Life; The Next Chapter

April 17, 2010

My List of Values & Life’s Statement Complete! :)

Filed under: Adventures — Sabri @ 10:39 pm

After procrastinating for about 10 months (MONTHS mind you!), finally I have completed my list of values and life statement’s. From time to time, it might change but I think the core of what I am about was captured beautifully in it.

Life’s statement is your summary guide to make sure that you stay on track. Whenever you are down or happy, this document can be the tool you use to get out of the rut or to keep your feet grounded. It gives clarity to your life so you will know exactly your direction, not a vague one.

I have the excel version, which I print and put on my work table, and I also like to share the digital version here on this blog with you. Click Here to read it. (or check under “About Me>Values and Rules”)

And if you too create your own, share with me! I will give feedback. 🙂

Tribute to all my mentors who guide me on how to come up with this one and my colleague, Evan for sharing with me his so that I have an idea for my own.

April 15, 2010

A New Beginning, A New Purpose

Filed under: Adventures — Sabri @ 5:40 am

Sejak minggu lepas sehingga semalam, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut apa yang berlaku. 🙂 Sementara itu saya ingin brief anda dengan rupa terbaru blog ini.

Design Baru Blog Ini

Saya suka dengan design baru ini, walaupun kalau boleh saya mahu design yang completelah berbeza, yang lebih natural dan bertemakan alam semulajadi. Namun disebabkan banyak tweak yang telah saya lakukan kepada template sebelum ini, kebanyakan template lain tidak sesuai dengan perubahan tersebut. Jadi, template dengan latar belakang rumput hijau ini yang menjadi pilihan saya.

Saya pilih alam semulajadi dan kehijauan sebagai tema kerana saya mahu lebih grounded, going forward. Lebih membumi dalam Bahasa Melayunya. Jangan salah sangka, sebelum ini pun saya jenis orang yang praktikal, sentiasa berpijak di bumi nyata. Namun kali ini saya bukan sahaja berpijak di bumi nyata, tetapi pada masa yang sama menikmati sepenuhnya perkara-perkara mudah yang ada di bumi ini.

Latar belakang awan pula menunjukkan bahawa walaupun saya mahu lebih membumi, tetapi saya masih tidak hilang aspirasi dan cita-cita saya yang melangit tinggi. Menjadi rapat dengan alam semulajadi dan bumi tidak bermaksud mengorbankan cita-cita. Langit dan awan juga adalah sebahagian dari alam, sama darjahnya dengan rumput di bumi.

Kita boleh berjaya mencapai awan, dan pada masa yang sama hidup bahagia dengan rumput di bumi. Itu yang saya ingin buktikan dan lalui.

Emak Saya Sudah Pulih!

Yay! Walaupun saya sudah beritahu sebelum ini, tetapi saya mahu beritahu sekali lagi di sini. 🙂 Lega dan bersyukurnya saya emak sudah pulih seperti biasa. Emak tidak lagi sakit-sakit dan lemah-lemah. Apabila emak memberitahu saya beliau geram kerana tidak dapat menjerit seperti sebelum operation, I know that my old mom, the iron lady is back! hehe…

Walaupun emak saya garang dan waktu kecil-kecil dulu selalu rasa seperti hendak lari dari rumah, saya lebih suka beliau garang dari tak garang. :p

Emak juga kata saya mewarisi kegarangan dari beliau. Ketika di hospital saya “menghalau” pelawat-pelawat yang tak faham-faham emak perlu berehat sepenuhnya. Walaupun pelawat tersebut adalah bapa kepada bos emak. Tidak hairanlah emak mendapat lebih banyak pelawat ketika saya balik rumah sekejap dari ketika saya berada di sana.

Saya memang tak kisah. Hanya ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan emak sejak muda sahaja yang saya benarkan duduk lama-lama, sebab saya tahu emak gembira mereka datang dan dapat berbual-bual. Jika kenalan-kenalan yang baru ataupun yang tidak dikenalkan kepada saya sekurang-kurangnya 10 tahun yang lepas, memang saya tidak suka berlama-lama melawat emak. Saya juga menutup handphone emak supaya emak tidak perlu bercakap banyak-banyak. Bahkan adik-adik saya pun saya tak benarkan call emak pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan.

Ya, saya memang garang dan tegas. Saya memang sangat garang. Dan sesungguhnya saya tidak kisah menjadi garang. Dulu, sekarang atau bila-bila sekali pun saya memang tidak kisah menjadi garang. Tak luak pun. Tetapi saya tidaklah tengking. Saya cuma beritahu mereka supaya berborak di luar sebab emak hendak tidur (lawat emak, tetapi berborak sesama sendiri).

Lebih baik menjadi garang dari emak hilang suara kelak (ataupun lambat pulih).

Pertukaran Kerjaya

Syarikat tempat saya bekerja sekarang banyak membantu saya berkembang dari segala segi. Sayu untuk saya meninggalkannya namun pada masa yang sama saya teruja dengan pengalaman dan pengembaraan baru yang saya akan alami.

Saya sekarang ini seolah-olah seperti pelajar tadika yang akan masuk darjah satu. Takut tetapi excited juga.

Sepatutnya saya bermula esok (16 April), tetapi saya menangguhkannya sebulan. Saya mahu memastikan semua tugas-tugas saya diserahkan kepada ahli pasukan saya dengan tertib dan teratur dan pasukan saya bersedia sepenuhnya apabila saya tiada kelak.

Walaupun pada mulanya, bahkan sehingga kira-kira sebulan yang lepas saya tidak enthusiastic dengan pertukaran ini tetapi saya menyedari bahawa ramai manusia di luar sana yang berebut-rebut untuk berada di tempat saya membuatkan saya bersyukur. Saya mengubah fikiran. Saya ingin berjaya di sini bagi pihak mereka di luar sana yang tidak berpeluang untuk mengecapi apa yang saya akan kecapi. Saya benar-benar ingin berjaya bagi pihak mereka. Bila saya katakan saya mahu “membumi”, inilah yang saya maksudkan.

Sebenarnya saya tidak akan mendapat banyak dari pertukaran kerjaya ini dari segi gaji, kebebasan dan kepuasan bekerja. Syarikat saya yang sekarang ini sudah agak best dan memang sudah dapat menandingi P*t**s jika tidak lebih baik. Cuma di P*t**s saya lebih teruja kerana saya akan lebih berpeluang untuk berjumpa lebih ramai orang (Para skeptik akan membacanya sebagai peluang mencari isteri..hehe). Tetapi harus diingat, dalam surat tawaran saya memang sudah siap-siap tertulis saya tidak boleh berkahwin dengan rakan sejawat! Adusss! 🙂

Dan saya tahu, ibu bapa saya sebenarnya suka saya menerima tawaran ini. Walaupun mereka tidak cakap, tetapi saya tahu dan saya dapat rasakan. Jadi biarlah mereka gembira kejap, manalah tahu mereka dengan ini akan termotivasi untuk mencari calon menantu seperti yang saya ingini. :p (oops!)

Here to all the great people I will be meeting! 🙂

Oh dan walaupun saya akan bertukar tempat kerja, namun cita-cita keusahawanan dan perniagaan saya tidak akan padam sama sekali. Saya mempunyai cita-cita yang luar biasa yang memerlukan saya membuat sesuatu di luar kebiasaan. Sekadar mempunyai sebuah perniagaan bukanlah cita-cita saya. Saya sudah boleh dan telah melakukannya sejak bertahun-tahun dahulu. Saya mahu perniagaan saya menjadi satu legasi saya. Jadi saya perlu bertindak sewajarnya dan inilah langkah-langkah saya dalam merealisasikannya. 🙂

Percutian 2 Minggu

Saya rasa seperti hot stuff. 🙂 Dari semester akhir saya di UTP sehinggalah sekarang, saya tidak pernah tidak terikat. Hari Khamis kertas peperiksaan terakhir saya, hari Isnin saya sudah mulakan sesi internship saya. Di bulan kedua dalam tempoh tersebut, saya telah menjadi the highest paid intern in the country dan bulan ketiga sesi praktikal saya, saya telah dianggap sebagai staff dan dibayar seperti mana seorang pekerja tetap setara di (multi national companies) MNC lain.

Ketika pensyarah saya datang untuk pembentangan, saya telah pun mempunyai pasukan saya sendiri. Habis tempoh praktikal 8 bulan saya terus bekerja seperti biasa. Sehinggalah sekarang.

Bahkan jika boleh, sekarang P*t**s mahu saya bermula secepat mungkin, esok.

Tetapi saya rasa saya mahu berehat seketika. Sekurang-kurangnya 2 minggu. Sebab itulah saya memohon untuk hanya melapor diri pada pertengahan Mei. Saya belum memutuskan untuk ke mana dan bagaimana. Tetapi saya dapat membayangkan yang saya mahu ke pantai. Pantai yang mana, belum pasti. Target saya adalah untuk habis menulis 2 buah buku (menulis adalah terapi saya). Salah satunya adalah “mini” autobiografi saya. hehe… 🙂

Aspirasi Hidup Saya Yang Baru

Ramai manusia berubah setelah mengalami pengalaman menghampiri kematian. Mereka digoncang untuk menilai kembali prioriti dalam hidup mereka. Yang mana yang penting.

Walaupun saya tidaklah mengalami pengalaman “mati hidup kembali”, sepanjang minggu lepas saya berpeluang untuk menilai kembali prioriti hidup saya. Lebih-lebih lagi setelah menonton sebuah filem “Dave” (kisah seorang orang biasa berpeluang menjadi presiden US). Beliau ditanya, “If you can still be president for another day, what you will do”. Dan “Dave” menceritakan cita-citanya.

Saya menjadi excited dan dapat relate dengan “Dave”.

Saya juga mendapat “hidup baru” dan bermula dari situlah saya menanam azam untuk hidup “membumi”. Hidup dengan penuh makna bagi pihak mereka yang tidak berpeluang berada di tempat saya.

Saya rasa itu sahaja update dari saya, semoga hidup anda juga penuh makna! 🙂
Sabri

April 13, 2010

Update ! Update!

Filed under: Adventures — Sabri @ 5:16 am

1. Emak sudah baik separuh. (Masih belum boleh aktif sangat, tetapi sudah hampir okay)

2. Akhirnya setelah menanti dengan penuh sabar selama lebih 2 tahun, saham-saham saya yang saya simpan sekian lama telah naik harga melebihi harga beli! Yay! Saya ingat duit saya dah burn. Setelah melihat kenaikan tersebut, saya terus jual. Tak banyak, sekadar dalam 5-10% sahaja -2 syarikat. Tetapi saya tak mahu duit saya beku macam tu lagi. Jadi sementara harga dah ngam, saya jual sahaja. 🙂

3. Bad news and good news. Bad news, RM 1000 terbang dengan senang-senang dalam tempoh 2 hari untuk membuat scan-scan yang patut dan yang tak patut. Pengalaman pertama buat CT scan dan ultrasound. Good news, saya sihat 100%! ~tuan punya badan pun tak sangka. hehe… 🙂

4. Saya kemungkinan besar akan mula serve my bond secara rasmi mid-May. Means saya akan ada 2 minggu untuk percutian yang dah lama saya deserve. Saya bercadang untuk menggunakan 2 minggu tersebut untuk menulis. 🙂

5. 2 minggu ini minggu yang sungguh busy pada saya. Sangat-sangat sibuk. Hopefully life akan masuk gear normal balik asap.

Itu sahaja update dari saya! 🙂

Sabri

April 6, 2010

Doa Seorang Anak

Filed under: Mia Family — Sabri @ 9:16 am

Saat ini saya sedang berada di sisi katil emak. Emak baru lepas menjalani pembedahan membuang kelenjar tiroidnya. Malam ini dan malam besok saya akan menemani emak di hospital.

Dalam hidup keluarga kami, emak adalah tonggaknya. Ayah selalu dimanjakan tok, jadi ayah mempunyai semangat yang rendah sedikit. Tetapi tidak emak. Jika perlu berenang tujuh lautan sekalipun supaya anak-anaknya pandai, saya yakin beliau akan melakukannya.

Dulu emak bangun jam empat pagi setiap hari untuk membuat nasi lemak. Selepas itu jam 8 hingga 5 beliau akan pejabat. Pulang dari pejabat beliau akan memasak Dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi lemak keesokan harinya. Begitulah setianya emak kepada ayah Dan dedikasi emak kepada keluarga.

Saya tidak bercadang untuk hidup Dalam kehidupan yang telah emak lalui. Saya tahu saya mungkin tidak setabah emak. Namun, saya sangat bersyukur jika dikurniakan seorang isteri setabah dan sesetia emak. Ada perempuan yang tidak sanggup pun mendengar kisah emak kerana sangkakan saya mahu hidup begitu. Semoga saya dijauhkan Dari perempuan demikian.

Apabila emak sihat, emak dirasakan seperti boleh membengkokkan besi dengan semangatnya sahaja. Namun apabila emak terlantar, semangatnya sirna. Hati saya dirundung sayu. Saya hanya mampu menggosok tangan emak memberi kekuatan sambil berdoa kepada Tuhan agar Dia cepat-cepat mengembalikan kekuatan dan kesihatan emak.

Saya mungkin tidak mampu memanjakan emak seperti mana emak memanjakan saya. Maafkan ayie mak. Tetapi ayie harap mak boleh merasai kehadiran ayie, tabah dan cepat pulih. Ayie harap sebagaimana emak mengajar kami menahan sakit supaya cepat pulih, emak juga dapat lakukan.

Dalam tempoh 2 tahun ini, saya lebih rapat dengan emak dan keluarga. Setiap bulan saya akan pulang ke kampung, adakalanya beberapa kali. Saya juga dapat merasakan kehangatan dan kemesraan berada bersama keluaga itu.

Ia tidak selalunya begitu. 3 tahun lepas saya diberi amaran pertama. Emak dimasukkan ke hospital kerana denggi yang kronik. Saya sangkakan emak demam biasa sahaja, biasanya emak masih boleh bekerja kuat. Itu pengalaman pertama saya melihat emak terlantar.

Walaupun telah pernah menonton tv, membaca buku motivasi mengenainya sebelum ini, perasaan apabila melihat sendiri kesakitan emak tidak apa yang dapat menyediakan saya untuk menghadapinya. Namun Tuhan masih sayangkan kami sekeluarga. Emak pulih dalam masa hampir sebulan.

Saya yang terpana ketika emak sakit rupanya cuma insaf sekejap. Setelah beberapa bulan, saya renggang semula.

Setahun selepas itu saya diberi amaran kedua. Hubungan cinta yang saya bina selama 3 tahun lebih sebelum itu musnah tanpa kerelaan saya. Emak dan keluarga saya menjadi sumber kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan hidup.

Sejak itu saya benar-benar insaf. Saya menjadi lebih rapat dengan keluarga dan emak. Benar-benar rapat. Di dalam hati saya, saya sering mengesyaki yang hikmah disebalik perpisahan saya sebenarnya adalah kerana Allah mahu saya lebih menghargai dan rapat dengan keluara. Message understood ya Allah.

Walaupun saya tidak suka mengorbankan mana-mana orang yang saya sayang untuk orang lain yang saya sayang, saya tidak percaya pada konsep begitu. Saya percaya we can have our cake and eat it too. Namun dalam kes ini jika itulah sebabnya maka saya redha. It’s painful but well worth it.

Namun 2 tahun selepas itu, emak ke hospital lagi. Sekarang. Saya rasa Allah mahu memberitahu saya bukanlah saya berpisah kerana Allah mahu saya memahami kepentingan keluarga. Bertemu dan berpisah adalah kehendak dan akibat dari perbuatan manusia. Sebaliknya Dia mahu memberi saya peluang berbakti kepada emak dan supaya emak dapat merasakan kasih sayang anaknya pula tanpa perlu ada sad ending. 🙂

Saya yakin emak akan pulih. Dari saya mula menulis sehingga apabila saya habis ini, ukuran darah emak sudah dua kali diambil (pkl 10 & 12 mlm. Nurse ini pun, tidak ada masa lainkah. Emak nak tidur, emak makin pening jika tidurnya diganggu).

Tekanan darah emak normal. Cuma emak kerap terbangun. Satu sebab nurse sering menggangu tidur emak. Namun selepas ini Nurse tadi mengatakan waktu ubat seterusnya adalah jam 8 pagi. Saya harap emak dapat tidur dengan dengan aman dan nyenyak selepas ini.

Ya Allah, kuatkanlah semangat emak menghadapi ujianMu dan pulihkanlah kesihatannya semula secepat mungkin. Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang.

April 3, 2010

Semoga Saya Dijauhkan

Filed under: Lessons on Love — Sabri @ 7:52 am

Hari ini saya teringin untuk berkongsi sesuatu yang saya dengar dari TV.  hehe.. 🙂 Ia sesuatu yang saya ingin ingat sepanjang hidup saya. Sebenarnya ia bukan kali pertama saya dengar, sudah dalam 3 kali tetapi acapkali saya lupa. Jadi saya berharap dengan meletakkannya di blog ini, saya tidak lagi lupa. 🙂

Seorang penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah – wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah – wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah – wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Al Hudaqah – wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Al Basaqah – wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah – wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga saya  tidak akan ditemukan dijodoh ataupun berkenalan pun dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Saya tidaklah sempurna, saya cuma berharap bertemu dengan gadis yang dapat menghargai saya seadanya. 🙂

March 31, 2010

Menakhoda Zaman Menyelesaikan Masalah

Filed under: Life Skills — Sabri @ 4:44 am

Saya meminjam tajuk buku Perdana Menteri sahaja sebab tajuknya best dan relate. Tetapi saya tidak akan membicarakan mengenai buku tersebut dalam post ini.

Ramai orang memandang kepada idola mereka, atau kepada sesiapa yang lebih berjaya sebagai orang yang sentiasa tahu apa yang perlu dibuat dalam sebarang situasi. Steady hand, orang putih kata. Anggapan ini ada betul dan ada salah. Yang betulnya adalah setiap orang mempunyai “Genius Zone” masing-masing. Di dalam ruang kepintaran ini, ya betul. Seseorang itu tahu apa yang perlu dilakukannya. Sebagai contoh seorang nelayan yang pakar dengan bertahun-tahun pengalaman, beliau tidak risau lagi apabila ada masalah kepada pukatnya di tengah laut. Beliau tahu apa yang hendak dilakukan.

Contoh yang lebih dekat pula adalah saya dan emak saya. Emak saya risau jika komputer rosak. Ini kerana beliau tidak tahu hendak buat apa. Tetapi saya tidak kisah. Kalau boleh saya mahu kata kepada komputer tersebut, “Oh, rosak ya. Haa… Rosaklah puas-puas. Nanti Sabtu nanti aku baiki yang mana rosak tu aku buang. Better baik cepat”. Saya tidaklah pakar sangat mengenai komputer tetapi pada saya masalah komputer ini senanglah untuk difahami.

Namun lumrah, manusia tidak ada yang sempurna. Kita masing-masing mempunyai bidang-bidang yang kita lemah. Baik Perdana Menteri, Sultan, Angkawasan atau sesiapa sahajalah mempunyai blind spot ini. Kita akan gabra juga bila dihinggapi masalah-masalah dalam bidang yang kita tidak dapat kawal sepenuhnya ini. Dan memang kita tidak akan dapat kawal pun.

Cuma yang membezakan kita dan manusia yang lain adalah bagaimana kita mengawal tahap kerisauan kita dan bagaimana kita berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi orang yang cemerlang, mereka cool sahaja dan mereka tidak cepat melatah. Mereka berusaha menyelesaikan masalah mereka tanpa meresahkan orang lain disekeliling mereka. Jadi kerisauan mereka kita tidak nampak. Mereka inilah biasanya yang dianggap sebagai “steady hand” ketika orang-orang disekeliling mereka sudah panik.

Apa mesej saya dalam post ini?

Ya, ada kalanya saya sendiri berperasaan seperti bot di atas. Keseorangan di dalam lautan yang luas.

Pilihan Dalam Hidup

Jika saya ingin memilih untuk rasa selamat dan hidup seperti orang lain (menghadapi masalah yang orang lain turut akan hadapi), saya tidak perlu pergi jauh. Cuma menyusur pantai hidup dalam zon selamat. Saya tidak akan rasa kesunyian.

Tetapi saya selalu berfikir, apakah saya ini? Apakah saya akan puas ataupun adakah misi saya hidup di dunia ini akan tercapai dengan hanya bermain-main di pesisiran pantai? Apakah ertinya hidup bermain-main seperti kayak di kawasan hampir dengan pantai sahaja, hidup bergembira dan bersenang-senang sedikit dan kembali ke darat apabila ombak sudah tenang?

Adakah saya ini kapal pelayar besar ataupun sampan?

Berbaloikah pengorbanan dan pilihan yang saya buat ini untuk meredah lautan luas di hadapan?

Ya, saya yakin berbaloi. Saya yakin I have what it takes. Namun dalam perjalanan bukan sentiasa ombak itu tenang. Dasar pengembara merentas benua memang perlu sedia dilambung ombak besar (berpuluh-puluh meter, bukan 1 meter seperti di pantai). Dalam waktu-waktu seperti inilah gundah gulana akan timbul menanam rasa sangsi dalam diri.

Hidup saya akan senang jika saya sekadar memilih untuk bermain di tepian pantai. Bahkan, banyak perkara yang saya tidak akan hilang jika saya memilih hidup seperti itu.

Inilah sesi refleksi diri kita.

Apakah pilihan anda? Lautan yang luas yang tidak menjamin keselamatan anda ataupun bermain-main ditepi pantai sahaja seperti yang menjadi pilihan banyak orang?

Bila saya fikirkan masak-masak, saya memilih biarlah saya mengembara ke lautan luas. Mungkin saya akan terlepas banyak perkara yang seronok-seronok di tepi pantai, tetapi saya percaya hidup ini masa untuk seronok tidak panjang mana. Bila kita sudah berusia, keseronokan tersebut akan semakin pudar. Apa yang membuatkan kita seronok ketika usia 20-30 tahun belum tentu menyeronokkan kita ketika kita berusia 40, 50 tahun. Saya berharap saya dapat enjoy pengambaraan ini ketika muda dan enjoy hasilnya pula ketika tua.

Tiada jaminan saya akan kembali, tetapi setakat hidup saya hari ini saya rasa tak menyusahkan orang sangat jika saya tidak kembali pun kan. 🙂 Saya tidak mahu hidup sekadar untuk diri sendiri, iltizam saya biarlah saya hidup dengan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan berjaya menggerakkan masa dan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Semoga urusan saya dipermudahkan Tuhan dan diberi petunjuk sepanjang jalan.

Sabri,
Lone Navigator

March 30, 2010

Perasaan Yang Mengujakan

Filed under: Memory Lane — Sabri @ 3:39 am

Pada satu pagi Sabtu yang hening, telefon saya berbunyi. Satu nombor yang tidak dikenali memanggil. Saya pun menerima panggilan tersebut. Suara dihujung sana macam pernah saya dengar, tetapi saya tidak ingat.

Sabri, ini cikgu Zarul ni. Nak tanya sikit … (dan seterusnya)

Cikgu Zarul adalah salah seorang guru pembimbing bahas ketika saya di SEMASHUR bersama dengan Cikgu Aisyah, Puan Zubaidah dan Cikgu Hani (dan Cikgu Yusuf). Cikgu Zarul adalah guru lelaki yang sempoi. Perkara yang saya paling ingat mengenai Cikgu Zarul adalah amanat “Empat Benda Yang Saya Dapat di Universiti” beliau. Maaf cikgu, saya tak dapat lawan cikgu, saya hanya dapat dua sahaja. Nyaris-nyaris nak dapat tiga, tetapi satu tercicir di hujung jalan. 😉

Kali terakhir saya bertemu dengan beliau saya rasa adalah pada tahun 2006.

Untuk menerima panggilan dari beliau setelah 4 tahun tidak bertemu dan 8 tahun meninggalkan sekolah adalah perasaan yang mengujakan. Sebenarnya perasaan masih diingati guru setelah 8 tahun meninggalkan sekolah adalah sangat mengujakan. (macam terbalik pula ayat ni, sepatutnya murid lah kena ingat guru kan? isy3x)

Menyebut tentang zaman persekolahan, saya teringat juga kepada guru-guru saya di Sekolah Kebangsaan Galing;

1) Cikgu Atan – Apabila cikgu Atan mengajar di satu kelas, kelas sebelah menyebelah akan automatik menjadi senyap sekali. Apabila cikgu Atan tiba di tapak perhimpunan, satu sekolah menjadi senyap. Cikgu Atan mengajar Matematik. Kepada sesiapa yang tidak menghafal sifir, mereka akan menerima pelbagai bentuk hukuman. Gertakan dari cikgu Atan (belum sentuh pun lagi) sudah cukup untuk membuatkan pelajar menangis atau terkucil (betul ni!). Namun hukuman beliau yang paling famous dan masih diingati turun-temurun di SKG adalah mencium jadual sifir di dinding tandas guru.

2) Cikgu Omar – Cikgu Omar adalah Cikgu Atan versi petang. Beliaulah yang menyebabkan saya hafal sifir dengan cepatnya ketika darjah 3 (tidak macam Ummairah, darjah 6 pun masih tergagap-gagap lagi sifir). Bila tahu Cikgu Omar akan mengajar kami Matematik pun dah cukup buat kami sekelas menggeletar. Kenapalah beliau tidak ajar PJ sahaja. Cikgu Omar juga mengajar matematik. Popular dengan penampar dan rotan kontotnya, cikgu Omar juga boleh membuatkan mana-mana pelajar kecut perut. Taraf hukumannya kurang sedikit tahap ganas dibandingkan dengan Cikgu Atan. Hukuman yang beliau suka kenakan (selain dari dirotan oleh rotan kontot), adalah berdiri sampai habis masa, berdiri sambil junjung kerusi, berdiri atas kerusi, berdiri di luar kelas.

Sayang guru-guru Matematik ini tidak mengajar saya pembezaan dan pengamiran. Jika mereka turut mengajar saya dua bab penting ini satu dari dua kemungkinan akan terjadi; 1) Saya akan menjadi seorang yang terror matematik, 2) Muka saya menjadi kebas (terlalu banyak di tampar sebab tak faham-faham) hehe…

Berbeza dengan guru-guru lelaki yang saya suka jika mereka lebih “ganas” dan sempoi (lagi cepat belajar), guru-guru wanita yang bersifat keibuan lebih berkesan. Hukuman yang paling ganas pun adalah cubit (tetapi cikgu-cikgu zaman dulu ada skill mencubit yang tinggi. Boleh lebam perut kena cubit).

1) Pn Nurul Huda – Satu salah congak atau satu salah dalam spelling (English) atau ejaan (BM) akan mendapat 5 kali pukulan dengan pembaris kayu (6 bulan pertama di tapak tangan, 6 bulan seterusnya di belakang tapak tangan)

2) Pn Zalikha – terror mencubit. Saya suka mendengar beliau bercerita. Saya masih menanti sambungan episod dua Cerita Batu Belah Batu Bertangkup beliau. Ia berjaya membuatkan saya tidur malam semula setelah ditakutkan oleh filem P. Ramlee. Ketika itu pada waktu BM, Pn Zalikha akan duduk di atas kerusi dan kami semua akan duduk mengelilingi beliau ketika beliau bercerita.

3) Pn Yong & Pn Shamala – saya combinekan kedua-dua guru ini kerana mereka hampir sama dan memberikan impak yang sama kepada saya. Pn Shamala meneruskan apa yang Pn Yong sumbangkan dalam hidup saya. Pada satu zaman dahulu kala, saya sangat-sangat teruk dalam English. Ketika peperiksaan saya akan menjawab mengikut apa yang saya rasa bunyi macam sedap/betul. Pn Yong dan Pn Shamala lah yang mengajar saya membuat ayat yang betul perlahan-lahan. Dari ayat dengan 3 perkataan kepada ayat 4 perkataan dan seterusnya. Dari hanya ayat present and past tense kepada ayat yang lebih complex. English saya pada hari ini masih belum sempurna, tetapi bolehlah. Kalau tidak ada mereka berdua, mungkin saya seorang nelayan di Beserah pada hari ini. hehe…

4) Pn Aidil – Pn Aidil adalah guru kelas saya ketika darjah empat dan darjah lima. Beliau banyak mengajar dan menjadi contoh kepada saya maksud sabar, rajin, bekerja keras dan buat lebih dari apa yang orang expect. Beliau mengajar saya menjadi cemerlang. Walaupun saya bukanlah tergolong dalam pelajar paling favouritenya (saya tidak comel dan tidak petah berkata-kata), tetapi saya dapat jugalah sedikit kelebihan dengan menjadi Pengawas Perpustakaan (beliau guru perpustakaan).

Kami mendapat lesen besar untuk skip perhimpunan (tidak perlu jumpa Cikgu Atan, cikgu Omar dan kemungkinan di rotan atau di denda di khalayak ramai ~ketika perhimpunan ada sesi congak, baca sifir dan spelling mengejut kepada pelajar bertuah. Siapa yang salah akan didenda dan pelajar lain akan dipanggil sehingga soalan tersebut terjawab) dengan alasan mengemop lantai perpustakaan. Pengawas Perpustakaan di dalam kelas Cikgu Aidil juga boleh dikira sebagai lebih bertuah dan lebih berkuasa dari Pengawas (yang beliau gelar Mawas), tak percaya tanya Emirin. haha…

Waktu yang paling best pada saya adalah apabila Cikgu Aidil meminta kami datang pada hari Sabtu (4-5 orang pengawas perpustakaan terpilih) untuk mengecop buku. (Cop selang 7 muka surat). Beliau akan memberi upah RM 1 dan menghantar kami pulang (yang paling best sebab selain upah beliau, parents saya juga akan memberi duit belanja juga) Yay!

Oh ya, satu perkara lagi yang buat saya sayang cikgu Aidil adalah kerana beliau melantik saya sebagai Ketua Tugas hari Jumaat di perpustakaan. Yang lebih best lagi, beliau turut meletakkan nama “crush” saya yang pertama dalam hari tersebut… haha.. Kecil-kecil dah gatal. Jadi tiap-tiap minggu saya dapat bercakap dengan crush saya itu. Susah tau, saya sekelas dengan crush saya tu waktu darjah 3 aje. Jadi dalam kelas tak dapat jumpa. Jumpa di perpustakaan aje lah. hehe

(Oh ya, saya rasa saya patut berterima kasih kepada cikgu Omar juga). Sebab ketika darjah 3, kerana takutkan cikgu Omar saya sering memberi rakan-rakan sekumpulan saya (termasuk crush saya itu) tiru supaya mereka tidak didenda. (waktu itu saya star…hehe). Saya rasa ini punca saya ketagih menolong orang ni dan lembut hati ni, especially perempuan. Waktu zaman itu, jika anda tidak comel, satu-satunya cara lain untuk mendapatkan admirer adalah anda kena pandai. Sebab itulah saya pandai ketika itu (dan semakin tua semakin kurang sebab sumber motivasi dah tak ada) . To think of it, saya rasa bersalah juga. Kerana ahli-ahli kumpulan (rakan sekelas yang duduk berhampiran meja saya) ketika itu tidak begitu cemerlang dalam pelajaran. Mungkin kerana saya sering memberi mereka tiru, jadi mereka tidak dapat belajar. Isy3x. Betullah cikgu kata, kalau kita bagi kawan tiru kita sebenarnya memusnahkan kawan tersebut. :p

Kesimpulan post ini, saya sayang cikgu-cikgu saya dan saya suka menerima panggilan dari orang yang mempunyai nombor telefon saya. Jangan segan-segan untuk call atas apa sahaja sebab. 🙂 (bilangan orang yang mempunyai nombor telefon saya tidak banyak… Jadi kalau anda ada nombor saya, atau masih ada, memang anda adalah orang terpilih. hehe…)

Sabri
Anak Murid Cemerlang

p/s: Ada orang tanya, saya ni anak emas cikgu ya? Suka bodek cikgu ya? Sumpah tak. Saya ni bukan comel pun. Budak comel-comel je yang suka bodek cikgu. Saya sedar diri. hehe… Cuma saya ni budak baik je. Apa yang cikgu suruh saya akan buat. Boleh diharap sikitlah. Sebab itu cikgu-cikgu saya sayang saya. ahaxz… :p

p/p/s: Nanti dalam post lain saya ceritakan mengenai guru-guru di SEMASHUR dan di SABS pula. 🙂

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress