A-Type Geek, All Around Family Man

Month: March 2021

The Bold Type

Saya tak suka tengok series.

OK, let me rephrase. Saya cuba avoid untuk tengok series as much as possible. Sebab bila kita tengok satu episod, ia telah direka untuk hook kita dengan episod seterusnya, lagi dan lagi. Sedar-sedar sudah berapa jam kita habis binge-watching.

Berbeza dengan filem yang kita tahu, 2 jam -3 jam. Akan setel.

Cuma kadang-kadang, ada masa tertentu yang saya purposely cari & tengok series yang nampak macam best di Netflix. (e.g. first MCO, kuarantin balik Malaysia, etc).

Kali ini series “A Bold Type” appear di Netflix saya. Dan saya menontonnya. (dan vicious cycle series tu pun bermula. One episode after another).

Ia mengisahkan mengenai kehidupan tiga staffs di sebuah majalah wanita. Saya enjoy jugalah cerita mengenai workplace ni (tak lah suka sangat sehingga mencari, tapi bila dia appear tu, boleh lah enjoy). Ia berkongsi latar yang hampir sama dengan filem “Devil’s Wear Prada” dan to some extent yang jauh sikit “The Intern” (Robert De Niro & Anne Hathaway).

Saya terpanggil untuk menulis mengenai series ini sebab ia menarik. Okay, boleh avoid all the controversial stuffs, some of the main characters are feminist. And it broach on sensitive issue macam lesbianism. If you are easily offended, please don’t watch this.

For me, apa yang interesting dan menarik adalah office dynamics. Walaupun berkongsi latar yang sama, tetapi ia completely opposite “Devil’s Wear Prada”. Di sini bosnya Jacqueline Carlyle, sangat nurturing. Sangat professional, penyabar, berkarisma dan berjaya.

Dan kita boleh tengok, the work pressure is very intense. Tetapi dengan adanya bos macam ni, it makes work much easier and enjoyable.

From my own experience, there are bosses like this in the real world. There is. Cuma, agak too good to be true lah. Every episode ada problem dan Jacqueline relax je advise anak buah dia (main character) dan maintain her cool, walaupun ada masanya anak-anak buah dia degil. In the real world, kalau banyak sangat issue, hehe… sendiri faham lah.

One observation I must pen in as well, in real life bos yang caring, understanding dan berkarisma ni, diorang jaranglah high flyer. Ada juga seorang dua yang high flyer (maybe), tapi most don’t. Maybe nice guys (and girls) memang selalu didn’t get the corner office kot. Jacqueline Carlyle in this story are both a great boss and successful.

One last point, bila latarnya adalah suasana pejabat majalah wanita (Scarlet), dan castnya majoriti wanita, sudah tentulah suasana pejabatnya 90% wanita. Dan friendship yang ditonjolkan, solid. Tidak ada episod backstabing or bitchiness yang kerap menjadi stereotype apabila wanita bekerja dengan wanita. So it bagus. Walaupun latarnya cliche, it is surprisingly refreshing.

Disclaimer. Saya baru dekat nak habis Season 1. Saya tak tahu sama ada nak continue Season 2 atau tak. Maybe yes, maybe no. (bukan sebab tak best, tapi sebab saya nak avoid addicted as much as I can).

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.

Iraq 0802 : Kebobrokan

Di rotation ini saya berpeluang menjejakkan kaki ke bandar di sekitar. Bandar Al Rifai dan juga Bandar Qalaat Sukkar untuk lawatan tapak projek. Kedua-dua bandar ini sebelum ini sukar saya gambarkan, baik dari segi lokasi, suasananya, bahkan dari segi kewujudannya.

Apabila menerangkan mengenai kedua-dua bandar ini kepada keluarga di Malaysia, saya sering memberi analogi perbandingan Kerteh, Kemasik dan Kemaman. Tapi, mungkin saya akan menceritakan mengenai kedua-dua bandar ini kemudian.

Sekarang saya ada jadual penuh tugasan yang terlalu padat yang perlu diutamakan. Secebis tulisan ini cuma escapism setelah buntu idea untuk menyiapkan kertas kerja.

Saya sudah lama tidak pening kepala atau stress, terutamanya di sini. Tetapi kini ia datang semula. Berat. Harapnya cuma sementara. Sekarang baru saya faham kenapa apabila seseorang itu semakin lama di sini, mereka semakin menyampah dengan kebobrokannya.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén