Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: November 2010

Bagaimana Untuk Hidup Senang Dan Gembira

Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah. Pertama saya sering dapat rasakan bila saya akan menang cabutan bertuah (adik saya pun ada cakap yang dalam ahli keluarga kami,saya yang paling selalu menang cabutan bertuah) dan kedua saya sentiasa dikelilingi oleh orang-orang hebat, sebahagiannya menjadi rakan-rakan saya yang sangat baik.

Untuk menyebut nama rakan-rakan saya ini satu persatu, memang tak habis. Ada yang saya telah kenali sejak di bangku sekolah! Jasa-jasa mereka ini tidak mampu saya balas dan ucapkan terima kasih. Ada yang sudah saya tidak jumpa sehingga sepuluh tahun tetapi mereka masih memikirkan (mengambil berat) saya. Ada juga dikalangan rakan-rakan saya yang begitu sabar dan memahami saya, walaupun kadang-kadang permintaan saya kebudak-budakan dan tidak masuk akal. Itu sahabat-sahabat saya yang lama. Kami membesar bersama-sama dan mereka banyak membantu perubahan dalam diri saya yang dulunya pendiam kepada seorang yang banyak cakap (mungkin mereka menyesal sikit dalam hal ini). :p

Kawan-kawan baru saya pun tidak kurang hebatnya. Mereka berperibadi hebat, amat memahami dan pandai pula membawa diri.

Sahabat-sahabat, jasa kalian tidak mungkin dapat saya balas. Terima kasih kerana sudi menyertai dan mengajar saya erti makna hidup ini. Semoga Tuhan memberkati dan mengurniakan sebanyak mungkin kebahagiaan dalam hidup kalian. 🙂

PESANAN EMAK SAYA

Dalam banyak-banyak pesanan emak saya, Ada satu pesanan beliau yang universal betulnya dan saya Cuba sedaya upaya saya untuk mengikutinya. Emak saya sering berpesan, mudahkan kerja orang, Tuhan akan mudahkan kerja kita. Which is very true.

Sebab itu biasanya jika orang meminta tolong saya atau jika saya melihat ada orang yang saya boleh permudahkan kerjanya, saya akan cuba. Tuhan sentiasa ada caranya sendiri untuk membalas perbuatan baik kita.

Tetapi jangan pula kita membantu orang lain dengan harapan supaya satu hari nanti kita Akan di bantu. Tidak semestinya bantuan tersebut Akan datang dari orang yang kita Bantu, tetapi mungkin juga datang dari orang yang tidak kita kenali. Jadi ikhlaskan diri.

Dalam banyak-banyak pertolongan yang kita boleh beri, pertolongan paling mudah dan cepat memberi kepuasan kepada kita yang saya rasa kita boleh beri adalah dengan menggembirakan orang lain. Di samping menggembirakan orang lain secara tidak langsung kita Akan turut menggembirakan diri kita sendiri. Saya paling suka melakukannya di waktu pagi. Ketika di LRT kebanyakan manusia tidak senyum dan kelihatan stress sahaja. Mungkin sebab kena pergi kerja kot. Jadi saya Akan cari seorang dua yang nampak macam memerlukan kegembiraan untuk disenyumkan. Lepas diorang dah balas balik senyuman tu, oklah tu. Jika anda observe baik-baik anda Akan lihat yang mamat or minah tersebut Akan tersenyum selepas itu (selepas 15 saat, jika dia jual mahal). Tapi ingat, tersenyum bukan tersengih! 🙂

Satu quote menarik yang saya jumpa mengenai perkara ini adalah;

“Love someone when they least deserve it because that’s when they need it the most.”

(bersambung sehari dua nanti)

Nasihat Berniat Baik Lebih Berbahaya Dan Sukar Ditangani Dari Kritikan

Jika kita dikritik, mudah bagi kita untuk menilai kritikan tersebut. Jika kritikan tersebut membina, ada sesuatu yang kita boleh ambil dari kritikan tersebut, kita boleh “note” dan anggap ia sebagai satu pengajaran untuk diingati. Jika kritikan tersebut sebaliknya pula, amat mudah untuk kita membakul sampahkan kritikan tersebut. Ia langsung tidak meninggalkan bekas di hati.

Namun tidak begitu mudah untuk kita menangani “nasihat” ataupun pendapat dari mereka yang berniat baik di sekeliling kita. Biasanya nasihat ataupun pendapat ini diberikan percuma (seriously!). Dari pengalaman saya yang terhad ini, kualiti nasihat biasanya akan meningkat sedikit (sedikit sahaja!) jika ia ada sedikit unsur kos (termasuklah jika membelanja orang tersebut, atau kita membayar bil telefon untuk membuat panggilan). Nasihat yang percuma? Ada yang sangat bernilai dan ada yang sangat berbahaya, anda perlu nilai sendiri. 🙂

Sebelum kita lihat bagaimana cara terbaik untuk kita menangani nasihat “berniat baik” ini, baik kita fahamkan dahulu apa nasihat berniat baik ini dan kenapa ia berbahaya.

Saya beri satu contoh nasihat berniat baik yang berniat baik, tetapi berbahaya;

1. Susah hendak import eksport barang ni. Kena deal dengan cukai, kastam, cari kapal, risiko kapal karam, insurans dan sebagainya. Lagi-lagi ko nak import barang dari China, orang kat China suka tipu jual barangan tiruan. First shipment je dia hantar barang betul, 2nd shipment bila kita order lagi banyak dia dah start buat cincai.

Kenapa dia berniat baik: Walaupun orang yang memberi nasihat tersebut tidak pernah melakukannya sendiri, tetapi beliau banyak mendengar dari cerita orang. Dan apa yang beliau katakan itu betul!

Kenapa nasihat ini berbahaya: Sebab walaupun susah, sukar dan komplikated, ia tidak bermaksud ia tidak boleh dilakukan. Tambahan pula, sukar tidak bermaksud anda tidak boleh melakukannya!


Sukar cuma bermaksud anda perlu bersiap sedia lebih untuk menghadapi segala kemungkinan. Strategi anda perlu lebih menyeluruh dan anda perlu lebih tenang dan yakin dengan persiapan dan kebolehan anda. Lebih-lebih lagi anda perlu tahu, apabila kita keluar dari zon selesa (comfort zone) kita, reward atau habuan yang menanti kita biasanya lebih lumayan.

Lebih hebat dari itu, anda akan keluar dari situasi tersebut sebagai manusia yang lebih baik.

Dan biar saya berkongsi satu rahsia: Biasanya membuat sesuatu itu tidak sesusah seperti yang ramai orang sangkakan. Stick with something longer, cover all possibilities, have contigency plan, biasanya anda pasti berjaya.

Satu lagi habit yang ingin saya kongsi: Apabila berhadapan dengan situasi sukar seperti ini, saya tidak pernah membayangkan atau terfikir yang saya akan gagal. Saya seratus peratus fokus kepada situasi tersebut dan “overclocking” minda saya, jika ada kesilapan atau masalah berlaku bagaimana untuk mengembalikan usaha tersebut ke landasan asal ke arah kejayaan. You can conjure miracles when you realize you have no other options. I have failures in my life sure, but I think my accomplishments are more abundance and frequent. Kalau gagal, no big deal. Learn from it. But most often than not this habit help me deliver miracles more often.

No point preparing for failure when you have not yet exhausted all your emergency plans. Better you focus that mind-share to make it work!

It’s not arrogance, fool hardiness nor over confidence. It is common sense.

Sebagai contoh, pilot tidak bawa kapal terbang dengan perasaan yang ia akan terhempas. Tetapi juruterbang mempunyai persediaan bagaimana untuk menghadapi situasi sukar dalam penerbangan. Jadi, apabila kapal terbang tersebut menghadapi turbulence ataupun cuaca buruk, pilot bersedia dan mempunya pelan bagaimana untuk mengatasi situasi tersebut.

Bahkan mereka mempunyai plan A, plan B, plan C dan kemungkinan lebih lagi. Jika plan A gagal, pilot tadi tidak akan kecewa dan membayangkan mereka akan terhempas dan berhenti berusaha. Sebaliknya dengan cepat beliau akan mengaktifkan plan B dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan plan B berjaya.

Dan itulah sebabnya kapal terbang adalah kenderaan yang mempunyai rekod keselamatan yang tinggi.

Ada kapal terbang terhempas? Ada.
Tetapi lebih banyak kapal terbang yang selamat dan berjaya mengatasi masalah dalam penerbangannya.

Ada kapal terbang yang plan A nya gagal? Sudah pasti.
Ada kapal terbang yang plan B nya berjaya? Sudah pasti lebih banyak.

Jika anda menaiki sebuah kapal terbang yang sedang dalam situasi kritikal setelah plan A gagal, adakah anda mahu juruterbang tersebut panik dan berhenti mencuba atau anda mahu pilot tersebut fokus, jangan panik dan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan plan B berjaya?

Jadi jangan berjudi dengan kehidupan anda. Diri dan kehidupan anda adalah kapal terbang tersebut, anda adalah pemandunya. Act appropriately.

Berbalik kepada cerita mengimport barang dari China tadi;

Memang sukar, tetapi ia berjaya dilakukan.

Kami ke China cuma tahu apa yang hendak dibeli. Kami tidak tahu dimana kedainya dan kami tidak tahu bagaimana untuk mengeksportnya dari China dan prosedur import setibanya barang tersebut di Malaysia.

Dan pada minggu hadapannya kami telah membuat bayaran komitmen untuk membuat jualan di sebuah shopping complex di Borneo (jika gagal menjual pada tarikh tersebut, boleh dikenakan penalti). Dan mengimport barang ke Pelabuhan Klang sudah susah, apatah lagi kemudiannya mahu menghantarnya ke Borneo (bukan seperti pos surat).

Walaupun kami tidak tahu, tetapi itu tidak bermaksud kami tidak bersedia. Kami study from the limited informations yang kami perolehi, nasihat yang kami terima (dengar tetapi tidak 100% percaya), devise beberapa emergency plans untuk kemungkinan yang terjadi, rehat secukupnya dan mentally prepared supaya di China nanti kami tidak panik.

Dan anda perlu tahu, orang di China 90% tidak boleh cakap Inggeris dengan baik ataupun tidak boleh cakap Inggeris langsung. Termasuklah usahawan-usahawannya. Penduduknya suka menjerit dan bandarnya sangat besar. Langsung tidak ada huruf English di papan tanda.

Dan saya pula tidak boleh berbahasa Mandarin atau Kantonis langsung, kecuali mungkin “Wo Ai Nee”… hehe… :p

Dan masalah pertama kami hadapi ketika belum pergi pun. Sepatutnya destinasi saya adalah Quanzhou, tetapi saya membeli tiket ke Guangzhou. Saya ingatkan ia tempat yang sama, cuma berbeza ejaan tempatan dan antarabangsa (seperti Wilayah Persekutuan KL dan KL), rupa-rupanya ia 9 jam perjalan jaraknya dengan keretapi!

Nahas!

Namun kami cepat-cepat fokus bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kami tidak sanggup untuk burn tiket (mahal!) dan tidak ada cara lain yang membolehkan kami ke Quanzhou. Kami berazam untuk cuba sedaya upaya di Guangzhou dulu dan worst case scenario kami akan flight dari Guangzhou ke Quanzhou. Nasib baik tidak perlu.

Itu cuma satu setback la, tetapi yang lebih penting misi tersebut berjaya dengan cemerlang. 🙂

Kami pergi semula ke Guangzhou tiga bulan kemudiannya.

It’s a thrilling journey and experience, but it is well worth it.

Berbalik kepada tajuk asal kita, nasihat baik yang susah ditangani. Contoh-contoh nasihat berniat baik tetapi berbahaya yang lain adalah, kita kena cari pengalaman sebelum memulakan perniagaan, kita pergi terlalu laju (bukan memandu), kita pergi terlalu perlahan, buat kerja ni susah, buat kerja ni senang, kita terlalu muda, kita terlalu tua dan etc.

Know this: Apa yang mereka katakan itu mungkin betul, tetapi ia tidak bermaksud yang kita tidak boleh melakukannya dengan jaya.

Saya pernah terbaca satu analogi yang saya amat bersetuju;

Ketika kita kecil, ibu bapa kita selalu berpesan. Jangan ikut orang lain sangat. Jika orang lain membuat sesuatu yang merbahaya (terjun dalam sungai, terjun bagunan), kita jangan ikut sama lakukannya. Tetapi apabila kita sudah dewasa, masyarakat expect kita untuk melakukan seperti apa yang orang lain lakukan. Jika semua orang terjun bangunan, jika kita tidak terjun kita akan dipandang pelik.

Ironi sungguh. Fikir-fikirkan.

Jadi bagaimana untuk kita menangani idea berniat baik ini: Take note of their advices, tetapi jangan jadikan ia sebagai panduan agung. Jangan jadikan ia penghalang untuk kita bergerak ke depan, sebaliknya gunakan ia sebagai sempadan di kiri kanan untuk memastikan kita sentiasa di laluan yang betul.

Tetapi, always be smart about it dan jangan jadi bodoh sombong.

Feel the fear, and do it anyway! 🙂

Sabri
Adventurer

My First Property Purchase

I have signed the deposit to purchase my first property last night. It’s a well managed condominium with a scenic view (I saw fireworks at night last weekend when viewing it), too bad it’s not the KLCC view. I got an awesome price for that condominium, it’s definitely below the market price.

Untuk sebuah kondo yang jaraknya cuma dalam 10 minit ke pusat bandar KL, saya amat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Harga sewaannya pun amat menarik dan padan dengan harganya. Saya bercadang, jika semuanya beres mungkin setahun dua lagi saya akan membeli satu unit lagi. Mungkin untuk diduduki sendiri pula (semestinya dengan pemandangan KLCC)

Cuma satu cons nya jika ada. Ia bukan terletak betul-betul di sebelah stesen LRT. Stesen lrt terhampir 15 minit dengan kereta.

Sekarang saya sedang meneliti pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan bank-bank. Sebelum bersetuju untuk membeli, saya telahpun membuat survey awal, namun tadi setelah melawat Maybank, CIMB & RHB, bank yang tiada dalam senarai awal saya pun, saya dapati pelan tawaran mereka tidak kurang menariknya. Cuma, yang sedikit mengecewakan pelan konvensional dan islamik mereka tidak jauh beza. Ia tetap berpandu kepada BLR.

Di Kuantan, saya akan selesaikan survey dan by Friday saya harap saya sudah boleh nampak bank yang mana satu wajar jadi pilihan. Selepas itu saya perlu finalize contractor untuk renovation dan peguam untuk S&P.

Beware of People Who Lump You With Others

Beware of people who tried to generalize you under certain labels. And those who although have good intentions but treat you like you are just another item in the assembly line.

You don’t need me to tell you that you are special. Hundreds of people before you might not be able to make it, but you definitely can. Whatever others are saying. Just… If you just commit to do whatever it takes.

Whatever it takes. And that alone put you a cut above the rest, because not many want it badly enough to do whatever it takes to get it done.

So, don’t underestimate yourself. Go!

Dah Lama Tak Bermonolog

1. Kebelakangan ni sekejap aku rasa macam masa berjalan lambat sangat. Rasa kalau boleh cepatlah sikit masa tu bergerak, tetapi bila teringatkan kerja yang menunggu, rasa macam cepat sangat pulak. Betullah macam quote yang aku pernah dengar sebelum ni. “.. h…. beats faster and slower at the same time”. Itu yang rasa masa cepat dan lambat sangat pada satu-satu masa tu ye.

2. Pagi tadi aku join sekali lagi Terry Fox run. Kali ini di Taman Tasik Titiwangsa pula. Cantik tasik ni. Adalah dalam 3 kilometer nak tawaf. Run tu patut tawaf sekali je, sebab aku banyak berjalan dari lari jadi aku buat lah dua round. Oklah tu kan? hehe.. :p

Ramai jugak orang pagi-pagi ni. Rasa macam nak jadikan satu habit pulak joging kat sana kalau weekend dekat KL (hari tu dekat Lake Garden fikir nak buat jugak, tapi tak buat-buat pun). :p

3. Lepas menghirup udara pagi yang kira segar tu, pergi pula ke library pulang dan pinjam buku. Pagi-pagi orang tak seramai macam biasa. Senang dapat parking, hidup macam bahagia je.

4. Lepas tu tepat seperti tekaan Sabriza, pergi makan roti canai. Bukan apa, dah lama sangat mengidam roti canai makan dengan sambal nasi lemak. Tapi makan sekeping Roti Telur banjir je tau. Ni pun tak lunch lagi. Harap lah kalori hari ni lebih sedikit diambil dari yang terbakar.

5. Sempat juga bermuhasabah diri. Bila fikir-fikir balik, berat badan aku dah maintain. Tak naik-naik dah. Jadi ini bermakna aku tak lah makan melebihi keperluan dah. Dah ngam. Jadi kalau aku nak kurus, aku kena kurangkan input.  Masalah yang paling utama yang menyumbang kepada majoriti kalori adalah makan banyak processed food sebenarnya. Makan kat kedai.

Hmm, ini problem. Nak masak sendiri tak padan dan tak berapa sedap. hehe… :p

Jadi apakah penyelesaiannya? Masih sedang difikirkan.

6. Masih dalam mode muhasabah jugak. Berfikir-fikir pasal diri sendiri dan masa depan. Rupanya aku ni takdelah keras hati sangat dalam satu-satu perkara. Kadang-kadang kalau ada reason yang logik dan rasional, aku boleh je tukar prinsip aku. Entah kenapa, aku sedang reevaluate prinsip “kereta” dan insurans aku.

Nothing definite yet. BUT, willingness to think about it for me is a good sign. Sebab kalau aku ni biasanya benda yang kita dah tahu jawapannya, aku tak suka dok fikir panjang-panjang. Just take action. Cuma kena ada argumen yang rasional lah sebenarnya untuk melembutkan keputusan-keputusan aku.

Maybe lepas Raya Haji akan separuh clear dan in one month akan bertambah clear.

7. Oh ya, orang yang kenal aku mungkin tahu. Satu habit buruk aku adalah suka bercakap dekat telefon waktu memandu. Justifikasi, sebab jimat masa. Lepas kereta berhenti boleh terus buat urusan-urusan lain. Dapat hadiah pagi tadi.

8. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan rahmat hidup yang best ni. Walaupun kena saman RM 50 pagi tadi (sebab u-turn di tempat yang tak patut sambil bercakap kat telefon~dengan mak), tapi hati tetap rasa gembira.

Walaupun kerja banyak menunggu Isnin nanti, tapi hati tetap rasa lapang.

Thank you Allah! 🙂

Sabri

———————-sambungan kemudian———————————-

1) Nama saya Sabri. Maksudnya kesabaran. Datuk saya yang namakan saya Sabri. Sebab saya lahir waktu tengah hari, jadi dia tak nak saya jadi panas baran (orang tua-tua). Dan betullah nama tu satu doa. Saya rasa saya agak penyabarlah.

Tetapi saya ada satu kelemahan. Mak saya cakap, saya, adik lelaki saya dan ayah saya pun ada penyakit ni. Ayat dia, “semua orang laki kat rumah ni ada penyakit selak”. Apa penyakit selak ni? Penyakit selak ni adalah penyakit excited terlebih. Kalau nak tu nak jugak.

Contoh kalau adik saya tu dia nak makan kek, mak cakap nanti dia pergi kedai dia beli, dia tak nak dengar. Dia sanggup ditinggalkan kat mana-mana bahagian bandar, jalan kaki pergi kedai tu nak beli kek. Sebab tunggu mak saya lambat sangat.

Same with my father. Same with me. Selak.

(Jika ini kali pertama anda dengar perkataan selak ini digunakan untuk maksud over-enthusiastic ni, selak dalam konteks ni local dialek kot. At least untuk orang Pahang la)

Saya tak tahulah selak ni benda yang bagus atau tak (dari ayat mak saya macam tak bagus je). Tapi tulah. Susah nak buang selak ni. Bila siang nak cepat-cepat malam. Bila malam nak cepat-cepat siang. Hilang rhythm badan.

Cuma bagusnya bangun tak de rasa nak mengeliat-ngeliat la, tak rasa ngantuk dah. Bangun pagi boleh terus melompat. Dekat office rasa tak leh duduk diam, nak cepat malam. Rasa bertenaga sepanjang masa. Adrenalin banyak.

Tapi jauh di sudut hati rasa tak best sebenarnya. Sebab kita tahu, kita tak rasa letih bila kita sepatutnya rasa letih. Kita hidup dengan lebih energetik dari biasa. 

Selak, selak.

Selak ni bagus in one thing sebab kita gung-ho, jadi biasanya ia berakhir dengan sukses. Dalam kes macam tu, memang berbaloi dan kepenatan memang tak terasalah kan.

Tapi pernah tak anda give your all, tiba-tiba tak dapat. Frust kn?

In my case and in my book, Tuhan jarang kecewakan kita kalau kita dah usaha dan minta dengan sangat-sangat. So jarang la frust. But waktu benda-benda tak sure ni, takut jugak dibuatnya.

Adrenalin selalu, tiba-tiba gagal. Flat nanti. Oh, hopefully tak la kan.

Selak-selak.

But the good thing is, I know I live with passion! Good stuff! 🙂

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén