A-Type Geek, All Around Family Man

Category: Iraq Page 1 of 2

Iraq 1001: Tidak Sangka

Dalam banyak-banyak TOD, ini kali pertama saya rasa agak berat hati sebelum bertolak. Kebetulan pula tarikh inbound saya beberapa kali ditangguhkan akibat kelewatan mendapat approval visa.

Alhamdulillah, isu visa telah selesai. Pada masa yang sama, saya juga disedarkan kembali dengan hakikat bahawa perancangan Allah itu yang terbaik. Dengan penangguhan tarikh berlepas tersebut, saya berpeluang menguruskan hal-hal luar jangka yang timbul di Malaysia.

Di sini saya lihat ada satu fenomena yang mulanya saya sukar faham. Menjelang tahun kedua dan ketiga, biasanya staf mula mencari-cari jalan untuk balik.

Memandangkan saya enjoy bertugas di sini, fenomena ini agak pelik untuk saya. Namun sekarang setelah bertugas buat beberapa ketika dan berpeluang untuk merasai cabaran bertugas di sini, saya memahaminya.

Jangan salah sangka, saya masih suka dan seronok bertugas di sini. I will not trade this opportunity for any other opportunity that I have in Malaysia (so far), tapi saya terpaksa akur, yang cabaran itu wujud.

Di samping itu, saya juga tidak kebal dengan tekanan akibat polisi MCO kerajaan. MCO 1, superb time for family. Time to recharge and reconnect. MCO 2, tak terasa sangat. Tetapi MCO 3 memang mencabar. Dengan tak boleh merentas daerah/negeri, aktiviti luar yang terhad, ia menyumbang kepada banyak jenis tekanan.

Saya ingin menulis lebih banyak mengenai apa yang sedang terjadi, tetapi maybe ia lebih baik di tulis pada masa depan, with more perspektif.

Semoga akan ada penyelesaian yang terbaik untuk semua selepas ini.

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.

Iraq 0905: Vaksin

Alhamdulillah, saya telah mendapat slot untuk appointment vaksin pada June nanti.

Saya telah mendaftar di Mysejahtera agak lama, sejak pendaftaran dibuka. Memang lama untuk menanti giliran, dan saya tiada masalah untuk menunggu. Saya faham yang sebagai orang muda, memang giliran saya akan tiba lama lagi.

Namun, dengan kenaikan kes positif Covid secara mendadak di Malaysia sejak sebulan lepas, dan dengan pertambahan kenalan saya yang sudah menerima vaksin apabila vaksin Astra Zeneca ditawarkan secara sukarela baru-baru ini membuat saya gelisah. Tambahan pula saya boleh dikategorikan sebagai berisiko tinggi kerana berinteraksi dengan staf-staf local dan juga dalam perjalanan dalam kapal terbang merentas benua yang kerap. Anything can happen. Bahkan sudah beberapa rakan-rakan saya yang positif Covid ketika bertugas. Yalah, kalau Ketua Pengarah KKM pun dah mula pakai double mask ketika sidang media, kalau kita rakyat biasa masih degil dan tak takut lagi, tak tahu nak cakap apa lah.

Jadi baru-baru ini ketika pendaftaran sukarela untuk vaksin Astra Zeneca dibuka untuk kali kedua, saya turut mendaftarkan diri. Bagus juga ia diumumkan beberapa hari awal. Saya dan kawan-kawan berbincang mengenai pros & cons, tarikh yang sesuai (memandangkan jadual tugas kami yang tidak mudah untuk merancang beberapa bulan ke hadapan), dan tepat jam 12 tgh hari Malaysia (7 pagi di sini), kami terus berpusu-pusu mendaftar. (pendaftaran bermula lewat 15 minit, tetapi kami tetap menunggu dan berjaya menjadi antara orang pertama yang mendaftar).

Memang ada hiccup, bahkan ada 2-3 yang tidak berjaya menempah slot, tetapi majoriti kami berjaya. Sebab dari malam tersebut kami dah ready. Save address, set tarikh, tarikh alternatif dan sebagainya.

Cuma tempoh penantian sebelum mendapat appointment tu memang menyakitkan hati dan merunsingkan jiwa. Mengikut statement di laman web, setelah berjaya kami akan diberitahu mengenai temujanji suntikan vaksin tersebut dalam tempoh 48 jam. Dalam tempoh tersebut, cuma seorang rakan kami menerima notifikasi. Berbelas-belas yang lain tiada respons. Saya ingat telah gagal.

Alhamdulillah setelah empat hari, akhirnya tarikh yang ditunggu telah diterima. Lega sikit rasa. Saya juga berkesempatan untuk mendaftarkan isteri saya. Manakala parents saya telah lengkap dua dos kerana mereka termasuk dalam golongan warga tua berisiko. Jadi pendaftara Mysejahtera mereka secara normal telah diproses.

Untuk adik-adik saya pula, kesemua mereka telah mendaftar untuk AZ dalam fasa pertama (Ummairah di fasa kedua), jadi alhamdulillah. Apa yang saya perhatikan, dalam isu vaksin ini di dalam kelompok mana kita berada sangat memainkan peranan.

Kalau kita berada di dalam golongan pro-vaksin, kemungkinan besar kita pun akan pro-vaksin dan rasa takut jika tidak vaksin. Jika kita berada dalam golongan anti-vaksin, kita akan takut untuk divaksin.

Samalah seperti apa-apa dalam hidup ini. Kita adalah cerminan kawan-kawan rapat kita. Jadi, pilihlah kawan-kawan anda wisely.

Iraq 0904: Muntah

Beberapa hari lepas buat pertama kalinya saya muntah di sini. Dipercayai berpunca dari angin, puasa lama tak makan dan ketika berbuka tu saya berbuka sambil meeting jadi, agak rushing.

Beberapa jam saya cuba bertahan, berguling namun setelah sapu minyak panas di perut, akhirnya saya muntah jua. Actually selepas muntah tu baru lega sedikit.

Perasaan ketika melawan senak perut tu buat saya teringat Kembali, kenapa pentingnya perlu pastikan kesihatan optimum di sini. Sakit ketika di sini memang amat menyeksakan. Prevention is always better than cure. Diharapkan tidak ada lah sakit lain lagi yang saya alami sepanjang tempoh berkhidmat di sini.

Sehingga hari ini perut saya masih tidak berapa selesa dan saya berjaga-jaga dengan amaun dan apa yang saya makan. Semoga cepatlah ia stabilize sebab saya perlu habiskan puasa enam saya. Plus tak nak ada masalah di dalam perjalanan balik nanti. Insyaallah.

Iraq: Pre-Departure #05

Sedar tak sedar, saya akan memulakan Tour of Duty #5 malam ini, selepas melalui proses mini-kuarantin pre-departure selama 4 hari. Rupa-rupanya, saya tidak mencoretkan apa-apa ketika ToD#3, dan ketika ToD#4 saya hanya mencatatkan sesuatu sebelum bertolak.

Bila saya reflect balik, mungkin ada beberapa sebab. Pertama, sebab jadual yang penuh (alasan klise), kedua mungkin ketika ToD#3 saya baru balik dari Umrah dengan senggang yang sedikit, banyak refleksi sudah di download ketika Umrah jadi tidak banyak untuk ditulis ketika ToD#3 dan yang ketiga yang saya rasa ada kaitan, kerana ToD#3 dan #4 berlaku ketika musim winter.

Walaupun musim sejuk adalah musim favourite saya, tetapi dari segi kitaran hidup seharian, saya syak ia merubah sedikit kebiasaan saya. Terutamanya waktu malam, tiada lagi “border” di antara masa dengan gajet dan masa bersedia untuk tidur (ketika summer, solat Isyak).

Begitu juga dengan waktu subuh, ketika winter waktu subuh pendek dan tidak ada waktu untuk tidur selepas subuh.

Kalau difikirkan secara logik, memanglah musim sejuk lebih baik dari musim panas dari segi hidup berjadual. Tetapi untuk saya yang perlu border “relatif” dan fleksibiliti, mungkin musim panas lebih baik.

Tak apa, kita tengoklah ToD#5 ini sama ada hipotesis ini betul atau tidak.

Moving on kita sedang hidup dalam dunia new-normal, pasca Covid-19. Ketika dalam tempoh kuarantin ini, saya start masuk gear dan ada lebih masa sedikit untuk refleksi diri.

Bila saya lihat balik post sebelum ini mengenai nikmat dunia itu subjektif, saya sekali lagi diingatkan, how true it is! Alhamdulillah, saya dapat kuarantin dalam keadaan yang selesa dan privasi. Dulu setting seperti ini saya hanya dapat nikmati dalam mimpi, kemudiannya menikmatinya secara terhad. Sekarang dapat “terkurung” di tempat yang pernah saya suka, macam burung dalam sangkar emas.

Apa pun, saya bersyukur dapat jadi burung tersebut.

Dulu jika duduk di hotel, saya suka set aircond pada suhu paling rendah. Biasanya 16c lah. Nak maksimakan keselesaan kononnya. Tetapi sekarang sudah dua hari saya offkan aircond di waktu siang. Takut demam kalau julat suhu melampau (dalam bilik sejuk dan bila keluar panas sangat). Kalau waktu kecik dulu ada orang bagitau saya yang saya tak prefer aircond sejuk-sejuk sangat, mesti saya tak percaya.

