Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: October 2011

Connecting With The Inner Geek

Selepas beberapa weekend full dengan aktiviti, akhirnya minggu ini saya dapat meluangkan masa untuk betul-betul berehat. Quality personal time. Memang lega rasanya. 🙂

Saya sudah lama tidak keep up dengan dunia teknologi. Saya tidak tahu versi-versi terbaru Android, malah siri-siri processor Intel pun saya tidak tahu secara spesifiknya yang mana lebih pantas. Apatah lagi untuk jailbreak iPhone atau iPod. Rakan-rakan saya terkejut apabila mengetahui saya tidak melakukan sebarang jailbreak pada gadget saya.

Saya mengatakan kepada mereka, tidak berbaloi. Melakukan jailbreak pada iPhone semata-mata kerana tidak mahu membeli perisian berharga RM 10 (malah banyak perisian percuma sebenarnya) adalah seperti menggunakan alat ganti tiruan pada kereta Mercedez anda. It just doesn’t make sense!

Ketika melayari internet pagi tadi,  saya terbaca mengenai Chromebook. Netbook yang dilengkapi dengan OS dari Google yang baru berada di pasaran. Menarik, getus hati saya. Kebetulan pula, netbook yang saya sedang gunakan ini menggunakan Windows Ultimate Beta. OS yang agak berat jika dibandingkan dengan spesifikasi hardware netbook. Saya membayangkan yang Chromebook pasti seribu kali lebih “ringan” dan pantas dari netbook saya sekarang. Namun saya tidak berangan panjang. Harganya yang lebih mahal dari netbook biasa menjadikan ia tawaran yang tidak begitu menarik.

Tiba-tiba terlintas di fikiran saya yang biasanya perisian yang Google keluarkan (seperti Android, Chrome, dll) adalah open source. Sepatutnya ia boleh didapati secara percuma di Internet!

Jadi saya pun mula mencari. Saya mendapati walaupun Chromium OS (imagine Windows yang dikeluarkan oleh Google) adalah Open Source, ia tidak mempunyai versi “final” yang boleh diinstall seperti perisian biasa.

Tidak berpuas hati, saya melakukan sedikit lagi research. Bagaimana untuk convert file-file tersebut sebagai perisian yang boleh digunakan. Akhirnya saya berjumpa dengan sebuah OS yang menggabungkan Chromium dan Linux untuk menghasilkan sebuah cloud OS bernama Joli OS.

Dipendekkan cerita, netbook saya kini telah bertukar menjadi JoliBook! 🙂

Lebih ringan, lebih pantas dan lebih smart!

Joli OS adalah antara pelopor awal Cloud OS. Jadi saya juga mengambil kesempatan untuk mengupdate diri sendiri dengan perisian-perisian cloud enabled. Rupa-rupanya Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint) sekarang sudah boleh diakses dari Internet!

(Kenapalah ayat saya semacam sahaja hari ini.Bunyi macam terlalu skema. Saya ada beberapa perkara lagi untuk ditulis, tetapi sebab saya malu nanti bila baca cerita yang pelik bunyi ayatnya ini, I will write more later lah)

So long! 🙂

 

Sabri

Tips Pertama Kali Bertemu Bakal Mertua (Untuk Lelaki)

Pertemuan kali pertama dengan bakal mertua adalah antara detik yang mendebarkan buat mana-mana lelaki. Maklumlah, secara tidak langsung anda akan memberitahu lelaki tersebut,

“Pakcik, saya mahu mengambil alih tanggungjawab menjaga anak kesayangan pakcik ni dari pakcik”.

Lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu apa yang perlu diexpect.

First impression count. Seboleh-bolehnya anda tentulah tidak mahu berpura-pura dan mahu menjadi diri sendiri. Tetapi anda perlu tahu yang anda perlu menjadi versi terbaik diri anda sendiri. Be your best self.

Ground rule, this is not the time to act cool. Anda bukan hendak berjumpa dengan rakan anda. Anda akan berjumpa dengan lelaki dewasa yang sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua dari anda. Generation gap itu wujud.

Let me share some best practices and tips based from my experiences and tips from my mom. Tested and proven true.

Ingin saya ingatkan, mungkin pengalaman anda sedikit berbeza, itu tidak mengapa. Best practices yang saya kongsikan di sini, boleh dijadikan panduan untuk memudahkan dengan signifikan tugas anda mengambil hati bakal mertua.

1. Datang seorang

Saya tahu, ada lelaki yang nervous dan prefer jika ada kawan. Don’t. Walaupun kawan anda itu lebih tidak hensem mahupun tidak sebaik anda. Gentleman datang seorang. Banyak risiko datang beramai-ramai.

2. Datang apabila anda sudah bersedia

Datang apabila anda sudah yakin pasangan anda itulah orangnya yang anda mahu kahwini. Jangan datang semata-mata kerana pasangan anda paksa. Jangan datang sebagai pelakon tambahan (saya elaborate dalam point seterusnya).

3. Datang secara rasmi. Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan

Beritahulah pasangan anda, anda akan datang. Minta pendapatnya mengenai tarikh terbaik. Pastikan ketika anda datang, acara itu adalah untuk anda sahaja. Bukannya kebetulan dengan majlis perkahwinan abangnya, kenduri, rumah terbuka hari raya, hari jadi adiknya dan lain-lain.

Hendak bakal mertua mengenali hati budi anda dalam masa yang sekejap adalah susah. Hendak beliau mengenali anda ketika ada banyak distraction lain adalah jauh lebih payah. Bagaimana beliau mahu melayan anda lagi sedangkan beliau sendiri telah penat atau perlu melayan tetamu lain.

Anda perlu 100% masa dan perhatian to realize your full potential. Datang sebagai hero. Jika anda dijemput datang terlebih dahulu sebagai pelakon tambahan, pergilah out station, balik kampung atau sebagainya. Wanita jarang memahami kepentingan lelaki datang sebagai hero. Bahkan ada lelaki yang underestimate kepentingannya. Don’t gamble.

Sebagai hero, anda bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan anda. Sebagai pelakon tambahan, ada banyak risiko.

Sebagai contoh, jika ada majlis kemungkinan besar bakal ibu dan bapa mertua anda berada di tempat berbeza. Bagaimana jika dari awal hingga akhir ibu mertua anda sibuk di dapur sedangkan anda telah mahu pulang? Dan beliau pula tidak muncul-muncul ke depan? Bukankah sudah menjadi dilema.

Apa kata beliau jika anda balik sebelum bertemu muka dengannya?

Begitu juga jika kebetulan anda datang wrong timing. Bakal bapa mertua anda duduk di dalam rumah dan kebetulan dari pintu pagar rumah sehingga ke sebelah bapa mertua anda ada orang lelaki duduk berderet.

Adakah anda akan pergi terus ke bakal mertua anda dan bersalam dengan beliau? Bagaimana jika anda ter-miss bakal Pak Long (sebab anda tidak kenal lagi) yang duduk dalam deretan tersebut? Apa kata beliau?

Tapi takkanlah anda hendak bersalam dengan semua sederet tetamu tersebut sehingga ke bakal bapa mertua anda seperti seorang ahli politik? (or worse, seperti budak lelaki yang hendak berkhatan)

Untuk sesetengah orang, mereka cukup street smart untuk handle perkara-perkara seperti ini. Tetapi jika anda sedang membaca mesej ini, lebih baik jangan mencari masalah.

Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan.

Beritahu juga anda ingin datang. Pastikan bakal bapa dan ibu mentua anda ada di rumah dan free ketika itu.

4. Rule of Thumb, tempoh lawatan kali pertama: 90 minit hingga 2 jam

Ini rule of thumb yang saya gunakan. Saya sangat cadangkan. Jangan duduk terlampau sekejap sehingga dikatakan tidak sudi duduk lama-lama dan jangan duduk terlalu lama sehingga tiada topik mahu berborak. Don’t overstay your welcome.

Biar orang berat hati mahu melepaskan anda balik. Jangan orang tak sabar-sabar tunggu anda balik.

Saya prefer pergi dalam jam 11 pagi atau 3 petang. 11 pagi anda akan secara automatik boleh meminta diri sebelum atau selepas makan tengah hari dan pukul 3 petang secara automatik anda boleh minta diri dalam pukul 5.

5. Untuk markah tambahan,tips emak saya bawalah buah tangan

Bawalah buah tangan. Macam-macam boleh. Yang paling mudah adalah buah-buahan (preferably Buah-buahan tempatan).

Emak saya suggest kain pelikat atau kain batik. Tapi mana nak cari. Buah-buah lah yang paling senang. Kain-kain ni mungkin untuk generasi lama oklah. 🙂

6. Bawa Sugus dalam poket

Ini tips emak saya yang saya improvise. Emak saya pesan bawa gula-gula untuk diberi pada kanak-kanak. Namun ada ibu bapa yang takut anaknya tercekik makan gula-gula, nak bawa coklat cepat cair dan bulky. Sugus anda flexible dan hampir semua budak-budak suka dan selamat untuk dimakan. Bawa 5-6 biji letak dalam poket seluar. (jangan bawa chewing gum atau gula-gula berangin)

Nampak ada budak kecik, panggil dan tunjukkan sugus, usapkan kepalanya dan bagi dia Sugus tu. Jika kebetulan ada banyak budak kecil dan stok Sugus anda sedikit, pilih budak yang paling penting. Sama ada bakal adik ipar anda (8 tahun ke bawah) atau bakal anak-anak saudara anda.

Ibu bapa (most probably bakal abang atau kakak ipar anda) yang melihat anda baik dengan anaknya akan mudah untuk berbual dengan anda. Pesan emak saya, di rumah orang yang tak dikenali, tackle budak-budak dulu sebab itu paling senang. Lepas dapat tackle budak, emak atau ayah budak tu akan cepat terbuka hati untuk menerima kita pula.

Seriously, this is one of the proven way to start a conversation.

7. Start the conversation

Jangan tengok TV sangat. Jadikan TV bahan berbual tidak mengapa. Soalan yang biasanya saya akan guna sebagai mukadimah adalah, “Pakcik sihat? Pakcik dah lama duduk sini”

Kemudian ceritalah dari situ. Jika di kampung-kampung sedikit biasanya Lorong-lorongnya tiada nombor. Selepas Lorong Kenari diikuti Lorong Merbok dan Lorong Nuri. Berbeza dengan lorong kawasan perumahan yang biasanya mengikut turutan nombor. “Pelik ya pakcik lorong-lorong di kawasan ini, tadi saya terlepas satu simpang…”

Ketika berbual, jangan tunjuk pandai. Biarkan bakal mertua anda banyak bercerita. Jika dia tidak bercerita banyak, tanya banyak sehingga beliau bercerita banyak.

Sebab jika anda tidak bertanya, anda yang akan ditanya.

Atau worse, dua-dua membisu. Lagi haru.

8. Senyum, tetapi jangan bermain mata dengan pasangan di hadapan bakal mertua

Self explanatory

9. Dua decision-maker yang anda perlu impress, Bakal ayah mertua & bakal ibu mertua

Yang lain seperti pasangan anda, adik beradiknya, makcik-makciknya adalah bonus. Core adalah dua orang ini. Pay the most attention to them. Untuk orang lain, beri perhatian juga. Tetapi jangan sampai ter-ignore this two key decision maker.

That’s all from me, Good luck! 🙂

 

Sabri

Ciri-Ciri Isteri Solehah | Petua Memilih Jodoh

Pertamanya, satu disclaimer. Saya sendiri tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan isteri solehan. Tetapi , kebelakangan ini terutamanya saya sering berfikir.

Yang lebih penting, saya mula berfikir dengan lebih serius kerana saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkahwin.

Saya bermula dengan menyenaraikan kritea-kriteria yang saya ingini dalam diri bakal isteri saya.

Saya percaya seperti orang lain juga, kriteria ini panjang. Tetapi setelah mempertimbangkan, berapa orangkah wanita yang pernah saya jumpa dalam hidup saya selama 26 tahun ini yang ada semua ciri tersebut?

Jika saya bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai hanya beberapa dari semua ciri tersebut, tetapi beliau sempurna dari semua aspek lain, adakah saya akan menamatkan penantian tersebut, atau terus menunggu?

Soalan-soalan ini membuat saya berfikir lagi. Dan saya teringat satu perkara yang saya belajar dalam sebuah kelas yang saya hadiri dulu. Saya applykan dalam hal ini.

What are the MUST HAVE criteria?

What are the NICE TO HAVE criteria?

Dua soalan ini membuat saya memperhalusi semula senarai kriteria yang saya ada tadi.

Jika anda mengikuti cerita hidup saya di blog ini, anda tentu tahu yang saya ada beberapa kriteria yang saya mahu dalam diri bakal isteri saya. Bila saya betul-betul fikir, akhirnya semuanya jatuh ke dalam “nice to have” sahaja. “Must have” cuma tinggal satu.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai empat kriteria yang digariskan dalam hadis nabi, that one applies without saying. Tapi bagaimana untuk memilih yang terbaik di antara yang baik?

Bagaimana untuk memilih THE ONE?

Setelah hidup lebih 26 tahun di dunia ini, dan from my own very limited experience, for me personally the must have is:

Kebolehan Menghargai Suami/Lelaki

To elaborate:

Kebolehan dan sikap berterima kasih, menghargai dan bersyukur dengan sumbangan dan kebaikan suami. Perasaan yang tulen dan bukan dibuat-buat kerana pasrah atau kerana tiada pilihan lain. Sikap ini pada saya memberitahu banyak perkara mengenai seseorang wanita itu dan secara tidak langsung menunjukkan tahap hubungan antara dia dengan TuhanNya.

Kebolehan ini adalah satu perkara yang saya lihat sangat-sangat kurang dalam wanita hari ini. Not to generalize, or criticize them, this is just my personal opinion based on my observation. You may agree or disagree with me on this one, it doesn’t bother me at all.

Saya berfikir juga. Am I looking at the wrong places? Sampai susah sangat nak jumpa perempuan dengan kebolehan bersyukur ini? No.

For a lot of years, saya mengenali ramai wanita-wanita yang baik-baik. I admit, ada yang baik betul (seperti Amizatul~we are never romantically involved, just want to highlight sebab nanti tak fair pula if all my female friends dianggap termasuk dalam golongan ini). But she is more an exception than the norm. Majority of others can be considered as “nice girls” as well, but still put an astronomically high expectation on their men. And worst, when their men deliver, they rarely get the credit they deserved. The girl will just raise the bar instead.

I saw this happened again and again and indeed I am scared. What if I chose the wrong one too?

So that’s my only one “must have” criteria.

Sebab saya tahu, kalau isteri saya seorang yang tidak tahu bersyukur dan menghargai saya sebagai seorang seorang suami, I am one troubled man. Pening kepala bertambah-tambah dengan masalah kerja, stress dan mungkin sampai tahap tak suka balik rumah (sebab masalah di rumah lebih besar dari masalah di pejabat).

Jadi at the end, saya menggunakan kayu ukur tersebut untuk membuat pilihan.

Saya memilih seorang wanita yang paling baik saya pernah kenali, yang terbaik di antara yang baik, merendah diri walaupun beliau sebenarnya hebat, yang saya yakin boleh menghargai saya.

Hanya Allah sebagai penjamin dan hanya kepadaNya saya berserah supaya dapat Dia membimbing hati kami untuk menerima setiap kelebihan dan kekurangan kami. Hanya Dia sahaja yang mengetahui dan yang mampu melindungi kelemahan diri kami sendiri dari terserlah. Dan hanya Dia sahajalah yang mampu menukarkan kelemahan tersebut kepada kebaikan.

Dialah yang Maha Bijaksana Lagi Maha Pemurah,.

Semoga aku dapat menjadi agen penyampai rahmatMu atas kebaikan yang layak dan yang tidak layak beliau perolehi dan semoga beliau menjadi agen penyampai rahmatMu kepadaku untuk kebaikan yang layak ataupun yang tidak layak aku perolehi.

Walaupun siapa juga dia, dan di mana sahaja dia berada ketika ini, pada masa ini.

 

Amin…

 

Writing From 35000 Feet in the Sky

(Ditulis pada hujung minggu lepas di dalam buku nota saya sebelum ditaip semula)

Currently I am on a plane to Myanmar or Burma, as it was known to some part of the world.

There are some people who enjoy writing in solitude or late at night or when they are sitting at a beach. They said it help the writing process. For me, I get the most “kick” while writing in an aeroplane, 35,000 feet up in the sky. It’s like an aphrodisiac. I can’t explain the joy, but the creative juices seems to flow much easier while I am up there.

Yes, I am still a kampung boy at heart. I dream about aeroplanes. I enjoy flying. I even suspect I like flying and “being in the plane” more than I enjoy traveling and sightseeing. Traveling is just a convenient and a cool way to masquerade by obsession with aeroplanes.

That’s the very reason I prefer to use ERL as opposed to taxi whenever I fly on company business although taxi is more convenient. Taxi doesn’t make you feel special. ERL does. It tells you that you are going to board a plane soon.

This is my first oversea trip after my Umrah. There’s no word to describe my gratefulness to Allah, Tuhan yang Maha Adil dan tidak pernah sesekali menzalimi hambaNya.

Myanmar (ibu negara: Yangon atau Rangoon) adalah sebuah negara dalam senarai untuk saya lawati tahun ini. Bahkan tiketnya telah pun saya beli sejak tahun lepas.

Tetapi tahun ini menyaksikan saya melakukan beberapa perubahan signifikan secara spiritual dalam hidup saya. One of it is being prepared to forgo my upcoming trip to Yangon, to enable me to perform my Umrah in February.

Lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang dua rakan karib saya akan melangsungkan perkahwinan pada masa tersebut, keputusan untuk membatalkabn trip tersebut jadi lebih mudah.

Tanpa dirancang, perasaan pasrah dan redha itu mendapat balasan yang tak diduga. Saya sendiri tak menyangka yang selepas beberapa bulan, tanggungjawab saya di pejabat bertambah dengan signifikan dan akhirnya di beri peluang untuk ke luar negara. Dan sebagai tanda ingatan dari Dia yang Maha Berkuasa, saya akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Myanmar.

Alhamdulillah. Saya teringat tulisan saya dalam siri Lift-Off di awal tahun ini, setahun adalah panjang. Anything can happen in one year dan ia memang betul. Sebagai kesimpulan, saya teringat satu quote. Saya tak pasti sama ada ia ayat Al Quran atau ia hanya sekadar Quote.

I am paraphrasing to be safe, but I well remember the meaning.

Berusahalah untuk mendekati Allah, kerana Allah pasti akan mendekati kita dengan lebih lagi.

(Sebenarnya baru introduction. The content of what I wrote in the plane is here: Ciri-Ciri Isteri Solehah | Petua Memilih Jodoh)

Sabar Itu Mudah

Kadang-kadang rasa geram dan marah itu mudah keluar dari diri.

Terutama bila berhadapan dengan orang yang menjengkelkan, orang yang susah di bawa berunding dan orang yang mempunyai agenda tersendiri. Saya rasa jika saya marah, meletup dan sebagainya ia adalah justified.

Saya mahu marah. Sebab saya geram.

Bila masalah datang disebabkan jemputan orang. Bila masalah datang disebabkan orang yang bebal.

Tetapi, bila saya sedar yang sebenarnya bersabar menahan marah itu adalah mudah.

Saya cuba menarik nafas dan memendam perasaan marah itu.

Biarlah Allah uji sabar kita dengan marah, dari Allah uji sabar kita dengan kesengsaraan.

Sabar dengan marah dan sabar dengan kesengsaraan, yang mana lebih mudah?

Yang mana satu ujian pilihan anda jika diberi pilihan?

Ya Allah, Kau pandulah hatiku ini dan kuatkanlah kesabaran Ku. Mungkin aku terpaksa mengetap gigi atau duduk atau mengambil beberapa minit untuk memujuk hati ini, tapi berikanlah aku kesabaran dalam mengawal marah. Janganlah Kau uji aku dengan kesengsaraan atau dengan ujian yang tidak mampu aku tanggung.

Kita perlu sabar dalam hidup. Dan Allah akan melatih kita untuk sabar.

Jika anda tidak boleh sabar dengan marah, Allah mungkin menguji anda sabar dengan kesengsaraan pula.

Learn Fast.

Sabri

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén