Saya belum menyiapkan, Lift-Off 2018 dan juga tidak menulis panjang mengenai travelog 2018. I am busy living I guess. haha.. :p

Tetapi, tidak proper jika saya tidak menulis mengenai 9 May 2019 memandangkan how important and meaningful is this date for Malaysia. Cuma, saya akan copy paste apa yang telah saya tuliskan di Facebook dan sedikit tambahan sebagai kenangan and to put everything in context untuk masa depan. Sebagai memori kehidupan.

—from my FB—

Nota Penutup PRU 14: It Began With a GRAB Ride
====================================

1. Kemungkinan besar ini adalah post penutup saya berkenaan politik, pasca PRU-14. Perasaan keterujaan dan excited itu telah settle down. Lagipun, banyak sangat positioning oleh orang BN ni buat rasa gembira tu hilang cepat.

2. Kalau tua-tua nanti, ada orang tanya, saya buat apa ketika 9 May 2018 berlaku. Saya boleh cakap yang saya on the ground, at the front line, saya fight untuk pastikan Borang 14 di tanda tangan dan saya menyumbang kepada kekalahan seorang menteri BN yang tak teruk sangat (giant-killer la konon).

3. Saya rasa tiada orang sangka magnitude perubahan yang berlaku. Saya mengikut rapat analisis Invoke & IDE, telahan saya pada ketika itu, kajian IDE (P90-probability 90%) dan kajian Invoke, best case scenario. Namun yang terjadi, beyond best case dengan beberapa minor details adjustment (e.g. kejayaan PAS di Kelantan & T’ganu. Namun boleh difahami kerana penganalis di Lembah Klang mungkin tidak sepenuhnya memahami cara berfikir pengundi di Pantai Timur).

4. Saya rasa bertuah dapat terlibat dalam PRU14. Sebenarnya ia ditrigger dalam satu perjalanan GRAB di KL apabila seorang uncle GRAB bercerita mengenai pengalamannya menjadi PACA dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Uncle tu tak promote mana-mana parti politik pun. Dia cuma share dan berbual mengenai apa yang citizen boleh contribute. Dari situ saya menanam azam yang sumbangan saya mesti bertambah dari satu PRU ke PRU. Ini PRU kedua saya, jadi ia mesti lebih baik dari PRU ke 13, di mana saya cuma mengundi. Selepas habis ride itu, saya terus mencari lebih info mengenai Invoke yang diasaskan Rafizi Ramli. Di situ segalanya bermula.

5. Selepas mendengar analisis IDE, saya rasa down sedikit. Rasa macam segala sumbangan akan jadi sia-sia. Tapi saya pujuk diri dan panjatkan doa. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Kalau betul nak terjadi, tahulah DIA nak buat miracle macam mana. Dan Alhamdulillah, memang miracle.

6. Saya harap TDM tak mengulangi kesilapan Tun Abdullah Badawi pada tahun 2003. Peluang untuk revamp kabinet tidak digunakan, sebaliknya jawatan kabinet dihadiahkan kepada warlord-warlord yang menyumbang kepada kemenangan. Akhirnya, dihukum rakyat pada 2008.

Saya harap, right man for the right job. Striker duduk tempat striker, goalkeeper duduk jadi goalkeeper. So far dengan target kabinet permulaan yang kecil, TDM on the right track.

7. Kelak, untuk jawatan Menteri Belia & Sukan, harap TDM dapat namakan calon yang super berkaliber. He or she has a very big shoe to fill. Dan orang akan compare dia dengan KJ. Position ini walaupun tak senior, tapi visible kepada orang muda. Silap-silap menteri sukan ini akan jadi benchmark kepada seluruh kabinet TDM. Kalau menteri sukan lemau, takut-takut satu kabinet TDM akan di label lemau. Plus, menteri sukan ni jugalah yang akan kena handle TMJ & JDT, bola sepak kebangsaaan dan badminton pasca LCW.

8 Nota-nota lain:

Perlis tu, apa masalahnya nak mengendeng-ngendeng. Size yang kecil bukanlah masalah kalau ada pemimpin yang berwawasan. Kalau rasa diri sendiri tak ada wawasan, pergi bertanding hari tu buat apa.

Buat pemimpin BN Perlis, kalau rasa tak dapat uruskan Perlis, tak payah lompat parti atau nak jadi PH-friendly sangatlah. Resign je sebagai Adun & ahli parlimen. Boleh juga DSAI, Tian Chua, Rafizi, Wan Saiful Wan Jan, Husam Musa atau mana-mana pemimpin PH yang lebih berwawasan bertanding dekat situ. Kalau betul lah mahu yang terbaik untuk rakyat Perlis lah.

Sabah, biarlah orang Sabah uruskan. Lagipun ini bukan kali pertama mereka dalam situasi ini. Sesiapa yang nak keluar masuk, hubungi Shafie Afdal, tak payah contact TDM. TDM busy nak settlekan manifesto 100 hari. Tak payah join PH. Join Warisan.

Sarawak, PBB Sarawak. Kekal lah dalam BN bros. Kalau betul tiba-tiba dapat hidayah untuk berubah, keluar parti sekarang, tubuh parti baru macam Warisan. Lepas state election nanti, kalau orang Sarawak masih pilih, baru cerita.

Perak, PH tak bentuk kerajaan pun tak apa. Let see what the others can do.

Mengenai PAS pula, biarlah PAS buat apa-apa yang mereka mahu buat. Tak perlu kacau dan tak perlu kata apa-apa. PAS macam ex-gf/bf kita yang dah kahwin. Kalau kita belum kahwin lagi, tak pe lah nak jealous atau sedih-sedih lagi. Sekarang kita pun dah kahwin. Wife/suami kita sekarang pun lagi lawa/handsome & baik dari ex kita.

BN lagi teruk. BN macam bangla yang cuba mengorat gadis Malaysia. Rasanya, gadis Malaysia yang rasional dan okay tak akan tergamak nak layan. Rasa terganggu lagi ada.

Biarlah mereka buat hal mereka. Lagi lima tahun kita jumpa lagi di PRU15 dan biar rakyat nilai semula, yang mana mereka lagi suka.

9. Sekarang, saya tengah fikir. PRU15 nanti nak contribute apa untuk pastikan ia lebih baik dari PRU14. Tak apa, ada 5 tahun lagi nak fikir.

10. Sekarang, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini, lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Itu kita kena pastikan.

Signing off.

—Berikut pula adalah screenshot text Whats App kepada team saya. Saya bertugas sebagai Ketua Paca di sebuah pusat daerah mengundi di Terengganu—