Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: January 2012

Berapa Harga Diri Anda?

Saya terlewat dua hari dari target yang saya tetapkan untuk memastikan blog ini mempunyai artikel setiap Isnin dan Khamis. Lebih memburukkan keadaan, semalam blog ini di hack. Cuma nasib baik contentnya tidak diusik dan strukturnya tidak dirosakkan. Jadi saya dapat pulihkan dengan cepat. Selepas menulis post lepas, saya dilanda kesibukan yang amat sangat. Namun, Alhamdulillah. Penulisan saya di blog ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga. Walaupun teramat sibuk, saya tetap berjaya meluangkan masa untuk Nya.

Tahniah diri. Keep it up!

Berapakah Harga Diri Anda?

Ada orang yang pelik kerana saya jarang menonton TV. Lebih-lebih lagi Astro (saya hanya mendapat siaran Astro ketika di hotel). Dan saya amat jarang juga “expose” masa saya kepada perancangan orang lain, kecuali pada waktu kerja dan waktu yang memang saya sudah identifykan “untuk dikorbankan”. Biasanya saya mengawal dan menentukan perjalanan aturcara masa saya.

Sebagai contoh, menonton TV, kita terikat dengan agenda orang lain. Ada drama bersiri, ada iklan. Bahkan sebenarnya untuk setiap slot 30 minit rancangan TV, ada 9 minit slot iklan. 30% daripada masa siaran TV adalah untuk iklan.

Tetapi jangan salah sangka! Hidup saya bukanlah boring. Saya masih menonton filem dan series, Cuma saya download dari Internet dan tonton pada waktu yang saya mahu tonton. Contohnya, sambil makan, sambil gosok baju. Jadi tidak ada masa saya yang tersia-sia begitu sahaja semata-mata untuk menonton TV. Saya juga masih menonton wayang, Cuma biasanya saya menonton wayang sebagai salah satu cara “networking” atau sebab saya nak makan pop corn atau pop corn chicken.

Jika ada orang ingin menawarkan kepada anda, berapakah bayaran yang anda sudi terima untuk dipenjarakan selama 10 tahun? 10 tahun ini akan bermula esok, jadi anda tidak berpeluang untuk bersedia terlebih dahulu. Dan sepanjang tempoh anda dipenjarakan, anda tidak dapat bertemu atau berkomunikasi dengan sesiapa. Makanan disediakan 5 kali sehari. Cuma anda perlu makan seorang diri dalam bilik sahaja. Makan, tidur, makan, tidur.

10 tahun kemudian, baru anda akan dibebaskan.

Berapa bayaran yang anda akan kenakan?

Anda tidak boleh mengatakan hidup anda terlalu berharga. Anda perlu meletakkan satu harga. Andaikan anda memang akan dipenjarakan. Dari anda dipenjarakan tanpa sebarang pampasan, betterlah anda mendapat sedikit wang, bukan?

Berapa yang anda minta?

Bahagikan jumlah tersebut dengan 10 dan tuliskan angkanya=          /tahun

Bahagikan jumlah tersebut dengan 120 dan tuliskan angkanya=        /bulan

Bahagikan jumlah tersebut dengan 3600 dan tuliskan angkanya=     /hari

Bahgikan jumlah tersebut dengan 86,400 dan tuliskan angkanya=      /jam

Soalannya, saya pasti masa sejam anda cukup tinggi.

Kita menghargai masa yang diberikan kepada kita dengan meletakkan harga yang mahal untuk masa tersebut. Namun bayangkan betapa murahnya kita “jual” masa kita kepada perkara-perkara yang tidak layak dan tidak mampu untuk membayar masa kita.

Jika hidup kita adalah sebuah perniagaan, sudah lama kita rugi kerana menjual sesuatu yang kita dapat pada harga yang mahal dengan murah.

Pada masa yang sama, kita perlu ingat. Contoh yang saya berikan di atas bukanlah contoh atas angin semata-mata ya. Ia sangat real.

Baru-baru ini saya ditanya mengenai caj yang saya kenakan untuk memberikan satu perkhidmatan professional yang saya sendiri keberatan untuk melakukannya sebab walaupun kerjanya mungkin sekejap tetapi ia memenatkan mental. I pick a figure out of thin air dan menyusunnya secara pakej.

Harga tersebut mahal pada mata kasar, tetapi berbaloi untuk kepakaran tersebut. Pada saya ia cukup untuk menghalang pelanggan yang tidak serius dari membazirkan masa saya tetapi jika mereka benar-benar serius, ia berbaloi untuk saya lakukan.

Dan Alhamdulillah, mereka bersetuju dengan harga tersebut.

Bila saya menemui kaedah di atas, saya buat perkiraan, saya dapati angka yang saya “pick out of thin air” itu, berdasarkan hunch keselesaan saya untuk mengorbankan masa lapang saya, hampir sama dengan hourly rate dalam kiraan di atas.

My point is, this is not just theory. You are worth what you think you are worth and you will be paid accordingly.

So, stop squandering the time that you have. Respect your time and you will command the price that you deserve.

Mungkin ada suara nakal yang menambah. Kenapa hidup materialistic sangat? Bagaimana pula dengan orang yang tak mampu afford masa kita? Contohnya anak-anak kita?

Itu tidak dikira. Itu masuk dalam masa yang kita telah earmark kan untuk keluarga. Ia masa untuk dilaburkan, atau dikorbankan. Masa untuk keluarga adalah solely untuk keluarga. Spend quality time with them. Jangan tengok TV bersama-sama pula. Itu kalau spend 10 jam sehari pun tak berguna!

Good luck!

Sabri

Rahsia Saya Boleh Balik Awal Dari Pejabat Sekarang?

Seminggu dua ini saya sudah boleh pulang agak awal dari pejabat. Dalam pukul 6.30 atau 6.45 saya biasanya sudah boleh meninggalkan office. Berbeza dengan keadaan dua tiga bulan lepas di mana kemuncaknya pukul 8 baru saya berkemas-kemas untuk pulang.

Pandangan mata kasar atau logik akal mungkin mengatakan yang kerja sudah sedikit berkurang, tetapi rasanya tidak juga. Pada satu-satu masa saya ada enam atau tujuh items dalam to do list yang perlu dibereskan. Bahkan sekarang lebih banyak distraction sebenarnya. Sekarang semakin banyak emel atau panggilan telefon yang perlu dijawab berbanding dua tiga bulan lepas.

Saya mencari jawapan. Dan saya rasa saya telah bertemu dengan jawapannya. Saya telah memikirkan hal ini sejak dulu lagi pun. Tetapi biasalah, tahu belum tentu menjadi mahu. Dan mahu belum tentu menjadi mampu.

Jawapannya ada terkandung dalam ayat berikut:

Surah Muhammad, ayat 7.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.”

Dan dalam sepotong hadis

“… Apabila dia (hambaNya) mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

Apa yang saya cuba maksudkan?

Dulu, ketika saya ada kelapangan saya tidak gunakan kelapangan itu untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Usaha itu ada, cuma tidak konsisten dan sering kalah kepada kepenatan dan godaan-godaan lain. Jadi dengan usaha saya yang seperti hendak tak hendak dan seperti melepaskan batuk di tangga itu, memanglah saya dapat apa yang saya layak. Sebab jika di rumah pun saya tidak melakukan sesuatu yang bermanfaat, saya tidak menunjukkan yang saya mampu memanfaatkan masa yang lapang, maka Allah beri saya kerja yang banyak dan 1001 alasan untuk tetap berada di pejabat sehingga malam.

Kebelakangan ini, saya cuba memanfaatkan masa lapang saya itu dengan lebih bermakna. Jika saya balik awal (sebelum Isya), saya seboleh-bolehnya akan cuba untuk solat berjemaah di masjid. Alhamdulillah, dengan izinNya ia sesuatu yang saya dapat lakukan dengan istiqamah.

Dan saya dapat rasakan perbezaannya. Bermula dengan sampai di rumah beberapa belas minit sebelum Isya dan perlu bergegas-gegas ke masjid, sekarang menjelang 7.15 biasanya saya sudah siap berada di rumah. Kadang-kadang belum masuk waktu Maghrib pun saya sudah sampai di rumah (untuk sesetengah orang sudah agak lewat, tetapi untuk saya ini sudah sangat awal!)  🙂

Walaupun hakikatnya kerja di pejabat tidaklah berkurang, kekangan masa, hambatan tanggungjawab sedikit pun tidak berubah.

Connection yang saya dapat buat adalah, dulu saya terlalai dengan dunia. Dan apabila diberikan kelapangan pun, saya tidak dapat menguruskannya dengan bijak. Sebab itulah saya tidak diberikan lebih banyak kelapangan. Tetapi kini, saya cuma menunjukkan saya mampu menguruskan 30 minit-satu jam waktu lapang yang Dia berikan, maka Dia permudahkan urusan saya serba-serbi supaya saya terus dapat menikmati masa lapang itu.

Sama halnya dengan wang sebenarnya. Ini saya notice. Orang yang miskin atau tidak kaya-kaya adalah orang yang menunjukkan mereka tidak dapat menguruskan wang dengan bijak walaupun sedikit. Sebab itulah mereka tidak dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Sebaliknya sekadar cukup untuk transaksi harian.

Sebaliknya orang yang menunjukkan mereka dapat menggunakan wang mereka dengan bijak, dan dapat membawa manfaat kepada ramai orang dengan wang mereka, wang mereka bertambah-tambah.

Renungilah dua ayat di atas, it’s very powerful. Kadang-kadang saya rasa sebak bila cuba menghayati maknanya.

Saya sekadar berkongsi supaya kita semua tahu. Tahu yang dapat dipupuk kawan-kawan untuk menjadi mahu. Dan seterusnya dapat mendorong diri mampu. Insya Allah. 🙂

 

Sabri

Tips Menjadi Pemimpin Berkarisma Yang Hebat | Kepimpinan

Apakah ciri-ciri seorang pemimpin berkarisma yang hebat? Bagaimana sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pemimpin yang hebat. Dalam post terdahulu (klik di sini), saya ada menyentuh sedikit mengenai rahsia pemimpin yang efektif. Untuk post hari ini, saya ingin berkongsi 3 lagi teknik untuk menjadi pemimpin yang disegani.

Sebagai sambungan dari siri video inspirasi sebelum ini, saya sediakan dalam bentuk video. 🙂

 

Share, comment atau like jika anda rasa ia bernilai. 🙂

 

Sabri

Nothing Is Impossible : Bila Gajah Bergaduh, Tikus di Tengah-Tengah Terpijak

Keputusan perbicaraan liwat kedua Anwar Ibrahim telah hampir menemui titik noktahnya. Bergantung kepada sama ada pihak pendakwaan mahu membuat rayuan ataupun tidak. Dari satu segi, baguslah kes ini sudah tamat. Ada closure dan tidak berlarutan. Sama ada ia membuktikan mahkamah Malaysia bebas atau tidak, ia masih boleh diperdebatkan. Psikologi dan taktik politikus ini susah untuk kita ramalkan. Tetapi apa yang pasti, Saiful Bukhari adalah collateral damage. Beliau adalah perkakas yang telah dianggap tidak fit for purpose oleh tuannya.

Just 27 with so much potential initially, masa depan sekarang kelam.

Siapa betul, siapa salah itu terpulang to which side of political divide you are. I am not interested. Tetapi satu perkara yang kita semua boleh belajar, when you have to (or want to) get involved in a fight, jadilah gajah. Jangan jadi tikus atau peralatan orang.

Atau pepatah zaman sekarang, alang-alang jadi YB, biar sampai jadi Perdana Menteri.

Dengan cara itu kita boleh membawa real, effective and lasting change.

Bila kita mahu jadi hebat, setkan impian kita untuk jadi world-class. Walaupun kita tidak dapat “bermain” di peringkat yang world class dan cuma bermain di “kampung” class, biarlah kebolehan kita, kita asah untuk berada di level world class.

Bagaimana cara untuk asah kebolehan kita menjadi world class? Kita kena ada etika kerja world class, disiplin world class dan belajar dari world class performer. Luck is when opportunity meets preparation.

Jadi driver teksi pun boleh jadi driver teksi world class. Dengan disiplin, tanggungjawab dan dengan cita-cita. Driver teksi yang world class ada etika kerja yang mantap dan ada cita-cita untuk menaungi teksi-teksi lain di bawahnya, sehingga akhirnya boleh memiliki syarikat teksi world class sendiri.

Bukan dengan berbangga betapa sedikitnya usaha untuk bekerja, tetapi tetap dapat duit (walaupun sedikit), dan bukannya dengan berapa bilangan kereta (kereta lama yang sudah tidak dipakai orang) yang di parkir di depan rumah.

Konklusi saya begini. Dream big, aim high.

Kalau nak kumpul kereta, sila kumpul Ferrari, Mercedez, Porche dan sebagainya yang dibeli tunai.

Jangan kumpul Proton Saga tahun 90an yang gerannya 2 muka surat (sebab terlalu banyak “2nd” hand owner), Iswara tahun 2003 dan kereta usang lain-lain. Itu bukan sesuatu yang boleh ataupun perlu dibanggakan. Lebih-lebih lagi jika kita masih ada perkara lain yang memerlukan wang yang perlu dibereskan.

Itu juga sebab saya jarang menunjukkan respons apabila ada orang mengatakan si fulan si fulan adalah presenter yang baik (kecuali jika orang yang di recommendkan itu betul-betul world class). Saya telah berpeluang melihat, merasakan “aura” dan menjadi mentee kepada world class speaker. Maafkan saya, saya tidak dapat bersetuju dan saya tidak dapat merendahkan “Expectation” saya kepada seorang speaker. (at least saya tidak menyangkal atau berdebat, saya cuma diam tanda tidak bersetuju).

Satu masalah umum bangsa kita adalah kita cepat berpuas hati. Kita “settle” dalam comfort zone kita. Kita redefine high performance untuk “fit” average performance kita dan bukannya redefine high performance by setting a new high.

Saya pun tidak sempurna. Saya turut ada penyakit yang sama.

Tetapi kita kena sedar penyakit ini. Dan kita kena cari ubatnya.

Jangan hidup dengan alasan.

Tak buat sekarang kerana?

Apa-apa yang selepas kerana itu adalah alasan. Emak saya yang ajar dulu-dulu masa saya kecil. Bertangguh kerja tak jadi. Sure punya. From my own experience pun memang macam tulah. Kalau nak jadi, buat sekarang. Buat segera because it is a must. Boleh kita tangguh sembahyang? Orang yang sembahyang akan kata tak boleh. Orang yang tak sembahyang akan kata boleh, sebab waktu masih panjang lagi.

Our decision and excuses shape our action. Our action shape who we are.

If you decide to do something, decide to have world class can-do attitude.

Sabri

Cara Membuat Keputusan Sukar Tetapi Bijak Dalam Hidup

Artikel ini saya tulis dalam mode “sedang menghadapi”. Saya tidak ada benefit of hindsight to help me, jadi mungkin tips yang bakal saya kongsikan ini tidak berapa tepat. Nonetheless, feel free to cherry-pick what you think is applicable to you and leave the rest as just one of my slanted opinions. 🙂

Hidup ini mudah sebenarnya. Cukup mudah.

Tujuan kita hidup dan dilahirkan di dunia ini pun mudah. Cuma satu sahaja.

Tetapi sebaik sahaja kita dilahirkan, people have their own expectation on us. Our parents have their expectation, even nurse dan doktor yang menyambut kelahiran kita pun ada expectation mereka. Sebagai baby yang baru lahir kita perlu menangis. Kalau kita tidak menangis, mereka takut paru-paru kita tak kuat, jadi mereka akan buat kita menangis.

Hidup jadi susah bila kita perlu fulfill expectation orang-orang disekeliling kita.

Bila hidup jadi susah, tidak dapat dielakkan kita akan perlu membuat keputusan-keputusan yang sukar. Kita tidak dapat menyenangkan hati semua orang. Kalau kita cuba, kita akan jadi gila sama.

Mungkin ada yang akan cuba, but not me.

I think itu adalah antara beberapa perkara penting yang telah saya pelajari dalam lebih 26 tahun hidup di muka bumi ini. If I forget that lesson and make the same mistakes again, truly I have no one else to blame for except myself.

So, bagaimana kita boleh mengambil keputusan-keputusan yang sukar dalam hidup?

  1. Think about it carefully
  2. Consider all options
  3. Just do it

Apa orang nak kata, itu hak mereka. They are not living in our shoes and they are not paying us to live. Tujuan hidup kita hanya satu. We don’t need other people validation on how we should lead our life. Another lessons I learnt from life is, life must go on.

No matter how painful our current situation is, life will go on.

We can choose to move along or be left behind.

Whatever we chose to do, do it smartly. Because we owe it to ourself.

Dalam membuat keputusan pula, kita tidak akan tahu sama ada keputusan yang kita buat hari ini adalah keputusan yang tepat atau tidak. Dan tidak ada orang pun yang betul-betul tahu. If we are willing, we can always make our decisions right than become obsessed and paralyzed because we tried to make the right decisions every time.

Keep deciding, learnt from your mistakes and you will find out that the quality of your decisions improved. I talked about it at length in this article about being decisive (here).

Akhir sekali, people around you will shape your world. If you can’t change them, don’t let them drag you into their world without your consent. Be aware of this. Do something because it is inline with who you are and who you aspire to be in life, not because someone made you do it.

Get Busy Living! 🙂

 

Sabri

Bila Saya Rasa Di Diskriminasikan dan Di Pandang Rendah

Beberapa minggu lepas, saya menghadiri kursus Bijak Mengurus Wang untuk Pengantin di bawah pimpinan Tuan Shamsuddin Kadir. Walaupun jalannya tidak nampak lagi, tetapi bukankah luck itu dikatakan sebagai “When Opportunity Meets Preparation”. 🙂

Jadi saya pun pergilah. Good to know that in certain aspect, I am on a very right track. Dan ada juga perkara baru yang dapat saya pelajari. Antaranya adalah kepentingan menganjurkan majlis “walimatul urus” dan kenduri kesyukuran (bukan majlis perkahwinan!) yang berkat. Jika dalam majlis perkahwinan itu sendiri, malaikat sudah keluar maka tidak hairanlah jika nanti perkahwinan tersebut tidak dapat berkekalan hingga ke syurga.

Satu perkara yang baru yang penting dan ingin saya kongsi adalah; rupa-rupanya dalam banyak kes perceraian yang terjadi adalah disebabkan samaada:

Suami tidak berpuas hati cara isteri membelanjakan duit isteri ataupun;

Isteri tidak berpuas hati cara suami membelanjakan duit suami

Ia mengejutkan! Ia bukan tersalah tulis. Malah jika diikutkan logik, tidak kisahlah isteri membelanjakan duit mereka sebagaimana yang mereka suka, kerana itu duit mereka, tidak begitu?

Sudah tentulah salah.

Bila saya fikir-fikir balik, betul lah. Hubungan sesama manusia tidak semestinya logik. Think with your head, act with your heart. Apa yang betul dan logik, tidak semestinya betul apabila dilakukan.

Bila kita cuba justify atau beri excuse, we already lost.

Lesson learnt, walaupun itu adalah duit kita, kita masih perlu consider pendapat dan perasaan pasangan kita mengenai perbelanjaan wang tersebut.

Having said that, baru-baru ini ketika berbual membincangkan mengenai majlis perkahwinan salah seorang rakan sepejabat saya, saya cuba juga untuk mempengaruhi rakan-rakan sepejabat supaya bersederhana dalam menganjurkan majlis perkahwinan. Seorang akak senior memberitahu saya, “Sabri buatlah sederhana-sederhana sebelah Sabri. Belah perempuan ikutlah perempuan. Mesti wife Sabri nak buat meriah jugak. Terpulanglah pada dia.”

Saya tersenyum. Ada sesetengah perkara tidak perlu diperdebatkan panjang lebar untuk kebaikan semua.

Satu sahaja, saya tidak mahu wife seperti itu.

Betul, penganjuran majlis memang terpulang kepada belah pihak masing-masing. Sebab lain komuniti ada lain tradisi. Tetapi kita satu agama. Tradisi boleh berbeza, tetapi syariatnya biarlah landasan yang satu supaya tidak berlaku kecederaan emosi kepada mereka atau keluarga yang hadir. Membazir, berlebih-lebih dan bermegah-megah dengan majlis yang tidak mengikut syariatNya sekadar menjauhkan keberkatan kepada pasangan pengantin.

Carilah keberkatan, supaya cinta yang dibina dapat di bawa hingga ke Syurga.

Saya gerun melihat acara pertunangan sekarang pun sudah seperti acara perkahwinan. Siap dengan pelamin mini, jurumekap, jurugambar dan lebih mengejutkan Khemah Jamuan! Huiyooo… Ini sudah seperti majlis perkahwinan! (ada juga yang paling baru, menghantar kad jemputan pertunangan!)

Memang jika diikutkan ini adalah hak keluarga perempuan dan orang yang bakal berkahwin itu sendiri, bagaimana mereka mahu majlis mereka diadakan. Saya cuma orang luar.

Ya, betul. Saya tiada hak untuk berkata apa-apa.

Sekadar mahu mengingatkan. Perjalanan hidup ini masih jauh. Jika kita tidak memerlukan Allah lagipun dalam urusan rumah tangga kita kerana kita telah berjumpa “The One” (or the other one), dan lebih yakin kepadanya dari kepadaNya, tak apalah.

Tetapi kita masih memerlukan The Real One, dalam banyak lagi aspek kehidupan.

Carilah keberkatan. Kurangkan perkara-perkara yang boleh membuatkanNya murka. Biarlah majlis kita dipandang dengan pandangan RahmahNya, semoga ia dapat menjadi asas perhubungan yang membawa hingga ke syurga.

Tak percaya?

Tanyalah diri anda sendiri dan tanyalah sepuluh tahun lagi. Is there anything you wish you had done differently to get as much blessings as you can get during your (engagement/wedding) ceremony?

Ini pelamin bertunang ni, bukan pelamin kahwin!

Bila Saya Rasa Di Diskriminasikan

Terpanjang lah pula cerita pasal kursus yang saya hadari. Tak apa, berkongsi ilmu. Sebenarnya saya mahu kongsi perasaan saya ketika saya rasa di diskriminasikan.

Contohnya begini, pertengahan tahun lepas dalam satu acara adalah seorang rakan saya dan isterinya membawa anak mereka yang baru berusia beberapa bulan. Seperti biasalah, bila ada baby ini beliau akan di passing-passing dari satu tangan ke satu tangan. Tak kisahlahkan sebab yang hadir dan yang memegang itu anak dah 3-4 orang. Kemudian baby tersebut pun melalui zon orang bujang (wanita). Seorang demi seorang memegangnya.

Kemudian sampai ke zon orang bujang lelaki (saya). Pakcik-makcik di situ mengambil kembali dan tidak berani menyerahkan kepada saya sebelum sempat pun saya pegang. Tulang belakang baby ni lembut lagi. Salah pegang nanti susah nanti. Ujar mereka.

Perasaan saya dalam hati, malu pun ada, geram pun ada, sedih pun ada. Mentang-mentanglah saya bujang trang tang-tang, didiskriminasi pula. Sedangkan bapa baby tu pun sebaya saya. Emak baby tu pulak 4 tahun lagi muda dari saya. Kawan-kawan yang sebaya dengan saya banyak dah yang dah jadi ayah.

Kalau nak cakap gaya saya tak meyakinkan diorang, silaplah okay. Compare dengan orang-orang yang pegang baby tu sebelum tu saya ni kira lebih “kampung” lah. Bolehlah buat kerja-kerja kemahiran hidup berbanding dengan yang lain. Kenapalah sampai kat saya terus tak yakin pada saya? Bukannya saya tak pernah pegang baby.

Saya tak lah excited sangat hendak pegang baby, cuma teringin tu adalah. Tapi bila dah kena macam tu, memang bercampur baurlah rasa.

Tetapi saya tak mahulah beria-ia ataupun buat seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Lagipun baby tu bukan anak saya pun. Selepas dilarang saya biarkan sahaja lagipun takut juga nanti jika jadi apa-apa saya pula dipersalahkan.

Dalam hati saya pun memberitahu diri sendiri untuk mengubat hati yang terluka.

“Tak apalah. Tak bagi aku pegang baby. Aku pun tak kebulur. Nanti aku pun ada baby sendiri, tengoklah aku buktikan yang aku pun boleh pegang baby walaupun korang tak bagi.” :p

 

Sabri
Yang teringin pegang baby

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén