Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2016Lift Off 2015Lift Off 2014Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini di mana saya memperuntukkan sedikit masa walaupun sedikit untuk membuat Annual Review, tahun ini saya tidak memperuntukkan secara spesifik untuk berfikir mengenai apa yang saya ingin lakukan pada tahun 2017.

Perkara-perkara yang saya ingin lakukan itu sentiasa ada berlegar dalam fikiran saya, tetapi tidak ada satu sesi tuntas, ataupun sesi akhir di mana saya finalizekan apa yang ingin saya buat pada tahun 2017.

Disember tahun ini, Disember yang agak melelahkan untuk saya. Bermula dengan majlis pertunangan Sabriza di mana saya menjadi jurucakapnya, sehinggalah kepada 31 Disember di mana saya dan beberapa orang rakan mengumpulkan sumbangan persekolahan kepada sebuah rumah jagaan anak yatim di Kemaman.

Mungkin hujung minggu ini, minggu pertama January 2017 saya akan spend sedikit masa untuk finalize betul-betul target saya untuk 2017.

But before that, what have I achieved in 2016?

Personal Growth

Saya telah berjaya membaca 28 buah buku. Kurang satu dari tahun 2015, dan kurang dua dari sasaran 30 buah buku. Tahun ini ada bulan-bulan yang saya tandus, tiada buku berjaya di baca dan ada bulan-bulan seperti Januari dan Disember yang saya berjaya menghabiskan banyak buku. 

Susah untuk saya analisa kenapa ini terjadi, tetapi saya syak, keributan di tempat kerja banyak menyerap masa dan tenaga saya sehingga tidak berkesempatan untuk membaca. Ini cuma hipotesis. Jika saya perhalusi, mungkin tidak tepat dan tidak benar pun (saya pun berharap ia tidak benar).

Travel

Pada tahun ini saya telah berjaya membawa wife saya bercuti di empat negara, tiga daripadanya tempat yang belum pernah wife saya lawati. Kami telah melawat Oman, Mesir (Egypt), Indonesia (Bandung & Jakarta) serta tempat kegemaran kami di Thailand, Krabi.

Jika pada tahun 2015 kami ke Jepun, Mesir tidak kurang menariknya. Ia pengalaman sekali seumpamanya seumur hidup. Pengalaman melihat dan menyentuh piramid, menaiki keretapi trans-Egypt (hampir seharian di dalam keretapi), melawat Cairo Book Fair, pesta buku terbesar di benua Afrika dan juga pengalaman memandu di Kaherah, semuanya menambah rencah dan warna-warni kehidupan. Sangat mengujakan.

Secara keseluruhannya, untuk agenda travel saya berjaya melepasi sasaran tiga kali percutian di mana-mana yang telah saya tetapkan.

Wealth

Tahun lepas saya menetapkan sasaran untuk membeli 2 buah rumah. Sukacita untuk saya maklumkan, yang matlamat ini turut berjaya saya penuhi. Ia tidak mudah, penuh cabaran tetapi alhamdulillah dengan izinnya, ia berjaya dilakukan. Saya menantikan transaksi dan pemilikan kunci lengkap sepenuhnya pada tahun ini.

Pada masa yang sama, Hello Dobi meneruskan nafas semputnya. Cuma saya tidak nampak potensinya dapat dikembangkan lagi. I will let it die a natural death.

Saya juga telah berkesempatan untuk explore kembali Facebook advertising mempromosi beberapa produk-produk percubaan. Ada potensi tetapi saya masih mencari “killer” product yang sesuai.
 
Spiritual

Tahun lepas saya menetapkan sasaran untuk Subuh berjemaah sekurang-kurangnya 50% dari pada masa di masjid. Ia ternyata sesuatu yang sangat sukar walaupun peluang itu sangat terbuka luas.

Namun, sebagai hadiah saguhatinya saya berjaya meneruskan tabiat al-Kahfi dan solat Isya berjemaah di masjid dengan sangat konsisten dan berjaya menambah tabiat baru, iaitu konsisten membaca Al-Quran setiap hari, sekurang-kurangnya untuk sepotong ayat. Melalui tabiat baru ini, benarlah saya dapat merasakan yang membaca Al-Quran itu seolah-olah membaca surat cinta Allah kepada kita (baca dengan maksud). Dapat saya rasakan yang seolah-olah ayat-ayat tersebut memang ditujukan kepada saya. Walaupun begitu, kualiti komunikasi saya kepada Allah pula perlu diperbaiki sebab saya rasa belum cukup kusyuk ketika solat.

 
Apa Yang Saya Gagal Buat Pada 2016?
 
Secara keseluruhannya;
  1. Saya gagal membaca sekurang-kurangnya 30 buah buku (saya cuma berjaya membaca 28 buah buku).
  2. Saya gagal menulis sebuah buku.
  3. Saya gagal berjemaah Subuh di masjid lebih dari 50%
  4. Saya gagal beriadah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
  5. Saya tidak berjaya kurangkan pengambilan gula
  6. Saya tidak berjaya tingkatkan kuantiti air yang berjaya di minum setiap hari 

Keseluruhan 2016

Keseluruhannya untuk 2016, kehidupan saya mungkin dari satu aspek untuk memenuhi target-target besar yang saya mahu capai, boleh dikira sebagai satu tahun yang berjaya.
 
Namun jauh di sudut hati, jika ditimbang dengan motto “Live with Passion”, saya tidak rasa begitu. Perkara paling bobrok adalah mengenai kerja. Saya suka kerja saya, ia menarik, mencabar dan to some extent memuaskan. Namun bila kita bekerja dengan manusia, itu yang jadi rumit dan payah. Perkara kecil boleh jadi leceh.
 
Entahlah. Cuma jika saya ingin mencari makna positif kepada ujian ini, mungkin ini salah satu cara Allah mahu buat saya dekat kepadaNya. Manusia (beberapa kerat sahaja) memang susah hendak dihandle. Saban hari saya merayu kepadaNya untuk membantu saya menghadapi dan melindungi saya dari golongan ini. Dan alhamdulillah, memang saya dapat rasakan bantuanNya dan itulah yang buat saya takut kepadaNya. Saya risau kalau saya buat sesuatu yang Allah murka, Dia tidak lagi melindungi saya. I need Him so very much.
 
Kalau bagi grade, tahun 2016 saya dapat grade A- lah. A, sebab meet some target and shown some improvement, but not really satisfying macam A+ will give.
 
2017: Tahun Kesyukuran dan Tindakan
 
Untuk 2017, saya bermula dengan satu soalan. Apa yang tak best dalam hidup saya sekarang? Apa yang saya perlu/boleh buat sekarang supaya 5-10 tahun lagi, benda yang tak best tu dah tak ada, dan apa yang saya boleh buat sekarang supaya I can live with real passion 5-10 years down the line.
 
At this point of time, I have to acknowledge that I need to work hard like 2-3 years ago. Jadi, alang-alang begitu I want to make sure the work that I do today is an investment that I can reap 5-10 years down the line.
 
By asking the questions that I share above, hopefully 5-10 years down the line, I can ask another questions, “what I don’t want/need to do this year?”
 
And I must remember this quote, share by a friend of mine in his FB. This is our true north. The rest are just noise.
 
 
So, what I must do in 2017?
 
1. Able to converse in Arabic
Not just start learning, but I must be able to converse in Arabic by June.
 
2. Start that Ph.D
I must register and submit my Ph.D proposal this year. I know that Ph.D won’t be an easy journey, but I know for sure 5 years from now, my future self will be thanking me for doing this now.
 
I understand that to commit myself to two intellectual challenges in a year will be hard. S0 that’s why I put a target that I need to speak Arabic by June so that for the second half of the year, I can start on my Ph.D journey. InsyaAllah.
 
3. Read 31 books
In order to achieve goal no. 1 & 2, I foresee the need to alter my morning routine. Hence I may not be able to read 30 books this year. However, considering that my morning routine this year only help me finish 2-3 additional books, I am sticking to a target of 31 books.
 
There are months that I didn’t finish even one book. So there are room for improvement there despite the major academic undertaking I planned to take in 2017.
 
4. Simpan at least 50g emas
I have invested in gold before, but I liquidate it in 2011/2012 because the return are not that spectacular. Investing in ASB nett far better returns.
 
Tetapi perbualan saya dengan sepupu end of this year opened another perspective for me. Emas is a defensive item. Kita simpan emas bukan untuk kaya, tetapi supaya tak miskin. Lagi-lagi waktu ekonomi negara dan dunia tak berapa menentu seperti sekarang. Target saya untuk simpan berdikit-dikit dan menjelang 1 January 2017, saya mesti ada sekurang-kurangnya 50g.
 
5. Tidak sentuh dividen saham sepanjang tahun
Paper loss saya dalam pelaburan saham saya agak besar. Hampir 50%. Kemerosotan ekonomi yang dialami menambahkan kelam kepada masa depan pelaburan ini. Namun saya ada stok-stok syarikat yang bagus seperti Bonia dan Teo Seng yang memberi dividen konsisten. Sebelum ini setiap kali ada dividen, saya akan belanjakan sahaja. Sudahlah capital gain tak ada, dividen pula tak nampak. Jadi untuk saya cut loss tu susah.
 
Jadi tahun ini target saya adalah untuk tidak menyentuh dividen saham-saham saya. Saya nak lihat, setahun berapa sebenarnya jumlah dividen yang saya dapat dari saham-saham ini.
 
6. Travel Goal
Saya tidak ada sasaran travel tahun ini seperti tahun-tahun lepas. Pertamanya kebanyakan negara low hanging fruits telah saya dan isteri jelajahi. Dan kami telah berbincang, tahun ini kami akan cuba “berehat” setiap bulan untuk destress. Cuma definisi berehat itu bukan semestinya bercuti di tempat yang jauh-jauh.
 
Tidur di hotel yang selesa, hatta di Awana Kijal pun dikira sebagai berehat dan tidak semestinya di destinasi-destinasi percutian tertentu sahaja baru dikira sebagai berehat.
 
7. Spiritual Goal
Saya target untuk meneruskan semua tabiat baik yang konsisten tahun 2016 kepada tahun 2017 setiap hari. Sebelum ini beberapa aktiviti sunat saya buat ketika hari kerja sahaja (kerana ketika hari-hari tersebut saya memerlukan lebih kekuatan), manakala weekend saya gunakan untuk berehat. 
 
Tahun ini saya target untuk buat aktiviti-aktiviti tersebut pada hujung minggu juga. Sebab saya memerlukan Dia setiap hari, bukan sahaja ketika waktu kerja.
 
Ya Allah, peliharalah aku. Lindungi lah aku. Tutupkan lah keaiban, kelemahan dan kesilapan ku dari makhluk-makhlukMu. Permudahkan lah urusan ku. Murahkanlah rezekiku. Bantulah aku menjadikan 2017 tahun paling gemilang dan terbaik setakat ini dalam hidupku Ya Allah, Ya Rabbal alamin.