Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Saya Mahu Wawasan 2020

Disclaimer: Saya bukan pengikut fanatik mana-mana aliran politik, saya sentiasa menyokong apa-apa idea yang mampu membawa kebaikan kepada negara.

Apa sudah jadi dengan Wawasan 2020?

Saya membesar dengan Wawasan 2020. Ketika di sekolah rendah, kami diberitahu bahawa pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Gambar-gambar yang dilukis (di dalam pertandingan ataupun mural di dinding sekolah) menggambarkan negara seperti dalam filem Star Trek. Dari slogan korporat GLC hinggalah ke kedai kopi, semua orang memperkatakan mengenai Wawasan 2020.

Bukan itu sahaja, sebuah lagu khas “Wawasan 2020” pun kami (pelajar-pelajar sekolah) terpaksa hafal dan nyanyikan. Jika anda lupa, saya masih ingat 2 baris pertama lagu tersebut:

Wawasan 2020,
Satu pandangan jauh…

Saya berasa sangat bertuah ketika itu kerana bakal hidup dalam era 2020 itu (saya akan berumur 30an ketika itu). Saya tidak sabar untuk menjadi rakyat sebuah negara maju dan sangat berbangga dengan kemakmuran yang bakal kita kecapi.

Pada awal kurun ke 21 (2000+), telah mula timbul cakap-cakap bahawa hasrat untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 mungkin tidak tercapai. Namun Perdana Menteri ketika itu memberi jaminan kita masih on track dan beliau akan sedaya upaya memastikan visi tersebut direalisasikan.

Saya lega.

Wawasan 2020 satu idea yang mampan, dengan proses pelaksanaan yang nampak dan praktikal.

Selepas itu entah macam, entah idea kreatif siapa wujud pula “Islam Hadhari”. Saya tak berminat untuk komen, mungkin ia cuma gagasan sesetengah pihak yang bankrup idea tetapi mereka perlu dilihat untuk membuat kerja, jadi saya bagi markah kasihan. Bolehlah.

Selepas pertukaran Perdana Menteri, saya kira kita boleh berhenti bermain-main dan fokus kembali untuk memajukan negara dan meletakkan Wawasan 2020 on track. Rupa-rupanya jangkaan saya meleset. Keluar pula “One Malaysia” atau Satu Malaysia.

Ok, ok. Mungkinlah setiap PM nak ada legasi sendiri. Oklah, bagi markah kesian lagi.

Tapi semenjak dua menjak ni, GLC-GLC yang entah apa tujuannya tiba-tiba nak ikut. One Maybank (saya tak tahu apa mesejnya, tapi nombor satu dan Maybank kelihatan sekali dalam iklan televisyen)

Fine. Mungkin kebetulan.

Tetapi sebentar tadi saya terlihat satu lagi iklan, “One MH” (Malaysia Airline- MAS)

What the heck?

MAS? You are struggling to survive the recession, regional competition and what not, you pun nak menghabiskan duit untuk nonsense korporat branding ni?

Tolonglah…

Saya (dan saya rasa ramai lagi orang di luar sana), saya tak nak Islam Hadhari, saya tak nak Satu Malaysia whatever. Apa bendanya benda ni semua? Tolonglah. Kalau setakat nak make up-make up, lebih baik tak payah. No concrete action.

Kalau dengan Wawasan 2020, rakyat nampak implementasinya. Kita nak jadi negara maju, jadi langkah-langkah yang di ambil adalah transformasi Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara industri. Kemudian di adakan pengkorporotan Malaysia (Malaysia Inc), pembasmian kemiskinan (perumahan rakyat) dan lain-lain.

Jelas implementasi dan tujuannya.

Katalah kita bagi benefit of the doubt pada One Malaysia. Untuk menyatu padukan rakyat Malaysia (yang frankly I think not that serious kalau tindakan konkrit di ambil~saya pernah membesar di dalam suasana multi racial dan juga ultra Malay. Jadi saya tahu). Katalah One Malaysia ni satu konsep yang bagus. Katalah.

Apa tindakan konkrit yang di ambil untuk merealisasikannya?

Kalau setakat berseminar, berforum dan promosi PR sahaja lebih baik tak payah. Menghabiskan beras sahaja. 

Itu baru Wawasan 2020. Ada beberapa lagi idea kerajaan yang lepas yang sangat cemerlang dan wajar diteruskan seperti gagasan idea ingin menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan rakan Sukan. Dari guna idea yang entah apa-apa lebih baiklah pastikan idea-idea lama ini dimanfaatkan.

Lagi bagus.

Previous

Wanted : An Adik Angkat for July Till October

Next

One Picture Tells a Thousand Words

3 Comments

  1. asmaa

    amat setuju
    dah mcm hipokrit nampaknya

  2. Din

    Ageed ! We need VISION and MISSION not some cheap slogan. We are not selling products here.

  3. Setuju. Sekarang macam sukar untuk dicapai.

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén