Bagaimana Untuk Menyesuaikan Diri di Tempat Kerja Baru

Dulu, saya ada merakamkan beberapa video dalam siri “Pesanan Untuk Adik”. Minggu lepas for some reason, saya menonton kembali video-video tersebut. Saya terkejut kerana secara puratanya video-video tersebut mempunyai lebih daripada 50 views!

Okay, jumlah tersebut adalah agak pathetic sebenarnya jika dibandingkan dengan video-video oleh blogger yang lebih cool dan comel dari saya, tetapi based on my own benchmark, itu sudah sangat hebat! (sebab adik saya ada 3 orang je!). Bila saya menonton semula video-video tersebut, saya dapati walaupun menonton video tersebut sangat painful (menonton rakaman diri sendiri sentiasa memberi saya perasaan seperti itu, sentiasa rasa boleh buat yang lebih baik), tetapi contentnya sangat relevan dan bagus.

Jadi saya bercadang untuk meneruskan rakaman-rakaman video inspirasi tersebut (minus my face).

Presentation untuk video-video ini saya ada yang saya buat sendiri menggunakan PowerPoint atau Keynote dan ada yang saya dapatkan dari pelbagai sumber, yang terpenting adalah, what you get from that video. Saya berharap ini akan dapat membantu saya memenuhi target posting untuk 2012 (setiap Isnin dan Khamis tanpa gagal!) :)

Short Cut Untuk Diterima Dengan Baik di Tempat Baru

Berpindah ke tempat baru adalah perkara yang menggusarkan. Kita tak pasti sama ada kita dapat perform sebaik di tempat lama, kita tak pasti sama ada kita akan diterima dan banyak ketidak pastian lagi.

Salah hemat, kita mungkin akan dilabelkan dengan label-label yang menyukarkan kita untuk perform. Tonton video di bawah untuk tips-tips bagaimana untuk menyesuaikan diri di tempat kerja yang baru! :)

Saya sebenarnya target untuk menghasilkan mini video sepanjang 5 minit dalam pelbagai tajuk kehidupan, tetapi buat masa ini masih tersasar kepada 7 minit (tetapi tidak berjela-jela, don’t worry). Instead of waiting or editing the video to reflect this, saya decided untuk go ahead sahaja.

Video-video awal ini mungkin agak “raw”. I strive to improve dalam video-video akan datang! :)

Komen, share ataupun like jika anda merasakan video ini bermanfaat!

 

Sabri

Tags:

Tips Rahsia Mencari Cinta Sejati | Ferrero Rocher Vs Jusco Selection

Topik ini telah saya fikir dan tuliskan secara “virtual” (dengan kata lain berangan) sejak seminggu lepas. Namun sebab kesibukan yang tiba-tiba dan jadual hujung minggu yang lebih pack daripada biasa, artikel ini tidak siap-siap. Tetapi malam ini saya mahu siapkan juga. Biarpun tidur lewat. Topik-topik “mythbusting” dan best seperti ini kalau dibiarkan lama-lama dalam kepala boleh ada side-effect. Tidak boleh fokus. :p

Here we go.

Background:

Saya mengenali beberapa orang senior (lelaki dan wanita) yang baik-baik, bagus-bagus tetapi mereka ini masih belum bertemu jodoh. Saya hairan kenapa. Sedangkan mereka ini adalah orang yang jika saya ada abang atau kakak, saya setuju terus jika mereka menjadi kakak dan abang ipar saya.

Bahkan saya sudi match make kan mereka pun. That is the highest level of recommendation I can give to anyone yang dalam usia yang sesuai untuk berkahwin.

Saya berfikir dan terus berfikir. Akhirnya saya mendapat satu hipotesis. Satu andaian.

Dalam mencari pasangan, selain dari 4 kriteria yang digariskan oleh hadis Rasulullah s.a.w, biasanya kita mahu mencari mereka yang dapat membuatkan kita ketawa. Yang pandai mengambil hati kita dan membuat kita gembira.

Kriteria ini tidak salah. It’s fair. Jika ada nasihat saya untuk adik saya pun, saya tak akan benarkan adik saya berkahwin dengan seseorang yang tidak dapat menggembirakannya.

Tetapi dalam artikel ini, saya ingin highlightkan, fakta bahawa hidup itu adalah satu proses.

Mencari cinta itu pun adalah satu proses. Maka secara tidak langsung, mencari orang yang dapat membuatkan kita ketawa dan gembira juga adalah satu proses.Dalam satu proses, untuk mendapatkan Output, perlu ada Input.

Saya rasa kadang-kadang kita terlalu fokus dalam mencari orang yang dapat membuatkan kita gembira, ketawa dan senang hati. Sehinggakan kita lupa, kita juga perlu membuatkan orang lain gembira, ketawa dan senang hati.

Dan sekali lagi dari pengalaman hidup saya yang terhad ini, dan dari pemerhatian saya, lebih mudah sebenarnya untuk membuatkan orang gembira dan ketawa dari menghabiskan masa mencari sesuatu yang belum pasti wujud atau tidak.

Jika kita mampu membuatkan orang lain gembira dengan ikhlas (tanpa mengharapkan apa-apa balasan spt supaya dia suka kita balik dan sebagainya), fokus semata-mata untuk memberi, orang lain akan lebih mudah open up dengan kita. Orang akan rasa lebih selesa dengan kita.

Bila orang rasa selesa dengan kita, mereka akan turut sama cenderung untuk membuatkan kita gembira kembali. Bila mereka ini menggembirakan kita, nah, bukankah ter-realisasi sudah cita-cita kita untuk mencari orang yang dapat menggembirakan kita?

Berbalik kepada contoh saya tadi, senior-senior yang saya kenali.

Saya admit mereka ini bukanlah orang yang cepat mesra. Mereka pada mulanya memang kelihatan seperti orang yang membosankan, dingin dan tiada perasaan. Tetapi setelah lama mengenali mereka, saya dapati mereka sebenarnya manusia normal juga. Mereka juga pandai membuatkan orang lain gembira! Mereka cuma perlu di beri ruang dan peluang kerana mungkin mereka malu dan tidak biasa, maklumlah interpersonal skills bukannya di ajar di sekolah.

Setelah saya berpeluang untuk berkawan, melibatkan mereka dalam aktiviti dan memerhatikan cara mereka berinteraksi, ketika itu saya sedari yang mereka ini sebenarnya adalah lelaki dan wanita yang menjadi impian ramai orang.

Cuma, kadang-kadang kerana manusia ini sibuk memikirkan “What’s In It For Me?”, “Siapa yang boleh buat aku bahagia”, mereka tidak sedar kehadiran lelaki dan wanita impian ini-ini (senior-senior saya). Lantaran lelaki dan wanita impian ini tidak memberi “instant chemistry” kepada mereka. Betapa ruginya mereka yang tercari-cari ini! Mereka makan coklat “Jusco Selection” sedangkan mereka boleh membeli Ferrero Rocher dengan 90% discount!

Kesimpulan saya kepada artikel ini adalah, mencari cinta adalah satu proses.

Jangan terlalu fokus untuk mencari orang yang mampu menggembirakan kita kerana ada banyak lagi “diamond in the rough”, yang kita perlu gembirakan dahulu sebelum mereka selesa untuk menggembirakan kita. Ada banyak berlian-berlian ini di luar sana. Go get one for yourself! :)

 

Sabri

Cabaran-Cabaran Dalam Kehidupan

Antara penulis, penceramah kegemaran saya adalah Ustaz Hasrizal dari SaifulIslam.com. Saya terjumpa blog beliau secara tidak sengaja apabila pernah dituduh melakukan cyber-squatting (dengan salah satu blog saya sebelum ini dengan nama hampir serupa) oleh salah seorang pembaca blog beliau (tetapi jangan risau, berani kerana benar. Orang tersebut cuma over excited dengan terminologi IT yang baru dipelajarinya. Sudah diresolvekan). Saya suka dengan teknik garapan beliau yang tepat ke jantung hati. Cara beliau mengolah bersahaja, tetapi hati yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa benarnya contoh-contoh mudah yang beliau kongsikan.

Dalam postnya yang terbaru beliau ada menulis;

Lalu Sheikh Abd al-Qadir al-Jailani menyambung nasihatnya kepada si anak murid, “Jangan engkau mendakwa dirimu sebagai Allah, tatkala engkau mahukan semua kehendakmu berlaku. Engkau mahu semua yang engkau hajatkan menjadi kenyataan. Ketika engkau mempunyai harapan yang begitu, engkau seperti mendakwa dirimu Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang berhak begitu!”

Harapan yang tinggi mesti disertakan dengan sifat kehambaan.

Jangan harapan itu menimbulkan rasa kecewa apabila ia tidak kesampaian, hingga kita terlupa kita hanyalah hamba. Hamba yang boleh berharap, namun segalanya pulang kepada kehendak Tuhan.

Satu peringatan untuk saya sendiri. Dalam rasa ghairah menikmati kehidupan yang baru, dalam rasa kesyukuran atas makbulnya doa, dalam keadaan suka merasakan diri sentiasa dilindungiNya, saya perlu ingat yang saya cuma hambaNya. Hamba yang hanya boleh berharap tetapi tidak boleh lupa untuk sentiasa meminta, merayu kepadaNya.

TanpaNya, tidak ada apa-apalah saya ini.

“Jangan pula engkau mendakwa dirimu seorang Nabi, yakni tidak kira setinggi mana engkau berusaha mencapai Taqwa dan pembaikan diri, jangan sesekali engkau merasakan dirimu tidak bersalah dan tidak berdosa. Sesungguhnya yang bersih dan terpelihara daripada dosa itu hanyalah seorang Nabi yang maksum.

Oleh itu, tidak kiralah berapa lama engkau telah mendampingi gurumu, jangan sesekali engkau menyangka yang tiada kesilapan yang berlaku pada perjalanan hidupmu hingga engkau terjebak kepada apa yang telah aku nasihatkan kepadamu itu”

Satu panduan pula kepada saya. Dalam berkongsi dan dalam menghadapi kehidupan “pasca-taubat” seperti kata Ustaz Hasrizal, saya perlu sentiasa ingat yang saya bukan maksum. Saya cuma manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Beliau mengakhiri post beliau dengan:

Sesungguhnya taubat dan kesedaran kita hanya di satu peringkat kehidupan.

Kita masih berjuang mengejar Husn al-Khatimah.

Bersederhanalah dalam membina harapan.

Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.

Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.

Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.

Argh, ini satu artikel yang sangat mengesankan.

Banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi, bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri.

Semoga jika ada kebaikan yang disebarkan, ia kembali menaungi kehidupan saya. Hidup saya cuma ihsan dariNya. :)

 

Sabri

Bagaimana Cara Untuk Meminta Maaf

Ada satu tajuk lagu, “Sorry seems to be the hardest word…”

Ada di antara kita yang mungkin berkata, susah apanya nak minta maaf. Minta maaf je lah. :)

Ketika saya ingin menulis post ini pun sebenarnya banyak kali saya fikir. Perlu ke nak tulis? Macam semua orang tahu je.

Suprisingly not.

Atau kadang-kadang, kita tahu bagaimana untuk minta maaf dan sering meminta maaf. Tetapi ketika di mana maaf itu betul-betul diperlukan, kita tiba-tiba jadi tak tahu.

Kita beat around the bushes. Kita justify tindakan kita. Kita bagi excuse. Kita cakap “Tapi… “, atau kita cakap “Ingatkan…”

At the end, mulut kita melontarkan terlalu banyak perkataan yang sebenarnya unnecessary (dan mungkin menambah masalah), semata-mata untuk mengelak dari menyebut perkataan maaf itu.

Pertamanya, kita kena tahu kenapa kita gemar sangat dengan perkataan “Tapi” atau “Ingatkan” tu. Mungkin dalam diri kita ada sedikit ego. Sedikit je. Tak banyak. :)

Pertama, kita perlu tahu beza antara maruah dan ego.

Kita tak perlu minta maaf apabila kita menjaga maruah kita.

Tetapi bila kita menjaga ego kita, itu yang biasanya bermasalah.

Sebenarnya ego ni tak akan bawa kita ke mana. Biasanya kalau kita dah terfikir, eh kalaulah aku buat begini dan begitu tadi, kan lebih baik. Biasanya itu menunjukkan yang kalau kita nak minta maaf tu pun dah boleh.

Baiklah, without further ado. Mari saya tunjukkan cara minta maaf.

Beritahulah kepada orang yang kita ingin minta maaf tu, “Saya minta maaf ya sebab … ” Noktah. Senang aja.

Kalau nak minta maaf tetapi cover line sikit, ya lah. Sebab nak minta maaf dengan jelas segan (walaupun itu yang terbaik), gunalah ayat “Oh ye ke… Saya minta maaf lah ya…”

Kalau ada benda yang paling tak berguna sekali di dunia, ego adalah benda tu.

Cuba kita fikirkan. Ego bukanlah maruah. Ego semata-mata untuk buat kita rasa seronok di dunia sahaja sebenarnya.

Apa ya kegunaan ego ni jika ada? :)

Sabri

Cara Memahami Hati dan Tindakan Manusia

Puas saya mencari tajuk yang sesuai untuk artikel ini. Saya pada asalnya mahu menamakan artikel ini sebagai “Why We Do What We Do” or “Nothing Has Meaning Except…”, tetapi dalam Bahasa Malaysia bunyinya pelik dan tidak menarik.

Semua kejadian yang berlaku di dalam kehidupan kita, pasti ada sebab disebaliknya. Sesuatu itu tidak terjadi kerana sia-sia. Kenapa kita pakai jam tangan kanan atau kiri? Kenapa kita lancar bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris tetapi bukan Bahasa German? Semuanya ada penjelasan.

Kita tidak boleh ubah “sebab” kenapa sesuatu itu berlaku. Tetapi kita boleh belajar daripadanya, berfikir mengenainya dan memilih maksud kenapa sesuatu itu terjadi dengan pilihan yang dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Mungkin ada yang akan menganggap kita terlebih berfikir, “overthink” dan sebagainya. Tetapi itu tidak mengapa. Asalkan selepas setiap analisa kita ada konklusi dan tidak terperangkap dengan information overload.

Sebab dari kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari di sekeliling kita, kita dapat belajar mengenai manusia lain dan dapat devise cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan pelbagai kelompok manusia setiap hari.

Sebagai contoh, kita lihat kawan kita selalu terbersin apabila berada di tempat yang berdebu. Ini memberi tahu kita yang dia adalah seseorang yang sensitif dengan habuk. Jadi janganlah kita bawa dia melalui atau ke tempat-tempat berhabuk, kecuali jika kita memang mahu dia bersin banyak-banyak.

How you do one thing, is how you do everything.

Manusia adalah hasil dari tabiatnya. Our inner world, shape our outer world.

Terutamanya untuk adik-adik saya, saya suka berpesan. Bukan susah sangat untuk menilai manusia ini. Kita jangan cepat untuk menghukum orang, bagi plenty of chances and opportunities untuk orang itu membuktikan dirinya sendiri. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

Seorang yang suka memandu dengan laju, mungkin tidak sesuai untuk kita ambil sebagai pemandu anak-anak kita ke sekolah, tetapi boleh kita jadikan pemandu ambulans atau pelumba F1.

Seorang yang agresif tidak sesuai untuk kita letakkan sebagai penyambut tetamu, tetapi amat bagus kita letakkan sebagai pengawal keselamatan.

Ini sekadar contoh.

Sifat dan sikap manusia adalah kelebihan. Ia bukanlah kelemahan. Jangan kita judge seseorang itu berdasarkan sikap dan tidak memberi peluang untuk mereka berubah. Jika kita bijak membaca manusia, kita boleh letakkan mereka di tempat yang betul yang akan complement kelebihan mereka.

Jika kita memahami rakan-rakan kita, lebih mudah untuk harmoni. Kurang pening kepala dalam kehidupan.

Dan yang lebih penting, kita tahu jika kita dalam kesusahan nanti, siapa yang boleh kita minta tolong.

Manusia boleh berubah. Manusia AKAN berubah. Apabila reason WHY nya cukup kuat.

Orang gemuk boleh kurus.
Perokok boleh berhenti merokok.
Penagih dadah boleh berhenti menagih dadah.

Cuma kita kena beri mereka sebab yang KUAT supaya dapat kita pujuk mereka untuk berubah.

Di situlah pentingnya, kenapa kita perlu mengenal manusia. Kenapa kita perlu melihat tanda-tanda yang ditunjukkan melalui tingkah laku mereka.

Pesanan untuk adik-adik saya, sebagai contoh jika mahu memilih calon isteri atau suami. Don’t ignore the small flags. You can learn a tonne just by observing someone.

Orang baik akan menunjukkan ciri-ciri orang yang baik dan orang yang sebaliknya juga akan menunjukkan ciri-ciri yang sebaliknya. Tidak ada benda yang berlaku kerana saja-saja. Sesuatu itu berlaku kerana kita percaya, kerana itu tabiat kita atau kerana itu cara kita dibesarkan/di didik. Ia bukan berlaku kerana saja-saja tanpa sebab.

Tidak ada orang hipokrit di dunia ini, cuma ada orang yang tidak mengenali orang yang hipokrit. Equip Yourself.

Sekarang mari kita belajar menginterpretasi keadaan atau situasi pula.

Setiap yang terjadi itu, ada hikmahnya. Hikmah tersebut boleh jadi hikmah yang menyedihkan, dan boleh jadi hikmah yang memberi kita kekuatan. Kita yang pilih, apa maksud sesuatu kejadian.

Sebagai contoh, anda gagal dalam sesuatu peperiksaan. Atau gagal mendapat straight A.

Anda boleh menginterpretasikannya sebagai “Aku memang bodoh. Aku tak payah belajar lagi sebab aku tak akan ke mana-mana. Tuhan nak bagitau aku better aku kerja cari duit.”

Dan anda boleh menginterpretasikannya, “Ini tak boleh jadi. Aku boleh buat lebih baik. Aku bukan bodoh. Tuhan nak suruh aku cari cara belajar yang lebih baik ni. Sebab mungkin belajar macam ni okay sekarang, tapi nanti bila kelas makin susah cara belajar macam ni dah tak cukup.”

Anda buat pilihan apa maksud yang anda mahu. Sentiasa pilih pilihan yang akan membantu anda menjadi manusia yang lebih baik.

 

Sabri

Tags:

Sebab Kenapa Kita Mudah Dan Akan Selalu Kecewa

Saya beri jawapan ringkas yang cepat dahulu. Penerangan menyusul selepas itu.

Kerana kita berharap kepada selain dari Allah

Pernahkah kita mengunci jam loceng? Tetapi tiba-tiba for some reason, jam loceng tersebut tidak berbunyi?

Pernahkah kita menanti-nanti satu panggilan atau mesej, tetapi mesej atau panggilan tersebut tidak sampai-sampai kerana kita dikatakan berada di luar kawasan? (dan kita menggunakan Maxis atau Celcom, bukan Digi!)

Pernahkah kita menunggu-nunggu seseorang yang berjanji akan sampai lagi 5-10 minit, tetapi sudah lebih 20 minit beliau tidak muncul-muncul?

Pernahkah kita menanti sesuatu yang telah dijanjikan oleh seseorang atau sesuatu (organisasi, sistem, mesin), tetapi ia tidak dapat dipenuhi semata-mata kerana alasan yang cukup remeh pada kita?

Adakah kita kecewa?

Saya tidak tahu mengenai anda, tetapi saya kecewa. Jika tidak kecewa sangat pun, kecewa sedikit itu pasti. Banyak lagi benda lain yang kita boleh buat, banyak lagi benda lain yang kita boleh fikirkan jika minda kita tidak ter-occupied dengan janji-janji yang dinantikan itu. Bukan begitu? :)

Kita menjadi mudah kecewa, mudah dipermainkan kerana kita menaruh harapan kita kepada makhluk yang banyak kelemahan. Kita meletakkan expectation atau sepatutnya tanpa turut CC (carbon copy/hantar salinan) expectation tersebut kepada “boss” makhluk tersebut.

Pengalaman saya sendiri, apabila kita minta sesuatu secara direct kepada orang yang berkenaan, peluang untuk mendapat apa yang diminta itu sentiasa 50-50. Tetapi peratusan itu akan tinggi sedikit jika kita CC emel permintaan/request kita tadi kepada boss orang yang kita minta itu. Lebih tinggi level boss yang kita CC kan itu, lebih tinggi peratusan permintaan kita itu tadi akan menerima balasan.

Begitulah juga dalam hidup.

Kita expect sesuatu, tetapi manusia itu cepat leka dan lemah. Jadi jangan lupa untuk kurangkan expectation kita yang tidak perlu kepada manusia, dan expectation yang perlu-perlu sangat itu, jangan lupa sambil kita memberitahu kepada manusia tadi, panjatkan sama (CC) permohonan tersebut kepada “the ultimate boss” manusia tadi. Boss yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi Kurnia.

Kerana akhirnya yang menentukan sama ada sesuatu itu terjadi atau tidak adalah Dia.

Berharap kepada manusia ini mengundang kepada resah dan gundah kerana emosi manusia itu sendiri yang tidak stabil. Sekejap okay, sekejap tidak. Sekejap outspoken, kejap makan dalam sendiri menjadikan kita sukar untuk meramal dan berkomunikasi dengan efektif.

Kadang-kadang kita kecewa sebab kita “manja”. Kita tak biasa dan tak berharap pun kepada sesuatu. Tak pernah kita minta.Namun kerana kita selalu mendapatnya, kita berasa seronok dan selesa. Malah sampai tahap ketagih. Apabila tiba-tiba kita tidak mendapatnya (lagipun kita memang tidak pernah minta!), kita jadi marah, geram, kecewa dan grumpy.

Kita terlupa untuk mensyukuri nikmat yang kita dapat sebelum ini tanpa di minta. Kita ingat ia telah menjadi hak (rights) kita dan bukan sekadar keistimewaan (privilege) sekejap yang disampelkan kepada kita.

Berapa kali ia terjadi kepada kita? Elok-elok sahaja tiap-tiap hari cerah, tiba-tiba hari kita ada program outdoor inilah yang nak hujan. Berapa kali kita mengeluh? Sedangkan memang kita tak pernah minta supaya hari spesifik tersebut supaya cerah sehingga ke petang kerana terlupa?

Expect sesuatu, tetapi anggaplah bahawa jika expectation kita itu tertunai ia cuma satu bonus.

Sebelum tidur semalam, saya berbual dengan adik saya. Kami bertukar-tukar cerita mengenai hidup kami. Saya menekankan lesson of the week minggu ini untuk saya kepada beliau, “Jangan berharap kepada selain dari Allah, harapkan manusia memang kita akan kecewa.”

Namun sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari berasa kecewa juga. Jadi sambil berbincang dan bertukar pendapat itu, saya tanyakan kepada adik saya,

“Aku tahu jangan berharap kepada selain dari Allah, memang betul. Dan memang betul kalau kita berharap betul-betul pada Allah, kemudian dapat, best gila rasa. Rasa macam nothing is impossible. Tapi kenapa dalam certain-certain hal kecil, perasaan kecewa tu tetap ada bila kita tak dapat?

Macam mana supaya tak rasa kecewa? Allah layan tak benda kecil-kecil ni? Aku rasa kerja aku bagus, aku rasa orang nampak cuma aku nak sorang ni appreciate sikit. Tak over sangat ke benda-benda kecil ni pun nak mintak sedangkan dia dah bagi kesenangan overall?”

Jawapan adik saya;

“Alah, kalau benda besar-besar dia boleh bagi, kalau setakat benda yang kecik tu no hal lah. Benda kecik je pun.”

Bercakap dan meluahkan perasaan pada orang lain meletakkan kerisauan dan kekecewaan kita dalam perspektif. Benda yang kita anggap besar pada kita tu, sebenarnya kecil gila pada orang lain (walaupun saya telah cuba explain pada adik saya how it disrupt rhythm life saya ni). Bila berfikir balik, betul lah saya rasa.

To be upset over what you don’t have is to waste what you do have.

Banyak sangat benda-benda best yang berlaku dalam hidup kita ini, kita lupa untuk berterima kasih, lupa untuk menikmati dan lupa untuk meminta supaya ia tetap berterusan dapat kita nikmati.

Count your blessings! BERHENTI KECEWA! :)

 

Sabri

Tags:

Pesanan Untuk Adik : Cara Untuk Mudah Terbabas Dalam Hidup

Hari ini adalah pesanan untuk diri saya sendiri. Mungkin kita boleh sama-sama mendapat manfaatnya. Saya akan memberi dua contoh general. Walaupun begitu, open your eyes. Perkara ini terjadi selalu di sekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahkan mungkin pada diri kita sendiri.

Bagaimana untuk mudah kita terbabas dalam hidup?

Untuk melakukan sesuatu yang biasanya kita tidak lakukan? Untuk ter melakukan sesuatu yang tidak disengajakan? Baik tidak sengaja yang besar, yang kecil yang baik, mahupun yang tidak baik.

Caranya adalah bertindak mengikut audiens yang ada di sekitar kita ketika itu ataupun melayan orang berbeza-beza mengikut sejauh mana kita kenal orang itu.

Reasonnya, bila keputusan kita mengikut audiens yang ada di sekitar kita, secara tidak langsung kita sebenarnya melatih diri kita untuk “give in” kepada peer pressure. Kita bertuah jika berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Namun apabila kita dihasut oleh kawan-kawan yang lain, amat besar kemungkinan integriti diri kita akan di compromise.

Turut berisiko adalah apabila kita melayan orang berbeza mengikut sejauh mana kita kenal orang itu. Acapkali orang yang tidak kita kenali akan mendapat “benefit of the doubt” berbanding orang yang kita kenali.

Sebagai contoh jika ditakdirkan anda perlu membentuk sebuah pasukan bola sepak dan kekurangan seorang penyerang, anda di beri pilihan antara Fakri Shaarani dan saya. Anda tidak pernah melihat saya bermain bola sepak (saya stranger), tetapi anda pernah melihat Fakri Shaarani bermain bola sepak di TV (artikel ini di tulis sejurus selepas Sukan Sea Jakarta. Nak katanya, Fakri memang kena teruk lah sebab banyak miss peluang, penalti dan sebagainya) :)

Logik kah untuk kita mengatakan, sebab kita dah saksikan Fakri Shaarani main, kita hilang kepercayaan kepada beliau dan lebih prefer saya (kerana anda tidak pernah melihat saya dan kelemahan saya), main instead of Fakri?

Sudah tentu orang yang berfikir demikian, bias dan sedang membuat keputusan yang tidak tepat bukan?

Bila kita kenali seseorang itu dengan rapat dan kita tahu kekuatan dan kelemahannya, itu bukanlah reason yang kukuh untuk discount kebolehannya dan memberi benefit of the doubt kepada orang yang kita tidak kenali (atau tidak kenal dengan rapat).

Orang yang kita tidak kenali itu mungkin sebenarnya lebih teruk dari orang yang kita kenali rapat tadi.

Jadi kesimpulannya, jangan memandang rendah kawan-kawan anda. Discount them at your own peril. Pada bila-bila masa yang anda perlu untuk membuat keputusan atau pilihan, jangan bias.

Evaluate orang yang anda tidak kenali, dan orang yang anda kenali secara adil. Jika tidak, memang anda akan senang “terkena”, sebab mindset anda, all that glitter is diamond. Dan memang selalunya orang yang anda kenal dengan tidak rapat, lebih selalu nampak “glitter”nya.

Kedua, jangan mudah give in kepada persekitaran anda. Sebagai contoh yang mungkin kita sendiri selalu lakukan. Bila kita berada bersama dengan orang yang kita kenal dan hormati, kita segan untuk buang sampah merata-rata. Tetapi sebenarnya kalau masa tiada orang, atau masa bersama dengan orang yang “sekepala” dengan kita, kita akan campak sahaja sampah di mana-mana kita suka walaupun kita tahu buang sampah merata-rata itu tidak bagus.

Saya tidak sampai hati untuk mengelaskan orang sebegini sebagai hipokrit kerana secara sedar dan tidak, kita sendiri sebenarnya sering sahaja melakukannya dalam hidup kita. Bukan bercakap semata-mata mengenai membuang sampah, tapi banyak lagi perkara lain.

Strive to be consistent in doing things that is in line with your principle to the best of your ability.

Do not undermine your principle and give in to peer pressure. You give in one thing, you can give in to ANYTHING. It will be only a matter of time before something or someone overwhelm you.

Seperti satu quote yang cliche;

If you don’t stand for something, you will fall for anything.

Satu kesimpulan dari post hari ini, orang yang kita kenali dengan rapat tidak semestinya kurang hebat dari orang yang kita tidak kenal rapat. Grass is not always greener on the other side. Jangan mudah ter-WoW. Dan kedua, be the best self of yourself. Jangan dengan geng ni lain, geng tu lain. It’s playing dangerously! :)

Live life well! :)

Sabri

Tags:

Tips Memulakan Perbualan Dengan Orang Yang Anda Selalu Nampak Tetapi Jarang Tegur

Anda mahu belajar cara membaca orang? :)

Saya share kepada anda satu soalan yang akan menceritakan banyak perkara mengenai orang yang menjawabnya. Tetapi awas, this is not a tool to judge people. Soalan ini bergantung kepada cara ia dilontarkan boleh menjadi bahan untuk merapatkan komunikasi dan juga sebagai topik pemula bicara dengan orang yang sudah lama kita notice kehadirannya tetapi jarang bercakap.

Contoh senario:

Kita hari-hari nampak A di pejabat tapi kita tak tegur. Tiba-tiba hari ini ketika sedang menunggu lif sama, dia ada. Dua-dua diam tetapi tidak selesa. Maka soalan ini boleh dijadikan ice breaker.

Walaubagaimanapun, lihat kesesuaian sebelum bertanya. Sebarang “kemalangan” yang terjadi akibat soalan ini tidak ditanggung penulis. :)

Soalan: Nampak lain lah hari ini.

Soalan ini soalan yang harmless. Soalan ini adalah versi “Cerah cuaca hari ini ya”. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak berbual dengan topik lame seperti cuaca, jadi soalan ini sering saya jadikan conversation starter. Kadang-kadang memang orang yang saya tanyakan tu saya lihat “lain”, tetapi tidak tahu apa yang lainnya, namun selalunya saya tanya tanpa sebab pun. Semata-mata pemanis mulut.

Dalam berpuluh-puluh kali saya bertanyakan soalan ini kepada ramai orang, saya dapat melihat pola yang jelas dan cukup berbeza bergantung kepada jawapannya.

Ramai orang yang berkeyakinan diri, berpangkat (boss), berperawakan menarik (tidak semestinya hensem atau cantik), biasanya akan menganggapnya sebagai pujian. Mereka akan membalas dengan “terima kasih”, “ya ka? Tudung I ni” dan lain-lain variasi yang menandakan mereka suka.

Setengah yang lain pula menganggap statement itu sebagai ada something is wrong dengan mereka. “Lain” itu bermaksud tudung mereka senget, ada sambal tumis di bibir, style rambut hodoh, jerawat banyak dan sebagainya buat mereka. Walaupun sebenarnya tak ada apa-apa yang macam tu pun. Kita cuma kata mereka nampak lain. :)

Orang-orang ini biasanya orang yang kurang keyakinan diri, insecure ataupun single sedang mencari pasangan.

Again, don’t judge a person solely on this. You might agree or disagree, its up to you. Saya share just as a tip untuk start a conversation je. :)

Then selepas melihat respons orang yang menjawab tadi:

-Jika response itu positif, teruskan keceriaan perbualan itu dengan berkata, “Patutlah nampak lain, nampak happy je hari ni. Ada apa2 good news ke?” (walaupun orang tu bukan tengah happy, tapi sebab imej diri dia positif they will play along) :)

-Jika response itu menunjukkan orang yang menjawabnya sedang down, low on self confidence, pick them up and be empathic to whatever they are saying at that time. :)

In no time, you will be a master conversationalist! :)

Good luck!

 

Sabri

 

Tips Menjadi Orang Yang Baik

Ramai orang mahu menjadi orang baik-baik. Tetapi kadang-kadang, susah juga untuk jadi baik.

Kita rasa kita baik. Tetapi adakalanya kita berfikir, “Eh, baik ke aku ni?”. “Kenapa aku fikir macam ni?”. Kadang-kadang kita rasa bersalah dan berdosa atas pelbagai sebab. Kadang-kadang kita terfikir, banyak betul cabaran yang perlu kita hadapi. Macam mana nak jadi baik ni?

Hendak menjadi baik adalah satu proses.

Apa maksudnya?

Tidak ada orang yang tiba-tiba sahaja jadi betul-betul baik. Orang yang betul-betul konsisten baik, telah melatih dirinya berada dalam kebaikan untuk satu masa yang lama. Jadi dia telah berdisiplin untuk menjadi baik.

Jika kita sedang berusaha untuk menjadi baik, tetapi tiba-tiba kelihatan seperti banyak cabaran, dan kita rasa seperti tidak mampu bertahan lagi, jangan patah hati. Itu adalah lumrah.

Hari ini saya ingin berkongsi satu tips yang boleh membantu kita menjadi lebih baik. Yang boleh membawa tahap baik kita lebih tinggi sedikit setiap kali berhadapan dengan cabaran.

Sebelum itu, mari kita lihat level baik dahulu. Baik pun ada banyak tahap-tahapnya.

  1. Manusia yang baik, tetapi tidak solat.
  2. Manusia yang baik, solat kadang-kadang bila senang (sembahyang Jumaat).
  3. Manusia yang baik, solat seorang-seorang.
  4. Manusia yang baik solat seorang diri selalu, kadang-kadang berjemaah bila senang.
  5. Manusia yang baik, solat berjemaah lebih kerap dari solat seorang diri dan selalu mengerjakan solat sunat dengan konsisten.
  6. Baik yang setulusnya baik, di dalam solat dan di luar solat (dalam kehidupan).

Dari pengalaman saya yang terhad ini, betullah apa yang dikatakan itu solat adalah pencegah dari kita melakukan dosa. Saya rasa lebih “mudah” dicompromise jika solat saya kurang berkualiti.

Untuk menjadi seorang manusia yang baik secara konsisten, mulalah bersolat.

Jika kita bermula di level 2, tanam azam untuk melangkah ke level 3.

Apabila kita ingin melangkah level, kita akan dapati cabarannya semakin kuat. Sebagai permulaan, fahami bacaan dalam solat. Fatihah yang pertama. Kemudian bacaan dalam rukuk dan sujud. Kemudiaan, doa yang paling bermakna dalam solat, doa ketika duduk di antara dua sujud.

Bila kita faham makna bacaan-bacaan ini, kualiti solat kita akan up sikit. Lebih mudah untuk khusyuk.

Macam mana perasaan khusyuk dalam solat?

Saya pun tak pasti apa khusyuk tu. Tetapi saya rasa perasaan khusyuk tu sama seperti bila kita khusyuk buat sesuatu. Pernahkah kita khusyuk membaca buku? Khusyuk menonton TV sehingga tak sedar masa berlalu dan apa yang berlaku di sekeliling kita?

Jadi khusyuk dalam solat pun begitulah. Kita khusyuk dan seronok bersolat sehingga kita tidak berapa sedar apa yang berlaku disekeliling kita.

Bersolat adalah seolah-olah kita sedang bercakap dengan Allah. Sebab itulah penting untuk kita memahami maksud bacaan dalam solat, supaya kita dapat seolah-olah sedang bercakap dengan Allah. Ia akan sangat membantu meningkatkan kekhusyukkan kita.

Solat yang sempurna adalah pencegah kemungkaran. Lebih sempurna solat kita, lebih banyak kecenderungan untuk terbuat dosa itu dapat dibatasi.

Setelah selesai solat dan berdoa, sukat solat kita. Dari 0-100, berapakah markah yang kita rasa solat kita dapat capai? Jika berdasarkan solat kita itu sahaja, sudikah Allah memakbulkan doa dan permintaan kita? Usahakan agar markah kita semakin lama semakin tinggi.

Selepas kita mempersiapkan diri untuk memahami bacaan dalam solat ini, cuba-cuba untuk biasakan diri dalam level 3. Kita akan dapati banyak temptations lain mula hinggap. Syaitan prebet telah tidak mampu mengalahkan kita. Sekarang syaitan korporal pula datang cuba untuk menggoda kita. Jadi sebab itu temptations tersebut semakin hebat.

Tetapi bagusnya dalam level 3, kita sudah ada sedikit basic. Di mana boleh, solatlah sunat. Ia berfungsi untuk menampung kedaifan solat wajib yang kita lakukan dalam keadaan yang tidak berapa khusyuk.

Berdoalah agar Allah menetapkan hati kita dan menjauhkan kita dari melakukan dosa-dosa terhadapNya.

Mulalah untuk membaca Al Quran. Ayat-ayat al Quran berupaya melembut dan melunakkan hati kita. Hafallah sedikit-sedikit ayat-ayat lazim. Untuk solat Subuh, Mahgrib dan Isya bersolatlah dengan suara yang jelas.

Kita akan dapat rasakan kualiti solat kita semakin meningkat sedikit.

Apabila kita mula tidak meninggalkan solat, kita akan dapat rasakan perbezaannya dalam hidup.

Mula berjinak-jinak untuk berada di level 4. Kita harus pastikan kita tidak lama di level 3. Berseorangan boleh, tetapi dengan jemaah kita akan lebih kukuh bersama. Aturlah waktu supaya sekurang-kurangnya kita dapat peluang untuk solat berjemaah secara konsisten. Solatlah berjemaah walaupun kita sampai ketika orang lain sudah di tahiyat akhir.

Ada orang mudah untuk solat Zuhur dan Asar berjemaah. Ada orang mudah untuk solat Maghrib atau Isya berjemaah. Ada orang mudah untuk solat Subuh berjemaah. Tak kisah solat apa pun, cubalah.

Jangan lupa untuk berdoa sendiri selepas solat. Doakan supaya proses kita untuk menjadi baik dipermudahkan. Curi waktu juga untuk solat sunat.

Setelah beberapa ketika, untuk menggapai level 5 semakin senang. Saya tidak tahu pengalaman orang lain. Saya pernah terdengar beberapa kali yang solat Subuh dan Isya adalah solat yang paling sukar untuk berjemaah. Tetapi disebutkan lagi jika kita tahu kebaikannya, kita akan berusaha untuk ke masjid juga walaupun tidak berkaki.

Jadi cuba usahakan solat Subuh dan Isya berjemaah.

Secara automatik, bila kita solat Subuh berjemaah peluang untuk mengerjakan solat tahajud itu semakin tinggi.

Akhirnya, secara tidak sedar kita akan berada di level 5.

Bila kita menjaga solat, insya Allah hati kita mudah lembut dan lebih senang untuk menjadi konsisten baik. Dengan syarat, solat dengan ikhlas dan khusyuk. Terus sukat solat diri. Pastikan sentiasa A+.

Sukar, tetapi tidak mustahil.

Mungkin kita tidak mampu untuk menjadi “baik” dalam erti kata yang sebenarnya sepanjang masa. Mungkin kita tidak cukup baik dibandingkan dengan orang yang baik yang lain.

Tetapi cerita kita berbeza dengan orang lain.

We have come a looong way.

Allah tidak memberi ganjaran kepada hasil sahaja seperti lumrah dunia. Allah memberi markah yang besar kepada usaha. Kepada proses. Walaupun hasil akhir mungkin tidak seperti diharapkan. Dengan syarat usaha kita didedikasikan untukNya.

Tidak bolehkah saya menjadi baik tanpa solat?

Boleh. Tetapi sukar untuk kekal lama. Solat membantu kita mengawal hati dan fikiran. Lima kali sehari kita melatih mententeramkan hati. Tanpa solat, hati dan fikiran tidak dilatih untuk tenteram. Doubts, temptation akan dapat menawan hati dan fikiran kita dengan lebih mudah. Dan sudah tentu bila hati dan fikiran kita sudah di tawan, susah untuk kita jadi baik lama-lama.

Bila bercakap mengenai tidak baik, kita mungkin tidak sampai tahap membunuh orang, tetapi kita mungkin menyakitkan hati orang.

Jadi kesimpulannya, untuk jadi orang yang baik perlu solat?

Ya. Tetapi ingat, cuma solat yang sempurna mampu menjadikan kita baik. Darjah solat yang tinggi akan melatih hati dan diri kita untuk mencapai tahap baik yang tertinggi juga. Tetapi jika solat kita biasa-biasa sahaja, kita akan jadi orang yang biasa-biasa juga.

Selagi kita 75% berada dalam landasan yang baik, insya Allah kita akan diberi peluang untuk hidup sebagai manusia yang lebih baik.

Solat adalah kunci kepada segala-galanya. :)

 

Sabri

Idola Batu Sempadan

Sudah beberapa hari saya berkira-kira, wajar atau tidak saya menulis post ini. Mulanya saya agak keberatan. Saya kurang gemar menulis sesuatu yang negatif dan bercerita mengenai sesuatu yang tidak layak diceritakan di sini. Tetapi semakin hari ia semakin membarah. Saya perlu kongsikan juga cerita ini.

Untuk melepaskan stress dan juga sebagai ingatan untuk diri sendiri.

Ada orang yang menjadi idola kita. Kita rasa kita bertuah jika dapat menjadi sepertinya. Punya segala-galanya.

Namun kadang-kadang kita akan bertemu dengan “idola batu sempadan”. Orang yang seboleh-bolehnya kita tidak mahu menjadi seperti dia.

Wahai diri, ingatlah!

  1. Janganlah ego, ingat diri sendiri sahaja yang hebat. Orang lain yang tidak setaraf anda semua sub-standard.
  2. Tolonglah orang dengan ikhlas, jangan sebab nak tunjuk anda hebat.
  3. Biarkan orang lain maju dan berjaya dengan cara mereka sendiri. Setiap orang ada cara tersendiri untuk berjaya, cara kita bukanlah satu-satunya cara untuk berjaya. Orang lain hebat juga.
  4. Kurangkan expectation sepatutnya dalam hidup. Hidup akan jadi kurang tekanan, dan lebih gembira.
  5. Jangan menyerang peribadi orang. Dan jangan mencari salah orang. Tuhan akan tutup aib kita pula.
  6. Jangan jadi outspoken sangat, If you have nothing good to say about people, don’t say anything.
  7. Savour life. Enjoy the company of your friends!
Wahai diri, sentiasalah ingat pesanan buat diri ini. It’s not worth it pun. :)
Kepada semua rakan-rakan, jika sepanjang perkenalan kita saya ada bertingkah laku seperti ini, maafkan saya. Saya sedar, ia satu tingkah laku yang buruk amat. Sakit hati berurusan dengan orang seperti itu.
Sabri

A Home

Designing a home is more difficult than what I expect.

My limited skills didn’t do justice to my ideal home, but the below floor plans captures the main idea. Though, I skipped the library/home  office and kitchen because I am afraid I will make the home much worst. Too many details that need to be thought of. :)

(View them in 3D using the button at bottom for best effect)