Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Pesanan Untuk Adik – Before You Jump Into Business

Apabila ditanya kepada Ummar beliau mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang apa dan apa cita-citanya, beliau mengatakan beliau ingin menjadi ahli perniagaan (tengoklah, inspirasi dari siapa tu? hehe.. See, I gave good examples to my siblings kan). Apabila beliau berkata demikian, ada beberapa nasihat yang ingin saya berikan kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli perniagaan. Bukan sahaja untuk Ummar, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama.

Tujuan Menjadi Usahawan

Jika anda ingin menjadi usahawan semata-mata kerana anda ingin cepat kaya, atau kerana anda sukakan wang, saya nasihatkan lebih baik anda jangan jadi usahawan lagi. Anda belum layak kerana anda tidak matang. Tidak kiralah umur anda berapa, saya lihat terlalu banyak contoh usahawan tua yang gagal dan masih belum menyedari hakikat ini.

Biar saya kongsi kepada anda tujuan yang akan membantu anda menjadi usahawan yang berjaya:

Biasanya usahawan yang berjaya mempunyai misi yang tersendiri. Wang dan keuntungan adalah fokus penting, tetapi bukan fokus utama yang paling penting. Sebagai contoh, Bill Gates memulakan Microsoft bukanlah semata-mata kerana beliau mahu kaya, tetapi kerana beliau “asyik” dan passionate dalam bidang pembangunan perisian untuk software. Begitu juga Michael Dell, Jeff Bezos dan Tony Fernandez, sekadar menyebut beberapa nama.

Mereka mempunyai satu passion yang amat kuat dalam satu bidang yang mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu. Apabila mereka menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu, wang akan datang dengan sendirinya. Bagi anda yang masih belum menjumpai passion anda, bagaimana untuk anda tahu anda sesuai untuk jadi usahawan atau tidak?

Lihat begini. Adakah anda passionate menjual? Adakah anda seronok berurus niaga? Adakah anda seronok melihat produk anda menjual? Adakah anda gembira apabila anda dapat peluang menjual sesuatu kepada orang ramai?

Jika anda ada passion dalam bidang jualan, anda layak untuk menjadi usahawan. Anda cuma tinggal perlu cari passion yang satu lagi sahaja untuk menentukan anda perlu jadi usahawan dalam bidang apa.

Jika anda belum ada passion untuk menjual? Jauhilah keusahawanan. Anda hanya akan menyusahkan diri anda sendiri. Jika anda masih kepingin untuk menjadi usahawan, pupuk dulu minat dan passion anda. Mulakan kecil-kecilan. Tanamkan sifat suka menjual. Tawarkan diri secara sukarela membantu rakan anda yang berniaga untuk menjual.

Bidang Yang Perlu Ambil di Universiti

Jangan ambil Pengurusan Perniagaan. Anda akan didedahkan dengan terlalu banyak teori yang akan membahayakan fikiran dan pemahaman anda terhadap perniagaan. Pengurusan perniagaan boleh dipelajari secara sampingan. Nasihat saya ambil bidang yang akan memberi anda satu “skill” dan kemahiran berfikir secara analitis. Cadangan saya, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (jika mampu), Undang-undang, Kewangan atau Perakaunan (pilihan terakhir~sebab sekarang ambil ACCA pun dah mencukupi).

Di samping subjek-subjek ini, pastikan anda turut mengambil beberapa subjek pengurusan dan kewangan sebagai minor jika boleh. Jika tidak boleh ambil dua atau tiga subjek berkaitan pemasaran, kewangan atau pengurusan sebagai sampingan. Ini biasanya sudah mencukupi.

Perniagaan adalah skill. Anda tidak akan mendapatnya di dalam dewan kuliah. Jadi tak perlu bazirkan 3-4 tahun anda di sana. Tetapi anda perlu mendapatkan ijazah yang dihormati. Itu passport yang akan memudahkan kerja anda di kemudian hari.

Belajar Menjual Seawal Mungkin

Belajarlah menjual. Saya mula menjual sejak saya darjah 2 dan mula menguruskan gerai saya sendiri ketika saya di Tingkatan 1. Saya juga bekerja sementara menunggu keputusan SPM selama sebulan setengah sebagai salesman hardcore. Hidup saya memang terdedah dalam suasana jualan.

Untuk adik saya, Ummar pendedahan beliau kepada suasana menjual amat kurang. Jual minyak (mengorat) bolehlah dia tu. Jadi saya bercadang ketika beliau menunggu keputusan SPMnya nanti saya akan hantar beliau ke Miri untuk menjaga booth saya di sana. Walaupun sekejap tetapi setiap pengalaman menjual itu adalah berharga.

Lebih berharga lagi jika pengalaman menjual itu datang dalam situasi yang tidak selesa. Ini akan memaksa mereka untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka.

Bagi anda yang lain, cuba cari pengalaman menjual. Jika anda telah bekerja, tidak ada pengalaman menjual, jadilah penjual sukarela menjual di kedai-kedai milik rakan anda pada hujung minggu.

Jika anda ingin memulakan perniagaan tanpa pernah menjual, hmm… Anda cuba dulu. 2 tahun dari sekarang beritahu saya semula sama ada anda menyesal atau tidak, tidak mahu dengar nasihat saya.

MLM (Multi Level Marketing)

Haa… Satu tajuk yang menarik. Sesiapa yang ingin kaya, atau mahu menjadi usahawan tidak dapat tidak pada satu peringkat hidup akan terbabit dengan MLM. Nasib saya baik sedikit, sebab sejak kecil saya didedahkan dengan perniagaan milik sendiri jadi bila MLM datang saya tak nampak kepentingan menyertainya. Jadi saya tidak menyertainya. Nasihat saya, carilah perniagaan lain. Tidak perlulah sertai MLM. Cari pengalaman menjual dengan cara lain.

Having said that, biasanya MLM merupakan pengalaman pertama seseorang itu belajar menjual. Disebabkan biasanya kita diajak oleh rakan-rakan kita, kita selalu terperangkap. Ini nasihat saya kepada Ummar;

  1. Jika boleh elakkan dari menyertai MLM ataupun apa-apa yang sejenis dengannya
  2. Tetapi kalau degil juga tak nak dengar cakap abang, nak masuk-masuklah. Tetapi gunakan duit sendiri dan jangan gunakan duit emak atau duit kawan. Wajib. Pastikan juga duit tu tak kisah “hangus”. Sebab duit tu pasti akan hangus. Memang confirm. Kalau abang tahu Ummar minta duit dengan emak, kakak atau sesiapa pun sebab untuk masuk MLM, abang akan pastikan Ummar jadi hamba seumur hidup kat ruma tu. Mark my word. Kalau tak ada duit, jangan menggatal nak join.
  3. Tak perlu nak promote kepada emak atau kakak atau Ummairah atau Cho. Kalau nak promote kepada kawan, pastikan yuran nak join tu tak lebih dari RM 100. Kalau lebih dari tu, pergi cari orang yang tak dikenali. Percayalah, Ummar akan berterima kasih nanti kat abang. (kalau Ummar hasut sesiapa dari family kita untuk join MLM, abang memang pasti akan hempuk Ummar dan pastikan setiap sen dipulangkan. Try lah)
  4. Satu-satunya tujuan untuk join MLM adalah untuk belajar menjual (ada cara lain, tapi nak sangat join tadi siapa suruh)
  5. Tujuan utama masuk universiti adalah untuk mendapatkan ijazah. Bukan untuk mendapat wang. Jadi prioriti untuk MLM jatuh tahap keseribu. (jumpa abang personally untuk bincang kalau Ummar dah termasuk MLM waktu di universiti. Kita akan lihat macam mana Ummar boleh minimize loss. Rugi tetap rugi, just macam mana nak kurangkan)
  6. Bila dah stop buat MLM tu, belajar dari kesilapan. Jangan join lagi.

Rasanya itu sahaja dari saya. Ini sebelum seseorang tu menjadi usahawan. Nanti saya akan tuliskan pula bagaimana untuk memulakan langkah pertama sebagai usahawan.

Sabri
Passionate Entrepreneur

Previous

Pesanan Untuk Adik – Dalam Hidup Ini

Next

My (Very) Wet Dreams

1 Comment

  1. Ummar Hassan

    thank you for the wisdom

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén