Archive for category Mia Family

This is Cup Cake : Post for My Sisters

Sabriza sedang mencuba-cuba untuk membuat cup cake kebelakangan ini dan telah upload beberapa picture di Facebook. I don’t want to discourage her actually, but hmm… I feel I wanted to show her what a REAL cup cakes look like. Maybe she will get the hint. hehe… :p

Btw Kak Ana, this is made in Kuantan by one of my ex-classmates. This IS cup cakes.

Sebagai moral support, I think I can say this about my sister. I believe she can turn things around. Yes! ;)

Dalam masak-memasak ni, she is indeed a little bit slow. You should see her first dish. I still remember the chicken masak something which does not look or taste like chicken at all. Only Ummar (perut tong sampah) is able to muster enough courage to eat it. Even she herself was a little bit hesitant to eat her own cooking. haha…

But that’s like 12 years ago la kan. I couldn’t say FOR SURE, she has improved. But from what she has been bragging, IT SEEMS that she has improved la kan.

What a brother can do, except to encourage his sister la kan. So, Kak Ana (and Ummairah), the above are pictures of a real cup cake.

And a little tip I think to make yours a little bit more presentable, sapu cup cake tu dengan krim/nutella, rata tapi nipis. Kemudian cecahkan cupcake tu dalam chocolate rice atau yang warna-warni tu. Jadi lapisan kat atas tu akan jadi warna-warni, tetapi kemas.

And a little bit of brotherly wisdom, master one type of design first. Lepas dah cantik and kemas baru try buat design lain dulu.

A Life Fully Lived

Nenek kesayangan (kami panggil Tok) saya baru meninggalkan saya pagi semalam. Saya berkesempatan untuk berada di sisinya sebentar ketika Tok menghembuskan sisa-sisa nafas terakhirnya. Pada saya, tok adalah contoh manusia yang menggunakan hidup sepenuhnya. Walaupun hidupnya tidak sempurna, tetapi usaha yang beliau berikan adalah jauh lebih hebat dari kemampuan dirinya. Biar saya ceritakan mengenai wanita hebat ini.

Tok berumur 89 tahun, lebih kurang sebaya Dr. Mahathir. Dan seperti mana Dr Mahathir aktif, begitulah juga tok. Cuma bezanya tok perempuan, dan tok bukan seorang bekas Perdana Menteri.

Pagi semalam, tok meminta di bawa ke hospital. Cho & Ayah Cho (pakcik & makcik saya) pun membawanya ke hospital. Tok masih gagah dan boleh berjalan sendiri (ramai rakan seusianya sudah terlantar di mamah usia). Di hospital, setelah diperiksa, doktor meminta tok agar di X-Ray. Paru-paru tok mempunyai sedikit air.

Ketika menanti giliran untuk di X-Ray, tok semakin lemah. Selepas di X-Ray, pernafasan tok mula tidak teratur. Jantung tok pula menjadi lemah. Tok di rawat di Zon Kritikal Bahagian Kecemasan. Pada waktu ini (kira-kira jam 9 pagi), Dr meminta Cho memanggil waris-waris terdekatnya kerana tok sudah tenat. Tok tidak memberi reaksi kepada sebarang ubat/tindakan yang Dr lakukan. Alat bantuan pernafasan disambungkan.

Walaupun Tok tenat, tetapi Tok tetap kelihatan tenang sepanjang waktu. Kami di suruh berjumpa berdua-dua.

Ketika saya berbisik ke telinga tok, saya lihat mata tok bergenang air mata. Saya mengusap dahi tok buat kali terakhir, masih panas. Saya menjadi semakin sebak. Mengetahui yang detik-detik terakhir tok untuk meninggalkan kami semakin hampir.

Dalam pukul 10.30-11 pagi, setelah ayah long dan mak long tiba, doktor menghentikan alat bantuan pernafasan. Saya menghubungi sepupu-sepupu saya memaklumkan pemergian tok.

Tok adalah seorang wanita yang cekal. Tok mempunyai 5 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. 2 dari anak perempuannya (makcik-makcik saya) meninggal dunia lebih dulu darinya. Setahun dua tahun yang lepas, anak perempuan tunggalnya yang masih tinggal (Cho) menjalani pembedahan untuk membuang fibroid. Bayangkan perasaan seorang ibu yang telah kehilangan hampir kesemua anak perempuannya, dan satu-satunya yang tinggal sedang bertarung di atas meja pembedahan?

Tok pernah mengucapkan kepada saya, jikalah beliau boleh menggantikan tempat makcik saya itu beliau tidak kisah. Tok begitu sayu dalam kata-katanya, tok merasakan beliau sudah hidup cukup dan tidak kisah untuk pergi ketika itu bagi pihak Cho.

Dengan izin Allah Cho pulih dan tok juga sihat seperti biasa.

Sejak seminggu lepas, tok mula mengatakan yang Tok tidak sesihat biasa. Mujur saya bercuti 2 minggu. Jadi saya sempat bertemu tok beberapa kali kebelakangan ini.  Minggu lepas Cho membawa tok ke klinik. Setelah pemeriksaan, Dr mendapati kandungan gula dalam darah tok sangat rendah. Dr meminta tok meminum lebih banyak air manis.

Tetapi tok fobia dengan gula. Sudah bertahun-tahun tok tidak minum air bergula. Tok tidak mahu. Tok takut terkena kencing manis. Ini disebabkan hampir kesemua anak-anaknya menghidap kencing manis (semestinya kerana kesalahan masing-masing, bukan keturunan) ;)

Ketika pertama kali saya bertemu tok dalam dua minggu ini, saya sudah dapat rasakan kesihatan tok tidak begitu memuaskan. Tok okay sahaja, tetapi cara beliau bernafas seperti ada yang tak kena. Tok ada bertanyakan bila Sabriza balik. Saya memberitahu tok, bulan 7 nanti. Saya menyuruh Sabriza menghubungi tok untuk berbual dengannya, just in case. Mujur Sabriza ada menghubungi tok keesokan harinya.

Pagi semalam tok dijemput Illahi.

Tok sudah bersedia. Beliau sudah seringkali memberitahu Cho yang beliau meletakkan wang untuk urusan pengkebumiannya nanti di bawah tikar tempat beliau selalu baring. Bahkan, beliau juga telah meletakkan semua barangan yang diperlukan untuk pengurusan jenazah di dalam satu beg.

Di saat-saat akhir hidupnya, beliau tidak mahu menyusahkan orang dan beliau memang the rock of her children life.

Tok, Seorang Wanita Hebat

Ayah adalah anak emas tok. Menurut makcik-makcik saya (menantu tok), bila anak tok sayang secara automatik menantu dan cucu-cucunya menjadi kesayangan tok. Saya rasa tok sebenarnya sayang kepada semua anak-anak lelakinya dan memang anak-anak lelakinya menyayangi tok lebih dari isteri masing-masing (saya rasa).

Ayah mengatakan yang tok sayang lebih kepadanya kerana dulu beliau bawa tok ke pasar setiap hari dan tiap-tiap hari pergi rumah tok (well, if you know my father, this should not be a suprise). Mak sampai kecil hati sebab ayah selalu cakap mak masak tak sedap macam tok (which hampir semua anak lelakinya buat dekat wife masing-masing).

Bila dia tahu ayah ngah nak datang, beliau akan hamparkan tikar, siapkan dan hidangkan minuman di ruang tamu.
Bila dia tahu ayah de nak datang, beliau akan suruh orang belikan keropok di Tanjung Lumpur sebab beliau tahu ayah de suka sangat makan keropok.

Saya dibesarkan dengan masakan ala-tok. Kadang-kadang ketika kecil dahulu, saya dijaga oleh tok. Emak pernah memberitahu saya, waktu kecil-kecil dahulu sebelum tidurkan saya, Tok akan menghalau semua ayamnya masuk reban dahulu. (sebab saya selalu terbangun jika terdengar bunyi ayam bising)

Tok tukang masak yang hebat. Air tangan tok memang unik hebat dan berbeza. Sup ikan jebung tok dan asam pedas tok adalah makanan common, tetapi rasa apabila ia dimasak tok sangat-sangat berbeza. Tok juga membuat rendang yang paling sedap pernah saya makan, (dan saya telah mencuba rendang di serata Malaysia). Saya pernah terdengar ketika hari raya, seorang makcik saya berkata kepada emak (mereka sedang belajar resipi tok) yang mereka perlu salin resipi tok ini betul-betul. Ini kerana walau seulas bawang tertinggal pun, anak-anak tok akan dapat rasa.

No offence to Sabriza and my mom, memang berbeza. Mak saya terpaksa develop kemahiran masak benda lain seperti telur bungkus (apa-apa yang tok tak masak), kerana apa-apa yang tok sudah biasa masak, mak mesti tidak dapat lawan. Even singgang (masakan paling malas di dunia) emak pun ayah cakap tak sama macam tok masak.

Contohnya pada hari raya lepas ketika menjamah rendang tok, saya immediately dapat agak yang mesti ada orang lain tolong tok masak rendang tersebut kerana ia tidak se pure rendang yang tok selalu masuk. Memang betul pun, Sabriza yang tolong rupanya. Saya sekadar berkata, “patutlah rasa lain”. :)

Tok, a Doting Grandmother

Saya tidak tahu bagaimana nenek/tok/tok wan anda. Tetapi tok saya sebiji seperti nenek konvensional dalam tv. Tok sangat penyayang kepada cucunya. Waktu kecil-kecil dahulu, saya sering mengikut tok ke pasar. Tok antara orang pertama bawa saya naik bas, teksi dan beca (Ya! Among the only few times saya naik beca). :)

Setiap kali ikut tok ke pasar, tok mesti belikan saya air tin/air kotak.

Kadang-kadang tok akan belikan cikedis (jajan) atau permainan juga.

Saya juga suka ke rumah tok waktu kecil-kecil dahulu dan lebih suka tidur di sana, sebab di rumah tok, emak dan ayah tak akan berani marahkan kami. hehe… :p (kalau kat rumah tu, hari-hari kena pukul). Sebab rumah tok dan rumah kami tidak jauh (satu Kuantan juga), dan memang ayah hari-hari suka pergi rumah tok, jadi memang saya sentiasa cari alasan untuk duduk di rumah tok.

Satu ketika dahulu, tok mempunyai kedai kecil dan empayar kuih rayanya sendiri di Kuantan. Setiap kali hari raya, sebahagian anak-anak dan cucunya akan membuka gerai menjual kuih raya. Di salah satu gerai inilah saya berkenalan dengan dunia keusahawanan. Saya rasa saya memang mendapat trait usahawan ini dari tok.

Tetapi yang kelakarnya, saya masih ingat hari pertama saya membantu ayah di gerai ketika bulan puasa (ketika saya darjah dua saya rasa). Hari pertama saya tolong, malam itu terus saya demam apabila berbuka di rumah tok. Habis ayah saya kena marah dengan tok sebab biarkan budak kecik tolong dia di gerai. hehe… :p

Kenangan saya yang terakhir bersama tok yang saya akan ingat sampai bila-bila adalah kejadian pada satu hari raya.

Ayah saya komplen yang beliau sudah tidak ada gigi, jadi beliau tidak boleh makan (4 batang je pun sebenarnya yang tak ada. Ayah saya memang jadi macam budak-budak kalau dengan tok). Lantas tok saya memberitahu beliau, “Alah, aku ni Hasan berpuluh tahun hidup tak ada gigi, boleh je makan. Banyak cakap pulak” (tok memang tak ada gigi langsung)

To think of it, antara makanan kegemaran tok lately adalah biskut kering yang keras tu. I doubt ayah boleh makan. Tapi tok makan selamba je walaupun takde gigi. :)

I think my memory of tok does not do justice for her. Ada banyak lagi sebenarnya memori-memori best dari seorang nenek yang terbaik di dunia ini. You can read some more from my sister’s blog here.

Semoga roh tok ditempatkan bersama roh orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah.

Sabri

Doa Seorang Anak

Saat ini saya sedang berada di sisi katil emak. Emak baru lepas menjalani pembedahan membuang kelenjar tiroidnya. Malam ini dan malam besok saya akan menemani emak di hospital.

Dalam hidup keluarga kami, emak adalah tonggaknya. Ayah selalu dimanjakan tok, jadi ayah mempunyai semangat yang rendah sedikit. Tetapi tidak emak. Jika perlu berenang tujuh lautan sekalipun supaya anak-anaknya pandai, saya yakin beliau akan melakukannya.

Dulu emak bangun jam empat pagi setiap hari untuk membuat nasi lemak. Selepas itu jam 8 hingga 5 beliau akan pejabat. Pulang dari pejabat beliau akan memasak Dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi lemak keesokan harinya. Begitulah setianya emak kepada ayah Dan dedikasi emak kepada keluarga.

Saya tidak bercadang untuk hidup Dalam kehidupan yang telah emak lalui. Saya tahu saya mungkin tidak setabah emak. Namun, saya sangat bersyukur jika dikurniakan seorang isteri setabah dan sesetia emak. Ada perempuan yang tidak sanggup pun mendengar kisah emak kerana sangkakan saya mahu hidup begitu. Semoga saya dijauhkan Dari perempuan demikian.

Apabila emak sihat, emak dirasakan seperti boleh membengkokkan besi dengan semangatnya sahaja. Namun apabila emak terlantar, semangatnya sirna. Hati saya dirundung sayu. Saya hanya mampu menggosok tangan emak memberi kekuatan sambil berdoa kepada Tuhan agar Dia cepat-cepat mengembalikan kekuatan dan kesihatan emak.

Saya mungkin tidak mampu memanjakan emak seperti mana emak memanjakan saya. Maafkan ayie mak. Tetapi ayie harap mak boleh merasai kehadiran ayie, tabah dan cepat pulih. Ayie harap sebagaimana emak mengajar kami menahan sakit supaya cepat pulih, emak juga dapat lakukan.

Dalam tempoh 2 tahun ini, saya lebih rapat dengan emak dan keluarga. Setiap bulan saya akan pulang ke kampung, adakalanya beberapa kali. Saya juga dapat merasakan kehangatan dan kemesraan berada bersama keluaga itu.

Ia tidak selalunya begitu. 3 tahun lepas saya diberi amaran pertama. Emak dimasukkan ke hospital kerana denggi yang kronik. Saya sangkakan emak demam biasa sahaja, biasanya emak masih boleh bekerja kuat. Itu pengalaman pertama saya melihat emak terlantar.

Walaupun telah pernah menonton tv, membaca buku motivasi mengenainya sebelum ini, perasaan apabila melihat sendiri kesakitan emak tidak apa yang dapat menyediakan saya untuk menghadapinya. Namun Tuhan masih sayangkan kami sekeluarga. Emak pulih dalam masa hampir sebulan.

Saya yang terpana ketika emak sakit rupanya cuma insaf sekejap. Setelah beberapa bulan, saya renggang semula.

Setahun selepas itu saya diberi amaran kedua. Hubungan cinta yang saya bina selama 3 tahun lebih sebelum itu musnah tanpa kerelaan saya. Emak dan keluarga saya menjadi sumber kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan hidup.

Sejak itu saya benar-benar insaf. Saya menjadi lebih rapat dengan keluarga dan emak. Benar-benar rapat. Di dalam hati saya, saya sering mengesyaki yang hikmah disebalik perpisahan saya sebenarnya adalah kerana Allah mahu saya lebih menghargai dan rapat dengan keluara. Message understood ya Allah.

Walaupun saya tidak suka mengorbankan mana-mana orang yang saya sayang untuk orang lain yang saya sayang, saya tidak percaya pada konsep begitu. Saya percaya we can have our cake and eat it too. Namun dalam kes ini jika itulah sebabnya maka saya redha. It’s painful but well worth it.

Namun 2 tahun selepas itu, emak ke hospital lagi. Sekarang. Saya rasa Allah mahu memberitahu saya bukanlah saya berpisah kerana Allah mahu saya memahami kepentingan keluarga. Bertemu dan berpisah adalah kehendak dan akibat dari perbuatan manusia. Sebaliknya Dia mahu memberi saya peluang berbakti kepada emak dan supaya emak dapat merasakan kasih sayang anaknya pula tanpa perlu ada sad ending. :)

Saya yakin emak akan pulih. Dari saya mula menulis sehingga apabila saya habis ini, ukuran darah emak sudah dua kali diambil (pkl 10 & 12 mlm. Nurse ini pun, tidak ada masa lainkah. Emak nak tidur, emak makin pening jika tidurnya diganggu).

Tekanan darah emak normal. Cuma emak kerap terbangun. Satu sebab nurse sering menggangu tidur emak. Namun selepas ini Nurse tadi mengatakan waktu ubat seterusnya adalah jam 8 pagi. Saya harap emak dapat tidur dengan dengan aman dan nyenyak selepas ini.

Ya Allah, kuatkanlah semangat emak menghadapi ujianMu dan pulihkanlah kesihatannya semula secepat mungkin. Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang.

Pesanan Untuk Adik – Before You Jump Into Business

Apabila ditanya kepada Ummar beliau mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang apa dan apa cita-citanya, beliau mengatakan beliau ingin menjadi ahli perniagaan (tengoklah, inspirasi dari siapa tu? hehe.. See, I gave good examples to my siblings kan). Apabila beliau berkata demikian, ada beberapa nasihat yang ingin saya berikan kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli perniagaan. Bukan sahaja untuk Ummar, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama.

Tujuan Menjadi Usahawan

Jika anda ingin menjadi usahawan semata-mata kerana anda ingin cepat kaya, atau kerana anda sukakan wang, saya nasihatkan lebih baik anda jangan jadi usahawan lagi. Anda belum layak kerana anda tidak matang. Tidak kiralah umur anda berapa, saya lihat terlalu banyak contoh usahawan tua yang gagal dan masih belum menyedari hakikat ini.

Biar saya kongsi kepada anda tujuan yang akan membantu anda menjadi usahawan yang berjaya:

Biasanya usahawan yang berjaya mempunyai misi yang tersendiri. Wang dan keuntungan adalah fokus penting, tetapi bukan fokus utama yang paling penting. Sebagai contoh, Bill Gates memulakan Microsoft bukanlah semata-mata kerana beliau mahu kaya, tetapi kerana beliau “asyik” dan passionate dalam bidang pembangunan perisian untuk software. Begitu juga Michael Dell, Jeff Bezos dan Tony Fernandez, sekadar menyebut beberapa nama.

Mereka mempunyai satu passion yang amat kuat dalam satu bidang yang mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu. Apabila mereka menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu, wang akan datang dengan sendirinya. Bagi anda yang masih belum menjumpai passion anda, bagaimana untuk anda tahu anda sesuai untuk jadi usahawan atau tidak?

Lihat begini. Adakah anda passionate menjual? Adakah anda seronok berurus niaga? Adakah anda seronok melihat produk anda menjual? Adakah anda gembira apabila anda dapat peluang menjual sesuatu kepada orang ramai?

Jika anda ada passion dalam bidang jualan, anda layak untuk menjadi usahawan. Anda cuma tinggal perlu cari passion yang satu lagi sahaja untuk menentukan anda perlu jadi usahawan dalam bidang apa.

Jika anda belum ada passion untuk menjual? Jauhilah keusahawanan. Anda hanya akan menyusahkan diri anda sendiri. Jika anda masih kepingin untuk menjadi usahawan, pupuk dulu minat dan passion anda. Mulakan kecil-kecilan. Tanamkan sifat suka menjual. Tawarkan diri secara sukarela membantu rakan anda yang berniaga untuk menjual.

Bidang Yang Perlu Ambil di Universiti

Jangan ambil Pengurusan Perniagaan. Anda akan didedahkan dengan terlalu banyak teori yang akan membahayakan fikiran dan pemahaman anda terhadap perniagaan. Pengurusan perniagaan boleh dipelajari secara sampingan. Nasihat saya ambil bidang yang akan memberi anda satu “skill” dan kemahiran berfikir secara analitis. Cadangan saya, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (jika mampu), Undang-undang, Kewangan atau Perakaunan (pilihan terakhir~sebab sekarang ambil ACCA pun dah mencukupi).

Di samping subjek-subjek ini, pastikan anda turut mengambil beberapa subjek pengurusan dan kewangan sebagai minor jika boleh. Jika tidak boleh ambil dua atau tiga subjek berkaitan pemasaran, kewangan atau pengurusan sebagai sampingan. Ini biasanya sudah mencukupi.

Perniagaan adalah skill. Anda tidak akan mendapatnya di dalam dewan kuliah. Jadi tak perlu bazirkan 3-4 tahun anda di sana. Tetapi anda perlu mendapatkan ijazah yang dihormati. Itu passport yang akan memudahkan kerja anda di kemudian hari.

Belajar Menjual Seawal Mungkin

Belajarlah menjual. Saya mula menjual sejak saya darjah 2 dan mula menguruskan gerai saya sendiri ketika saya di Tingkatan 1. Saya juga bekerja sementara menunggu keputusan SPM selama sebulan setengah sebagai salesman hardcore. Hidup saya memang terdedah dalam suasana jualan.

Untuk adik saya, Ummar pendedahan beliau kepada suasana menjual amat kurang. Jual minyak (mengorat) bolehlah dia tu. Jadi saya bercadang ketika beliau menunggu keputusan SPMnya nanti saya akan hantar beliau ke Miri untuk menjaga booth saya di sana. Walaupun sekejap tetapi setiap pengalaman menjual itu adalah berharga.

Lebih berharga lagi jika pengalaman menjual itu datang dalam situasi yang tidak selesa. Ini akan memaksa mereka untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka.

Bagi anda yang lain, cuba cari pengalaman menjual. Jika anda telah bekerja, tidak ada pengalaman menjual, jadilah penjual sukarela menjual di kedai-kedai milik rakan anda pada hujung minggu.

Jika anda ingin memulakan perniagaan tanpa pernah menjual, hmm… Anda cuba dulu. 2 tahun dari sekarang beritahu saya semula sama ada anda menyesal atau tidak, tidak mahu dengar nasihat saya.

MLM (Multi Level Marketing)

Haa… Satu tajuk yang menarik. Sesiapa yang ingin kaya, atau mahu menjadi usahawan tidak dapat tidak pada satu peringkat hidup akan terbabit dengan MLM. Nasib saya baik sedikit, sebab sejak kecil saya didedahkan dengan perniagaan milik sendiri jadi bila MLM datang saya tak nampak kepentingan menyertainya. Jadi saya tidak menyertainya. Nasihat saya, carilah perniagaan lain. Tidak perlulah sertai MLM. Cari pengalaman menjual dengan cara lain.

Having said that, biasanya MLM merupakan pengalaman pertama seseorang itu belajar menjual. Disebabkan biasanya kita diajak oleh rakan-rakan kita, kita selalu terperangkap. Ini nasihat saya kepada Ummar;

  1. Jika boleh elakkan dari menyertai MLM ataupun apa-apa yang sejenis dengannya
  2. Tetapi kalau degil juga tak nak dengar cakap abang, nak masuk-masuklah. Tetapi gunakan duit sendiri dan jangan gunakan duit emak atau duit kawan. Wajib. Pastikan juga duit tu tak kisah “hangus”. Sebab duit tu pasti akan hangus. Memang confirm. Kalau abang tahu Ummar minta duit dengan emak, kakak atau sesiapa pun sebab untuk masuk MLM, abang akan pastikan Ummar jadi hamba seumur hidup kat ruma tu. Mark my word. Kalau tak ada duit, jangan menggatal nak join.
  3. Tak perlu nak promote kepada emak atau kakak atau Ummairah atau Cho. Kalau nak promote kepada kawan, pastikan yuran nak join tu tak lebih dari RM 100. Kalau lebih dari tu, pergi cari orang yang tak dikenali. Percayalah, Ummar akan berterima kasih nanti kat abang. (kalau Ummar hasut sesiapa dari family kita untuk join MLM, abang memang pasti akan hempuk Ummar dan pastikan setiap sen dipulangkan. Try lah)
  4. Satu-satunya tujuan untuk join MLM adalah untuk belajar menjual (ada cara lain, tapi nak sangat join tadi siapa suruh)
  5. Tujuan utama masuk universiti adalah untuk mendapatkan ijazah. Bukan untuk mendapat wang. Jadi prioriti untuk MLM jatuh tahap keseribu. (jumpa abang personally untuk bincang kalau Ummar dah termasuk MLM waktu di universiti. Kita akan lihat macam mana Ummar boleh minimize loss. Rugi tetap rugi, just macam mana nak kurangkan)
  6. Bila dah stop buat MLM tu, belajar dari kesilapan. Jangan join lagi.

Rasanya itu sahaja dari saya. Ini sebelum seseorang tu menjadi usahawan. Nanti saya akan tuliskan pula bagaimana untuk memulakan langkah pertama sebagai usahawan.

Sabri
Passionate Entrepreneur

Tahniah Ummairah! :)

Ummairah bertanggungjawab membuatkan emak bangun sangat awal pada hari pertama UPSR.

Ummairah bertanggungjawab membuatkan emak tidak selera makan dan tidur awal pada malam hari pertama UPSR setelah memberitahu emak beliau ada 8 salah dalam kertas pemahaman UPSR.

Ummairah juga menyebabkan abang dan kakaknya bersekongkol menipunya dengan mengatakan beliau ada 8 salah, sedangkan sebenarnya 9 (supaya motivasi dia tak down)

Ummairah juga telah terselamat dari pergi ke sekolah di Permatang Badak dengan bas Bee Huat (ancaman ayah kalau tak dapat 5A)

Mujur abangnya tidak berada di Malaysia ketika ini, jika tidak pasti dihujani dengan panggilan-panggilan telefon meminta hadiah. Hmm, hadiah apa yang mahu diberi kepada Ummairah ini ya? (Bagus 2 kali sebab hadiah kat sini murah! hehe..)

Hadiah apa ya untuk Ummairah?

  1. Anak patung? (Ummairah dah besar)
  2. Buku (buku lagi! Ummairah dah bosan. Faham2, sudah selalu beli buku, Ummairah mesti mahukan sesuatu yang lebih up lagi untuk ini. ~Dia high taste!)
  3. Helikopter control (hehe… ini hadiah supaya abang dia boleh tumpang ni)
  4. Ah, nantilah fikirkan waktu jalan-jalan di Beijing Lu.

Apapun, congratz Ummairah yang selalu kena ejek dengan adik-beradiknya. You have overcome all the odds, you prove you are no longer the ugly ducklings but has transformed into a beautiful swan (yang hitam sikit) :p

Ummairah

p/s”: Orang di China ini bekerja sangat awal. Pukul 8 jalan sudah bising (weekend) dan kurier sudah mengetuk pintu bilik. Housekeeping pun datang pukul 8. Mereka sangat rajin.

What I Am Most Grateful For on Hari Raya

1. I am grateful for the adequate sleep that I had the night before.

2. I am grateful every member of my family is in the house.

3. I am grateful my mom ironed all our Raya dresses. (my siblings iron their’s back because they are not satisfied- I don’t care ;)   )

4. I am grateful my parents are still healthy and very much alive.

5. I am grateful for all the noises we make in the morning. (Our house is unique, after Ummar, Sabriza & me went to further our study, our neighbours told my mum our house was unusually quiet)

6. I am grateful we all have new Raya Baju Melayu & Baju Kurung & family’s samping to wear.

7. I am grateful to hear the Takbir in the air.

8. I am grateful we have water to take shower.

9. I am grateful that we have 3 car going in different directions. My dad, My Mom & my sisters, me & my brother.

10. I am grateful I have an understanding younger brother.

11. I am grateful my tuk still cook tasty meal (although K. Ana manage to spoil the recipe somewhat)

12. I am grateful I can still eat real Ketupat, Lemang & Rendang.

13. I am grateful I can still eat beef, and drinks sweet syrup.

14. I am grateful I still have uncles & aunties and visiting them make me realise and learn something about life.

15. I am grateful I can do a small favor to them and they appreciate it.

16. I am grateful one of my uncle is recovering well from stroke.

17. I am grateful my car is good enough to be used for our balik kampung journey.

18. I am grateful my grandmother is still alive.

19. I am grateful for the family members that I have. My own family and our extended family. We have different ideologies and different beliefs, but each of them teach me something that I cherish and make me realize how valuable the experience is.

I am grateful for the joyous Raya that I have.

Sabri

Awesomeness Update

17 July:

I went to Ipoh. (No I did not go earlier as planned). I have completed my clearance form, but there are a few more paper works need to be submitted and red tape busted.

20-24 July:

A super productive week.

23 July:

Fun night. Mindvalley held its “bring your friend so that we can impress & hire” session at one of the coolest rooftop cafe in KL. Met a lot of interesting people.

26 July

Will go back to Ipoh, complete the paperwork and hopefully this time no idiotic pencil pusher stand in my way.

I like to write more but as you can see, life is super hectic right now. But it is fun and challenging. So no sweat. I will write more once I can organize my thought proper.

Ciao!

Wanted : An Adik Angkat for July Till October

I am writing this post while lying on my bed. Obviously I am not using a computer, so my apology if it’s shorter than usual. Suddenly feel like in the mood to jot down something.

ANECDOTE ONE

I spoke to my sister tonight for about 17 minutes (spending RM 17 in the process). It’s ironic actually. We talked a lot on the phone and she is more than willing to call me while she is in the UK. But I betcha, when she is in Malaysia, she will not call me even once although it is far cheaper. She will be busy shopping, gossipping and what not with her buddies.

So in anticipation for Sabriza’s homecoming this July, there will be one empty slot for someone else to be my ‘sister’. Anybody is looking for a charming and kind hearted ‘abang angkat’? ;)

Kindly leave your phone number in the comment section.

ANECDOTE TWO

My sister made me realize that a lot of people did not have a good conversational skill. Here’s a tip.

When speaking with someone you did not know well enough, but would like to strike a good rapport with him or her, always treat the conversation as a ping pong game.

Always ask open ended questions and when answering a questions, always counter questions the person. Never let them feel like they are interogating you. Do not give a conclusive answer, instead answer just enough so that the other person can pick on the answer and asked another questions.

This is true and applicable in real conversations, emails or even SMS.

You will start to notice how easy it is to have a good and enjoyable conversation with more people. ;)

Bahana Kanak-Kanak Menonton Drama Indonesia

Ini Kisah Benar dalam Ujian Pertengahan Tahun baru-baru ini. Nama tidak dirahsiakan.

1. Harga satu _________________ beras adalah RM 2.50

A. gantang
B. sudu
C. guni
D. butir

UMMAIRAH: Hmm… Sebutir beras takkan mahal sangat, pangkah. Sesudu beras mungkin. Seguni beras puluh-puluh ringgit, pangkah. Gantang? Haha, cikgu salah eja ni. Patut eja ganteng macam dalam tv, ada ke gantang, pangkah. Jawapan Ummairah: B.

Ya Allah Ya Tuhanku. Selamatkanlah Adikku ini dan juga orang-orang lain yang tidak tahu gantang tu macam mana. :)

Untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu, gantang dan ganteng adalah dua perkara berbeza dan bukan salah eja.

Ganteng adalah seperti berikut:

Jejaka Ganteng

Jejaka Ganteng

Gantang macam mana pulak?

Google sendiri! :)

Lelaki Ganteng,

Sabri

My Sister(s) Have a Weird Habit

I don’t understand why. I believe this is an isolated case and its not the case with all women, but I don’t know though. I have not met with enough women yet to make a judgement. And of course, I am secretly hoping that this is truly an isolated case. 

Ummairah;

Me: Merah, sebelum tidur, pasang ubat nyamuk. Nanti kena denggi macam mak susah.

Merah: (ignore me, pura2 masuk bilik tidur terus)

I know with all my sister(s), there is no use to coax or rationalize to them to do something that they don’t wanto. They will never listen. So, I let her sleep first. I will wake her up at 11 pm and disturb and nag her continuosly UNTIL she lights up the mosquito coil. She know I wont stop until she go and lights up the mosquito coil (NO, of course I can’t do that FOR her, it’s my RESPONSIBILITY as the big bro to show her that she MUST take care of herself and not be too dependent on others-hehe- but of course, don’t worry. I wont do this to my wifey-to be. :p ).

I thought she has done so, but apparently not. The story below is relayed to me by Kak Ana (Sabriza) who are at the living room at that time.

What this Ummairah bertuah will do is, she goes out and sit at the living room for 5 minutes before she went back to her room (she still don’t lights up the mosquito coil though). Kak Ana asked her, what are you doing here? (as she was asleep before). She said, “Abang suruh pasang ubat nyamuk”.

Lah. She went out just to fool me, so that I think she spent the 5 minutes to light up the mosquito coil.

She was more willing to waste 5 minutes sitting at the living room doing nothing before resuming her sleep than pasang ubat nyamuk which also take 5 minutes and guarantee a more comfortable sleep.

I went back to my hometown this weekend, and she pulled the same antic when my mom asked her to buy nasi minyak for both of us while she get ready before sending her to school. 

And when I see Ummairah attitude, I remember Kak. Ana.

For obvious reason that she and her friends is reading this blog, so I shall spare her the embarassment. But let it be known that my sister(s) share this weird trait.

You just cannot argue or try to rationalize with them. They wont listen to you.

Denggi, hunger, gastric even death maybe can’t make them change their mind. :p

Ummar is much better. We men can change our decision if there is a rational reason. 

 

(padan muka kak ana! serve you right! Cerita pasal siput & basikal tu)