat di mana keempat-empat perkara ini sukar dilakukan, seperti mendapatkan keyakinan untuk berkenalan, jangan tanya saya. Saya pun masih mencari formulanya. hehe.. ๐Ÿ™‚ Namun apabila saya sudah dapat, saya pasti akan berkongsi di sini.

Stay Tune! ๐Ÿ™‚

Sabri

February 26, 2010

Solo Adventure to Vietnam – Ho Chi Min City

Filed under: Adventures — Sabri @ 11:59 am

Hari Pertama

Sebelum bertolak saya teringin nak buat sesuatu yang dah lama saya nak cuba tapi tak berkesempatan sebab asyik sampai airpot cukup-cukup masa saja. Hari ini saya try masuk ke Premium Lounge di LCCT-KLIA. Well, okay. Saya sebenarnya nak tengok facility showernya. Sebab nanti bila plan for travel in the future, the knowledge will come handy. Sebab kebanyak travel blog yang saya baca banyak menggunakan fungsi premium lounge untuk memudah dan membantu mereka travel dengan lebih efisien. Saya ingat mereka akan sediakan towel seperti hotel, tapi rupanya tidak. Apapun, a worthwhile experience.

Saya akan berkongsi sahaja catatan nota-nota saya dan perbezaan yang dapat saya lihat di antara suasana di Ho Chi Min City (Saigon) dan juga di Kuala Lumpur:

  1. Dari pesawat, Bandar Ho Chi Minh ni besar juga rupanya. Boleh kata KL tanpa Twin Tower lah. Cuma bangunan tingginya tidak sebanyak seperti di Guangzhou ataupun Singapura. Saya kira bangunannya secara purata tinggi dalam 7-10 tingkat kebanyakannya.
  2. Pemandu teksi (setakat ini yang saya jumpa), jenis yang tak pulangkan baki. Tambang 12500 VND, berikan 20000 VND, baki tak nak bagi. Perlu di minta. Jadi hint, sediakan duit kecil. Isy3x. Saya Google di internet, sah memang tabiat diorang.
  3. Malam ini saya tidur dalam keadaan kelaparan. Ketika makan malam tadi saya memesan “Crispy rice with shrimp”, saya ingatkan nak try makanan tradisional (mee-mee Vietnam ada dijual di KL, jadi saya try nasinya). Rupanya, ia adalah bepang tanpa gula makan dengan sambal udang. Isy3x. Saya paksalah diri makan juga. Tapi tak dapat habiskan. Macam makan biskut cecah sambal sahaja rasanya. ๐Ÿ™‚
  4. Saya tiba bila hari dah gelap. (pukul 7 di sini seperti pukul 8 di Malaysia), jadi agak sedikit resah. Sebab agak lost juga. Tak sempat explore untuk dapatkan orientasi kedudukan ketika waktu siang, dan tulisan papan tanda pula dalam bahasa Vietnam tak dapat difahami, orang biasa pula tak faham Bahasa Inggeris, haru.
  5. Orang di sini rajin. Tengah malam masih ada orang berjualan dan kedai-kedai kecil buka. Saya diberitahu kedai-kedai di sini akan dibuka pada pukul 5 pagi. Hebat.
  6. Esok belum pasti lagi ke mana. Tetapi saya tak jangkakan akan menjelajah besar-besaran.
  7. Plug di sini menggunakan plug US. Rugi pula rasanya tak bawa universal plug di rumah. Tadi dah terfikir nak bawa. Tapi entah kenapa tidak di bawa sekali.

Hari Kedua

  1. WoW. Jika di kampung kita dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok, namun di sini anda akan dikejutkan dengan bunyi hon kereta
  2. Saya dapati penjual di sini bagus-bagus. Mereka pulangkan baki walaupun 5000 VND. Bahkan di satu kedai di Ben Thanh Market saya bila penjual tersebut minta RM 1 dari saya sebagai souvenir beliau beri saya lagi extra baki 5000 VND.
  3. Penjual di sini pula macam penjual di China. Mereka akan jual asalkan untung sikit. Jadi saya praktikkan apa yang dilakukan translator saya ketika di China. Saya keluar dari kedai dan mereka panggil balik dan berikan harga yang saya mahu.
  4. Harga di sini okaylah. Boleh dapat harga borong di KL. Dengan syarat kena pandai tawar.
  5. Suasana di sini? Hmm… Kalau saya duduk di sini boleh pening kepala. Nasib baik datang sebagai pelancong sahaja.
  6. Mahu datang lagi? Hmmm… :p
  7. Saya juga ke War Museum tadi. Tak terkata saya. Bila melihat gambar-gambar Dan pameran barang penyeksaan baru saya faham kenapa orang anti dengan Vietnam War. Mungkin lebih brutal dari penjara Abu Gharib di Iraq tu.
  8. Oh saya pun masih belum makan lagi. Sarapan roti sahaja pagi tadi. Di sini lebih sukar dari di China untuk mencari makanan yang boleh dimakan. Siem Reap pun tak susah macam ni. (punca: Saya mencari makanan Vietnam halal. Kalau sekadar mahu makan makanan Malaysia atau makanan mamak, ada tempatnya di sini. Kalau boleh saya prefer tempat yang jarang orang Malaysia pergi)
  9. Satu tips yang anda boleh apply jika bertandang ke negara asing yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, sebelum bertanya arah atau apa sahaja kepada sesiapa test dahulu “boleh pakai” atau tidak. Saya suka gunakan restoran sebagai “benchmark”. Mula-mula pastikan kedudukan restoran paling dekat dengan anda. Kemudian tanya orang yang ingin anda tanya tu, “Do you speak English?”. Jika mereka kata, “Yes” atau apa-apa yang bunyi macam “sedikit-sedikit” tanya mereka di mana restoran terdekat. Jika mereka bagi tunjuk arah yang betul barulah anda bertanya soalan sebenar yang mahu anda tanya. Jika arah restoran tadi pun salah, larilah jauh-jauh. Tidak mungkin mereka dapat membantu anda. Bukan apa, orang Asia ni baik-baik. Kita sukar mengatakan tidak tau. Seboleh-bolehnya kita “agak-agak” juga jawapan untuk ditunjukkan. ๐Ÿ™‚
  10. Petang tadi saya ke Ben Thanh market lagi. Saya ingin mencari kedai cermin mata. Cermin mata di sini dan di Kemboja murah berbanding di Malaysia. Hajat saya untuk membuat cermin mata hitam dengan power. Namun akibat salah komunikasi terbuat pula cermin mata biasa. Hmm.. Nak buat macam mana, terpaksa ambil sajalah. Tetapi saya ke kedai lain pula. Di kedai tersebut ada pegawai optimetri bertauliah (pandai cakap Inggeris dan test mata pun saintifik jugalah-ada ukur-ukur lagi). Saya buat lagi satu. Ambil esok. Harap-harap jadilah cermin mata hitam. Janganlah cermin mata biasa lagi.
  11. Satu lagi yang saya sedar dari dua trip saya ke Ben Tanh market ini, untuk shopping sakan lebih baik pergi pagi-pagi. Ini kerana orang Vietnam ni percaya kalau jual murah kepada pelanggan pertama (atau pelanggan pertama masuk dan beli), rezeki mereka hari itu akan murah. Jadi lebih senang tawar-menawar. Tetapi awas! Bersedia untuk membeli. Jangan masuk saja-saja. Mereka sampai tarik-tarik tangan untuk “paksa” anda beli. ๐Ÿ™‚ Cadangan saya untuk kembali kali ketiga untuk beli beg laptop. Saya dah ada beberapa kedai saya perhatikan, walaupun harga yang diberi murah tetapi saya pasti boleh murah lagi.

Hari Ketiga

  1. Seperti yang telah dijangka, saya mendapat harga beg laptop yang saya “aim” kan dengan pergi ke kedai tersebut di waktu pagi.
  2. Saya juga berjumpa dengan seorang pengayuh beca bekas askar Vietnam. Jadi beliau boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Beliau membawa saya pusing-pusing bandar Ho Chi Minh.
  3. Pengalaman saya semalam menaiki beca sangat teruk. Pengayuh beca memberhentikan saya di tengah jalan meminta wang tambahan walaupun dipersetujui untuk tour 1 jam. Tetapi tak apa. Saya “cut loses” dan berhenti. Salah orang lah untuk dia ugut. Ingat saya takut. Selepas ditinggalkan pengayuh beca tersebut, saya menaiki motor pula.
  4. Tetapi penarik beca pada hari kedua ini berbeza. Beliau melihat beg yang saya beli dan bertanya harga (dengan English yang baik). Saya memberitahunya dan beliau berkata di ABC DEF Market (saya lupa nama pasar tersebut), boleh dapat harga lagi murah. Tempat orang tempatan membeli belah dan bukan pelancong.
  5. Saya tertarik dan saya ikut. Memandangkan English beliau okay dan kelihatan berpengetahuan saya membiarkan diri saya di bawa berpusing-pusing bandar Ho Chi Minh. Not bad. 4 jam tour. Beliau juga membawa saya pergi ke tempat tukaran wang (lebih murah dari tukar di Malaysia, hebat! Biasanya di negara destinasi nilainya tidak sebaik nilai di Malaysia). Saya bercadangan memberikan lebihan rate tersebut (55K VND ~RM 10) sebagai tips kepada pengayuh beca tersebut.
  6. Tiba-tiba setelah pulang ke hotel beliau meminta 900,000 VND (RM 180)! Saya ingat kami bersetuju 50K per hour (~200K VND). 5 minit bertekak. Saya malas nak bertekak lagi. Saya belum lunch dan penat jadi saya pun bayar sahaja. Nasib baik duit ada dalam poket.

(bersambung…)

February 24, 2010

You Did Not Become a Loser When You Lose But When You Lose Trust on Yourself (and People You Love~d)

Filed under: Life Skills — Sabri @ 5:17 am

This will be a rant post. To some people it might be inspiring, to some (or one), it might pissed them off. Either way, I am still writing it. ๐Ÿ™‚ And if you want some interview tips, it will be in here too.

Just now I received a call.

When people asked me what my plan is after graduation, I dilly dally a bit. Its hard for me to give a specific answer that will be true. One part because I am bonded with P*t****s, second was because working for a salary was not a priority for me. This has been my response for years. I don’t want to sound arrogant but at the same time I don’t want to sound hopeless, so I will always say, “I am not sure, let’s wait and see”.

Even, when people who deserve to know asked. That’s my answer.

But deep inside, I am confident of myself. Whatever happened, happened because I choose to not because I have to.

Some people might consider me a loser at that time (actually, maybe not some. Maybe only one. But still it does not matter). Why I am loser? Because given the circumstances, it is HIGHLY UNLIKELY P*t****s will call me to serve the bond. And because that person thought I am one inch away of becoming a loser, I was ditched.

That person has the point. Although I am capable of providing at that time (I just don’t have VIOS~a major thing it turned out) and stable, it does not matter because loser will have no future.

However, I have a trump card in my pocket. I know what I am doing, and I believe in myself and the value I am providing. Never a moment, ever I doubted myself. Never.

What’s the phone call about? I was called to serve up the bond.

So much so for people who have write-off me. I don’t blame it on them though. Because, to prove how worthy I am, I will show you how even after I put myself in a more disadvantageous situation, but I still finish first.

Hence the interview tip.

How to Still Be Hired Even If You Left Your Resume at Home, Come Late for the Interview & Have Committed a Few Other “Sins” That Make You Un-Hire-Able*

*if there is such word.

Yes. Despite doing all that (you can partly say I purposely tanked the interview), I still was hired.

Everything seems going as planned. Even the interviewer has less than favorable first impression on me. First because I filled my form wrongly (this sin is unplanned, I admit) and because there is something on my file that put me at a disadvantage compared to other candidates.

However, the plan went awry when the interviewer asked me the first question.

That question smack right at the core of my belief. The question challenges me.

And I be myself. I don’t seek to impress the panel interviewer, I am completely honest, truthful, open, transparent and to a point brutal. I even admit of owning a company (they indeed say it is a conflict of interest).

But I am grateful that the panel interviewer did impressed with me and recommended me. They might see the hunger and the potential in this young man a particular person did not. Although initially this is not what I planned for, but as this call up showed in my life at this point of time, I believe it is for some reason. So I will take it.

Later, I read in someone else blog (we share the same trait & almost the same story), to ace in the interview you must;

a) Make the interviewer sip a glass of water a few time
b) Make him/her nod
c) Make the interviewer loosen his tie
d) Make the interviewer remove his spectacles

I don’t know it at that time. But all the above happened.

So, here’s my tip during the interview (Ummar, this is for job interview only. Jangan buat waktu interview scholarship nanti!)

1) Be yourself
2) Feel like you don’t need the job

A lot of candidates (which I will not elaborate what they do) always appear so desperate for a job at an interview. They sweat, they said “all the right stuff”, and give generic and vague scripted answers. When you do this, you did not let the true you, the worthy you, the passionate you inside out. The interviewer is looking for that quality. Unleash that passion out to land your dream job.

That’s my tip and that’s how I accidentally land other people’s dream job. To others reading this, I am sorry, I don’t want to be arrogant but I am having a little “I TOLD YOU SO” moment. ๐Ÿ™‚

To everyone, I present to you IF, by Rudyard Kipling. The most important part in bold.

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,

If you can trust yourself when all men doubt you
But make allowance for their doubting too,

If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, donโ€™t deal in lies,
Or being hated, donโ€™t give way to hating,

And yet donโ€™t look too good, nor talk too wise:

If you can dreamโ€“and not make dreams your master,
If you can thinkโ€“and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;

If you can bear to hear the truth youโ€™ve spoken
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build โ€˜em up with worn-out tools:

If neither foes nor loving friends can hurt you;
Yours is the Earth and everything thatโ€™s in it,
Andโ€“which is moreโ€“youโ€™ll be a Man, my son!

My last word. If you are going for an interview, be yourself. Don’t be your desperate self. For that person who ever doubt me, path of forgiveness is still open. You know what you should do. To all others reading this, that poem I dedicate to you, hope it can be your inspiration! ๐Ÿ™‚

Sabri
Never a Doubter

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress