Life; The Next Chapter

May 20, 2010

Random Musings

Filed under: Adventures — Sabri @ 8:56 am

1. I am grateful for being blessed with a lot of opportunities to develop myself.

2. I am grateful, I am being surrounded by competent people most of the time.

3. I am grateful I am being present.

4. I am grateful I am aware of my thoughts and am in control of it.

5. I am grateful I am blessed with adequate self confidence to carry myself through the challenges in life.

May 10, 2010

A Life Fully Lived

Filed under: Mia Family — Sabri @ 9:43 pm

Nenek kesayangan (kami panggil Tok) saya baru meninggalkan saya pagi semalam. Saya berkesempatan untuk berada di sisinya sebentar ketika Tok menghembuskan sisa-sisa nafas terakhirnya. Pada saya, tok adalah contoh manusia yang menggunakan hidup sepenuhnya. Walaupun hidupnya tidak sempurna, tetapi usaha yang beliau berikan adalah jauh lebih hebat dari kemampuan dirinya. Biar saya ceritakan mengenai wanita hebat ini.

Tok berumur 89 tahun, lebih kurang sebaya Dr. Mahathir. Dan seperti mana Dr Mahathir aktif, begitulah juga tok. Cuma bezanya tok perempuan, dan tok bukan seorang bekas Perdana Menteri.

Pagi semalam, tok meminta di bawa ke hospital. Cho & Ayah Cho (pakcik & makcik saya) pun membawanya ke hospital. Tok masih gagah dan boleh berjalan sendiri (ramai rakan seusianya sudah terlantar di mamah usia). Di hospital, setelah diperiksa, doktor meminta tok agar di X-Ray. Paru-paru tok mempunyai sedikit air.

Ketika menanti giliran untuk di X-Ray, tok semakin lemah. Selepas di X-Ray, pernafasan tok mula tidak teratur. Jantung tok pula menjadi lemah. Tok di rawat di Zon Kritikal Bahagian Kecemasan. Pada waktu ini (kira-kira jam 9 pagi), Dr meminta Cho memanggil waris-waris terdekatnya kerana tok sudah tenat. Tok tidak memberi reaksi kepada sebarang ubat/tindakan yang Dr lakukan. Alat bantuan pernafasan disambungkan.

Walaupun Tok tenat, tetapi Tok tetap kelihatan tenang sepanjang waktu. Kami di suruh berjumpa berdua-dua.

Ketika saya berbisik ke telinga tok, saya lihat mata tok bergenang air mata. Saya mengusap dahi tok buat kali terakhir, masih panas.ย Saya menjadi semakin sebak. Mengetahui yang detik-detik terakhir tok untuk meninggalkan kami semakin hampir.

Dalam pukul 10.30-11 pagi, setelah ayah long dan mak long tiba, doktor menghentikan alat bantuan pernafasan. Saya menghubungi sepupu-sepupu saya memaklumkan pemergian tok.

Tok adalah seorang wanita yang cekal. Tok mempunyai 5 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. 2 dari anak perempuannya (makcik-makcik saya) meninggal dunia lebih dulu darinya. Setahun dua tahun yang lepas, anak perempuan tunggalnya yang masih tinggal (Cho) menjalani pembedahan untuk membuang fibroid. Bayangkan perasaan seorang ibu yang telah kehilangan hampir kesemua anak perempuannya, dan satu-satunya yang tinggal sedang bertarung di atas meja pembedahan?

Tok pernah mengucapkan kepada saya, jikalah beliau boleh menggantikan tempat makcik saya itu beliau tidak kisah.ย Tok begitu sayu dalam kata-katanya, tok merasakan beliau sudah hidup cukup dan tidak kisah untuk pergi ketika itu bagi pihak Cho.

Dengan izin Allah Cho pulih dan tok juga sihat seperti biasa.

Sejak seminggu lepas, tok mula mengatakan yang Tok tidak sesihat biasa. Mujur saya bercuti 2 minggu. Jadi saya sempat bertemu tok beberapa kali kebelakangan ini. ย Minggu lepas Cho membawa tok ke klinik. Setelah pemeriksaan, Dr mendapati kandungan gula dalam darah tok sangat rendah. Dr meminta tok meminum lebih banyak air manis.

Tetapi tok fobia dengan gula. Sudah bertahun-tahun tok tidak minum air bergula. Tok tidak mahu. Tok takut terkena kencing manis. Ini disebabkan hampir kesemua anak-anaknya menghidap kencing manis (semestinya kerana kesalahan masing-masing, bukan keturunan) ๐Ÿ˜‰

Ketika pertama kali saya bertemu tok dalam dua minggu ini, saya sudah dapat rasakan kesihatan tok tidak begitu memuaskan. Tok okay sahaja, tetapi cara beliau bernafas seperti ada yang tak kena. Tok ada bertanyakan bila Sabriza balik. Saya memberitahu tok, bulan 7 nanti. Saya menyuruh Sabriza menghubungi tok untuk berbual dengannya, just in case. Mujur Sabriza ada menghubungi tok keesokan harinya.

Pagi semalam tok dijemput Illahi.

Tok sudah bersedia. Beliau sudah seringkali memberitahu Cho yang beliau meletakkan wang untuk urusan pengkebumiannya nanti di bawah tikar tempat beliau selalu baring. Bahkan, beliau juga telah meletakkan semua barangan yang diperlukan untuk pengurusan jenazah di dalam satu beg.

Di saat-saat akhir hidupnya, beliau tidak mahu menyusahkan orang dan beliau memang the rock of her children life.

Tok, Seorang Wanita Hebat

Ayah adalah anak emas tok. Menurut makcik-makcik saya (menantu tok), bila anak tok sayang secara automatik menantu dan cucu-cucunya menjadi kesayangan tok. Saya rasa tok sebenarnya sayang kepada semua anak-anak lelakinya dan memang anak-anak lelakinya menyayangi tok lebih dari isteri masing-masing (saya rasa).

Ayah mengatakan yang tok sayang lebih kepadanya kerana dulu beliau bawa tok ke pasar setiap hari dan tiap-tiap hari pergi rumah tok (well, if you know my father, this should not be a suprise). Mak sampai kecil hati sebab ayah selalu cakap mak masak tak sedap macam tok (which hampir semua anak lelakinya buat dekat wife masing-masing).

Bila dia tahu ayah ngah nak datang, beliau akan hamparkan tikar, siapkan dan hidangkan minuman di ruang tamu.
Bila dia tahu ayah de nak datang, beliau akan suruh orang belikan keropok di Tanjung Lumpur sebab beliau tahu ayah de suka sangat makan keropok.

Saya dibesarkan dengan masakan ala-tok. Kadang-kadang ketika kecil dahulu, saya dijaga oleh tok. Emak pernah memberitahu saya, waktu kecil-kecil dahulu sebelum tidurkan saya, Tok akan menghalau semua ayamnya masuk reban dahulu. (sebab saya selalu terbangun jika terdengar bunyi ayam bising)

Tok tukang masak yang hebat. Air tangan tok memang unik hebat dan berbeza. Sup ikan jebung tok dan asam pedas tok adalah makanan common, tetapi rasa apabila ia dimasak tok sangat-sangat berbeza. Tok juga membuat rendang yang paling sedap pernah saya makan, (dan saya telah mencuba rendang di serata Malaysia). Saya pernah terdengar ketika hari raya, seorang makcik saya berkata kepada emak (mereka sedang belajar resipi tok) yang mereka perlu salin resipi tok ini betul-betul. Ini kerana walau seulas bawang tertinggal pun, anak-anak tok akan dapat rasa.

No offence to Sabriza and my mom, memang berbeza. Mak saya terpaksa develop kemahiran masak benda lain seperti telur bungkus (apa-apa yang tok tak masak), kerana apa-apa yang tok sudah biasa masak, mak mesti tidak dapat lawan. Even singgang (masakan paling malas di dunia) emak pun ayah cakap tak sama macam tok masak.

Contohnya pada hari raya lepas ketika menjamah rendang tok, saya immediately dapat agak yang mesti ada orang lain tolong tok masak rendang tersebut kerana ia tidak se pure rendang yang tok selalu masuk. Memang betul pun, Sabriza yang tolong rupanya. Saya sekadar berkata, “patutlah rasa lain”. ๐Ÿ™‚

Tok, a Doting Grandmother

Saya tidak tahu bagaimana nenek/tok/tok wan anda. Tetapi tok saya sebiji seperti nenek konvensional dalam tv. Tok sangat penyayang kepada cucunya. Waktu kecil-kecil dahulu, saya sering mengikut tok ke pasar. Tok antara orang pertama bawa saya naik bas, teksi dan beca (Ya! Among the only few times saya naik beca). ๐Ÿ™‚

Setiap kali ikut tok ke pasar, tok mesti belikan saya air tin/air kotak.

Kadang-kadang tok akan belikan cikedis (jajan) atau permainan juga.

Saya juga suka ke rumah tok waktu kecil-kecil dahulu dan lebih suka tidur di sana, sebab di rumah tok, emak dan ayah tak akan berani marahkan kami. hehe… :p (kalau kat rumah tu, hari-hari kena pukul). Sebab rumah tok dan rumah kami tidak jauh (satu Kuantan juga), dan memang ayah hari-hari suka pergi rumah tok, jadi memang saya sentiasa cari alasan untuk duduk di rumah tok.

Satu ketika dahulu, tok mempunyai kedai kecil dan empayar kuih rayanya sendiri di Kuantan. Setiap kali hari raya, sebahagian anak-anak dan cucunya akan membuka gerai menjual kuih raya. Di salah satu gerai inilah saya berkenalan dengan dunia keusahawanan. Saya rasa saya memang mendapat trait usahawan ini dari tok.

Tetapi yang kelakarnya, saya masih ingat hari pertama saya membantu ayah di gerai ketika bulan puasa (ketika saya darjah dua saya rasa). Hari pertama saya tolong, malam itu terus saya demam apabila berbuka di rumah tok. Habis ayah saya kena marah dengan tok sebab biarkan budak kecik tolong dia di gerai. hehe… :p

Kenangan saya yang terakhir bersama tok yang saya akan ingat sampai bila-bila adalah kejadian pada satu hari raya.

Ayah saya komplen yang beliau sudah tidak ada gigi, jadi beliau tidak boleh makan (4 batang je pun sebenarnya yang tak ada. Ayah saya memang jadi macam budak-budak kalau dengan tok). Lantas tok saya memberitahu beliau, “Alah, aku ni Hasan berpuluh tahun hidup tak ada gigi, boleh je makan. Banyak cakap pulak” (tok memang tak ada gigi langsung)

To think of it, antara makanan kegemaran tok lately adalah biskut kering yang keras tu. I doubt ayah boleh makan. Tapi tok makan selamba je walaupun takde gigi. ๐Ÿ™‚

I think my memory of tok does not do justice for her. Ada banyak lagi sebenarnya memori-memori best dari seorang nenek yang terbaik di dunia ini. You can read some more from my sister’s blog here.

Semoga roh tok ditempatkan bersama roh orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah.

Sabri

May 8, 2010

Pesanan Untuk Adik: Sebelum Memilih Calon Suami

Filed under: Lessons on Love — Sabri @ 11:29 am

Saya berbual dengan rakan saya semalam apabila saya menyedari umur saya sudah pun 25 tahun. Tahun depan, umur saya akan menjengah 26 tahun. Saya baru sedar saya sudah semakin tua. Ini bermakna, adik perempuan saya yang kedua, Sabriza juga semakin tua. 23 menjengah 24. Jika saya tidak kira umur saya sendiri, sudah pastinya saya tidak sedar yang Sabriza telah berada di pertengahan 20an. Ya, jika berdasarkan kepada komunikasi kami saban hari, saya masih ingat dia 16 tahun! :p (whether that supposed to be good or bad, I leave it to your imagination)

That’s mean in a year or two or three, there will be another person joining the family. My brother in law. So sebagai abang/bakal abang ipar yang baik, saya akan senaraikan di sini pesanan- pesanan dari seorang abang kepada adik perempuannya.

(Note: I call my younger sister, Kakak)

Let’s start with the hardest one.

Memilih Calon Suami

A lot has been said about this. A lot of people has given their opinions. As much as we want a perfect soul mate, we have to accept the fact that nobody is perfect. However, having said that it does not mean we should not try to be perfect ourselves. Anything lesser than that means you have not matured enough. Dan betul, jangan terkejut. Memang ramai orang yang berumur 30 an, anak berderet macam anak kucing pun belum matang lagi dalam hal ini.

Dari banyak-banyak kriteria yang telah disenaraikan oleh orang, abang rasa the most important one is; Sekufu

Ini yang akan menentukan sama ada dia boleh diajak balik kampung tidur di rumah emak ataupun lebih selesa tinggal di hotel kalau balik Kuantan.

Ini yang akan menentukan sama ada dia akan dapat “masuk” dalam keluarga kita atau tidak.

Ini juga yang akan menentukan sama ada kakak akan masih dapat menjadi anak yang diharapkan emak dan ayah atau tidak sepuluh tahun akan datang.

Dan yang lebih penting, inilah faktor yang akan menentukan sama ada kakak dan dia dapat menyesuaikan diri dengan keluarga dia nanti atau tidak.

Ayah adalah pemandu teksi dan emak kerani. Kita dulu sekolah rendah dah mesin kelapa, belah ikan bilis dan potong lada kering berkilo-kilo sehari. Walaupun sekarang abang (tulis apa yang sepatutnya di sini-Ummairah kata tak baik riak) dan kakak lulusan oversea, ingat ada jurang perbezaan yang sangat ketara dengan peers kita yang mempunyai orang gaji sendiri di rumah mereka.

Tidak ada siapa yang boleh claim mereka lebih baik. Baik anak pemandu teksi ataupun anak doktor. Kerana pada hari ini kita sama dan setara dengan peers kita.

Namun, hakikatnya kita dibesarkan dengan budaya berbeza.

Sekufu bukan hanya terhad kepada latar belakang keluarga, tetapi juga kepada tahap agama, pendidikan dan harta (sendiri bukan parents punya). Carilah yang boleh makan sambal belacan, masak lemak, tomyam emak (yang tak pedas tu) dan juga singgang kegemaran ayah.

Bolehkah kakak memilih orang yang tidak sekufu?

Boleh, just bear this difference in mind. Dan reviewlah balik pengalaman sepupu-sepupu kita dan make the best decision for yourself.

A Short Lesson On Cinta

Love is something that you do onto yourself. Cinta bukanlah butterflies in your stomach as the fairy tale says. Cinta datang bila orang yang kononnya kita “cintai” tidak berapa di depan kita. Kita membayangkan yang indah-indah belaka, betapa sempurnanya si dia, betapa baiknya si dia ketika dia tiada di depan kita.

Kita mencintai “angan-angan si dia” yang kita cipta sendiri dalam fikiran.

Itu hakikat cinta. Bullshit kepada myths yang sering dimomokkan dalam cerekarama, filem Hollywood dan filem Hindustan.

Ketahui hakikat ini dan gunakan kesedaran ini untuk mengawal dan membuat keputusan terbaik untuk diri kakak.

Something for you to ponder on

  1. Carilah lelaki yang baik. Lelaki yang baik dan setia sekarang ni susah nak cari. Btw, jiran rumah kita PUN kahwin dua tau. Call emak for full story. Siapa sangka kan? Jangan sia-siakan lelaki yang baik when you have found one.
  2. Jangan pilih suami sebab status. Status is temporary. Kita yang nak kahwin. Bukan kawan-kawan kita. Jadi pilih suami untuk diri sendiri. Jangan pilih suami untuk kawan-kawan kita. Means seseorang itu mesti seseorang yang kita senangi untuk diri kita sendiri, bukan yang kawan-kawan kita senangi semata-mata. Oh, the same goes to family. Pilih orang yang kita suka. Bukan orang yang family kita suka. (just bear in mind, restu tu penting)
  3. Extra mark kalau lelaki tu ada wawasan dan boleh ditumpang. Lelaki macam ni lagi-lagilah limited editionnya.
  4. Lelaki yang boleh bersabar dengan mood kakak tu.
  5. Jangan kahwin sebab desperate. Biarlah umur 30 pun tak kahwin. Kahwin hanya bila jumpa lelaki yang matang + baik + sesuai.

Permintaan Abang

Abang tak kisah sangat siapa kakak pilih. Tetapi kalau boleh, tolong pastikan dia bukan penonton Cerekarama dan Nur Kasih. Kalau boleh juga, abang harap sangat kereta dia bukan kereta Vios. Lagi bagus kalau downpayment kereta dia bayar sendiri dan bukan parents dia bayarkan.

Oh ya, dari apa yang abang tengok kawan-kawan kakak tak ada yang macam ni, tetapi kalaulah dapat mesti bagus:

Boleh diharap untuk tebang pokok depan rumah macam Ummar (senang sikit kalau ada dua orang suruhan kan… haha), ย ataupun seseorang yang boleh layan ayah berborak ketika Ummar tebang pokok. Seriusly, kalau dia dapat buat ayah seronok berbual dengan dia pun dah kira bagus sangat dah (dengan syarat dia bukan satu kepala dengan ayah lah!).

Good Luck!

Sabri

p/s: Untuk bacaan tambahan, recommended : Giving 100% or Just Keeping Score

May 2, 2010

Dr. Sheikh Muszaphar Secrets Revealed

Filed under: Life Skills — Sabri @ 10:20 pm

The title of this post was so cheesy. But I couldn’t help it. :p

Just finished reading, Journey to Space, a Memoir of Malaysia’s First Angkasawan by Dr Sheikh Muszhaphar (Dr SMS). The book confirmed what I suspect all along about him (click here for further reading).

Ramai orang menyangka superhero tidak mempunyai masalah dan jika mereka ada pun masalah mereka kecil dan tidak merunsingkan. Apa tidaknya, saban hari mereka menghadap orang awam dan orang-orang yang terhampir dengan muka yang manis dan ceria.

Kita juga menyangka yang superhero (mungkin terlampau extreme untuk kategorikan Dr SMS as superhero, but you got my point) mempunyai kekuatan luar biasa dan kita tidak akan dapat menjadi seperti mereka, tetapi sebenarnya tidak. Mereka dan kita sebenarnya sama sahaja. Yang membezakan kita dan mereka adalah mereka telah break through self limiting belief mereka. Mereka tidak bercerita dan percaya kepada bisikan-bisikan karut yang menyatakan mereka tidak mampu berbuat sesuatu.

Tahu atau tidak, berat Dr SMS adalah 98kg 2 years before he went for the space flight. He admit he was overweight due to the sedentary lifestyle he lead at that time. Heck, he might be a little bit taller than me, but I am not 98kg. So, who knows two year from now I might be on the moon pulak. It happened for Dr SMS, it might happened to me. :p

Ya, ya, saya tahu yang saya kurang sikit handsome dari beliau, tetapi umur saya baru 25. When Dr SMS applied to be an astronaut, he is 36. Dah tua sikit kan? So, balance la markah kan? ๐Ÿ™‚

He is officially one of my idol now. To future doctors yang merasakan diri mereka selalu dihambat masa, ketahuilah bahawa selain dari menjadi doktor, Dr SMS juga adalah part time model, pemilik restoran, dan juga pelajar tahun akhir (Master in Ortophaedic) ketika masih bertugas sebagai doktor.

Beliau ada menulis bahawa beliau juga mengalami kesibukan seperti yang dialami oleh doktor-doktor lain. Tetapi beliau percaya, what the mind believe, the body can achieve. It’s all in the mind. Kesibukan itu adalah kekangan atau self limiting belief yang diimposekan oleh diri kita sendiri. Di samping sibuk dengan aktiviti-aktiviti di atas, Dr SMS juga masih sempat mengikuti program-program Mercy Malaysia sebagai sukarelawan (sebelum dia menjadi angkasawan ya).

Jadi, jika Dr SMS dengan berat 98kg sebelum dia menjadi angkasawan boleh buat semua yang di atas, anda juga mesti boleh ya rakan-rakanku doktor-doktor sekalian. ๐Ÿ™‚

Dr SMS Seorang Yang Emosional

Berdasarkan laporan psikologi yang dibuat oleh pakar perubatan Rusia, mereka melaporkan yang Dr SMS (masukkan adjektif yang baik-baik~banyak saya dah lupa), tetapi beliau emosional. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi dari penulisan beliau saya dapat rasakan yang pakar psikologi tersebut betul.

Berikut adalah quote beliau:

I knew I was different when I was growing up. I believed I was born for a purpose, to contribute something to the world. But I didn’t know what it was and I didn’t know how to go about doing it and when I should do it. But I knew I didn’t want to just get married, have kids and live normal life. At least not until I found out what I supposed to do. -Dr Sheikh Muszaphar

Dr SMS mahu kahwin, mahu ada anak dan mahu hidup normal seperti orang lain (baik VIOS, Honda CRV atau kereta-kereta cantik lain), tetapi itu bukanlah satu-satunya tujuan beliau untuk hidup. Beliau mahu menyumbang sesuatu yang bermakna kepada dunia. Dan beliau emosional dalam pencarian beliau.

Adakalanya beliau bertanya kepada diri sendiri, sama ada betulkah jalan yang beliau pilih ini? (ketika sebelum dan selepas menjadi angkasawan) Namun setiap kali beliau berfikiran demikian, beliau akan cepat-cepat menghapuskan fikiran tersebut dan dengan penuh yakin dan azam beliau berkata kepada diri sendiri, “Ya, I was destined for something bigger”. Walaupun beliau ketika itu belum menjadi angkasawan dan negara kita belum pun mempunyai program angkasawan lagi, tetapi dalam hati beliau, beliau tahu dan memang yakin, he was destined to contribute something meaningful in life.

He does not allow other people limiting belief got to his mind either.

A Health Scare

Membaca memoir Dr SMS di mana beliau meluahkan inner thoughtnya, memahami semangat dan keazamannya (determination) membuatkan saya rasa yang beliau dan saya hampir sama. Jika anda lihat gambar-gambar beliau ketika kecil, beliau kelihatan seperti sedikit pemalu (dibandingkan dengan abang-abangnya). Namun beliau mempunyai keazaman untuk berjaya yang sangat membara.

Bukan setakat itu, ย untuk menjadi angkasawan juga, seseorang itu diwajibkan mempunyai tahap kesihatan sempurna (dalam ayat Dr SMS, ini kerana mereka tidak mahulah terpaksa bawa seseorang angkasawan itu turun dari stesen angkasa semata-mata kerana angkasawan tersebut sakit gigi kan.. Membazir minyak pulak nanti. hehe). Jika Dr SMS di dapati tidak mempunyai tahap kesihatan yang bagus, beliau tidak boleh mengikuti ekspedisi angkasa itu nanti. Jadi pemeriksaan kesihatan ini penting untuk beliau lepasi.

Ketika dalam ujian perubatan untuk menjadi angkasawan, dalam satu ujian, air kencing Dr SMS di dapati mempunyai sedikit masalah.ย Di sebabkan sebelumnya beliau mengambil madu dan Diet Coke, air kencingnya pada ujian tersebut mempunyai sedikit masalah. Beliau di minta untuk membuat ujian sekali lagi keesokannya. Jadi seharian, Dr SMS tidak makan apa-apa dan beliau minum air masak sebanyak mungkin. Di sini saya teringat pengalaman saya bulan lepas. hehe… Apa yang saya boleh katakan, great minds think alike. :p

Ingatkan saya seorang sahaja yang berfikir macam tu. Dr SMS pun fikir macam tu, not bad lah. hehe. ๐Ÿ™‚

Keesokannya, bila diuji semula air kencing beliau, ia normal kembali. Tetapi disebabkan doktor yang memeriksa beliau lebih pakar, beliau kantoi. Jadi Dr SMS disuruh minum air glukos dan diuji semula 2 jam selepas itu. Nasib baik, ia normal. Terselamatlah beliau. ๐Ÿ™‚

Saya hanya memetik satu dari detik-detik mencemaskan beliau. Saya pilih yang di atas sebab it,s something that I can relate to.

Dr SMS, Truly Malaysian

Dalam satu kejadian lagi, tahukah anda bahawa Dr SMS hampir dibuang dari latihan kerana menyimpan dokumen rahsia kerajaan Rusia mengenai roket Soyus. Pihak Rusia menyangka yang Dr SMS adalah perisik yang mahu mencuri maklumat mereka. Kejadian ini berlaku kerana semangat ingin belajar dan berjaya yang tinggi dalam diri beliau. Disebabkan perasaan ingin belajar ini kuat, beliau telah meminta beberapa dokumen dari rakan-rakan beliau dari Rusia mengenai Soyuz kerana beliau ingin mendalaminya. Rakan-rakan Rusia ini pun berilah.

Suatu hari komputer beliau diperiksa dan dokumen tersebut dijumpai di komputer beliau.

Beliau menerangkan yang beliau cuma ingin belajar mengenai Soyuz. Sebab itulah dokumen tersebut ada dalam komputer tersebut. Tambah beliau lagi, memandangkan dokumen tersebut dalam bahasa Russia, jadi beliau tidak faham pun isi kandungan dokumen tersebut. Jadi tak apa lah, beliau biarkanlah dan tak delete lah.

Now, isn’t that Malaysian way of thinking? hehe…

Sebab pihak Russia pula berkata, jika beliau bukan perisik dan jika beliau tidak faham dan tidak dapat membaca dokumen tersebut, bukankah lebih logik jika beliau delete sahaja dokumen tersebut? Buat apa simpan sedangkan beliau tidak faham?

See perbezaan cara orang Malaysia berfikir (tak apa lah attitude) dan orang luar berfikir? Kita pun selalu buat macam tu kan? ๐Ÿ™‚

This book is a very good read. Dr SMS is officially one of my idol now. Not because of his popularity nor his handsome face but for his inner strength. I admire him for his ability to break through his own self limiting belief and be able to communicate that clearly.

One interesting fact, he repeatedly mention in the book that if he can inspire even one person, he will consider himself ย a success. And Dr SMS, I hereby declare you a success! ๐Ÿ™‚

Well Done Dr.

Sabri

p/s: Gambar pilihan, Dr SMS dan bakal isteri beliau. Untuk menjadi angkasawan rupanya sangat banyak dan sangat besar pengorbanan yang mereka berdua terpaksa tempuhi rupanya. Tahniah atas ketabahan anda berdua!

April 30, 2010

Why “Study ABC Because It Has a Lot of Job Opportunities” is Bull***t

Filed under: Adventures — Sabri @ 2:34 am

This time I will not force you to read my own views. I will let Dr Hsu Dar Ren, a medical doctor who runs a private clinic ย put into words and lend some credibility to the dire situation teenagers (in this country at least), face. You can read his article, “A Doctor too Many” here:

In summary:

Many parents do not know about the actual situation and still encourage their children to take up medicine. They are not told of the actual situation. The day will come when there are simply so many doctors that none are adequately trained. There will come a day when a doctor graduating from a medical school cannot even be placed in a houseman position.

And that day is actually very near.

Actually you can see this happening with engineers already. There are good engineering graduates, produced by the more discerning institutions, and there are also thousands of unemployable engineering graduates produced by degree mills around the country.

My point:

Stop doing something because society want you to be in a certain way, possess certain things and agree to the same views. Don’t afraid to be different, to be right. Don’t sell your soul and futureย to society just to feed your ego.

Good luck!

Sabri

p/s: Btw, why I am very persistent with this message? Because I believe that I am in the best position and have the opportunity to advocate it. I have been there, done that. And tired of it. Also became a victim because of it. I know what it feels. If I haven’t went through what I have been through, I will be just another angry young man. And nobody want to listen to an angry young man.

April 27, 2010

Giving 100% or Just Keeping Score?

Filed under: Lessons on Love — Tags: — Sabri @ 12:06 am

Saya terbaca sebuah buku yang mempunyai point yang sangat bernas. Seorang kaunselor rumahtangga sering bertanya kepada pasangan yang beliau kaunselingkan, dalam sesebuah relationship yang sempurna (100%), berapa peratuskah yang setiap pasangan perlu beri untuk menjadikannya berjaya?

Jika soalan ini ditanya kepada anda, apakah jawapan anda?

…

..

.

Jawab dulu. Sekejap aja! ๐Ÿ™‚

Jawapan yang sering beliau terima berbeza-beza. Dari (25/75), seorang beri 25%, seorang lagi beri 75%, sehinggalah kepada (50/50). Namun tidak ada satupun dari jawapan tersebut yang betul. Jawapan yang sebenarnya adalah 100/100. Setiap pasangan perlu memberi 100%. Tidak hairanlah pasangan-pasangan yang menemui kanselor tersebut semuanya mempunyai masalah rumah tangga!

Dilema 100%

Kaunselor tersebut menambah lagi, ada pasangan yang menemuinya bertanya. Bagaimana pula jika seorang dari pasangan sahaja yang memberikan 100%, sedangkan yang seorang lagi tidak. Tidakkah ini akan mengakibatkan pasangan yang memberi 100% tadi rasa seperti digunakan dan lama-lama akan “burn-out“. Persoalan ini sudah tentunya banyak bermain di fikiran kita bukan? Bagaimana jika pasangan kita tidak sekomited kita? Tidakkah kita akan geram dan menyampah?

Kaunselor tadi menjelaskan, jika kita mempunyai perasaan demikian kita bukanlah memberi 100% dalam perhubungan, sebenarnya kita sekadar “keeping score” (berkira). Itu bukanlah memberi 100%, tetapi lebih kepada 50%-50% sahaja. Kita hanya akan memberi setakat kita merasakan pemberian kita itu menerima pembalasan yang setimpal. Apabila kita merasakan kita tidak mendapat balasan yang setimpal, kita akan mula mengurangkan peratus pemberian kita.

Kaunselor tadi menambah, kita harus faham yang 50% + 50% does not equal 100%. 50% pada satu-satu pasangan bermaksud, ada 50/50 chance yang hubungan tersebut akan gagal (seperti melambung syiling). Bagaimana pula jika kedua-dua pasangan tadi sama-sama melambung syiling? Bukankah kebarangkalian untuk gagal tadi akan bertambah teruk?

Lebih parah lagi apabila peratusan sumbangan dan penyertaan dalam sesebuah hubungan tersebut adalah subjektif. Ia ditentukan oleh minda dan persepsi kita yang seringkali silap. Acapkali walaupun pasangan kita boleh dianggap sempurna, kadangkala pasangan yang satu lagi tidak nampak perkara ini (vice-versa). Ini berlaku kerana minda kita mengukur sesuatu secara relatif. (baca artikel Nothing has Meaning except for untuk kupasan lanjut mengenai perkara ini)

Jadi bagaimana? ๐Ÿ™‚

Kita tidak akan dapat mengubah pasangan kita. Kita juga tidak akan dapat mengubah hubungan kita. Tetapi kita sentiasa dapat mengubah diri kita. Dan bagaimana diri kita melihat dunia, adalah sekadar persepsi. Dan persepsi boleh diubah apabila kita berubah.

Give 100%.

Itu Mustahil

Mungkin akan timbul pula difikiran kita, ia mustahil untuk dilakukan. Tidak ada orang ataupun manusia di dunia yang macam malaikat yang boleh jadi baik 100% of the time. Tepat sekali.

Saya pun begitu. Saya pun tidak sempurna. Tetapi saya tahu jika saya sentiasa diingatkan (atau teringat sendiri) mengenai pandangan ini, sekurang-kurangnya pada waktu tersebut I will behave at my best. Sebab itu saya mahu mencari wanita yang walaupun dia tahu tidak sempurna, tetapi dia boleh jadi sempurna apabila ketika-ketikanya muncul.

Saya dikejutkan dengan satu perkara. Kebelakangan ini saya kerap bertemu dengan orang-orang yang baik. Ada juga orang yang saya dah kenal lama, tetapi baru tau mereka baik. (atau baru berubah kot…) ๐Ÿ™‚ Saya baru sedar, persepsi saya bahawa tidak ada “orang yang baik sangat” di dunia ini salah. “Orang yang baik sangat” ini wujud. Mereka tidak sempurna, tetapi mereka wujud. Saya rasa bertuah dikelilingi mereka ini.

Dengar Ini Dengar Ini Jika Anda Tidak Melihat Mereka

Anda, adalah cerminan diri orang-orang yang rapat dengan anda. Satu penyataan yang selalu diulang-ulang. Apa maknanya?

Saya baru mendapat maknanya. Selama ini saya dikelilingi oleh orang yang hidup dalam satu kepompong mentaliti yang cuba untuk “keep up” with the Jones. Mereka mahu menjadi seperti orang lain di sekeliling mereka. Orang ada Vios, mereka pun mahu Vios. Buat apa sahaja asalkan pandangan orang terhadap mereka baik-baik sahaja.

Namun, sejak berbulan-bulan kebelakangan ini, hidup saya mengalami proses evolusi. Saya semakin meninggalkan kepompong tersebut. Saya banyak belajar perkara baru dan bertemu dengan rakan-rakan baru yang lebih baik (seperti dalam artikel ini saya ada jelaskan, rakan-rakan kita yang baik akan turut menjadi lebih baik apabila kita menjadi lebih baik – klik di sini untuk pembacaan tambahan).

Saya menyedari yang perkara ini bukan lagi mustahil. Saya bertemu dengan lebih ramai rakan-rakan dan manusia yang willing untuk memberi 100%. Pelik, kerana sebelum ini saya tidak berjumpa dengan seorang pun!

Jadi jika anda merasakan ia mustahil untuk menjadi pasangan yang memberi 100% dalam perhubungan mereka, anda menghidap satu dari 3 penyakit ini (atau ketiga-tiganya sekali).

1. Pertama, anda mempunyai self-limiting belief dalam aspek perhubungan.
Anda meletakkan terlalu banyak syarat yang bukan-bukan kepada diri anda sendiri. Self limiting belief ini adalah kepercayaan mengarut yang anda kerap ceritakan kepada diri anda sendiri sehingga anda percaya (Eg: Tidur tak boleh banyak bantal). Jika anda ada naluri enquisitive lebih sedikit, anda akan dapat breakthrough kepercayaan mengarut ini.

2. Kedua, anda berkawan (orang disekeliling anda) dengan mereka yang sub-standard juga
Rakan-rakan anda adalah cerminan diri anda. Jika orang-orang yang rapat dengan anda mempunyai satu persepsi yang tertentu, anda juga akan turut mempunyai persepsi demikian. Ini berlaku kepada saya sendiri. Apabila saya berkongsi apa yang saya tahu dengan rakan-rakan saya, dan juga menukar (atau terpaksa tukar) kawan-kawan yang biasa ini kepada kawan-kawan yang lebih baik, saya melihat perspektif saya berbeza. Saya berjumpa dengan lebih ramai orang yang baik yang sebelum ini saya tidak sangka mereka wujud.

3. Anda perasan hebat.
Ya, jika anda merasakan ia mustahil dan tidak boleh melakukannya, anda bercakap dari pengalaman dan pengetahuan anda sendiri sahaja. Ia tidak bermaksud orang lain tidak boleh. Anda mungkin hanya belum berjumpa dengan orang yang boleh. Anda tidak boleh assume orang lain mempunyai kekangan yang sama seperti anda. Impossible is temporary. It is just a matter of perspective. ๐Ÿ™‚

Jadi, ia tidak lagi mustahil! ๐Ÿ™‚ Saya telah berjumpa dengan orang-orang yang lebih baik yang sebelum ini saya tidak sangka langsung wujudnya. Jika anda mengubah self-limiting belief anda, meluangkan lebih masa dengan orang-orang yang berkualiti, anda juga akan turut menemui orang-orang yang lebih baik! ๐Ÿ™‚

Cakap Banyak Pula

Diri sendiri pun tidak kahwin-kahwin lagi. Cakap banyak pula. Apalah yang saya tahu mengenai rumah tangga ya tak?

Sebab itulah saya banyak membaca dan belajar dengan orang yang tahu. Lagipun bukankah sudah banyak kali saya katakan, saya hanya akan kahwin dengan wanita yang betul. Saya rela menjadi single seumur hidup dari diikat oleh wanita yang masih suka hidup dibawah kepompong self-limiting belief mereka.

Tetapi saya nampak perubahan-perubahan ketara dalam hidup saya. Saya rasa penantian itu tidak akan lama lagi. Saya bertemu dengan semakin banyak manusia-manusia (wanita) yang baik yang saya rasakan tidak wujud sebelum ini. Saya rasa tidak lama lagi sebelum saya bertemu dengan orang yang tepat. Good News! ๐Ÿ™‚

Sabri
Keen Learner

April 23, 2010

Nothing Has Meaning Except For

Filed under: Adventures — Tags: — Sabri @ 11:16 pm

the meaning we attach to it.

Really. Everything that happened in this world can be either positive or negative, it’s up to you. You have a flu when you are having a lots of work, it’s either means a nuisance or also an excuse not to give your best.

It depends on what stories did you tell yourself? You tell yourself enlightening stories, you will be enlightened. You tell yourself that you are a victim, you are.

Most often than not I succumb to this plague as well, but now I try my best to keep reminding myself to steer away from the negative habit of telling myself only “stories” that I want to hear.

So that you can understand well the message, let me tell you a story;

In December last year, I told you I went to Sky Trex. Before doing the flying fox, I have to climb a ladder 30m high (ladder not stairs). As the climbing was already strenous, I consider the flying fox just a breeze. It took me just seconds to make the leap of faith. I am not afraid of the height at all.

Early January this year, you know I went to Singapore. What I don’t tell you yet, I went for a flying fox as well. Touted as the longest in Asia (does not matter it was not as high as in sky trex)

However because it is relatively easier to climb up to the platform (they have stairs) I don’t feel tired at all. And although the platform is lower than the one in Sky Trex which is a breeze for me, this should be easier right?

Wrong!

It took me minutes to gather enough courage to do it.

See how the same thing were perceive differently by the same brain?

It’s the story we told ourselves made the differences.

In Sky Trex, my mind perceive the flying fox as the lesser of two evils and it direct my brain to come to terms with it. In Singapore, the flying fox is the only devil (albeit lesser than the lesser evil in Sky Trex), so it does not compromise.

So, what stories are you telling yourself today? Is it empowering, or is it killing you? ๐Ÿ˜‰

Sabri

« Newer Posts — Older Posts »

Powered by WordPress