Rahsia Hidup Gembira dan Cara Mengubati Kekecewaan

Saya berikan jawapan ringkasnya dulu. Penerangan di bawah.

Rahsia untuk sentiasa hidup tenang, senang dan gembira serta cara untuk mengubati kekecewaan adalah, kurangkan “sepatutnya” dalam hidup kita.

Tak faham? Atau perlukan penjelasan lebih lanjut, teruskan membaca.

Yang pertama, rahsia gembira itu logiklah kan. Apa pula kaitannya dengan mengubati kekecewaan?

Pertama, anda perlu tahu beza kecewa dan di sakiti. Di sakiti ini adalah bila orang menyakiti kita. Orang lakukan sesuatu kepada kita, kita sakit hati.

Tetapi kecewa ini biasanya bila orang TIDAK LAKUKAN sesuatu, kemudian kita frust. Ini kecewa. itu secara amnya supaya mudah fahamlah. Ada juga orang lakukan sesuatu, kita kecewa.

Tetapi pokoknya, kecewa adalah apabila kita memilih untuk berasa kecewa. Orang boleh paksa kita untuk rasa sakit (termasuk sakit hati), tetapi orang sesekali tidak boleh memaksa kita untuk kecewa. Kecewa itu adalah pilihan sendiri.

Kenapa Kita Kecewa?

Biasanya kita kecewa kerana kita ada banyak sepatutnya. Kita banyak harapan.

  • Kita harap pasangan kita seperti … macam pasangan kawan-kawan kita yang lain
  • Kita harap keluarga kita memahami kita.
  • Kita harap “sepatutnya” kawan kita …
  • Sepatutnya lepas beri pertolongan, kita akan dapat …

Harapan dan sepatutnya ini boleh muncul dalam pelbagai aspek. Fizikal, emosional, tingkah laku, kata-kata, pembahagian masa, pembahagian kasih sayang dan juga lain-lain.

Bila realiti yang kita hadapi tidak seperti “harapan” kita, atau tidak seperti yang “sepatut”nya, kita pun kecewa. Hidup kita jadi cacamarba dan frust menonggeng.

Cara yang paling cepat untuk tidak mudah kecewa adalah kurangkan “sepatut”nya dalam hidup kita. Tetapi ini bukanlah bermaksud kita harus merendahkan expectation kita, aim high, cuma kita kena tahu belajar apa sebenarnya yang kita inginkan sebenarnya.

Sebagai contoh, jika anda inginkan kereta, anda inginkan kereta. Anda tidak inginkan Mercedez Benz berwarna putih. Jadi bila tiba-tiba anda dihadiahkan Honda Civic, anda tidak wajar berasa kecewa kan?

Betul tak?

Bayangkan dalam dunia ini, orang melompat-lompat kalau dihadiahkan Honda Civic, tetapi pada masa yang sama ada orang menangis, caca marba hidupnya, kecewa kerana tidak mendapat Mercedez. Cuma dapat Honda Civic keluhnya.

Apa nasihat anda kepada orang berkenaan?

Dan seringkali dalam hidup kita, berapa kali kita jadi orang berkenaan?

It can happen to anyone, about anything. Think about it. :)

Be clear about what you really want. What you really need. Bila kita fikir-fikirkan sebenarnya, tak banyak ciri-ciri tambahan yang kita betul-betul perlukan. We can be happy with less.

Bukan bermaksud kita terima kekurangan, tetapi biasanya kita tidak sedar “kelebihan” lain yang kita terima. Sebab kita terlalu obses dengan “sepatutnya”.

Itu cara mudah. Mari kita pergi lebih dalam.

Anda baru balik dari kampung selepas beberapa bulan di luar negara (sebagai contoh). Sudah 7 bulan anda mengidam masakan ibu anda. Katakanlah kita ambil contoh pulut durian.

Jadi benda pertama anda buat bila kapal terbang touch down adalah sms ibu anda, anda teringin nak makan pulut durian. Dan anda di beritahu yang sekarang bukan musim durian.

Tetapi kerana punyalah sayang kat anak, ibu anda pun suruh ayah anda carilah durian sampai dapat. Puas masuk kebun keluar kebun orang, mencari kebun yang ada durian.

Akhirnya nun di hulu sungai, kawasan pedalaman Felda adalah sebatang pokok durian berbuah. Ayah anda pun belilah. RM 50 sekilo. Lagi mahal dari harga D24.

Mak anda pun buatlah pulut durian.

Bila anda sampai di rumah, anda pun menyerbu pulut durian tersebut. Dah lama air liur anda menitis mengidamkan pulut durian tersebut. Anda teringat kali terakhir anda makan pulut durian. Sampai ke lengan kuahnya sebab terlampau sedap.

Sebaik sahaja suapan yang pertama, anda kecewa. Durian tersebut tawar. Sebab muda dan tak cukup masak.

Walaupun pulut tersebut cukup lemaknya, tetapi sebab durian tersebut tawar, pulut durian tersebut tidak seperti yang anda bayangkan. Anda kecewa.

Apa reaksi anda?

Pertama, anda boleh merajuk. Berhenti makan.

Kedua, anda boleh makan sedikit untuk menjaga hati ibu dan ayah anda yang telah bersusah payah cuba untuk menunaikan impian anda.

Ketiga, anda boleh pura-pura makan banyak untuk menjaga hati ibu dah ayah anda yang telah bersusah payah.

Keempat, anda boleh makan banyak, menunjukkan muka yang manis, gembira kerana akhirnya dapat makan pulut durian dan meluahkan kegembiraan anda supaya ibu bapa anda turut merasa gembira melihatkan segala penat jerih mereka berbaloi.

Orang yang pertama dan kedua, hidup anda pasti akan dirundung kekecewaan. Sebab itu tabiat anda.

Orang yang ketiga, bagus dan bertimbang rasa. Tetapi kadang-kadang dia terjebak juga dengan kekecewaan. Ramai manusia yang baik sekalipun termasuk dalam kategori ini.

Tetapi kategori yang keempat adalah kategori orang yang selalu lapang hatinya, gembira hidupnya dan seronok untuk orang lain dampingi. Ini kerana dia memahami dengan sebenarnya, yang segala apa yang terjadi dalam hidup ini bukanlah apa yang kita lihat, tetapi apa yang kita buat.

Dia memilih untuk “Act” instead of “ReAct”

Dia tahu, dia boleh mengubah sebarang situasi untuk menjadikan situasi tersebut hampir dengan apa yang diigininya. Dia tahu hidup ini adalah mengenai pilihan, dia mempunyai pilihan dan dia memilih jalan hidup yang memberinya kuasa untuk menentukan hidup yang paling gembira.

Dia tahu yang hidup ini bukan sekadar memilih simpang mana untuk dilalui, tetapi juga boleh buat U-turn dan boleh buat simpang sendiri jika mahu.

Mari kita berbalik pada contoh kita tadi.

Kita sebagai manusia sering tersilau oleh hasil akhir sehingga kita tidak nampak proses “usaha” untuk menjadikan hasil akhir tadi. Begitu indahnya sebuah permata, kita tidak tahu berapa kuat tekanan dalam bumi, haba dan lama prosesnya untuk menjadikan permata tersebut.

Kita mahu permata, tetapi kita tidak memberi markah kepada tekanan.

Jika bumi merajuk dengan kita kerana tidak memberi markah kepada usahanya menekan bagi pihak kita, kita tidak akan mendapat permata.

Berapa ramai rakan-rakan dalam hidup kita yang kita terlepas pandang usaha mereka semata-mata kerana hasil akhirnya tidak sama dengan hasil akhir yang kita ingini?

Masihkah kita kecewa?

Tidak kecewa lagi bukanlah jawapan yang cemerlang.

Sesekali, jangan kita tipu diri sendiri.

Tidak salah untuk kita kecewa. Jangan salah faham mesej saya.

Tetapi, instead of kecewa dengan hasil akhir, anda sebenarnya boleh gembira dan menghargai dengan usaha yang ditunjukkan.

Hasil akhir dan usaha, yang mana satu sesuai dijadikan bekalan?

Itu sesuatu yang kita boleh fikirkan. :)

Berapa kali kita buat keputusan untuk gembira dan menjadi sumber kegembiraan, walaupun kita rasa kita ada sebab kukuh untuk kecewa?

Dan berapa kali bila kita buat begitu, kita jadi betul-betul sangat gembira dapat buat orang lain gembira, dan orang lain pun turut gembira dengan kita, sehingga akhirnya kita turut dapat apa yang “sepatutnya” tadi secara kebetulan?

Kalau tak pernah, maybe kita patut pernah-pernahkan. :)

Wah, bercakap panjang soal kecewa.

Apa Kaitan Pula Kecewa Dengan Rahsia Gembira?

Bila kecewa kurang, gembira akan kerap datang. :)

Erti hidup dengan memberi, kurangkan “sepatutnya”, insya-Allah anda akan jumpa apa yang anda cari. :)

Sabri
Tenang, lapang dan senang

3 Comments

Leave a Comment.