Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Phnom Penh, saya tidaklah terlalu teruja. Berbeza dengan beberapa negara ASEAN lain, Cambodia tidaklah terlalu istimewa.

Namun, itu boleh jadi post yang lain.

Cuma, saya nak katakan yang gambar ini menceritakan mengenai impression saya terhadap Phnom Penh.

Lensa Biasa

Boring. Tidak ada apa-apa yang menarik. Tetapi sambil saya berehat-rehat pagi tadi, saya terlihat satu gambar Phnom Penh yang buat saya curious. 

Lensa Positif

Gambar yang sama, tetapi dengan sudut pandang yang lebih vibrant dan dinamik bukan?

Menarik bagaimana kita boleh melihat benda yang sama, tetapi kita dapat hasil yang berbeza.

Gambar kedua nampak lebih menarik dan buat kita tertarik untuk explore lebih lagi bandarnya. Hasilnya, 2 jam saya berjalan kaki tanpa tujuan petang tadi, just to soak in the city’s atmosphere.