Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: April 2011

There’s a Lot of Things to Be Grateful for This Weekend…

I am a blessed man. This weekend was among the most blissful weekend in my life so far. I am grateful for:

1) Being able to spend quality time in the weekend with my family.

2) Ummairah dah pandai main badminton (okaylah for girls’ standard, much3x better dari Sabriza. Takdelah penat kutip bola dari main). So, Ummairah, Ummar and me (along with some of our neighbours) played badminton till midnight bawah lampu jalan. Its been yearsss since I last do that.

3) Pagi pun main badminton lagi (walaupun bawah bumbung rumah, sebab Ummar cakap main kat luar nanti kulit gelap)

4) Dapat makan keropok, nugget keju, udang galah fresh masak lemak dengan banyaknya, nasi dagang dan laksam.

5) Jumpa nenek, had dinner with her and family maksu sita.

6) Jumpa Cho as well.

7) For the first time in a few weeks, Sabriza tak busy. She actually had time to listen to my story and ask genuine questions about my life that show that she cared! (my sister was really gung-ho about becoming “guru praktikal cemerlang” for the last 3 weeks,and didn’t have time even for her ONLY brother. No wonder she is still single. Ooops… :p   )

8  ) Dapat shopping sampai puas hati. I don’t like shopping that much. But I like bargains. Lepas balik dari Kuantan, keluar sekejap tiba-tiba kedai yang selama ini saya assume tak pernah nak murah ada sales yang sangat-sangat murah pulak. Dapatlah 5 helai baju baru. Not really what I normally wear, tapi lepas consult Sabriza dia kata ok, plus memang macam ok pun, so okaylah. 🙂

I am SOO grateful for this weekend.

Best Regards

 

Sabri

Memandaikan Bangsa | Komitmen Seumur Hidup

Saya baru pulang dari sebuah sekolah berasrama penuh di Kubang Pasu, berkongsi panduan kerjaya. Saya diminta oleh adik saya yang sedang menjalani latihan praktikal di sana. Memandangkan hobi saya memang bercakap dan saya memang sudah lama bercita-cita untuk bercakap kepada sekumpulan pelajar SBP mengenai perancangan masa depan, maka saya menerima jemputan tersebut.

Walaupun saya bercakap secara percuma dan mengeluarkan wang sendiri untuk tambang kapal terbang, saya anggap ia satu sumbangan untuk perjuangan memandaikan bangsa dan membangunkan mereka. Pihak sekolah memang menawarkan untuk membayar, tetapi saya tolak. Lebih puas hati dan lebih bebas untuk bercakap.

Secara asasnya saya cuma menyampaikan apa yang guru-guru saya di SEMASHUR dulu selalu berpesan kepada kami semua dan sedikit tambahan pengalaman saya (salah satunya adalah risiko yang dihadapi oleh pelajar Sains Hayat di matrikulasi) dan juga kenapa lebih baik jangan ambil bidang Farmasi. Saya juga berkongsi peluang-peluang pekerjaan dan bidang-bidang pengajian yang ada prospek di syarikat MNC.

(24/4/2011 – Saya dalam proses untuk mengupdate, menambah dan memperjelaskan kenapa saya berkata seperti di atas atas permintaan beberapa pembaca. Sementara saya merangka ayat dan huraian tu, ini jawapan pendeknya. Dalam karier ini, jadi hero jangan jadi extra sementara pintu masih terbuka untuk kita berbuat demikian… Jawapan panjang menyusul)

Saya mengakhiri perkongsian saya dengan pesanan supaya mereka merancang masa depan mereka dengan sebaik-baiknya jangan sampai 10-15 tahun dari sekarang mereka malu dan segan untuk menghadiri reunion sekolah mereka kerana merasa rendah diri dengan rakan-rakan mereka yang nampak lebih berjaya.

Guru-guru mereka pun open-minded. Mereka memang mencari-cari idea baru bagaimana untuk memperkasakan pelajar mereka. Saya berbangga dan berterima kasih ada idea-idea yang saya sebutkan sekali lalu kepada pelajar dalam talk saya mereka catit dan bertanya jika ada referral.

Memandaikan Bangsa | Komitmen Seumur Hidup

Sesi tersebut memang seronok. Dari pukul 8.00 sehingga 1.30 tanpa morning break pun, saya kagum dengan mereka. Kalau sesi orang dewasa memang sudah pasti kena break pukul 10. 🙂

Dari awal sehingga habis, “energy” mereka memang tidak pernah surut.

Habis sahaja, saya pula yang “flat”. 🙂

Ini mengingatkan saya kenapa saya memperlahankan aktiviti-aktiviti menganjurkan seminar & workshop. Bercakap ini nampak senang, tetapi sebenarnya memakan tenaga yang tidak sikit. Untuk bercakap selama 5 jam itu, saya rasa saya gunakan 7 jam solid (dalam tempoh 3 hari) untuk menyediakan material. Itu tidak termasuk berjam-jam lagi yang digunakan untuk brainstorm dan merancang program tersebut.

Ketika mengendalikan program pula, saya suka membayangkan diri saya seperti mobile charger. Saya sebagai speaker menyalurkan tenaga kepada peserta. Buat mereka bereaksi dan menjadikan sesi tersebut interaktif. Pada saya, speaker yang baik adalah pelakon yang hebat. Mereka tidak boleh kelihatan penat, tidak boleh nampak tidak bersedia (jika ada kekurangan dan kelemahan, perlu pandai buat nampak natural dan seperti sudah plan) dan penuh bertenaga. Di samping itu speaker perlu memastikan peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan enjoy program tersebut.

Sebab itulah bila habis sahaja program biasanya saya akan flat terus.

Setelah habis program saya berkata kepada Sabriza, I might be a good teacher for a day or two or even a week, but I definitely can’t do this for the rest of my life. I made the right choice to not being a speaker. Bercakap sebagai hobi is energizing, bercakap kepada pelajar sebagai profesion, I respect people who can do that.

Sabriza juga bertanya, boleh tak buat program yang sama di sekolah rakan-rakannya pula, saya kata not this month. Once a month pun dah quite a lot dah.

Maybe twice a year is okay. Let’s do this again in 6 months!

 

Sabri

Anugerah Dari Kegagalan

Minggu depan saya telah berjanji dengan Sabriza untuk mengendalikan sesi kerjaya di sekolah tempat beliau bertugas secara percuma (percuma pun tak tepat, saya pula kena bayar tiket kapal terbang sendiri). Tetapi tak apalah sebab saya katakan kepada beliau, dari bayaran yang tak setimpal, lebih baiklah saya cakap percuma. Sekurang-kurangnya saya boleh bercakap dengan bebas apa yang saya nak sampaikan dan tak tertakluk kepada protokol atau guidelines sekolah.

Dan memang saya ada banyak bendak hendak dikongsikan dengan pelajar. Banyak benda mengenai kehidupan yang saya nak sampai dan kongsikan.

Tetapi saya sedar yang benda-benda ini tidak boleh dipaksa. Saya tak boleh “download” kan semua benda dalam otak saya ini kepada pelajar-pelajar itu nanti sebab nanti information overload. Sesi tersebut tidak akan efektif. Untuk sesi tersebut efektif, saya perlu sampaikan dengan ringkas tetapi penuh impak.

Jadi saya pun mula berfikir dan muhasabah diri semula. Apa 3 point penting yang saya nak kongsi dengan pelajar (sesi 5 jam).

3 point, 5 jam. Lebih dari cukup masa tu sebenarnya.

Tapi itulah target saya. Saya tidak mahu sekadar kuantiti, tetapi kualiti yang penting. Saya mengeluarkan duit saya sendiri untuk bersama mereka, saya semestinya mahu melihat pelaburan saya memberi hasil yang membanggakan.

Dan walaupun saya selalu bercakap di hadapan ramai, tetapi saya sudah lama tidak bercakap dengan pelajar sekolah rupanya. Saya pun mulalah mencari bahan kawan-kawan penulis saya untuk saya jadikan sebagai contoh dan rujukan.

Dan biasalah terbabaslah kepada video-video motivasi. Terjumpa dengan sebuah lagu bertajuk, “Anugerah Dari Kegagalan” nyanyian Dato’ Shake.

Anugerah Dari Kegagalan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan.

Saya terkesima. WoW.

Saya bersyukur, sedikit sebanyak diri saya hari ini lebih baik sedikit dari diri saya beberapa tahun lepas. Saya harap ia dapat berterusan.

Walaupun Anugerah dari Kegagalan ini perjalanannya lebih mencabar sedikit, tetapi anugerahnya tetap manis. Jangan terlalu menangisi dan berputus asa dengan perjalanan yang payah sehingga kita lupa meraikan anugerahnya.

Ya Allah, kurniakanlah aku Anugerah Dari Kejayaan pula dengan sebanyak-banyaknya.

 

Sabri

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén