Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: September 2016

Cerita Terima Kasih

Minggu lepas adalah antara minggu yang mencabar untuk saya. Saya bersyukur doa-doa untuk saya dipermudahkan urusan dimakbulkan. Terima kasih kepada emak saya, isteri saya dan sesiapa sahaja yang baik hati dan mendoakan. Saya sangat menghargainya.

Ketika mengharungi waktu-waktu sukar tersebut, saya terbaca post ini dari tahun 2011. Well said. It really put things in perspective for me.

Jemput baca:

Sebab Kenapa Kita Mudah Dan Akan Selalu Kecewa

Cerita Mengenai Terima Kasih

Bercerita mengenai terima kasih, baru-baru ini saya ada terjumpa satu terima kasih yang pelik.

Pada saya, ketika saya mengucapkan terima kasih, pada bila-bila masa, itu adalah ketika saya menutup buku. Jika saya ucapkan terima kasih, bermaksud saya memang berterima kasih, semuanya okay, all is well. There is no reason not to be satisfied anymore. Kalau ada sesuatu yang saya tak puas hati, tak perlu cakap terima kasih. You don’t owe anyone anything. Terima kasih bukan wajib pun. Jika kita ucapkan, ia memang bermaksud dari dalam hati saya, “Terima kasih!”.

Saya rasa dengan ramai orang pun sama.

Baru-baru ini saya terjumpa ada orang yang mulutnya cakap “Terima kasih”, tapi saya tak tahu apa yang ada di hati dan sanubarinya. Beberapa ketika kemudian komplen lagi, lepas tu komplen lagi. Tak pernah boleh dipuaskan dan tak tahu apa yang dikehendaki.

Sekadar berkongsi cerita mengenai kepelikan manusia di dunia ini. 🙂

Indonesian Food : Confession of a Convert

I am not a big fan of Indonesian food.

Pada saya makanan Indonesia ni tak dimasak dengan kasih sayang. Yalah, jika anda ke kedai ala Indonesia di Malaysia, bandingkan ayam balado dengan ayam masak merah (yang saya tak berapa suka juga) dan ayam masak sambal, ayam balado jatuh tangga tercorot.

Saya pernah beberapa kali ke Indonesia sebelum ini, dan apa yang saya lihat dan rasa tidak mengubah persepsi tersebut. Ada sekali saya rasa ayam bakar yang sedap di Bali, tetapi secara keseluruhannya ia tidak mengubah persepsi saya terhadap makanan Indonesia.

Sehinggalah trip saya baru-baru ini ke Bandung dan Jakarta.

Kali ini mata dan deria rasa saya terbuka sepenuhnya.

Saya benar-benar dapat merasai keenakan makanan Indonesia. Saya sedar, selama ini rupanya saya membandingkan makanan Indonesia dengan makanan di KL. Makanan di KL seperti letupan rasa (explosion of flavours). Pedasnya pedas, manis, masam dan masin yang betul-betul di rasai.

Contoh yang paling mudah, ketika di sana supir kami betul-betul bersemangat mempromosi ayam pop. Dari segi rupa ayam pop ni lebih kurang ayam rebus sahaja. Bahkan saya rasa memang ayam rebus pun. Cuma direbus dengan sesuatu lah, bukan dengan air sahaja.

Saya cuba gunakan scale ketika saya pertama kali merasai makanan original dari China. Ketika itu baru saya sedar. Rupanya, jika makanan Malaysia itu musik rock atau musik pop rancak, makanan Indonesia ini seperti bunyi alam. Bunyi angin dan ombak. Lembut, tapi nikmat bunyi tersebut.

Dan bermulalah my reawakening.

Saya telah cuba Nasi Padang sebenar:

nasi-padang

Iga (dari Restoran Mas Giri-superb!)

iga-giri

Juga masakan Sunda, gorengan jalanan dan jus apokatnya. Wow.

Sekarang saya sudah convert. Pada saya, makanan Indonesia kini setanding dengan menu-menu antarabangsa lain. Memang enak!

Prinsip Hidup : Biar Mati Cuma Sekali

Dalam hidup ini, saya ada satu prinsip. Jika ia boleh dikatakan sebagai prinsip.

Biar mati cuma sekali.

Bila kita risau terlebih, kita mati banyak kali. Sekali ketika kita risau, dan sekali lagi ketika sesuatu yang kita risaukan itu benar-benar terjadi.

Ini bukan satu paradoks kepada sesiapa yang mengenali saya. Saya ada dua sisi. Ada orang akan mengatakan saya seorang yang cepat menggelabah, dan ada yang akan mengatakan saya sebagai seorang yang terlalu tenang / cool, taking it easy too much.

Sukar untuk saya mejelaskannya kepada sesiapa yang tekun dan komited untuk melabel saya berdasarkan sisi pandangnya. Mungkin saya juga tidak bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada sesiapa yang melabel saya seperti di atas, yang saya juga mempunyai sisi yang berbeza.

Biasanya, saya akan jadi opposite kepada orang yang melabel itu. Contoh mudah adalah isteri saya. Biasanya ketika saya menggelabah, ketika itu jugalah beliau take it easy too much, sehingga saya menggelabah. Tetapi ketika beliau menggelabah, ketika itulah saya dianggap beliau seperti perlahan bertindak.

Dengan bos juga begitu.

It’s tough. Sebab saya rasa itu strategi yang terbaik. Jika kapal terbang sedang menjunam jatuh, tidak perlu semua pilot menggelabah. Cukup seorang sahaja, maksimum. Seorang dari pilot tersebut mesti tenang mengemudi. Kalau semua panik, nahas nanti.

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén