Pertamanya, satu disclaimer. Saya sendiri tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan isteri solehan. Tetapi , kebelakangan ini terutamanya saya sering berfikir.

Yang lebih penting, saya mula berfikir dengan lebih serius kerana saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkahwin.

Saya bermula dengan menyenaraikan kritea-kriteria yang saya ingini dalam diri bakal isteri saya.

Saya percaya seperti orang lain juga, kriteria ini panjang. Tetapi setelah mempertimbangkan, berapa orangkah wanita yang pernah saya jumpa dalam hidup saya selama 26 tahun ini yang ada semua ciri tersebut?

Jika saya bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai hanya beberapa dari semua ciri tersebut, tetapi beliau sempurna dari semua aspek lain, adakah saya akan menamatkan penantian tersebut, atau terus menunggu?

Soalan-soalan ini membuat saya berfikir lagi. Dan saya teringat satu perkara yang saya belajar dalam sebuah kelas yang saya hadiri dulu. Saya applykan dalam hal ini.

What are the MUST HAVE criteria?

What are the NICE TO HAVE criteria?

Dua soalan ini membuat saya memperhalusi semula senarai kriteria yang saya ada tadi.

Jika anda mengikuti cerita hidup saya di blog ini, anda tentu tahu yang saya ada beberapa kriteria yang saya mahu dalam diri bakal isteri saya. Bila saya betul-betul fikir, akhirnya semuanya jatuh ke dalam “nice to have” sahaja. “Must have” cuma tinggal satu.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai empat kriteria yang digariskan dalam hadis nabi, that one applies without saying. Tapi bagaimana untuk memilih yang terbaik di antara yang baik?

Bagaimana untuk memilih THE ONE?

Setelah hidup lebih 26 tahun di dunia ini, dan from my own very limited experience, for me personally the must have is:

Kebolehan Menghargai Suami/Lelaki

To elaborate:

Kebolehan dan sikap berterima kasih, menghargai dan bersyukur dengan sumbangan dan kebaikan suami. Perasaan yang tulen dan bukan dibuat-buat kerana pasrah atau kerana tiada pilihan lain. Sikap ini pada saya memberitahu banyak perkara mengenai seseorang wanita itu dan secara tidak langsung menunjukkan tahap hubungan antara dia dengan TuhanNya.

Kebolehan ini adalah satu perkara yang saya lihat sangat-sangat kurang dalam wanita hari ini. Not to generalize, or¬†criticize¬†them, this is just my personal opinion based on my observation. You may agree or disagree with me on this one, it doesn’t bother me at all.

Saya berfikir juga. Am I looking at the wrong places? Sampai susah sangat nak jumpa perempuan dengan kebolehan bersyukur ini? No.

For a lot of years, saya mengenali ramai wanita-wanita yang baik-baik. I admit, ada yang baik betul (seperti Amizatul~we are never romantically involved, just want to highlight sebab nanti tak fair pula if all my female friends dianggap termasuk dalam golongan ini). But she is more an exception than the norm. Majority of others can be considered as “nice girls” as well, but still put an astronomically high expectation on their men. And worst, when their men deliver, they rarely get the credit they deserved. The girl will just raise the bar instead.

I saw this happened again and again and indeed I am scared. What if I chose the wrong one too?

So that’s my only one “must have” criteria.

Sebab saya tahu, kalau isteri saya seorang yang tidak tahu bersyukur dan menghargai saya sebagai seorang seorang suami, I am one troubled man. Pening kepala bertambah-tambah dengan masalah kerja, stress dan mungkin sampai tahap tak suka balik rumah (sebab masalah di rumah lebih besar dari masalah di pejabat).

Jadi at the end, saya menggunakan kayu ukur tersebut untuk membuat pilihan.

Saya memilih seorang wanita yang paling baik saya pernah kenali, yang terbaik di antara yang baik, merendah diri walaupun beliau sebenarnya hebat, yang saya yakin boleh menghargai saya.

Hanya Allah sebagai penjamin dan hanya kepadaNya saya berserah supaya dapat Dia membimbing hati kami untuk menerima setiap kelebihan dan kekurangan kami. Hanya Dia sahaja yang mengetahui dan yang mampu melindungi kelemahan diri kami sendiri dari terserlah. Dan hanya Dia sahajalah yang mampu menukarkan kelemahan tersebut kepada kebaikan.

Dialah yang Maha Bijaksana Lagi Maha Pemurah,.

Semoga aku dapat menjadi agen penyampai rahmatMu atas kebaikan yang layak dan yang tidak layak beliau perolehi dan semoga beliau menjadi agen penyampai rahmatMu kepadaku untuk kebaikan yang layak ataupun yang tidak layak aku perolehi.

Walaupun siapa juga dia, dan di mana sahaja dia berada ketika ini, pada masa ini.

 

Amin…