Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: December 2015

Annual Audit 3.0 (Bahagian Dua) : Retrospektif

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2015Lift Off 2014Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Retrospektif

Selepas menulis mengenai dua lessons learnt terbesar dari period 20an saya dalam Bahagian Satu Lift Off 2016, saya rasa terpanggil untuk menulis satu lesson learnt terbesar saya ketika period belasan tahun hingga mencecah 20 pula. Benar, sudah terlewat sedikit tetapi memandangkan saya belum pernah tulis di mana-mana mengenainya, dan ia penting supaya saya tidak lupa, here it goes.

Be Proactive

Ketika di usia belasan tahun (dalam usia remaja), saya ada satu kelemahan. Saya tidak proaktif. Pandangan saya ketika itu, kalau sesuatu tu ditakdirkan terjadi, ia akan terjadi sendiri. Kita bersedia, tapi tak perlu susah payah menggoyangkan pokok, nanti buah tu akan jatuh sendiri.

Dan pandangan ini acapkali menyusahkan diri sendiri.

Dari situ saya belajar untuk menjadi proaktif dan take charge. Alhamdulillah, it is a lesson well learnt.

Ada dua kejadian di mana lesson learnt ini diilustrasikan dengan sangat jelas dalam hidup saya.

Pertama, dalam kegagalan paling besar dalam hidup saya ketika period itu. Saya ada ceritakan sedikit mengenai kegagalan saya ketika menjadi editor majalah sekolah sebelum ini. Ketika itu saya takut-takut untuk rock the boat. Rasa tidak empowered, walaupun sebenarnya empowered. Satu kerja pun tak jalan. Selepas susah sangat dan much prodding dari Sir Sophian ketika itu, saya decide it’s up to me to make things right. Dan saya kena guna cara sendiri. Barulah saya proaktif untuk menyusun kembali sidang editorial ketika itu dan majalah sekolah berjaya diterbitkan. I am not proud of the result, but it’s finally on the table.

Kedua, saya belajar perkara ini dalam aspek mencari cinta. Mujur saya belajar waktu di alam remaja. Jadi ketika usia 20an, sewaktu mencari calon isteri saya sudah proaktif. Jika tidak, membujang sehingga ke tua lah saya. 🙂

Di alam remaja, naluri untuk bercinta itu pastilah ada kan. Namun orang yang pemalu dan tidak proaktif seperti saya ketika itu, jadilah wallpaper. Admire ramai orang, tapi tak ada hasil sebab orang tak tahu. Kalau tahu sekalipun, mungkin orang yang diadmire tu tak pasti. Sebab signal tak jelas.

Ketika di asrama, saya terdengar salah seorang dari orang yang saya admire tu dikutuk beramai-ramai oleh rakan sedorm. Kesian dia dalam hati saya. Tapi tak apalah, budak tu memang baik. Sebab tu saya admire dia. Rakan-rakan yang mengutuk tadi tu pulak memang tak boleh dilayan. Semua orang tak betul, semua orang tak best.

Namun, 1-2 tahun selepas tu ketika di universiti saya terdengar yang orang yang saya admire tu telah bercouple dengan orang yang mengutuknya. Aik, dari kutukan hari tu, saya rasa pengutuk tu tadi tak nak dekat budak yang saya admire tadi. Rupa-rupanya hari tu kutuk sebab tak dapat. Dalam hati suka rupanya. Dalam hati saya, kesian budak yang aku admire tadi. Kalau dia tahu apa yang pernah dikatakan mengenai dia, mesti dia tak nak dekat budak tu.

Tapi kejadian tu menimbulkan satu kesedaran pada diri saya. Saya tak boleh nak cakap apa. Saya tak layak nak cakap apa. Bahkan saya yang perlu dipersalahkan. Sebab saya tak bagi peluang pada gadis-gadis yang baik untuk pilih lelaki-lelaki yang baik (nice guys la konon). Jadi kalau tak ada nice guys, gadis-gadis yang saya admire tadi, pilihlah lelaki lain yang tak berapa nice.

Yalah, we didn’t put ourselves in the game. You missed 100% shot that you didn’t take. Dari situ timbul kesedaran untuk proaktif dan itulah titik tolak kepada cinta pertama saya dengan orang yang saya dah lama admire juga (bukan orang di atas). It last for quite some time but didn’t end on a happy note. Dah tak ada jodoh.

Tetapi mengenangkan kembali kata-kata saya pada diri sendiri ketika meyakinkan diri untuk menjadi proaktif, “It is better to have loved and lost, than never to have loved at all”. Ia betul-betul menjadi prophecy.

Apabila ia berakhir, susah untuk diterima. Tetapi benarlah, patah tumbuh hilang berganti. Dan kata orang, kita akan jumpa yang lebih baik dari yang lepas. Ia ambil masa, tetapi dengan doa dan usaha proaktif, saya berjumpa dengan yang lebih baik dan yang lebih baik dan akhirnya dengan isteri saya sekarang. Alhamdulillah.

Itu dua insiden dalam hidup saya ketika usia 17-19 tahun yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya. Be proactive.

Lessont well learned yang saya praktikkan sehingga sekarang ke dalam saya with great result both in personal life and career.

Bersambung bahagian tiga.

Lift Off 2016: Annual Audit 3.0 (Bahagian Satu)

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2015Lift Off 2014Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Introduction to My 20s

Untuk Lift Off 2016 ini, saya bercadang untuk menulis audit report yang lebih panjang sedikit berbanding tahun-tahun lepas. Maklumlah, bulan ini umur saya akan mencecah 3 series. Jadi ia bukan sekadar konklusi untuk 2015, tetapi juga merupakan satu renungan sejenak untuk sedekad yang akan saya tinggalkan.

Bila saya membandingkan diri saya sekarang dengan diri saya di awal 20-an, ada beberapa perbezaan yang ketara. Benarlah kata orang, usia mendewasakan. Saya teringat satu kisah jika tidak salah saya berlaku ketika umur saya dalam 21-22 tahun. Ketika itu saya baru selesai menulis buku pertama dan saya sedang berbual dalam sekumpulan penulis.

Seorang ustaz yang juga merupakan seorang penulis mengatakan yang beliau tidak boleh (percaya) dengan “internet” ini.

Ketika itu kami berbual mengenai bagaimana beliau boleh menyebar luaskan mesej dakwah beliau. Harus diingat yang persepsi terhadap internet pada ketika itu bukanlah seperti sekarang. Sekarang internet memang dah dianggap sebagai satu saluran media, ketika itu internet masih dipandang dengan was-was. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, ada pihak yang percaya ketika itu yang Internet adalah salah satu punca gejala sosial makin membarah. WordPress belum wujud, Blogger pula baru dibeli oleh Google. Jadi don’t judge beliau atas statement tersebut.

Mendengar komen ustaz itu, saya sebagai penulis buku mengenai Internet tiba-tiba menjadi panas telinga. Nafas saya semacam sesak mendengar ada orang bercakap buruk mengenai “baby” saya. Saya pun membalas,

Saya pun tak boleh dengan orang tua yang jumud ni. Nak orang muda dengar cakap dia, tapi tak bersedia nak mendengar dan berubah.

Sekarang apabila saya renung kembali, of course saya menyesal berkata demikian. Saya yang sekarang, akan lebih empati dan kemungkinan besar akan bertanya, “Kenapa Dr (ustaz tersebut adalah seorang pensyarah dengan PhD) berpendapat demikian?”, sebelum saya merungkaikan satu persatu keraguannya kepada internet. Saya percaya, we will get along well. Namun, nak buat macam mana. Sudah tersalah langkah dari awal.

Saya bukanlah seorang yang panas baran, tetapi darah muda membara tu memang ada. Di awal 20-an dulu, saya memang keras kepala dengan apa yang saya percaya. Drive tu tinggi.

Bila usia sudah mencecah 3 series ini, position saya lebih lunak. Saya tidak tahu sama ada ia sesuatu yang bagus ataupun tidak. Dari segi diplomasi, sudah tentu sekarang lebih bagus, tetapi dari aspek getting things done, saya tidaklah se-menonong dulu.

Tetapi I must acknowledge yang kegopohan saya dulu has served me well. I have achieved a lot of things yang kalau saya fikir banyak-banyak, menyebabkan saya tak akan buat.

At the end of the day, saya bertanya diri saya. Better macam dulu ke better macam sekarang?

Bila saya fikirkan jawapannya, there’s a time and place for every thing. Dulu saya macam tu, it serve the purpose at that time. Sekarang macam ni, ia fit dengan keadaan sekarang ni. Live life with no regrets.

Lesson Learnt #1: Don’t Take Things For Granted

Satu lagi perkara penting yang saya kira sebagai lesson learnt pada saya ketika usian 20an adalah, never take things for granted. It happened to me in a relationship, but it is applicable across every facet of our life. Apa yang kita rasa secure pada kita sekarang, tidak semestinya secure lagi lima tahun dari sekarang. People changes dan jika kita tidak adapt, akan berlaku konflik.

Saya perlu ingat yang manusia berkembang. Apabila manusia berkembang, keperluannya akan jadi berbeza. Seorang remaja, keperluannya lain. Seorang dewasa, keperluannya lain. Seorang tua, keperluannya juga lain. Di setiap peringkat ini, prioritinya akan jadi berbeza. Jadi apabila kita treat seorang dewasa, sebagaimana kita treat remaja, sudah pasti akan terjadi konflik.

Dalam berinteraksi dengan manusia, satu perkara yang saya dapati berkesan adalah satu tips yang saya pelajari dari Tony Robbins, six human needs (jangan tertukar dengan Maslow’s). Certainty, Uncertainty/variety, Significance, Connection/Love, Growth & Contribution.

Tips ini pertama kali dikongsi oleh saya oleh Faliq seorang sahabat saya. Saya skeptikal kerana dua daripada needs itu, bertentangan di antara satu sama lain (i.e: certainty vs uncertainty). Namun setelah saya berjalan di atas api di Singapore bersama Tony Robbins dalam Unleash the Power Within, baru saya faham.

Kebanyakan manusia ni, dia perlukan certainty dalam kehidupan. Kalau tak ada certainty, dia akan jadi takut dan rasa tak secure. Sebab itulah ramai orang nak kaya. Sebab pada pandangan kita, kalau kaya kita akan secure. Masa depan akan certain, pasti.

Bunyi macam itulah yang seorang manusia itu nak. Certainty. Tapi tak juga. Manusia memang nak certainty tapi sebenarnya tanpa dia sedari, kita sebagai manusia lain perlu sedar yang manusia yang kita interact tu perlukan uncertainty juga. Dia perlukan variety.

Sebab kalau takde uncertainty, dia mula akan jadi boring dan buat hal. Contoh orang yang bekerja kerajaan, pendapatan dia dah certain. Dah secure. Tapi dia perlukan challenge dalam pekerjaan dia. Kalau pekerjaan itu rutin, dia akan jadi bosan dan mula meragam. Jadi seorang superior yang bagus, akan assign staff tadi dengan tugasan-tugasan luar atau sesuatu yang lain dari yang biasa dilakukan untuk memastikan ada variety dalam pekerjaan staff tadi. Tanpa cabaran baru atau variety ini, staff tadi jika tidak meragam pun, pasti akan mengalami kemerosotan prestasi.

Lesson Learnt #2: Automation Wins

Perkara kedua yang saya belajar dalam sepanjang 10 tahun usia saya dari 20 tahun hingga hari ini dan saya akan pesan kepada diri saya pada masa akan datang adalah, automation wins.

Benda yang diautomatikkan akan sentiasa menghasilkan keputusan yang positif berbanding perkara yang dibuat secara manual.

Contohnya, untuk menyimpan setiap bulan adalah amat payah jika setiap bulan saya kena ingat untuk transfer duit ke Tabung Haji dan ASB. Tetapi jika saya automatikkan melalui potongan gaji, ia berlaku terus tanpa gangguan dari diri sendiri dan ia berjaya!

Life Turning Point

Di awal zaman 20an, saya sama boleh dikatan seperti kebanyakan orang muda lain. Sekarang berbeza ke? Saya tidak pasti dan ia tidak penting. Yang saya perlu ingat, ada turning point dalam kehidupan saya sekitar tahun 2011.

Ketika itu saya rasa ada something wrong pada diri saya. Triggered by an event in Penang at that time. Dari luarannya, saya nampak ok dan saya rasa saya ok. Tetapi kenapa saya tidak dapat result yang ok dalam apa yang saya usahakan?

Rasa “semacam” itu saya rasai ketika membuat Annual Review untuk tahun 2011 bila saya lihat prospek untuk 2011 agak kelam.

Berikut adalah petikan dari catatan saya ketika itu. Mungkin ia boleh lebih menjelaskan apa yang saya rasai ketika itu.

However when I am faced with a situation where I am blind, and don’t know where I am, with no clues to help me and feeling quite helpless, its a little bit depressing (a lot actually). Lucky for me its not something that happened often, but still when it happened it gave me headaches. Imagine what you feel when you are in a middle of a crossroad in a place you don’t know, and everything look foreign to you. And you know you still have hundred of kilometres to go in the journey. Which way will you take?

I am not in a position where I can say much, hopefully I make this through though!

Ketika itulah saya membuat keputusan. This is it. Inilah sempadan hidup saya. I need to be drastically better. Ketika itu saya membuat keputusan untuk mengerjakan umrah. Ini sempadan iman saya.

Alhamdulillah, I am pleased to report that the changes are sustainable and I got to enjoy a better quality of life. I now have clearer sense of purpose and a clearer direction of life.

Bersambung ke bahagian 2.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén