Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: July 2016

Tiga Perkara Yang Lebih Bagus Hari ini Berbanding Sebelum Ini

Bagi meneruskan semangat Hari Raya sebelum ini di mana saya berkongsi dua perkara yang betul yang telah dilakukan kerajaan, hari ini saya ingin berkongsi lagi tiga perkara hebat yang telah dilakukan oleh KFC dan Tabung Haji.

Saya bukan apa, cuma ketika cuti Hari Raya yang lepas ni saya bermuhasabah. Dalam kehidupan kita ni, kita banyak complain sebenarnya. Tapi benda yang betul kita tak banyak cakap mengenainya. Kita kurang bersyukur, tapi banyak komplen.

Complaint tu tak apa, tiada masalah. Cuma ia jadi bermasalah bila terlalu banyak. Jadi negatif sangat hidup kita ni.

1) French Fries Kentucky Fried Chicken

Dulu, fries Mc Donald adalah nombor satu. Fries KFC tak ada nombor pun. Fries McD yang sejuk pun sedap sikit dari fries KFC. Punyalah teruk rasa fries KFC ni kalau pergi KFC kena order potato wedges instead of french fries. Mungkin KFC pun malu dengan fries diorang, wedges adalah potato offering yang lebih dominan ditonjolkan di restoran-restoran mereka.

Namun sejak beberapa bulan lepas, saya notice yang french fries KFC sudah lebih sedap. Keraknya sudah crunchie dan saiznya sudah bertambah besar. Well done KFC, you have nailed this. Kerangupan tu yang penting.

2) KFC Treat Box

Saya tak berapa enthusiastic sangat dengan KFC sebenarnya sebelum ini. Sebab pada saya KFC ni ada masalah birokrasi dan slow. Reason being, dia lambat dan selalu kena tinggal dengan Mc D. Mc D dah introduce breakfast service, baru la KFC terhegeh-hegeh nak buat. Lepas tu Mc D introduce delivery, lama lepas tu baru KFC ada limited delivery service.

Namun sejak kebelakangan ini saya nampak KFC dah start to get it act together. Antaranya dengan tawaran french fries, ayam flavour kari, etc.

Satu perkara lagi yang saya ingin puji KFC adalah penawaran treat boxnya. Ini memang super awesome, dan yang lebih penting menguntungkan untuk KFC (sepatutnya).

Kekuatan KFC adalah pada ayam goreng dan burger ayamnya, Zinger. Jika sebelum ini, pelanggan kena pilih nak makan ayam atau nak makan Zinger, sekarang pelanggan boleh makan kedua-duanya dengan memilih treat box instead. Tak perlu sacrifice salah satu.

For me, this is the winner lah.

Di samping dua perkara di atas ini, saya ada satu perkara lagi yang saya nak berterima kasih kepada KFC. It doesn’t get it’s own bullet point sebab ini just personal benefit berbanding french fries dan treat box yang saya pasti ramai orang benefit.

KFC-Crispy-Tenders-NEW-Meal-Menu-Promotion

Thank you for re-introducing back crispy tenders. Saya sangat suka! Walaupun tak ada dalam bentu ala-carte, kena order melalui variety box tapi boleh lah. First time saya rasa crispy tender ni adalah waktu saya darjah dua atau darjah empat (time tu bulan puasa) -twenty years ago! dan memang saya suka sebab dia super crunchy.

Tapi lepas sebulan macam tu, dia tak ada dah. Jadi bila KFC introduce balik dua bulan lepas, saya memang excitedlah. Setiap kali ke KFC, mesti order crispy tenders. Cuma sekarang ni sebab tak ada ala-carte, kena order melalui variety box. Boleh lah.

3) Contact Center Tabung Haji

Pengalaman saya berurusan melalui telefon samaada untuk syarikat telekomunikasi ataupun bank, semuanya semakan hari semakin teruk. Ada tu yang nak tunggu manusia jawab, punyalah lama. Ada juga yang macam tak nak cakap dengan kita. Bila tekan-tekan, akhirnya tak ada option untuk cakap dengan manusia pun.

Yang saya paling tak suka, kalau benda yang tak boleh settle melalui phone. Kena pergi ke branch juga, etc. Pada saya kita dah ada di zaman IT yang advance. Banyak khidmat pelanggan luar negara bagi empowerment kepada customer service rep mereka untuk membantu pelanggan. Jadi di Malaysia pun, syarikat-syarikat besar perlu kurangkan karenah birokrasi dan bagi lebih authoriti dan support kepada customer service rep masing-masing.

Semalam saya terbaca mengenai keputusan rayuan haji tahun 2016 sudah keluar. Jadi saya pun nak semak keputusan rayuan saya dan juga untuk parents. Call Tabung Haji contact center (outside hours sebab sudah lebih dari pukul 6 petang). Ok, takpelah. Esok saya akan call. (beroperasi setiap hari, tetapi sampai pukul 6 petang je. It’s okay walaupun bukan 24 hours sebab setiap hari ada).

Pagi tadi, ada nombor KL yang tidak dikenali call. Saya pun call lah balik. Rupanya Tabung Haji Call Center.

Ok, ada dua benda. Pertama, semalam saya missed call je. Tak tinggal mesej suruh call balik pun. Pagi esoknya dah ada rep call balik. Excellent.

Kedua, bila dia call saya, saya tak angkat. Saya call lah nombor yang call saya tadi. Call center biasa, dia boleh call kita, tapi jarang sekali kita boleh call nombor yang call kita tu. Biasa line dia one-way je.

Tapi untuk Tabung Haji Call Center ni, ada manusia angkat. WoW. Tak payah susah payah tekan 1, tekan 2 bagai pulak tu. Untuk saya measure sama ada sistem call center tu bagus tak bagus senang je sebenarnya.

Ini hebat. Well done Tabung Haji!

Terima kasih

Sabri

p/s: Pengalaman saya develop sistem dari scratch, kita tengok sistem tu tanya tak benda yang sama dua kali. Kalau sistem tu tanya benda yang sama dua kali, maksudnya tak ada manusia lah yang fikir betul-betul (think through and thoroughly) mengenai sistem tu. Contoh Maybank, dulu used to be 3-4 star. Sekarang rasanya kalau dapat 2 star pun mujur.

Two Things That the Malaysian Government Got Right

Kerajaan Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak dikritik sebab tak berapa cakna dengan masalah rakyat. Ini tidak termasuk lagi kelemahan pengurusan sumber yang buat rakyat lagi marah. Saya pun bukanlah penyokong kerajaan, tetapi dalam suasana Hari Raya ni dan menyedari betapa pentingnya kita bersyukur dengan nikmat yang ada (bersyukur kepada Tuhan, bukan kepada kerajaan), saya ingin berkongsi dua benda yang Kerajaan Malaysia buat dengan betul.

1) Keputusan untuk membangunkan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan menghimpunkan kesemua operasi bas ekspres di TBS.

Saya masih ingat ketika terbaca mengenai KL Sentral ketika Tingkatan 4 dari surat khabar. KL Sentral dikatakan sebagai hub transportasi KL, segala-galanya ada di situ.

Saya ketika itu bersekolah di Sek. Men. Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Hulu sangat. Tak ada pengangkutan awam (bas mahupun teksi) yang lalu di situ. Ketika cuti semester, sekolah akan aturkan bas untuk bawa pelajar yang akan menaiki bas ekspres ke stesen komuter Rawang (ataupun kena aturkan pengangkutan sendiri, tumpang pelajar-pelajar lain yang balik ke KL).

Anda perlu faham. Saya berasal dari Pantai Timur. Walaupun sekolah di Hulu Selangor, tetapi tetap Selangor. Hulu-hulu Selangor tetap tidak sama dengan Hulu di Pahang. Bila terbaca mengenai KL Sentral, saya pun nak try lah. (imagine keadaan jakunnya saya time tu. KLCC pun saya first time tengok dua tiga bulan sebelum tu, walaupun dah beberapa tahun wujud).

Dengan penuh keyakinan, saya naik Komuter dari Rawang menuju ke KL Sentral. Sebab konon-kononnya KL Sentral adalah pusat pengangkutan ibu kota. Semuanya ada di situ. (alternatif sebelum itu adalah naik komuter, di PWTC tukar kepada STAR). Sampai di KL Sentral, saya kagumlah. Not bad. Keluar stesen komuter tanya orang dekat kaunter, kat mana kaunter tiket bas ekspres? Sekali dia cakap, “Mana ada bas ekspres kat sini dik. Adik kena naik dekat Puduraya.”

What the heck? Pusat pengangkutan apa takde bas? Ada stesen keretapi dengan ERL pergi airport pusat pengangkutan apanya. STAR pun tak lalu.

Saya kecewa. Dalam paper sikit punya gah tulis. Siap ada sisipan sendiri. STAR tak lalu, bas ekspres tak ada.

Stesen Puduraya lagi best kalau macam tu. Ada bas ke mana-mana dan ada STAR.

Akhirnya 15 tahun kemudian, apa yang saya imaginekan selama ini menjadi kenyataan dengan kewujudan TBS. Memang memudahkan. Contohnya, saya kini bermaustautin di Terengganu jika saya perlu ke luar negara, saya hanya perlu menaiki bas ke TBS, dari situ ambil KLIA Transit ke KLIA atau KLIA2.

Tak perlu dah kalau macam dulu naik bas sampai Pekeliling, lepas tu naik teksi pula ke KL Sentral atau Puduraya untuk ke KLIA.

tbs1

2) UTC

Dulu, nak buat IC atau passport memakan masa seminggu. Kalau setakat nak buat IC tu, memang kena cuti sehari. Punyalah ramai orang dan karenah birokrasinya memang menjemukan.

Namun sejak ada UTC ni, proses nak buat passport dan IC ambil masa tak sampai satu hari. Kadang-kadang sejam dua jam. Ini satu delivery efficiency yang wajar dipuji. Sesuatu yang hampir semua rakyat Malaysia dapat nikmati.

For these two things, thank you and keep it up.

 

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén