Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: August 2010

Mahu Jadi Disenangi? Satu Rahsia Personaliti

I wish I could say that I am writing this during a peaceful morning from my apartment’s verandah overlooking KL City. At least with skyline like below.

pemandangan klcc

However, its not the case. I am typing this at my private corner (which is very good enough) overlooking a wall (something I gonna do something about).

Kuala Lumpur in My Opinion

Four years ago I cannot imagine living for more than one month in KL. For me, it is close to hell on earth. I wonder how others do it. The traffic jam, humidity, hutan batu, lack of beaches, no proper seafood restaurant etc. At that time I am staying in Ampang.

Now I live in a different part of KL, Gombak which I can say hundred times better that Ampang (depending on what you are looking after).

Cinemas and shopping complexes is 10-20 minutes away, so does office. LRT station is just 1-2 minutes walk. A lot of different restaurants which cater to various taste buds from all over the world.

It is still KL, but it is much more liveable.

Rahsia Personaliti Magnetik

Pernahkah anda berbual dengan seseorang dan rasa selesa untuk bercakap dan meluahkan banyak perkara kepada  mereka? Walaupun anda sebenarnya tidaklah selalu sangat bertemu, cuma selalu berkomunikasi? (zaman canggih kan, ada internet dan telefon)

Saya rasa ada dua perkara yang membuatkan kita rasa selesa:

1) Frankness – Jujur dan tidak hipokrit. Say what you mean and mean what you say. Tidak perlu berpura-pura baik, menjaga hati yang tidak jadi, etc.

2) Politeness – Tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh jadi tidak bertamadun dan mulut laser sangat. Jika kita bercakap tu, kita still kena maintain elegance and poise. Walaupun kita tidak berpura-pura, kita perlu mencari cara yang paling baik to soften the blow message kita tu.

So, that’s 2 short tips from me. Mula-mula rasa nak elaborate, tetapi cukuplah kot. Maybe next time. 🙂

Sabri

WoW! Exactly My Sentiment

Readers of this blog should know me quite well to know that I am no Samad. But we do share almost the same storyline. Just the “level” is different.

Luckily now somebody looks like eating their own humble pie. :p

What should I say? No comment. It happened everyday.

May God have mercy & bless the unfortunate guys who ends up with girls like these.

Sabri

Kisah 2 Peguam (The Tale of 2 Lawyers) & Other Short Stories

Ramadhan Ini

Saya amat bersyukur dengan prestasi saya ketika bulan puasa ini. Definitely beberapa langkah lebih baik dari Ramadhan lepas. Diharapkan segala yang baik itu dapat berkekalan sehingga selepas Ramadhan pun. Walaubagaimanapun saya notice yang Ramadhan kali ini tidak sesibuk Ramadhan lepas (saya ada rasa rugi sedikit), tetapi bila saya renung balik, ada hikmah rupanya.

Tahun lepas, Allah macam tahu je bulan puasa ni akan mensyahdukan saya, jadi Dia pun bagi la saya berjalan-jalan sibuk sikit pergi ke Sarawak, Singapore & China. Tapi tahun ni, Dia tahu saya dah boleh jaga diri sendiri dan sudah sedikit pulih, dia suruh stay di Malaysia sahajalah. Improvekan amal ibadat. hehe… 🙂

Apapun, I am grateful for the blessings.

Kisah 2 Peguam

Jumaat lepas saya pergi berjumpa dengan seorang peguam syarikat. Saya perlu clearkan beberapa proses cadangan dengan beliau untuk memastikan cadangan-cadangan kami tidak bersalahan dengan tatacara undang-undang (technicalities).

Antara sebab saya kena menghadap peguam tersebut adalah kerana one of my counterpart dari division lain telah dinasihati oleh lawyer beliau yang ada cadangan beliau boleh menyebabkan syarikat dicabar di mahkamah. Jadi ni kiranya nak second opinion la kan.

Peguam kami pula tidak bersetuju dengan pendapat peguam mula-mula tadi. Dia kata tiada masalah.

Teringat saya pada waktu zaman jadi pembahas dulu. Semua tajuk pun boleh di twist untuk memihak kepada pembangkang dan kerajaan. Senang sahaja. Bayangkan ada sekeping syiling. Seorang memang akan cakap dia nampak head. Seorang akan cakap dia nampak tail. Siapa yang lebih nampak meyakinkan, dia lah yang akan menang.

Sedar tak sedar, kita sering buat macam tu dalam hidup ini.

Seronok menjadi mangsa. Seronok juga menjadi pemangsa. Tak kira kita bersalah atau tidak, kita mahu dilihat kita tidak bersalah. Ego kita akan cuba “justify” alasan kita tadi. Dan kita akan mencari peguam (rakan-rakan) yang sependapat dengan kita. Kita akan mencari tanda-tanda dalam hidup kita untuk memberitahu diri kita yang kita membuat keputusan yang betul. Bahkan kita akan mencari tanda-tanda diluar hidup kita yang tidak berkaitan sekali pun dan membuatnya berkait semata-mata supaya kita rasa kita betul dan menghilangkan rasa bersalah dalam diri kita.

Tetapi adakah kita bersalah?

Kalau selama-lamanya kita kata pihak yang satu lagi tu bersalah, selama-lamanya lah kita akan jadi macam Israel dan Palestin. Saya tahu, ramai yang nak kata dia Palestin (mangsa). Tetapi sebenarnya jika anda asyik menjustify “kebenaran” anda, anda adalah Israel.

Kalau anda asyik menjustify yang anda adalah mangsa, maka anda adalah Palestine.

Siapa yang betul? Israel atau Palestine? Honestly, tak ada siapa yang tahu.

Tetapi yang pasti setiap hari, ada orang awam mati.

Siapa yang bertanggungjawab atas kematian tersebut? Bagaimana nak hentikannya?

Satu cara sahaja.

Bertanggungjawablah atas bahagian kesalahan anda. Bahagian kesalahan pihak satu lagi, biarkan dia.

Langkah pertama, own up your mistake.

Saya tak nafikan saya ada buat salah. Salah sebab saya terlalu percaya dan berkeras dengan apa yang saya percaya. Jika itu adalah salah, maka saya bersalah dan saya minta maaf. Semoga akan ada kedamaian di antara kita, walaupun hakikatnya saya sentiasa berharap yang Israel dan Palestine boleh bersatu macam dulu-dulu.

Sabri
Mungkin saya Palestine

10 Years Ago…

I was doing some work online when I found this. I remember it as something that happened almost 10 years ago. It was very sweet. It was our first big win. A lot of people expect us to win it, but not many thought we can pull it off. This news was featured in Utusan Malaysia, and another slight variation of it was featured in Harian Metro.

I remember Cikgu Yusof (our GPK HEM) put this under the glass on his table and put another laminated copy on the teachers’ room door. It stays there for a lot of months.

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, over 17 other schools in Hulu and Kuala Selangor emerge champion of SPLASH Challenge Trophy Debate 2001. YB Dato’ Haji Mohd. Mokhtar bin Haji Ahmad Dahlan, State Executive Councilor for Housing, Local Government, Squatters and the Environment, gave out prizes to the winners whose arguments for ‘Rakyat Malaysia adalah komuniti yang prihatin terhadap keperluan alam sekitar’ won them winning scores from the judges.

The objective of the debate is to provide positive exposure, motivate self development and instill awareness on environmental issues among the students. The debate will allow the students to heighten their thinking and astutely utilize the liberty of expressing their view and vision.

A total of 17 schools participated in SPLASH Challenge Trophy 2001, with the co-operation of the District Education Offices. SPLASH has also collaborated with the Department of Environment in proposing the final debate topic to the schools.

“The debate will teach the young on learning the importance of environmental protection and how they can be taught into practising good values on environmental conservation and rehabilitation among the young.” Encik Azmi Mat Nor, Chief Executive Officer of SPLASH said at the final round of SPLASH Challenge Trophy Debate 2001 this morning at Kuala Selangor.

“Given that the young generation will become the future forefront of our nation, we want to emphasise the importance of education and knowledge. We also comprehend the need to encourage mental development and emotional intelligence and due to this we have initiated several educational programmes in SPLASH Children Education Campaign (SCEC) this year.

“SPLASH intend to garner more participation in the debate next year if we receive encouraging response from this year’s debate. Positive development among the schoolchildren is a great concern to us and that is why we intend to hold numerous beneficial activities for them in our Children Education Campaign.” he said.

The debate is part of 3 components under SCEC 2001 comprising the ‘Anugerah Pelajar Cemerlang’ and SPLASH Environmental Club. The ‘Anugerah Pelajar Cemerlang’ will be awarded early next year after the UPSR, PMR and SPM results have been announced and SPLASH Environmental Club is in the process of setting up its activities with the authorities.

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor won RM1000 Cash Award, a set of computer including a printer, SPLASH Challenge Trophy, 4 individual trophies and certificates of participation. The 1st runner-up, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun, Tanjung Karang received RM800 Cash Award, 4 individual trophies and certificates of participation. Mohd Sabri bin Hassan Assa’ari from Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor won the Best Speaker award.

SPLASH will also ensure that SCEC 2001 which is a continuation of SCEC 2000 will sustain its efforts to help motivate for education excellence and develop character, mental and physical capability among the young in Hulu and Kuala Selangor.

PROUD WINNERS: Champion, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (right) and 1st runner-up, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjung Karang received cash awards, individual trophies and certificates of participation.
PROUD WINNERS: Champion, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (right) and 1st runner-up, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjung Karang received cash awards, individual trophies and certificates of participation.

You can read them here: SPLASH Website

Saya dah lupa sama ada kami Kerajaan atau Pembangkang. Tetapi saya masih ingat yang tajuk ini agak sukar. Bagaimana untuk membuktikan Rakyat Malaysia adalah Komuniti Yang Prihatin Terhadap Alam Sekitar sedangkan saban hari kes pencemaran berlaku? (waktu ini zaman kegemilangan Karam Singh Walia). Kes pencemaran hot, sama hot dengan kes pembuangan bayi sekarang.

Saya juga masih ingat yang untuk pertandingan ini, SEMASHUR hantar satu bas penyokong ke Kuala Selangor. Setiap seorang dari kami dibenarkan memberi nama 5 orang kawan untuk menjadi penyokong. Baki 20 tempat lagi adalah untuk ahli kelab Bahasa Melayu. Saya masih ingat beberapa orang yang kami bawa.

Terima kasih pada Salikin yang mengorganizekan penyokong-penyokong supaya dapat memberi sokongan moral yang konsisten untuk perlawanan tersebut. Bertanding di dewan sekolah lawan begitu mendebarkan (lebih-lebih lagi kerana perlawanan peringkat daerah Hulu Selangor dilakukan di SEMASHUR).

Terima kasih pada Nadialiyana dan Afiqah yang menceriakan suasana dan membantu mengurangkan stress kami. Its definitely team work.

Terima kasih juga tidak lupa kepada cikgu-cikgu pembimbing yang banyak membantu, memberi semangat, memberi peluang dan memanjakan kami. Cikgu Aisyah, Cikgu Zarul, Pn Zubidah dan Cikgu Yusof. I will not trade them for any other. 🙂

Saya masih ingat saat-saat keputusan diumumkan. Pada saya perdebatan itu 50-50. Tidak sengit sebelah seperti pertandingan peringkat daerah. Berdebar tu ada, tetapi tidak sangat. Saya rasa saya sudah memberi yang terbaik dan telah pulih dari prestasi buruk (ketika pusingan kedua peringkat daerah saya sangat teruk).

Ketika keputusan dibacakan kami semua duduk. Sebaik sahaja SEMASHUR diumumkan sebagai pemenang, seluruh rombongan bingkas bangun mengangkat tangan (slow motionnya masih terakam dalam kepala). Havoc.

Rasa-rasanya YB Mokhtar pun turut terjangkit dengan aura perdebatan tersebut. Dalam ucapan penutupnya beliau menjemput kami ke DUN Selangor untuk menyaksikan sendiri bagaimana persidangan DUN berjalan. Another wonderful experience.

Sabri
Debater Pencen

p/s: Oh ya, dalam gambar “Proud Winner” tu, I am the thin one. 3rd from right. Yup. Once upon a time ago, I am not as chubby nor as handsome as I am now. :p

Semua Yang Saya Tahu Mengenai Wang & Pelaburan

Adik saya bakal melangkah ke alam dewasa pada bila-bila masa sekarang (sebaik sahaja perangainya matang, sebab dari segi umur memang dah dewasa). Dan seorang lagi akan menurutinya dalam masa terdekat. Di samping itu saya melihat ramai rakan saya yang dapat memanfaatkan apa yang saya ingin tulis hari ini khususnya dan golongan profesional muda lain khususnya.

Mari kita bercakap mengenai wang. Mencarinya, menyimpannya, menggandakannya dan sedikit mengenai membelanjakannya. 🙂

Apa yang akan saya akan kongsi hari ini sedikit kontroversi dan ia 100% berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya selama ini. Ada yang tidak akan bersetuju.  Anggaplah ini sebagai satu lagi pesanan saya untuk adik saya. Anda yang lain bebas untuk memilih untuk menerima atau menolak pandangan saya ini. Saya cuma ingin membantu anda dari membuat kesilapan yang mahal. 🙂

Semoga bermanfaat.

Saya Ada Sedikit Wang Lebih, Ke Mana Saya Patut Laburkan Wang Saya Untuk Mendapatkan Pulangan Yang Baik?

ASB. ASB. ASB.

ASB adalah instrumen pelaburan terbaik, konsisten dan stabil untuk bumiputera di Malaysia. Ia memberi sekita 7% dividen dan 3% bonus (purata 10% setahun). Mempunyai had maksimum pelaburan sebanyak RM 200,000 seorang. Penuhi dahulu sampai penuh had ini, baru pandang pelaburan lain.

Ia bukan sekadar pandangan saya, tetapi Azizi Ali (jutawan hartanah & pakar kewangan peribadi di Malaysia) turut memberi nasihat yang sama.

Jika anda ada sedikit wang, go for this. Kalau anda ada banyak wang, baru pandang instrumen pelaburan lain.

Buat Pinjaman Untuk Loan ASB. Pegawai Bank Tawarkan Pada Saya, Dia Cakap Untung.

Tidak perlu. Dan tidak seuntung mana.

Ketika di universiti, minor saya adalah financial management. Dan saya sudah kira secara matematiknya, verified, melakukan pinjaman ASB dari mana-mana bank seperti yang ditawarkan pegawai bank tidak seuntung mana. Confirm. Noktah.

Pegawai bank tersebut mungkin akan bermain dengan logik anda dengan ayat ini. Jika kita simpan sikit-sikit setiap bulan, dividen yang kita akan dapat dalam sikit-sikit juga. Memang lama-lama, simpanan kita bertambah tetapi terpaksa tunggu lama untuk menikmati dividen yang tinggi.

Tetapi apabila kita membuat pinjaman bank untuk melabur dalam ASB, kita akan menikmati dividen yang tinggi dari awal. (imagine dividen RM 100,000 dan RM 6,000 pada tahun pertama=nampak jauh berbeza bukan?).

Kali pertama saya mendengar argumen ini, saya pun terpesona. Duit percuma. Siapa tak nak?

Tetapi, secara kasar untuk memendekkan cerita, inilah senarionya:

1) Senario A: Simpan RM 500 tiap-tiap bulan selama 25 tahun, setelah 25 tahun anda akan ada dalam akaun sekurang-kurangnya, RM 379,494.23

2) Senario B: Ambil pinjaman RM 100,000 selama 25 tahun, setelah 25 tahun, paling banyak dalam akaun anda akan ada, RM 271,371.63

Jika anda lihat senario B, memang duit anda telah lebih dari double. Inilah yang pegawai bank tadi akan suruh anda tengok dan buat anda terpesona. Tetapi, faham satu perkara. Ia double bukanlah sebab bank tadi, dan bukan sebab anda pandai membuat keputusan pelaburan. Ia double sebab pegawai-pegawai Permodalan Nasional Berhad (PNB). Anda pinjam bank ke, tak ke, ia tetap akan double, at least.

Tetapi anda patut lihat kepada perbezaan hampir RM 100,000 di antara senario A dan senario B. RM 100,000 itu anda mungkin akan hilang jika anda salah menerima nasihat.

Banyak pegawai bank akan cuba meremehkan apa yang saya tulis ini jika anda suarakan pada mereka. Mereka ada macam-macam hujah,  dan saya tidak dapat menyediakan anda dengan sepenuhnya supaya anda dapat bertanya soalan-soalan bijak kepada mereka, tetapi ingatlah  satu perkara, dalam apa-apa transaksi kewangan sekalipun, bank tidak akan rugi. Bank akan pastikan mereka untung dulu sebelum anda.

Hujah terakhir, mereka akan berkata  tak apalah bank untung. Asalkan anda pun untung juga. Betul, kalau untung tu berpatutan dan kita memang memerlukan pinjaman bank. Tetapi dalam kes pelaburan ASB, kita tidak perlu pun. Jadi ia sekadar seperti kita memberi sedekah RM 100,000 secara ansuran kepada bank.

Lebih baik anda beri sedekah kepada tu kepada orang miskin yang betul-betul perlu. Dengan RM 100,000 itu, berapa maahad tahfiz anda boleh tubuhkan. 🙂

Jika anda perlu lebih clarification, do your homework first and then only email me. I will be happy to explain in more details (but make sure you are mentally prepared to crunch more numbers). 🙂

Satu perkara tambahan yang anda perlu tahu, pinjaman ASB adalah satu bentuk pinjaman. Ia akan mengambil ruang “Credit Capacity” anda. Jika anda ingin membuat pinjaman dari bank (rumah, kereta, etc), salah satu kriteria yang akan diambil kira adalah “Credit Capacity” anda.

Biasanya Credit Capacity yang okay untuk bank adalah di antara 30%-50% dari gaji bulanan anda bergantung kepada profile anda.

Jika anda sudah membuat pinjaman ASB dan belum membuat pinjaman  rumah, ada kemungkinan amaun maksimum untuk pinjaman rumah yang anda boleh ambil terhad selagi anda tidak membayar habis pinjaman ASB tersebut. Jadi orang bujang yang ingin membuat pinjaman ASB 6 angka, berhati-hati. Kira betul-betul.

Ada pengecualian tak?

Hanya satu. Jika anda memang jenis orang yang tak boleh simpan duit. Ada duit je, gerenti habis. Ada duit je, habis. Memang tidak boleh simpan langsung.

Kalau anda jenis orang macam ni, anda buatlah pinjaman bank.  Walaupun rugi RM 100,000 dalam masa 25 tahun tetapi ia adalah satu cara paling murah untuk mendisiplinkan diri.

Bagaimana Pula Dengan Hartanah? Orang Kata Hartanah Tak Akan Turun Harga? Saya Hendak Beli Rumah dan Sewakan. Tiap-tiap Bulan Duit Sewa Masuk. Duit Sewa tu Saya Akan Gunakan Untuk Bayar Loan Bank. Jadi Saya Tidak Perlu Keluarkan Duit Langsung Tiap-tiap Bulan. Cuma downpayment sahaja.

Betul dan tidak.

Apa yang dikatakan itu betul. TETAPI ada satu perkara penting.

Jika ayat diatas diutarakan setelah anda membaca, belajar dan menganalisis betul-betul kenyataan di atas, anda betul. TETAPI, jika anda hanya mengulangi ayat tersebut kerana kawan anda bercakap mengenai hartanah dan anda rasa ia membuatkan anda nampak lebih cerdik, perenggan tersebut SALAH.

Saya tipu ke? Macam mana ayat yang sama tetapi diucapkan oleh orang yang berbeza jadi betul dan salah.

Begini. Hartanah ada banyak jenis. Ada rumah teres, apartment (yang murah), kondominium (yg mahal) dan hartanah komersil sebagai contoh. Ada yang freehold dan ada yang leasehold. Ada yang di jual dari developer dan ada yang dijual dalam secondary market.

Setiap hartanah mempunyai strateginya sendiri.

Ada jenis hartanah yang amat sesuai untuk anda beli untuk “capital appreciationnya”.

Ada jenis hartanah yang amat sesuai anda beli untuk “cash flow”nya (disewakan).

Salah beli, anda akan menanggung negatif cash flow (kadar bayar balik kepada bank lebih tinggi dari kadar sewaan). Jika negatif seratus dua ratus, tak apa lagi. Bagaimana kalau negatif sehingga RM 500-700? ~tidak mustahil DAN selalu terjadi.

Salah beli juga, anda terpaksa menunggu 25 tahun untuk hartanah anda naik harga RM 20K. Sanggup? (bayangkan dengan ASB dalam tempoh 25 tahun, wang anda meningkat 300%)

Jadi adakah hartanah tidak menguntungkan?

Bukan. Hartanah sangat menguntungkan. Kepada orang yang tahu apa yang dilakukannya.  Hartanah ini seperti mesin gan. Anda boleh memburu dan menembak beberapa ekor rusa sekaligus, dan anda juga boleh menembak kepala anda sendiri sehingga berkecai.

Bagaimana untuk memastikan anda menembak rusa dan bukan kepala sendiri?

Dengan belajar menggunakannya.

A good start adalah denagn membaca buku-buku Azizi Ali.

Mahu tahu tips dan teknik yang saya gunakan secara lebih spesifik? Saya akan explain di bawah (cara saya).

Unit Trust? Kawan Saya Kata Unit Trust Untung Gila. Lagi Untung dari ASB.

Ini paling lucu sekali. Sekarang ini nasib baik ekonomi merosot, kebanyakan unit trust yang lama sedang rugi. Jadi ejen-ejen unit trust senyap sikit. Kalau tidak, mereka galak.

Beginilah saya kata. ASB pun adalah sejenis unit trust. Penuhkan ASB (200,000) dulu. Lepas tu baru pandang unit trust ni.

Strategi Pelaburan Saya (Cara Saya)

Saya berpegang kepada dua prinsip. Pertama, “opportunity of a life time comes every week” dan kedua, “Some of Your Best Investments are The One That You NEVER Take”.

Objektif/Overall Strategi Wealth Creation saya:
Untuk Mengumpulkan Kekayaan Dalam Tempoh Paling Cepat. Saya PUN tidak mahu sudah tua kerepot baru dapat pergi Paris, melancong ke seluruh dunia etc. Tetapi pada masa yang sama, saya tidak mahu mengambil risiko terlalu besar. Saya tidak mahu put all egg in one basket. Saya mahu walau apapun terjadi, saya masih ada substantial amaun sebagai safety net.

Strategi Wealth Creation Saya:
Fundamental (Low Risk): ASB.
Semua income yang saya terima, saya akan tolak  beberapa puluh percentage untuk dimasukkan ke  dalam ASB.

Ini adalah safety net dan juga aset utama yang membina net worth saya. Ini adalah foundation.

Situasi sekarang: So far, so good. Performing very-very well.

Speculation (Medium Risk): Gold
Ada beberapa pendapatan once-off saya yang saya gunakan untuk membeli emas (setelah ditolak ASB).  Ada spekulasi mengatakan harga emas akan berganda dalam tempoh beberapa tahun. Dengan keadaan ekonomi dunia yang kucar-kacir dan kadar inflasi semakin meningkat, emas dikatakan inflation-proof.

Saya tidak pasti apa yang dispekulasikan itu betul atau tidak. Tetapi saya rasa ia ada merit (saya tidak cadangkan untuk anda).

Kebetulan saya ada lebihan wang untuk dilaburkan. Dan saya mahu inflation proof pelaburan saya, just in case recession berpanjangan. Saya buat satu strategi di mana saya mula melabur dalam point yang saya mahu, dan saya akan keluar (jual pelaburan ini) dalam point-point yang saya telah tetapkan dalam strategi saya. Saya juga tidak akan terpengaruh dengan emosi dan membuat pelaburan tambahan kecuali atas merit yang betul-betul kukuh.\

Saya menanti 2012 untuk melihat sama ada keputusan saya untuk melabur dalam emas ini betul atau tidak.

Situasi sekarang: Just okay, 2-5% capital appreciation.

Opportunistic (Medium Risk): Stock.
Saya melabur dalam saham sekadar untuk belajar. Transaksi saya yang pertama, untung gila. Tetapi portfolio saya bantut dan mengecut selama dua tahun. Awal tahun ini, ia recover. Selepas itu saya trauma sekejap sebelum saya revamp kembali portfolio dan strategi pelaburan saya.

Saya tidak akan tambah pelaburan saham lagi. Apa yang ada sekarang, itulah yang saya akan gunakan. Saya masuk dan keluar pasaran dengan tidak berapa berdisiplin. Saya ada beberapa target yang sederhana untuk dicapai dengan portfolio saya ini.

Situasi sekarang: Just okay. 2-5%, dividen+capital appreciation.

Accelaration (High Risk) : Business
Saya terlibat dalam beberapa perniagaan sendiri (bukan MLM dsbnya). Ini adalah syarikat saya/partner saya dan kami membangunkannya. Sangat best dan menyeronokkan.

Tetapi bukan untuk semua orang. Ingatlah, high risk, high return.

Saya pernah menjana 5 angka dalam masa yang amat sekejap, dan juga “burn” 5 angka dalam masa yang amat sekejap juga (4 bulan sahaja). But it is fulfilling dan menyeronokkan. Selain satu-satunya cara yang kredible untuk menjana kekayaan dalam masa yang singkat.

Jadi, inilah strategi saya dan inilah portfolio saya. Diharapkan anda dapat belajar sesuatu.

Kenapa saya tidak melabur dalam hartanah?

Saya hendak. Dan saya sedang mencari-cari hartanah pertama saya. Saya ada target price dan target location. Saya tidak akan membayar lebih dari apa yang saya target itu. Saya tidak akan beli hartanah sekadar untuk beli. Selagi saya tidak berjumpa dengan hartanah yang saya cari, saya tidak akan melibatkan diri.

Last but not least, pelaburan yang paling baik adalah pelaburan dalam diri anda. Jadi melaburlah untuk memandaikan diri anda dahulu. Selepas itu, baru melabur dalam pelaburan-pelaburan lain.

Good luck!

Sabri

p/s: Satu lagi perkara penting. The more you give, the more you will receive. Jangan lupa banyakkan memberi. Mulakan dengan membayar zakat pendapatan (bukan sahaja zakat fitrah time raya!). Zakat pendapatan dipotong dari gaji anda. Hubungi HR di tempat anda untuk membuat potongan setiap bulan. Ia dikecualikan dari cukai.

Saya belajar satu perkara dari mentor saya dan it works so far for me. Jangan bayar zakat pada nilai pendapatan anda sekarang, tetapi bayarlah zakat tersebut pada nilai pendapatan yang anda mahu capai 2 tahun dari sekarang. Saya dapati banyak urusan saya dipermudahkan dan belum pun sampai 2 tahun, saya betul-betul telah mencapai nilai target saya itu. Cuba try! 🙂

A Short History of Everything

Teater/Live Shows

Sebulan kebelakangan ini saya agak kerap menonton teater/persembahan “live”. Walaupun saya ni sentimental sikit, tetapi saya bukanlah orang seni. Jiwa saya tidak halus langsung. Mulut saya masih tidak ada insurans, dan hati saya masih kenyal (bukan keras), hehe.. 🙂

Minggu ini saya menonton dua persembahan, Mek Mulung- Dewa Muda di Dewan Filharmonik PETRONAS dan Cuci The Muzikal di Istana Budaya. Kedua-duanya amat memuaskan. Saya bagi A la.

Kenapa saya suka persembahan teater? Apa beza filem dan teater?

Filem menarik juga, cuma feel menonton teater adalah berbeza. Jika teater tersebut dipersembahkan dengan baik, kita seolah dapat rasakan realiti sedang berlaku dihadapan kita. Kita selangkah sahaja lagi dari masuk campur dalam “cerita” tersebut.

Bayangkan begini, jika dalam sebuah filem yang hebat macam mana sekalipun, dan pelakon jahatnya sangat menjengkelkan sehingga hidup watak, kalau kita baling telur pada skrin, cerita tersebut tidak akan berhenti. Ia akan terus bermain. Pelakon jahat tersebut tidak akan ter-effect sedikit pun dengan balingan telur tadi. Dia kisah pun tidak.

Tetapi dalam persembahan teater, kalau kita baling telur kepada pelakon watak jahatnnya, confirm jalan teater tadi akan berubah. 🙂

Bukanlah bermaksud saya hendak membaling telur ke pentas, tetapi perasaan yang memberitahu kita boleh melakukannya dan mengubah jalan cerita itu menjadikan kita rasa kita sebahagian dari persembahan.

Very much like life. Tak kisah bagaimana best atau tak bestnya life. Walaupun kita rasa hidup kita macam dalam movie (so unreal, etc), kalau kita ambil sebiji telur dan baling kepada sesiapa mesti satu kejadian spontan yang tidak dijangka akan berlaku.

That’s why I enjoy watching teater. The feeling that you have when you know you can affect the outcome make the show much more enjoyable. 🙂

Being Self Concious

I could not speak on behalf of others, but I do believe that I am a bit self conscious about myself, a little bit more than the average person. Selectively self conscious, that is. Sometimes I can be so worried thinking about how others perceive, sometimes I am just too ignorant to what others might feel.

Although I must admit, I try to not bother very much about what people think about me. It makes life easier. For me, I want to be known as a direct, inspiring person who bring positive energy and radiate it to people around him. With me, what you see is what you get.

[…to be continued. I lost my train of thoughts. Grammar out dan ayat pun berterabur. hehe] 😉

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén