Bagaimana Untuk Menjadi Pemimpin

Satu masa dahulu, skil kepimpinan saya amat teruk.

Saya tidak suka berkonfrontasi dan tidak decisive (tidak cepat membuat keputusan).

Walaupun begitu, mereka yang berada di sekeliling saya kemungkinan besar dapat melihat bakat terpendam tersebut, jadi saya beberapa kali diberi tanggungjawab sebagai ketua atau pemimpin. Tetapi ketua untuk sesuatu yang kecillah sepeti ketua kumpulan dan pengerusi persatuan sains sekolah rendah.

Seperti juga bercakap, saya lambat mengasah bakat sebagai pemimpin ini.

Jika tidak salah saya, ketika di SEMASHUR barulah saya benar-benar belajar dan mengasah bakat yang ada sebagai pemimpin. Cut my teeth orang putih kata. Walaupun begitu, saya masih juga belum sempurna. Saya boleh katakan dalam ranking 1-10, saya masih berada di nombor 5 (tapi tak teruk juga sebab pada saya kebanyakan manusia di dunia mendapat markah negatif!) :)

Ini satu skill yang saya masih mempelajarinya. I am perfecting it. Dan apa yang saya akan kongsikan di sini adalah berdasarkan kepada pembelajaran saya sahaja. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Anda boleh ambil apa yang anda rasakan logik dan tinggalkan apa yang anda rasakan tidak.

Apa itu memimpin? Apa definisi pemimpin?

Pemimpin wujud dalam pelbagai bidang. Pemimpin politik, pemimpin industri, pemimpin pasukan, pemimpin persatuan dan juga pemimpin keluarga. Ada orang berpendapat memimpin adalah mengetuai. Memimpin adalah membuat keputusan akhir. Memimpin adalah bertanggungjawab.

Pada saya, memimpin adalah memberi inspirasi.

Manusia pada lumrahnya adalah positif dan mampu untuk melakukan sesuatu. Namun atas banyak sebab majoriti dari manusia tidak dapat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya dan hidup dalam kemelaratan dan kesederhanaan. Acapkali manusia mampu melakukan apa yang diperlukan dari mereka, lebih daripada apa yang mereka sendiri jangkakan.

Pemimpin adalah orang yang mampu memberi inspirasi kepada manusia lain untuk keluar dari kepompong diri mereka sendiri ini.

Tidak ada sesiapa di dunia ini yang boleh mengubah orang lain. Itu hakikat. Kita hanya boleh “menyerlahkan” apa yang telah sedia ada pada seseorang itu yang mungkin tidak pernah disedarinya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak pandai bercakap, tidak akan sama sekali berjaya menjadi pendebat yang baik. Walau siapa pun ketuanya. Namun, jika seseorang itu mempunyai sedikit bakat, ataupun mempunyai bakat terpendam, ketua yang baik akan dapat memberi inspirasi yang berjaya memberikan “breakthrough” kepada pendebat tadi untuk menyerlahkan bakat terpendamnya.

Jika kita dapat menguasai seni memberikan inspirasi, setengah dari keperluan seorang ketua itu telah selesai.

Sebagai pemimpin, anda perlu melihat dari perspektif berbeza. Dari perspektif yang lebih luas dari orang yang anda pimpin. Orang putih menggelarnya, “Helicopter View atau Bird’s Eye View”. Apabila anda mempunyai pandangan yang lebih luas dari orang yang anda pimpin, anda akan dapat melihat apa yang berada di hadapan dan menyampaikannya kepada orang yang anda pimpin.

Apabila orang yang anda pimpin melihat anda dapat melihat sesuatu yang berada di hadapan dengan tepat, mereka akan menganggap anda berkebolehan dan mempunyai wawasan. Apabila ini terjadi mereka akan yakin dengan anda dan sanggup bersama-sama anda memberikan yang terbaik.

Satu perkara lagi yang saya pelajari dari ketua saya sekarang dan saya praktikkan pula, adalah tinggalkan emosi jauh-jauh apabila membuat keputusan atau apabila berdepan dengan situasi mencabar. Apabila orang yang anda pimpin panik, pemimpin perlu cool sahaja. Pada saya, masalah yang kompleks bagaimana sekalipun biasanya berpunca dari masalah-masalah mudah yang tidak diselesaikan dan berkumpul dengan banyak sehingga menjadi kompleks.

Jika kita selesaikan satu demi satu masalah mudah ini, secara automatik masalah kompleks tadi akan terurai.

Be proactive, not reactive.

Satu lagi keperluan seorang pemimpin adalah untuk menjadi decisive. Decisive adalah kebolehan membuat keputusan yang tepat dengan cepat. Mula-mula saya akan jelaskan kenapa perlu “cepat” dan saya akan kongsi rahsia untuk “tepat”. Cepat? Secepat mana di anggap sebagai cepat? Cepat yang saya maksudkan adalah satu saat. Atau paling lama pun, satu minit. Bukan satu jam, bukan satu hari dan sudah tentu bukan lebih lama dari itu. Kenapa perlu cepat?

Kerana seorang pemimpin bukanlah ahli tilik. Ada keputusan yang diambilnya akan salah. Tidak semua keputusan seseorang pemimpin itu betul. Namun, apabila beliau membuat keputusan dengan cepat, beliau akan berpeluang untuk membuat lebih banyak keputusan (keputusan bukan finality. Apabila satu keputusan diambil, perkara lain yang bersangkut dengan keputusan tadi akan timbul, perlu keputusan lagi and so on and so forth). Lebih cepat keputusan dibuat, lebih banyak keputusan dibuat, lebih berpengalaman dan berpengetahuan pemimpin tersebut jika dia seorang yang bijak. Lebih berpengetahuan dan berpengalaman ketua tersebut, lebih purata “betul” beliau dalam membuat keputusan. Inilah konsep yang dipanggil “Fail Faster”. Kadang-kadang ia juga disebut sebagai “increasing your batting average”

Itu cepat. Namun membuat keputusan dengan cepat tetapi banyak salah juga akan menjadikan anda ketua yang tidak dihormati orang yang anda pimpin. Jadi bagaimana untuk membuat keputusan yang tepat dengan cepat?

Pertama, tinggalkan emosi jauh-jauh. Kedua, sediakan satu set kriteria ringkas untuk evaluate sesuatu keputusan. Contohnya, saya akan melihat faedah jangka pendek dan panjang setiap pilihan. Kemudian saya senaraikan pros & cons sesuatu pilihan. Dan akhirnya saya bayangkan, jika keputusan saya ini dan hujah saya mengenai keputusan ini dipaparkan di surat khabar apabila ia gagal , adakah saya orang jahat atau orang baik?

Dari situ saya ambil keputusan.

Semua keputusan yang saya buat dengan cepat adalah berdasarkan kriteria di atas. Tidak semuanya betul, tetapi yang betul lebih banyak dari yang kurang tepat. Dan seterusnya dengan masa dan kuantiti keputusan yang  tidak tepat ia akan meningkatkan kualiti keputusan saya.

Sekarang apabila saya berhadapan dengan situasi yang dilontarkan oleh pelanggan ataupun orang yang saya pimpin, tiada masalah. Sebab saya tahu, saya sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan. Walaupun ketika itu saya tidak tahu, tetapi dengan membuat keputusan dengan cepat dan dengan mempunyai kriteria membuat keputusan yang efektif, saya akan dapat membuat keputusan yang tepat dalam masa yang lebih singkat dari orang lain.

Saya rasa cukup tiga dahulu untuk hari ini.

Selamat Memimpin. :)

Sabri
Pemimpin Pendapat

6 Comments

  1. salam..syer akan cuba praktikkan ..pertanyaan…….kemungkinan syer akan jd ketua pngawas pd tahun hadapan and of course syer kene memimpin ramai murid..tapi ada rakan pngawas yg tidak setuju dngan jawatan yg syer akan terima..mereka rase kalau mereka yg lebih baik untk memimpin ..adakah syer perlu mengundurkan diri dan memberikan mereka peluang?

  2. Salam,

    Go ahead.

    Zaman persekolahan adalah zaman di mana kita perlu mengasah
    kebolehan kita menjadi pemimpin. Jika ditakdirkan adik terpilih,
    tidak perlulah adik mengundur diri. Cikgu telah melihat adik sebagai berpotensi, maka gilaplah bakat tersebut.

    Tidak ada istilah mengundurkan diri dan memberikan orang lain peluang. Kerana belum tentu mereka lebih baik dari adik.

    Cuma, tidak perlulah adik melobi cikgu untuk mendapatkan jawatan
    tersebut. Let your performance so far speaks for yourself.

    Dan setelah adik mendapat jawatan tersebut, ingat. Jadilah pemimpin, bukan ketua. :)

    Good luck!

    Sabri

  3. InsyaAllah ..syer akan buat yang terbaik sebelum syer tnggalkan skola tu..n sayer tau syer x boleh mengalah awal2 lg..time kasih..:D

  4. apabila saya membaca artikel ini lebih kurang ngan saya jer tp betullah…kita perlu menjadi pemimpin bukan ketua…sy sokong sangat…saya seorang pengawas sekolah menengah tahun akhir/tinkatan 5..so kena la bnk tanggungjawab yg diberi…ntah…ramai yg kata sy x boleh jd pemimpin yg baik dan ramai yg x sokong dgn 2…tp sy cuba sedaya upaya…membuktikan yg sy boleh…dipulaukan rakan2 tp nk buat mcm mana…next harap future bila sambung belajar kt mana2 harap dpt menemui satu alamkehidupan yg baru…dan menjadi aku (diri) yang baru…akan aku buktikan….PERSAHABATAN/KEPIMPINAN/KEHIDUPAN..

Leave a Comment.