Sebelum ini saya ada katakan yang kini blog ini akan di update setiap Isnin dan Khamis sehingga penghujung tahun depan. Namun hari ini saya benar-benar perlu dan ingin menulis sesuatu. Ia tidak dapat tunggu sehingga esok. Jadi post kali ini awal sehari. Lagipun tahun 2012 belum bermula lagi kan? 🙂

Dulu, saya paling anti dengan kata-kata, jika kita mencintai seseorang itu, lepaskanlah dia, jika dia kembali kepadamu, itulah tandanya yang dia adalah cinta yang sejati.

Itu adalah bull-shit paling besar saya pernah dengar untuk justifykan hakikat pasangan tersebut mahu berpisah. Tetapi kini, setelah beberapa tahun, saya terpaksa akui yang kata-kata tersebut ada sedikit kebenarannya. Berdasarkan pengalaman sendiri yang terhad dan pengalaman rakan-rakan. Ada dua senario di mana perkara ini benar.

Senario Pertama: Bila Yang Dikejar Tak Dapat (Bertepuk Sebelah Tangan)

Buat orang-orang muda yang sedang mengalami perkara ini. Orang kata sia-sia menasihati orang yang kemaruk cinta, tapi let me give it a try, nonetheless.

Bila kita minat kepada seseorang dan kita sudah cuba sedaya upaya berusaha untuk mengambil perhatian dan mencuri hatinya, tetapi kita masih gagal. Dan tidak kira bagaimana bijak dan bersungguh-sungguhnya kita cuba mengetuk pintu tersebut,jika tuannya masih tidak mahu membuka hatinya untuk kita, tindakan yang paling baik adalah mengundur diri.

Untuk minat dipupuk, bajanya adalah attraction. Namun attraction akan sedikit demi sedikit berkurangan jika kita kelihatan terdesak atau desperate.

Benar, kita mungkin tidak dapat dicintai oleh orang yang kita cintai.

Cinta adalah seperti air. Ia perlukan atom Hidrogen dan atom Oksigen. Satu pihak perlu berikan hidrogen dan satu pihak lagi perlu berikan oksigen, kedua-duanya perlu memberi sesuatu, barulah jadi air. Jadi perasaan yang tidak berbalas, tidak pernah memungkinkan wujudnya cinta.

And stop kidding yourself by saying you have lost your love and you could not love anyone as much again. Itu cuma melankoli untuk justify kesunyian kita yang datang tiba-tiba. Ia cuma alasan kita yang malas ataupun tidak yakin untuk mencari pengganti.

Tuhan dah tetapkan jodoh kita, dan bersama si dia akan datang kembali cinta.

Jangan juga confuse di antara cinta dan gembira.

Kita mungkin gembira di samping dia, tetapi tidak bermaksud dia lah cinta kita.

Enjoy the moments, cherish the experiences. Live it. Share it. Don’t let your emotions and your feelings that are not reciprocated ruin the experiences. Because in the end, only these experiences will stay and be remembered. If you don’t take whatever you have won now, you will be left with nothing at the end.

Jika kita benar-benar mencintai dia, lepaskanlah dan biarkan dia pergi.

Berdoalah. Anda telah melakukan bahagian anda. Anda telah berusaha. Biarlah Tuhan tentukan yang selebihnya, siapakah pemilik cinta anda yang sebenarnya. Jika dialah orangnya, dia akan kembali. Percayalah. It happened.

Sebaliknya jika kita tetap tidak berhenti berharap, kita sekadar memadamkan seluruhnya peluang untuk cinta kembali.

Senario Kedua: Bila Akhirnya Tidak Seperti Yang Di Impikan

Ini satu senario yang dekat di hati jadi saya tidak dapat ulas banyak.

Both of you have tried. And there’s reason behind everything that happened. God want both of you to learn something from the events that had happened. Dan dia juga telah mengaturkan yang lebih baik untuk kita.

Let it go.

Berdoalah. Anda telah melakukan bahagian anda. Anda telah berusaha. Biarlah Tuhan tentukan yang selebihnya, siapakah pemilik cinta anda yang sebenarnya.

Tadi sebenarnya saya ada banyak idea untuk menulis bahagian ini. Tetapi saya rasa biar saya berhenti di sini dulu. Mungkin kemudian saya akan sambung lagi. 🙂

 

Sabri