Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: November 2019

Umrah Season 2 : Satu Anekdote

Umrah #1 saya pada 2011 adalah satu pengalaman yang transformatif. Saya sering katakan di sini yang ia adalah satu sempadan Iman yang jelas untuk saya dan hidup saya seterusnya.

Setelah lebih 2 tahun merancang untuk umrah #2, akhirnya saya berpeluang untuk mengerjakan umrah buat kali ke 2. Walaupun umrah #1 adalah satu momen besar dalam hidup saya, ketika mengerjakan umrah #2 ini baru saya menyedari yang memori mengenainya sekadar sekelumit cuma. Kecuali pengalaman pertama di Raudhah, sedikit pengalaman bertawaf dan pengalaman bertahalul kali pertama, yang lain tidak lekat di ingatan. Lagipun ketika umrah #1, fikiran saya agak fokus kepada aktiviti spesifik di sana dan tidak cakna langsung mengenai apa yang berlaku di sekeliling. Umrah #2 banyak menampal kelompongan memori umrah tersebut dan update apa yang saya tahu mengenai Umrah, Madinah dan Mekah. Alhamdulillah, saya rasa umrah #2 ini memenuhi objektif saya dan berjaya renew diri ini. InsyaAllah.

Saya tidak bercadang untuk menulis panjang mengenai umrah #2 ini seperti umrah #1, cukuplah post ini dan post sebelumnya sebagai memori.

Sejujurnya saya tidak berapa selesa memperkatakan mengenai umrah #2 ini kerana saya maklum yang umrah wajib cuma sekali dan dana yang digunakan wajar disalurkan untuk tujuan fisabilillah yang lain.

Namun keadaan saya sendiri yang saya rasa amat perlu dan satu lagi sebagai tanda kesyukuran saya kepada Allah atas nikmat iman dan rezeki yang diberiNya sehingga kini, saya mesti pergi.

Mungkin kali seterusnya saya akan pergi 7 atau 8 tahun lagi, mungkin juga sekali dengan haji nanti, Allah lebih mengetahui.

Oleh itu, saya ingin mencari dan menaja seorang bakal tetamu Allah mengerjakan umrah. Secara gratis, cuma dengan beberapa syarat.

Jika anda terbaca post ini, mungkin Allah yang menghantar anda ke sini untuk menjawab doa anda. Mungkin juga ini adalah jemputan Dia untuk anda. Sebab saya sendiri tidak ada sebab spesifik untuk melakukan penajaan ini, cuma ia terlintas dan terilham kepada saya. So, here it is.

Saya mencari seorang bakal tetamu Allah yang ingin mengenal diri, mencari erti atau yang berazam mengubah sempadan iman. Yang ada azam dan yakin diri yang pergi tidak akan sama dengan yang kembali.

Calon-calon yang tiada asbab kukuh, masih boleh bertahan jika tidak pergi atau sekadar ingin menambah koleksi negara yang pernah dijejaki, tidak perlulah apply.

Jika anda terbaca post ini, bermaksud tawaran tempat itu masih ada. Jadi tak perlu tanya sama ada spot masih available atau tidak.

Dan to be clear, pendapatan atau gaji tidak memainkan peranan dalam pemilihan tajaan. Orang kaya atau orang miskin sama-sama perlu jemputan Ilahi. Tidak semestinya orang kaya lebih mudah untuk mengerjakan haji mahupun umrah berbanding orang miskin, dan vice versa. Pegawai, kerani atau pesara, saya tak kisah. Yang paling penting untuk menentukan kelayakan untuk penajaan ini adalah, keazaman seperti yang saya describe di atas. Syarat saya adalah seperti di bawah:

  1. Lelaki
  2. Pemohon sendiri (permohonan wakil tidak di terima, melainkan calon adalah warga emas yang tidak celik IT DAN juga merupakan tok imam, bilal ataupun siak yang masih belum berpeluang mengerjakan haji atau umrah)
  3. Bakal kali pertama mengerjakan umrah
  4. Bersedia bila-bila masa dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan untuk pergi.
  5. Lulus temuduga. Jangan bimbang, temuduganya mudah. Boleh buat over the phone je. Basically kurang dari 5 soalan/kurang dari 5 minit. Saya mencari calon dari golongan yang spesifik.
  6. Positif dan pandai (tak semestinya ada SPM atau degree pun, cukup sekadar faham post ini dan tidak perlu saya ceritakan semula)
  7. Dewasa (tiada had usia)

The rest, detailnya kita boleh bincangkan selepas calon dikenalpasti. Cuma saya boleh assure yang ini bukan scam macam ada VIP nak sponsor separuh, kena bayar separuh ke etc. Calon tak perlu bayar apa-apa. Kalau anda rasa ragu, mungkin ini bukan untuk anda. Jangan bimbang, penajaan ni takde tarikh tutup. Apply sahaja jika keazaman anda matching dengan kriteria yang saya ceritakan.

Untuk mengelakkan kesipuan, interview saya akan buat melalui phone (whatsapp call ataupun whatsapp mesej) dan jawapan saya kepada interview anda akan jadi salah satu dari tiga:

A) Saya doakan Allah makbulkan doa tuan dan menjemput tuan untuk mengerjakan umrah (TIDAK BERJAYA)

B) Saya akan masukkan nama tuan dalam senarai pendek dan akan hubungi tuan jika tuan berjaya. (SAYA PERLU MASA UNTUK BERFIKIR, TAPI BESAR KEMUNGKINAN TIDAK BERJAYA)

C) Tuan adalah orang yang saya cari (BERJAYA)

Mungkin juga ada akan dapat mesej seperti ini, mesej ini bermaksud, interview tidak akan dilakukan. Anda tidak kelihatan seperti orang yang saya cari. It’s not something wrong with you, it is with me. Jangan ambil hati. (Basically mesej ini mesej terakhir, saya tidak akan reply kepada sebarang mesej selepas ini, anggaplah mesej anda tidak dibaca dan jawapan ini auto reply)

“Maaf saya menerima terlalu banyak mesej berkenaan dengan tawaran penajaan ini jadi saya tidak dapat reply secara peribadi mesej anda. Anda boleh baca details mengenai requirement saya di …URL blog… ” (Hint: penerima mesej ini tidak memenuhi syarat ke 6).

Jika anda rasa post ini adalah untuk anda, boleh hantar e-mail ke [email protected] dengan subject line “Panggilan Umrah”. Cerita kan sedikit mengenai diri anda, merokok/vape atau tidak dan phone number untuk dihubungi.

Semoga Allah memberkati.

Umrah Season 2: T Minus 1 Day

Alhamdulillah, setelah dua tahun memasang niat akhirnya saya dijemput sekali lagi untuk menjadi tetamuNya. Mode umrah kali ini saya sendiri tidak jangka, kerana mulanya saya mahu melakukannya secara DIY.

Namun kerana kesulitan dengan visa dan saya tidak mahu lagi memanjangkan tempoh uncertainty tersebut, saya terus mendaftarkan diri dengan Al Quds Travel. Alhamdulillah ada hikmahnya. Kebetulan sekali, saya akan pergi dengan rombongan dari Pahang juga.

Dalam jangkaan saya, umrah adalah satu aktiviti yang private dan personal. Seperti mana umrah #1 saya. Lebih masa untuk refleksi, muhasabah dan munajat semata-mata kepadaNya. Adalah sengih-sengih dan berbual sedikit dengan jemaah trip yang sama, namun secara majoritinya saya lebih banyak menyendiri.

Saya ingatkan umrah #2 ini pun akan begitu juga. Namun perancangan Allah lebih lagi. Saya tidak pasti apakah hikmah dari trip umrah #2 ini, namun I look forward for it. Saya dapat rasakan camaraderie yang akan wujud itu. Namun begitu sebagai seorang introvert, saya tak expect akan bergaul banyak. Masih menyendiri, namun ada lebih attachment kepada group. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu saya sumbangkan kepada group ini. Majoriti adalah golongan warga emas, cuma mungkin ada 3 lagi pasangan yang lebih kurang baya saya dan isteri.

Jika umrah #1 alhamdulillah dapat saya kelaskan sebagai sempadan iman saya, dan jadi satu medan pembersihan diri dari keruh kepada yang lebih jernih, saya banyak berfikir sejak beberapa bulan lepas, apa yang saya mahu dan apa maknanya umrah #2 ini untuk saya.

Berdasarkan apa yang saya tebakkan, agak sukar untuk lawan level penjernihan umrah #1 kerana alhamdulillah saya rasa saya telah menjadi hamba yang lebih baik selepas umrah #1.

Hasrat saya agar umrah #1 ini dapat meneruskan penjernihan tersebut, semoga saya dapat menjadi seorang yang lebih betul-betul jernih selepas ini dan yang lebih penting adalah mengenai harapan yang saya bawa dan saya mahu dari umrah #1.

Jika dalam umrah #1, it’s about diri saya, dalam umrah #2 ini saya banyak bermisikan usaha untuk mengubah orang-orang disekeliling dan yang berinteraksi dengan saya. Ini satu cabaran berbeza.

Setelah saya fikir-fikir dan renungkan (lagi-lagi setelah bertugas di Iraq ni), kebanyakan masalah yang saya hadapi di dunia ini adalah dari manusia sebenarnya. Circumstances ataupun isu, secara relatifnya tidak besar. Tetapi cara manusia-manusia handle isu tersebut yang menyebabkan saya bermasalah. Jadi antara tujuan saya mengerjakan umrah #2 ini adalah antaranya untuk memohon kepada Allah supaya manusia-manusia ini, sesiapa sahaja, janganlah menyusahkan saya. Pulihkan dan rawatlah sifat dan sikap manusia-manusia ini supaya mereka tidak cenderung untuk menyusahkan manusia-manusia lain. Supaya kami semua dapat hidup aman damai, rukun dan bahagia.

Di samping itu, saya ingin jadikan umrah #2 ini sebagai hadiah dan tanda kesyukuran dari saya sebagai hambaNya. Limpah nikmat yang diberikan kepada saya sejak umrah #1 adalah lebih baik dari jangkaan. Doa-doa yang dimakbulkan, rezeki yang diberikan dan kehidupan yang saya rasa diberkati. Saya mahu jadi hambaNya yang bersyukur supaya nikmat-nikmat ini tidak terhenti malah ditambah-tambah lagi.

Inilah yang saya bawa. Agak sukar, tetapi sebab itulah saya mahu pergi umrah #2 ini. Untuk dapat suntikan semangat, kekuatan dan juga untuk mengadu dan bermunajat betul-betul. Jika ketika umrah #1 dulu, push factornya adalah situasi diri saya ketika itu, untuk umrah #2 ini, push factornya adalah manusia, stakeholder-stakeholder yang berinteraksi dengan saya dalam kelangsungan hidup seharian.

Jadi ada progression di situ. Pertamanya mengenai diri sendiri, sekarang mengenai manusia dan masyarakat sekeliling.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri

Ar-Ra’D:1

Nak ubah manusia ni sukar dan merupakan satu jalan yang mengundang kekecewaan, namun kerana saya menyedari betapa sukarnya jalan ini, sebab itulah saya terpanggil untuk umrah #2. I need divine intervention. Saya percaya, tidak ada apa yang mustahil dengan bantuanNya.

Ya Allah, berkatilah dan rahmatilah niat dan perjalananku ini. Jadikan aku dan isteri sebagai tetamuMu yang paling istimewa Ya Allah.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén