Ketika Hari Raya lepas, Sabriza memberitahu saya yang beliau mahu berkahwin. Buat masa ini beliau masih belum mempunyai calon lagi, saya kata don’t worry nanti saya iklankan di blog saya. Dengan muka mencebik dan separuh tidak percaya, beliau memberi amaran supaya saya menghentikan niat saya itu.

Saya tidaklah mahu mencari adik ipar melalui blog ini, tetapi jika ada yang berminat apa salahnya kan? For the right guy, my sister is God send. For the wrong guy, she will be your worst nightmare.  🙂

If you think you are good enough, do contact me. Don’t worry, although she read this post, she wont know that you contact me. Saya pun lelaki dan saya faham apa yang akan menjejaskan kemachoan dan ke cool lan anda. Kemachoan anda tidak akan terjejas, whatever your definition of macho and cool are. Everything will be discreet. You can go direct but knowing my sister, you will need a lot of help. 🙂

Sebelum terlewat, saya mahu berkongsi sesuatu dengan adik saya. Jadi saya menggunakan kata ganti nama yang sesuai dalam post ini. For others, read at your own convenience.

Tips Mencari Suami (Dari Seorang Lelaki)

First, abang tak akan sentuh mengenai empat kriteria mencari pasangan seperti yang telah digariskan dalam Islam. I know that you know better than me about it. That’s the core. Bila orang tu pergi Afrika Selatan, kita tak tanya dia naik kapal terbang, keretapi ataupun drive. It’s understandable yang dia mesti naik kapal terbang.

Now, first thing first. Please don’t rush and only commit when you meet the right person. Don’t settle for less. When the student is ready, the teacher will appear.

I know this is cliche. But it has a lot of truth in it. And I speak from the limited experience that I have. The wait and the risk you are taking will be worth it.

Bila kita pandang ke masa hadapan, memang kita akan rasa ragu-ragu, takut dan bimbang sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Kita takut tertinggal keretapi ataupun ternaik bas yang salah. One action you can take right now if waiting worries you is to improve yourself.

Setiap orang ada jodohnya sendiri. That has been promised to us. Penantian untuk bertemu dengan jodoh kita adalah satu cara Tuhan nak bagi tau kita that we are not ready yet.

And guess what, if we keep doing the same thing we will always get the same result. And this mean if we don’t improve ourselves at least by a little bit, we will always be not ready. So, if you want to meet the right one soon, try all you can to make yourself “right” first.

Saya tahu Sabriza faham apa yang saya cuba sampaikan. Tetapi bagi orang lain yang membaca, make yourself “right” bukanlah bermaksud menjadi hipokrit atau menjadi seseorang yang bukan kita. Make yourself right di sini bermaksud memperbaiki diri kita menjadi seseorang yang lebih baik. Jika kita banyak ber-alasan dan berdalih dalam aspek “Be Yourself” ini, emak saya kata orang itu tak cukup matang. Banyak berkira, maksudnya belum ready untuk kahwin lagi.

Jadi kesimpulan pertama, jangan takut menunggu. Jangan desperate. Emak selalu cerita pasal tergesa-gesa pilih calon untuk kahwin ni. Suruh emak ulang kalau rasa tak nak tunggu. Penantian itu satu cara Allah bagi kita cara untuk memberitahu kita, kita belum bersedia.

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”.

You know how much I despise this statement a few years ago. But now I see differently. It support what I explained just now.

Kita kena tunggu mungkin sebab jodoh kita itu baik, sedangkan sekarang kita tak baik sangat lagi. Jadi Allah hold kan dulu, suruh kita improve jadi baik. Bila kita dah baik setaraf dengan jodoh kita, barulah dia pertemukan dan permudahkan urusan jodoh kita itu. So lagi cepat kita jadi baik, lagi cepat kita akan bertemu dengan jodoh kita yang baik tu.

Kedua, carilah lelaki yang boleh berfikir dan membuat keputusan sendiri.

Abang tahu Kak Ana memang mencari lelaki yang boleh berfikir, independent dan mampu menjadi pemimpin kepada kakak.

Keep Looking And Don’t Settle For Less! Don’t doubt yourself. You are looking for the right thing.

Jangan cari pak turut, lelaki yang malas berfikir, yang berfikiran singkat atau yang suka mencari jalan mudah walaupun jalan mudah itu payah di kemudian hari.

Pak turut, orang yang malas berfikir atau orang yang berfikiran singkat senang dipengaruhi oleh persekitaran. Tua-tua nanti waktu mid-life crisis kalau lelaki tu tak ada pendirian, keyakinan diri, takut nanti dia mudah terpengaruh dengan benda bukan-bukan.

Kakak sendiri dah nampak banyak perkara-perkara ini berlaku disekitar kita kan?

Sekadar berjumpa lelaki yang baik tidak mencukupi. Lelaki tersebut perlu boleh berfikir, faham dan perlu memilih untuk menjadi baik. Dia bukannya baik secara default. Dia memilih untuk menjadi Islam, bukan sekadar dilahirkan sebagai Islam. Don’t gamble with your future.

Ketiga, carilah lelaki yang fleksible, bertanggungjawab dan mudah menyesuaikan diri. Tak cerewet.

Keluarga kita unik. Bila rumah kita diam, something feels not right. Jadi dia kena pandai adapt. Plus, you yourself ada banyak ragamnya, itu tak cakap pasal ayah lagi. Untuk mencari yang boleh tolerate tak mudah. Jangan sampai nanti kakak tak boleh balik kampung sebab husband tak comfortable dengan keluarga kita. Tak perlu cari penonton, carilah lelaki yang boleh menjadi sebahagian dari keluarga kita.

Dia tahu apa hak dia, tetapi dia boleh berfikir and decide when he should voice it and when he should keep it to himself. Demanding for what is rightfully yours is respectable, but letting go what is your rightful claim for the bigger benefits is the hallmark of a virtuous leader. Find that leader, find him.

Kesimpulannya, carilah lelaki yang baik, berilmu, boleh berfikir dan beramal dengan ilmunya. Sekadar lelaki yang baik dan berilmu bukanlah jaminan yang dia akan beramal dengan ilmunya. Banyak lelaki baik sekarang if you are looking at the right place. The problem is tak banyak yang berfikir. Banyak yang menghafal sahaja atau yang baik ikut-ikutan.

Make the best decision. Find the right man. Not necessarily the best, because the best for others might not be the right one for us. Seek the one who complete you.

Don’t rush, because it’s Allah promise that there is always that one person for each of us. Just that we don’t know who that one person is yet. Seek and you shall find. Mencari itu ada banyak cara. Mencari di luar dan mencari di dalam. Dalam kita mencari di luar, jangan lupa cari di dalam diri kita sendiri. That’s the only guarantee that we will find the right one.

 

Sabri
Brother

p/s: To guys who are reading this dan rasa saya macam over protective brother;

Then, you are not ready for my father yet. Definitely you are not the right one. :p