Ke saya dah tua?

Anyway, doakan saya selamat pergi, bertugas dengan cemerlang dan selamat pulang.

Iraq 0201

Alhamdulillah.

Ketika dalam rotation pertama saya cuba untuk menerapkan habit untuk membuat sedikit catatan pada hari Jumaat. Namun saya terlepas untuk minggu pertama rotation kedua ini kerana sedikit occupied. Pleasantly occupied.

So far minggu ini full tetapi ada kepuasan bekerja. Sesuatu yang honestly sudah lama tidak dirasai.

Subuh masuk pada jam 4.40 pagi, just nice untuk memberikan saya sedikit masa untuk kembali melakukan morning walk dan ada extra 30 minit lebih untuk membaca.

Isyak pula masuk awal, jam 7.10 jadi pada waktu malam saya juga mengubah sedikit jadual malam dari menghadap gajet/komputer kepada lebih waktu untuk membaca. Saya perlu tidur sebelum jam 10 kerana esoknya perlu bangun sekitar jam 4 dan tidak tidur lagi selepas Subuh. (jika dalam rotation pertama, solat Subuh masuk pada pukul 3 pagi lebih, jadi ada masa untuk tidur kembali sebelum saya memulakan morning ritual saya pada sekitar 5.30 pagi).

Semoga suasana ini berterusan. Aminnn.

Iraq: Minggu #6

Alhamdulillah, I did it!

A trial by fire. A rite of passage for the lucky (or unlucky) one. The maximum period allowable under fatigue management policy. Subsequent tour of duty shall be easier, insyaallah.

It feels like my prayers during Ramadhan were answered. Alhamdulillah.

Onwards!

Perubahan Itu Sukar Tapi Perlu

Bila ditanya adakah saya risau untuk berpindah ke Iraq, jawapan saya konsisten. Saya tak risau untuk pergi ke Iraq, saya risau untuk yang ditinggalkan.

Setiap kali saya menerima email atau WhatsApp dari Malaysia berkenaan kerja, hati saya gundah gulana. Boleh affect rhythm untuk hari tu. Yalah, dengan perlu focus dengan perkara di sini lagi, saya harap sebenarnya kawan-kawan dan team di Malaysia boleh carry on the struggle di Malaysia seolah-olah saya tidak pernah ada di sana. Mereka boleh sebenarnya. Banyak benda yang saya pun tidak tahu, sama macam mereka. Cuma berdasarkan kepada pegangan, mesti ada sebab benda tu dibuat (a.k.a sangka baik) dan cari jawapannya. Jika di cari benda yang baik, kita akan jumpa jawapan yang baik. Jika di cari benda yang salah, kita akan jumpa jawapan yang salah. Sebab interpretation orang macam-macam. Senang je.

Saya berat hati untuk cakap tak tahu ataupun untuk tidak membantu, sebab emak saya selalu pesan, permudahkan kerja orang. Nanti Allah permudahkan kerja kita. Plus kadang-kadang sesuatu itu mudah untuk kita, tapi sangat susah untuk orang lain. Jadi mana benda senang-senang tu, tolong je lah.

Tapi bila selalu sangat kita buat macam tu, keadaan jadi terlalu bergantung kepada kita. Bottleneck tu akan jadi pada satu point. Ini tidak bagus. Tidak bagus untuk keseluruhan system dan juga tidak bagus untuk bottleneck itu sendiri juga.

Saya faham keadaan di sana. Jika ketika saya ada pun, pressure dan load itu pun sudah amat berat dan menekan, inikan pula selepas perpindahan keluar personnel. Ada yang dengan replacement, ada tanpa ganti. Workload itu lebih punishing.

Namun jika saya berterusan carry sedikit load tersebut dari jarak jauh sekalipun, kebergantungan itu akan berterusan dan mungkin akan lebih parah kelak. Lebih teruk jarak yang jauh menyebabkan saya tidak dapat membantu dengan efektif. Time invested will not be proportionate dengan result harvested. Tambahan pula, load di sini pun agak banyak yang saya perlu turut carry.

It’s hard for me to say no. Dan memanglah saya tidak akan kata no. Saya akan tolong, sebab saya yakin dengan tolong orang, Allah akan tolong kita. Cuma kadang-kadang saya terfikir juga. Walaupun kena dump tu pedih sangat-sangat, tapi it is necessary dari terus-terusan berada dalam relationship sebab kasihan (pity-love). Saya harap mereka juga faham situasi yang saya sedang alami. I need to move on. They need to move on.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku, urusan-urusan kawan-kawanku , urusan-urusan mereka yang berinteraksi denganku, di dunia dan akhirat.

Page 1 of 2

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén