Ramadhan Ini

Saya amat bersyukur dengan prestasi saya ketika bulan puasa ini. Definitely beberapa langkah lebih baik dari Ramadhan lepas. Diharapkan segala yang baik itu dapat berkekalan sehingga selepas Ramadhan pun. Walaubagaimanapun saya notice yang Ramadhan kali ini tidak sesibuk Ramadhan lepas (saya ada rasa rugi sedikit), tetapi bila saya renung balik, ada hikmah rupanya.

Tahun lepas, Allah macam tahu je bulan puasa ni akan mensyahdukan saya, jadi Dia pun bagi la saya berjalan-jalan sibuk sikit pergi ke Sarawak, Singapore & China. Tapi tahun ni, Dia tahu saya dah boleh jaga diri sendiri dan sudah sedikit pulih, dia suruh stay di Malaysia sahajalah. Improvekan amal ibadat. hehe… 🙂

Apapun, I am grateful for the blessings.

Kisah 2 Peguam

Jumaat lepas saya pergi berjumpa dengan seorang peguam syarikat. Saya perlu clearkan beberapa proses cadangan dengan beliau untuk memastikan cadangan-cadangan kami tidak bersalahan dengan tatacara undang-undang (technicalities).

Antara sebab saya kena menghadap peguam tersebut adalah kerana one of my counterpart dari division lain telah dinasihati oleh lawyer beliau yang ada cadangan beliau boleh menyebabkan syarikat dicabar di mahkamah. Jadi ni kiranya nak second opinion la kan.

Peguam kami pula tidak bersetuju dengan pendapat peguam mula-mula tadi. Dia kata tiada masalah.

Teringat saya pada waktu zaman jadi pembahas dulu. Semua tajuk pun boleh di twist untuk memihak kepada pembangkang dan kerajaan. Senang sahaja. Bayangkan ada sekeping syiling. Seorang memang akan cakap dia nampak head. Seorang akan cakap dia nampak tail. Siapa yang lebih nampak meyakinkan, dia lah yang akan menang.

Sedar tak sedar, kita sering buat macam tu dalam hidup ini.

Seronok menjadi mangsa. Seronok juga menjadi pemangsa. Tak kira kita bersalah atau tidak, kita mahu dilihat kita tidak bersalah. Ego kita akan cuba “justify” alasan kita tadi. Dan kita akan mencari peguam (rakan-rakan) yang sependapat dengan kita. Kita akan mencari tanda-tanda dalam hidup kita untuk memberitahu diri kita yang kita membuat keputusan yang betul. Bahkan kita akan mencari tanda-tanda diluar hidup kita yang tidak berkaitan sekali pun dan membuatnya berkait semata-mata supaya kita rasa kita betul dan menghilangkan rasa bersalah dalam diri kita.

Tetapi adakah kita bersalah?

Kalau selama-lamanya kita kata pihak yang satu lagi tu bersalah, selama-lamanya lah kita akan jadi macam Israel dan Palestin. Saya tahu, ramai yang nak kata dia Palestin (mangsa). Tetapi sebenarnya jika anda asyik menjustify “kebenaran” anda, anda adalah Israel.

Kalau anda asyik menjustify yang anda adalah mangsa, maka anda adalah Palestine.

Siapa yang betul? Israel atau Palestine? Honestly, tak ada siapa yang tahu.

Tetapi yang pasti setiap hari, ada orang awam mati.

Siapa yang bertanggungjawab atas kematian tersebut? Bagaimana nak hentikannya?

Satu cara sahaja.

Bertanggungjawablah atas bahagian kesalahan anda. Bahagian kesalahan pihak satu lagi, biarkan dia.

Langkah pertama, own up your mistake.

Saya tak nafikan saya ada buat salah. Salah sebab saya terlalu percaya dan berkeras dengan apa yang saya percaya. Jika itu adalah salah, maka saya bersalah dan saya minta maaf. Semoga akan ada kedamaian di antara kita, walaupun hakikatnya saya sentiasa berharap yang Israel dan Palestine boleh bersatu macam dulu-dulu.

Sabri
Mungkin saya Palestine